Modal Sosial - DOC

Document Sample
Modal Sosial - DOC Powered By Docstoc
					          UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


SEKOLAH PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN SOSIAL (SPPS)




     NAME        : CLEOPATRA KISAU


     MATRIX NO   : BT09180154


     LECTURER    : Prof. Madya Hj. Baharom Bin Mohamad




                                                         1
                                       Kandungan


                                                                Muka surat




1. Pendahuluan                                                     1–2

2. Modal sosial

   2.1 Definisi modal sosial                                       3–5

   2.2 Kepentingan modal sosial                                    5–7

3. Pendidikan bertaraf dunia

   3.1 Definisi pendidikan                                         7–9

   3.2 Konsep pendidikan bertaraf dunia                            9 – 10

4. Falsafah Pendidikan Kebangsaan                                  10 – 11

5. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)                       11 – 12

6. Modal sosial sebagai penjana pendidikan bertaraf dunia

   6.1 Pemupukan budaya ilmu                                       12 – 13

   6.2 Dasar Pendidikan Terbuka                                    13 – 14

   6.3 Sekolah Penyayang                                           14 – 15

   6.4 Kerjasama bidang pendidikan dengan negara luar              15 – 16

   6.5 Penubuhan Sekolah Bestari                                   16 – 17

   6.7 Prasarana berkualiti – Aplikasi teknologi yang canggih      17 – 18

7. Kesimpulan                                                      19 – 20

8. Bibliografi




                                                                             2
   1. Pendahuluan



       Manusia pada dasarnya tidak akan dapat memenuhi semua keperluannya dengan baik
tanpa bantuan daripada masyarakat di sekeliling mereka. Semenjak daripada kelahiran
seseorang individu, dia memerlukan pertolongan atau bantuan serta sokongan daripada
individu lain sehinggalah dia dewasa dan meninggal dunia, dia tetap masih memerlukan
individu lain. Fairchild (1980) mengemukakan bahawa masyarakat merujuk kepada
kelompok manusia yang menyatupadukan diri masing-masing berdasarkan kepentingan
bersama, ketahanan dan kekekalan. Berdikari bukan bermaksud hidup sendiri secara tunggal
atau hidup sebatang kara tetapi hidup dengan harmoni dan dapat menyesuaikan diri dengan
kehidupan bermasyarakat. Kepentingan hidup bermasyarakat ini telah membawa kepada
kewujudan suatu istilah iaitu ‘modal sosial’. Modal sosial ini diyakini sebagai satu komponen
utama untuk menggerakkan kebersamaan, pertukaran pendapat, kepercayaan dan saling
membantu bagi mencapai kemajuan bersama (Witrianto, S.S., & M.Hum., M.Si).

       Modal sosial merupakan sebuah modal yang mempunyai peranannya yang tersendiri.
Secara umumnya, modal sosial menyumbang kepada perkembangan sesebuah Negara sama
ada dari segi institusi politik, ekonomi mahupun sosial. Konsep modal sosial ini sudah lama
wujud dalam kalangan masyarakat dan kajian terhadap kebaikan dan sumbangan modal
social ini terhadap masyarakat masih baharu. Sebagai contoh, Persatuan Ibu bapa dan Guru
(PIBG) di sekolah-sekolah merupakan sejenis organisasi sosial yang melibatkan konsep
modal sosial. Selain itu, liga sukan, jaringan internet, jawatan kuasa kampung dan lain-lain
lagi juga termasuk dalam kelompok organisasi social yang mengaplikasikan modal ini.
Kelompok-kelompok organisasi sosial yang terbina ini boleh membantu membangunkan
masyarakat dengan adanya nilai-nilai positif dalam diri setiap anggota kelompok. Walau
bagaimanapun, kelompok-kelompok ini juga mampu merapuhkan ikatan kemasyarakatan
disebabkan oleh beberapa faktor tertentu seperti kurangnya sifat kerjasama dan juga
kepercayaan antara ahli-ahlinya, kegagalan interaksi, perilaku dan banyak lagi.

       Modal sosial dilihat sebagai sebuah perkara yang sangat penting dan perlu
dititikberatkan oleh setiap anggota masyarakat dalam usaha untuk mencapai matlamat
bersama bagi membina sebuah Negara yang makmur. Namun, senarionya pada hari ini

                                                                                           3
menunjukkan bahawa institusi sosial sudah tidak diutamakan lagi terutama dalam kalangan
muda-mudi. Kejadian seperti konflik rumah tangga, pembunuhan, rogol, komunis dan lain-
lain merupakan contoh-contoh perbuatan dan tindakan manusia yang jelas menunjukkan
hilangnya nilai-nilai sosial masyarakat yang dulunya diagung-agungkan. Perbuatan-
perbuatan atau tindakan-tindakan yang tidak bertamadun ini sepatutnya tidak berlaku jika
masyarakat dapat memelihara dan mengamalkan norma-norma sosial yang ditekankan dalam
modal sosial seperti sifat kerjasama, kejujuran, keadilan, toleransi dan sebagainya. Jelas
dilihat bahawa masyarakat terutama pada zaman moden ini lebih mementingkan hidup
masing-masing daripada mengamalkan konsep kesatuan atau kebersamaan dengan anggota-
anggora masyarakat itu sendiri. Lazimnya, kesatuan yang ada pada sesebuah masyarakat
hanyalah terbatas kepada beberapa aspek seperti urusan-urusan perayaan, perkahwinan,
kematian dan beberapa lagi aspek lain. Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir
masyarakat yang langsung tidak memperdulikan hal-hal sedemikian.

       Selain masyarakat dengan masyarakat atau individu dengan masyarakat, konsep
modal sosial juga melibatkan masyarakat dengan negara. Contohnya dalam negara kita
sendiri dimana kerajaan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang
membolehkan rakyat menyuarakan pendapat masing-masing dan boleh meminta bantuan
daripada kerajaan dalam hal-hal tertentu seperti naiktaraf jalan raya, pembaikpulihan dewan
masyarakat, pembinaan jambatan dan banyak lagi. Tetapi ironinya, terdapat segelintir
masyarakat yang hanya tahu untuk meminta tetapi tidak mempunyai usaha untuk menjaga
dan memelihara bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Masyarakat hanya pandai
mengeluh kerana terpaksa hidup dalam kemiskinan tetapi tidak mempunyai usaha untuk
meningkatkan diri sendiri dan mara ke hadapan. Oleh yang demikian, rakyat seharusnya
memiliki modal sosial dalam diri masing-masing agar kesejahteraan dan kemajuan dapat
dicapai dengan lebih efektif dan efisien. Masyarakat yang mengamalkan konsep ini akan
dapat menyelesaikan sesebuah masalah dengan lebih mudah dan lebih cenderung untuk
meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Secara tidak langsung, masyarakat yang
bersatupadu dapat mendorong kepada kejayaan pendidikan bertaraf dunia.




