Usaha Kerajaan Malaysia Mempromosikan jalur lebar kepada penduduk luar bandar dan pedalaman negeri Sabah

					    SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL
       TT00703 KOMPUTER DAN MULTIMEDIA DALAM
                     PENDIDIKAN
                             TAJUK:

USAHA KERAJAAN MEMPROMOSIKAN JALUR LEBAR (BROADBAND) KEPADA
      PENDUDUK LUAR BANDAR DAN PEDALAMAN NEGERI SABAH



NAMA : NOOR HAZLINDAH BINTI AWANG

NO MATRIK : BT07110104

PENSYARAH : DR.TAN CHOON KEONG
      Jalur lebar (broadband) merupakan medium untuk menyambungkan komunikasi

berkeupayaan tinggi. Ia merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi yang tersedia

untuk digunakan dalam komunikasi. Salah satu contoh ialah ADSL, yang mana „suara‟

dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum. „Suara‟ dikendalikan

di bawah frekuensi 3.3kHz, manakala data dikendalikan di atas 138 kHz. Ia juga

digunakan untuk merujuk kepada capaian internet jalur lebar, di mana sambungan

untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s) dengan

sambungan 512 kbits/s atau lebih tinggi. Definisi jalur lebar berbeza mengikut Negara.

Namun secara umumnya diterima bahawa jalur lebar adalah kelajuan transmisi dan

kapasiti yang membolehkan video interaktif berkualiti tinggi, data dan aplikasi suara

dapat dimuat turun melalui satu saluran. Bagi Malaysia, Kementerian Tenaga, Air dan

Komunikasi (KTAK) mendefinisikan jalur lebar apabila sesuatu rangkaian itu mampu

mencapai kelajuan transmisi data melebihi 128 kilobit sesaat (kbps) yang mana

perkhidmatan itu haruslah berterusan dan sentiasa ada.

      Penggunaan jalur lebar adalah penting bagi mempercepatkan capaian internet

dan memudahkan penggunaan aplikasi elektronik seperti perkhidmatan e-kerajaan, e-

dagang, e-pendidikan, e-kesihatan, dan sebagainya. Dalam konteks perkembangan

teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat ini, jalur lebar merupakan

prasyarat untuk memacu kemajuan sesebuah Negara sama ada dari aspek

pembangunan sumber manusia mahupun ekonomi. Hal ini kerana aplikasi teknologi

yang digunakan untuk urusan perniagaan dan pentadbiran hari ini menggunakan

perkhidmatan jalur lebar sebagai medium utama. Menyedari potensi besar yang mampu

dilaksanakan dengan penggunaan jalur lebar secara meluas ini, maka Kerajaan telah
memutuskan untuk mempertingkat penembusan jalur lebar di Malaysia pada Mei 2008.

Hal ini kerana kadar penembusan jalur lebar di Malaysia adalah amat rendah

berbanding dengan negara-negara maju di Asia seperti di Korea, Hong Kong dan

Singapura. Pelaksanaan jalur lebar ini bukan sahaja memberi impak yang besar kepada

pembangunan ekonomi Negara, tetapi juga ia memberikan impak yang besar terhadap

pembangunan sosial masyarakat. Aplikasi elektronik yang dapat dilakukan dengan

adanya perkhidmatan jalur lebar pastinya akan merubah gaya hidup masyarakat. Kini

jalur lebar merupakan keperluan asas selari dengan perkhidmatan bekalan air dan

elektrik. Usaha untuk mempertingkat penembusan jalur lebar ini diperhebat pula oleh

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengumumkan di

12th International Advisory Panel pada November 2009 bahawa kadar penembusan

jalur lebar perlu dipertingkat lagi untuk negara terus membangun pada masa hadapan.

Kerajaan mengambil keputusan ini setelah mengambil kira laporan Bank Dunia pada

Oktober 2009 bahawa setiap peningkatan 10 peratus dalam penembusan jalur lebar

akan membantu meningkatkan keluaran dalam Negara kasar (KDNK) sebanyak 1.3

peratus. Hasrat kerajaan untuk mempertingkat penembusan jalur lebar ke seluruh

Negara tidak hanya tertumpu kepada kawasan Bandar yang berpotensi tinggi untuk

meningkatkan taraf ekonomi Negara, tetapi juga tertumpu kepada kawasan luar Bandar

dan   pedalaman    bagi   membantu    masyarakat    di   kawasan   tersebut   untuk

mempertingkatkan taraf hidup mereka melalui penggunaan jalur lebar. Dengan merujuk

khusus kepada kawasan luar bandar dan pedalaman di negeri Sabah, kerajaan

Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri melalui Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) telah merancang dan melaksanakan beberapa usaha

dalam meningkatkan penembusan jalur lebar di kawasan tersebut.

