perkembangan semasa sektor pertanian di malaysia by miskira

VIEWS: 19,456 PAGES: 12

									1.0    PENGENALAN

Pertanian merujuk kepada perihal pengeluaran makanan dan barangan melalui
perkebunan,    penanaman,     penternakan     dan    perhutanan.   Pertanian   merupakan
pembangunan penting kepada kebangkitan tamadun apabila penanaman dan penternakan
membawa kepada lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan dalam
masyarakat yang semakin ramai dan berkelas. Sektor pertanian, merupakan antara aktiviti
ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor utama (primer sektor) selain daripada
perlombongan dan kuari. Walaupun proses urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak
diberikan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan, namun majoriti populasi di Asia
Tenggara masih mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan
pertanian sebagai sumber ekonomi utama.

       Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-
negara membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang
membezakan status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini
jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam
era selepas merdeka yang mana pada masa tersebut, majoriti penduduk tertumpu kepada
aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan. Namun, dengan kepesatan
pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur dipandang sayu.
Para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya pernah
menjadi pekerjaan turun-temurun. Lebih parah, generasi pelapis yang diharapkan akan
meneruskan pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar
mencari pekerjaan yang lebih ´bermaruah´ dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi
dan terjamin dalam sektor perindustrian. Hal ini kerana imej pekerjaan di sektor
perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih baik. Peluang
membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan dan perkhidmatan
lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor pertanian tidak stabil.




                                                                                       1
2.0    PERKEMBANGAN PERTANIAN MALAYSIA PADA MASA KINI


Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan
ekonomi Malaysia. Kegiatan pertanian pada masa itu adalah pertanian sara diri dan
tradisional. Tanaman industri iaitu getah mula diperkenalkan pada tahun 1887 apabila
benih getah ditanam di Kuala Kangsar, Perak. Penubuhan Institut Penyelidikan Getah
pada tahun 1926 telah mengorak langkah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama
getah asli di dunia untuk beberapa abad sehinggalah akhir tahun 1980an. Sumbangan
terhadap Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) telah meningkat kepada RM6.8 bilion
pada tahun 1995, berbanding RM3.6 bilion pada tahun 1985 iaitu peningkatan sebanyak
5.6 peratus. Jumlah kawasan tanaman sawit telah meningkat daripada 1.5 juta hektar pada
tahun 1985 kepada 2.5 juta hektar pada tahun 1995.


       Penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan
tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah telah
mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mencapai
matlamat membasmi kemiskinan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sementara itu, penubuhan
agensi-agensi khusus seperti FAMA(1965), Bank Pertanian Malaysia (BPM) (1969),
MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan
Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970),
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang
(LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah menyediakan kemudahan pemasaran,
penyelidikan, kredit dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan
lagi pembangunan sektor pertanian.


       Sejak pelaksanaan DPN1 mulai 1984 dan DPN2 mulai 1992, sektor pertanian
telah mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.2%. Jumlah nilai-ditambah
pertanian telah meningkat dari RM11.9 bilion pada tahun 1985 kepada RM16.2 bilion
pada tahun 1995. Nilai eksport barangan pertanian pula telah meningkat daripada RM
13.9 bilion tahun 1985 kepada RM 35.4 bilion pada tahun 1995 yang merupakan
pertumbuhan purata tahunan sebanyak 9.8%.



                                                                                      2
2.1     Polisi Dalam Pertanian Malaysia
2.1.1   Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), pertanian menjadi satu sektor utama
yang diberi tumpuan. Sejumlah RM11.4 bilion diperuntukkan bagi meningkatkan sektor
pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan kompetitif. Sejumlah RM4.4 bilion
diperuntukkan untuk permodenan sektor pertanian, terutama pembangunan wilayah dan
penanaman semula serta program baik pulih tanah. Sementara itu RM2.6 bilion untuk
menyokong perkhidmatan pertanian dan RM1.5 bilion lagi untuk program pengairan
pertanian. Pertambahan peruntukan dan kadar pertumbuhan ini juga menandakan sektor
pertanian akan meningkat dari segi guna tenaga dan pelaburan sektor swasta. RMK-9
turut menyediakan insentif dan peluang yang lebih luas kepada sektor swasta dan
komuniti petani untuk mengusahakan pertanian secara komersial berskala besar bagi
meningkatkan produk berkualiti dan tambah nilai.     Peningkatan ini boleh dilakukan
dengan penggunaan kaedah moden, terutama bioteknologi dan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Dengan adanya dasar dan pelbagai insentif yang menyokong sektor
pertanian dijangka dapat mengubah imej dan citra sektor pertanian, seterusnya menarik
minat lebih ramai usahawan tani dan petani mahir


