KERTAS KERJA PROGRAM PASCA PMR TAHUN 2009

Document Sample
KERTAS KERJA PROGRAM PASCA PMR TAHUN 2009 Powered By Docstoc
					          KERTAS KERJA PROGRAM PASCA PMR TAHUN 2009
             SMK. SERI PERMAISURI, KUALA LUMPUR
TEMA

“PENGALAMAN BERNILAI TERAS KEHIDUPAN BERKUALITI”


MISI SMKSP

Memberi pendidikan berkualiti bagi melahirkan modul insan cemerlang berlandaskan aspirasi
negara



VISI SMKSP

SMKSP menjadi sebuah sekolah yang cemerlang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


PENDAHULUAN


Pendidikan bukan sahaja berbentuk formal tetapi juga dalam bentuk tidak formal. Justeru itu,
pelajar-pelajar walaupun sukatan pelajaran sudah habis diajar dan peperiksaan sudah diduduki,
namun pembelajaran masih tetap diteruskan. Namun apa yang berbeza di sini ialah sukatannya
lebih menyeluruh dan lebih kepada aktiviti yang mengembangkan potensi diri dari segi minat,
bakat dan kepimpinan diri. Selain itu juga, curahan-curahan maklumat yang berguna juga
boleh diterapkan dengan pengisian slot yang bermanfaat.


         Justeru itu, para pelajar ini perlu mempersiapkan diri mereka dari segi fizikal, mental
dan emosi dalam menghadapi masa-masa senggang selepas Penilaian Menengah Rendah di
sekolah. Juga bersiap sedia menghadapi dunia baru, sekolah menengah atas iaitu tingkatan 4
pada tahun hadapan (2010) dan Sijil Pelajaran Malaysia (2011). Pihak Pentadbir
Sekolah,ketua-ketua bidang, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Penyelaras Tingkatan 3, ketua-
ketua panitia dan guru-guru terutama guru tingkatan 3 telah merancang pelbagai program yang
meliputi kerohanian, emosi, jasmani dan mental.
RASIONAL


Pelajar-pelajar yang telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bukan
bererti sudah berakhirnya proses pembelajaran. Ini kerana proses pembelajaran adalah
sepanjang hayat. Maka, pengisian-pengisian program tertentu telah digubal dan dirancang khas
kepada para pelajar tingkatan 3 dalam mengisi masa lapang mereka selepas habis menduduki
peperiksaan PMR. Bukan sahaja pengisian berbentuk intelek tetapi juga merangkumi jasmani,
emosi dan rohani telah diterapkan. Asahan atau cungkilan bakat juga diambil kira dalam
merangka program selepas PMR khasnya kepada pelajar tingkatan 3 bagi menarik minat
mereka.



MATLAMAT

Menambahkan ilmu pengetahuan, pengalaman di samping mengisi masa lapang pelajar dengan
aktiviti yang bermanfaat seiring dengan pengembangan intelek, emosi, jasmani dan rohani
yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

TERAS PIPP

Teras 2 : Membangunkan Modal Insan
Strategi Pelaksanaan :-
    a) Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.
    b) Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan.


Teras 3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Strategi Pelaksanaan :-
    a) Pemantapan kurikulum
    b) Meningkatkan prestasi akademik
    c) Memantapkan program intervensi



OBJEKTIF

      Membantu para pelajar untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini tentang
       perkembangan diri dari segi akademik, rohani, jasmani dan emosi.
      Mengelakkan para pelajar tingkatan 3 terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat
       dan kurang berfaedah
      Mengcungkil bakat-bakat baru pada diri pelajar dalam pelbagai acara yang diadakan
      Menimbulkan minat pada para pelajar untuk datang ke sekolah dengan pengisian
       program yang menarik
      Menambahkan pengetahuan para pelajar khususnya berkaitan dengan hala tuju selepas
       tingkatan 4
      Mendedahkan kepada para pelajar berkaitan dengan program-program yang dianjurkan
       oleh kerajaan kepada para remaja seperti program rakan muda
      Menanamkan sikap bergotong royong dan membuat amal kebajikan dalam diri pelajar
      Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar sebagai pelajar yang cemerlang bukan
       sahaja dari segi akadmeik tetapi juga sahsiah
      Menyemai sikap bekerjasama dan saling mengeratkan tali silatulrahim sesama pelajar
       dan juga guru-guru



ANJURAN

Semua Panitia dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK. Seri Permaisuri



SASARAN

Semua pelajar tingkatan 3 tahun 2009 ( orang)



TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN

14 Oktober 2009 – 20 November 2009
Jam 7.30 pagi- 1.10 petang



TEMPAT PELAKSANAAN

SMK. Seri Permaisuri
PENGISIAN PROGRAM

  1. Taklimat Program Pasca PMR tahun 2009
  2. Pemulangan Buku Teks Mengikut Tingkatan
  3. Ceramah hala tuju tingkatan 4 dan taklimat ke SM. Teknik (UBK)
  4. Ujian Personaliti dan Kerjaya (UBK)
  5. Lawatan Sambil Belajar (Memorial Tun Hussien Onn)- (UBK)
  6. Ceramah Remaja- LPPKN- (UBK)
  7. Tayangan gambar ”Tersasar Di Jalan Mu” (Disiplin & UBK)
  8. Ceramah berkaitan dengan Program Rakan Muda ( Panitia Geografi)
  9. Program Taman Herba dan keceriaan bengkel (Panitia Kemahiran Hidup)
  10. Pengenalan Matematik Tambahan dan Penggunaan Kalkulator Sainstifik (Panitia
      Matematik )
  11. Program Spell It Right, Word Game dan Newspaper in Education (Panitia Bahasa
      Inggeris)
  12. Program Pertandingan Congkak (Panitia Bahasa Melayu)
  13. Sukan dan permainan- sukaneka, futsal dan bola jaring (panitia PJK)
  14. Program Khidmat Masyarakat- melukis mural- (Panitia Pendidikan Seni)
  15. Tayangan Gambar dan Kuiz- (Panitia Pendidikan Moral)
  16. Pertandingan Kaligrafi/Tulisan Khat/ Tayangan video- (Panitia Pendidikan Islam)
          AHLI JAWATANKUASA PROGRAM PASCA PMR TAHUN 2009
                 SMK. SERI PERMAISURI, KUALA LUMPUR


PENGERUSI              : Pn. Hjh Razana Aini Bt Ali Dawam
                         ( Pengetua, SMK. Seri Permaisuri)

TIMB. PENGERUSI        : Pn. Rathi Devi A/p N. Nadarajah
                        ( PK. Tadbir dan Kurikulum, SMK. Seri Permaisuri)

                        Pn. Norainon Bt Ramli
                        (PK. Hal Ehwal Murid, SMK. Seri Permaisuri)

                        En. Khiruddin Bin Abdullah
                        (PK. Ko-Kurikulum, SMK. Seri Permaisuri)

PENYELARAS             : En. Azmi Bin Saad
                         (Penyelaras Tingkatan 3)


NAIB PENYELARAS          : En. Herman Bin Elian
                         (Guru B&K SMK. Seri Permaisuri)

SETIAUSAHA              : Pn. Wan Normala Bt Ali @ Wan Ali
                         ( Guru B&K SMK. Seri Permaisuri)

SIARAYA                 : En. Mohd Asri Bin Abdullah
                          En. Azman Bin Jais

LAPORAN                 : Guru-guru penyelaras setiap program


DOKUMENTASI/ GAMBAR     : Cik Syahida Bt Salleh
                          Pn. Norina Bt Mahmud
                          En. Albazli
                          En. Nasrul Bin Jamaluddin

KAWALAN DISIPLIN       : En. Khairuddin Bin Mad Sarip
                         En Au Yeong Weng Hang
                         Semua guru P & P Tingkatan 3

AHLI JAWATANKUASA       :Penyelaras Tingkatan 3
                         Guru Bimbingan dan Kaunseling
                         Ketua-ketua Panitia SMKSP
                         Guru Disiplin
                         Guru-guru Tingkatan 3
                         Guru-guru Mata Pelajaran Tingkatan 3
JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM PASCA PMR TAHUN 2009


Bil    Jawatan kuasa        Guru Bertanggungjawab                    Tugasan
                                                           Memantau perjalanan Program
                                                            Pasca PMR Tahun 2009 dan
1     Penyelarasan        Penyelaras                        memastikannya ianya berjalan
      program            (En. Azmi Bin Saad)                seperti     yang      dirancang
                                                            sepanjang program berlangsung
                                                           Memastikan                 tiada
                                                            permasalahan             berlaku
                                                            sepanjang              program
                                                            berlangsung.
                                                           Memastikan kehadiran pelajar
                                                            diambil setiap hari
                                                            Menjadi tempat rujukan ketua
                                                            panitia/    penyelaras    setiap
                                                            aktiviti sekiranya terdapat
                                                            sebarang permasalahan atau
                                                            perubahan makluman berkaitan
                                                            dengan Program Pasca PMR
                                                            tahun 2009
                                                           Merangka kertas kerja Program
                                                            Pasca PMR Tahun 2009
2     Setiausaha         Wan Normala Bt Ali@Wan Ali        Menyediakan tentatif program
                                                            berdasarkan rangka kerja dan
                                                            pelan opreasi setiap panitia
                                                            mata pelajaran.
                                                           Membuat       format     bentuk
                                                            laporan dan jadual kehadiran
                                                            pelajar sepanjang program
                                                           Mengedarkan jadual program
                                                            kepada setiap kelas tingkatan 3

