Docstoc

kajian tindakan-prasekolah

Document Sample
kajian tindakan-prasekolah Powered By Docstoc
					     TING TING MINDA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN
              GABUNGAN SUKU KATA TERBUKA DAN TERTUTUP
             KV KVK DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS


                                                Oleh:

                                     Siti Rosmah Mohamed
                                           Saripah Sarif

                               Sekolah Kebangsaan Bandar Mas,
                                      Kota Tinggi, Johor.


                                             ABSTRAK

         Kecerdasan Kinestatik adalah salah satu cabang daripada Teori Kecerdasan
         Pelbagai. Teori ini amat penting kerana berkait rapat dengan dunia pendidikan.
         Setiap murid memiliki pelbagai kecerdasan. Namun, yang membezakan antara
         mereka merupakan cara berfikir, bertindak dan belajar. Aplikasi Teori Pelbagai
         Kecerdasan dalam P & P Bahasa Melayu Pendidikan Pemulihan Khas bertujuan
         untuk menyokong proses pembelajaran bersepadu dan menyeluruh selaras
         dengan keperluan murid dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, inovasi
         dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dengan murid cuba
         diketengahkan. Kaedah TING TING MINDA menggabungkan teknik permainan
         untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV KVK / KVK KV, dalam
         kalangan 5 orang murid Pendidikan Pemulihan Khas Tahun 3 Arif SK Bandar
         Mas. Permainan kata - perkataan KV KVK dan kad kata perkataan KV KVK
         dalam ‘Ting –Ting Minda’ dapat membantu dalam meningkatkan penguasaan
         membaca perkataan KV KVK / KVK KV dalam kalangan 5 murid Pendidikan
         Pemulihan Khas tahun 3 Arif. Murid-murid ini, telah dirawat dengan Ting Ting
         Minda selama 60 minit setiap sesi rawatan. Rawatan ini telah dijalankan selama
         5 minggu. Kajian ini telah dapat diselesaikan dalam tempoh empat bulan.
         Keputusan Ujian Pos telah menunjukkan peningkatan prestasi penguasaan
         bacaan KV KVK murid. Dapatan daripada soal selidik pula menunjukkan murid
         amat berminat untuk membaca, 5 orang murid tersebut telah memahami dan
         menguasai kemahiran membaca ini sepenuhnya. Mereka amat seronok ketika
         bermain permainan ini. Akhirnya, Ting Ting Minda telah berjaya memupuk minat
         dan mempertingkatkan penguasaan kemahiran membaca pelajar.


1.0 Refleksi Awal Pengajaran dan Pembelajaran

Saya seorang guru Pemulihan Khas di SK Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor dari tahun
2002 hingga sekarang. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelas Pemulihan Khas
yang dijalankan selama tiga bulan pada tahun 2004, murid-murid dari Tahun 3 Arif
seramai 5 orang telah menjalankan aktiviti membaca buku ‘Bacalah Sayang’ dan
penggunakan kad-kad bacaan berbentuk ayat-ayat mudah berdasarkan sukatan
Pendidikan Pemulihan Khas. Melalui aktiviti pembacaan murid-murid tersebut, didapati
mereka tidak boleh membatangkan perkataan dengan sebutan yang betul mengikut suku
kata terbuka dan tertutup KV KVK yang menyebabkan kemahiran membaca mereka amat
lemah. Oleh itu, saya telah menjalankan proses pemerhatian tidak berstruktur dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya. Saya dapati mereka kurang berminat untuk
membaca, tidak boleh membaca kad perkataan yang diberi dengan lancar dan betul

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   1
Sekolah Rendah
sebutannya, kurang memberi tumpuan terhadap apa yang dibaca dan suka bermain-main
semasa P & P terutama di kelas biasa. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian, maka
mereka akan menjadi murid yang tercicir. Sehubungan itu, saya telah menjalankan Kajian
Tindakan ini.

2.0 Fokus Kajian

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya hanya
memfokuskan kajian ini untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca gabungan
perkataan suku kata terbuka dan tertutup KV KVK

Secara khususnya murid berkenaan menghadapi masalah membaca di peringkat suku
kata dan masalah pengamatan. Untuk mengatasi masalah mereka, satu inovasi berbentuk
permainan telah diketengahkan. Melalui pemerhatian dan kajian, didapati kebolehan guru
menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Pemulihan dengan mengaplikasikan inovasi ‘Ting Ting Minda’ berasaskan Teori
Kecerdasan Kinestastik, merupakan daya pengerak kepada pengukuhan bacaan dan
minat murid. Pengajaran dan Pembelajaran guru dengan murid menjadi lebih seronok dan
guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid. Akhirnya manipulasi alat dan
bahan digunakan untuk aktiviti pengukuhan seterusnya.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

        3.1 Objektif Am
        Ting Ting Minda meningkatkan penguasaan kemahiran membaca gabungan
        perkataan suku kata terbuka dan tertutup KV KVK dalam kalangan murid
        pemulihan khas melalui Teori Kecerdasan Kinestatik.

