Docstoc

B01 SISTEM KOMPUTER DGL

Document Sample
B01 SISTEM KOMPUTER DGL Powered By Docstoc
					                                                                       B01 SISTEM KOMPUTER


                         Bidang 01: Sistem Asas Komputer

Bil    Tajuk                                                       KA Blok 1      KA Blok 2
1.     Konsep Asas Sistem Komputer                                     -              4
2.     Perkembangan Teknologi Perkakasan                               -              -
3.     Fungsi Komponen-Komponen Asas Sistem Komputer                   2              1
4.     Komponen-Komponen Sokongan Sistem Komputer                      -              1
5.     Perisian                                                        -              1
6.     Sistem Pengendalian                                             -              3
7.     Pengenalan kepada Rangkaian Komputer                            -              1


Blok Pentaksiran
B01/PTM01/01/1.2 (Blok 1)

KA: 4 Menyatakan dengan jelas aliran sistem kerja yang terdiri daripada input, proses, output
      dan storan.

Huraian Sukatan Pelajaran
1.1 Menjelaskan aliran sistem kerja yang terdiri daripada input, proses, output dan storan

Nota

Aliran kerja sistem komputer



                 INPUT                       PROSES                           OUTPUT




                                             STORAN


        Input – Tindakan memasukkan data ke dalam komputer melalui peranti input seperti
                papan kekunci dan tetikus.

        Pemproses – pusat kawalan bagi komputer. Menerima data dari pelbagai input,
                    memproses data dengan melaksanakan operasi menjadi maklumat
                    yang berguna.Menghantar hasilnya ke peranti output.

        Output – Data yang telah diproses menjadi maklumat yang berguna dan dihantar ke
                peranti output seperti monitor dan pencetak

        Storan – Mengandungi komponan elektronik untuk menyimpan data,arahan dan
                maklumat untuk disimpan dan digunakan kembali (Storage and retrive).
        Contoh
                cakera liut dan cakera optik.




                                              1
                                                                     B01 SISTEM KOMPUTER


Blok Pentaksiran
B01/PTM01/01/1.3 (Blok 2)

KA : 5 Memperihalkan dengan jelas fungsi CPU sebagai komponen utama aliran sistem
kerja.

Huraian Sukatan Pelajaran
1.2 Menjelaskan fungsi Unit Pemprosesan Pusat (CPU) sebagai komponen utama dalam
    Aliran Sistem Kerja

Nota

1. Menjelaskan fungsi Unit Pemprosesan Pusat (CPU).

 CPU mengikut arahan-arahan perisian bagi memanipulasi data ke bentuk maklumat.
    Bahagian
 ini menterjemah dan melaksanakan arahan-arahan program yang terdiri
 daripada dua bahagian utama iaitu :
       a) unit kawalan („control unit‟)
       b) unit aritmetik dan logik („arithmetic-logic unit - ALU‟)

   a. Unit Kawalan

          menyelaras dan mengarah keseluruhan sistem komputer untuk membawa,
           melaksana dan menyimpan arahan progam.
          mengarah pergerakan isyarat elektronik di antara memori dan unit aritmetik logik
          mengarah isyarat kawalan di antara CPU dengan peranti input dan output

   b. Unit Aritmetik dan Logik

   melaksanakan operasi Aritmetik, logik dan perbandingan iaitu :
       operasi aritmetik (tambah, tolak, darab dan bahagi)
       operasi logik (and, or, not)
       operasi perbandingan (<, >, =, >=, <=)


Blok Pentaksiran
B01/PTM01/01/1.4 (Blok 2)

KA : 6 Menerangkan dengan jelas keupayaan komputer dalam menyimpan, menyusun,
      memilih dan mendapatkan data.

Huraian Sukatan Pelajaran
1.3 Menerangkan keupayaan komputer dalam menyimpan, menyusun, memilih dan
    mendapatkan data.

Nota

Kebolehan sesuatu komputer dapat dilihat pada keupayaannya untuk memilih, menyusun,
menyimpan dan mendapatkan data.

Apabila pengguna memasukkan data ianya akan diproses oleh komputer. Seterusnya ia akan
menghasilkan satu output yang boleh disimpan dan juga dicetak jika perlu.

