Bunuh Diri by ixm10340

VIEWS: 146 PAGES: 3

									Bunuh Diri 
Apa itu bunuh diri?
Bunuh diri ialah satu tindakan yang diambil untuk mencabut nyawa sendiri sehingga
menyebabkan kematian.

Remaja yang membunuh diri biasanya mempunyai sejarah seperti:

   •   Konflik keluarga
   •   Kegagalan personaliti
   •   Kehilangan sesuatu
   •   Kesukaran berkomunikasi
   •   Penyalahgunaan bahan terlarang
   •   Sejarah cubaan bunuh diri sebelum ini




Mengapakah seseorang itu cuba membunuh diri?
Sebab-sebab    seseorang    mengambil
keputusan    cuba     membunuh    diri
termasuklah:

   •   Kemurungan
   •   Salah faham dengan ibu bapa
   •   Gagal dalam perhubungan
   •   Gagal dalam peperiksaan
   •   Didera
   •   Dibuli
   •   Di tinggal sendirian




Adakah tanda atau gejala awal seseorang itu hendak
membunuh diri?
Seseorang yang cuba bunuh diri selalunya menunjukkan atau mempunyai keadaan berikut:

   •   Berperasaan
          o Sedih
          o   Marah
          o Gelisah
          o Rasa bersalah
   •   Menyisihkan diri dari aktiviti sosial
   •   Tidak boleh tidur
   •   Hilang selera makan
   •   Sentiasa memikirkan tentang kematian
   •   Tidak boleh melakukan aktiviti harian
   •   Mendedahkan dirinya kepada masalah seperti:
          o Minum arak
          o Merokok
          o Mengambil ubat yang berinskripsi atau penyalahgunaan dadah
   •   Perubahan kelakuan secara mendadak seperti:
          o Memberi barang yang disayangi
          o Meminta maaf
          o Bercakap tentang kematian




Bagaimana cara mencegah perlakuan membunuh diri?
Minta bantuan segera:

   •   Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai
   •   Hubungi talian bantuan
          o Seperti: BEFRIENDERS
   •   Dapatkan nasihat keagamaan
   •   Jumpa doktor




Apa yang berlaku sekiranya bantuan tidak diberi?
Ianya akan berakhir dengan KEMATIAN!!!
Di manakah seseorang itu boleh mendapat bantuan?
Bercakap kepada seseorang yang anda percayai seperti:

   •   Ibu bapa
   •   Rakan karib
   •   Guru kaunseling
   •   Guru agama



• Cari seseorang yang boleh:

   •   Mendengar
   •   Memujuk
   •   Mampu memberi nasihat

ATAU

Minta nasihat daripada:

   •   Doktor
   •   Pakar psikologi
   •   Pakar psikiatri




Semakan akhir: 14 Julai 2006

								
To top