                                                                                         4
2. Modal social

2.1 Definisi konsep modal social

Kajian terhadap konsep modal sosial ini masih baru dan mempunyai definisi yang pelbagai
bergantung kepada pemahaman pengkaji-pengkaji yang telah melaksanakan penyelidikan
dalam bidang ini. Secara umumnya, modal sosial dapat diukur berdasarkan fungsi sesebuah
masyarakat dan bagaimana hubungan antara individu dengan sesebuah masyarakat mahupun
sesebuah masyarakat dan masyarakat yang lain dapat menyumbang kepada perkembangan
yang positif kepada individu, kumpulan kaum dan juga masyarakat itu sendiri secara
keseluruhan (Abu Sufian Abu Bakair & Anizah Md.Ali, 2004). Modal sosial juga disifatkan
sebagai kekuatan yang mampu membangun sebuah komuniti dengan meningkatkan semangat
kerjasama antara ahli sesebuah masyarakat tersebut (Pupu Saeful Rahmat, 2008). Dengan
kata lain, modal social merupakan suatu bentuk kerelaan seseorang individu untuk menerima
pendapat dan keputusan yang dilaksanakan dalam sesebuah komuniti.

       Pelbagai definisi dibuat bagi menggambarkan konsep modal sosial. Menurut
Wikipedia, modal sosial membawa maksud,

       “suatu konsep dengan berbagai definisi yang saling terkait, yang didasarkan
       pada nilai jaringan sscial. Sejak konsep dicetuskan, istilah „modal sosial‟
       telah digambarkan sebagai „sesuatu yang sangat manjur‟ [Portes, 1998:1]
       bagi semua masalah yang menimpa komunitas dan masyarakat di masa kini.”

Berdasarkan maksud modal sosial di atas, modal sosial dapat diertikan sebagai suatu konsep
yang berkaitan dengan hubungan sosial atau dengan kata lain, hubungan antara masyarakat
dan komuniti yang sangat berkesan bagi menyelesaikan sesebuah permasalahan yang berlaku
dalam kalangan masyarakat itu sendiri. Dengan adanya hubungan erat diantara masyarakat,
pertelingkahan akan dapat dielakkan dan keharmonian dalam masyarakat dapat dikekalkan.

       Coleman (1988), seorang penyelidik yang terkenal dalam bidang ini memberi
gambaran bahawa modal sosial yang terdiri daripada aspek struktur sosial, obligasi dan
jangkaan, rangkaian maklumat dan set norma, dan keberkesanan hukuman akan dapat
membataskan atau mengalakkan tingkah laku yang baik (Abu Sufian Abu Bakair & Anizah


                                                                                         5
Md. Ali, 2004). Coleman jelas menyatakan bahawa hubungan, norma, dan peraturan sosial
adalah penting bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti kerjasama dalam sesebuah masyarakat
selain daripada tingkah laku-tingkah laku positif yang lain seperti kejujuran, sikap toleransi,
kebolehan menerima pendapat atau pandangan orang lain dan banyak lagi. Dalam aspek ini,
modal sosial boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu jaringan sosial, norma
sosial dan peraturan sosial (Abu Sufian Abu Bakair & Anizah Md. Ali, 2004). Jaringan sosial
bermaksud hubungan sesama individu dalam aspek keupayaan menyampaikan maklumat
dengan berkesan agar matlamat dapat dicapai dengan lebih mudah. Contoh mudah bagi
hubungan sosial ini ialah hubungan kekeluargaan dan semangat kejiranan. Norma sosial pula
merupakan peraturan dan persefahaman yang diterima dan digunapakai oleh setiap anggota
masyarakat dimana ia dapat meningkatkan semangat bekerjasama dan saling memahami
antara satu dengan yang lain, manakala peraturan sosial pula dapat ditakrifkan sebagai suatu
bentuk undang-undang yang digunakan untuk menyelesaikan sesebuah pertelingkahan dalam
usaha mencapai keamanan dan keharmonian dalam sesebuah masyarakat.

       Putnam (1993) pula mendefinisikan modal sosial sebagai suatu sifat organisasi seperti
kepercayaan, norma dan jaringan yang bertujuan untuk memudahkan tindakan kerjasama
yang kemudiannya akan dapat meningkatkan kecekapan dalam masyarakat (Abu Sufian Abu
Bakair & Anizah Md. Ali, 2004). Konsep modal social ini turut ditakrifkan sebagai darjah
pautan social yang wujud dalam masyarakat, oleh World Health Organisation (WHO) (Abu
Sufian Abu Bakair & Anizah Md. Ali, 2004). Gambaran modal social oleh Putnam dan
WHO kedua-duanya meliputi komponen-komponen modal social iaitu jaringan, norma dan
peraturan social dimana ia bertujuan untuk memudahkan penyusunan dan kerjasama antara
masyarakat. Black and Hughes (2001) turut mengkaji bidang ini dan mereka mendefinisikan
bahawa modal sosial adalah corak dan kualiti hubungan dalam masyarakat (Abu Sufian Abu
Bakair & Anizah Md. Ali, 2004). Dengan lebih lanjut, corak dan kualiti hubungan
masyarakat ini merangkumi erat dan tidak eratnya hubungan sesebuah masyarakat dan
bagaimana hubungan baik antara masyarakat ini boleh memberi kebaikan kepada setiap
anggotanya.

