B06 SISTEM MAKLUMAT DGL

Document Sample
B06 SISTEM MAKLUMAT DGL Powered By Docstoc
					                                                                  B06 SISTEM MAKLUMAT




                            BIDANG 06 : SISTEM MAKLUMAT


Bil                  Tajuk                         KA Blok 1      KA Blok 2
 1     Konsep Sistem Maklumat                          1              2
 2     Proses Pembangun Sistem Maklumat                2              1
 3     Sistem Pengurusan Pangkalan Data                1              2
 4     Sistem Pengurusan Pangkalan Data                -              -
       (Lanjutan)

Blok Pentaksiran
B06/PTM06/02/2.8 (Blok 1)

KA: 4 Menerangkan dengan jelas kegunaan isihan dan indeksan menggunakan medan tunggal
      dan medan berganda.

Huraian Sukatan Pelajaran
3.9 Mengisih dan mengindeks pangkalan data yang menggunakan medan tunggal dan medan
berganda

Nota

1. Indeksan menggunakan medan tunggal merupakan satu proses yang dijalankan bagi
   mengatur atau menyusun satu set kunci ke dalam turutan sama ada menaik atau menurun
   dengan menggunakan satu medan bagi memudahkan pencarian rekod.

2. Indeksan menggunakan medan berganda merupakan satu proses yang dijalankan bagi
   mengatur atau menyusun satu set kunci ke dalam turutan sama ada menaik atau menurun
   dengan menggunakan lebih daripada satu medan bagi memudahkan pencarian rekod.

3. Isihan menggunakan medan tunggal ialah satu proses menyusun rekod sama ada secara
   menaik (ascending) atau menurun (descending) dengan hanya menggunakan satu medan
   sahaja.

4. Isihan menggunakan medan berganda ialah satu proses menyusun rekod sama ada secara
   menaik (ascending) atau menurun (descending) dengan menggunakan lebih daripada satu
   medan.

Latihan

ID Pelajar             Nama Pelajar            Jantina                 Tarikh Lahir
P001                   Azmi Ahmad              Lelaki                  14.10.1986
P002                   Azrina Daud             Perempuan               18.12.1986
P003                   Lee Sey Moey            Perempuan               03.03.1986
P004                   Mutusamy                Lelaki                  06.05.1986

                                      JADUAL 1

ID Pelajar             Nama Pelajar            Jantina                 Tarikh Lahir
P004                   Mutusamy                Lelaki                  06.05.1986
P001                   Azmi Ahmad              Lelaki                  14.10.1986
P003                   Lee Sey Moey            Perempuan               03.03.1986
P002                   Azrina Daud             Perempuan               18.12.1986

                                      JADUAL 2

1. Jadual 2 adalah hasil penyusunan semula rekod-rekod dalam Jadual 1 berdasarkan medan
  ‘Jantina’ dan ‘Tarikh Lahir’ mengikut susunan menaik.Proses ini boleh dirumuskan sebagai
  __________________________________.


                                              76
                                                                     B06 SISTEM MAKLUMAT


2. Cikgu Wong ingin mencetak senarai nama pelajar mengikut susunan abjad. Selepas
   membuat kuiri, cikgu itu perlu melakukan proses _____________________

            Data Awal                                           Maklumat Data Akhir



                                          Proses
                                           X




3. Bagi menghasilkan data (maklumat) akhir di atas, Cikgu Wong telah melakukan proses
   X. X di sini ialah _______________________.

4. Dalam satu pangkalan data, proses pencarian maklumat dapat dipercepatkan sekiranya
   terdapat medan yang telah di ____________________.


Blok Pentaksiran
B06/PTM06/01/1.6 (Blok 1)

KA: 13 Menerangkan dengan betul dan mengikut urutan fasa dalam proses
       pembangunan sistem maklumat.

