B02 PERISIAN APLIKASI DGL by simee

VIEWS: 2,047 PAGES: 17

									                                                                 B02 PERISIAN APLIKASI



                            BIDANG 02 : PERISIAN APLIKASI




         Bil   Tajuk                                   Blok 1         Blok 2
         1.    Asas Pemproses Perkataan                  3              3
         2     Fitur Menyokong Kemasukan                  -              -
               dan Suntingan Teks
         3     Pelbagai jenis formatan,                   -              -
               pengiraan dalam jadual, petak,
               integrasi grafik, penyelitan
               dokumen
         4     Cantuman mel                              1               -
         5     Penggunaan makro                          1
         6     Pengenalan kepada Hamparan                1               3
               Elektronik
         7     Hamparan Elektronik Lanjutan              3               -
         8     Penggunaan Makro                          -               -
         9     Analisis Apa-Jika                         1               -
         10    Pengenalan kepada Grafik dan              2               -
               Perisian Persembahan
         11    Membina Persembahan                        -              2
               Jumlah                                    11              8

Blok Pentaksiran
B02/PTM02/01/1.1 (Blok 1)

KA : 5 Memperihalkan dengan jelas pemproses perkataan, editor dan perisian penerbitan
(DTP).

Huraian Sukatan Pelajaran
1.1 Memperihalkan fungsi editor, pemproses perkataan, perisian penerbitan (DTP).

Nota

1. Pemproses Perkataan
     menaip dokumen seperti surat, label, laporan, kertas kerja dan lain-lain
     memudahkan untuk menyemak ejaan,nahu, thesaurus,isihan dan penggaris idea
     memudahkan penghasilan dokumen yang sama untuk pelbagai data.Contohnya
       cantuman mel, macro.
     memudahkan penyuntingan dokumen,cari dan ganti, pengaki dan pengepala
       dokumen, nota kaki, fungsi matematik, penjana kandungan, import dan eksport
       dokumen.
     Contoh MS Word, Lotus Word Pro, WordStar, Word Perfect, Amipro

2. Editor
     untuk menaip arahan komputer (contohnya untuk menghasilkan fail kelompok)
     menyemak dukumen yang berformat text atau html
     Contoh Dos Editor, Editor, Note pad

3. Perisian Penerbitan Meja (Desktop Publishing)
     untuk menghasilkan brosur, pamplet, majalah, iklan
     Ciri kemampuan menggabungkan teks dan grafik, pelbagai gaya jenis dan
        bentangan, boleh import bahan dalam format berbeza dan bahasa pemerihalan
        dokumen.
     Penggunaannya lebih ‘bebas’ berbanding pemproses perkataan
     Contoh Microsoft Publisher, Adobe Photoshop, Photoshop Pro, Page Maker, Frame
        Maker, Quack Xpress

                                           14
                                                                           B02 PERISIAN APLIKASI


Latihan

1. Padankan pernyataan I hingga II dengan jawapan yang paling tepat dari Jadual 1

                                    A          Editor
                                    B          Ms Word
                                    C          PowerPoint
                                    D          Perisian Penerbitan (DTP)
                                    E          Format

                                                      Jadual 1

a) Perisian ini mempunyai fitur mereka bentuk, menyunting, menaip set teks dan mereka
bentuk grafik pada dokumen

b)   Perisian ini ialah satu contoh perisian persembahan

c) Satu ciri dalam perisian pemprosesan perkataan yang membolehkan pengguna
menetapkan jenis, saiz dan warna tulisan (font) pada dokumen yang dihasilkan

2. Fungsi perisian editor boleh digunakan untuk
   i)      ____________
   ii)     ____________
   iii)    ____________


3. Anda lebih gemar menggunakan perisian penerbitan (DTP) daripada pemprosesan
perkataan untuk membina katalog bergrafik. Perisian Penerbitan mempunyai satu ciri
khusus yang boleh menyelit dan memposisikan objek seperti blok teks dan grafik
dengan mudah. Ciri tersebut dipanggil ______________




Blok Pentaksian
B02/PTM02/01/1.2 (Blok 1)

KA : 39. Menyerlahkan (highlight) dengan betul ciri-ciri utama pemproses perkataan

Huraian Sukatan Pelajaran
1.2 Menyerlahkan (highlight) ciri-ciri utama pemproses perkataan.

Nota

1. Ciri-ciri Utama Pemproses Perkataan.
     Memasukkan teks ('Writing')
     Mengubah teks ('Editing')
     Memadamkan teks ('Deleting')
     Menyelaraskan rupa bentuk dan penampilan dokumen ('Formatting')
     Menyemak ejaan dan tatabahasa (spelling & grammar), mencari perkataan seerti
        atau sinonim (thesaurus) dan cantuman mel.

