Docstoc

Peraturan Pegawai Awam - kelakuan

Document Sample
Peraturan Pegawai Awam - kelakuan Powered By Docstoc
					PERINTAH AM BAB „D‟

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN
TATATERTIB) 1973

Bahagian 1

Peraturan 3B – Kegagalan memberi dan mematuhi Akujanji

       1.     Seseorang yang gagal memberi akujanji setelah dikehendaki berbuat
              demikian oleh pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau ketua
              jabatannya boleh dikenakan tindakan tattertib.

       2.     Seseorang pegawai setelah memberi akujanji dan gagal mematuhi terma-
              terma akujanji boleh dikenekan tindakan tatatertib.

Bahagian 2

Peraturan 4(1) Seseorang pegawai pada setiap masa hendaklah memberi taat setianya
               kepada Agong, Negara dan Kerajaan.

            (2) Seseorag pegawai tidak boleh:

              a) Membelakangkan tugasa awamnya demi kepentingan peribadinya;

              b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan
                 kepentingan peribadinya bercangah dengan tugas awamnya;

              c) Berkelakuan dengan apa cara yang menyebabkan syak munasabah
                 bahawa –

                  i) Dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercangah dengan
                     tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaanya sebagai
                     seorang pegawai awam atau;

                  ii) Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya
                      sendiri;

              d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama
                 dan mecemarkan nama perkhidmatan Awam;

              e) kurang cekap atau kurang berusaha;

              f) tidak jujur dan tidak amanah;

              g) tidak bertanggung jawab;

              h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengarah atau tekanan
                 luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung
                 dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah
                 tuntutannya sendiri atau tuntutan pegawai-pegawai lain;

             i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh
                ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkat perintah;

             j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

LARANG-LARANGAN LAIN DALAM PERKHIDMAMTAN AWAM

        Disamping tatakelakuan di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Peraturan yang sama juga telah menggariskan
larang-larang lain seperti berikut:

i)    Gangguan Seksual             -      Peraturan 4A

      Seseorang pegawai awam tidak boleh melakukan ganguan seksual terhadap orang
      lain iaitu:

      a)     cubaan untuk merapati orang lain secara seksual;

      b)     melakukan perbuatan bersifat seksual yang menyebabkan seseorang yang
             waras tersinggung, terhina atau terugut. Perlakuan bersifat seksual
             termasuklah secara lisan, bertulis dan ianya tidak terhad ditempat kerja
             atau diwaktu kerja selagi mencemarkan nama perkhidmatan awam.


ii.   Pekerjaan Luar               -      Peraturan 5

      Peraturan ini menggulungkan dua jenis pekerjaan luar sebagai :

      a)     Pekerjaan yang dijalankan berdasarkan jawatan yang dipegang oleh
             seorang pegawai atau yang diarah oleh ketua jabatan seperti menjadi ahli
             lembaga kepada syarikat-syarikat yang kerjaan mempunyai keptingan.

      c)     Pekerjaan yang dijalankan atas kepentingan persendirian atau untuk
             faedah saudara mara atau bagi mana-mana badan yang tidak mencri
             keuntungan yang dia ialah seorang pemegang jawatan dalam badan
             tersebut.

      Bagi jenis pekerjaan dibutiran (a), sekiranya tiada apa-apa penetapan mengenai
      amaun pendapat yang boleh disimpan maka perkara ini hendaklah dirujuk kepada
      pihak Perbendaharaan untuk mendapatkan penetapan kadar yang boleh diterima.

      Bagi pekerjaan luar dibutiran (b), seorang yang ingin menjalankan pekerjaan luar
      hendaklah memperolehi kebenaran secara bertulis dari ketua jabatan. Ketua
      jabatan dalam menimbangkan permohonan tersebut hendaklah mempastikan tidak
      bercnggah dengan tatakelakuan pegawai awam dibawah peraturan 4 dan
      khususnya hendaklah mempastikan pekerjaan luar itu;
              a)     tidak dilakukan dalama wakktu pejabat dan semasa pegawai itu
                     dikehendaki melaksanakan tugas rasminya;

              b)     tidak dengan apa-apa cara cenderung menjejaskan kebergunaan
                     pegawia itu sebagai pegawai perkhidmatan awam; dan

              b)     tidak akan dengan apa-apa cara cenderung bercanggah dengan
                     kepentingan perkhidmatan awam atau menjadi tidak selaras
                     dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang perkhidmatan
                     awam.

iii)   Pakaian                     -             Peraturan 6

       Cara berpakaian semasa bertugas akan ditentukan oleh kerajaan melalui arahan
       yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan dan Pihak Berkuasa Lain.