        Dari segi perkembangan pada peringkat global, sektor pertanian sebenarnya
mengalami pelbagai perubahan dan permodenan drastik. Dengan menggunakan
pengetahuan bioteknologi, produk pertanian boleh dipertingkatkan dari segi kualiti dan
ketahanan. Sebagai contoh, manipulasi genetik boleh dilakukan untuk mengelakkan
tanaman dimusnahkan serangga perosak. Selain itu, produk pertanian juga boleh direka
bentuk secara biologi agar tahan lama dan tidak mudah busuk. Biarpun penggunaan
bioteknologi sering dikritik terutama di Eropah, khususnya terhadap produk makanan
(makanan diolah secara genetik (GMF), permintaan terhadap produk berkenaan terus
meningkat. Hal ini begitu ketara di jaringan pasar raya utama di seluruh dunia. Antara
strategi dalam perlaksanaan rancangan RMK-9 ialah menambahkan kawasan pengeluaran
agro-makanan, memajukan sumber pertumbuhan baru seperti tangkapan ikan laut dalam
dan tuna, rumpai laut, ikan hiasan dan bunga-bungaan,meningkatkan industri asas tani,
pematuhan Piawaian dan Kualiti Antarabangsa dan Penyediaan Pinjaman dan Insentif.



                                                                                     3
2.1.2   Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010
Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimakan pendapatan melalui penggunaan
sumber secara optima dalam sektor ini. Ia meliputi usaha memaksimakan sumbangan
sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport
serta pendapatan petani, penternak dan nelayan. Secara spesifik, objektif DPN3 adalah
untuk meningkatkan sekuriti makanan (food security), meningkatkan produktiviti dan
daya saing sektor pertanian, mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain,
mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian dan memulihara dan
menggunakan sumber-sumber asli secara mampam. Justeru itu, DPN3 memperkenalkan
dua pendekatan strategik yang baru iaitu pendekatan perhutani (agroforestry approach)
dan pendekatan berasaskan produk (product-based approach).


        Pendekatan perhutani bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah
kekurangan sumber-sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. Di bawah
pendekatan ini, kegiatan pertanian dan perhutanan dilihat sebagai dua kegiatan yang
serasi dan saling melengkapi. Pendekatan strategik baru yang kedua ialah pendekatan
berasaskan produk. Melalui pendekatan ini, produk-produk dan pasaran-pasaran utama
dikenalpasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa pengguna. Dengan
menggunakan pendekatan berasaskan produk, ia akan memberi penekanan kepada
keperluan dan cita rasa pengguna serta pasaran khusus di seluruh dunia. Ini akan
mewujudkan peluang untuk menambah pengeluaran dan meningkatkan keupayaan
pemasaran hasil-hasil pertanian.


        Di dalam tempoh DPN3, pertumbuhan pertanian dijangka akan terus meningkat
melalui penggunaan tanah yang lebih intensif. Tanaman getah, padi, kelapa dan koko
masing-masing dijangka akan berkurangan iaitu seluas 494,000 hektar, 302,600 hektar,
73,400 hektar dan 30,700 hektar. Kebanyakan kawasan ini akan ditanam semula dengan
perhutani, kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pembukaan tanah baru pula
akan hanya dilaksanakan di Sabah dan Sarawak di mana masih terdapat kawasan tanah
yang luas. Dengan itu, peningkatan keluasan guna tanah dijangka meningkat hanya pada
tahap 0.5% setahun iaitu daripada 5.7 juta hektar kepada 6.2 juta hektar.