Latihan

1. Perisian pemprosesan perkataan boleh digunakan untuk

     i     ---------------------------------------
     ii    ---------------------------------------
     iii   ---------------------------------------
     iv    ---------------------------------------

                                                         15
                                                                   B02 PERISIAN APLIKASI


2. Satu ciri dalam perisian pemprosesan perkataan yang membolehkan pengguna
menetapkan jenis, saiz dan warna tulisan (font) pada dokumen yang dihasilkan.
______________

3. Ciri dalam perisian pemprosesan perkataan yang membolehkan pengguna menyemak
perkataan seerti dan sinonim ______________________________________




Blok Pentaksiran :
B02/PTM02/01/1.4 (Blok 1)

KA : 1. Memperihalkan dengan jelas evolusi penggunaan teknologi pemproses perkataan
dan kesannya terhadap budaya kerja.

Huraian Sukatan Pelajaran
1.4 Memperihalkan dengan jelas evolusi penggunaan teknologi pemproses perkataan dan
kesannya terhadap budaya kerja

Nota

Evolusi Penggunaan Teknologi Pemproses Perkataan Dan Kesannyaa Terhadap
Budaya Kerja pengurangan penggunaan kertas

             dokumen boleh disunting, dikemaskini
             dokumen boleh dicetak beberapa kali
             ruang untuk penyimpanan dokumen lebih kecil ( simpan di dalam disket atau
              cakera keras)
             hasil dokumen adalah seperti yang dilihat di skrin WYSIWYG ( What you See Is
              What You Get )
             ada pemprosesan perkataan yang membenarkan dokumen dilihat (preview)
              sebelum dicetak. Ini boleh mengelakkan pembaziran kertas.

Latihan

1. Pernyataan di bawah menggambarkan evolusi penggunaan teknologi pemproses
   perkataan. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.


                     Dokumen dihasilkan dengan menggunakan mesin taip


  Dokumen dihasilkan dengan menggunakan perisian pemprosesan perkataan berasaskan
                                      teks


  Dokumen dihasilkan dengan menggunakan perisian pemprosesan perkataan berasaskan
                                               (i)
                          (-------------------------------------------)


          Dokumen dihasilkan dengan menggunakan perisian aplikasi Penerbitan Meja




                                             16
                                                                    B02 PERISIAN APLIKASI


      Blok Pentaksiran :
      B02/PTM02/01/1.2 (Blok 1)

      KA : 26 Mengenalpasti dengan betul kegunaan cantuman mel.

      Huraian Sukatan Pelajaran
      4.1 Mengenalpasti kegunaan cantuman mel dalam pemproses perkataan

      Nota

      Cantuman mel adalah proses/fitur di mana ia membenarkan anda mencantumkan satu
      dokumen utama ( contohnya satu surat standard ) dengan satu pangkalan data yang
      mengandungi data seperti nama, no. kad pengenalan dan sebagainya. Tujuannya untuk
      menghasilkan dan mencetak dokumen dengan data/medan tertentu sahaja yang berubah.
      Maka dokumen utama tidak perlu ditaip secara berasingan.

      Biasanya cantuman mel digunakan untuk menghasilkan perkara berikut
              membuat sijil
              membuat surat panggilan mesyuarat
              membuat label
              membuat kad




Ikon
Mail Merge




Data yang
dimergekan




       Dokumen utama : Surat




                                                17
                                                                  B02 PERISIAN APLIKASI


Latihan


<NAMA AJK PIBG>
<ALAMAT AJK PIBG>

Tuan,
Mesyuarat PIBG kali Pertama SMK Glory Beach

Dengan segala hormatnya tuan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat di atas yang
akan diadakan pada
        Tarikh       : 29 Julai 2003
        Masa         : 4.00 petang
        Tempat       : Dewan Anggun, SMK Glory Beach

Sekian, terima kasih

S/U PIBG SMK Glory Beach

                                      Rajah 1(a)




            En. Murulingam                         34, Jalan 2, Seremban
            Puan Aminah                            45, Jalan 3, Seremban
            Puan Salasiah                          2, Jalan ¼, Seremban
                                      Rajah 1(b)

1. Fitur yang dapat digunakan untuk mencantum surat jemputan Rajah 1(a) dengan data
   sumber Rajah 1(b) ialah    ______________

2. Fitur ini membolehkan anda mencipta surat atau dokumen lain dengan mencantumkan
   satu dokumen utama contohnya seperti surat penggilan mesyuarat dan satu fail data
   yang mengandungi semua nama dan alamat penerima. Oleh itu anda tidak perlu menaip
   setiap surat secara berasingan. Fitur ini amat mudah digunakan di dalam pemproses
   perkataan. Fitur ini adalah ________________



Blok Pentaksiran :
B02/PTM02/01/1.8 (Blok 1)

KA : 31. Mengenalpasti dengan betul fungsi dan kegunaan makro.