iv)    Menyalahguna Dadah          -             Peraturan 7

       Seseorang pegawai tidak boleh menggunakan/menggambil menyalah gunakan
       /menagih dadah merbahaya kecuali bagi maksud perubatan. Jika seseorang yang
       diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan sebagai menggunakan mengambil
       menyalahgunakan, menagih dadah berbahaya, pegawai tersebut boleh dikenakan
       tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja. Bagaimanapun sekiranya pegawai
       telah mencapai umur persaraan pilihan, pegawai boleh ditamatkan demi
       kepentingan awam di bawah Peraturan 49.

v)     Hadiah                             -             Peraturan 8

       Pegawai dilarang memberi/menerima hadiah daripada atau kepada mana-mana
       orang, persatuan badan atau kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian
       hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyai kaitan secara langsung atau tidak
       langsung dengan tugas rasmi.

       Jika seseorang pegawai merasa ragu-ragu tentang bentuk, amaun atau hadiah yang
       sukar ditolak, maka penerimaan hadiah itu hendaklah mendapatkan kebenaran
       ketua jabatan samaada hadiah itu boleh disimpan atau dikembalikan.
       Walaubagaimanapun ketua jabatan boleh membenarkan seseorang pegawai
       menerima surat pujian semperna persaran/pertukaran dari mana-mana persatuan,
       badan, orang atau membenarkan pungutan sumbangan secara sepontan oleh
       pegawi di bawah jagaanya bagi maksud pemberian hadiah semperna persaran,
       pertukaran, perkahwinan atau apa-apa peristiwa lain yang sesuai.

vi)    Menerima/Memberi Keraian                  -      Peraturan 9

       Seseorang pegawai tidak boleh menrima/memberi keraian sekiranya keraian itu
       dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasminya atau keraian itu dengan
       apa-apa cara sejajar dengan tatakelakuan pegawai awam di bawah peraturan 4.
vii)    Pemunyaan Harta                           -       Peraturan 10

        Seorang pegawai dikehendaki membuat pengisytiharan harta dalam keadaan-
        keadaan berikut:

        a)     Pada tarikh dilantik;

        b)     Pada bila-bila masa dikehendaki oleh Kerajaan;

        c)     Memperolehi harta baru;

        d)     Melupuskan harta

        Mana-mana pegawai yang hendak memperoleh harta yang tidak sejajar dengan
        tatakelakuan di bawah peraturan 4, sebelum memperolehi harta itu hendaklah
        meminta kebenaran daripada ketua Setiausaha Kementerian terlebih dahulu.

        Dalam memutuskan sama ada hendak memberikan kebenaran atau tidak Ketua
        Setiausaha Kementerian hendaklah mengambilkira perkara-perkara yang berikut:

        a)     saiz, amaun atau nilai harta berbanding dengan emolumen pegawa itu dan
               apa-apa pendapatan persendiran yang sah;

        b)     sama ada pemerolehan atau pemegangan harta itu akan atau mungkin akan
               bercanggah dengan kepentingan atau, dengan kedudukan pegawai itu
               sebagai seorang pegawai awam, atau dengan apa-apa cara menjadi tidak
               selaras dengan peraturan 4;

        c)     apa-apa factor lain yang dianggap perlu oleh KSU Kementerian bagi
               menjaga keutuhan dan kecekapan perkhidmatan awam.

viii)   MenyenggaraTaraf Hidup Melebihi Emolumen/Pendapatan Yang Sah

                                       -   Peraturan 11

        1.     Seorang pegawai boleh dipanggil oleh Ketua Jabatan supaya memberi
               penjelasan bertulis dalam tempoh 30 hari bagaimana ia boleh
               menyenggara taraf hidup tersebut jika ternyata pegawai itu:

               a)     menyenggara sesuatu taraf kehidupan yang melebihi emolumen
                      nya dan pendapatan persendirian lain yang sah jika ada; atau

               c)     mempunyai kawalan atau memiliki sumber kewangan atau harta
                      (alih atau tidak alih) yang nilainya tidak seimbang dengan atau
                      tidak boleh semunasabahnya dijangka telah diperolehi oleh
                      pegawai itu dengan emolumenya dan apa-apa pendapatnya
                      persendirian yang sah.
      2.     Pemjelasan pegawai itu akan dilapor kepada pihak berkuasa tatatertib dan
             terpulang kepada pihak berkuasa tatatertib berkenaan untuk mengambil
             tindakan yang difikirkan wajar.

ix)   Meminjam Wang                -             Peraturan 12

      1.     Seseorang pegawai tidak boleh meminjam wang dari mana-mana
             orang/menjadi penjamin kepada mana-mana peminjam/dengan apa-apa
             cara meletakkan dirinya dibawah suatu oblikasi kewangan kepada mana-
             mana orang.