       Menurut kajian, terdapat tiga jenis modal sosial yang utama. Yang pertama ialah
‘bonding’ iaitu modal sosial yang berbentuk ikatan persahabatan antara ahli keluarga atau


                                                                                             6
kumpulan etnik yang sama. Ikatan ini merupakan bentuk ikatan yang paling rapat dimana ia
melibatkan orang-orang yang terdekat dengan seseorang individu. Yang kedua pula ialah
‘bridging’ iaitu modal sosial yang melibatkan ikatan antara pelbagai kumpulan etnik yang
berlainan dan yang terakhir adalah jalinan antara pelbagai kelas kumpulan sosial masyarakat
atau ‘linking’. Contoh hubungan yang ketiga ini ialah hubungan antara golongan kaya dan
golongan miskin, hubungan antara majikan dan pekerja, hubungan antara negara dengan
rakyatnya dan sebagainya. Jenis hubungan yang ketiga ini merupakan suatu bentuk hubungan
yang lebih berpusat kepada status seseorang (Abu Sufian Abu Bakair & Anizah Md. Ali,
2004).

         Oleh itu, daripada definisi-definisi yang diberikan oleh para pengkaji dalam bidang
ini, dapat dirangkumkan bahawa modal sosial merupakan suatu bentuk kebersamaan dan
kewajiban sosial masyarakat yang berkaitan dengan kerjasama, peranan, tanggungjawab,
serta ikatan yang kemudiannya akan menghasilkan tindakan positif masyarakat itu sendiri.
Modal sosial merupakan perkara yang sangat penting dan berguna dalam kehidupan
bermasyarakat kerana hilangnya amalan modal social dalam diri seseorang individu akan
menyebabkan runtuhnya kesatuan masyarakat, bangsa dan Negara. Selain itu, masalah-
masalah juga tidak akan dapat diselesaikan dengan mudah. Sebagai seorang masyarakat yang
bertanggungjawab, kita perlu menyedari bahawa kebersamaan dalam masyarakat sangat
penting untuk meringankan beban sesama anggota masyarakat, berkongsi idea dan pendapat,
saling membantu dan lain-lain lagi. Keadaan ini bertujuan untuk meningkatkan daya tahan,
daya juang dan juga kualiti hidup bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan juga Negara.




2.2 Kepentingan modal sosial

         Modal sosial merupakan suatu bentuk modal yang sangat penting dimana ia boleh
membawa kepada kebersamaan dan kesatuan masyarakat. Lesser (2000) secara spesifik telah
mengkaji mengenai kepentingan modal sosial dalam masyarakat dan beliau telah
mengemukakan 6 kepentingan modal social (Pupu Saeful Rahmat, 2008). Pertama, Lesser
beranggapan bahawa modal sosial bertujuan untuk member kemudahan dalam mengakses
informasi bagi anggota masyarakat. Dengan kata lain, modal sosial ini berfungsi sebagai

                                                                                             7
suatu alat atau pengantara antara indiviu dalam komuniti dan ini akan memudahkan lagi
interaksi diantara mereka. Modal sosial menurut Lesser juga menjadi media pembahagian
kuasa dalam masyarakat. Sifat organisasi yang ditekankan oleh Putnam melalui kajian beliau
mengenai modal sosial seperti sifat kepercayaan dan kerjasama memudahkan proses
pembahagian kuasa atua pemilihan pemimpin dalam masyarakat.

       Selain itu, Lesser juga mengetengahkan kepentingan modal sosial sebagai suatu alat
untuk mengembangkan solidariti dalam sesebuah masyarakat. Keakraban yang terjalin
diantara ahli-ahli dalam komuniti akan menimbulkan rasa saling memerlukan, saling
menghargai dan juga simpati terhadap sesama anggota masyarakat. Seterusnya, modal sosial
menyumbang kepada peningkatan kualiti sumber daya komuniti dan juga mempengaruhi
pencapaian bersama dalam sesebuah masyarakat. Kesatuan dan kebersamaan masyarakat
untuk menyumbang tenaga bagi melaksanakan sesuatu perkara akan memberi hasil yang
pastinya positif dan memuaskan masyarakat itu sendiri. Kerjasama dan persefahaman yang
kurang dalam masyarakat akan menyebabkan matlamat yang ingin dicapai tidak kesampaian
seterusnya boleh menimbulkan pertengkaran di kalangan ahli-ahli masyarakat itu sendiri
kerana masing-masing mempersalahkan satu sama lain dengan pencapaian yang tidak
memuaskan itu.

       Lesser juga menggambarkan bahawa amalan modal sosial sangat membantu dalam
membentuk sifat kebersamaan masyarakat. Secara tidak langsung, ia juga dapat mencapai
keseimbangan organisasi dalam masyarakat. Dalam aspek ini, modal sosial boleh ditakrifkan
sebagai suatu komitmen yang diberikan oleh setiap individu dalam masyarakat untuk
mengamalkan sifat saling terbuka dan mempercayai antara satu dengan yang lain serta
memberi peluang kepada setiap individu untuk memegang peranan sebagai pemimpin dalam
sesebuah masyarakat selaras dengan tanggungjawab dan pencapaian individu tersebut.
Kepercayaan yang diberikan oleh setiap ahli komuniti akan memudahkan lagi interaksi
antara pemimpin dengan masyarakat. Sehubungan dengan itu, keterbukaan pemimpin dalam
menerima pendapat, saranan mahupun teguran daripada masyarakat mampu menghasilkan
rasa kebersamaan dan kesetiakawanan yang tinggi sekaligus rasa tanggungjawab untuk
memajukan hidup diri sendiri dan juga masyarakat.



                                                                                        8
       Ibn Maskawaih pula mengemukakan kepentingan modal sosial sebagai suatu
pendekatan yang membawa masyarakat kepada keadaan yang lebih stabil dan bersatupadu
serta berkembang dengan lebih teratur dan maju dalam pelbagai aspek (Muhammad Farhan,
2009). Pendapat Ibn Maskawaih mengenai peranan atau fungsi manusia selaras dengan
‘Teori Fungsi’ yang dikemukakan oleh Aguste Comte, seorang ahli sosiologi Perancis
dimana mereka berpendapat bahawa, manusia mempunyai peranannya yang tersendiri tidak
kira sebagai individu mahupun sebagai anggota masyarakat. Kerjasama setiap anggota
masyarakat dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing akan
mewujudkan sebuah komuniti yang stabil dan berkembang dengan lebih teratur dan
sistematik serta bebas konflik. Pergolakan dalam masyarakat dapat dielakkan dengan amalan
modal sosial ini maka secara tidak langsung, keruntuhan institusi kekeluargaan juga dapat
dihindarkan.