Huraian Sukatan Pelajaran
2.1 Memperihalkan proses pembangunan sistem maklumat
      1. Menganalisis masalah
      2. Merekabentuk sistem maklumat
      3. Mengekod sistem
      4. Menguji sistem dan menyahpijat
      5. Mendokumentasi
      6. Menyenggara
Nota

1. Menganalisis masalah
    mengumpul, menganalisa data, menentukan keperluan-keperluan dan matlamat sistem

2. Rekabentuk sistem maklumat
    menyediakan rekabentuk sistem, memilih sistem yang terbaik

3.   Mengekod sistem
      menukarkan data kepada bentuk terkod mengikut sistem yang hendak dibina.

4.   Menguji sistem dan menyahpijat
      Ujian biasanya dijalankan dalam dua peringkat iaitu ujian unit dan ujian sistem

      i. Ujian unit – komponen-komponen kecil sistem akan diuji dengan menggunakan data ujian.
         Jika program atau perisian berkenaan disediakan bersama oleh beberapa pengaturcara ia
         perlu diuji berasingan.
     ii. Ujian sistem - bahagian-bahagian atau komponen akan disambung di antara satu dengan
         lain untuk menentukan bahawa bahagian-bahagian itu dapat beroperasi bersama.

5. Mendokumentasi
      Menulis penerangan tentang sistem yang dibangunkan mengenai
      i. Cara penggunaan
      ii. Matlamat program

                                                77
                                                                    B06 SISTEM MAKLUMAT


       iii. Aktiviti atau latihan jika ada
       iv. Nombor atau alamat dihubungi jika berlaku masalah penyenggaraan.

6. Menyenggara
      Sistem dinilai secara berkala dan dikemaskini mengikut keperluan.


Latihan


             i.     Mengekod sistem
             ii.    Menganalisis masalah
             iii.   Menguji sistem dan menyahpijat
             iv.    Merekabentuk sistem maklumat
             v.     Mendokumentasi
             vi.    Menyenggara


1. Ali ingin membina satu sistem maklumat di sekolahnya. Berdasarkan maklumat di atas, susun
   proses pembangunan sistem maklumat yang perlu beliau lakukan mengikut urutan yang betul
   __________________________________

2. Pada peringkat ini juru analisa sistem akan membangun perisian mengikut reka bentuk yang
   telah ditentukan. Proses ini menerangkan tentang fasa ____________________


          I                    II                     III                         IV
Menganalisis masalah    Mendokumentasi     Merekabentuk       sistem   Menguji     sistem   dan
                                           maklumat                    menyahpijat


3. Berikut merupakan langkah-langkah dalam pembangunan bahan multimedia. Isikan tempat
kosong dengan memilih ( I, II, III, atau IV ) sebagai jawapan yang betul daripada senarai di atas




                                  Merekod sistem




                                  Menyelenggara


4. Ali seorang pegawai sistem maklumat telah diminta oleh pengurusnya untuk membangunkan
  sistem maklumat inventori pasaraya. Beliau telah menjalankan langkah-langkah pembangunan
  sistem maklumat. Di antara langkah-langkah yang dijalankan ialah berbincang dengan
  pengurus, melawat stor dan juga menemubual pekerja stor dan kerani akaun pasaraya
  tersebut. Fasa pembangunan yang diperihalkan di atas ialah ____________________


                                               78
                                                                 B06 SISTEM MAKLUMAT


Blok Pentaksiran
B06/PTM06/02/2.1 (Blok 1)

KA : 20 Menyatakan dengan betul makna pangkalan data dan sistem pengurusan pangkalan
        data.

Huraian Sukatan Pelajaran
3.1 Menyatakan makna pangkalan data
3.4 Menyatakan makna sistem pengurusan pangkalan data

Nota

1. Pangkalan Data
   ialah sekumpulan data yang disusun bagi membolehkan pengguna mencapai, mendapat
      dan menggunakan data tersebut. Contoh pangkalan data pelajar di sekolah yang
      mengandungi nama pelajar, kad pengenalan, alamat, tarikh lahir dan sebagainya.

2. Sistem pengurusan pangkalan data (DBMS)
     ialah satu perisian yang membenarkan pengguna membina pangkalan data berkomputer
        iaitu menambah, menukar dan memadam data dalam pangkalan data, menyunting dan
        menerima data daripada pangkalan data, mencipta borang dan laporan daripada data
        dalam pangkalan data.

Latihan

1. ________________________________________ merupakan perisian yang membenarkan
   pengguna membenarkan pengguna memanipulasikan maklumat untuk memudahkan kerja
   seperti carian, suntingan, isihan dan tambah data menggunakan pangkalan data maklumat
   berkomputer.

2. Satu set fail yang yang berkait secara logik di susun untuk memudahkan capaian data
   dikenali sebagai __________________




Blok Pentaksiran
B06/PTM06/04/4.2 (Blok 1)

KA : 43 Menyatakan dengan jelas makna hakcipta.