      Usaha kerajaan untuk meningkatkan penembusan jalur lebar di Malayisa adalah

melalui Pelan Jalur Lebar Negara dan Program Merapatkan Jurang Digital. Dalam

ucapan dasar Datuk Seri Najib mengenai belanjawan tahun 2010, beliau telah

menyatakan bahawa untuk memantapkan bidang ICT, maka kerajaan akan

mempercepatkan pelaksanaan jalur lebar berkelajuan tinggi (High Speed Broadband-

HSBB) dengan jumlah kos sebanyak RM 11.3 bilion. Pelaksanaan HSBB ini adalah di

bawah Pelan Jalur Lebar Negara dan dibangunkan di kawasan-kawasan terpilih atau

ditentukan untuk penggunaan sebanyak 10 Mbps hingga 1 Gbps. HSBB merupakan

salah satu usaha kerajaan dalam mempromosikan peningkatan kepada kadar

penembusan internet jalur lebar di kawasan-kawasan bandar dan luar bandar. Usaha

ini direalisasikan melalui program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di bawah

kelolaan SKMM. Bagi kawasan luar Bandar dan pedalaman negeri Sabah, fasa

pertama projek telah melengkapkan 22 buah daerah dengan kemudahan telefoni asas.

Perkembangan daripada program PPS tersebut merupakan Pusat Jalur Lebar Komuniti

(PJK) di mana program ini adalah usahasama dengan Kerajaan Negeri dari aspek

pemilihan tapak atau lokasi. Antara   ciri-ciri PJK adalah pusat tersebut dilengkapi

dengan minimum 10-15 buah komputer dengan penyediaan internet jalur lebar

berkelajuan sehingga 2 Mbps. Selain itu, pusat ini turut dilengkapi dengan peralatan

CCTV dan keselamatan seperti penggera serta latihan untuk penduduk yang ingin

menggunakan perkhidmatan internet jalur lebar. Pusat ini diuruskan oleh seorang

Pengurus dan penolong pengurus yang diharapkan oleh penduduk setempat.
Menjelang akhir tahun 2010, kerajaan mensasarkan sebanyak 50% untuk penembusan

Internet Jalur Lebar di Malaysia dan 30 % untuk penembusan di negeri Sabah.

      Sebanyak enam buah Pusat Jalur Lebar Komuniti yang telahpun dan akan

dibuka di Sabah. Empat daripada pusat tersebut dibuka di parlimen Kinabatangan, iaitu

di Kampung Paris 1 dan Kampung Sukau yang telahpun beroperasi sejak tahun 2009

dan dua lagi di Kota Kinabatangan dan Bukit Garam. Sementara dua buah pusat lagi

terletak di Pagulangan,Nabawan dan Mempakat Laut,Pitas. Setiap penduduk digesa

untuk menjadi ahli PJK kerana dengan mendaftar sebagai ahli, mereka boleh

menggunakan kesemua PJK di Sabah dan di luar Sabah untuk belajar asas

penggunaan komputer seperti Microsoft office serta aplikasi on-line seperti E-

Government, on-line Banking dan sebagainya. PJK yang terdapat di parlimen

Kinabatangan seperti yang terdapat di Kampung Sukau dilengkapi dengan 14 unit

komputer, sebuah mesin pengimbas dan sebuah mesin pendua. Di PJK Bukit Garam

pula, terdapat 18 unit komputer disediakan, diikuti dengan 15 unit di Kota Kinabatangan

dan 17 unit beserta sebuah mesin pengimbas dan mesin pendua di Kampung Paris 1.

      Dengan adanya PJK ini, kerajaan berharap agar penduduk merebut peluang

tersebut untuk meneroka bidang-bidang kemajuan di kawasan parlimen Kinabatangan,

khususnya rancangan mewujudkan Pekan Baru Sukau, menjana ekonomi berasaskan

Gomantong Park, serta kemajuan dalam bidang ilmu dan pendidikan yang mampu

menjana rangkaian pendidikan dengan Hub Pendidikan yang diwujudkan di Kampung

Sungai Batang, Libaran, Sandakan, yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk

Seri Musa Bin Haji Aman. Selain itu, PJK yang terdapat di Sukau mampu menjadi

tarikan kepada pelancong luar negara untuk datang ke destinasi pelancongan yang kian
dikenali di merata Asia dan Eropah tersebut kerana kemudahan itu membolehkan

mereka berhubung dengan keluarga dan rakan di negara asal.

