Docstoc

B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI DGL

Document Sample
B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI DGL Powered By Docstoc
					                                                  B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


                    Bidang 05 : Rangkaian Dan Telekomunikasi

 Bil      Tajuk                                           KA Blok 1          KA Blok 2
 1.       Rangkaian Komputer dan Telekomunikasi           2                  -
 2.       Perkhidmatan Asas Internet                      1                  1
 3.       Komunikasi Melalui Rangkaian                    1                  3
 4.       Mel Elektronik                                  2                  -
 5.       Utiliti Sokongan                                2                  1
 6.       Melungsuri Web                                  -                  -
 7        Membangun Laman Web                             3                  -
 8.       Kepentingan dan sumbangan Internet serta        1                  -
          isu-isu yang berkaitan dengannya.

Blok Pentaksiran
B05/PTM05/01/1.7 (Blok 1)

KA: 7 Menerangkan dengan jelas fungsi protokol.

Huraian Sukatan Pelajaran
2.1 Memperihalkan tentang Internet dan protokol komunikasi yang digunakannya

Nota

Sesuatu protokol itu adalah satu set peraturan yang mentadbir komunikasi diantara beberapa
buah komputer yang tedapat pada suatu rangkaian. Peraturan-peraturan tersebut termasuklah
garis panduan yang merangkumi beberapa kriteria-kriteria sebuah rangkaian. Ini termasuklah cara
mengakses, topologi fizikal yang dibenarkan, jenis-jenis perkabelan, dan kelajuan penghantaran
data contoh NetBeui dan TCP/IP.

Protokol juga dikenali sebagai piawaian yang membolehkan komputer berinteraksi antara satu
sama lain. Protokol biasa menetapkan bagaimana komputer mengenalpasti antara satu sama lain
di dalam satu-satu rangkaian, bentuk bagaimanakah data in akan diproses apabila ia sampai ke
destinasi yang ditujui.

Kepentingan piawai ini adalah kerana tanpanya peralatan komputer tidak dapat bekomunikasi.
Contoh: platform Apple dan windows adalah berbeza tetapi dengan menggunakan TCP/IP
semuanya boleh berkomunikasi antara satu sama lain.

Latihan

1. Komputer berkomunikasi dengan komputer lain melalui satu peraturan yang dipanggil
   ______________ .



Blok Pentaksiran
B05/PTM05/02/2.11 (Blok 1)

KA: 8 Menerangkan dengan jelas kegunaan mel elektronik.

Huraian Sukatan Pelajaran
4.1 Mengkonfigurasikan aplikasi mel elektronik agar boleh digunakan untuk menerima dan
    menghantar mel.

Nota

E-mel adalah singkatan bagi electronic mail atau mel elektronik. Ia adalah satu proses
menghantar mel secara elektronik dari satu komputer ke komputer yang lain. Seperti yang
dinyatakan melalui namanya, e-mel adalah satu sistem penghantaran “surat elektronik”.

                                              48
                                                   B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


Kegunaan mel elektronik ialah:
    Mengirim, menerima surat secara elektronik kepada orang lain.
    Melampirkan dokumen/ fail dalam surat secara elektronik.

Contoh Mengkonfigurasikan e-mel melalui Microsoft Outlook


                                                                                 Untuk
                                                                                 memulakan
                                                                                 akaun e-mel
                                                                                 baru.




Latihan

1. Tentukan BENAR atau PALSU.
   a.    Pengguna e-mel hanya boleh mengirim dan menerima surat secara elektronik.
             BENAR        PALSU


  b.      Dokumen yang dilampirkan dalam e-mel mesti berformatkan pemproses perkataan
          sahaja.
             BENAR       PALSU




Blok Pentaksiran
B05/PTM05/02/2.13 (Blok 1)

KA: 9 Mengenalpasti dengan tepat fitur-fitur perisian mel elektronik.

Huraian Sukatan Pelajaran
4.2 Mengenalpasti dan menggunakan fitur-fitur perisian mel elektronik berikut:
     Menulis Mesej
     Balas mel pengirim
     Forward mel pengirim
     Sertakan fail
     Fail pengenalan (signature file)
     Mengurus akaun mel elektronik




                                                 49
                                    B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


Nota

1. Menulis mesej

                                            Butang untuk menghantar mesej


                                              Alamat e-mel penerima


                                            Alamat e-mel penerima / salinan
                                            kepada




       Ruang untuk menulis mesej




2. Balas mel pengirim


                                                 Membalas e-mail seorang
                                                 pengirim



                                                Membalas e-mail kepada
                                                semua pengirim yang
                                                telah kita baca.




                                                 Paparan untuk membalas
                                                 e-mail




                                   50
                                                      B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


3. Forward mel pengirim


                                                                            Forward mel pengirim




4. Sertakan fail (Fail attachment)/ Fail pengenalan

                                                                                  Sertakan fail




                                                                                 Fail pengenalan




Latihan

1. Amin ingin menghantar tugasan kepada guru Teknologi Maklumat dalam bentuk dokumen
   melalui e-mel.    Apakah fitur dalam e-mel yang boleh digunakan oleh Amin
   _______________________

2. Farah telah melungsuri 5 laman web secara berturutan. Semasa berada di laman web 4,
   Farah ingin kembali ke laman web 2 dan menandakannya untuk rujukan pada masa akan
   datang. Farah akan menggunakan fitur __________________ untuk kembali ke laman web 2,
   dan fitur ___________________ untuk menandakan laman tersebut.

3.   Amin menulis mesej untuk dihantarkan kepada sahabatnya di United Kingdom. Menulis
     mesej adalah salah satu daripada fitur dalam perisian mel elektronik. 2 lagi fitur bagi perisian
     mel elektronik ialah ______________ dan _______________ .




                                                  51
                                               B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


Blok Pentaksiran
B05/PTM05/02/2.14 (Blok 1)

KA: 10 Menyatakan dengan jelas HTML dan fungsinya dalam pembangunan laman web.
KA: 41 Menyatakan dengan jelas HTML dan fungsinya dalam pembangunan laman web.

Huraian Sukatan Pelajaran
7.1 Memperihalkan HTML dan fungsinya dalam pembinaan laman web.

Nota

HTML adalah singkatan bagi Hyper Text Markup Language. Ianya adalah dokumen dalam format
teks yang mengandungi penanda seperti < > yang disebut HTML TAGS untuk mengatur bentuk
paparan teks/ grafik/ audio/ animasi/ video di dalam Html viewer atau "WEB BROWSER" seperti
Microsoft Internet Explorer, Netscape dll. Fungsinya sebagai perisian editor laman web untuk
menformat teks dan perenggan, atribut imej, teks dan jadual, menghubungkan halaman, animasi,
bunyi.

TAG HTML

      HTML Set yang terdiri sepasang Tag: Perintah awal (opening tags) berada diantara (< >),
       Perintah akhir (closing tags) berbentuk seperti (</... >).
      Tag tunggal seperti <br> dan <hr> tag untuk pindah baris dan membuat garis melintang
       (horizontal).
      Di dalam beberapa tag perintah (tidak semua) dapat juga disisipkan perintah-tambahan
       (Attributes) seperti color=.. align=.. untuk menentukan warna dan jajaran.

