FAKTOR-FAKTOR DALAM PROSES PEMBELAJARAN MATEMATIK DI

Document Sample
FAKTOR-FAKTOR DALAM PROSES PEMBELAJARAN MATEMATIK DI Powered By Docstoc
					FAKTOR-FAKTOR DALAM PROSES PEMBELAJARAN MATEMATIK DI
  FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,
                    SKUDAI, JOHOR




              AZILA HANUM BINTI HAMZAH




            UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                     UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                        BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL:          FAKTOR-FAKTOR DALAM PROSES PEMBELAJARAN
                MATEMATIK DI FAKULTI PENDIDIKAN,
                UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR


                               SESI PENGAJIAN:             2007/2008

Saya                           AZILA HANUM BINTI HAMZAH
                                      (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

 1.     Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
 2.     Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
        tujuan pengajian sahaja.
 3.     Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
        pengajian tinggi.
 4.      **Sila tandakan ( )


                SULIT              (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
                                   kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
                                   (AKTA RAHSIA RASMI 1972)

                TERHAD             (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
                                    oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)


                TIDAK TERHAD
                                                                         Disahkan oleh,




__________________________                                    ____________________________
(TANDATANGAN PENULIS)                                         (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap:
858 JARAK ATAS,                                              ENCIK NORAFFANDY YAHAYA
13310 TASEK GLUGOR,                                                 Nama Penyelia
SEBERANG PERAI UTARA
PULAU PINANG.


Tarikh: 30 APRIL 2008                                              Tarikh: 30 APRIL 2008


         CATATAN:         *    Potong yang tidak berkenaan.
                          **   Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada
                               pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali
                               sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau
                               TERHAD.
                               Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan
                                Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara
                               kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda
                               (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
  adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
       Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).”




             Tandatangan          : ………………………………...
             Nama Penyelia        : EN NOR AFFANDY YAHAYA
             Tarikh               :        30 APRIL 2008
 FAKTOR-FAKTOR DALAM PROSES PEMBELAJARAN MATEMATIK DI
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI,
                                   JOHOR




                      AZILA HANUM BINTI HAMZAH




Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan ijazah
        Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)




                              Fakulti Pendidikan
                        Universiti Teknologi Malaysia




                                 APRIL 2008
                                                                                     ii




“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
             yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”




             Tandatangan : ……………………………………..
             Nama Penulis : AZILA HANUM BINTI HAMZAH
             Tarikh         :         30 APRIL 2008
                                                                                iii




                                  DEDIKASI




                             Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin, rahmat
       dan limpah kurniaNya maka kertas laporan tesis ini dapat dihasilkan.
    Ku titipkan ruangan ini khas buat insan yang amat kusayangi dan kukasihi


          Buat bonda serta ayahanda yang amat kusayangi dan kukasihi,
                  Latifah Binti Hassan dan Hamzah Bin Darus
                         Serta nenek, Haton Binti Ishak
           yang sering memberikan dorongan dan kata-kata semangat
       Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa dan pengorbanan
                           yang dicurahkan selama ini
               Restu dari kalian memudahkan laluan perjuangan ini


               Juga buat insan yang amat kusayangi dan kukasihi,
                            Mohd Suffian Bin Ramli


                    Buat abang dan adik-adik yang disayangi,
                            Mohd Fahmi Bin Hamzah
                          Amrah Hanim Binti Hamzah
                           Nor Nazihah Binti Hamzah


Buat saudara, sahabat-sahabat yang dikasihi dan kepada semua pihak yang terlibat
        Segala kerjasama dan pertolongan yang dihulurkan amat dihargai
                     dan akan kukenang hingga ke akhirnya
            Semoga kalian semua mendapat rahmat dan hidayahNya.
                                                                               iv




                               PENGHARGAAN




       Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


       Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T
kerana dengan izinNya dapatlah tesis bertajuk “Faktor-Faktor Dalam Proses
Pembelajaran Matematik Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor.” dapat disempurnakan hingga ke kalam yang terakhir.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang mana melalui
kerasulannya manusia mendapat petunjuk.


       Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih buat penyelia yang dihormati,
En Nor Affandy Yahaya yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar
serta teguran yang membina dalam menyiapkan tesis ini.


       Kepada semua pensyarah, rakan-rakan dan kakitangan Fakulti Pendidikan
(UTM) dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, terima
kasih diucapkan atas sokongan dan galakan yang membina di samping idea-idea
bernas dalam menjayakan tesis ini.


       Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik yang telah
dicurahkan. Semoga segala pengorbanan kalian mendapat keberkatan dari Allah
S.W.T. Insya-Allah.
                                                                                 v




                                   ABSTRAK




       Kajian ini merupakan satu kajian mengenai faktor motivasi pelajar, faktor
gaya pembelajaran pelajar, faktor proses pengajaran pensyarah serta faktor
kemudahan dan persekitaran pembelajaran dalam proses pembelajaran Matematik di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Sampel kajian ini
terdiri daripada 68 orang pelajar yang dipilih secara rawak mudah daripada populasi
iaitu seramai 75 orang pelajar yang mengambil program ijazah Sarjana Muda Sains
Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik). Bilangan sampel yang diambil adalah
berdasarkan daripada jadual Krejcie dan Morgan. Data kajian ini telah dikumpulkan
dengan menggunakan instrumen kajian iaitu soal selidik dan data dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 11.5 for
Windows untuk mendapatkan hasil dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Nilai
kebolehpercayaan bagi soal selidik ini ialah 0.9012 (α = 0.9012).       Kajian ini
mempunyai empat bahagian persoalan kajian yang dikaji iaitu berdasarkan faktor-
faktor yang dinyatakan. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa faktor motivasi
pelajar yang tinggi dalam diri pelajar adalah sangat mempengaruhi proses
pembelajaran pelajar dalam Matematik dengan purata min yang tinggi iaitu (4.10).
Kajian ini diharapkan dapat membantu bukan sahaja pelajar dan pensyarah di
Universiti Teknologi Malaysia malah pelajar dan pensyarah di universiti-universiti
lain dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi proses pembelajaran pelajar dalam
Matematik.     Kajian ini juga mengandungi beberapa cadangan yang telah
dikemukakan bagi mengatasi kelemahan serta meningkatkan lagi tahap proses
pembelajaran pelajar dalam Matematik.
                                                                                    vi




                                    ABSTRACT




       The main purpose of this research is to investigate the factors that influence
students in a process of learning Mathematics in the Faculty of Education, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. The four factors being researched were the
students motivation, process of learning, process of teaching methods, and facilities
of learning that believe influence the process of learning Mathematics. This survey
involves 68 samples randomly choose from 75 populations of students in Bachelor of
Science and Computer with Education (Mathematics) programmed according to
Krejcie and Morgan.      The data from this survey was collected using survey
instrument, which is questionnaires.     The data were analyzed using Statistical
Package for Social Sciences (SPSS) Version 11.5 for Windows in term of frequency,
percentage and mean. The reliability of this research is at 0.9012 (α = 0.9012).
Research questions encompassed four part based on the factors. This research shows
that the students motivation is influence students in the process of learning
Mathematics with a mean of (4.10). It is hope that findings would be beneficial not
only for students and lecturers in Universiti Teknologi Malaysia but also for students
and lecturers in others university. Recommendation to rectify the weakness has been
suggested to improve the level of students achievement in Mathematics.
                                                       vii




                         KANDUNGAN




BAB   PERKARA                                 MUKA SURAT


      PENGESAHAN STATUS
      PENGESAHAN PENYELIA
      HALAMAN JUDUL                               i
      PENGAKUAN                                  ii
      DEDIKASI                                   iii
      PENGHARGAAN                                 iv
      ABSTRAK                                     v
      ABSTRACT                                    vi
      KANDUNGAN                                  vii
      SENARAI JADUAL                             xii
      SENARAI RAJAH                              xiv
      SENARAI SINGKATAN                          xv
      SENARAI LAMPIRAN                           xv




BAB   PERKARA                                 MUKA SURAT
1     PENDAHULUAN


      1.1   Pengenalan                           1-3
      1.2   Latar Belakang Masalah               3-5
      1.3   Pernyataan Masalah                   5-7
      1.4   Objektif Kajian                      7-8
      1.5   Persoalan Kajian                      8
      1.6   Rasional Dan Kepentingan Kajian       9
      1.7   Skop Kajian                           10
                                                                viii

    1.8    Batasan Kajian                               10-11
    1.9    Definisi Istilah                               11
           1.9.1   Faktor                                 11
           1.9.2   Pelajar                                12
           1.9.3   Matematik                              12
           1.9.4   Pencapaian                             12
    1.10   Penutup                                        13