Huraian Sukatan Pelajaran
5.1 Mengenalpasti fungsi dan kegunaan makro

Nota

1. Fungsi Makro
Makro ialah set arahan yang membolehkan pengguna melaksanakan kesemua arahan
tersebut dengan menekan satu atau dua kekunci.

2. Kegunaan Makro
Makro digunakan untuk mengautomasikan tugas-tugas yang rutin dan berulang. Ia
merupakan satu ciri arahan yang telah dirakamkan dan disimpan. Tujuan rakaman arahan-
arahan tersebut adalah untuk melaksanakan kesemua arahan tersebut pada dokumen atau
fail yang lain. Apabila makro dijalankan, siri arahan itu akan dilaksanakan. Makro
                                          18
                                                                     B02 PERISIAN APLIKASI


mempercepatkan pelaksanaan arahan yang biasa dilakukan secara manual, menjimatkan
masa dan tenaga.

Latihan

1. Rosie diminta menyediakan Borang Analisa Markah markah setiap kelas dengan
menggunakan hamparan elektronik. Dia dikehendaki merekod dan menyimpan perintah
supaya aturcara tersebut boleh digunakan berulangkali oleh pengguna lain. Fitur yang
digunakan ialah ________________________

2. Anda merupakan seorang setiausaha Kelab Komputer. Anda terpaksa menaip nama
'Kelab Komputer Sekolah' ______________ dalam laporan yang akan dihantar ke majalah
sekolah. Fitur yang sesuai yang anda bolah gunakan didalam pemprosesan perkataan untuk
mengelakkan masalah diatas ialah makro.

3. Hakimi membina satu _______________ dan kemudian memasukkan fungsi-fungsi
tertentu. Dengan klik pada butang tersebut ia dapat memudahkannya menutup dan membuka
dokumen baru. Pernyataan diatas berkaitan dengan makro…..




Blok Pentaksiran
B02/PTM02/02/2.3 (Blok 1)

KA : 27. Mengenalpasti dengan betul fitur dalam perisian hamparan elektronik.

Huraian Sukatan Pelajaran
6.2 Mengenalpasti fitur-fitur dalam perisian hamparan elektronik yang digunakan:
a)        Komponen asas: sel, baris, lajur, alamat unik
b)        Jenis data input: nilai, teks, formula, tarikh
c)        Fungsi dan operasi aritmatik yang menyokong pengiraan dan rujukan sel.
d)        Pengubahsuaian hamparan: salin, potong, tampal, selit, saiz lajur dan baris.
e)        Formatan sel
f)        Pemvisualan data (carta).

Nota

1. Memperihalkan lembaran kerja dan fungsi hamparan elektronik dalam menghasilkan
lembaran kerja

Hamparan elektronik menggambarkan aplikasi yang mampu melaksanakan kerja pengiraan
dan penganalisaan berangka. Ia ibarat buku lejar elektronik yang penuh dengan pelbagai
fungsi automasi.

2. Fungsi Automasi:

             Menyediakan jadual berangka (spreadsheet) dan melakukan pengiraan mudah
              dan kompleks dengan mudah bagi maklumat belanjawan, invois, peramalan dan
              sebagainya.
             Pelbagai fungsi atau formula dalaman untuk tujuan perniagaan, statistik dan
              akademik.
             Mencipta data berdasarkan jadual.
             Mencipta pelbagai jenis data dan mengubahsuainya dengan mudah dan cepat.
             Mengendalikan pangkalan data .
             Melukis objek bagi menambah unsur grafik pada dokumen.

                                               19
                                                                   B02 PERISIAN APLIKASI


             Membuat analisis dan menghasilkan graf kekerapan melonggok
             Mencipta aturcara sendiri bagi memenuhi kehendak perniagaan .

3. Fitur-fitur yang terdapat dalam perisian hamparan elektronik ialah:

       Komponen asas: sel,baris,lajur,alamat unik
        Pertemuan baris dan lajur dipanggil sel.Data akan dimasukkan ke dalam sel.
       Jenis data input: nilai, teks, formula, tarikh
       Fungsi dan operasi aritmetik yang menyokong pengiraan dan rujukan sel
        Nombor boleh dicampur, tolak, darab atau bahagi menggunakan formula
       Pengubahsuaian hamparan: salin, potong, tampal, selit, saiz lajur dan baris
       Formatan sel
       Pemvisualan data (carta) dalam pelbagai jenis carta dengan menggunakan nombor
        pada hamparan elektronik tersebut.




Latihan

    1. Semasa menggunakan perisian hamparan elektronik, anda perlu memindahkan
       sekumpulan data daripada satu lembaran kepada beberapa lembaran yang lain.Fitur
       yang dapat membantu mengurangkan bilangan tekanan kekunci yang digunakan
       untuk melakukan tugas berulang ialah______________.