      Selain itu, untuk merapatkan jurang digital antara penduduk Sabah, maka

kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM383 juta yang mana jumlah ini meliputi

perluasan liputan selular bagi 212 menara, perpustakaan jalur lebar dan pelbagai

perkara yang berkaitan lagi. Perkara ini diumumkan oleh Y.B Dato‟ Seri Utama Dr. Rais

Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) ketika

menyempurnakan majlis pelancaran ibu sawat Malaysia Internet Exchange (MyIX) dan

Pusat Jalur Lebar Komuniti peringkat negeri Sabah pada 28 Disember 2009 di Sabah

Trade Centre. Melalui peruntukan yang telah diberikan ini, SKMM akan mewujudkan 30

buah lagi Pusat dan Perpustakaan Jalur lebar di Sabah seperti yang telah digariskan di

bawah Pelan Jalur Lebar Negara bertujuan mengurangkan jurang digital di antara

masyarakat Bandar dan luar Bandar. Setakat ini terdapat enam pusat jalur lebar dan

sebuah perpustakaan jalur lebar di Sabah. Menurut Pengerusi SKMM Tan Sri Khalid

Ramli, jumlah tersebut akan ditambah dengan 16 buah pusat dan 14 perpustakaan jalur

lebar yang akan dibina di kawasan luar Bandar agar masyarakat terutama golongan

muda dapat didedahkan dengan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat. Usaha

ini dilakukan oleh kerajaan untuk membantu penduduk tempatan meneroka bidang

kemajuan, menjana sumber ekonomi, kemajuan di bidang ilmu dan pendidikan yang

mampu menjana rangkaian pendidikan dalam melahirkan generasi digital. Menurut

beliau, pusat yang sedia ada berhasil mencapai sasaran 14 peratus penembusan jalur

lebar kepada isi rumah di negeri Sabah pada tahun 2009. Justeru diharap penambahan
pusat jalur lebar dan perpustakaan ini akan berhasil mencapai sasaran 30 peratus

penembusan menjelang akhir tahun 2010.

      Program penambahan menara selular di Sabah oleh Kementerian Penerangan

Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui SKMM akan dilaksanakan secara

berperingkat yang mana 212 menara telekomunikasi baru akan dibina dan kerja

pembinaan untuk 60 menara akan bermula seawal Februari 2010. Pada ketika ini,

kadar liputan selular di Sabah hanyalah 75 peratus daripada kawasan berpenduduk.

Menjelang penghujung tahun 2010, liputan selular di Sabah akan menjadi lebih baik

dengan adanya menara telekomunikasi yang baru ini. Dengan itu, maka lebih ramai lagi

masyarakat Sabah di kawasan luar Bandar dan pedalaman akan dapat menikmati

kemudahan telefon selular.




      Perpustakaan desa Kg.Pahu,Sabah
        Dalam usaha murni kerajaan untuk mempertingkat penembusan jalur lebar di

kawasan luar Bandar dan pedalaman negeri Sabah, SKMM khususnya turut

menghadapi beberapa isu dan cabaran untuk melaksanakan projek-projek yang telah

direncanakan dan yang telahpun beroperasi. Antara isu yang dihadapi ialah

ketidaksediaan para pengguna menggunakan kemudahan internet jalur lebar yang

telah disediakan di beberapa tempat di Sabah. Umum sedia maklum bahawa penduduk

di kawasan luar Bandar dan pedalaman mempunyai kesedaran yang amat rendah

mengenai teknologi maklumat. Hal ini kerana mereka tidak menggunakan kemudahan

tersebut dalam kehidupan seharian mereka, justeru mereka tidak melihat kepentingan

untuk    mempelajari   seterusnya   menggunakan      kemudahan     tersebut.    Walau

bagaimanapun, kerajaan melalui SKMM boleh melakukan program pendidikan

mengenai kepentingan penggunaan jalur lebar dalam kalangan belia dan pelajar

sekolah kerana merekalah generasi yang akan mewarisi dan menggunakan

kemudahan internet jalur lebar yang telah disediakan tersebut demi merealisasikan

hasrat yang telah digariskan oleh kerajaan di bawah Pelan Jalur Lebar Negara.