2   SOROTAN KAJIAN


    2.1    Pengenalan                                     14
    2.2    Faktor-Faktor Dalam Proses Pembelajaran        14
           Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam
           Mata Pelajaran Matematik
           2.2.1 Motivasi Pelajar                       15-17
           2.2.2 Gaya Pembelajaran Pelajar              17-22
           2.2.3 Proses Pengajaran Pensyarah            22-25
           2.2.4 Kemudahan Dan Persekitaran             25-27
                   Pembelajaran
    2.3    Kesimpulan                                    28
    2.4    Penutup                                       28




3   METODOLOGI KAJIAN


    3.1    Pengenalan                                    29
    3.2    Rekebentuk Kajian                            29-30
    3.3    Sampel Kajian                                 30
    3.4    Instrument Kajian                            30-32
           3.4.1 Bahagian A                              32
           3.4.2 Bahagian B                             33-34
    3.5    Kajian Rintis                                34-35
                                                             ix

    3.6   Prosedur Kajian                             36


    3.7   Analisis Data                              36-37
    3.8   Rumusan                                      38




4   ANALISIS DATA


    4.1   Pengenalan                                  39
    4.2   Analisis Maklumat Bahagian A                40
          4.2.1 Analisis Responden Mengikut Kursus   40-41
          4.2.2 Analisis Responden Mengikut          41-42
                 Kawasan Tempat Tinggal
                 (Semasa Belajar Di UTM)
          4.2.3 Analisis Responden Mengikut Status   42-43
                 Kawasan Tempat Tinggal
                 (Tempat Tinggal Tetap)
          4.2.4 Analisis Gred Keputusan Bagi         43-44
                 Mata Pelajaran
                 Matematik Tambahan (SPM)
          4.2.5 Analisis Gred Keputusan Bagi         44-45
                 Mata Pelajaran
                 Matematik Moden (SPM)
          4.2.6 Analisis Jenis                       45-46
                 Sekolah Menengah Terdahulu
    4.3   Analisis Data Bahagian B                   46-47
          4.3.1 Faktor Motivasi Pelajar              48-50
          4.3.2 Faktor Gaya Pembelajaran             51-54
                 Pelajar
          4.3.3 Faktor Proses Pengajaran             54-56
                 Pensyarah
          4.3.4 Faktor Kemudahan Dan                 57-60
                 Persekitaran Pembelajaran
    4.4   Rumusan                                    60-61
                                                                   x

               4.4.1 Rumusan Terhadap Faktor               61-62
                      Motivasi Pelajar, Faktor Proses
                      Pembelajaran Pelajar,
                      Faktor Proses Pengajaran Pensyarah
                      Serta Faktor Kemudahan Dan
                      Persekitaran Pembelajaran Dalam
                      Proses Pembelajaran Matematik
         4.5   Kesimpulan                                   62




5   RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN


         5.1   Pengenalan                                   63
         5.2   Maklumat Latar Belakang Responden           63-65
         5.3   Rumusan Dan Perbincangan Dapatan Kajian      66
               Mengenai Faktor Motivasi Pelajar,
               Faktor Proses Pembelajaran Pelajar,
               Faktor Proses Pengajaran Pensyarah Serta
               Faktor Kemudahan Dan
               Persekitaran Pembelajaran
               5.3.1 Faktor Motivasi Pelajar               66-70
               5.3.2 Faktor Proses Pembelajaran            71-73
                      Pelajar
               5.3.3 Faktor Proses Pengajaran              73-74
                      Pensyarah
               5.3.4 Faktor Kemudahan Dan                  74-77
                      Persekitaran Pembelajaran
         5.4   Rumusan Kajian                              77-78
         5.5   Kekangan                                     78
         5.6   Cadangan                                     79
               5.6.1 Cadangan Umum                          79
                      5.6.1.1 Pensyarah                     79
                      5.6.1.2 Pelajar                       80
                      5.6.1.3 Pihak Pentadbir              80-81
                                                                       xi

                                Fakulti Pendidikan
                   5.6.2 Cadangan Atau Saranan Kajian Lanjutan 81-82
             5.7   Penutup                                      82




BIBLIOGRAFI                                                    83-88
LAMPIRAN                                                        89
Lampiran A
                                                                         xii




