Docstoc

panduan - PDF

Document Sample
panduan - PDF Powered By Docstoc
					                                       APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM


PANDUAN PENGGUNAAN
APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM
VERSI 2.0


1.0   Pengenalan

      Aplikasi Markah Kokurikulum Versi 2.0 ini berbeza sedikit dari Versi 1.0
      yang lalu. Aplikasi kali ini tidak mengambil senarai nama murid dari
      Sistem Maklumat Murid (SMM) tetapi dari dua sumber lain iaitu:-

            i)     Dari Aplikasi Pendaftaran Calon SPM Lembaga Peperiksaan
                   Malaysia (LPM) dan
            ii)    Dari Aplikasi Pendaftaran Calon STPM Majlis Peperiksaan
                   Malaysia (MPM).

      Tujuan perubahan di atas adalah untuk mengurangkan kerja pengisian
      data dan mengelakkan kesilapan pengisian data di peringkat sekolah.
      Pihak sekolah hanya dikehendaki mengisi markah akhir 10%
      Kokurikulum sahaja. Maklumat-maklumat lain seperti Angka Giliran,
      Nombor Kad Pengenalan, Nama, Tingkatan, Jantina dan lain-lain tak
      perlu diisi lagi.

      Hanya lima langkah mudah untuk pihak sekolah bertindak supaya
      markah kokurikulum murid T5 dan T6A sampai ke Bahagian Sekolah
      KPM iaitu :-

            i)     Install Aplikasi
            ii)    Import Data Calon SPM/STPM
            iii)   Isi Markah
            iv)    Cetak Laporan dan
            v)     Eksport Data



2.0   Objektif

      2.1          Mengelakkan kerja berulang menaip dan mengisi borang-
                   borang di peringkat sekolah

      2.2          Mengurangkan kesilapan dalam memberi maklumat dan
                   mengisi data

      2.3          Menyeragamkan format Borang Markah Kokurikulum di
                   semua sekolah.

      2.4          Memudahkan Jawatankuasa di peringkat Kementerian
                   membuat rujukan, semakan, pertimbangan dan keputusan .

      2.5          Menyimpan rekod dengan lebih kemas dan sistematik.

                                     Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 1
                                        APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM




3.0   Keperluan Asas Aplikasi

      3.1       Aplikasi Markah Kokurikulum ini dibina berasaskan MS
                Access versi 2002-2003.

      3.2       Untuk mendapatkan maklumat asas Calon SPM, pengguna
                perlu dapatkan data dari Aplikasi Online Pendaftaran SPM
                Lembaga Peperiksaan. Untuk maklumat           Calon STPM
                pengguna perlu dapatkan data dari Aplikasi Pendaftaran
                STPM Majlis Peperiksaan Malaysia. Sila rujuk panduan untuk
                mendapatkan fail berkenaan.

4.0   Installasi Aplikasi
      4.1       CD Aplikasi mempunyai butang dan panduan mudah untuk
                proses installasi. Sila ikut arahan seperti ringkasan berikut:-




      4.2       Klik butang Install dan satu folder baru C:\koku akan dibina .
                Semua fail-fail yang berkaitan dengan Aplikasi Markah akan
                dihantar ke folder ini.




                                     Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 2
                            APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM




4.3   Folder C:\koku yang telah dibina akan mengandungi
      komponen fail-fail yang berikut:-




4.5   Satu ‘Shortcut’ ikon akan dibina di desktop untuk
      memudahkan pengguna memulakan aplikasi.




                          Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 3
                                     APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM


5.0   Memulakan Aplikasi
      5.1    Mulakan aplikasi dengan dwiklik ‘Shortcut’ ikon di desktop




      5.2      Satu form Login seperti ini akan dipaparkan.




      5.3      Pengguna mesti memasukkan Nama Pengguna dan Kata
               Laluan yang betul kemudian klik butang “Teruskan”.

      5.4      Sebelum memulakan proses memasukkan data, pengguna
               mestilah terlebih dahulu menyemak “Regional Settings”
               komputer masing-masing supaya seragam dengan keperluan
               server KPM. Kegagalan menyeragamkan “Regional Settings”
               akan menyebabkan data sekolah anda tidak dapat diimport
               ke komputer lain peringkat Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri
               atau Kementerian Pelajaran Malaysia.