Huraian Sukatan Pelajaran
Menyatakan dengan jelas makna hakcipta

Nota

Hakcipta ialah hak eksklusif penulis atau pengeluar yang menggunakan idea asli atau yang asal
untuk disalin, diterbit dan dijual.

Latihan

1. Hakcipta ialah _____________________________________________




                                             79
                                                                 B06 SISTEM MAKLUMAT


Blok Pentaksiran
B06/PTM06/02/2.2 (Blok 2)

KA : 27 Menerangkan dengan jelas kegunaan sistem pengurusan pangkalan data.

Huraian Sukatan Pelajaran
3.2 Memperihalkan kegunaan sistem pengurusan pangkalan data.

Nota

Kegunaan sistem pengurusan pangkalan data

   1.     Data atau maklumat dapat dicapai dengan pantas dan cepat.
   2.     Melakukan perubahan data dengan mudah dan cepat.
   3.     Mengurangkan kos menyimpan dan mencapai data.
   4.     Memperbaiki kejituan dan keselarasan.
   5.     Meningkatkan keselamatan data mengurangkan lewahan data.
   6.     Keutuhan dan kebebasan data yang lebih tinggi.




Blok Pentaksiran
B06/PTM06/04/4.4 (Blok 2)

KA : 34 Menghuraikan secara jelas perkara yang boleh mengancam keselamatan komputer
       dan data.

Huraian Sukatan Pelajaran
Menghuraikan secara jelas perkara yang boleh mengancam keselamatan komputer dan data.

Nota

   1. Penggodaman yang dilakukan oleh individu ke dalam sistem pangkalan data yang
      digunakan untuk tujuan yang salah.
   2. Virus komputer yang menyerang pelayan (server) atau pangkalan data.
   3. Kerosakan kepada perkakasan dan ralat perisian.
   4. Bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan kebakaran.
   5. Maklumat rahsia akan tersebar kepada individu yang tidak sepatutnya.

Latihan

1. Nyatakan sekurang-kurangnya 2 perkara yang boleh mengancam keselamatan komputer dan
   data

  i. _________________________
  ii. _________________________




                                              80
                                                                     B06 SISTEM MAKLUMAT


Blok Pentaksiran
B06/PTM06/01/1.4 (Blok 2)

KA : 36 Menerangkan dengan jelas kegunaan sistem maklumat.

Huraian Sukatan Pelajaran
1.2 Memperihalkan kegunaan sistem maklumat

Nota

         Boleh melakukan pengemaskinian ke atas rekod-rekod.
         Dapat menghasilkan laporan-laporan berkala dan khas.
         Membantu mengurangkan kesilapan dalam membuat keputusan.
         Membantu membuat keputusan berdasarkan data yang ada.
         Mengawal kebocoran maklumat daripada diperoleh atau diketahui oleh pihak yang tidak
          bertanggungjawab.




Blok Pentaksiran
B06/PTM06/04/4.1 (Blok 2)

KA: 33 Menerangkan dengan jelas kesan perbuatan tidak beretika terhadap individu,
       masyarakat dan negara.

Huraian Sukatan Pelajaran
Menerangkan dengan jelas kesan perbuatan tidak beretika terhadap individu, masyarakat dan
negara

Nota

1. Kesan perbuatan tidak beretika berikut terhadap individu, masyarakat dan negara:

        Amalan cetak rompak
         - menyebabkan masyarakat terdedah kepada bahan tidak berkualiti
         - pembangunan negara dari segi ekonomi terganggu

        Penulisan dan penyebaran virus komputer
         - memusnahkan data/fail yang penting
         - masyarakat terdedah dengan kerosakan komputer yang teruk/kehilangan data penting
         - merugikan negara, menjatuhkan imej

        Amalan menggodam
         - pengubahsuaian data dan pemalsuan maklumat boleh menyebabkan masyarakat tertipu
         - negara mengalami kerugian dari segi kesahihan/ketepatan maklumat
         - kerahsiaan akan terbongkar  penyebaran maklumat penting kepada individu yang
           tidak sepatutnya

        Kelucahan
         - pendedahan bahan tidak bermoral boleh merosakkan akhlak dan moral seseorang
            individu
         - individu dalam masyarakat cenderung untuk melakukan perbuatan jahat seperti merogol
            dan mencabul.
         - merosakkan rancangan negara untuk menghasilkan generasi yang berakhlak