Membuat Dokumen HTML

Apa yang diperlukan

Untuk dapat menyunting dokumen HTML maka anda memerlukan

      WEB Browser seperti Internet Explorer, MSN Explorer atau Netscape.
      Text Editor Notepad atau Wordpad
      Mengenal Tag HTML

POLA DASAR DOKUMEN terdiri atas perintah-perintah seperti berikut:

Nama Tag       keterangan / erti
<html>   dan   yang menyatakan bahawa teks / objek yang berada diantara kedua tag ini adalah
</html>        Dokumen HTML
<head>   dan   yang menyatakan bahwa teks yang berada di antara kedua-dua tag ini adalah
</head>        bahagian kepala dari Dokumen HTML (boleh ditiadakan/ optional)
<title>  dan   yang menyatakan bahawa teks yang berada di antara kedua-dua tag ini adalah
</title>       judul Dokumen HTML
<body>   dan   Diantara kedua tag inilah diletakkan isi utama Dokumen HTML
</body>




                                             52
                                                B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


Contoh
<html>
          <head>
          <title>
                   html percubaan
          </title>
          </head>
                   <body>
                           ANDY IRAWAN HOMEPAGE
                   </body>
</html>

Latihan

          <head>
          <title>
                   html percubaan
          </title>
          </head>
                   <body>
                           AINA HOMEPAGE
                   </body>

1. Bahasa di atas dikenali sebagai _________________________

2. HTML adalah singkatan bagi ________________________________

3. ______________________ialah perisian editor laman web untuk menformat teks dan
  perenggan, atribut imej, teks dan jadual, menghubungkan halaman, animasi, bunyi.




Blok Pentaksiran
B05/PTM05/02/2.15 (Blok 1)

KA: 11 Menerangkan dengan jelas perisian editor laman web berasaskan teks dan WYSIWYG
       serta memberi contoh.

Huraian Sukatan Pelajaran
7.2 Memperihalkan perisian editor laman web berasaskan teks dan WYSIWYG serta menamakan
    beberapa contoh bagi setiap satunya.

Nota

Perisian Editor Laman Web Berasaskan Teks
Perisian editor laman web berasaskan teks adalah sejenis perisian yg membina laman web
berasaskan arahan-arahan teks yg ditulis. Bahasa HTML ini ditulis dengan menggunakan teks
editor seperti Windows Notepad, MS-Edit, dan fail disimpan menggunakan sambungan .htm atau
.html. Browser HTML seperti Internet Explorer atau Netscape Navigator pula akan
menterjemahkan kod-kod html dan membuat paparan seperti apa yang telah dikodkan.

Perisian Editor Laman Web Berasaskan WYSIWYG (What You See Is What You Get)
Perisian editor laman web berasaskan WYSIWYG adalah sejenis perisian yg membantu membina
laman web dengan cara yang lebih mudah iaitu apa yg terpapar di skrin monitor semasa peringkat
pembinaan itulah yang akan terpapar nanti. Walaupun terdapat kelebihan pada perisian editor
laman web berasaskan WYSIWYG, adakalanya pembina laman web terpaksa menggunakan
perisian editor berasaskan teks apabila mereka perlukan sifat-sifat yang tidak boleh dibuat oleh
perisian editor laman web berasaskan WYSIWYG.
Contohnya ialah Netscape Composer, MS Frontpage, Dreamweaver dan lain-lain



                                              53
                                                   B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


Latihan

1. 2 contoh perisian editor laman web yang berasaskan WYSIWYG ialah __________________
   dan ________________________ .

2. Contoh perisian editor laman web berasaskan teks ialah ____________________ .



Blok Pentaksiran
B05/PTM05/02/2.17 (Blok 1)

KA: 12 Menyenaraikan dengan betul perisian utiliti sokongan untuk memampat dan
      menyahmampat fail dan mengimbas serta menghapus virus.

Huraian Sukatan Pelajaran
5 Utiliti Sokongan
5.1       Memperihalkan perisian utiliti sokongan berikut dan menamakan contoh perisiannya:
           memampat dan menyahmampat fail
           mengimbas dan menghapus virus

5.1       Menggunakan perisian utiliti sokongan bagi
           memampat dan menyahmampat fail
           mengimbas dan menghapus virus

Nota

Memampat dan menyahmampat fail
Contoh: Winzip, Winrar, Pkzip dan lain-lain

Perisian utiliti sokongan memampat “Zip” digunakan untuk memampatkan saiz fail yang besar.
Setelah fail tersebut dimampatkan saiz fail tersebut akan lebih kecil dari fail yang asal. Dengan ini
ia akan mengurangkan ruang storan fail tersebut.

Sebagai contoh, fail mempunyai ruang storan 1.8 Mb tidak boleh disimpan dalam satu disket.
Namun ia boleh dimampatkan dengan menggunakan perisian “Winzip” sehingga menjadi 1.2 Mb.
Dengan ini fail tersebut boleh disimpan dalam satu disket.

Fail yang telah dimampatkan tidak dapat dibuka dalam keadaan biasa, kecuali ia telah
dinyahmampatkan terlebih dahulu. Oleh itu perisian “Winzip” digunakan sekali lagi untuk
menyahmampatkan fail tersebut.

Mengimbas dan menghapus virus

Sesetengah virus amat senang dikesan kehadirannya kerana ia “mengumumkan” dirinya kepada
pengguna apabila ia telah berjaya menjangkiti sistem komputernya. Tetapi mungkin lebih
berbahaya jika virus tidak membuat apa-apa “pengumuman” dan menjangkiti sistem anda secara
senyap, mungkin menunggu hari dan waktu yang sesuai untuk “serang” dan membinasakan
sistem hosnya. Virus yang sedemikian rupa perlulah dikesan dan dihapuskan sebelum ia
menghapuskan maklumat dalam cakera keras pengguna.
Berikut ialah contoh perisian antivirus yang boleh digunakan untuk mengesan dan menghapuskan
virus.
Contoh: Mc Afee, Norton AntiVirus, Armour dan lain-lain

Antara tindakan-tindakan yang boleh dilaksanakan oleh perisian antivirus ialah:
         imbas dan kenalpasti
         imbas dan hapus virus
         imbas dan kuarantin virus




                                                 54
                                                 B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


Latihan

1. Raju melungsuri internet dan telah memuat turun satu fail dokumen bernama laporan.zip.
   Sebelum membuka fail tersebut, Raju perlu memastikan fail tersebut bebas daripada virus.
   Nyatakan   satu     jenis  perisian  yang    boleh   digunakan     untuk   tujuan    ini.
   ________________________________

2. Winzip ialah satu contoh perisian yang boleh digunakan untuk _______________ fail

3. Satu fail audio disimpan di dalam pemacu cakera keras sebuah komputer. Kapasiti disket
   tidak mencukupi untuk memuatkan fail ini. Satu perisian utiliti sokongan digunakan untuk
   __________________ fail audio itu supaya boleh dimuatkan ke dalam disket, dan juga untuk
   _____________________ fail itu sebelum digunakan semula.