      5,5      Untuk menyemak “Regional Settings”, satu kaedah mudah
               telah disediakan dalam menu aplikasi. Sila pilih pada menu
               Kemudahan      “Regional Settings” . Paparan berikut akan
               kelihatan:-


                                   Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 4
                                   APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM




      5.6    Sila pastikan Bahasa/Negara: ialah English (United States) /
             United States dan semua komponen lain regional settings
             adalah dipapar OK. Jika tidak, sila klik butang “Betulkan
             Secara Automatik” . Proses menyemak dan membetulkan
             “Regional Settings” ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja
             bagi mana-mana komputer yang ingin menggunakan aplikasi
             ini.

      5.7    Bagi komputer yang environment “Regional Settings” dikawal
             oleh software tertentu (seperti Arabic Windows, Chinese Star
             dan sebagainya) adalah tidak digalakkan digunakan untuk
             aplikasi Markah Kokukurikulum ini. Sila guna komputer lain.




6.0   Mengimport Data

      6.1    Untuk mendapatkan maklumat asas calon SPM dan calon
             STPM masuk ke dalam Aplikasi Markah Kokurikulum ini,
             beberapa langkah mudah perlu dilakukan seperti berikut.

      6.2    Untuk mendapatkan Senarai Calon SPM, sila letakkan satu
             fail yang dinamakan “ calonSPM.htm” di dalam folder
             C:\koku . Jika dilihat melalui explorer kedudukan fail-fail
             dalam folder ini adalah seperti berikut:-




                                 Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 5
                            APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM




6.3   Fail calonSPM.htm ini mengandungi maklumat calon SPM
      yang boleh diperolehi dari Aplikasi Onlne Pendaftaran
      Peperiksaan SPM Lembaga Peperiksaan. Sila dapatkan fail
      ini dari Setiausaha Peperiksaaan SPM peringkat sekolah
      masing-masing.

6.4   Panduan ringkas mendapatkan fail calonSPM.htm ini adalah
      seperti berikut:-

      Melalui laman web Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas
      Talian (SPPT) LPM di alamat http://lpm.gov.my/ , selepas
      masuk ke dalam talian, sila pilih link Laporan Pendaftaran.




                          Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 6
                            APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM




6.5   Sila pilih Senarai Calon Mengikut Pusat, Dari paparan
      laporan Senarai Calon Mengikut Pusat ini, sila klik kanan atau
      dari menu File pilih File Save As .. dan “Save” kan fail ini
      sebagai nama calonSPM.htm




                          Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 7
                               APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM




6.6    Sila tukar nama fail :Sekolah – Senarai Calon Berdaftar
       Mengikut Pusat.htm kepada nama : calonSPM.htm

6.7    Guna fail calonSPM.htm ini untuk di “paste” kan ke folder
       c:\koku . Jika dilihat melalui explorer kedudukan fail ini seperti
       berikut:-




6.8    Untuk mendapatkan maklumat asas calon STPM masuk ke
       dalam Aplikasi Markah Kokurikulum ini, beberapa langkah
       mudah perlu dilakukan seperti berikut.

6.9    Dari Aplikasi MPM: SPSTPM_V3.0 , txt fail Daftar Calon
       STPM yang diperolehi contohnya:

       STPM_SP3011-131107.txt

       Sila tukarkan terus nama fail ini sebagai : calonSTPM.txt

6.10   Guna fail calonSTPM.txt ini untuk di “paste” kan ke folder
       c:\koku . Jika dilihat melalui explorer kedudukan fail ini seperti
       berikut:-



                            Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 8
                            APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM




6.11   Untuk mengimport masuk maklumat calon ke dalam Aplikasi
       Markah Kokurikulum , sila guna kemudahan yang terdapat
       pada “Pulldown Menu” seperti berikut yang terdapat di
       bahagian atas paparan muka hadapan.




6.12   Pilih menu Import dan pilih submenu Calon SPM atau Calon
       STPM mana yang berkenaan.




6.13   Menu Import JPN/PPD hanya untuk kegunaan peringkat PPD
       dan JPN untuk mengimport dan menggabung data dari
       sekolah-sekolah daerah masing-masing.




                          Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 9
                             APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM



6.14   Selepas klik menu Import    Calon SPM, makluman proses
       import selesai dan klik OK.




6.15   Paparan muka hadapan dan sedikit maklumat asas sekolah
       yang ada mestilah disemak dan dilengkapkan. Medan Kod
       Negeri mesti diisi kerana diperlukan dalam laporan analisis.