                           SENARAI JADUAL




NO. JADUAL                     TAJUK                            MUKA SURAT
3.1      Skala likert                                               33
3.2      Pengelasan item soal selidik                               34
3.3      Skala permarkahan tahap penilaian min dan min              37
4.1      Taburan kekerapan dan peratusan responden                  40
         mengikut kursus
4.2      Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut           41
         kawasan tempat tinggal (semasa belajar di UTM)
4.3      Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut           42
         status kawasan tempat tinggal (tempat tinggal tetap)
4.4      Analisis gred keputusan bagi mata pelajaran                43
         Matematik Tambahan (SPM) berdasarkan kekerapan
         dan peratusan
4.5      Analisis gred keputusan bagi mata pelajaran               45
         Matematik Moden (SPM) berdasarkan kekerapan
         dan peratusan
4.7      Analisis jenis Sekolah Menengah responden                  46
         berdasarkan kekerapan dan peratusan
4.8      Pemilihan skor lima mata                                   47
4.9      Taburan kekerapan, peratus dan min mengikut item          48
         dalam faktor motivasi pelajar
4.10     Taburan kekerapan, peratus dan min mengikut item          51
         dalam faktor proses pembelajaran pelajar
4.11     Taburan kekerapan, peratus dan min mengikut item          54
         dalam faktor proses pengajaran pensyarah
                                                                   xiii

4.12   Taburan kekerapan, peratus dan min mengikut item       57
       dalam faktor kemudahan dan persekitaran pembelajaran
4.13   Skala permarkahan tahap penilaian min dan min          61
4.14   Rumusan terhadap faktor-faktor seperti motivasi        61
       pelajar, faktor proses pembelajaran pelajar, faktor
       proses pengajaran pensyarah serta faktor kemudahan
       dan persekitaran pembelajaran dalam proses
       pembelajaran Matematik
                                                                            xiv




                              SENARAI RAJAH




NO. RAJAH                          TAJUK                           MUKA SURAT
4.1         Taburan kekerapan dan peratusan responden                 40
            mengikut kursus
4.2         Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut          41
            kawasan tempat tinggal (semasa belajar di UTM)
4.3         Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut           42
            status kawasan tempat tinggal (tempat tinggal tetap)
4.4         Analisis gred keputusan bagi mata pelajaran                43
            Matematik Tambahan (SPM)
4.5         Analisis gred keputusan bagi mata pelajaran                44
            Matematik Moden (SPM)
4.6         Analisis jenis Sekolah Menengah responden                  45
4.7         Rumusan terhadap faktor-faktor seperti motivasi           62
            pelajar, faktor proses pembelajaran pelajar, faktor
            proses pengajaran pensyarah serta faktor kemudahan
            dan persekitaran pembelajaran dalam
            proses pembelajaran Matematik
                                                                         xv




                            SENARAI SINGKATAN




ABM         -        Alat Bantu Mengajar
MRSM        -        Maktab Rendah Sains Mara
NCTM        -        National Council of Teachers of Mathematics
PKPG        -        Program Khas Pengsiswazahan Guru
P&P         -        Pengajaran Dan Pembelajaran
SPT         -        Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
                     Matematik
SPSS 11.5   -        Statistical Package for Social Sciences
UTM         -        Universiti Teknologi Malaysia




                            SENARAI LAMPIRAN




LAMPIRAN                              TAJUK                    MUKA SURAT


      A         Soal Selidik Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi        89
                Pencapaian Pelajar Dalam Matematik Di
                Fakulti Pendidikan,
                Universiti Teknologi Malaysia,
                Skudai, Johor
                                     BAB 1




                               PENDAHULUAN




1.1    Pengenalan




       Malaysia merupakan sebuah negara yang semakin pesat membangun.
Pembangunan Malaysia yang pesat ini adalah disebabkan kemajuan Malaysia dalam
bidang Sains dan Teknologi. Matematik juga merupakan salah satu cabang daripada
pengetahuan dalam bidang Sains dan Teknologi. Ini bermakna, penguasaan terhadap
ilmu Matematik adalah amat penting kepada kita untuk menjadi warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana, ilmu Matematik
mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan kita seharian. Sebagai contoh, kita
mengaplikasikan ilmu Matematik dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan
pengiraan wang, sukatan, timbangan dan sebagainya semasa proses jual beli.