                                                                                    4
2.2    Data Dan Stastistik Perkembangan Pertanian Malaysia
Jadual 1.0: Sumbangan Sektor Pertanian 2000, 2005 dan 2010
  No                     Butiran                        2000           2005         2010
 1.0   Sumbangan kepada KDNK
       1.1 Pertanian (RM juta)                          18662         21585         27518
       1.2 Pertanian (%)                                 8.9           8.2           7.8
       1.3 Industri Berasaskan Pertanian (RM juta)      13584         16928         22221
       1.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)             6.5           6.5           6.3

 2.0   KDNK (%)
       Pertanian                                        1.2%          3.0%           5%

 3.0   Sumbangan Kepada Eksport
       3.1 Pertanian (RM juta)                          22892         37421         54992
       3.2 Pertanian (%)                                 6.1           7.0           6.8
       3.3 Industri Berasaskan Pertanian (RM juta)      24686         37442         60660
       3.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)             6.6           7.0           7.6

 4.0   Sumbangan kepada guna tenaga
       4.1 Pertanian (bil„000)                          1423.0        1405.7       1323.8
       4.2 Pertanian (%)                                 15.3           13.3        10.9
       4.3 Industri Berasaskan Pertanian (bil„000)      844.0          981.9       1110.2
       4.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)              9.1           9.3         9.1

                                              (Sumber : Buku Perangkaan Pertanian Malaysia )


       Sektor pertanian, hanya menyumbang 8.9% (RM18,662 juta) pada tahun 2000,
menyusut 8.2% (RM21,585 juta) pada tahun 2005 dan disasarkan menguncup 7.8%
(RM27,518 juta) pada tahun 2010. Sektor pertanian hanya mencatatkan purata kadar
pertumbuhan sebanyak 1.2%, paling rendah dalam tempoh RMKe-7; menokok kepada
3.0% bagi tempoh RMKe-8 dan dalam tempoh RMKe-9 dianggarkan mengukuh pada
5.0%. Sektor pertanian pula hanya menyumbang 6.1% (RM22,892 juta) kepada eksport
pada tahun 2000 dan 7.0% (RM37,421 juta) pada tahun 2005. Peratus sumbangannya
diunjurkan menguncup kepada 6.8% (RM54,992 juta) pada tahun 2010 Guna tenaga
dalam sektor pertanian pula adalah yang terendah iaitu hanya menyumbang sebanyak
15.3% (1.423 juta) pada tahun 2000 dan mengalami penguncupan pula kepada 1.406 juta
(13.3%) pada tahun 2005. Sumbanganya dianggarkan terus merosot kepada 1.323 juta
(10.9%) pada tahun 2010.




                                                                                            5
  Jadual 2.0 : Pengeluaran Bagi Hasil Tananaman Terpilih 2002 hingga 2008.
  Hasil Pertanian (tan metrik             2002                2004            2006            2008
  „000)
  Getah Asli                          889.8                  1168.7          1283.6           1072.4
  Minyak Sawit Mentah                11909.3                13 976.2         1580.8          17734.4
  Isirong Sawit                      3268.6                  3661.4          4125.1           4577.4
  Biji Koko                            47.7                   33.4            31.9             28.1
  Minyak Kelapa                        39.1                   42.4            27.8             42.3
  Dedak Kopra                          13.6                   11.4             8.7             8.3
  Teh                                  20.6                   15.6            11.1             11.6
  Nenas                                70.1                   774             843              66.3
  Beras                              1415.1                  1467.1          1385.3             -
  Tembakau                             11.3                   12.9             6.1             6.3
                                                        (Sumber : Laman web Kementerian Asas Tani)
  Antara hasil pertanian terpilih ialah minyak sawit mentah, getah asli, biji koko, beras , teh
  nenas, isirong sawit, dedak kopra, biji koko dan tembakau. Bagi tanaman getah, berlaku
  peningkatan hasil pertanian sepanjang tahun sehingga 2006. Manakala bagi tahunn 2008,
  berlaku penurunan kepada 1072.4 tan metrik, berbanding dengan tahun 2006 iaitu
  sebanyak 1283.6 tan metrik. Berlainan dengan tanaman tembakau yang mengalami
  peningkatan pada tahun 2008 menjadi 6.3 tan metrik. Namun begitu, hasil pertanian ini
  adalah lebih baik pada tahun 2002 dan 2004 iaitu masing-masing sebanyak 11.3 tan
  metrik dan 12.9 tan metrik.