    2. Pada Jadual 1 di bawah, medan Nama telah dipilih untuk dibuat isihan. Isihan yang
       menggunakan satu medan untuk diisih ialah isihan medan______________

                              No.Pelajar        Nama              Jantina
                              008               Chin              Lelaki
                              007               Kumala            Perempuan
                              009               Peah              Perempuan
                              005               Sabri             Lelaki
                              006               Timah             Perempuan

                                         Jadual 1




Blok Pentaksiran :
B02/PTM02/02/2.3 (Blok 1)

KA : 36. Mengenalpasti dengan betul fitur-fitur lanjutan hamparan elektronik

Huraian Sukatan Pelajaran
7.1 Mengenalpasti fitur-fitur lanjutan dalam perisian hamparan elektronik yang digunakan:
         Formatan blok dan halaman: Header, footer, nombor halaman, fon, lebar baris dan
          lajur, format nombor, lorekan.
         Penghasilan dan penggunaan templat.
         Penyuntingan carta.
         Object linking dan embedding.
         Mengimpot dan mengekspot data dari dan ke perisian lain.
         Menyusun dan menapis data.
         Fungsi statistik asas: min, max, mod, avg, median




                                             20
                                                                       B02 PERISIAN APLIKASI


Nota

Mengenalpasti dengan betul fitur-fitur lanjutan hamparan elektronik.

1. Fitur-fitur lanjutan dalam perisian hamparan elektronik ialah

       Formatan blok dan halaman : header, footer, nombor halaman, font, lebar baris dan
        lajur, corak dan warna, format nombor, lorekan

       Pengepala (header) dan pengaki (footer) boleh dilakukan melalui Excel. Tapi ia tidak
        kelihatan di lembaran kerja. Ia boleh dilihat melalui cetakan kertas atau ’print
        preview’.

       Memformat nombor halaman bermaksud menyamakan penggunaan pengaki di
        setiap helaian yang dilakukan. Contohnya menggunakan nombor muka surat dikanan
        bawahhelaian kerja.

       Memformat font bermaksud memformatkan jenis tulisan, style, dan saiz.

       Menformat lebar baris dan lajur merupakan kaedah untuk menukar tinggi dan lebar
        baris

       Memformat Corak dan warna adalah kaedah menformat corak dan warna dalam
        lembaran kerja bagi menjadikan lembaran kerja lebih menarik dan kemas.

       Menformat Nombor membolehkan kita menambah dan mengurangkan tempat
        perpuluhan, mengubah stail mata wang dan peratus serta menambah butang comma
        style bagi sesuatu nombor.

    2. Penghasilan dan penggunaan templat

       Penyediaan borang yang sama untuk digunakan bagi satu tempoh tertentu. Borang
        hanya mengandungi Formula dan Format Medan tanpa data-data berkaitan. Contoh:
        Pusat Sumber Sekolah menggunakan borang yang sama untuk membuat laporan
        mingguan bagi rekod pinjaman buku.

    ( Rujuk templat dibawah)

        Minggu       Bilangan buku                  Peratus
        1
        2
        3
        4
        5
        JUMLAH

    3. Object linking dan embedding (OLE)

       Pautan (linking) membolehkan kita memautkan fail Excel kepada internet atau
        kepada         perisian      lain       dengan      mudah.         Contohnya
        http://www.members.xoom.com/dipit/. Alamat halaman yang yang ditaip keluar di
        bawah helaian Excel dengan warna biru dan berbaris.
       Benaman (embedding) merupakan satu cara memasukkan perisian yang lain hanya
        melalui Excel sahaja. Contoh: Memasukkan ikon Microsoft Word dalam helaian
        Excel.



                                             21
                                                                   B02 PERISIAN APLIKASI


   4. Mengimport dan mengeksport data dari dan ke perisian lain

             Mengimport data bermaksud mengimport teks aplikasi dari perisian lain. Contoh :
              dari Word ke Excel
             Mengeksport data bermaksud mengeksport teks aplikasi ke perisian lain. Contoh
              : menukar buku kerja Excel ke dalam fail dalam Word

   5. Menyusun dan menapis data

             Menyusun Data ( sorting) bermaksud mendapatkan satu rekod yang baik iaitu
              samada secara menaik (ascending) atau menurun (descending) atau abjad a ke
              z atau dari abjad z ke a.
             Menapis data (filter) bermakna menyembunyikan semua rekod kecuali data yang
              memenuhi kriteria yang ditetapkan


   6. Fungsi statistik asas : min, max mod, avg dan median

             Fungsi statistik ini memudahkan lagi pengguna mencari markah Minima,
              Maksima, Mod, Purata dan Median

Latihan

              1. Cikgu Hamzah telah memasukkan satu nota pendek pada bahagian bawah
              mukasurat yang ditaipnya. Nota pendek ini dikenali sebagai ___________