       Selain itu juga, kita memerlukan pengetahuan dalam Matematik untuk
membaca atau mengetahui pengiraan berkaitan ukuran seperti ruang, waktu, jarak,
isipadu, peratus dan sebagainya (Dr Noor Azlan, 2005). Matematik juga bukan
sahaja digunakan dengan meluas dalam bidang perniagaan, perindustrian,
perdagangan atau pun ekonomi tetapi juga dalam bidang kejuruteraan. Keadaan ini
jelas membuktikan bahawa betapa perlu dan pentingnya fungsi Matematik dalam
                                                                                     2


kehidupan kita seharian. Cuba kita bayangkan, tanpa Matematik, bagaimanakah
proses bagi urusan jual beli yang kita jalankan dikira setiap hari dan diuruskan secara
sistematik? Bagaimana pula dengan bangunan Menara Kuala Lumpur yang menjadi
mercu kebanggaan kita itu didirikan? Adakah kita dapat menyelesaikan masalah
kehidupan harian yang melibatkan pengetahuan Matematik ini dengan baik tanpa
penguasaan yang mendalam terhadap ilmu Matematik?




       Menurut Mok dan Lee (1986), Matematik adalah wujud daripada kehendak
dan keperluan untuk menyelesaikan masalah seharian juga Matematik membolehkan
perkembangan pemikiran yang mantik, analitik, kritis dan tersusun bagi
menyelesaikan sesuatu masalah.        Oleh itu, selaras untuk mewujudkan negara
Malaysia yang maju, ilmu Matematik dianggap penting sebagai suatu ilmu yang
diperlukan dalam sistem pendidikan.




       Kepentingan terhadap penguasaan pengetahuan ilmu Matematik juga telah
menjadikan Matematik sebagai salah satu mata pelajaran yang wajib diambil dalam
kurikulum pendidikan negara kita bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke
peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran Matematik juga telah menjadi salah
satu subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar melalui peperiksaan awam negara
kita bermula daripada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah
Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seterusnya ke peringkat
peperiksaan yang lebih tinggi.




       Melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta
sukatan bagi mata pelajaran ini telah diselaraskan. Dengan itu, penguasaan terhadap
ilmu Matematik dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi melahirkan
pelajar yang berpendidikan seterusnya dapat menyediakan tenaga kerja yang sesuai
dengan perkembangan dan keperluan untuk membentuk sebuah negara maju. Justeru
itu, penguasaan terhadap ilmu Matematik adalah amat penting terhadap
pembangunan negara dalam merealisasikan wawasan 2020.
                                                                                  3


       Matematik juga merupakan satu bidang ilmu yang memerlukan minda kita
supaya berfikir secara mantik (logik) dan tersusun dalam menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan. Matematik secara umumnya menggalakkan pembelajaran yang
bermakna serta mencabar pemikiran.      Oleh sebab itu, Matematik adalah antara
bidang yang terpenting yang perlu dikuasai oleh pelajar. Di samping kemahiran
untuk mengira yang melibatkan daya kreativiti dan pemikiran yang mendalam,
Matematik juga memerlukan kefahaman seseorang terhadap sesuatu konsep secara
tepat dan menyeluruh (NCTM, 1989).




       Kepentingan Matematik tidak perlu dipersoalkan lagi kerana penguasaan
terhadap Matematik merupakan asas kepada kemajuan negara. Hal ini kerana, mata
pelajaran ini amat menggalakkan seseorang itu untuk berfikir secara sistematik untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, dengan mengkaji faktor-faktor dalam
proses pembelajaran Matematik yang mempengaruhi pencapaian Matematik pelajar,
maka dapatlah sedikit sebanyak input yang berguna dalam pembangunan ilmu
Matematik di sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi di seluruh Malaysia
seterusnya dapat memajukan negara melalui penguasaan ilmu Matematik yang
mantap.




1.2    Latarbelakang Masalah




       Mengikut kajian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam Quek (2006),
menyatakan bahawa masih ramai pelajar yang tidak mendapat keputusan yang
cemerlang terutamanya dalam subjek Matematik. Hal ini juga dapat dibuktikan
melalui kajian oleh Dr Sharifah Maimunah Syed Zin pada tahun 2001, yang
menyatakan bahawa pencapaian mata pelajaran Matematik di kalangan pelajar di
negara ini masih pada tahap yang rendah di mana pelajar Malaysia lemah dalam
soalan penaakulan, penjelasan dan juga memberi pendapat (berayat) (Rajmah, 2002).
                                                                                    4