  Jadual 3.0 : Jadual Guna Tanah Bagi Sektor Pertanian.

 Jenis Tanaman      2000         2005         2010           Target Guna       Pencapaian     Target Guna
                   (hektar      (hektar      (hektar       tanah bagi RMK-    Guna tanah    tanah bagi RMK-
                    „000)        „000)        „000)              8 (%)        bagi RMK-8         9 (%)
                                                                                  (%)
Kelapa Sawit        3317         4049            4555            3.2               3.7             2.4
Getah               1431         1250            1179            -2.7             -2.7             -1.2
Padi                 478          452             450            -0.5             -1.1             -0.1
Buah-Buahan          304          330             375            5.1               1.7             2.6
Kelapa               159          180             150            -0.6              2.5             0.0
Koko                 76           33              455            -2.4            -15.2             6.2
Sayur-sayuran        40           64              86             4.2               9.9             6.1
Tembakau             15           11               7             2.5              -6.0             -7.4
Lada Hitam           13           13              14             2.1               0.0             0.6
Jumlah              5893         6383            6891            1.5               1.6             1.5
                                                           (Sumber : Laman web Kementerian Asas Tani)




                                                                                                       6
  JADUAL 4.0 : RINGKASAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI BAHAN MAKANAN

PERKARA                   2003        2004            2005          2006          2007             2008
                        (RM Juta)   (RM Juta)       (RM Juta)     (RM Juta)     (RM Juta)       (Jan-Jun)
                                                                                                (RM Juta)
Jumlah Eksport Sektor    53,143       61,797          62,596        71,197        84,936          53,841
Pertanian
Jumlah Import Sektor     25,808       35,412          36,250        40,312        47,194         28,837
Pertanian
Imbangan Perdagangan     27,335       26,385          26,346        30,885        37,742         25,004
Sektor Pertanian
Jumlah Eksport Bahan      8,348       9,942           10,669        11,392        13760           8,241
Makanan
Peratus Eksport Bahan      15.7        16.1            17.04          16.0         16.2           15.3
Makanan
Jumlah Import Bahan      12,687       16,440          17,733        19,950        23,374         13,731
Makanan
Peratus Import Bahan       49.2        46.4            48.9           49.5         49.5           46.3
Makanan
Imbangan Perdagangan      -4,339      ‐6,498         ‐7,065         ‐8,559       ‐9,614          ‐5,491
Bahan Makanan


                                               ( Sumber : Buku Perangkaan Pertanian Malaysia)


  Jumlah keseluruhan eksport pertanian Malaysia sepanjang tahun 2003 ialah RM 53,143
  juta. Manakala pada tahun 2008, jumlah eksport adalah sebanyak RM53,841juta. Ini
  bermakna terdapat peningkatan eksport yang agak kecil dari tahun 2003 hingga tahun
  2008 iaitu sebanyak RM698 juta. Bagi jumlah eksport bahan makanan pada tahun 2003
  ialah RM8,348 juta yang mewakili 15.7%. Jumlah eksport bahan makanan meningkat
  dari tahun ke tahun, walaupun peningkatan hanya kecil sehingga tahun 2007. Manakala
  pada tahun 2008 jumlah eksport bahan makanan berkurangan kepada RM8241 juta yang
  mewakili 15.3%. Jumlah imbangan sektor pertanian ialah pada tahun 2003 ialah
  RM2,733 juta, dan pada tahun 2008 pula RM25,004 juta.
         Manakala jumlah import sektor pertanian pula pada tahun 2003 ialah sebanyak
  RM25,808 juta. Jumlah import ini meningkat sepanjang tahun sehingga tahun 2007.
  Manakala pada tahun 2008, jumlah import menurun kepada RM2,8237 juta. Jumlah
  import bahan makanan bagi tahun 2003 ialah RM 1,2687 juta yang mewakili 49.2%,
  manakala bagi tahun 2008 pula ialah RM13,371 juta yang mewakili 46.3% dari jumlah
  keseluruhan import bahan makanan.