4. Ali sedang menggunakan pemproses perkataan untuk menyiapkan tugasan sekolahnya. Tiba-
   tiba terdapat satu kotak mesej yang memaparkan amaran bahawa komputer mengandungi
   virus tertentu. Perisian yang digunakan Ali untuk membebaskan failnya daripada virus ialah
   ______________________ .




Blok Pentaksiran
B05/PTM05/01/1.6 (Blok 1)

KA: 14 Menyenaraikan dengan jelas ciri-ciri LAN dan WAN.

Huraian Sukatan Pelajaran
1.5 Memperihalkan LAN, WAN dan keperluan perkakasan (seperti NIC, router, hub, modem)
    protokol komunikasi seperti NetBEUI dan TCP/IP

Nota

Rangkaian Kawasan Setempat /Local Area Network (LAN)

             Rangkaian Komputer Setempat atau LAN merupakan sekumpulan komputer
              (biasanya komputer mikro) yang berkongsi sama ada perkakasan, perisian atau data.
             Rangkaian jenis ini adalah yang paling kerap digunakan di syarikat-syarikat.
             Rangkaian jenis ini selalunya menghubungkan komputer-komputer dalam kawasan
              yang berdekatan atau setempat dan tidak melebihi 2 km contohnya, dalam bangunan
              yang sama.
             Komunikasi antara komputer menggunakan medium tertentu seperti kabel pasangan
              terpiuh (Unshielded Twisted Pair)

Rangkaian Kawasan Luas /Wide Area Network (WAN)

             Rangkaian ini menghubungkan rangkaian-rangkaian LAN dan MAN.
             Rangkaian ini menghubungkan komputer-komputer untuk kawasan geografi yang
              lebih luas seperti dalam sesebuah negara atau menghubungkan negara-negara lain di
              dunia.
             Komunikasi antara rangkaian menggunakan talian telefon atau satelit.
             Contoh Rangkaian Kawasan Luas ialah Internet.

Soalan

1. ___________________________ merujuk kepada suatu sistem rangkaian yang terbatas dalam
   suatu kawasan yang kecil.




                                               55
                                               B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


Blok Pentaksiran
B05/PTM05/02/2.6 (Blok 1)

KA: 15 Mengenalpasti dengan tepat perisian aplikasi yang digunakan untuk melaksanakan tiga
       bentuk komunikasi rangkaian.

Huraian Sukatan Pelajaran
3.1 Memperihalkan bentuk komunikasi yang boleh dilaksanakan melalui rangkaian dan
memberikan contoh-contoh perisian aplikasi yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut:

          Komunikasi berasaskan teks (eg. Microsoft Chat)
          Komunikasi berasaskan suara (eg. Internet Phone)
          Komunikasi berasaskan video (eg. CU-SeeMe)

Nota

Komunikasi berasaskan teks (eg. mIRC)




 Paparan bagi komunikasi berasaskan teks

Contoh lain bagi komunikasi berasaskan teks ialah ICQ, Net Meeting, MSN Messenger

Komunikasi berasaskan suara (eg. Internet Phone)




 Paparan bagi komunikasi berasaskan suara

Komunikasi berasaskan video (eg. CU-SeeMe)




                                             56
                                               B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


Latihan


 Komunikasi boleh dilaksanakan berasaskan tiga bentuk utama

Berdasarkan kenyataan di atas, lengkapkan Jadual di bawah


 Bentuk Komunikasi                Contoh perisian aplikasi

 Berasaskan teks                  Microsoft Chat

 (a) ____________________         Internet Phone

 Berasaskan video                 (b) ___________________




Blok Pentaksiran
B05/PTM05/02/2.3 (Blok 1)

KA: 17 Menerangkan dengan jelas binaan rangkaian asas internet.

Huraian Sukatan Pelajaran
2.1 Memperihalkan tentang Internet dan protokol komunikasi yang digunakannya

Nota

Internet

              Singkatan kepada Inter-Network
              Rangkaian terbesar dunia
              Sistem rangkaian komputer yang menggabungkan rangkaian-rangkaian komputer
               lain dengan menggunakan protokol yang sama
              Menyediakan perkhidmatan komunikasi data seperti pemindahan fail, mel
               elektronik, kumpulan berita dll.


Binaan asas Internet

1. Perkakasan Minimum

              Komputer sistem 486DX dengan cakera keras 8Mb RAM
              Modem, sekurang-kurangnya 9600bps (baud per saat). Modem yang berkelajuan
               lebih tinggi membolehkan anda mencapai dan memindahkan data dengan lebih
               cepat dan menjimatkan
              Talian telefon
              Perkakasan-perkakasan lain yang digunakan untuk mencipta rangkaian adalah
               seperti berikut:-

                      Kabel Rangkaian
                      Kad Antaramuka Rangkaian
                      Talian Komunikasi
                      Sistem Pengendalian Rangkaian
                      Hub
                      Modem


                                             57
                                               B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


                      Repeater
                      Router
                      Bridge
                      Gateway
                      Multiplexer

   2. Perisian Minimum

              Windows 3.1
              Trumpet Winsock Ver 2.0b
              Netscape Navigator 1.0 untuk mengimbas Jaringan Seantero Dunia atau World
               Wide Web (WWW).
              Eudora atau perisian lain untuk mel elektronik.
              Jika anda mempunyai perisian Windows98, semua perisian untuk internet telah
               disediakan.

   3. Akaun Internet

              Akaun internet boleh diperolehi dari syarikat pembekal internet tempatan. Di
               Malaysia terdapat dua syarikat pembekal internet iaitu MIMOS Berhad (Jaring)
               dan Telekom Malaysia Berhad (TMnet).




Blok Pentaksiran
B05/PTM05/01/1.5 (Blok 1)

KA: 19 Memperihalkan dengan betul rangkaian komputer berasaskan pelayan pelanggan (client-
       server) dan rakan ke rakan (peer-to-peer).

Huraian Sukatan Pelajaran
1.4 Memperihalkan rangkaian komputer berasaskan server dan peer-to-peer.

Nota

Rangkaian Komputer Berasaskan Server

Komputer berasaskan server merupakan hubungan antara 2 atau lebih komputer di mana salah
satunya adalah pelanggan yang membuat permintaan kepada komputer yang lain iaitu pelayan
(server). Senibina pelayan-pelanggan adalah mekanisma yang umum untuk menangani
perkongsian data yang mana banyak aturcara/ program hendak mengaksesnya secara serentak.

Komputer pelayan dan komputer pelanggan boleh berhubung, berkongsi fail dan alat antara satu
sama lain. Memerlukan satu komputer yang berkuasa tinggi untuk menjadi komputer pelayan. Ia
juga merupakan tempat penyimpan data dan maklumat utama/penting. Semua komputer pelayan
boleh mencapai data masing-masing daripada mana-mana komputer pelanggan ke komputer
pelayan.

Contoh: Sistem pengendalian untuk menguruskan komputer pelanggan adalah Windows NT,
Windows 2000, Unix, Linux dan lain-lain.