       Nik Aziz (1989) pula menyatakan bahawa pelajar yang mempunyai
pandangan yang negatif terhadap Matematik akan menyebabkan bilangan pelajar
yang gagal dalam mata pelajaran tersebut terus meningkat, malahan pelajar takut dan
tidak berminat terhadap Matematik dan ini seterusnya menyebabkan matlamat
terhadap pendidikan Matematik menemui jalan kegagalan. Manakala kajian oleh
Masmuda dalam Quek (2006), mendapati bahawa pelajar biasanya menganggap mata
pelajaran aliran sains seperti Matematik, Matematik Tambahan dan Sains sebagai
mata pelajaran yang agak sukar dan memerlukan kesungguhan dan ketekunan untuk
mempelajari dan memahaminya. Ini jelas menunjukkan bahawa, pelajar itu mungkin
akan sukar mendapat keputusan yang cemerlang dalam Matematik jika pelajar itu
mempunyai sikap yang negatif terhadap mata pelajaran tersebut.




       Sehubungan dengan itu, bagi mengatasi masalah tersebut, beberapa langkah
awal telah diambil bagi membendung masalah yang kian membimbangkan ini.
Contohnya, program gerak gempur Matematik telah dilaksanakan sejak tahun 1995
bagi memperbaiki prestasi pencapaian pelajar dalam Matematik. Walaupun pelbagai
usaha telah dilakukan tetapi tahap pencapaian Matematik di kalangan pelajar masih
belum memuaskan dan situasi ini boleh dibuktikan melalui laporan akhbar, jurnal,
kritikan masyarakat dan juga daripada keputusan peperiksaan setiap kali diumumkan
(Quek, 2006).




       Centra dan Potter (1980) berpendapat bahawa, kecemerlangan pelajar sering
dikaitkan dengan pelbagai faktor yang dikatakan mempengaruhinya sama ada faktor
dalaman atau pun luaran. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor guru, sekolah,
dan paling penting adalah diri pelajar itu sendiri (Centra dan Potter, 1980). Beberapa
kajian lain yang telah dijalankan juga menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor-
faktor dalam proses pembelajaran Matematik yang dipercayai mempengaruhi
pencapaian pelajar seperti motivasi pelajar, proses (P&P) dan persekitaran sekolah
adalah antara penganggar yang signifikan bagi pencapaian Matematik bagi sekolah-
sekolah di Malaysia.
                                                                               5


       Oleh yang demikian, beberapa faktor yang utama dalam proses pembelajaran
Matematik telah dikenalpasti. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor motivasi
pelajar, gaya pembelajaran pelajar, proses pengajaran pensyarah, kemudahan dan
persekitaran pembelajaran yang akan dikaji tanpa mengambilkira faktor-faktor lain
yang mungkin mempengaruhinya.




       Seperti yang kita sedia maklum, mata pelajaran Matematik adalah merupakan
mata pelajaran yang penting untuk seseorang pelajar kerana dengan mahirnya
seseorang pelajar itu dalam Matematik, maka pelajar itu akan mempunyai peluang
yang lebih cerah untuk melanjutkan pelajaran dan seterusnya lebih mudah untuknya
mendapatkan pekerjaan yang baik pada masa hadapan. Oleh itu, kajian ini dapat
memberi pengertian bermakna kepada pelajar untuk mempertingkatkan kualiti
pembelajaran mereka dalam Matematik.




       Justeru itu, penyelidik akan menjalankan kajian yang akan mengetengahkan
faktor-faktor dalam proses pembelajaran Matematik yang dipercayai mempengaruhi
pencapaian Matematik di kalangan pelajar-pelajar kursus empat Sarjana Muda Sains
Dan Komputer Serta Pendidikan Matematik (SPT) aliran Perdana dan aliran Program
Khas Pengsiswazahan Guru (PKPG) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia (UTM), Skudai, Johor.




1.3    Pernyataan Masalah




       Pakar Psikologi dan Matematik, Skemp (1989) telah menyatakan bahawa
mata pelajaran Matematik adalah subjek yang sukar dan adalah lebih sukar daripada
subjek-subjek yang lain.   Disebabkan mata pelajaran Matematik adalah lebih
mencabar dan lebih sukar berbanding dengan subjek-subjek lain yang perlu dikuasai
                                                                                   6


oleh pelajar, maka pencapaian terhadap mata pelajaran Matematik adalah kurang
memuaskan berbanding dengan pencapaian subjek-subjek lain.