                                                                                            7
3.0    PROGRAM PENINGKATAN PENGELUARAN DAN PRODUKTIVITI
       BAGI SEKTOR PERTANIAN


3.1    Pemberian Insentif Kepada Pengusaha-Pengusaha Pertanian
Kos pengeluaran telah meningkat dengan ketara mulai tahun 2007. Komponen utama
yang mengalami kenaikan ialah baja dan racun, sebagai contoh, dalam tempoh 2003
hingga 2007 sahaja, kos baja sebatian untuk pengeluaran sehektar telah naik sebanyak
85.5%, iaitu daripada RM868/t.m. kepada RM1,610/t.m. Racun perosak untuk
pengeluaran buah-buahan pula meningkat daripada RM96 kepada RM156. Bermula pada
bulan Jun 2008, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif pengeluaran kepada
yang menghasilkan bahan-bahan pertanian bagi menampung sebahagian peningkatan kos.
Pelaksanaan pembayaran insentif ini adalah melalui pendaftaran pengusaha-pengusaha
dengan pihak Kementerian sahaja. Oleh yang sedemikian, sebanyak RM513 juta telah
diluluskan bagi tahun 2008.


3.2    Mengukuhkan FAMA Bagi Memastikan Pasaran Dan Pengagihan Hasil-
       Hasil Pertanian
FAMA akan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian melalui
pembangunan pusat pengedaran, pusat pengumpulan dan peningkatan bilangan pasar tani
sebanyak 50 buah di seluruh negara sebagai tambahan kepada 230 yang sedia ada. Bagi
tujuan ini, sebanyak RM39 juta telah diluluskan bagi tahun 2008. Tambahan lagi,
daripada jumlah ini, wang pusingan urus niaga sebanyak RM25 juta disediakan untuk
membolehkan pembelian hasil pertanian.


3.3    Pelaksanaan Program Bumi Hijau
RM25.9 juta diluluskan bagi program ini bagi tahun 2008. Ia meliputi kawasan bandar
dan desa bagi menggalakkan penduduk bercucuk tanam dan menternak ayam serta ikan,
atau dengan kombinasi yang sesuai untuk menampung keperluan keluarga dan selebihnya
dijual. Ia dilaksanakan di halaman rumah dengan mengambil kira konsep “kitchen
garden” dan “edible landscape”. Pihak Kementerian akan mengedarkan biji benih
sayuran terpilih, baja serta manual pelaksanaan kepada seluruh lapisan masyarakat.



                                                                                     8
3.4    Pengurusan Kawasan Terbiar Untuk Meningkatkan Pengeluaran Komoditi
       Sekuriti
Bagi meningkatkan pengeluaran hasil-hasil pertanian, tanah terbiar boleh dibangunkan
dalam masa yang singkat. Tumpuan diberikan terhadap tanah hak milik perseorangan
yang terletak berhampiran di antara satu sama lain melalui kaedah “profitsharing” dengan
pihak swasta yang dikenal pasti. Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi tahun 2008 untuk
membangunkan kawasan pertanian dan kolam terbiar. Jumlah peruntukan yang
disediakan bagi tahun 2008 sebanyak RM2,500 juta. Oleh yang sedemikian, pelan
tindakan pelaksanaan bagi setiap program secara menyeluruh dan terperinci telah digubal
agar peruntukan sejumlah RM2,500 juta kepada Kementerian dapat dibelanjakan
kesemuanya dalam tempoh lapan bulan dalam tahun ini.


3.5    Konsep Ladang Merdeka
Konsep Ladang Merdeka menumpukan kepada usaha perladangan padi secara komersial
berteraskan teknologi menerusi proses penyatuan lot-lot tanah sawah kecil menjadi lot-lot
besar. Sehingga kini sebanyak 16 projek sedang beroperasi melibatkan sawah seluas 708
hektar dengan penyertaan 2,609 petani. Mini Estet Padi dan perladangan kelompok pula
menumpukan kepada pemuafakatan sekumpulan petani mengusahakan sawah di sesuatu
kawasan bendang dengan bimbingan intensif daripada KADA dan kemudahan kredit
input pertanian daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang dibayar balik setelah
selesai musim penuaian. Sebilangan petani maju diberikan bimbingan intensif di bawah
projek 10 tan/hektar bagi meningkatkan kadar pengeluaran padi ke arah 10 tan/hektar.