3. Pendidikan bertaraf dunia

3.1 Definisi pendidikan

       Sebelum kita mengetahui lebih lanjut mengenai pendidikan bertaraf dunia, kita perlu
memahami konsep dan definisi pendidikan terlebih dahulu. Kajian mengenai pendidikan
sudah dijalankan sejak sekian lama dan setiap pengkaji atau ahli pendidikan memberikan
definisi serta gambaran yang berbeza-beza bagi konsep ini. Secara umumnya, pendidikan
boleh didefinisikan sebagai suatu cara untuk mengembangkan keterampilan, kebiasaan dan
sifat-sifat yang berpotensi untuk menjadikan seseorang sebagai seorang individu yang baik
untuk masyarakat mahupun untuk Negara. Keterampilan, kebiasaan serta sifat-sifat yang
dimaksudkan semestinya sesuatu yang baik dan positif agar matlamat untuk menjadi seorang
warganegara yang baik akan dapat dicapai bukan sahaja untuk kebaikan diri sendiri tetapi
juga untuk masyarakat setempat dan Negara khususnya. Pendidikan juga boleh diertikan
sebagai suatu proses, cara dan perbuatan mendidik yang dilakukan oleh seseorang dan
khususnya ia dikaitkan dengan guru atau pendidik.

       Menurut Wikipedia, pendidikan merupakan sebuah sebuah usaha yang terancang dan
teratur bagi mewujudkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih aktif di

                                                                                        9
kalangan pelajar agar mereka dapat meningkatkan potensi diri masing-masing. Usaha ini
bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan potensi diri pelajar-pelajar dari segi kecerdasan
mental sahaja tetapi turut membantu dalam mengembangkan potensi mereka dalam aspek
fizikal, rohani dan sosial. Ini termasuklah kekuatan kerohanian, pengendalian diri yang
teratur, keperibadian yang baik, mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji serta keterampilan
yang diperlukan oleh diri mereka sendiri dan juga masyarakat. Pendidikan bukan sahaja
bertujuan untuk meningkatkan sikap-sikap baik tetapi turut melibatkan proses perubahan
sikap dan perilaku seseorang mahupun kelompok orang dalam usaha mendewasakan manusia
bukan sahaja melalui proses pengajaran tetapi juga melalui latihan-latihan yang dilakukan.

       John Dewey, seorang ahli pendidikan mentakrifkan pendidikan sebagai suatu proses
pembaharuan makna pengalaman. Menurut beliau, proses ini boleh berlaku semasa pergaulan
dengan orang atau kelompok orang yang lain dan turut berlaku secara sengaja dan
dilembagakan untuk menghasilkan kesinambungan sosial. Pergaulan yang berlaku dalam
proses ini melibatkan pergaulan biasa iaitu pergaulan antara individu yang sebaya dan juga
pergaulan antara orang dewasa dengan orang yang lebih muda. Frederic J, Mc Donald pula
menggambarkan pendidikan sebagai suatu proses atau kegiatan yang diarahkan untuk tujuan
mengubah tabiat atau sikap seseorang. Contohnya, proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku diantara guru dengan pelajar merupakan suatu kegiatan yang boleh menyumbang
kepada perubahan tabiat seseorang khususnya pelajar berkenaan.

       Menurut Ki Hajar Dewantara, pendidikan juga diertikan sebagai suatu usaha untuk
memajukan diri sendiri dari segi budi pekerti, fikiran serta jasmani bagi membolehkan
seseorang individu itu mendapat kehidupan yang lebih sempurna selaras dengan alam dan
masyarakat. Dalam aspek ini, keluarga dan masyarakat perlu memainkan peranan yang
sangat penting dimana mereka perlu mendidik anak-anak mereka dari peringkat awal lagi
agar anak-anak itu mampu berkembang secara fizikal mahupun mental. Secara psikologi,
pendidikan mencakupi segala bentuk aktiviti yang memudahkan kehidupan masyarakat
seterusnya akan membawa kepada perubahan-perubahan hasil daripada penyertaan seseorang
individu dalam kegiatan tersebut. Pendidikan keagamaan sama ada bermula dari rumah
ataupun mengikuti pendidikan keagamaan secara intensif merupakan salah satu bentuk
aktiviti yang berpotensi untuk membawa perubahan dalam diri seseorang. Walau


                                                                                             10
bagaimanapun, perubahan-perubahan           yang akan berlaku bergantung kepada cara
pembelajaran dan penerimaan individu itu sendiri.




3.2 Pendidikan bertaraf dunia

          Negara-negara di seluruh dunia masing-masing mempunyai matlamat untuk
menjadikan pendidikan mereka bertaraf antarabangsa. Malaysia khususnya turut mempunyai
hasrat untuk meningkatkan taraf pendidikan Negara kepada pendidikan bertaraf dunia
dimana ia mampu bersaing di persada antarabangsa khasnya dengan Negara-negara
membangun dan maju yang lain. Bagi mencapai matlamat ini, Malaysia perlu mengatur
perancangan, pelaksanaan dan pemantauan yang lebih teliti dan sistematik serta memerlukan
pengorbanan dalam pelbagai aspek.

          Jika dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ ditakrifkan sebagai
suatu pencapaian tertinggi atau setaraf dengannya dalam bidang pendidikan (Lokman Hakim
Ab. Wahid). Pencapaian ini dinilai berdasarkan pandangan dunia secara menyeluruh dan
bukan hanya daripada pandangan setempat. Taraf pendidikan sesebuah negara hanya boleh
disahkan apabila ia diiktiraf oleh pakar-pakar pendidikan seluruh negara dan bukan sekadar
mampu memuaskan hasrat pihak-pihak tertentu sahaja. Dengan kata lain, ‘Pendidikan
Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan sesebuah Negara dalam mencapai kecemerlangan
dalam sektor pendidikan yang seterusnya memimpin kepada perubahan serta kemajuan yang
dinamik dalam Negara itu sendiri. Perubahan dan kemajuan yang dimaksudkan mencakupi
pembangunan tenaga manusia, kepesatan pertumbuhan ekonomi, pembaikan taraf dan kualiti
kebajikan sosial serta pemodenan dan reformasi sosial masyarakat. Selain itu, kecemerlangan
budaya fikir dan intelektual serta pembangunan sains dan teknologi juga turut dititikberatkan
sebagai        perubahan        daripada       pencapaian       kecemerlangan        pendidikan
(http://sarjana.tripod.com/taraf1.html).