6.16   Lengkapkan maklumat sekolah seperti contoh berikut:-




                          Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 10
                            APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM


6.17   Sekiranya klik menu Import    Calon STPM, form Maklumat
       Asas Sekolah seperti ini akan muncul.




6.18   Selepas dilengkapkan Maklumat Asas Sekolah, klik butang
       “Teruskan”. Proses import data akan dilaksanakan.




                         Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 11
                                    APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM


      6.19    Selepas selesai, makluman dipaparkan seperti berikut:- Klik
              OK.




7.0   Mengisi Markah

      7.1     Klik menu Markah dan pilih SPM atau STPM untuk melihat
              senarai nama calon dan memasukkan markah kokurikulum.




      7.2     Senarai nama calon dipaparkan dan disusun ikut Angka
              Giliran. Pengguna hanya perlu memasukkan Markah Akhir
              Kokurikulum bagi setiap calon.




      7.3     Nilai Markah Akhir Kokurikulum setiap murid tidak boleh lebih

                                 Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 12
                                       APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

               dari 10.00 markah.

      7.4      Nama, Angka Giliran dan Nombor Kad Pengenalan adalah
               berdasarkan kepada pendaftaran peperiksaan. Sebarang
               pindaan tidak boleh dilakukan.




8.0   Mencetak Laporan
      8.1     Senarai markah boleh dilihat dan dicetak dengan memilih
              menu “Laporan”.




      8.2      Pilih menu cetak untuk mencetak senarai markah SPM atau
               STPM . Penguna JPN/PPD boleh buat pilihan sama ada
               mahu mencetak senarai satu sekolah atau semua sekolah
               dalam rekod. Klik selesai untuk keluar paparan laporan..

      8.3      Terdapat menu Analisis untuk melihat dan mencetak Analisis
               Markah Kokurikulum Peringkat Sekolah, Peringkat Daerah
               atau Negeri. Klik pilihan untuk Analisis peringkat SPM atau
               STPM.




9.0   Mengeksport Data
      9.1    Data markah Calon SPM dan Calon STPM ini hendaklah
             dieksport ke disket untuk dihantar ke PPD. PPD akan
             menggabung data semua sekolah untuk di hantar ke JPN.
             Pihak JPN akan menggabung dan mengeksport data seluruh

                                    Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 13
                            APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

      negeri ke Bahagian Sekolah, KPM.

9.2   Untuk mengeksport data sila pilih menu Eksport           Eksport
      Data.




9.3   Paparan berikut akan muncul




9.4   Untuk peringkat satu sekolah, sila pilih “Eksport Semua Data
      ke Disket A:\ “ . Pastikan pengguna masukkan disket di
      pemacu disket A. Klik batal jika ingin membatalkan tindakan.

9.5   Klik OK selepas selesai eksport, dan labelkan disket dengan
      kemas.

9.6   Untuk pengguna aplikasi peringkat PPD/JPN, anda boleh
      buat pilihan untuk mengeksport sekolah pilihan atau eksport

                         Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 14
                                   APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

             semua.

     9.7     Import PPD/JPN ada kemudahan mengimport data dari
             sekolah-sekolah dan menggabungnya menjadi data
             PPD/JPN.




     9.8     Klik butang “Import data dari disket A:\ ke dalam pangkalan
             data “ dan diikuti dengan butang “Gabung data yang telah
             diimport”


10.0 Lain-Lain Kemudahan

     10.1    Kemudahan Hapus Rekod dan Regional Settings disediakan.




                                Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 15
                                    APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM



     10.2     Sub menu hapus rekod ialah untuk tujuan memadam semua
              rekod dalam aplikasi. Untuk data PPD/JPN , menu ini
              digunakan untuk menghapuskan rekod mana-mana sekolah
              pilihan.




     10.3     Pilih Kod Sekolah pilihan jika ingin menghapuskan rekod satu
              sekolah. Jika ingin hapus semua rekod, sila pilih butang
              “Hapus Semua Rekod “

     10.4     Kemudahan ke dua ialah menyemak “Regional Settings”.
              Proses import/Eksport akan gagal jika regional settings tidak
              seragam. Sila pastikan semua komponen regional settings
              adalah OK.



11.0 Keluar Aplikasi

     11.1     Untuk keluar aplikasi dan selesai, sila klik menu Keluar dan
              keluar aplikasi.




BS/KPM/22112007/mya.

                                 Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 16

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags: lain yang
Stats:
views:826
posted:3/22/2010
language:Malay
pages:16