Rangkaian Komputer Berasaskan Peer-to-peer

Sistem ini tidak melibatkan komputer pelayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap
komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer
mempunyai potensi yang sama.




                                             58
                                                  B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


Contoh: Sistem pengendalian ialah Apple Share dan Windows for Workgroups, Windows 95,
Windows 98, dan lain-lain.


Latihan

1. Dalam sistem pelanggan/pelayan, setiap nod dalam rangkaian mempunyai tanggungjawab
   yang sama untuk menyelaras aktiviti rangkaian.

          BENAR                                   PALSU

2. Satu komputer di dalam rangkaian berkomunikasi dengan komputer-komputer yang lain
   melalui pelayan. Jenis rangkaian tersebut ialah ____________________

3. Semua komputer dalam rangkaian secara langsung antara satu sama lain tanpa memerlukan
   pelayan. Jenis rangkaian tersebut ialah __________________




Blok Pentaksiran
B05/PTM05/01/1.2 (Blok 1)

KA: 21 Menyatakan dengan jelas maksud rangkaian komputer.

Huraian Sukatan Pelajaran
1.1 Menjelaskan makna rangkaian komputer dan telekomunikasi

Nota

Maksud Rangkaian Komputer

             Sistem komputer yang berpaut bersama dengan terminal dan peralatan perisian yang
              lain melalui talian komunikasi. Rangkaian membenarkan pengguna yang kedudukan
              geografinya berselerak untuk berkongsi aturcara, data dan peralatan.
             Satu perhubungan antara beberapa peranti komputer untuk membolehkan
              perkongsian sumber-sumber dan pertukaran maklumat.
             Rangkaian (Network) merupakan sistem komputer yang menggunakan peralatan-
              peralatan bagi menggabungkan dua atau lebih komputer yang boleh berkomunikasi.
             Peralatan komputer seperti komputer, pencetak, dan lain-lain dihubungkan oleh
              sesuatu medium seperti kabel terpiuh, kabel sepaksi, gentian optik, gelombang mikro
              atau satelit.

Latihan

1.   ____________________ merupakan sistem komputer yang menggunakan peralatan-
     peralatan bagi mengabungkan dua atau lebih peranti yang boleh berkomunikasi.




                                                59
                                                   B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


Blok Pentaksiran
B05/PTM05/02/2.5 (Blok 1)

KA: 28 Menyatakan dengan betul bentuk komunikasi yang boleh dilaksanakan melalui rangkaian.

Huraian Sukatan Pelajaran

3.1 Memperihalkan bentuk komunikasi yang boleh dilaksanakan melalui rangkaian dan
    memberikan contoh-contoh perisian aplikasi yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut:

               Komunikasi berasaskan teks (eg. Microsoft Chat)
               Komunikasi berasaskan suara (eg. Internet Phone)
               Komunikasi berasaskan video (eg. CU-SeeMe)

Nota

Bentuk komunikasi yang boleh dilaksanakan melalui rangkaian ialah
        teks
        audio
        video
        multimedia (gabungan sekurang-kurang dua bentuk di atas)


Latihan

1. Apakah bentuk-bentuk komunikasi yang boleh dilaksanakan melalui rangkaian

    i.        _________________________
   ii.        _________________________
  iii.        _________________________




                                                 60
                                                 B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


Blok Pentaksiran
B05/PTM05/02/2.9 (Blok 1)

KA: 29 Mengenalpasti dengan betul sekurang-kurangnya empat fitur perisian pelungsur internet.

Huraian Sukatan Pelajaran
6.2 Mengenal pasti fitur-fitur berikut:
        Butang navigasi
        Penanda laman
        Menyimpan fail teks dan imej
        Mencetak

Nota




                                           Penanda               Mencetak
                                           laman

                   Menyimpan fail
                   teks dan imej


Latihan

1. Muthu sedang melayari internet kerana mencari maklumat untuk tugasan mingguan yang
   diberi oleh gurunya di sekolah. Berdasarkan gambarajah di bawah nyatakan fitur-fitur yang
   bertanda X, Y dan Z.




                                               61
                                              B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI




       X                Y              Z


       X : ___________________________

       Y : ___________________________

       Z : ___________________________




Blok Pentaksiran
B05/PTM05/03/3.2 (Blok 1)

KA: 32 Menyatakan dengan betul etika penggunaan internet.

Huraian Sukatan Pelajaran
8.2 Menghuraikan isu-isu penggunaan Internet berikut dan kesannya terhadap individu,
   masyarakat dan Negara:

          Netika
          Kelucahan
          Penggodaman

Nota

Di antara etika penggunaan internet ialah:
         Tidak membuka atau membaca e-mel orang lain
         Tidak menggunakan bahasa yang kesat atau kurang elok apabila berkomunikasi
             dengan pengguna lain
         Tidak menghantar virus kepada orang lain menggunakan e-mel atau perisian
             komunikasi yang lain
         Tidak melayari laman web yang tidak dibenarkan
         Tidak memecah masuk ke sistem komputer orang lain
         Tidak menggunakan username atau password orang lain untuk melayari internet.




                                            62
                                                   B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


Latihan

1. Item yang digunakan dalam etika penggunaan internet ialah ________________________

2. Senaraikan 5 etika dalam penggunaan internet.

    i. _________________________________________________

    ii. _________________________________________________

    iii. _________________________________________________

    iv. _________________________________________________




Blok Pentaksiran
B05/PTM05/01/1.3 (Blok 1)

KA : 34 Menyatakan dengan betul tiga jenis topologi rangkaian komputer.

Huraian Sukatan Pelajaran
1.2 Menjelaskan tiga jenis topologi rangkaian (bus, star, ring)

Nota

TOPOLOGI RANGKAIAN

Rangkaian ialah sistem komputer yang menggunakan perkakasan komunikasi untuk
menghubungkan dua atau lebih komputer serta sumber-sumbernya. Setiap komputer atau peranti
di dalam rangkaian dinamakan nod. Bentuk susunan nod atau cara nod disambungkan untuk
membentuk rangkaian dikenali sebagai topologi rangkaian. Terdapat tiga jenis topologi rangkaian
yang utama iaitu topologi bintang, cincin dan bas.

Topologi Bintang




                                                 63
                                                B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


Komputer-komputer yang dirangkaikan dengan topologi bintang mempunyai satu
hub/switch(sistem pengagihan pusat) yang bertindak mengurus rangkaian di mana setiap
komputer dihubungkan antara satu sama lain melalui hub/switch ini. Setiap nod dihubungkan
kepada satu komputer pelayan (server). Semua penghubungan antara nod adalah melalui
komputer pelayan yang mengawal segala operasi, muatan saluran dan pengagihan sumber
kepada semua nod dalam rangkaian. Komputer pelayan juga bertindak sebagai polis trafik untuk
mengelakkan pelanggaran data. Sebarang kerosakan talian antara satu nod dengan komputer
pelayan tidak akan menjejaskan operasi rangkaian tetapi sekiranya komputer pelayan rosak
seluruh operasi rangkaian akan tergendala.