          Dr. Ismail Zain dalam jurnal pendidikan hasil penyelidikan yang dilakukan oleh
beliau sendiri mendefinisikan ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ sebagai sebuah wacana dalam
dasar pendidikan Negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai suatu bidang yang
penting dalam kehidupan seharian masyarakat. Proses pendidikan ini berlaku khususnya di

                                                                                              11
sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu dimana ia melibatkan
guru-guru dan pelajar-pelajar yang bekerjasama untuk meningkatkan tahap pendidikan
masing-masing sekaligus memperbaiki kualiti pendidikan Negara kepada suatu tahap yang
lebih tinggi dan mampu menyaingi Negara maju yang lain. Menurut Dr. Ismail Zain,
pendidikan bertaraf dunia ini bermatlamat untuk melahirkan generasi yang mengamalkan
budaya berfikir bukan sahaja secara kritis dan kreatif tetapi juga inovatif. Individu yang
mempunyai budaya berfikir seperti ini sahaja yang mampu bersaing di persada dunia serta
berkebolehan untuk menjana idea kearah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya,
bangsa dan juga Negara.




4. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

       Falsafah Pendidikan Kebangsaan berkait rapat dengan matlamat Negara untuk
mencapai kecemerlangan pendidikan di rantau Asia mahupun di peringkat antarabangsa.
Falsafah   Pendidikan     Kebangsaan   berhalatujukan   Akta    Pendidikan   1996    yang
berkesinambungan dengan Penyata Razak 1956 dan Akta Pelajaran 1961 dimana akta-akta
ini bermatlamat untuk memartabatkan mutu pendidikan Negara ke tahap yang lebih baik dan
cemerlang. Akta Pendidikan 1996 bertujuan untuk memantapkan lagi system pendidikan
kebangsaan untuk generasi akan datang. Tujuan akta ini selaras dengan matlamat Negara kita
untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi,
bertaraf dunia dan mampu bersaing di arena global sekaligus meningkatkan martabat Negara
di mata dunia. Dasar pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan hasrat Wawasan 2020 dan
Falsafah Pendidikan Negara untuk mencapai tahap Negara maju dalam pelbagai aspek. Ini
dijelaskan seperti berikut:

       DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam
       menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju
       sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan
       rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang
       bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.
       DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan


                                                                                       12
       Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut:
       "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
       memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
       untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
       rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha
       ini adalah untuk menzahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
       pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
       berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
       terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
       negara."
       (Akta Pendidikan 1996)


5. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

       Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah penting kerana ia menyediakan
asas yang kukuh untuk melonjakkan system pendidikan Negara ke tahap yang lebih tinggi
dan menjadikannya bertaraf dunia. Malaysia merupakan sebuah Negara yang membangun
dan mempunyai prasarana-prasarana yang boleh dikategorikan sebagai prasarana kelas
pertama. Namun, prasarana kelas pertama ini tidak mendatangkan sebarang kelebihan jika
minda masyarakat masih berada pada tingkat kelas ketiga. Oleh itu, PIPP (2006-2010) telah
dilancarkan bagi membantu usaha kerajaan Malaysia mencapai tahap rakyat berminda kelas
pertama dan matlamat ini boleh dicapai melalui agenda pendidikan. PIPP (2006-2010)
mengetengahkan enam strategi utama iaitu:-

   i. Membina Negara bangsa,
   ii. membangunkan modal insan,
   iii. memperkasakan sekolah kebangsaan,
   iv. merapatkan jurang pendidikan,
   v. memartabatkan profesion keguruan dan;
   vi. melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

Strategi-strategi yang ditekankan di atas jelas membuktikan bahawa kerajaan Malaysia
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai misi kerajaan menjadikan Malaysia sebagai

                                                                                      13
sebuah pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, kejayaan dan
kegagalan misi ini adalah bergantung kepada kesedaran, tanggungjawab dan pelaksanaan
pelaksana termasuklah para pelajar, pendidik, pentadbir, masyarakat dan juga pihak eksekutif
sendiri. Dengan adanya kerjasama daripada semua pihak yang terlibat, adalah tidak mustahil
bagi Negara kita untuk mencapai kecemerlangan pendidikan bertaraf antarabangsa
seterusnya menuntun kepada pencapaian matlamat menjadikan Negara Malaysia sebagai
sebuah Negara yang maju dalam pelbagai aspek menjelang tahun 2020.




6. Modal sosial sebagai penjana pendidikan bertaraf dunia

6.1 Pemupukan budaya ilmu

       Salah satu bentuk faktor modal sosial yang boleh menjana pendidikan bertaraf dunia
ialah pemupukan budaya ilmu di kalangan masyarakat (Dr.Wan Shamsudin Bin Wan Mamat,
1998). Pemupukan budaya ilmu ini melibatkan pemupukan budaya membaca, menghayati
dan seterusnya mengaplikasi hasil pemahaman daripada bacaan itu sendiri. Jika dilihat dalam
konteks yang lebih luas, pemupukan budaya ilmu ini bukan sahaja melibatkan penanaman
sikap suka membaca tetapi ia juga melibatkan pengaplikasian ilmu dalam kehidupan seharian
dan pembentukan insan yang berakhlak mulia serta tinggi ilmu pengetahuannya.

       Budaya ilmu ini juga menjadi salah satu factor yang menyumbang kepada kejayaan
membangunkan sesebuah Negara bangsa yang maju, berwibawa dan cemerlang khususnya
dalam bidang pendidikan. Malaysia bercita-cita untuk melahirkan masyarakat yang cintakan
ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu pengetahuan di tempat yang tetinggi dalam
kehidupan sekaligus meningkatkan kefahaman dan penglibatan masyarakat terhadap
kepentingan ilmu. Maka, penerapan budaya ilmu merupakan salah satu syarat bagi mencapai
cita-cita ini seiring dengan matlamat kerajaan menjadikan pendidikan Negara bertaraf dunia.

       Pemupukan budaya ilmu ini berkait rapat dengan konsep modal sosial dimana usaha
untuk menanam sikap suka membaca merupakan tanggungjawab bersama masyarakat.
Budaya ilmu atau budaya membaca ini perlu dipupuk semenjak kecil lagi dan tanggungjawab
ini diberatkan kepada golongan ibu bapa. Ibu bapa perlu membantu pertumbuhan anak-anak


                                                                                         14
dari segi mental khususnya bermula daripada pemupukan budaya suka membaca dalam diri
anak-anak mereka. Selain ibu bapa, guru-guru sekolah juga merupakan pemangkin kepada
perkembangan budaya ilmu di kalangan pelajar-pelajar sekolah dengan cara mengadakan
aktiviti-aktiviti seperti pertandingan dan kempen membaca, menganjurkan Projek NILAM
iaitu Nilai Ilmu Amalan Membaca dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti seperti ini juga
seharusnya mendapat sokongan daripada masyarakat setempat contohnya melalui Persatuan
Ibu bapa dan Guru (PIBG).