       Antaranya program yang dijalankan oleh KADA ialah permodenan sistem
pengairan rumah-rumah pam dan peningkatan kecekapan dan keberkesanan bekalan air
dan penekanan kepada penggunaan teknologi moden dan amalan pertanian baik. Program
lain termasuklah pengurusan rumpai, perosak dan penyakit tanaman secara bersepadu.
KADA mensasarkan pada akhir RMKe-9, kadar pengeluaran padi dari seluruh kawasan
KADA akan ditingkatkan daripada 4.28 tan/hektar kepada 5.30 tan/hektar bagi
membolehkan sumbangan KADA kepada pengeluaran padi negara ditingkatkan 225,000
tan setahun kepada 307,000 tan setahun.



                                                                                       9
3.6    Memperluaskan Fungsi Kementerian Pertanian dan Asas Tani
Tujuan memperluaskan Kementerian Pertanian dan Asas Tani            ialah supaya sektor
pertanian dan industri asas tani dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian
bekalan. Selain itu, bagi meningkatkan pengeluaran dan kecekapan pengeluaran, kerajaan
telah merancang pembangunan kawasan-kawasan pengeluaran berteraskan „Cluster‟
seperti Zon Pengeluaran Buah-buahan, „Target Area Concentration‟, Zon Industri
Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti Projek Pertanian Moden dan Taman Kekal
Pengeluaran Makanan. Ini bertujuan bertujuan untuk membangunkan komoditi dan
produknya yang berteraskan „Industrial Districts. Kerajaan, menerusi Kementerian
Petanian dan Asas Tani juga memperkenalkan sebuah jenama iaitu „Malaysia Best‟.


4.0    ISU DAN CABARAN SEKTOR PERTANIAN
4.1    Masalah Tenaga Buruh
Masalah utama dalam pertanian ialah maalah tenaga buruh. Penghijrahan tenaga buruh
dari sektor pertanian ke sektor bukan pertanian ini mengakibatkan kekurangan tenaga
buruh di sektor pertanian. Mengikut kajian Persatuan Peladang Bersatu Malaysia
(UPAM), bilangan ladang di Semenanjung Malaysia yang mengalami masalah tenaga
buruh telah meningkat tahun demi tahun. Sektor ini kini masih menghadapi pelbagai
cabaran, antaranya ialah tenaga kerja yang semakin tua, iaitu 21.4% adalah berumur 55
tahun ke atas. Saiz tanah yang diusahakan adalah kecil dan kurang ekonomik, iaitu 65%
darlpada pesawah padi mempunyai saiz sawah kurang daripada satu hektar.


4.2    Tanah Terbiar
Pada tahun 1996, kekurangan tenaga buruh adalah salah satu faktor pengurangan
keluasan tanaman getah. Keluasan tanaman getah dijangka berkurang sebanyak 10 ribu
hektar, iaitu 6 ribu hektar di kebun kecil dan 4 ribu hektar bagi estet. Sektor pertanian
menghadapi masalah tanah terbiar yang serius. Pada 1981, di Semenanjung Malaysia,
tanah terbiar adalah seluas 890 000 hektar, iaitu terdiri daripada tanah sawah seluas 160
863 hektar dan tanah bukan sawah seluas 728 127 hektar. Keadaan ini telah berkurang
pada tahun 1986, iaitu kepada 553 372 hektar yang terdiri daripada 125 256 hektar tanah
sawah dan 428 117 hektar tanah bukan sawah. Pada 1987, tanah terbiar meningkat



                                                                                      10
semula, iaitu kepada 654 413 hektar yang terdiri daripada 89 399 hektar tanah sawah dan
565 014 hektar tanah bukan sawah (Abd. Malik dan Mohaini, 1992). Pada 1990, tanah
terbiar telah merosot kepada 57 597 hektar (Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia
1994).


