Senarai Tugas AJK Makmal Komputer

Document Sample
Senarai Tugas AJK Makmal Komputer Powered By Docstoc
					Tugas-Tugas Jawatankuasa ICT Sekolah


Pengerusi

    Mengetuai JK untuk merancang pelaksanaan program ICT sekolah
    Mengemukakan keperluan sekolah kepada JPN/KPM dan pihak
     berkenaan untuk mendapatkan peruntukan kewangan, guru dan
     pembangunan serta bekalan
    Mempengerusikan semua mesyuarat JK perlaksanaan ICT sekolah
    Merancang, melaksana dan memantau keseluruhan program ICT sekolah
    Menggubal dan membangunkan dasar ICT sekolah agar program ICT
     dilaksana dan mencapai matlamatnya
    Menerima laporan dan membuat perbincangan dengan penyelaras ICT
     untuk memastikan segala urusan berkaitan program ICT berjalan lancar
    Mengkaji dan memberi kelulusan untuk kegunaan komputer oleh pihak
     yang sepatutnya


Setiausaha

      Mengurus mesyuarat JK ICT sekolah
      Mengurus latihan dan kursus dalaman
      Mengurus kewangan JK ICT sekolah
      Memantau pembangunan web sekolah
      Menyelaras pelaksanaan segala perancangan ICT sekolah
      Menjadi pegawai perhubungan ICT sekolah
      Menyediakan jadual P&P, jadual kelab dan guru bertugas
      Menyedia dan mengumpul laporan ICT sekolah
      Mengendalikan hal-hal pentadbiran JK ICT sekolah


JK Perkembangan Staf

    Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf
    Mengikuti perkembangan terkini tentang ICT dan menyebarkan
     maklumat tersebut
    Mengurus pengkalan data sumber manusia dalam ICT
    Memastikan setiap guru yang menghadiri kursus yang berkaitan ICT
     akan menjalankan in house di sekolah
    Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti




                                                                 Page 1 of 3
JK Pengajaran dan Pembelajaran

    Menggerakkan pemikiran untuk meningkatkan keberkesanan P&P
     melalui penggunaan ICT
    Mengatur penggunaan bahan sumber P&P oleh guru
    Memantau penggunaan bahan sumber dan aplikasi ICT dalam P&P
    Menambah koleksi bahan sumber P&P ICT
    Menilai kesesuaian bahan sumber P&P ICT
    Mengurus penghasilan bahan sumber P&P yang mudah dengan
     menggunakan kemahiran ICT seperti pembentangan secara Power Point
    Mengatur program membudakan penggunaan ICT dalam P&P
    Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan


JK Pengurusan Stok dan Dokumentasi

    Mengurus stok, inventori dan harta modal
    Mengurus bahan dokumentasi seperti surat pekeliling, manual dan lesen
     perisian
    Memproses bahan-bahan sokongan P&P dan bahan sumber seperti
     perisian kursus
    Menyedia dan meyimpan rekod penggunaan makmal komputer
    Menyedia kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan


JK Keceriaan

    Menubuhkan pasukan kerja kebersihan dan keceriaan makmal
    Menyedia jadual tugasan makmal
    Mengumpul dan mempamerkan bahan-bahan yang sesuai untuk
     meningkatkan keceriaan makmal komputer
    Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti yang dijalankan




                                                                     Page 2 of 3
JK Penyelenggaraan dan Keselamatan

   Menyediakan peraturan makmal, panduan penggunaan peralatan dan
    perisian serta mempamerkan di tempat yang sesuai
   Menydiakan prosedur kerja untuk memastikan semua pengguna makmal
    memahami dan mematuhi peraturan dan langkah-langkah keselamatan
   Menyediakan jadul pemeriksaan dan penyelenggaraan perkakasan
    berkala dan memantau perlaksanaan ( servis hawa dingin, scan disk dll)
   Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti yang dijalankan



JK Tugas-tugas Khas ICT

   Merancang aktiviti pembudayaan ICT dalam bentuk program-program
    khs yang melibatkan seluruh warga sekolah dan komuniti
   Mendapatkan penaja bagi meningkatkan infrastruktur dan pelaksanaan
    program ICT sekolah
   Mengurus program ICT sekolah yang diterima dari masa ke semasa
   Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti yang dijalankan




                                                                  Page 3 of 3

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:1290
posted:3/26/2010
language:Malay
pages:3