Sebagai contohnya:

Dalam pangkalan data, seseorang pengguna boleh membuat jadual serta memasukkan data
ke dalam jadual-jadual tersebut dan seterusnya fail tersebut boleh disimpan.
Jika pengguna ingin mendapatkan sesuatu maklumat dari pangkalan data tersebut, dia hanya
perlu meminta maklumat yang diperlukan untuk dipaparkan. Oleh itu, komputer berupaya
memilih data yang dikehendaki oleh pengguna.

                                             2
                                                                         B01 SISTEM KOMPUTER


Katakanlah pengguna ingin mengisih maklumat tersebut secara menaik (sort ascending).
Dengan hanya mengklik ikon SORT, pengguna dapat menyusun data mengikut
kehendaknya..

Menyimpan merupakan salah satu lagi keupayaan komputer. Data yang telah ditaip boleh
disimpan sama ada di dalam cakera keras atau pun di dalam disket.

Fail yang telah disimpan boleh digunakan pada bila-bila masa oleh pengguna tersebut
dengan membuka semula fail tersebut sama ada daripada cakera keras ataupun daripada
disket. Ini pula merujuk kepada keupayaan komputer mendapatkan data..



Blok Pentaksiran
B01/PTM01/01/1.5 (Blok 1)

KA : 7 Membincangkan dengan jelas jenis-jenis peranti input dan output.

Huraian Sukatan Pelajaran
1.4 Mengaitkan komponen aliran sistem kerja bagi input dan output dengan peranti-peranti
    yang
    bersesuaian.

Nota

   Jenis-jenis Peranti input dan output

   1. Peranti Input
        papan kekunci.
        sistem penuding („pointing system‟).
        Kamera.
        Mikrofon.
        Pengimbas.
        pen cahaya.
        plat digitizer.
        Tetikus.
        „trackball‟.
        kayu bedik („joystick’)
        stylus (PDA input)
        Digital kamera
        Video kamera
        Touch pad

            Teks                  Grafik               Audio           Video
       -Papan kekunci       -Pengimbas               -Mikrofon   -Digital kamera
                            -Tablet Pendigital                   -Video kamera



   2. Peranti Output

   Perkakasan yang digunakan untuk mengeluarkan output di mana output dalam bentuk
   yang komputer fahami akan ditukar ke bentuk yang boleh difahami oleh manusia atau
   peranti lain
   bentuk output :

   Contoh peranti output
       skrin (monitor atau VDU)
       pencetak
       speaker
       pemplot
                                                 3
                                                                         B01 SISTEM KOMPUTER


Latihan

1. Empat proses asas yang dilakukan oleh komputer adalah _____________,
_______________,
   _____________ dan ______________

2. Kayu bedik, tetikus dan pen cahaya adalah contoh peranti _________________

3. Digital kamera adalah peranti input maklumat dalam bentuk ______________________



Blok Pentaksiran
B01/PTM01/02/2.3 (Blok 1)

KA : 22 (konvensi) , KA : 24 (proses)
Menjelaskan dengan betul perkaitan antara operasi logik dan arithmetik komputer dengan
nombor perduaan dan perenambelasan.

Huraian Sukatan Pelajaran
3.1.1 Menjelaskan perkaitan antara nombor asas perduaan dan perenambelasan dengan
      bagaimana operasi logik dan arithmetik oleh komputer.

Nota

1. Bit
Dalam nombor         perduaan 0 dan 1dikenali   “BInary digiT”. Unit terkecil bagi pengukuran
kapasiti data.

2. Bait
Mewakili huruf, nombor, aksara istimewa (seperti &,$). Bit-bit akan digabung dalam satu
kumpulan. Satu kumpulan 8 bit akan membentuk 1 bait.

3. Pengenalan sistem perduaan & perenambelasan
Kita menggunakan nombor 10 digit ( 0, 1,2, …) dalam kehidupan seharian. Komputer
menggunakan nombor perduaan (binary numbers) yang hanya mempunyai dua kombinasi
digit iaitu „1‟ dan‟0‟ kerana dalam komputer 0 diwakili oleh arus elktrik dalam keadaan „off‟ dan
„1‟ diwakili oleh arus elektrik dalam keadaan „on‟. Oleh itu semua data yang dimasukkan ke
dalam komputer akan ditukarkan kepada nombor perduaan.

             Kod perduaan ASCII – ASCII adalah ringkasan bagi „American Standard Code
              For Information Interchange‟. Ia banyak digunakan pada komputer
              mikrokomputer dan PC. „O‟ dan „1‟ dipanggil sebagai bit. Gabungan lapan bit
              menjadi satu aksara (huruf atau nombor) yang dikenali sebagai bait.

