Docstoc

Amalan Bengkel Mesin

Document Sample
Amalan Bengkel Mesin Powered By Docstoc
					(a)   Bengkel Amalan Bengkel Mesin
        1. kerja menanda (sediakan laporan anda dengan lakaran dan langkah untuk
           kerja ini).




Alat-alat menanda yang digunakan seperti pembaris besi, penggarit, sesiku L,




Langkah-langkah Menanda


Langkah 1 Menentukan dan melukis garisan tapak




Langkah 2 Menentukan semua pusat lubang dan lengkuk
Langkah 3 Lukiskan semua lubang dan lengkuk




Langkah 4 Melukis garisan yang condong/bersudut




Langkah 5 Lukiskan garisan-garisan lain




Langkah 6 Kerja menanda sudah dihasilkan.




2.    Kerja penyambungan dan pemotongan (sediakan laporan anda dengan lakaran
      dan gambar foto)
      Merivet ialah satu cara untuk mencantum kepingan keluli/logam. Rivet
biasanya diperbuat daripada keluli lembut, loyang atau aluminium. Alat-alat yang
digunakan untuk merivet ialah set rivet dan tukul bongkol bulat.


a) Pastikan jarak D ialah 1 kali diameter kepala rivet sebelum mula membentuk




b) Rapatkan kepingan logam dengan menggunakan set rivet. Mula membentuk rivet
dengan ketuk bahagian tengah
c) Bulatkan bibirnya dengan ketuk pada bahagian tepi




                   Gambar menunjukkan kerja penyambungan menggunakan ribet.


       Proses memotong termasuk mengikir, menggergaji dan memahat. Alat-alat
utama yang akan digunakan dalam kerja memotong ialah kikir, pahat dan gergaji besi.




                                     kerja pemotongan menggunakan gergaji besi
Cara Menggergaji
(i) Pemasangan bilah gergaji mestilah menuju ke arah hadapan pemotongan.

(ii) Benda kerja hendaklah dicantum dengan cara yang betul
3.    Kerja pemesinan seperti mesin gerudi, mesin pelarik dan sebagainya (sediakan
      laporan anda dengan gambar foto dan langkah kerja).




Mesin pencanai meja dipasang pada atas meja, digunakan untuk mencanai mata alat
mesin larik, pahat, mata gerudi dan sebagainya. Ia dipasang dengan roda pencanai
yang halus dan kasar.




Mesin pelarik ialah sejenis mesin menghasilkan benda kerja dengan mencengkam dan
memutar benda kerja. Kaedah melarik selari, mata alat akan digerak selari dengan
paksi benda kerja. Proses ini bertujuan untuk menghasilkan ukuran diameter yang
dikehendaki.
Gerudi Jejari
Digunakan untuk menggerudi lubang yang berdiameter besar pada benda kerja yang
bersaiz besar; boleh menanggung gegaran dan getaran semasa kerja menggerudi
dijalankan; bahagian lengan boleh dilaraskan pada sudut yang dikehendaki.




 (b) Bengkel KFL


1.   Kerja kimpalan arka. (langkah kerja dan gambar foto)




Alat-alat tangan seperti berus dawai, tukul penyepit serta alat perlindungan dan
keselamatan diri.
1.    Pakai pakaian keselamatan yang lengkap seperti pelindung badan, pelindung
      muka, sarung tangan kulit dan kasut keselamatan.
2.    Potong plat keluli lembut berukuran dengan menggunakan mesin gergaji
      berkuasa. Kikir plat tersebut untuk membuang gerigis dan mendapatkan tepian
      bersegi tepat. Bersihkan permukaan logam.




Gambar menunjukkan Mesin gergaji berkuasa.


     3. Mendiri siap mesin kimpalan arka arus ulang alik.
     4. Pastikan semua pemasangan kabel pada mesin kimpalan dipasang dengan
        ketat.
     5. ”ON” mesin kimpalan dan laraskan arus ulang alik pada julat 90 ampere
        hingga 130 ampere.
   Gambar menunjukkan cara melaras arus ulang alik.




   6. Letakkan benda kerja di atas meja kerja pada kedudukan rata.
   7. Mulakan arka dengan teknik menggores atau mengetuk.
   8. Kimpal dari kiri ke kanan dengan menggerakkan elektrod menggunakan
      teknik seretan. Kimpal dengan sudut dan kelajuan yang seragam sepanjang
      larian.




9. Kimpal kumai sepanjang 40mm. Berhenti, buang sanga dan bersihkan kumai.
Gambar menunjukkan contoh kimpalan arka yang telah siap.


2.     Kerja kimpalan gas. (langkah kerja dan gambar foto)




Gambar menunjukkan alat-alat perlindungan diri semasa mengimpal gas.


     1. Pakai pakaian perlindungan khas iaitu apron pelindung, gogal, sarung tangan
        dan kasut keselamatan.
     2. Pilih saiz muncung sumpitan no. 2 untuk mengimpal logam berketebalan
        1.5mm. Bersihkan kepingan logam dengan berus dawai.




3. Laraskan tekanan gas oksigen dan asetilena antara 2 hingga 3 psi pada pengatur.
4.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:135239
posted:3/13/2010
language:Indonesian
pages:9