        Menghantar bom e-mel (spam)
         - menyebabkan e-mel penting tidak dapat diterima oleh pihak individu.
         - Inbox akan dipenuhi oleh e-mel yang sama.
         - Pelayan e-mel akan tergendala


                                                81
                                                                B06 SISTEM MAKLUMAT


      Penipuan melalui komputer
       - melalui penggunaan kad kredit
       - pengguna tertipu dengan iklan melalui internet
       - individu yang cepat mempercayai penipuan yang ditemui di dalam komputer cenderung
          untuk mengajak orang lain melakukan perbuatan yang sama


Latihan

     1. Dengan menggunakan perisian pemprosesan perkataan, jawab soalan berikut:

                                   Komponen B




     Komponen A                     Perisian Z                       Komponen C

                                      ketika




                                   Komponen D

     a) Dalam menghasilkan sistem maklumat Hospital Putrajaya, pihak konsultan telah
        menggariskan empat komponen penting yang saling berhubung. Namakan setiap
        komponen-komponen tersebut.

     b) Pilih dua perkara yang boleh mengancam keselamatan komputer.        Jelaskan kesan
        perbuatan tidak beretika ini kepada pihak hospital.

     c) Hospital Putrajaya menggunakan pakej perisian untuk membangunkan sistem maklumat
        hospital. Jelaskan kegunaan perisian Z

     d) Keselamatan Sistem Maklumat Hospital Putrajaya sangat sensitif kerana ia dapat
        memberi kesan terhadap individu, masyarakat dan negara. Jelaskan kesan jika sistem
        maklumat Hospital Besar Putrajaya dicerobohi.



Blok Pentaksiran
B06/PTM06/01/1.2 (Blok 2)

KA : 31 Menerangkan dengan jelas hubungan antara manusia, prosedur, peralatan dan data
dalam sistem maklumat.

Huraian Sukatan Pelajaran
1.3 Memperihalkan hubungan manusia, prosedur, peralatan dan data dalam sistem maklumat

Nota

1. Sistem maklumat mempunyai lima bahagian :

     a) Manusia   : Bertangungjawab dalam memastikan kejayaan operasi sistem maklumat. Ini
                   termasuk tanggungjawab bagi ketepatan input dan output. Tambahan pula
                   manusia memainkan peranan aktif di dalam pembangunan aplikasi komputer.
                   Manusia bekerjasama di dalam membangunkan aplikasi komputer yang
                   berkaitan dengan bidang kerja mereka.


                                               82
                                                                 B06 SISTEM MAKLUMAT


b) Prosedur    :Proses menggunakan perisian,perkakasan dan data.Lazimnya prosedur
                didokumenkan ke dalam manual yang ditulis oleh pakar komputer. Manual
                ini disediakan oleh pengeluar perisian dan perkakasan bersama-sama
               produk mereka. Prosedur memastikan data diproses dengan tepat dan
               konsisten.

c) Peralatan: Peralatan terdiri daripada perkakasan: papan kekunci, tetikus, monitor, unit
              sistem dan peranti-peranti lain. Perkakasan dikawal oleh perisian. Ia
              memproses data untuk menghasilkan maklumat. Peralatan mestilah
              bersesuaian, boleh dipercayai dan mampu menangani beban kerja.

d)   Data     : Data terdiri daripada fakta mentah, yang belum diproses termasuk teks,
                angka, imej dan bunyian. Data yang dimasukkan untuk diproses mestilah
                tepat. Sekiranya data tidak tepat maka maklumat yang dihasilkan adalah tidak
                betul. Contohnya fakta mentah ialah jumlah jam anda bekerja dan kadar gaji
                anda. Setelah data diproses oleh komputer, ia dipanggil maklumat. Contoh
                maklumat ialah jumlah pendapatan yang patut anda terima bagi jumlah am
                bekerja untuk sebulan.

e) Perisian    : Satu set arahan/atur cara yang mengarahkan komputer untuk melaksanakan
                arahan yang wujud dalam storan media.



                                 Sistem Maklumat


                                       Prosedur



            Manusia                                                   Perkakasan




                          Data                            Perisian

            Gambarajah perkaitan kelima-lima komponen sistem maklumat




                                            83

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:338
posted:3/24/2010
language:Malay
pages:8
norhashimi jusoh norhashimi jusoh mr academyforex2u.blogspot.com
About Hi, I’m Simee Jusoh and I create educ website to help other people to successful education learn. I started this in 2001. To contact me, please email