              2. Puan Salmah sebagai guru SPBT sekolah ingin membuat laporan mingguan
              bagi rekod pinjaman buku. Beliau ingin menyediakan borang yang sama untuk
              digunakan bagi tempoh satu bulan. Borang ini hanya mengandungi formula dan
              f
              oMarkah Keseluruhan              Gred                   Keputusan
              r      80 – 100                    A                       Layak
              m       60 – 79                    B                    Tak Layak
              a       50 – 59                    C                    Tak Layak
              t       40 – 49                    D                    Tak Layak
                      30 – 39                    E                    Tak Layak
              m
              edan tanpa data-data berkaitan. Apakah nama yang diberikan kepada borang
              tersebut? ______________________

              3. Teknologi ini membenarkan pengguna mencipta satu objek dalam satu
              perisian aplikasi A dan kemudiaannya membenamkan/memasukkan objek
              tersebut dalam aplikasi B. Teknologi tersebut ialah ________________

              4. Seorang pengurus syarikat sedang menyediakan satu laporan kewangan. Dia
              menggunakan perisian hamparan elektronik dan perlu memaparkan satu imej
              yang telah disimpan dalam satu fail. Fitur dalam perisian hamparan elektronik
              yang dapat membantu beliau ialah _________________

              5. Anda dikehendaki menyediakan satu petunjuk kelayakan untuk perlantikan
              pengawas Pusat Sumber sekolah seperti rajah dibawah dengan menggunakan
              hamparan elektronik. Fitur yang boleh anda gunakan untuk menentukan
              kelayakan bagi setiap calon dengan merujuk kepada jadual rujukan kriteria
              adalah




                                              22
                                                                        B02 PERISIAN APLIKASI


             6. Dalam hamparan elektronik terdapat ciri yang mengkhususkan arahan untuk
             membuat pengiraan. Ciri tersebut ialah ______________________

             7. Berikan 2 fitur lanjutan perisian Hamparan Elektronik

             i.    _____________________________________________
             ii.   _____________________________________________


Blok Pentaksiran :
B02/PTM02/02/2.5 (Blok 1)

KA : 6. Mengenalpasti dengan jelas kegunaan analisis APA-JIKA.

Huraian Sukatan Pelajaran
9.1 Menjelaskan kegunaan analisis apa-jika.
9.2 Menggunakan analisis apa-jika dalam membuat keputusan.

Nota

1. Analisis Apa Jika

Fitur ini memudahkan perubahan sebarang kemasukkan di dalam sel grid dan menghitung
semula secara automatik kesemua angka yang berkaitan dengan pembolehubah yang
diubah tadi. Ini membantu pengguna untuk menganalisis kemungkinan
           jawapan
           hasil daripada formula
           pengiraan yang dilakukan pada sel-sel
           nilai-nilai yang berubah apabila sesuatu sel berubah nilai

2. Kegunaan Analisis Apa Jika
     membuat statistik
     membuat ramalan
     membuat analisis (untung rugi sesebuah syarikat)
     membuat andaian
     membuat perangkaan

Latihan

   1.     Cikgu Hamdan telah melakukan satu proses menggunakan hamparan elektronik.
          Dengan menggunakan proses tersebut Cikgu Hamdan boleh menukarkan nilai untuk
          melihat kesannya kepada nilai-nilai yang lain. Jawapan yang mungkin bagi proses
          tersebut ialah _____________________

   2.     Encik Razali inginkan laporan bulanan mengenai senarai pekerja yang mempunyai
          jualan melebihi RMl1500.00 supaya komisen sebanyak 10% diberikan kepada
          pekerja. Apakah fitur yang sesuai di di dalam hamparan elektronik yang
          membenarkan tugas tersebut dibuat pada tiap-tiap bulan ialah __________________




                                              23
                                                                    B02 PERISIAN APLIKASI


Blok Pentaksiran :
B02/PTM02/03/3.3 (Blok 2)

KA :        2. Menerangkan dengan jelas kegunaan perisian persembahan.
            37. Mengenalpasti dengan betul contoh perisian persembahan.

Huraian Sukatan Pelajaran
10.3 Menjelaskan kegunaan perisian persembahan dan menyatakan contoh-contoh perisian
persembahan.

