Docstoc

110

Document Sample
110 Powered By Docstoc
					110. HIJRAH DIHAYATI NABI DISANJUNGI
Posted on Disember 22, 2009 by ekhutbah


                                                  ُ‫اٌسالَ عٍ١ى‬
           َ ‫ح ُ ِ َذ ْ أ َ َ س ٌ ُ ب ٙذ ٚد ِ حك ٌ١ ٙز ُ عٍ ِ ِ وِ ِ ٌٚ ْ وز‬
                        ٍ ‫ذ‬                                                                        ٌ
           ِٖ َ ََٛ ُّٗ ْٓ٠ّ ٌ‫اٌ َّْذ هلل اّ ِٞ َرْسً رَ َُْٛٗ ِبٌ ُ َٜ َ ِ٠ْٓ اٌ َ ِّ ِ ُظْ ِ َٖ ََٝ ا‬
 ْ ِ‫ّ زو ْ ٙ ُ أ إ َ إ ُ ٚ ٙ ُ أ َ س ِذ ِح َ ع ذ ُ ٚ س ٌ ُ ٍُٙ ًَ س‬
   ٍ                                      ّ            ١ ْ
 َُّ َٚ ِّ ‫اٌ ُشْ ِ ُْٛ َ أَشْ َذ َْْ الٌِٗ ِال اهلل َأَشْ َذ َ ّ َ ّ ََٔب ُ َ ّذًا َبْ ُٖ َرَ ُُْٛٗ اٌّ ُ َّ ص‬
      َ ‫ٚب ر ْ ٝ س ِذ ِح َ ٍ ٚعٍ ٌ ِ ٚأ ح ب ِ ِٚ ْ تبعٙ ْ بئ س ٍ إٌ ٠ ِ ِ ٓ أ‬
      ِ         ‫ذ‬                                                                   ّ         ١
     ‫َ َب ِن عٍَ َ َ ّ َِٔب ُ َ ّذ َ ََٝ آِٗ ََصْ َب ِٗ َ َٓ َ ِ َ ُُ ِ ِحْ َبْ َِٝ ََْٛ اٌ ّ٠ْ ِ …َ ّب‬
                         ْ ٍّ ِ ْ ‫ف عب َ ِ َم هلل حك تم ت ِ ٚ ّٛتٓ إ ٚأ ت‬          ‫ت‬                       ‫بذ‬
                     … َ ُْٛ ِْ‫َعْ ُ….. َ١َب ِ َبد اهلل ! اّ ُْٛا ا َ َ َّ ُ َب ِٗ َالت َ ُْ ُ َّ ِال ََْٔ ُُ ُس‬
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan
Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
        Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi
segala yang ditegahNya.


Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
        Firman Allah dalam ayat 100 surah an-Nisa’ :
       ٗ‫ِٚٓ ٠ٙبجز فٝ سب١ً اهلل ٠جذ فٝ األرض ِزغّب وث١زا ٚسعت ِٚٓ ٠خزج ِٓ ب١ت‬
 ‫ِٙبجزا إٌٝ اهلل ٚرسٌٛٗ ثُ ٠ذروٗ اٌّٛث فمذ ٚلع أجزٖ عٍٝ اهلل ٚوبْ اهلل غفٛرا رح١ّب‬
Maksudnya : Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah S.W.T nescaya mereka mendapati di bumi ini
tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah
kepada Allah S.W.T dan rasulNya kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang dituju
maka telah tetap pahala di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
        Kedatangan bulan Muharram menandakan masuknya kita kepada tahun baru 1427 Hijrah. Adalah
suatu yang amat malang apabila ada di kalangan umat Islam sendiri yang tidak sedar tentang ketibaan tahun
baru hijrah setelah begitu lama taqwim hijrah diketepikan oleh penjajah dan diteruskan hingga kini. Umat
Islam yang dulunya dijadikan contoh teladan dan sumber rujukan kepada bangsa lain termasuk dalam
membina tamadun kebendaan kini bertukar menjadi umat yang terpaksa tunduk kepada bangsa lain akibat
daripada sikap kebanyakan umat Islam yang menjauhi system Islam dalam kehidupan. Umat Islam hilang
jatidiri serta identiti yang sepatutnya dimiliki sehingga merasakan bahawa system ciptaan manusia lebih
baik dan sempurna berbanding system Islam. Keadaan umat Islam dahulu yang sentiasa menjunjung segala
perintah Allah sehingga mereka dimulia dan dianugerahkan kemenangan yang gemilang sedangkan umat
Islam kini telah ramai yang lahir sebagai umat yang mahu mengajar Allah bagaimana cara terbaik untuk
mentadbir dunia sehingga ditimpakan dengan kehinaan dan kemunduran. Umat Islam dahulu berasa
gembira kerana mampu berdikari dengan menjadikan wahyu sebagai panduan hidup sedangkan umat Islam
hari ini kehilangan arah tuju yang menyebabkan nafsu menjadi ikutan sehingga aqidahnya kabur,
akhlaknya hancur dan semangat juangnya kendur.
       Sempena kedatangan tahun baru hijrah ini marilah kita sama berhijrah dari segi niat agar lebih dekat
dengan apa yang dikehendaki oleh Allah disamping bertindak dengan lebih bersungguh dalam
melaksanakan seluruh system Islam dalam kehidupan bermula daripada diri kita, keluarga, masyarakat,
negara dan seterusnya dunia