Topologi Cincin




Komputer-komputer dalam topologi cincin dihubungkan secara bersiri dan kedua-dua hujungnya
ditemukan untuk membentuk bulatan seperti cincin. Datanya dikawal oleh suatu alat tambahan
yang dikenali sebagai Multi Station Access Unit (MSAU). Data dipindahkan secara sehala dari
komputer ke komputer sehingga sampai ke komputer yang dikehendaki.

Data yang dihantar dari satu nod ke nod yang lain perlu melalui nod-nod sebelumnya. Setiap nod
yang dilalui akan menguji sama ada data dihantar untuknya atau tidak. Sekiranya tidak, data akan
bergerak ke nod seterusnya. Oleh kerana data hanya bergerak dalam satu hala sahaja tiada
kemungkinan berlaku perlanggaran data. Walaubagaimanapun, sekiranya satu nod rosak seluruh
operasi rangkaian akan tergendala.

Topologi Bas




Kesemua nod dihubungkan ke kabel tulang belakang (backbone) secara bersiri. Setiap nod boleh
berhubung terus dengan mana-mana nod lain kerana setiap nod mempunyai alamat tertentu.
Setiap nod akan menghantar data dengan mengharapkan bahawa data yang dihantarnya tidak
akan berlanggar dengan data yang dihantar oleh nod lain. Sekiranya ia mengesan berlakunya
perlanggaran, nod berkenaan akan menghantar data semula. Sebarang penambahan,
pengeluaran, atau kerosakan suatu nod tidak akan menjejaskan operasi seluruh rangkaian.




                                              64
                                                     B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI



Latihan

Soalan 1 dan Soalan 2 adalah berdasarkan Rajah di bawah




                   Kabel rangkaian komunikasi




                                                Peranti komunikasi A




1. Berdasarkan rajah di atas,

   a)     Peranti komunikasi A adalah _______________________ .
   b)     Satu jenis medium yang boleh digunakan sebagai kabel komunikasi adalah
          __________________ .

2. Rajah di atas menggambarkan topologi ____________________ .



Blok Pentaksiran
B05/PTM05/01/1.8 (Blok 1)

KA: 35 Mengenalpasti perkakasan yang diperlukan dengan tepat untuk rangkaian komputer.

Huraian Sukatan Pelajaran
1.5 Memperihalkan LAN, WAN dan keperluan perkakasan (seperti NIC, router, hub, modem)
    protokol komunikasi seperti NetBEUI dan TCP/IP.

Nota

Network Interface Cards (NIC)

         NIC adalah kad penghubung (adapter card) yang membolehkan sesebuah komputer atau
          peranti mengakses rangkaian. Komputer peribadi yang dirangkaikan melalui LAN
          biasanya mempunyai NIC. NIC menyelaraskan penghantaran dan penerimaan data,
          arahan dan maklumat



Kabel Twisted Pair

         Paling murah, paling banyak digunakan
         Diskripsi Fizikal
           terdiri daripada 2 wayar kuprum yang disalut berasingan dengan lapisan plastik
           2 wayar kemudian disimpul bersama (twisted) dan disalut lagi dengan satu lapisan
              plastik


                                                   65
                                                 B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


      2 jenis wayar twisted pair
        UTP (Unsheilded Twisted Pair)- wayar twisted pair yang paling banyak digunakan dan
           mudah untuk pamasangan
        STP (Sheilded Twisted Pair)- wayar twisted pair yang dilapis dengan halangan yang
           diperbuat daripada lapisan metalik. Lapisan ini dikatakan dapat mengurangkan
           gangguan. Walaubagaimanapun ia lebih mahal dan susah untuk pemasangan
      Kategori UTP
         kategori 3            (16 Mbps)
         kategori 4            (16 Mbps)
         kategori 5            (100 Mbps) 100BASE-TX




Kabel Coaxial

      Dikenali sebagai COAX (sebutan CO-AX)
      Deskripsi Fizikal
        sama seperti twisted pair terdiri daripada 2 konduktor tapi dibentuk dengan cara
           berlainan untuk membolehkan lebih banyak bentuk frekuensi.
        2 konduktor di dalam COAX adalah
        satu wayar pada bahagian tengah (diameter 0.4 )
           satu lagi menyelaputi wayar yang pertama tadi dan diantara dua wayar ini terdapat
            lapisan salutan plastik.
      Kurang gangguan jika dibandingkan dengan Twisted Pair
      Untuk jarak yang lebih jauh dan lebih banyak data yang boleh dibawa.




Kabel Fiber Optik

   Deskripsi Fizikal
    Satu optik fiber adalah satu benang kaca yang halus (2-125 mikrometer) yang boleh
      menghantar cahaya
    Optik fiber diperbuat daripada kaca ataupun plastik
    Kabel optik fiber berbentuk silinder dan terdiri daripada 3 bahagian :
             optik fiber yang diperbuat daripada kaca/plastik (core)
             penyalut kaca (cladding)
             penyalut plastik (jacket)

Hub

      Merupakan suatu alat yang menyediakan titik sambungan berpusat untuk stesyen kerja,
       komputer pelayan atau peranti lain.
      Dalam topologi bintang, kabel „twisted pair‟ dipasang dari setiap stesyen kerja ke hub ini.
      Menyediakan kemudahan multi-slot yang boleh digunakan untuk tujuan pembesaran saiz
       suatu rangkaian.
      Biasanya mempunyai 8, 12 atau 24 liang atau „port‟ RJ –45.



                                               66
                                                   B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI




Routers

         Memindahkan maklumat dari suatu rangkaian ke rangkaian lain.
         Berupaya memilih laluan terbaik untuk menghantar suatu maklumat bergantung kepada
          alamat destinasi dan tempat yang ingin dituju.
         Routers menghubungkan dua atau LAN yang mungkin mempunyai protokol yang berbeza
          walaupun teknik capaian data atau MAC bagi LAN-LAN adalah berlainan
         Digunakan di dalam physical, data link, dan network layers. Di dalam network layer, router
          berkomunikasi dengan router-router yang lain pada rangkaian yang berlainan.




MODEM

Modem merupakan singkatan daripada perkataan modulate/demodulate. Ianya berperanan
menukar isyarat digital kepada analog(memodulat) atau sebaliknya (menyahmodulat) bagi
membolehkan data dari sebuah komputer dihantar ke komputer lain. Terdapat 3 jenis modem
utama :
               modem dalaman( „internal modem‟)
               modem luaran („external modem‟)
               Personal Computer Memory Card International Association (PCMCIA) –
                  digunakan di dalam komputer riba sahaja.

Latihan

1. Kamarudin ingin membina sebuah rangkaian di makmal komputer. Senaraikan sekurang-
   kurangnya 3 perkakasan yang diperlukan olehnya.

   i. ____________________________________

   ii.____________________________________

  iii._____________________________________




                                                 67
                                                  B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


Blok Pentaksiran
B05/PTM05/01/1.4 (Blok 1)

KA: 38 Mengenalpasti dengan tepat jenis medium yang digunakan untuk merangkaikan komputer.

Huraian Sukatan Pelajaran
1.3 Mengenalpasti medium yang boleh digunakan untuk merangkaikan komputer seperti UTP,
    kabel coaxial, wireless.