Nota

1. Kegunaan perisian persembahan
     Membuat pembentangan kertas kerja
     Sebagai alat bantu untuk menghasilkan pakej pembelajaran
     Membuat persembahan produk yang ingin dijual
     Sebagai bahan alat bantu mengajar guru
     Menarik minat penuntun atau audien dengan kelebihan yang ada pada perisian
       persembahan
     Menghasilkan persembahan yang profesional dan menarik

2. Contoh-contoh perisian persembahan
           Microsoft Powerpoint, Lotus Freelance, Harvard Graphic, Flash MX, COMiL,
              Macromedia Authoware, Director

Latihan

1. Manakah antara         situasi-situasi berikut menjelaskan tentang kegunaan     perisian
   persembahan

       A.      Ramli menaip kertas kerja dengan menggunakan MS Word lalu mencetak kertas
               kerja itu dan mengedarkannya kepada ahli jawatankuasa yang terlibat dalam
               program tersebut. Semua ahli jawatankuasa memahami seluruh isi kandungan
               kertas kerjanya itu.
       B.      Junaidah melayari internet lalu memuat turun beberapa maklumat yang
               diperlukan bagi menyiapkan projeknya. Kemudian Junaidah menghantar mel
               elektronik kepada Safiah berhubung dengan maklumat-maklumat yang
               diperolehinya.
       C.      Kok Seng melukis logo sekolahnya dengan menggunakan Ilustrator atas arahan
               guru kelasnya lalu mencetak logo tersebut dan menampalnya di hadapan kelas.
               Rakan-rakannya memuji logo yang dihasilkan olehnya kerana amat mirip dengan
               logo sekolah yang sebenar.
       D.      Siva memberi penerangan kepada rakan-rakannya bagaimana hendak mencapai
               kecemerlangan dalam peperiksaan dengan memaparkan sliad-slaid nota dan
               grafik yang bersesuaian serta menghias persembahannya dengan kesan bunyi
               yang menarik.

2. Berdasarkan perisian-perisian di bawah, senaraikan perisian-perisian yang terlibat dalam
   perisian persembahan.

                       Flash MX                                    Ilustrator
                      Photoshop                                    MS Excel
                      PrintShop                                     Director
                      Ms Access                                  Sound Forge
                     MS Poer Point                              Harvard Graphic

i)          ______________________        ii)        _____________________

iii)        ______________________        iv)        _____________________


                                                24
                                                                B02 PERISIAN APLIKASI



Blok Pentaksiran :
B02/PTM02/01/1.3 (Blok 2)

KA : 16. Memperihalkan dengan jelas persamaan dan perbezaan antara teknologi lazim
(mesin taip) dengan pemproses perkataan.

Huraian Sukatan Pelajaran
1.3 Memperihalkan persamaan dan perbezaan di antara teknologi lazim dengan pemproses
perkataan

Nota

Persamaan

      Boleh digunakan untuk penghasilan dokumen
      Menggunakan papan kekunci QWERTY

                                Perbezaan                              Kesan
           Mesin Taip                    Pemproses Perkataan
Menghasilkan          dokumen     Penggunaan      mesin taip hanya     Oleh itu        pemproses
dengan teks yang berbeza          membenarkan dokumen dihasilkan       perkataan           mampu
saiz, font dan stail samada       dalam bentuk standard                menghasilkan dokumen
digaris atau dihitamkan.                                               yang lebih kemas,teratur
                                                                       dan     menarik.     Aktiviti
                                                                       pembelajaran          akan
                                                                       menjadi lebih menarik.
Boleh disunting – Boleh          Tidak boleh disunting.                Mengurangkan
mengubah,       memadam,                                               penggunaan kertas
menyisip,   menyalin dan                                               cetakan di mana
menampal teks.                                                         keseluruhan dokumen
                                                                       boleh dilihat dan
                                                                       disunting terlebih dahulu
                                                                       sebelum dicetak. Oleh itu
                                                                       pembaziran kertas dapat
                                                                       dielakkan.

Ada kemudahan seperti            Tiada kemudahan menyemak              Dokumen yang dihasilkan
thesaurus, grammar, spelling     ketepatan                             menjadi lebih tepat
                                                                       dengan adanya
                                                                       pemproses perkataan.
Boleh mengimport grafik dari     Tidak boleh mengimpot grafik          Dokumen yang dihasilkan
mana-mana sumber                                                       lebih menarik dan
                                                                       canggih
Hasil boleh disimpan untuk       Tidak boleh disimpan untuk kegunaan   Kerja menjadi lebih
diedit semula                    masa akan datang                      senang sekiranya ada
                                                                       perubahan yang perlu
                                                                       dilakukan ke atas
                                                                       dokumen yang telah
                                                                       ditaip.
Beberapa salinan cetakan         Hanya 1 cetakan sahaja yang dapat     Percetakan dokumen
boleh dibuat pada dokumen        dihasilkan.                           boleh dilakukan secara
yang asal.                                                             besar-besaran. Aktiviti
                                                                       pembacaan, pendidikan,
                                                                       pengajaran berkembang
                                                                       dengan pesat




                                            25
                                                               B02 PERISIAN APLIKASI


Latihan

1. Nyatakan 2 persamaan pemproses perkataan dengan teknologi lazim.

  i. __________________________________

  ii. __________________________________



Blok Pentaksiran :
B02/PTM02/03/3.3 (Blok 2)

KA : 22. Memperihalkan dengan jelas evolusi penggunaan teknologi pemproses perkataan
dan kesannya terhadap budaya kerja.