       Pengemblengan tenaga daripada pelbagai pihak merupakan suatu aplikasi modal
sosial yang sangat membantu dalam menjana pendidikan bertaraf dunia. Dengan adanya
budaya ilmu dalam diri seseorang, daya kreativiti akan wujud dan ini akan memudahkan lagi
proses penyelesaian bagi masalah-masalah yang berkemungkinan akan timbul. Oleh itu,
konsep modal sosial yang diaplikasikan menerusi pemupukan budaya ilmu perlu diberi
penekanan kerana ia merupakan tunjang kepada kejayaan matlamat pendidikan bertaraf dunia
sekaligus membina Negara bangsa yang lebih maju dan bertamadun.




6.2 Dasar Pendidikan Terbuka

       Malaysia    merupakan   sebuah   Negara    majmuk    atau   „multiracial‟   dimana
masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum, etnik dan budaya. Antara kaum-kaum utama
di Malaysia ialah kaum Melayu, kaum Cina, kaum India serta bumiputera Sabah dan
Sarawak. Kaum-kaum ini pula terbahagi lagi kepada berberapa kumpulan etnik yang masing-
masing mempunyai budaya yang tersendiri. Rakyat yang berbilang kaum ini selaras dengan
slogan agensi pelancongan Malaysia iaitu „Malaysia, Truly Asia‟ dan telah meletakkan
Malaysia di peta dunia atas keunikan yang dimiliki oleh rakyatnya. Bagi merealisasikan
system pendidikan bertaraf dunia maka Dasar Pendidikan Terbuka perlu diamalkan (Lokman
Hakim Ab.Wahid).

       Dasar Pendidikan Terbuka turut mengetengahkan konsep modal sosial dimana
pendidikan di Malaysia tidak tertumpu kepada hanya satu kaum sahaja tetapi melibatkan
semua kaum yang ada di Malaysia. Kesamarataan hak pendidikan yang diberikan kepada
semua kaum di Malaysia membuktikan bahawa Malaysia mengamalkan konsep modal sosial

                                                                                       15
dalam usaha untuk meningkatkan taraf pendidikan di Negara kita. Persamaan hak yang
dimaksudkan adalah seperti kandungan pelajaran yang sama bagi semua sekolah tidak kira
sekolah kebangsaan mahupun sekolah jenis kebangsaan. Walau bagaimanapun, keistimewaan
hak kaum Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak tidak boleh dipertikaikan kerana ia
suda termaktub dalam ordinan hak dan asasi warga Negara Malaysia. Namun, dari segi
pendidikan, kaum-kaum lain juga tidak dipinggirkan contohnya, kerajaan membenarkan dan
menggalakan pengajaran bahasa-bahasa kaum seperti Cina dan India. Kerjasama dan
persefahaman di antara kaum-kaum di Malaysia memudahkan lagi proses pembelajaran
seterusnya meningkatkan tahap pendidikan Negara kearah pendidikan bertaraf dunia.

       Modal sosial sebagai penjana pendidikan bertaraf dunia yang dicirikan oleh Dasar
Pendidikan Terbuka turut melibatkan kerjasama antara dalam dan luar Negara contohnya,
membenarkan atau menggalakkan pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah institut pengajian
tinggi awam mahupun swasta untuk mengakses dan bertukar-tukar pendapat serta
pengalaman melalui jaringan internet di seluruh dunia. Proses ini selari dengan gambaran
John Dewey mengenai konsep modal sosial dimana menurut beliau, modal sosial merupakan
pembaharuan kepada makna pengalaman. Pembaharuan atau perubahan yang dimaksudkan
ini boleh berlaku dengan adanya pergaulan dengan kelompok-kelompok yang lain tidak kira
yang sebaya ataupun tidak sebaya. Pengalaman-pengalaman dan idea-idea baru yang
dikongsikan antara satu sama lain dapat membantu perkembangan minda secara positif.




6.3 Sekolah Penyayang

       Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia
bukan sahaja bergantung kepada kepandaian dan kepintaran semata-mata tetapi perlu
disertakan dengan sifat-sifat positif contohnya kerajinan, kerjasama, kasih sayang dan lain-
lain lagi. Sekolah penyayang merupakan sejenis perkhidmatan yang disebut perkhidmatan
penyayang yang merangkumi sifat bertimbang rasa, adil semasa menjalankan tugas, mesra
dalam memberi layanan dan memahami serta sensitive terhadap masalah-masalah yang
dihadapi pleh semua pihak sama ada di dalam atau di luar organisasi (Dr.Wan Shamsudin bin
Wan Mamat, 1998).


                                                                                         16
         Perkhidmatan penyayang ini menerapkan konsep modal sosial dimana ia
mengaplikasikan bentuk modal sosial yang ketiga iaitu jalinan antara pelbagai kelas
kumpulan sosial masyarakat. Perkhidmatan ini perlu dipupuk bermula dari pembuat dasar,
pentadbir, sekolah dan seterusnya diperingkat ibu bapa dan masyarakat. Kasih sayang
merupakan keperluan seseorang secara semula jadi dan ia tidak boleh dipisahkan dengan
tindakan seseorang terhadap sesuatu perkara. Salah satu contoh bagi perkhidmatan
penyayang ialah, mengamalkan sikap adil dan saksama terhadap semua pelajar. Keadaan ini
menjelaskan perhubungan kasih sayang antara pendidik dengan pelajar yang penting bagi
mengelakkan sebarang pertelingkahan daripada berlaku.

         Dalam usaha untuk mencapai matlamat pendidikan bertaraf antarabangsa,
perkhidmatan penyayang ini perlu diambil kira dan diberi perhatian teliti oleh semua pihak
yang bertanggungjawab kerana sifat-sifat positif yang diamalkan antara dua belah pihak yang
terlibat amat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar ia lebih berkesan.
Semangat untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman dalam diri pelajar-pelajar
akan semakin bertambah menyebabkan mereka mengambil serius makna kejayaan dalam
pendidikan dalam hidup mereka. Kesedaran terhadap pentingnya pendidikan inilah yang
akan membawa kepada usaha seseorang individu untuk mencapai tahap pendidikan yang
tertinggi seterusnya membantu usaha kerajaan untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf
dunia.