Nota

1. Wayar Pasangan (Wire Pair)

     Di kenali juga dawai terpintal, terdiri daripada 2 wayar tembaga dipintal bersama untuk
     membentuk kabel. Satu pasang dawai dapat melayan dua peranti sahaja pada satu masa. Ia
     lebih murah tetapi mudah mendapat gangguan.

2. Kabel Sepaksi/Koaksial (Coaxial Cable)

     Ia terdiri daripada wayar konduktor berbentuk silinder berteraskan dawai atau teras pepejal
     yang disaluti dengan bahan penebat untuk menghalang sebarang gangguan seperti cahaya
     florensen, komputer dan sebagainya. Ia dipasang di laut atau dalam tanah untuk
     menyediakan komunikasi telefon antara benua. Ia juga digunakan untuk kabel TV dan
     lazimnya, ia menjadi bahantara pilihan untuk menghubungkan komputer kepada terminal
     yang berada dalam bangunan yang berdekatan.Ia boleh menghantar data dengan lebih laju
     dan kurang gangguan, dengan itu kehilangan isyarat adalah paling sedikit. Kabel sepaksi
     digunakan secara intensif dalam rangkaian Ethernet.

3.   Kabel Sepaksi/Koaksial Nipis

     Kabel sepaksi nipis ini juga dikenali sebagai RG-58 dan thinnet. Piawaian IEEE(Institute of
     Electrical and Electronics Engineers) untuk kabel jenis ini telah diperkenalkan pada tahun
     1985.

     Ia merupakan kabel baseband yang menyokong kadar transmisi data 10 Mbps. Panjang
     maksimum segmen kabel ini ialah 185 meter, dan boleh menampung penyambungan 30 nod
     sahaja. Singkatan spesifikasinya ialah 10Base2. Angka 2 merujuk kepada panjang bagi
     segmen maksima iaitu 200meter. Kabel ini juga mempunyai rintangan 50 ohms dan pemati
     segmentnya 50 ohms. Ia amat popular di dalam rangkaian yang terdapat di sekolah.

     Binaan fizikal kabel ini hampir meyerupai kabel jenis tebal kecuali garis pusatnya lebih kecil.
     Terasnya, adalah konduktor tembaga yang bergaris pusat lebih kecil berbanding kabel
     sepaksi jenis tebal. Konduktor ni disaluti dengan penebat, manakala di luar penebat ini
     dilapisi sulaman wayar konduktor halus, dan bahagian luar kabel ini dilindungi oleh jaket
     PVC.

4. Kabel Sepaksi/Koaksial Tebal

     Kabel sepaksi tebal atau juga dikenali sebagai thicknet, adalah jenis pertama yang digunakan
     untuk aplikasi Ethernet. 10Base5 merujuk kepada spesifikasi bagi keupayaan kabel sepaksi
     membawa isyarat Ethernet. Teras dawai ini adalah konduktor tembaga. Konduktor ini
     mempunyai garis pusat yang lebih besar berbanding kabel sepaksi jenis nipis. Konduktor ini di
     kelilingi oleh penebat yang dibalut dengan sarung aluminium. Manakala bahagian luarnya
     dilindungi dengan jaket PVC.




     Jaket kabel ini ditandakan dengan suatu tanda khas setiap 2.5 meter untuk menunjukkan
     dimana peranti rangkaian boleh disambungkan. Jika peranti rangkaian disambungkan kurang

                                                68
                                                 B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


     daripada jarak ini, ralat akan berlaku. Ini bermakna jarak minimum antara unit yang
     disambungkan adalah 2.5 meter.

5.   Kabel Fiber Optik (Fibre Optic Cable)

     Ia diperbuat daripada silika (kaca) yang terletak di tengah-tengah dan berbentuk seakan urat
     rambut yang lutsinar untuk membawa data dalam bentuk denyutan cahaya. Kebaikan
     penggunaannya ialah ia bebas dari gangguan elektromagnetik dan frekuensi radio, tiada
     kebocoran, keselamatan semula jadi dalam persekitaran meledak , menghantar maklumat
     dengan lebih cepat kerana ia berkelajuan tinggi serta murah. Ia merupakan bahan yang
     paling tahan pada kerosakan yang disebabkan oleh kelembapan dan cahaya. Ia berupaya
     menghantar isyarat dalam lingkungan kawasan yang lebih besar (1000meter) dan
     memperluaskan keupayaan komunikasi termasuklah persidangan video.

6.   Kabel UTP

     Kabel Unshielded Twisted Pair (UTP) biasanya digunakan bagi menghubungkan setiap
     peranti yang berada dalam rangkaian. Kabel jenis ini digunakan untuk penyambungan
     rangkaian berjarak dekat. Kabel UTP mempunyai 4 pasang wayar di dalam pembalutnya.
     Setiap pasang disimpul (twisted) dengan nombor simpulan (number of twists) per inci yang
     berbeza untuk membantu menghapuskan gangguan dari pasangan yang bersebelahan dan
     alat-alat elektrik yang lain. EIA/TIA (Electronic Industry Association/Telecommunication
     Industry Association) telah menubuhkan piawaian UTP dan membahagikannya kepada 5
     kategori wayar. Kategori Unshielded Twisted Pair salah satu perbezaan daripada kategori
     UTP ini ialah kekemasan (tightness) simpulan pasangan tembaga (copper) tersebut. Apabila
     simpulan itu ketat maka kadar sokongan pemindahan adalah tinggi dan menjimatkan kos.

     Kabel ini paling popular digunakan dalam rangkaian LAN dan diperbuat daripada wayar jenis
     22, 24 dan 26 AWG (American Wire Gauge). Berbentuk 4 pasang dengan ketebalan 0.5 mm
     (24 AWG), bentuk 0.63 mm (22 AWG) juga dibenarkan. Unshielded Twisted Pair Connector /
     Outlet Piawaian (standard) penyambung untuk kabel unshielded twisted pair ialah RJ-45. Ia
     diperbuat daripada plastik yang menyerupai penyambung (connector) telefon yang besar. RJ
     adalah singkatan untuk Registered Jack, menggambarkan penyambung tersebut mengikut
     piawai dari industri telefon. Kelemahan yang dihadapi kabel ini ialah gangguan hingar,
     elektrik dan jalur lebar (bandwidth) yang terhad.

Latihan

1.   Media penghantaran yang terdiri dari Kabel Thinnet dan Thicknet ialah ______________

2.   Nyatakan sekurang-kurangnya 2 medium yang digunakan untuk merangkaikan komputer.

     _____________________________

     _____________________________




                                               69
                                                B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


Blok Pentaksiran
B05/PTM05/03/3.3 (Blok 2)

KA: 26 Menerangkan dengan jelas kesan negatif kelucahan dalam internet.

Huraian Sukatan Pelajaran
8.2 Menghuraikan isu-isu penggunaan Internet berikut dan kesannya terhadap individu,
   masyarakat dan Negara:

             Netika
             Kelucahan
             Penggodaman

Nota

Umumnya kesan penggunaan internet ialah keruntuhan moral dan gejala sosial di kalangan
remaja, meningkatkan kegiatan jenayah, peningkatan jualan VCD lucah.