Huraian Sukatan Pelajaran

1.4 Memperihalkan evolusi penggunaan teknologi pemproses 1.4perkataan dan kesannya
terhadap budaya kerja.

Nota

1. Kesan baik
     Pengurangan penggunaan kertas.
     Dokumen boleh disunting, dikemaskini
     Dokumen boleh dicetak beberapa kali
     Ruang untuk penyimpanan dokumen lebih kecil ( simpan di disket atau cakera keras)
     Hasil dokumen adalah seperti yang dilihat di skrin
     Ada pemproses perkataan yang membenarkan dokumen dilihat (preview) sebelum
       dicetak. Ini boleh menjimatkan pembaziran kertas.

2. Kesan buruk
     Jika tiada bekalan elektrik, dokumen tidak dapat dicapai
     Dokumen mudah diserang virus
     Pembaziran kertas jika tidak menggunakan fitur dengan betul.

Latihan

1. Nyatakan 2 kesan buruk apabila seseorang itu menggunakan teknologi pemproses
perkataan

   i. ______________________________________________________________________

   ii______________________________________________________________________



Blok Pentaksiran :
B02/PTM02/02/2.1 (Blok 2)

KA : 1. Memperihal dengan jelas fungsi hamparan elektronik dalam menghasilkan lembaran
kerja.

Huraian Sukatan Pelajaran
6.1 Memperihalkan lembaran kerja dan fungsi hamparan elektronik dalam menghasilkan
lembaran kerja.




                                          26
                                                                    B02 PERISIAN APLIKASI


Nota

          Memudahkan kerja-kerja pengurusan.
          Kerja-kerja dapat dijalankan dengan lebih cepat dan berkesan.
          Tiada pengulangan tugas/ pengiraan yang sama kerana terdapat proses analisis apa-
           jika
          Ruang simpanan bagi lembaran kerja lebih kecil
          Menghasilkan lembaran kerja yang lebih menarik dan kemas

Latihan

1. Aminah menggunakan perisian hamparan elektronik dalam menghasilkan lembaran kerja .
Berikan 3 kemudahan yang diperolehi oleh Aminah .

i. _____________________________
ii _____________________________
iii _____________________________



Blok Pentaksiran :
B02/PTM02/02/2.6 (Blok 2)

KA : 23. Menerangkan dengan jelas kesan penggunaan perisian hamparan elektronik..

Huraian Sukatan Pelajaran
7.3 Menjelaskan kesan penggunaan perisian hamparan elektronik terhadap budaya kerja
yang berkaitan.

Nota

           Hasil kerja lebih kemas, produktif dan efiesen
           Menjimatkan masa kerana terdapat fitur analisis apa-jika
           Sel-sel yang disediakan meemudahkan untuk menghasilkan jadual dengan pantas.
           Lembaran kerja yang dihasilkan lebih menarik.
           Pengiraan bagi setiap kriteria menjadi mudah apabila menggunakan formula.
           Tidak perlu untuk mengira kembali segala pengiraan yang telah dibuat jika berlaku
            perubahan pada sesuatu nilai yang dimasukkan.
           Lembaran kerja boleh dicetak seberapa banyak yang dikehendaki.
           Dapat menghasilkan salinan asal lebih daripada satu.
           Data-data yang dimasukkan boleh dianalisis dan menghasilkan laporan berbentuk
            graf.
           Lembaran boleh dicapai semula dan diubahsuai apabila perlu.
           menjadi mudah apabila menggunakan formula.
           Tidak perlu untuk mengira kembali segala pengiraan yang telah dibuat jika berlaku
            perubahan pada sesuatu nilai yang dimasukkan.
           Lembaran kerja boleh dicetak seberapa banyak yang dikehendaki.
           Dapat menghasilkan salinan asal lebih daripada satu.
           Data-data yang dimasukkan boleh dianalisis dan menghasilkan laporan berbentuk
            graf.
           Lembaran boleh dicapai semula dan diubahsuai apabila perlu.




                                              27
                                                                    B02 PERISIAN APLIKASI


Blok Pentaksiran : B02/PTM02/03/3.1 (Blok 2)

KA : 2. Membezakan dengan jelas antara grafik bitmap dan grafik vektor.