6.4 Kerjasama bidang pendidikan dengan Negara luar

         Kerjasama Malaysia dengan negara-negara luar dalam bidang pendidikan merupakan
salah satu bentuk modal sosial yang bertujuan untuk memartabatkan pendidikan negara
bertaraf antarabangsa. Dalam aspek ini, pensyarah-pensyarah institusi kerajaan mahupun
swasta dalam negara diberi peluang sama rata untuk mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman di peringkat nasional dan antarabangsa. Dengan memberi peluang
sedemikian, institusi-institusi pengajian tinggi dalam negara tidak akan menghadapi masalah
kekurangan tenaga pakar.



                                                                                        17
          Pada masa kini, hanya sebilangan kecil sahaja pensyarah yang Berjaya mendapat
peluang untuk meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran serta pengalaman terutama
dengan pendedahan-pendedahan di luar negara. Pendedahan-pendedahan yang dilakukan di
luar negara tersebut akan membuka minda para pensyarah dengan lebih luas mengenai
perkara-perkara yang mereka belum ketahui mahupun sudah diketahui sebelum ini. Ilmu
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ditimba dari luar negara ini akan dibawa balik
ke dalam negara dan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dewan
kuliah.

          Sudah terbukti dengan jelas bahawa pensyarah yang mendapat latihan di peringkat
yang lebih tinggi adalah lebih proakti dan mempunyai kompetensi yang lebih tinggi
berbanding dengan pensyarah-pensyarah yang lain. Salah satu contoh yang jelas ialah
keupayaan dan kefasihan mereka dalam berbahasa Inggeris bagi memudahkan mereka
berinteraksi dengan mahasiswa mahasiswi universiti terutama para pensyarah yang berada
dalam bidang sains dan matematik selain daripada bidang Bahasa Inggeris. Kemahiran-
kemahiran seperti ini membolehkan pendidikan Malaysia mampu bersaing dengan negara-
negara asing di peringkat antarabangsa mahupun dunia.




6.5 Penubuhan sekolah bestari

          Penubuhan sekolah bestari dikaitkan dengan modal sosial kerana sekolah ini
melibatkan pelajar-pelajar di seluruh Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan budaya
(Dr.Ismail Zain, 1997). Sekolah ini bukan sahaja bertujuan untuk menyesuaikan senario
pendidikan alaf baru iaitu pendidikan berasaskan teknologi, sosial dan budaya pada masa kini
tetapi turut menjadi asas perpaduan masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan juga
agama. Percampuran antara pelajar-pelajar yang berlainan kaum akan membentuk perpaduan
yang kemudiannya akan memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas.

          Sekolah bestari ditubuhkan bertujuan untuk mewujudkan masyarakat pelajar saintifik
dan progresif berasaskan teknologi maklumat, menyediakan tenaga pakar untuk industri
dalam negara serta meringankan beban guru dalam tugas-tugas pentadbiranseperti kerja-kerja

                                                                                         18
perkeranian dan pengurusan penilaian pelajar melalui penggunaan system pengurusan
berbantuk teknologi. Pengurangan tugas guru ini membolehkan guru dapat menumpukan
lebih masa dan perhatian kepada pemupukan nilai-nilai pelajar. Sekolah Bestari juga
bertujuan untuk mengubah budaya berasaskan ingatan dan pembelajaran berorientasikan
peperiksaan kepada budaya berfikir secara kreatif dan kebolehan menyelesaikan masalah.

       Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ia juga bermatlamat untuk memberi
focus terhadap perkembangan individu secara menyeluruh bukan sahaja menekankan aspek
intelektual semata-mata tetapi turut mengetengahkan pembentukan warga Malaysia yang
berakhlak mulia, celik teknologi maklumat, bersifat global dan mampu bsroperasai dalam
arena antara bangsa. Keberkesanan pendidikan ini dapat dicapai melalui peranan guru-guru
dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih mantap dan
bersepadu serta memfokuskan pembentukan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia, cekap
dari segi teknologi maklumat, bersifat global dan mampu beroperasi di peringkat
antarabangsa.




6.6 Prasarana berkualiti - Aplikasi Teknologi Yang Canggih

       ‘Pendidikan bertaraf dunia’ merupakan suatu komitmen dan matlamat Kementerian
Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara kepada standard yang lebih tinggi
agar mampu bersaing dengan pendidikan di negara maju yang lain. Bagi sesebuah negara,
sector pendidikannya perlulah berkembang dan berubah sebagai perintis alaf baru dalam
pelbagai aspek. Perkembangan dan perubahan ini merupakan satu langkah yang bertujuan
untuk mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat
antarabangsa.

       Bagi mencapai hasrat tersebut, beberapa strategi dan pelaksanaan yang konkrit dan
exsplisit dilaksanakan yakni melalui pernyediaan prasarana yang berkualiti, dasar pendidikan
terbuka, aplikasi teknologi yang canggih, kurikulum terkini yang sesuai dengan kehendak
semasa dan juga mempunyai warga guru yang proaktif dan menjalankan penyelidikan dan




                                                                                         19
pembangunan yang berterusan (Lokman Hakim Ab. Wahid). Pihak yang bertanggungjawab
juga perlu memastikan bahawa aplikasi ini haruslah mudah di akses oleh para pelajar,
pensyarah dan juga masyarakat dari pelbagai lapisan termasuklah orang kurang upaya
(OKU).
         Hasrat ini juga perlu disertai dengan pemantauan yang berterusan daripada pihak
pengurusan dengan sokongan padu daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia serta
rakyat    keseluruhannya.   Keadaan    ini   jelas   memperlihatkan      wujudnya   hubungan
kemasyarakatan yang lebih lancar dan efektif antara semua bahagian dalam organisasi
mahupun luar organisasi. Kerjasama antara pihak-pihak pengurusan dan juga pengguna
berdasarkan prasarana-prasarana yang telah disediakan menentukan jenis kesan yang bakal
diperolehi oleh masyarakat iaitu kesan positif ataupun kesan negative.
         Kerajaan semestinya mahu melihat kesan yang positif dalam aspek ini oleh itu, pihak
pengurusan perlulah peka terhadap keperluan-keperluan masyarakat dan masyarakat pula
haruslah cuba untuk memanfaatkan prasarana-prasarana yang disediakan dengan sebaik
mungkin. Dengan kerjasama yang mantap antara kedua belah pihak ini, maka akan wujudlah
sebuah masyarakat yang celik teknologi maklumat dan cemerlang dari segi pendidikan.
Justeru itu, hasrat kerajaan untuk mencapai tahap pendidikan betaraf dunia akan dapat
dipermudahkan lagi.