       Quek (2006) dalam kajiannya berpendapat bahawa kurangnya usaha untuk
mengenalpasti kelemahan pelajar serta kurangnya program atau aktiviti pengukuhan
dalam pendidikan Matematik khasnya, merupakan faktor yang menyebabkan
pencapaian akademik pelajar terhadap Matematik masih di tahap yang kurang
memuaskan.




       Jika keadaan seperti ini dibiarkan berterusan, ini boleh memberikan kesan
yang negatif terhadap sistem pendidikan negara kita. Pelajar atau mahasiswa yang
lemah dan ketinggalan dalam mata pelajaran Matematik akan mengalami masalah
semasa menjawab soalan peperiksaan.           Keadaan ini menyebabkan mereka
memperolehi keputusan atau pencapaian yang kurang memuaskan dalam subjek
berkenaan. Mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan
akan mengalami kesukaran semasa mendapatkan pekerjaan. Sekiranya tuntutan bagi
tenaga kerja manusia yang berpendidikan dan berkualiti gagal dipenuhi, maka,
wawasan kita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun
2020 adalah sukar untuk direalisasikan.




       Justeru itu, dengan mengambil kira empat faktor iaitu faktor motivasi pelajar,
gaya pembelajaran pelajar, proses pengajaran pensyarah serta faktor kemudahan dan
persekitaran pembelajaran, pengkaji cuba untuk mengenalpasti sama ada faktor-
faktor tersebut mempengaruhi proses pembelajaran pelajar dalam Matematik.




       Kajian ini adalah untuk mengetahui sama ada faktor yang telah dikenalpasti
mempengaruhi proses pembelajaran Matematik terhadap pelajar yang mengambil
kursus empat SPT di Fakulti Pendidikan, UTM. Kajian ini adalah penting, ini adalah
disebabkan kerana terdapat perbezaan pencapaian bagi subjek Matematik di kalangan
pelajar-pelajar tersebut. Selain itu juga, didapati bahawa kebanyakan pelajar ini
                                                                               7


mendapat keputusan yang sederhana semasa peperiksaan akhir bagi subjek
Matematik yang diambil di UTM. Subjek Matematik yang dikaji adalah keseluruhan
subjek Matematik yang telah diambil oleh pelajar semasa di UTM.




       Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan dalam mengenalpasti sama ada
faktor-faktor yang telah dikenalpasti mempengaruhi dalam kecemerlangan pelajar
dalam Matematik. Ini adalah penting agar ianya dapat memberi gambaran yang lebih
jelas mengapa pelajar ini cemerlang ataupun gagal, dan seterusnya memberi garis
panduan kepada pendidik untuk merancang dan memperbaiki pengajaran supaya
lebih berkesan dan membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian mereka
khususnya bagi subjek Matematik.




       Oleh yang demikian, pengkaji ingin mengenalpasti adakah faktor yang dikaji
merupakan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini? Adakah kelemahan
mereka berpunca daripada faktor motivasi pelajar, proses pembelajaran pelajar,
proses pengajaran pensyarah atau faktor kemudahan dan persekitaran pembelajaran.
Di samping itu, kajian ini turut mengenalpasti apakah faktor utama yang dihadapi
oleh pelajar-pelajar ini dalam menghadapi Matematik? Oleh yang demikian,
keputusan yang diperoleh kelak dapat membantu mereka meningkatkan pencapaian
Matematik.




1.4    Objektif Kajian




       Objektif kajian ini adalah untuk :


i      Mengenalpasti faktor motivasi pelajar dalam proses pembelajaran Matematik
       di kalangan pelajar-pelajar empat SPT aliran Perdana dan aliran PKPG.
                                                                              8


ii.    Mengkaji faktor gaya pembelajaran pelajar dalam proses pembelajaran
       Matematik di kalangan pelajar-pelajar empat SPT aliran Perdana dan aliran
       PKPG.


iii.   Mengkaji faktor proses pengajaran pensyarah dalam proses pembelajaran
       Matematik di kalangan pelajar-pelajar empat SPT aliran Perdana dan aliran
       PKPG.


iv.    Mengkaji faktor kemudahan dan persekitaran pembelajaran dalam proses
       pembelajaran Matematik di kalangan pelajar-pelajar empat SPT aliran
       Perdana dan aliran PKPG.