4.3      Cabaran di peringkat Luar Negara
Pada peringkat antarabangsa kedudukan sektor pertanian negara menjadi semakin
mencabar dengan terbentuknya WTO di mana liberalisasi perdagangan antarabangsa
menyebabkan persaingan semakin sengit. Sektor pertanian negara terancam sekiranya
tidak bersedia meningkatkan daya pengeluaran untuk memperolehi daya saing yang lebih
tinggi. Semenjak krisis kewangan Asia pada tahun 1997, imbangan dagangan makanan
telah mengalami defisit sebanyak RM4.7 bilion pada tahun 1997 berbanding dengan
defisit RM2.2 bilion pada tahun 1994. Defisit imbangan dagangan ini terus meningkat
dari tahun ke tahun, terutamanya pada tahun 2001 yang mencatatkan defisit RM5.7
billon. Penurunan nilai ringgit juga menyebabkan peningkatan harga import bagi input
pertanian dan makanan dari setahun ke setahun. Keadaan ini telah menimbulkan kesan
yang negatif terhadap perkembangan sektor pertanian negara.


         Liberalisasi perdagangan di bawah WTO dan AFTA juga akan menyebabkan
hasil pertanian negara menghadapi persaingan lebih sengit daripada negara-negara
pengeluar yang lain yang mempunyai kelebihan kos pengeluaran yang. Import makanan
negara turut meningkat setiap tahun kesan dari pertambahan bilangan dan taraf hidup
penduduk. Pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan input
pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada 1990. Pada tahun
1997 (Januari-Oktober) importnya adalah RM9.1 bilion. Malaysia mengalami defisit
dalam perdagangan makanan (termasuk makanan binatang) dan input pertanian. Ini
bermakna terdapat lebihan aliran keluar wang negara bagi membiayai import. Pada tahun
1996 eksportnya adalah sebanyak RM4.2 bilion, dan pada 1997 (Januari-Oktober 1997)
adalah RM4.5 bilion. Ini bermakna defisit dalam perdagangan makanan dan input
pertanian ialah RM6.3 bilion pada 1996, dan RM4.6 bilion pada 1997.




                                                                                    11
5.0    KESIMPULAN
Secara tuntasnya di sini, pertanian Malaysia sebenarnya semakin merundum sejak akhir-
akhir ini. Dengan isu peningkatan harga makanan dan krisis makanan yang melanda ini,
sektor pertanian menghadapi cabaran yang lebih besar lagi dalam mencapai
keseimbangan dari segi menjamin belakan makanan mencukupi yang memerlukan
pertambahan kawasan tanaman dan pada masa yang sama memastikan aktiviti ini tidak
memburukkan lagi keadaan iklim dunia. Oleh yang demikian, pemahaman terhadap
impak positif dan negatif amalan-amalan pertanian adalah amat penting.


       Dalam menjana pertumbuhan baru di bidang pertanian, kita juga perlu
mewujudkan persekitaran yang sihat. Faktor ini merupakan perkara asas bagi
pembangunan sesebuah negara untuk terus maju dalam meningkatkan produktiviti dan
hasil pertanian dalam memenuhi keperluan rakyatnya. Persekitaran pembangunan yang
sihat melalui pengurusan sumber alam yang efisyen, terjaga, berterusan dan di lengkapi
pula dengan sumber manusia yang terlatih adalah asas kepada pembangunan pertanian
yang produktif dan ini sudah tentu menjadi pemangkin dalam menjana pertumbuhan
pelbagai industri lain yang diperlukan oleh negara.


       Dalam dunia yang serba bersaing, kepentingan membangunkan modal insan telah
menjadi kemestian. Baik di bidang apa pun yang kita terokai, daya pemikiran, kreativiti
dan inovasi rakyat sesebuah negara itulah menjadi penentu untuk kejayaan. Dari
pemikiran dan idea maka lahirlah penemuan yang boleh merubah sesuatu keadaan kepada
sesuatu yang lebih baik dan sempurna. Dalam bidang pertanian, inovasi yang
menambahbaik sesuatu teknologi akan membawa perubahan kepada peningkatan
produktiviti dan kualiti hidup tanpa mencemar alam semula jadi. Faktor ini menjadi
penentu kepada kelangsungan sesebuah ekonomi dan dapat meletakkannya ke tahap yang
stabil dan selamat dalam jangka panjang. Bagi negara yang mementingkan pembangunan
pertanian mampan dan kualiti kehidupan yang harmoni akan sentiasa memupuk
rakyatnya untuk meningkatkan tahap penguasaan dan penghayatan ilmu demi kebaikan
manusia sejagat.




                                                                                    12

								
To top