                                                                                          20
7. Kesimpulan


        Masyarakat berbilang kaum di negara ini kadangkala mudah lupa akan seruan
kerajaan untuk menjadi masyarakat yang mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi, bukannya
bersikap negatif seperti segelintir masyarakat yang memandang enteng tentang amalan nilai-
nilai murni dalam kehidupan seharian. Sikap mudah lupa ini mungkin disebabkan oleh
kesibukan hidup sehari-hari yang semakin mencabar dan memerlukan persaingan yang hebat.
Percaya ataupun tidak, masyarakat Malaysia pada hari ini kian alpa terhadap tuntutan untuk
mengamalkan sikap bersopan-santun dan berbudi bahasa terhadap orang lain. Keghairahan
mengejar kekayaan dan status menyebabkan nilai-nilai murni sama sekali diketepikan.
        Oleh itu, sebelum budi bahasa masyarakat negara ini menjadi luntur dan sukar untuk
dikawal di kemudian hari, langkah-langkah mengatasinya perlu dilaksanakan. Contohnya,
pada tahun 2005, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah melancarkan
Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni yang dilancarkan selama seminggu. Kempen ini
bertujuan untuk memberi kesedaran dan mengingatkan masyarakat Malaysia tentang
pentingnya nilai-nilai murni untuk diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Pengarah
Pusat Pembangunan keluarga, Universiti Malaya, Prof Dr Abd. Rahim Abd. Rashid,
menekankan bahawa usaha meningkatkan nilai murni di kalangan rakyat ini sangat
bergantung kepada keluarga. Menurut beliau, generasi yang berbudi pekerti baik,
menghormati orang tua dan menghargai budi serta sumbangan orang lain dapat dilahirkan
bermula daripada institusi keluarga.
        Bekas Perdana Menteri Negara, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa
melancarkan kempen pada tahun 2005 yang lalu menekankan kepada rakyat Malaysia
mengenai kepentingan pembangunan modal sosial di masa hadapan memandangkan semakin
ramai masyarakat yang kini mengalami kemerosotan nilai-nilai kemasyarakatan dalam diri
mereka (Utusan Malaysia, 2005). Menurut beliau, kualiti seseorang individu bukan bersandar
kepada pendidikan, kepakaran dan teknologi semata-mata tetapi individu itu haruslah
mempunyai nilai-nilai moral yang baik, bertanggungjawab serta mengutamakan amalan nilai-
nilai   moral   yang   tinggi.   Sebagai   kesimpulan,   sebagai   rakyat   Malaysia   yang
bertanggungjawab, kita seharusnya berani menyahut cabaran Datuk Seri untuk mengamalkan



                                                                                         21
nilai-nilai sosial yang baik kerana modal sosial yang teguh melambangkan budi bahasa
masyarakat Malaysia yang akan dipandang tinggi oleh masyarakat serata dunia.




                                                                                 22
Bibliografi




Abu Sufian Abu Bakar., & Anizah Md. Ali. (2004). Kepentingan modal sosial dalam
       pertumbuhan ekonomi. Retrieved August 24, 2009 from eprints.uum.edu.my/785/




Dr. Ismail Zain. Pendidikan bertaraf dunia kearah pembestarian dalam proses pengajaran
       dan pembelajaran. Retrieved August 24, 2009 from
       http://www.tutor.com.my/tutor/motivasi/index.asp?pg=artikel/pendidikan_bertaraf_d
       unia1.htm




Dr. Wan Shamsuddin Bin Wan Mamat. (1998). Pengisian wawasan pendidikan negara
       menuju abad 21. Retrieved August 24,2009 from
       http://citacita.tripod.com/nota/wawasdidik.htm




Kertas Kerja Kajian Sistem Pendidikan Kebangsaan (MTT2353). Pendidikan bertaraf dunia:
       Antara sumbangan dan cabaran dalam menempuh abad ke-21. Retrieved August 24,
       2009 from http://sarjana.tripod.com/taraf1.html




Lokman Hakim Ab. Wahid. Sistem pendidikan bertaraf dunia. Retrieved August 24, 2009
       from http://www.scribd.com/doc/8071758/Pendidikan-Bertaraf-Dunia-




Muhammad Farhan. Pengasas teori evolusi dan teori fungsi. Retrieved August 24, 2009 from
       http://islamhadhari.net/?p=3478




                                                                                         23
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (RMK-9). Retrieved 25 August,
       2009 from http://www.kmph.matrik.edu.my/PIPP/moe_pipp_00.pdf




Pupu Saeful Rahmat. (2008). Memupuk institusi local dan modal sosial dalam kehidupan
       bermasyarakat. Retrieved August 24, 2009 from
       file:///D:/UMS/KBM/Memupuk%20Institusi%20Lokal%20dan%20Modal%20Sosial
       %20dalam%20Kehidupan%20Bermasyarakat%20%C2%AB%20AKHMAD%20SU
       DRAJAT%20%20%20LET%27S%20TALK%20ABOUT%20EDUCATION%20!.ht
       m




Utusan Malaysia. (2005). Teguhkan modal sosial.




Wikipedia: Modal Sosial. Retrieved August 24, 2009 from

       file:///D:/UMS/KBM/Modal_sosial.htm




Wikipedia: Pendidikan. Retrieved August 24, 2009 from

       http://id.wikipedia.org/wiki/Pendidikan




Witrianto, S.S., M. Hum., M.Si. Modal sosial dan pembangunan manusia melayu: Kasus
       Indonesia dan Malaysia. Retrieved August 24, 2009 from
       ccm.um.edu.my/umweb/fsss/.../persidangan/.../Pak%20Witrianto.doc




                                                                                       24

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:2506
posted:3/27/2010
language:Malay
pages:24
Description: This is my own research when doing my assignment for my Kemahiran Berbahasa Melayu course