          Selain menngunakan sistem perduaan, terdapat komputer yang menggunakan
          sistem nombor asas perenambelasan. Terdapat enam simbol tambahan untuk
          mewakili enam digit perenambelasan tambahan.


          Jadual penukaran perduaan ke perenambelasan

          Perduaan      Perenambelasan    Perduaan    Perenambelasan
              0000             0             1000             8
              0001             1             1001             9
              0010             2             1010             A
              0011             3             1011             B
              0100             4             1100             C
              0101             5             1101             D
              0110             6             1110             E
              0111             7             1111             F




                                                4
                                                                  B01 SISTEM KOMPUTER


    Contoh :

       1. 1101 1001 = ? perenambelasan
          1101 1001 = D9
       2. A5 = ? perduaan
          A5 = 1010 0101

             Kod EBCDIC – EBCDIC adalah ringkasan bagi „ Extended Binary Coded
              Decimal Interchange Code’. Kod ini digunakan oleh komputer jenis
              superkomputer dan mainframe.

4. Arithmetik :     +, -, *, / ,

5. Logik :     = , <> , < , > , <= , >=

Perbandingan operasi logik melibatkan nilai TRUE (1) atau FALSE (0) berasaskan operasi
OR, AND & NOT.
                       P                      P       Q       R
AND (DAN)                                     0       0       0
                      Q                   R   0       1       0
                                              1       0       0
                                              1       1       1


                                              P       Q       R
                       P
OR (ATAU)                                     0       0       0
                                          R   0       1       1
                      Q                       1       0       1
                                              1       1       1




                     P                            P       Q
NOT (TAK)                                 Q       1       0
                                                  0       1




Contoh:
               1
                                   0
                                                      S
               P

               1                                          R
                           Q

               0

Nyatakan nilai P, Q, R dan S?

Jawapan: P= 0
         Q=1
         R=0
         S=0




                                                      5
                                                                             B01 SISTEM KOMPUTER


Latihan

1. Nombor perduaan 1001 1111 dalam nombor perenambelasan ialah _________.

2. Nombor B3 dalam nombor perduaan ialah             ____________.

3. Berdasarkan rajah di bawah, nilai x dan y ialah _________________________

       x
                       1
       y




Blok Pentaksiran
B01/PTM01/02/2.12 (Blok 2)

KA : 8 Memperihalkan dengan jelas ciri-ciri dan fungsi RAM, ROM dan EPROM

Huraian Sukatan Pelajaran
3.4 Pelajar mempersembahkan jadual perbandingan ciri-ciri dan fungsi RAM, ROM dan
EPROM.

Nota

RAM ( Random Access Memory                ROM ( Read Only Memory @             EPROM ( Erasable
@ Ingatan capaian Rawak )                 Ingatan Baca Sahaja )                Programmable Read Only
                                                                               Memory )
 Meruap    (volatile), apabila            Tidak meruap (non volatile),         Tidak meruap (non volatile)
  komputer    dimatikan     suis            ingatan kekal walaupun bekalan        menyimpan data secara
  kesemua     ingatan    hilang             kuasa dipadamkan kerana data          kekal tetapi boleh dipadam
  kerana ia Menyimpan data                  secara kekal semasa                   menggunakan cahaya ultra
  secara sementara,                         dikeluarkan dari kilang.              ungu (uv)

 Boleh di baca dan menulis ke             Boleh dibaca sahaja                  Boleh dipadam dan dibaca
  dalam ingatan
 Kapasiti tidak terhad ( boleh            Kapasiti terhad (tetap)              Kapasiti terhad
  ditambah)

Latihan

1. Berikan sekurang-kurangnya 2 perbezaan RAM, ROM dan EPROM.
    i.      RAM
    ii.     ROM
   iii.    EPROM

Blok Pentaksiran
B01/PTM01/02/2.13 (Blok 1)

KA : 17 Memperihal dengan betul perbezaan antara storan primer dan storan sekunder dari
       segi ciri dan fungsi.