Situasi seorang pelajar:
Berlaku keruntuhan akhlak di kalangan pelajar. Pelajar-pelajar akan menimbulkan masalah disiplin
akibat terpengaruh dengan bahan dan isu yang dipaparkan dalam internet. Pelajar juga akan
menjadi leka dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran masing-masing.

Latihan

1. Berikan sekurang-kurangnya 5 kesan negatif kelucahan dalam internet

  ____________________________________________

  ____________________________________________

  ____________________________________________

  ____________________________________________

  _____________________________________________



Blok Pentaksiran
B05/PTM05/03/3.1 (Blok 2)

KA: 28 Menghuraikan dengan jelas kepentingan, sumbangan dan kesan penggunaan internet.

Huraian Sukatan Pelajaran
8.1 Menghargai kepentingan dan sumbangan Internet dalam memajukan masyarakat

Nota

KEPENTINGAN

1. Memberi perkhidmatan komunikasi elektronik
   Internet membolehkan kita menghantar utusan yang berbentuk teks dan mengadakan
   perbincangan yang khusus dalam kumpulan yang besar dengan menggunakan mel elektronik,
   senarai mel dan USENET. Selain itu kita juga boleh mengadakan perbincangan secara
   langsung dalam bentuk teks melalui IRC.

2. Memberikan perkhidmatan aplikasi capaian jauh.
   Aplikasi seperti TELNET dan TN3270 dalam internet pula membolehkan kita memasuki dan
   seterusnya menggunakan komputer jauh untuk mencapai
   maklumat atau melakukan tugas khas.


                                              70
                                                   B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI



3. Membolehkan pemindahan fail dengan mudah dan cepat.
   Dengan menggunakan aplikasi internet, FTP dan TFTP pula kita boleh menghantar atau
   mendapatkan fail atau maklumat dari sebuah komputer ke komputer yang lain dalam rangkaian
   internet bagi memudahkan urusan pekerjaan.

4. Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas dan dinamik.
   Sesetengah aplikasi seperti FTP tanpa nama membolehkan kita memasuki dan menyalin fail
   tanpa perlu memperolehi kebenaran. Ini membolehkan kita mempecepatkan sesuatu urusan
   dan mendapat maklumat yang lebih luas dan dinamik. Selain itu, Internet juga menyediakan
   aplikasi-aplikasi penyebaran maklumat yang menggunakan bentuk persembahan yang berbeza
   membolehkan kita memilih pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat seperti Gopher yang
   menggunakan menu hierarki, WAIS yang menggunakan kata kunci. WWW adalah antara
   aplikasi penyebaran maklumat yang cukup popular kerana menggunakan maklumat berbentuk
   multimedia yang menarik. Dengan itu kita sebenarnya dilimpahi dengan pelbagai maklumat
   yang berguna dengan adanya Internet.

5. Memberi perkhidmatan aplikasi capaian maklumat.
   Archie, Veronica & Jughead dan Enjin Pencari Maklumat membolehkan kita mencari fail dan
   maklumat dengan mudah dan cepat. Enjin Pencari Maklumat yang terdapat dalam WWW,
   Gopher dan USENET umpamanya adalah aplikasi yang direka khas untuk membolehkan
   pencarian pelbagai jenis maklumat dalam Internet lebih mudah dan cepat.

SUMBANGAN

1. Menyampaikan maklumat tanpa diskriminasi
   Internet adalah sumber maklumat yang boleh dicapai oleh sesiapa sahaja tanpa diskriminasi.
   Maklumat di internet tidak melihat warna kulit, etnik atau rupa paras. Internet juga tidak dimiliki
   oleh mana-mana negara atau organisasi ia dimiliki secara universal. Oleh itu, internet
   sebenarnya memberikan sumbangan yang cukup berharga kepada masyarkat terutamanya
   untuk mendapatkan maklumat yang berkualiti.

2. Mengurangkan kos untuk mendapatkan maklumat yang
   berkualiti.
    Internet adalah satu rangkaian yang sangat dinamik kerana maklumatnya boleh diubah dari
    semasa ke semasa dengan mudah dan cepat tanpa memerlukan kos yang besar. Maklumat
    dari pelbagai lokasi dapat disebarkan dengan cepat dan meluas.

3. Menjimatkan masa menjalankan aktiviti interaktif.
   Internet adalah rangkaian yang beroperasi serta merta dan setiap masa. Internet
   membolehkan pengguna mendapatkannya pada bila-bila masa dan tanpa mengira tempat.
   Dengan ini ia membolehkan aktiviti interaktif yang memerlukan penghantaran data dijalankan
   serta merta dan turut menyokong aplikasi-aplikasi dalam talian.

4. Alat komunikasi dan capaian maklumat yang tidak terbatas.
    Internet adalah rangkaian global yang tidak mengenal sempadan. Ia mempunyai saiz, bilangan
    komputer dan pengguna yang sangat besar. Ini membolehkan berlakunya perkongsian
    maklumat yang cukup luas. Dengan ini akan membantu mewujudkan masyarakat yang celik
    maklumat dan berpengetahuan tinggi.

5. Membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat.
   Internet juga sebenarnya mewujudkan pelbagai aplikasi lain yang membantu urusan hidup
   masyarakat seperti perbankan elektronik, perdagangan elektronik, pendidikan elektronik dan
   sebagainya yang sekaligus meningkatkan taraf hidup masyarakat.




                                                 71
                                                 B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


KESAN

Kelucahan

Internet sering dikaitkan dengan aktiviti tidak sihat seperti kelucahan. Aplikasi WWW adalah
aplikasi internet yang sering digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk
menyebarkan gambar-gambar dan perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh yang
demikian, kesedaran sivik dan netika perlu ada pada pengguna internet bagi memastikan
penggunaan internet tidak menyebabkan pengaruh atau unsur-unsur negatif kepada masyarakat.

Namun demikian, ISP sebenarnya boleh menghalang pelajar daripada melawati tapak-tapak
tersebut. Pemantauan juga boleh dibuat dengan mendapatkan perisian-perisian penapisan.
Perisian ini antara lain akan menghalang pengguna dari memasuki lokasi-lokasi yang tidak
dikehendaki atau tidak menyenangkan melalui frasa-frasa atau perkataan-perkataan yang telah
diprogramkan dalam aplikasi-aplikasi tertentu. Dengan ini mana-mana dokumen yang mempunyai
perkataan yang tidak baik akan dihalang oleh penapis itu. Selain itu kadangkala perisian ini juga
memberi pelbagai kemudahan seperti laporan tentang berapa lama masa internet telah
digunakan pada hari itu, dan laman web yang pernah dilawati.