        Selain itu, isu radiasi daripada stesen pemancar turut menjadi perkara yang

membimbangkan banyak pihak akibat kesan yang bakal dihadapi oleh manusia kelak.

Dalam hal ini, pihak yang bertanggungjawab harus menyebarkan maklumat yang tepat

kepada penduduk untuk meredakan kebimbangan mereka kerana pihak yang

bertanggungjawab menguruskan sistem pemancar tersebut seperti Telekom Malaysia

sudah    semestinya    mempunyai    rancangan   jangka   panjang   untuk   mengatasi

permasalahan radiasi ini.
      Isu vandalisme dan keadaan bentuk muka bumi/geografi Sabah yang berbukit-

bukau turut menjadi isu dalam mempertingkat penembusan jalur lebar di negeri

tersebut. Dalam hal ini, kerajaan memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk

menangani isu vandalisme kerana ia bukan masalah yang harus ditangani oleh

kerajaan sahaja, bahkan ia merupakan masalah semua rakyat di Malaysia. Isu yang

berkaitan dengan alam semula jadi pula seperti keadaan geografi Sabah yang berbukit-

bukau agar sukar untuk diatasi kerana ia bukan berpunca daripada perbuatan manusia.

Isu ini memerlukan penyelidikan yang mendalam dan memakan masa untuk diatasi.

Namun kita harus percaya bahawa syarikat telekomunikasi seperti Telekom Malaysia,

DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi), Celcom (M) Berhad dan sebagainya sedang

menjalankan penyelidikan demi penyelidikan untuk memastikan masyarakat mendapat

liputan yang lebih baik tahun demi tahun.

      Kesimpulannya, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jalur Lebar Negara yang

bermatlamat untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di seluruh Negara

kerana penggunaan jalur lebar amat penting bagi memudahkan penggunaan aplikasi

elektronik dan capaian internet. Bagi mencapai matlamat ini, maka kerajaan telah

menggariskan beberapa rancangan untuk melaksanakan pelan itu secara menyeluruh.

Namun menyedari pelaksanaan jalur lebar bukan sekadar untuk memudahkan capaian

internet, tetapi juga membuka peluang yang luas untuk mewujudkan kepelbagaian

peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat, maka kerajaan telah mengambil

keputusan untuk mempertingkat penembusan jalur lebar secara serius pada tahun

2008. Beberapa usaha telah dijalankan antaranya pelaksanaan HSBB, penambahan

pusat jalur lebar komuniti dan perpustakaan jalur lebar, pembinaan menara selular dan
pelancaran ibu sawat Malaysia. Diharap agar usaha murni kerajaan ini akan dapat

mencapai matlamat yang telah digariskan seterusnya usaha ini membantu kerajaan

mencapai taraf Negara maju yang berdaya saing menjelang tahun 2020.
Rujukan


Aspirasi Digital,2006. Akses Internet Berkelajuan Tinggi di Seluruh Negara. Aspirasi
Digital edisi 1(8:9)

Aspirasi Digital,2006. Pelan Jalur Lebar Negara. Aspirasi Digital edisi 3(4:7)

“Jalur lebar” http://ms.wikipedia.org/wiki/Jalur_lebar. Diambil pada 24 Januari 2010.

“Jalur lebar 2010” http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jalur-lebar-
2010/Article/index_html. Diambil pada 24 Januari 2010.

Karmilla Amirkhan (Timbalan pengarah,Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia,Pejabat Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan),2010. Usaha
kerajaan mempromosikan jalur lebar (broadband) kepada penduduk luar bandar
dan pedalaman di negeri Sabah. Temu Bual (atas talian). 13 Januari 2010.

 “Kemahiran ICT dalam PJK jana sosioekonomi Dun Sukau”
http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/26681. Diambil pada 6 Februari
2010.

 “Penembusan jalur lebar akan diteruskan”
http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/33529. Diambil pada 6 Februari
2010.

 “Strategi pelaksanaan bagi mempertingkatkan penembusan jalur lebar di Malaysia”
http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD/BB_KA_KTAK.pdf. Diambil pada 24
Januari 2010.

“30 Pusat, Perpustakaan Jalur Lebar Di Sabah”
bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=470276. Diambil pada 5
Februari 2010

“100 laptop manfaat penduduk”
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Merakyatkanjalurlebar/Article/art_print ,100
laptop manfaat.. Diambil pada 6 Februari 2010.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:2458
posted:3/26/2010
language:Malay
pages:11
Description: This document is about Malaysia's effort in promoting broadband among societies in rural and remote areas in Sabah