Huraian Sukatan Pelajaran
4.2 Membezakan storan primer dan storan sekunder

Nota

                                                STORAN



                                 PRIMER                  SEKUNDER




                           RAM            ROM      6
                                                  HARD DISK         DISKET
                                                                                B01 SISTEM KOMPUTER


     Perbezaan storan skunder dan storan primer ialah :

Storan primer                                     Storan sekunder
  merupakan storan berbentuk sementara            Merupakan storan kekal dan tidak hilang
   dan hilang apabila bekalan elektrik               walaupun elektrik terputus
   diputuskan
 Tempoh capaian datanya lebih singkat             Tempoh capaian data lebih lama dari storan
                                                    primer

     menyimpan data, arahan dan maklumat                menyimpan data dan maklumat        dalam
      dalam kuantiti yang rendah                          kuantiti yang lebih banyak

    berperanan     menyokong         fungsian           berperanan menyokong fungsi storan primer
     sebuah sistem komputer                               untuk sesebuah sistem komputer.

    Data, arahan dan maklumat di dalam sp               Data, arahan dan maklumat di dlm storan
     hanya untuk kegunaan komputer                        sekunder blh digunakan untuk kegunaan
     tertentu sahaja.                                     mana-mana komputer

     Tidak mudah alih                                   Mudahalih dan blh digunakan pada mana-
                                                          mana komputer.

     Kos Tinggi                                   Kos rendah




     Latihan

                                                                  P
     1.

                                              PRIMER                        Q



                                            RAM           R     HARD DISK       DISKET


     Berdasarkan Rajah di atas,
     i.      Nyatakan P dan Q
     ii.     Berikan sekurang-kurangnya dua ciri-ciri Q.
     iii.    Kenalpasti R dan nyatakan satu cirinya.


     Blok Pentaksiran
     B01/PTM01/03/3.2 (Blok 2)

     KA : 18 Membezakan dengan jelas jenis-jenis perisian

     Huraian Sukatan Pelajaran
     5.2 Membezakan di antara perisian sistem, perisian utiliti dan perisian aplikasi

     Nota

     1. Perisian sistem

              Bertindak sebagai antaramuka diantara pengguna, perisian aplikasi dan perkakasan
               komputer.
              Mengawal dan mengurus sumber dalaman (perisian) dan sumber luar (perkakasan).

                                                      7
                                                                          B01 SISTEM KOMPUTER


         Komputer tidak dapat digunakan jika perisian sistem tidak di masukan ke dalam
          komputer terlebuh dahulu.
         Contoh perisian : DOS, Windows 98, Windows 2000 Server, Unix dan Linux.

2. Perisian utiliti

         Digunakan untuk menyokong dan membantu memperbaiki perisian yang sedia ada.
         Aturcara ini mungkin terdapat di dalam sistem pengoperasian atau dibekalkan secara
          berasingan.
         Contoh : Norton, Win Zip, Pc-Cilin

           Aturcara serbaguna                 Keterangan
           Kemudahan backup                   Digunakan untuk membuat salinan kedua data dan
                                              fail agar keselamatan data dijaga.
           Perisian Antivirus                 Digunakan untuk mencegah dan menghapuskan
                                              virus yang menyerang komputer.
           Perisian Pemampatan Fail           Digunakan untuk memampatkan saiz fail yang
                                              besar kepada saiz yang lebih kecil tanpa
                                              menjejaskan kandungan fail.
           Perisian Pengisihan Fail           Digunakan untuk mengisih fail-fail yang terdapat
                                              pada cakera keras pada komputer supaya berada
                                              pada keadaan yang paling optima.


3. Perisian aplikasi

         Digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan tugas pengguna.
         Membantu pengguna melaksanakan tugas mengikut keperluan individu.
         Contoh :Microsoft Word, Microsoft Excel, Comil Zamrud, Microsoft Access.

Latihan

    1. Berikan sekurang-kurangnya dua perbezaan antara perisian utiliti dan perisian
       aplikasi
    2. Berikan sekurang-kurangnya dua perbezaan antara perisian utiliti dan perisian sistem
    3. Berikan sekurang-kurangnya dua perbezaan antara perisian aplikasi dan perisian
       sistem


Blok Pentaksiran
B01/PTM01/04/4.4 (Blok 2)

KA : 9 Memperihalkan dengan jelas perbezaan pelbagai jenis sistem pengendalian

Huraian Sukatan Pelajaran
6.4 Membezakan pelbagai bentuk dan ciri-ciri sistem pengendalian (single user, multi user,
    single tasking, multi tasking, multi threading)