                                     ‫٘ ز َ ب َ ف ِ ٚ ى ْ جٙ ٌ ٚٔ َت‬
                                       ١
                      ٞ‫ : ال ِجْ َة َعْذ اٌ َتْح ٌَ ِٓ ِ َبد َ ِ ّ ٌ - رٚاٖ اٌبخبر‬e ‫لبي اٌزسٛي‬
Maksudnya: Tiada lagi hijrah selepas pembukaan Kota Mekah tetapi yang ada hijrah pada jihad dan niat


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
       Ketika menyoroti peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w maka kita dapati bagaimana ia
bukan berlaku secara tergesa-gesa dan mudah sebaliknya hijrah itu didahului dengan pelbagai perancangan
dan strategi yang rapi terutama dalam membina umat Islam yang mantap aqidahnya serta bersedia untuk
memperjuangkan Islam walau pun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Modal
manusia yang dibina atas asas taqwa merupakan aset penting dalam membantu Rasulullah s.a.w ketika
mendirikan Daulah Islamiah yang gemilang di Madinah. Kegagalan melahirkan pemimpin dan umat yang
benar-benar kukuh aqidahnya, utuh budi pekertinya dan bersungguh dalam meninggikan kalimah Allah di
muka bumi ini menyebabkan umat Islam gagal mengembalikan kejayaan system Khilafah yang pernah
menerajui dunia sebelum ini. Umat Islam yang tidak mampu melawan godaan dunia berbentuk politik
wang dan juga cabaran yang lebih keras seperti undang-undang rimba ISA, buang kerja dan sebagainya
sudah pasti tidak mampu mengembalikan kegemilangan Islam kerana mereka lebih rela menjadi hamba
nafsu daripada mengorbankan segala kemampuan yang ada dalam melaksanakan arahan wahyu.
         Hijrah yang berjaya ialah hijrah yang berjaya menukarkan umat melarat kepada umat berdaulat,
umat dihina kepada umat memimpin dunia, umat yang lemah bertukar menjadi gagah. Hijrah yang berjaya
juga mengubah dunia daripada kongkongan jahiliah kepada keluasan Islam, daripada gelap kekufuran
kepada terangnya iman, daripada kezaliman nafsu kepada keadilan wahyu. Umat yang mahu berjaya mesti
berhijrah daripada mengikut hawa nafsu kepada tunduk dengan segala arahan wahyu tanpa rasa was-was
dan ragu-ragu lagi.

ُ ٙٔ َ ‫ّ ٍ ُ ِ سٍ َ ّ ٍّ َ ِ ْ س ٔ ِ ٚ٠ذ ِ ٚ ّٙ ج ُ ِ ْ ٘ج‬
‫ : اٌ ُسُِْ َْٓ َُِ اٌ ُسِْ ُْْٛ ِٓ ٌِ َب ِٗ َ َ ِٖ َاٌ ُ َب ِز َٓ َ َز َِب َ َٝ اهلل‬e ‫لبي اٌزسٛي‬
                                                      ٟ‫َْٕ ُ - رٚاٖ اٌبخبرٞ ٚأبٛ دأٚد ٚإٌسبئ‬ٗ‫ع‬
Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah
dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh
Allah daripadanya


Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
         Kedatangan tahun baru hijrah sepatutnya mengubah diri kita daripada terus tunduk kepada sistem
ciptaan manusia dengan berhijrah kepada sistem Islam. Kita lihat bagaimana perundangan manusia telah
gagal apabila masalah Hiv/AIDS menunjukkan peningkatan dengan Malaysia kini berada di tempat kelima
di rantau Asia Pasifik. Begitu juga dengan laporan bagaimana 5000 orang gadis Melayu menjadi tukang
urut di sekitar Lembah Klang sahaja. Kini timbul pula golongan terutamanya bukan Islam yang mendesak
agar mahkamah syariah berada di bawah kehakiman sivil yang sekuler sebagaimana pada era penjajah
selepas perebutan mayat pendaki gunung Everest baru-baru ini. Desakan ini begitu merbahaya terutama
agama Islam bakal dikawal sepenuhnya oleh mahkamah sivil. Perundangan yang sedia ada sekarang pun
sudah banyak menyekat kebebasan umat Islam untuk mengamalkan seluruh sistem Islam apatah lagi jika ia
dipinda. Malah desakan itu turut meminta agar menghalalkan perkahwinan bukan Islam dengan orang
Islam tanpa perlu terlebih dahulu memeluk Islam, memberi kebebasan untuk murtad dan membuang
identiti agama daripada kad pengenalan di mana kesemua desakan ini akan meletakkan umat Islam dalam
penuh kehinaan di negara majoriti umat Islam. Kita bertambah terkejut dan bimbang dengan kenyataan
Mufti Besar Negeri Perak yang memberitahu kini terdapat hampir 250,000 umat Islam yang murtad di
negara ini iaitu kira-kira 100,000 orang Islam Melayu yang telah masuk Kristian. Manakala, 100,000 orang
lagi sedang membuat permohonan menunggu untuk murtad. Selebihnya termasuk mereka yang memohon
untuk menukar nama Islam di dalam kad pengenalan kepada nama fahaman lain. Apa sudah jadi pada umat
Islam negara ini akibat gagal berhijrah daripada undang-undang ciptaan manusia kepada undang-undang
Allah. Bolehkah kita hidup tenang, tidur senang, makan kenyang bila memikirkan tentang kerosakan
aqidah dan akhlak yang semakin hari semakin berat ini. Sudah sampai saat dan ketikanya, sudah tiba waktu
dan masanya untuk kita berhijrah daripada sistem jahiliah kepada sistem Islam dalam mengembalikan
kemuliaan dan kejayaan umat Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia dan akhirat
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
        Sempena hari Jumaat yang mulia dan berada pula pada tahun baru hijrah maka kita sebagai umat
Islam yang bermaruah dan sayangkan Rasulullah s.a.w mengutuk sekeras-kerasnya tindakan akhbar
Denmark diikuti dengan beberapa akhbar negara seperti Norway, Perancis, Jerman dan Itali serta tidak
berkecuali sebuah akhbar di Sarawak dan akhbar edisi petang negara ini yang melakukan kerja biadap
dengan menyiarkan karikatur yang menghina nabi Muhammad s.a.w atas alasan kebebasan bersuara.
Kebebasan bersuara ada batasannya. Kesabaran ada tahap dan caranya. Jangan cuba bermain api dengan
umat Islam. Biar nyawa melayang namun kemuliaan nabi Muhammad s.a.w tetap dipertahankan. Biar
darah tumpah ke bumi namun kita tidak akan biarkan nabi dimaki. Umat Islam ada maruah bukannya boleh
dpermainkan sesuka hati. Tunjukkan kemarahan kita terhadap kebiadapan musuh Islam ini dengan penuh
hikmat dan jangan sekali-kali kita merasa perkara ini adalah kecil. Kita ingat kepada pesan imam as-Syafie
: Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang
merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana
redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya
        Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal :

          ُ٘ ‫ٚاٌذ٠ٓ ءإِٛا ٚ٘بجزٚا ٚجــٙذٚا فٝ سب١ً اهلل ٚاٌذ٠ٓ ءاٚٚا ٚٔصزٚا أٌٚئه‬
                                                ُ٠‫اٌّؤِْٕٛ حمب ٌُٙ ِغفزة ٚرسق وز‬
Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang
memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman.
Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia


ِ ‫ب ر َ ُ ِ ْ ٌٚى ف م ِ عظ ِ ٚٔفعٕ ٚإ َ و ْ بّ ف ِ ِ َ ٠ ِ ٚ ِ ِ حى‬
             ‫ذ‬                                ٠
ُْ١ِ َ ٌ‫َب َن اهلل ٌٟ ََ ُُْ ِٟ اٌ ُزْآْ اٌ َ ِ١ُْ َ َ َ َ ِٟ َِّب ُُ ِ َب ِ١ْٗ ِٓ ا٢ َبث َاٌ ّوْز ا‬
ِ ‫ٚتمب َ ِ ِ ِٚ ى ْ ت ٚت ُ إ َ ُ ٘ َ َّ ُ عٍ ُ ٚ ت ف ُ َ عظ َ ِ ْ ٌٚى ْ ٚ س ئ‬
                                                            ‫س‬        ٔ                      ٕ
‫َ َ ًََّ ِّٟ َ ِْٕ ُُ ِال َ َٗ ِ ّٗ ُٛ اٌ ّ ِ١ْع اٌ َِ١ُْ َاسْ َغْ ِز اهلل اٌ َ ِ١ُْ ٌٟ ََ ُُ ٌَِ َب ِز‬
 ِ ِٕ ّ ٚ َ ِٕ ّ ٚ ِ ٍّ ّ ٚ َ ٍ‫ٌ س‬
 ‫اُّْ ِِّْ١ٓ َاٌ ُسِْ َبث َاٌ ُؤْ ِ ِ١ْٓ َاٌ ُؤْ ِ َبث‬

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:17
posted:3/21/2010
language:
pages:4