      2.     Pegawai boleh meminjam wang /menjadi penjamin kepada mana-mana
             orang yang meminjama wang daripada bank, insuran, koperasi atau
             syarikat kewangan yang dilesenkan di bawah akta bank dan institusi
             kewangan 1989 atau menaggung hutang dengan cara memperolehi barang-
             barang melalui perjanjian sewa beli yang bersyarat.

      3.     Seorang pegawai boleh menanggung hutang-hutang berikut:

             a)     jumlah wang yang dipinjam atas cagaran tanah yang digadaikan,
                    jika jumlah wang yang dipinjam tidak melebihi nilai tanah.

             b)     over daraf atau kemudahan keredit lain yang diluluskan oleh
                    insitutsi kewangan.

             c)     Jumlah wang yang dipinjam daripada penanggun insuran atas
                    cagaran polisi insuran.

             d)     Jumlah wang yang dipinjam daripada kerajaan, badan berkanun
                    atau mana-mana badan koperasi; atau

             e)     Jumlah wang yang kena dibayar atas barang-barang yang
                    diperolehi melalui perjanjian sewa beli.

x)    Keterhutangan Yang Serius           -      Peraturan 13

      Tanggungan hutang menyebabkan kesulitan kewangan yang serius, iaitu

      i) Agreget hutang/tanggungan tak bercagar lebih 10 kali emolumen bulanannya
         kecuali pinjaman pendidikan.

      ii) Penghutang penghakiman (Judgement Debtor) dan tidak dijelaskan dalam
          tempoh 1 bulan.

      iii)   Bankrap atau pemakan gaji tal solven (insolvent)

      Keadaan pegawai yang berada dalam keadaan keterhutangan yang serius itu telah
      memburukkan nama Perkhidmatan Awam. Adalah menjadi tanggungjawab
          pegawai itu melaporkan kepada ketua jabatan jika dia merasakan hutangnya akan
          menyebabkan kesusahan berat.

xi)       Meminjamkan Wang                                  -       Peraturan 15

          Seseorang pegawai tidak boleh meminjam dengnan faedah.

xii)      Tidak Boleh Terlibat Dalam Pasaran Hadapan -                     Peraturan 16

          Tidak boleh terlibat dalam pasaran niaga hadapan sebagai pembeli atau penjual,
          dalam pasaran tempatan atau luar negara.


xiii)     Refel Dan Loteri                    -      Peraturan 17

          Tidak boleh megadakan refel atau loteri harta persendirian

xiv)      Penerbitan Buku Dan Karya                  -      Peraturan 18

          Tidak boleh menerbitkan atau menulis buku, makalah atau karya lain berdasarkan
          maklumat rasmi terperingkat.

xv)       Pernyataan Awam                     -      Peraturan 19

          Tidak boleh membuat pernyataan awam kecuali mendapat kebenaran menteri
          berkenaan.

xvi)      Penyunting Akhbar/Majalah/Jurnal                  -       Peraturan 20

          Tidak boleh menjadi penyunting akhbar/majalah/jurnal kecuali, penerbitan;

          i)            Jabatan
          ii)           Prifesional
          iii)          Pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik
          iv)           Diluluskan secara bertulis oleh Ketua Jabatan.

       xvii)     Kegiatan Politik             -      Peraturan 21

                 Pegawai Kumpulan Pengurusan Tinggi (KPT) dan Kumpulan Pengurusan
                 Profasional (KPP) dilarang mengambil bahagian dalam politik atau memakai
                 lambing pati politik khususnya tidak boleh:

                 i)        Membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti politik;

                 ii)       Menerbit/mengedar buku/artikal/risalah mengenai politik;

                 iii)      Merayu undi

                 iv)       Agen pilihanraya tempat mengundi
             v)        Bertanding apa-apa jawatan

             vi)       Memegang apa-apa jawatan.

     xviii) Membawa Prosiding Undang-Undang
            Dan Bantuan Guaman        -     Peraturan 22

             Tidak boleh membawa apa-apa perbicaraan undang-undang bagi kepentingan
             peribadinya akibat tugas rasminya tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu
             daripada KSU Kementerian.

             Seorang pegawai yang berkehendakkan bantuan guaman berbangkit daripada
             perbicaraan mahkamah yang dibawa terhadapnya atas tugas-tugas rasmi boleh
             memohon bantuan guaman kepada KSU melalaui Peguam Negara.

xix)    Tidak Hadir Bertugas                   -      Peraturan 24

        Tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab
        yang munasabah boleh diambil tindakan tatatertib.