 Maklumat Palsu

Sebagai pengguna internet, pernahkah anda terfikir kesahihan maklumat khususnya berita yang
diterima melalui laman web? Ini kerana, sesiapa sahaja yang tahu menggunakan teknologi ini
boleh menyebarkan sebarang maklumat yang kita belum tahu ketepatan maklumatnya

Jenayah

Di negara-negara maju misalnya, kegiatan jenayah melalui komputer dan internet telah
menimbulkan kebimbangan yang serius kepada ibu bapa terhadap internet. Di Amerika Syarikat,
kajian ke atas seribu orang mendapati lebih kurang 67 peratus daripada responden berasa
terancam dan bimbang terhadap jenayah melalui internet. Dalam satu kajian lain oleh Annenberg
Public Policy Center pula, mereka mendapati 98 peratus daripada 1102 responden daripada
golongan ibu bapa di AS berasa bimbang mengenai jenis kandungan internet yang dilawati oleh
anak-anak mereka.


 Penggodam

Penggodam adalah istilah yang digunakan terhadap individu yang memecah masuk sistem
komputer. Pada asasnya istilah ini merujuk kepada pengaturcara komputer atau orang yang
sentiasa menghabiskan masa di hadapan komputer.

Seseorang yang diistilahkan sebagai penggodam ini juga adalah kaki komputer yang bijak
membuat aturcara dan dapat duduk di depan komputer dan terus mencuba tanpa henti bagi
melihat segala kemungkinan yang boleh dilakukan oleh komputer mereka. Apabila penggodam
menjadi ahli atau pakar dalam penggunaan komputer, maka timbul amalan memecah masuk ke
dalam sistem yang tidak dibenarkan dan menyalahi undang-undang.

Amalan menggodam ini adalah salah satu daripada netika internet yang tidak baik. Amalan ini
tidak seharusnya dilakukan oleh seorang pengguna internet kerana ia boleh membahayakan
keselamatan dan menyebabkan kebocoran maklumat rahsia individu, organisasi atau sesebuah
negara. Amalan ini juga boleh menyebabkan berlakunya jenayah seperti kecurian dan pecah
amanah.

Amalan-amalan seperti ini tidak mencerminkan masyarakat siber yang ingin diwujudkan. Bagi
memastikan tidak wujudnya amalan menggodam, maka semua pihak mesti menghayati nilai-nilai,
falsafah dan semangat internet dengan baik di samping undang-undang yang dikuatkuasakan.
Semua pihak mesti bertanggungjawab terhadap diri, organisasi dan negaranya




                                               72
                                                 B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


Blok Pentaksiran
B05/PTM05/01/1.10 (Blok 2)

KA: 29 Memperihalkan dengan jelas kesan penggunaan rangkaian komputer dan telekomunikasi
       terhadap kehidupan manusia.

Huraian Sukatan Pelajaran
1.7 Menjelaskan kesan penggunaan rangkaian komputer dan telekomunikasi terhadap kehidupan
manusia.

Nota

         Berkongsi fail
          Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada pelayan (server) atau komputer pusat.
         Memindahkan fail
          Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.
         Berkongsi perisian (Aplikasi) dan mengurangkan kos
          Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll.
          Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
         Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data
          Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna ke dalam satu
          aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data-data
          tersebut.
         Berkongsi perkakasan seperti pencetak, pengimbas, CD-Rom dll
          Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh
          semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
         Menggunakan mel elektronik (E-Mail)
          Pengguna dapat menghantar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.

Latihan

1.   Senaraikan sekurang-kurangnya 2 kesan            penggunaan    rangkaian   komputer    dan
     telekomunikasi terhadap kehidupan manusia.

     __________________________________________________________________

     __________________________________________________________________



Blok Pentaksiran
B05/PTM05/03/3.4 (Blok 2)

KA : 30 Memperihalkan dengan jelas kesan penggodaman ke atas sistem komputer.

Huraian Sukatan Pelajaran

8.2 Menghuraikan isu-isu penggunaan Internet berikut dan kesannya terhadap individu,
   masyarakat dan Negara:

             Netika
             Kelucahan
             Penggodaman

Nota
Penggodaman

Penggodam adalah istilah yang digunakan terhadap individu yang memecah masuk sistem
komputer. Pada asasnya istilah ini merujuk kepada pengaturcara komputer atau orang yang
sentiasa menghabiskan masa di hadapan komputer.


                                                73
                                                  B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI



Amalan menggodam adalah salah satu daripada netika internet yang tidak baik. Amalan ini tidak
seharusnya dilakukan oleh seorang pengguna internet kerana ia boleh membahayakan
keselamatan atau menyebabkan kebocoran maklumat rahsia individu, organisasi atau sesebuah
negara. Amalan ini juga menyebabkan berlakunya jenayah seperti kecurian dan pecah amanah.

Kesan penggodaman ke atas sistem komputer:
        Maklumat rahsia disebarkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab
        Merosakkan komputer dengan penyebaran virus ke dalam sistem tersebut
        Data yang disimpan mungkin hilang
        Data yang disimpan mungkin diubahsuai tanpa kebenaran
        Menyebarkan data yang diperolehi kepada pihak yang tidak bertangungjawab


Latihan



                                                                           Individu X




                                                                            Paparan A




                          Paparan A


1.   Individu X       telah menggunakan rangkaian Y untuk melayari laman web
     http://www.moe.gov.my. Beliau mahu menggantikan laman web http://www.moe.gov.my
     kepada laman web seperti di paparan A

     (a)   Jelaskan rangkaian Y.
     (b)   Jelaskan sekurang-kurangnya dua kesan perbuatan yang dilakukan oleh Individu X.
     (c)   Jelaskan sekurang-kurangnya dua sumbangan rangkaian Y.
     (d)   Jelaskan kesan penggunaan rangkaian Y terhadap Individu sebagai seorang pelajar.


2.
                   Maklumat rahsia disebarkan kepada pihak lain
                   Data yang disimpan mungkin hilang
                   Merosakkan komputer dengan penyebaran virus



     Maklumat-maklumat di atas menunjukkan masalah jenayah di zaman siber yang berkaitan
     dengan ______________________



                                                74
                                                   B05 RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI


Blok Pentaksiran
B05/PTM05/02/2.1 (Blok 2)

KA: 35 Menerangkan dengan jelas internet dan World Wide Web.

Huraian Sukatan Pelajaran
2.1 Memperihalkan tentang Internet dan protokol komunikasi yang digunakannya.

Nota

Internet

              Singkatan kepada Inter-Network
              Rangkaian terbesar dunia
              Sistem rangkaian komputer yang menggabungkan rangkaian-rangkaian komputer
               lain dengan menggunakan protocol yang sama
              Menyediakan perkhidmatan komunikasi data seperti pemindahan fail, mel elektronik,
               kumpulan berita dll.

World Wide Web

              Merupakan perkhidmatan internet yang mengandungi satu kumpulan/koleksi sumber
               maklumat/ dokumen elektronik atau web yang berpaut (hyperlink) antara satu sama
               lain.


Latihan

1. WWW ialah ________________________

2. ________________ adalah merupakan sebuah rangkaian komputer yang menghubungkan
  seantero dunia yang memberikan dua perkhidmatan utama, iaitu komunikasi dan capaian
  maklumat.




                                                 75

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1757
posted:3/24/2010
language:Malay
pages:28
norhashimi jusoh norhashimi jusoh mr academyforex2u.blogspot.com
About Hi, I’m Simee Jusoh and I create educ website to help other people to successful education learn. I started this in 2001. To contact me, please email