Yoyooh.com - Bunuh Diri - Bukan Penyelesaian by ixm10340

VIEWS: 36 PAGES: 3

									Yoyooh.com - Bunuh Diri - Bukan Penyelesaian

Written by Md Indera
Tuesday, 23 June 2009 03:16 - Last Updated Tuesday, 23 June 2009 03:51




Baru-baru ini aku terbuka laman youtube yang mengandungi klip video seorang remaja lelaki
yang menggantung diri. Remaja tersebut adalah remaja lelaki Melayu yang baru berusia awal
20an. Klip video yang dirakam menggunakan kamera telefon bimbit ini mungkin sudah lama
tersebar tetapi aku baru menontonnya semalam. Mungkin ada diantara kamu yang sudah
menontonnya. Jika belum, aku tidak menggalakkan kamu menontonnya kerana aku sehingga
kini masih terganggu fikiran dengan imej budak lelaki tersebut yang tergantung dalam keadaan
yang amat menyedihkan.




 




                                                                                        1/3
Yoyooh.com - Bunuh Diri - Bukan Penyelesaian

Written by Md Indera
Tuesday, 23 June 2009 03:16 - Last Updated Tuesday, 23 June 2009 03:51

 




Aku jujurnya merasa sedih yang teramat melihat keadaan mayat budak lelaki tersebut. Dia telah
memilih untuk menamatkan riwayatnya dengan cara begitu. Iaitu dengan membunuh dirinya
sendiri. Sewaktu video itu dirakam, jelas kelihatan tangan dan kakinya yang sudah biru
kehitaman. Pasti dia merasa begitu tersiksa sebelumnya nyawanya meninggalkan jasad.




Khabar angin mengatakan bahawa remaja lelaki tersebut menggantung dirinya kerana
kekasihnya yang bernama Ain telah berkahwin dengan lelaki lain. Ini khabar angin yang aku
baca dari komen-komen yang ditinggalkan di laman youtube tersebut. Tidaklah tahu sejauh
mana kesahihannya. Jika benar khabar angin ini, kenapalah agaknya remaja lelaki tersebut ber
tindak nekad sedemikian. Adakah kerana dalamnya cinta dia terhadap kekasihnya sehingga
merasakan hidupnya sudah tidak bermakna tanpa kekasihnya itu atau singkatnya pemikiran
beliau sehingga sanggup membunuh dirinya sendiri kerana ditinggalkan oleh seorang
perempuan?




Tuhan sahajalah yang tahu penyebabnya. Siapalah kita untuk menghakimi beliau. Kita berdoa
sahajalah agar Tuhan mengasihani hambanyayang malang itu. Apapun jadikanlah iktibar dari
tragedi yang menimpa diri remaja lelaki tersebut
supaya kita lebih menghargai apa yang telah kita miliki iaitu ‘cinta’ dan ‘nyawa’ kita. Jika bukan
kerana ‘cintanya’ yang tidak dihargai, remaja lelaki tersebut tidak menderita emosinya sehingga
bertindak sedemikian, dan jika bukan kerana ‘nyawa’ tidak dihargai, remaja lelaki tersebut pasti
tidak memilih untuk menamatkan riwayatnya
dengan sia-sia.




Memilih untuk mati bukanlah satu pilihan yang betul. Asalkan tubuh ini masih bernafas,
masalah sebesar manapun yang kita hadapi pasti kita mempunyai peluang untuk selesaikannya
atau tempuhinya. Sekiranya, masalah itu tidak mampu kita hadapinya bersendirian, carilah
teman untuk berkongsi masalah tersebut. Dan sekiranya tiada teman yang sudi,masih ada Dia
yang Maha Pendengar untuk kita hamba-hambanya mengadu dan meminta untuk ditabahkan
hati. Selalulah semat ayat ini di hati;




“ Tuhan tidak menguji hambanya melainkan dia tahu hambanya itu mampu untuk menghadapi
ujian tersebut”




                                                                                             2/3
Yoyooh.com - Bunuh Diri - Bukan Penyelesaian

Written by Md Indera
Tuesday, 23 June 2009 03:16 - Last Updated Tuesday, 23 June 2009 03:51

Kadangkala ujian yang berat adalah ujian Tuhan kepada diri kita. Tabahkan hati, mungkin ada
hikmah di sebalik ujian tersebut. Janganlah memilih untuk membunuh diri, kerana ianya bukan
sahaja tidak menyelesaikan masalah tetapi ianya meninggalkan kesan emosi yang sangat teruk
kepada insan-insan yang menyayangi kita. Akhir kata ingatlah, Manusia memang tidak meminta
untuk hidup, tetapi ini bukanlah bermakna manusia boleh pula memilih untuk menamatkan
riwayat mereka dengan sewenang-wenangnya. Kerana nyawa kita bukanlah mutlak milik kita,
tetapi akan kembali ke pangkuan Penciptanya.




                                                                                      3/3

								
To top