        “Ketidakhadiran”

        Termasuklah tidak hadir bagi aapa-apa jua tempoh masa pada masa dan di
        tempat pegawai itu dikehendaki bertugas.


BAHAGIAN 3

1.      PROSIDING JENAYAH                      -      Peraturan 28

        Pegawai yang tertakluk kepada prosiding jenayah.
        Prosedur jika prosiding jenayah telah dimulakan terhadap seseorang pegawai:

        i)         Penahanan Kerja      -      Peraturan 44

                   Pihak berkuasa Tatatertib boleh membuat keputusan sama ada hendak
                   menahan kerja pegawai yang telah dituduh di mana-mana mahkamah
                   setelah menerima laporan daripada Ketua Jabatan beserta dokumen-
                   dokumen seperti:

                   -      Salinan kertas/surat pertuduhan/saman terhadap pegawai.
                   -      Jika ditangkap, tarikh dana waktu pegawai ditangkap/jika disaman
                          tarikh saman disampaikan.
                   -      Sama ada pegawai itu dalam jaminan atau tidak
                   -      Apa-apa maklumat yang berkaitan.

        Gaji tidak boleh kurang daripada ½ emolumen.
       ii)    Gantung Kerja                -       Peraturan 45

              Jika pegawai disabitkan oleh Mahkamah, pihak berkuasa tatatertib yang
              berkuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat
              hendaklah sama ada atau tidak pegawai itu merayu terhadap sabitan itu,
              menggantung pegawai itu daripada menejalankan tugasnya berkuatkuasa
              mula dari tarikh sebitanya sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa
              Tatatertib di bawah Peraturan 29.

              Pegawai tidak berhak menerima apa-apa emolumen sepanjang
              penggantungan kerja.

       ii)    Pegawai-pegawai Yang tertakluk Kepada Prosiding Syariah

              Diuruskan mengikut tatacara prosiding kes jenayah.


PROSEDUR SURCAJ

Surcaj bukan hukuman tatatertib di bawah peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993. Surcaj dinyatakan di bawah Peraturan 51,
Peraturan yang sama. Walau demikian surcj mempunyai unsure-unsur tatatertib.


PENAMATAN PERKHIDMATAN DEMI                        -      PERATURAN 49
KEPENTINGAN AWAM

Di bawah peraturan 49 peraturan yang sama, penamat perkhidmatan awam boleh dibuat
oleh pihak berikut:

i)     jika kerajaan mendapati atau jika representasi dibuat kepada kerajaan bahawa
       adalah wajar perkhidmatan seseorang pegawai ditamatkan demi kepentingan
       awam, kerajaan boleh meminta laporan yang penuh daripada ketua jabatan
       dimana pegawai itu sedang atau telah berkhidmat.

ii)    laporan yang tersebut dalam sub peraturan 1 hendaklah menggandungi butir-butir
       berhubung dengan kerjaan dan kelakuan pegawai itu dan ulasan-ulasan ketua
       jabatan jika ada.

       iii)   adalah sah disisi undang-undang bagi Pihak Berkuasa Tatatertib yang
              berkenaan untk mengesyorkan kepada Kerajaan bahawa perkhidmatan
              seseorang pegawai itu di tamatkan demi kepentingan awam walaupun
              prosiding tatatertib belum dijalankan di bawah mana-mana peruntukan
              peraturan-peraturan ini.

Bedasarkan peruntukan perakuan penamatan perkhidmatan boleh di buat oleh Kerajaan
tau mana-mana pihak kepada kerajaan termasuk kepada ketua jabatan oleh Pihak
Berkuasa Tatatertib Berkenaan.
HUKUMAN TATATERTIB

Jenis Hukuman Tatatertib                   -       Peraturan 38

   i)     amaran;

   ii)    denda;

   iii)   lucuthak emolumen;

   iv)    tangguh pergerakan gaji;

   v)     turun gaji;

   vi)    turun pangkat; atau

   vii)   buang kerja.

Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan ke atas seseorang pegawai mana-mana satu
atau apa-apa kombinasi dari dua atau lebih daripada hukuman-hukuman di atas mengikut
bidangkuasa yang diberikan kepadanya.


RAYUAN TATATERTIB

Seseorang pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib, kecuali mengenai kes-kes
tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat, yang diambil oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan
Pengurusan dan Profasional) boleh membaut rayuan kepada Lembaga Rayuan tatatertib
dalam tempoh 14 hari (dikira dari hari esoknya selepas menerima surat pemberitahuan
hukuman, sekiranya hari esoknya jatuh pada hari Ahad atau cuti umum maka dikira hari
berikutnya.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:2770
posted:3/12/2010
language:Malay
pages:9