Nota

Perbezaan pelbagai jenis sistem pengendalian

Contoh perbandingan bentuk jadual :

                UNIX                   MS DOS                 Windows                  MAC
            - Dibangun di           - Dicipta oleh       - Dibangunkan oleh     - Diperkenal oleh
        Makmal AT & T Bell             Microsoft              Microsoft          Apple Komputer
        - Berorientasikan       - antaramuka           - antaramuka             - berorientasikan
        teks dan versi          berorientasikan teks   berorientasikan grafik   grafik
        terbaru UNIX            (command line          (Grafical user
        berorientasikan         interface)             interface)

                                                  8
                                                                       B01 SISTEM KOMPUTER


       grafik
       - multi tasking      - single tasking       - multi tasking         - multi tasking
       - mesra pengguna     - perlu mengetahui     - lebih mesra           - mesra
                            arahan-arahan          pengguna                pengguna
       - multi user dan     - single user- hanya   - boleh digunakan       - boleh
       boleh rangkaian      seorang pengguna       untuk rangkaian         dirangkaikan
                            sahaja yang
                            dibenarkan
                            memerintah sistem
                            operasi ini (tidak
                            boleh dirangkaikan)
                            - hanya 8 aksara       - longer file name –
                            yang dibenarkan        membenarkan nama
                            untuk nama fail        fail lebih 8 aksara
                            - tidak boleh          - boleh digunakan
                            menyokong plug and     untuk e-mel
                            play                   - menyokong plug
                                                   and play (utk
                                                   windows 2000, ME,
                                                   XP dan ke atas.)

1. DOS (Disk Operating System)

        Diperkenal tahun1981
        DOS merupakan sistem pengendalian 16 bit untuk pemproses Intel 80x86
        mampu mencapai ingatan maksimum 1 MB.
        Had capaian ini merupakan kelemahan yang paling ketara untuk DOS, di mana DOS
         telah membahagikan ingatan 1MB ini kepada dua bahagian, ingatan biasa sebanyak
         640KB dan ingatan atasan sebanyak 350KB.
        Ingatan biasa digunakan untuk memuatkan sistem pengendalian dan aplikasi. Ianya
         juga tidak mempunyai ciri multitugas (multitasking), multi pengguna(multi user) dan
         ingatan maya.

Dewasa ini, DOS sudah tidak digunakan untuk komputer peribadi.

2. Windows

        Windows adalah sistem pengendalian yang dibangunkan oleh Microsoft.
        Ia mula diperkenalkan pada tahun 1983.
        Pada tahun 1990, Microsoft memperkenalkan Windows 3.0 yang lebih stabil bersama
         beberapa perisian aplikasi yang boleh digunakan bersama Windows 3.0 seperti MS-
         Excel dan MS-Word.
        Pada tahun 1995, Microsoft memperkenalkan Window 95. Windows 95 mempunyai
         ciri-ciri 32-bit, Multitugasan, plug-and-play, ingatan maya dan menyokong beberapa
         perkakasan moden.

Windows NT (New Technology) adalah satu sistem pengendalian yang dibina untuk komputer
pelayan dalam persekitaran organisasi. Ia mempunyai berbagai ciri yang menarik seperti 32-
bit, multitugasan dan multipengguna. Contoh Windows NT 4.0.

3. Macintosh OS

        Macintosh OS adalah sistem pengendalian yang diperkenalkan oleh Apple Komputer
         pada tahun 1983 untuk pemproses Motorola.
        Ia merupakan pencetus idea GUI(Graphical User Interface)-Antaramuka pengguna
         bergrafik.
        Sistem Macintosh yang dikeluarkan adalah bersifat tertutup, menyebabkan harganya
         lebih mahal daripada komputer yang menggunakan DOS atau Windows. Ini telah
         menyebabkan Macintosh kurang berjaya.

                                              9
                                                                    B01 SISTEM KOMPUTER


Ciri-ciri Sistem Pengendalian

1. Pengguna tunggal (single user)
Seorang pengguna sahaja dibenarkan menggunakan atau mengarahkan sistem operasi pada
satu masa. Pengguna lain tidak dapat berkongsi pemprosesan dengan komputer yang
menjalankan sistem ini.

Contohnya : DOS

2. Pengguna berbilang (multi user)
Beberapa pengguna dibenarkan berkongsi pemprosesan dengan komputer utama dalam
waktu yang sama. Ia membenarkan beberapa buah komputer disambungkan kepada
komputer kerangka utama.