Huraian Sukatan Pelajaran
10.1 Membezakan diantara grafik bitmap dengan grafik vektor

Nota

             Grafik Bitmap                                   Grafik Vektor
Dikenali sebagai jenis raster              Dikenali sebagai jenis lukisan
Dihasilkan daripada sumber sebenar         Dikenali dengan menggunakan teknologi
dengan menggunakan pengimbas,              komputer menggunakan perisian-perisian
kamera digital atau kad video              tertentu seperti Autocad, Clip art
Memerlukan kapasiti storan yang tinggi     Tidak memerlukan ruang ingatan yang
                                           tinggi kerana ia adalah arahan lakaran
                                           kepada komputer.
Bergantung kepada resolusi dan akan        Tidak bergantung kepada resolusi-grafik
membentuk saiz fail yang agak besar        boleh diubah saiznya tanpa kehilangan
                                           kualiti grafik tersebut
Contoh fail format piawai ialah GIF, BMP   Contoh fail format piawai ialah PICT, EPS
JPEG, PNG dan TIFF                         dan WMF


Latihan

1. Dengan menggunakan jadual (table), huraikan perbezaan grafik Bitmap dengan grafik
Vektor.



Blok Pentaksiran : B02/PTM02/03/3.6 (Blok 2)

KA : 24. Membandingkan dengan jelas kelebihan dan kekurangan pelbagai kaedah yang
digunakan dalam persembahan.

Huraian Sukatan Pelajaran
11.1 Membandingkan kelebihan dan kekurangan pelbagai kaedah (plain, bergrafik, kesan
bunyi) dan alat (seperti OHP, slaid, komputer) yang digunakan dalam persembahan.

Nota

Kaedah            Kelebihan                        Kekurangan
Plain                    Ia mudah                         Semakin lama masa
                         disediakan                       pembentangan, semakin hilang
                                                          tumpuan audien terhadap bahan
                                                          persembahan
                                                          Ia membosankan
Bergrafik                   Perwakilan                      Tidak sesuai jika grafiknya kabur
                            bergrafik mudah                 Grafik yang dipilih tidak sesuai
                            difahami dan                    dengan tujuan persembahan
                            diterima oleh                   Grafik kemungkinan akan di salah
                            audien                          tafsir oleh audien

Kesan bunyi                 Boleh menarik                   Kesan bunyi yang tidak sesuai
                            tumpuan audien                  denan persembahan haya akan
                            kepada                          mengganggu persembahan
                            persembahan                     tersebut.
                                                            Kesan bunyi yang tidak jelas akan
                                                            hanya mengakibatkan objektif
                                                            penyampaian tidak kesampaian.
                                              28
                                                                B02 PERISIAN APLIKASI



Blok Pentaksiran : B02/PTM02/03/3.7 (Blok 2)

KA : 25. Membandingkan dengan jelas kelebihan dan kekurangan alat yang digunakan dalam
persembahan

Huraian Sukatan Pelajaran
11.1 Membandingkan kelebihan dan kekurangan pelbagai kaedah (plain, bergrafik, kesan
bunyi) dan alat (seperti OHP, slaid, komputer) yang digunakan dalam persembahan.

Nota

Alat             Kelebihan                               Kekurangan
Komputer                     Boleh menghasilkan bahan            Jika tiada bekalan
                             persembahan multimedia              elektrik, bahan
                             Bahan persembahan lebih             persembahan tidak
                             fleksible untuk dibawa ke           dapat dipersembahkan.
                             mana-mana                           Kos peralatan agak
                             Bahan persembahan boleh             mahal
                             diubahsuai bila perlu
OHP/ Slaid                   Kos lebih murah                     Tidak boleh
lutsinar                     berbanding dengan                   menghasilkan bahan
                             komputer                            persembahan
                             Mudah alih                          multimedia.
                             Senang digunakan oleh               Bahan sukar untuk
                             orang ramai (tidak                  diubahsuai dan akan
                             memerlukan kemahiran                semakin kabur
                             yang tinggi)

Kertas mahjung               Kos bahan persembahan               Bahan persembahan
                             lebih murah                         sesuai untuk
                             Mudah didapati                      segolongan kecil audien
                             Mudah alih                          sahaja.
                             Senang digunakan oleh               Bahan mudah rosak
                             orang ramai (tidak                  Tidak boleh diubahsuai
                             memerlukan kemahiran                Tidak sesuai untuk
                             yang tinggi)                        menyimpan bahan
                                                                 persembahan tersebut
                                                                 untuk jangkamasa
                                                                 panjang.
Papan putih/                 Kos bahan persembahan               Kurang menarik
hitam                        lebih murah                         Audien cepat bosan
                             Senang digunakan oleh               Penggunaan yang
                             orang ramai (tidak                  terhad
                             memerlukan kemahiran
                             yang tinggi)


Latihan

1. Guru A menggunakan komputer sebagai alat persembahaan dalam pengajaran. Guru B
pula menggunakan kertas mahjung sebagai alat pengajaran. Nyatakan kebaikan kaedah
pengajaran Guru A berbanding dengan pengajaran Guru B




                                            29
     B02 PERISIAN APLIKASI




30

								
To top