                                                           Menyediakan dan memastikan
3     Siaraya            En. Mohd. Asri Abdullah            alat siaraya dalam keadaan
                         En.Azman Bin Jais                  berfungsi dengan baik
                         (Minggu Perasmian Penutupan       Menyediakan meja juruacara
                         Program Pasca PMR 2009)           Memastikan peralatan siaraya
                                                            disimpan semula di tempat asal
                         En. Mohd. Khairuddin Mad Sarip    Memastikan disiplin pelajar di
4                        En. Au Yeong Weng Hang             tahap terkawal baik sepanjang
      Kawalan Disiplin   Semua guru p&p Ting. 3             program berlangsung
                                                           Memastikan     pelajar   tidak
                                                            ponteng
                                                        Menyediakan rangka aktiviti
5                  Guru-guru penyelaras     setiap       mengikut mata pelajaran
    Laporan        program/ ketua panitia               Menyediakan pelan operasi
                                                         program
                                                        Memastikan program/aktiviti
                                                         yang dirancang berjalan dengan
                                                         baik
                                                        Sekiranya terdapat perubahan
                                                         sila maklumkan kepada
                                                         penyelaras/ setiausaha
                                                        Menyediakan laporan program
                                                         (borang disediakan oleh
                                                         setiausaha) dan
                                                         menyerahkannya kepada ajk
                                                         dokumentasi

                                                        Mendapatkan bahan berkaitan
6                  Cik Syahida Bt Salleh                 dari jawatankuasa berkaitan –
    Dokumentasi/   Pn. Norina Bt Mahmud                  kertas    kerja   (setiausaha),
    Gambar         En. Albazli                           gambar (jurugambar), borang
                   En. Nasrul Jamaluddin                 kehadiran pelajar, Laporan
                                                     En. Albazli
                                                         Kekuatan dan        En. Albazli
                                                     En. Nasrul Bin Jamalu Kelemahan
                                                         Program (guru-guru penyelaras
                                                     En. Nasrul Bin Jamaluddin
                                                         program), laporan
                                                     Pn. Norina Bt Mahmud ajk( setiap
                                                         ajk)dll
                                                     En. Albazli
                                                       Menyediakan        dokumentasi
                                                     En. Nasrul Bin Jamaluddin
                                                         cetakan     berwarna     untuk
                                                         Pengetua dan PK Tadbiran dan
                                                         Kurikulum, serta cetakan biasa
                                                         untuk Unit Kaunseling dan
                                                         Pusat Sumber selewat-lewatnya
                                                         - Seminggu selepas program
                                                         dijalankan.
                                                     
ANGGARAN PERBELANJAAN



BIL                   PERKARA                                             JUMLAH

  1    Cenderamata Permainan                    RM100 X 3 subjek          RM300.00
       (sukaneka/sukan)
  2    Cenderamata Pertandingan                RM100 X 10 subjek          RM1000.00
  3    Cenderamata Penceramah                                              RM50.00
  4    Bahan Projek                                                        RM70.00
  5    Makanan dan minuman                                                RM150.00
  6    Lawatan                                                            RM400.00
                  JUMLAH                                                     RM




SUMBER PENDAPATAN


BIL                   PERKARA                                          JUMLAH
 1    PCG Kaunseling                                                    RM0.00
 2    PCG setiap panitia                                                  RM
                      JUMLAH                                            RM0.00




PENUTUP


Semoga dengan adanya pengisian-pengisian tertentu dalam program selepas PMR ini sedikit
sebanyak memberi manfaat yang berguna kepada para pelajar. Selain itu juga dapat
mengembangkan minat dan potensi para pelajar yang merangkumi bidang intelek, emosi,
jasmani dan rohani.
ULASAN PENGETUA




Disediakan Oleh:                    Diluluskan Oleh:


(WAN NORMALA BT ALI@WAN ALI)
Setiausaha Program Pasca PMR 2009
Merangkap
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK. Seri Permaisuri