Contohnya : UNIX, Windows NT 4.0

3. Tugas tunggal (single tasking)
Satu komputer hanya boleh menjalankan satu aturcara pada masa sahaja. Sistem ini tidak
membenarkan beberapa aturcara dijalankan serentak dan selalunya dihakmilik iaitu
direkabentuk sekitar satu mikropemproses.

Contohnya : DOS menyerahkan urusan storan kepada aturcara pengguna yang dijalankan
pada masa tersebut.

4. Pengaturcaraan serentak (multi tasking)
Satu komputer mempunyai lebih daripada satu aktiviti yang sedang dijalankan pada satu
masa. Dua aturcara atau lebih boleh dilakukan secara serentak.

Contoh : Semasa aturcara pemprosesan kata diproses oleh CPU, satu aturcara lain seperti
persembahan grafik sedang menghantar outputnya ke pencetak. Sistem pengoperasian (OS)
yang menyokong pengaturcaraan berbilang seperti Windows 95, Windows 98, Windows NT,
Sistem MAC dan UNIX.

5. Tugas berbilang (multithreading)
Setiap aturcara pengguna boleh mencipta atau mengawal satu atau lebih tugas iaitu
berkongsi sumber komputer antara tugas-tugas. Penggunaan latar depan adalah pengguna
yang berinteraksi dengan kemudahan komputer seperti paparan dan papan kekunci.
Penggunaan latar belakang adalah tugas yang sedang berjalan atau digantung.

Contoh : Windows 95 dan UNIX mempunyai keupayaan ini. Anda dibenarkan menjalankan
proses menyemak ejaan pada satu dokumen yang besar dan pada masa yang sama anda
menaip sesuatu di dalam dokumen tersebut.

Latihan:

1. Sistem pengendalian yang berasaskan single tasking adalah _______________________

2. Sistem pengendalian yang digunakan oleh server (pelayan) syarikat berbentuk organisasi
adalah ____________________

3. Ciri sistem pengendalian yang membolehkan sesuatu server (pelayan) berfungsi adalah
__________________________




                                            10
                                                                   B01 SISTEM KOMPUTER


Blok Pentaksiran
B01/PTM01/03/3.2 (Blok 2)

KA : 19 Menghubungkait dengan jelas faktor pacuan pengguna teknologi               dalam
      perkembangan sistem pengendalian

Huraian Sukatan Pelajaran
6.2 Menghubungkaitkan faktor pacu pengguna – pacu teknologi dalam perkembangan sistem
    pengendalian

Nota

1. Pacuan Pengguna (user driven)

Antara muka (user-interface) ialah bahagian-bahagian yang berada dalam sistem
pengoperasian yang membantu pengguna berinteraksi dengan sistem komputer. Oleh
kerana keperluan (demand) yang tinggi dari pengguna, antaramuka pengguna telah berubah
menjadi senang dan menarik untuk digunakan.

Terdapat dua jenis antaramuka iaitu :

i. Command-line Interface
Antaramuka yang mengandungi perintah-perintah (commands) tertentu atau yang
berorientasikan teks yang berinteraksi dengan sistem pengoperasian. Ia sukar digunakan
kerana pengguna perlu menghafal perintah dan tidak ramah pengguna (user friendly). Prompt
sistem akan keluar seperi c:\ yang mengarahkan pengguna memasukkan sesuatu perintah

ii. Graphical User Interface (GUI)

Antaramuka yang berorientasikan objek atau antaramuka pengguna grafik (GUI) yang
membolehkan imej grafik yang disebut arca dipamerkan pada desktop. Ia membantu
pengguna menjalankan perkhidmatan sistem operasi dan mudah digunakan kerana
pengguna tidak perlu menghafal perintah (commands). Pengguna hanya perlu tunjukkan
penuding pada ikon dan klik pada ikon tersebut. Ia dikenali sebagai ramah pengguna (user
friendly).

2. Pacuan Teknologi (technology driven)

Dari masa ke semasa pengguna telah diperkenalkan kepada teknologi sistem pengoperasian
yang sentiasa dimajukan. Contohnya , teknologi OS (Operating Sistem) akan terus
berkembang dengan cepat dan pesat. Ianya secara tidak langsung mempengaruhi individu
dan masyarakat amnya untuk turut juga berubah mengikuti perkembangan tersebut.
Windows 95  Windows 98  Windows 2000 Windows ME Windows XP.



Blok Pentaksiran
B01/PTM01/04/4.3 (Blok 2)

KA : 20 Menerangkan dengan betul kesan perubahan ciri-ciri sistem pengendalian terhadap
          pengguna

Huraian Sukatan Pelajaran
6.3 Menerangkan kesan perubahan ciri-ciri sistem pengendalian terhadap pengguna

Nota

Kesan perubahan apabila sistem pengendalian lama (DOS) ditukar kepada sistem
pengendalian Windows

1.   Komputer lebih mesra pengguna, lebih mudah untuk digunakan dankesilapan kurang
     berlaku selaras dengan perkembangan teknologi

                                           11
                                                                    B01 SISTEM KOMPUTER


2.   Mengurangkan kos seperti kos latihan untuk penguasaan OS
3.   Pelbagai tugas boleh dilaksanakan (multi tasking)
4.   Boleh menjalankan tugas berbilang

Latihan

1.
             Sistem Komputer A                                 Sistem Komputer B

                  RAJAH A                                       RAJAH B

          DISK OPERATING SYSTEM
          MS-DOS Prompt
          C:\ >WINDOWS>




     Pihak pengurusan sekolah telah membuat keputusan untuk menukarkan perisian sistem
     Komputer A ke sistem komputer B. Berdasarkan Rajah A dan Rajah B di atas, sila jawab
     soalan berikut dengan menggunakan perisian pemprosesan perkataan yang tersedia
     dalam komputer anda.
     Sila simpan semua fail jawapan anda dalam sub folder soalan_1.
     a) Terangkan satu perbezaan antara sistem pengendalian Komputer A dengan
          komputer B.

     b) Terangkan dua faktor yang mendorongkan pihak pengurusan sekolah menukarkan
        sistem pengendalian yang tersebut di atas.
2.


                Windows 2000             Windows 98                  MS DOS

                 Komputer A              Komputer B                Komputer C

      a) Tuliskan sekurang-kurangnya dua perbezaan antara perisian sistem pengoperasian
         komputer A dan komputer C

      b) Nyatakan sekurang-kurangnya satu ciri atau fungsi yang terdapat pada perisian
         sistem komputer B

3. Ramu, seorang pembina persembahan multimedia ingin mencari satu komputer
   yang boleh memenuhi atau menyokong tugasannya. Namakan sekurang-
   kurangnya satu jenis sistem pengendalian yang diperlukan supaya beliau dapat
   menggunakan perisian aplikasi berkenaan tugasannya.




                                            12
                                                                      B01 SISTEM KOMPUTER


Blok Pentaksiran
B01/PTM01/05/5.2 (Blok 2)

KA : 21 Membezakan dengan jelas antara komputer standalone dan komputer dalam
      rangkaian dari segi keupayaan cakupan capaian dan perkongsian sumber

Huraian Sukatan Pelajaran
7.2 Membezakan antara komputer standalone dengan komputer dalam rangkaian

Nota

KOMPUTER DALAM RANGKAIAN                       KOMPUTER STANDALONE

Maklumat dan data dapat dikongsi bersama       Maklumat dan data tidak dapat dikongsi
dengan mudah dan cepat                         bersama kecuali dengan memindahkan
                                               terlebih dahulu maklumat berkenaan ke
                                               dalam disket atau CD.
Perisian dapat dikongsi walaupun di install    Perisian terpaksa di install ke dalam setiap pc
dalam server atau satu pc sahaja.              sebelum menggunakannya.
Perkakasan dan aksessori dapat dikongsi        Perkakasan dan aksessori tidak dapat
bersama seperti pencetak dan pengimbas         dikongsi.
dalam satu masa.
Komunikasi dapat dilakukan dengan pantas       Komunikasi tidak efisyen dan lambat
dan maklumat dapat disampaikan pada bila-
bila masa dan di mana sahaja.

Latihan

Berikan sekurang-kurangnya dua perbezaan antara komputer dalam rangkaian dan komputer
luar rangkaian




                                              13

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:2798
posted:3/24/2010
language:Malay
pages:13
norhashimi jusoh norhashimi jusoh mr academyforex2u.blogspot.com
About Hi, I’m Simee Jusoh and I create educ website to help other people to successful education learn. I started this in 2001. To contact me, please email