        3.2 Objektif Khusus
        3.2.1 Pada akhir kajian, 100% pelajar boleh membatangkan perkataan dengan
              betul.
        3.2.2 Pada akhir kajian, 100% pelajar boleh membaca gabungan perkataan suku
              kata terbuka dan tertutup KV KVK dengan lancar.
        3.2.3 Mengubah persepsi murid terhadap keupayaan diri, meningkatkan jati diri
              dan punya rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri.
        3.2.4 Mewujudkan interaksi mesra guru dengan murid, murid dengan guru,dan
              murid dengan murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian saya terdiri daripada murid pemulihan tahun 3 Arif seramai 5
orang murid. Empat orang lelaki dan seorang perempuan yang tidak menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3 M).

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

        5.1 TINJAUAN MASALAH

        5.1.1 Kaedah Soal selidik
        Dalam pelaksanaan kajian ini, saya telah menjalankan soal selidik tahap
        penguasaan bacaan kepada 5 orang murid tahun 3 Arif berasaskan Ujian IPP3M
        Tahun 3 Mode 3 dibawah Program Pendidikan Pemulihan Khas, dengan
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 2
Sekolah Rendah
         menggunakan Kad Senarai Semak Baca. Analisa dapatan menunjukkan 100 %
         murid tidak boleh membatangkan perkataan dengan betul dan lancar. Pada
         Tahun 3, mereka sepatutnya telah menguasai kemahiran membaca perkataan KV
         KVK dan ayat-ayat mudah.
         5.1.2 Kaedah Temu Bual
         Saya juga menjalankan temubual bagi mendapatkan bukti kesahihan tanggapan
         saya, bahawa mereka tidak minat membaca. Maka pada 4 Mac 2004, saya telah
         mengadakan temubual secara berstruktur untuk mengetahui punca permasalahan
         dan sikap mereka terhadap bacaan. Dapatan daripada temubual tersebut, saya
         dapati 5 orang murid ini tidak suka membaca. Kesemua mereka mengaku tidak
         pandai membaca, tetapi mereka suka mendengar orang membaca dan berasa
         aktiviti membaca tidak seronok. Oleh itu, mereka tidak suka mengambil ujian
         membaca kerana takut tidak boleh membaca teks ujian yang diberi. Jelas dari
         dapatan ini menunjukkan murid sebenarnya tidak berminat untuk membaca.
         5.1.3 Ujian Pra
         Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
         kefahaman dan ingatan mereka membatangkan gabungan perkataan suku kata
         terbuka dan tertutup KV KVK. Item Ujian Pra Bacaan berasaskan Kad Ujian
         Diagnostik Pemulihan (bacaan). Hasil daripada ujian tersebut, saya dapati 5
         murid ini tidak dapat membaca 20 suku kata KVK, dan 20 perkataan suku kata
         terbuka dan tertutup KV KVK dengan lancar dan betul sebutannya. Mereka
         mengambil masa yang lama (8 minit) seorang, dan gagal untuk membatangkan
         perkataan yang ditunjukkan. Pada hal masa yang ditetapkan ialah 4 minit
         seorang.

         5.2 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
         Saya memperkenalkan permainan ‘Ting Ting Minda’, berasaskan Pendekatan
         Kecerdasan Kinestatik, untuk merangsang minat membaca seterusnya dapat
         mempertingkatkan tahap bacaan mereka dalam kemahiran membaca perkataan
         suku kata terbuka dan tertutup KV KVK ke tahap yang optimun (boleh membaca
         20 patah perkataan setiap set yang dikaji dengan sebutan yang betul dalam masa
         kurang 4 minit selepas kaedah rawatan ini dilaksanakan.Saya telah merangka
         lima aktiviti yang dinamakan Ting Ting Minda -1- 4
                           Aktiviti 1- Ting Ting Minda 1, saya menjalankan pengukuhan
                           sebutan suku kata KV.
                           Aktiviti 2-Ting Ting Minda 2 pula, saya menjalankan pengukuhan
                           sebutan perkataan KVK sahaja.
                           Aktiviti 3- Manakala dalam Ting Ting Minda 3, saya memberikan
                           peneguhan dalam bacaan perkataan gabungan daripada suku
                           kata terbuka KV + KV.
                           Aktiviti 4-Ting Ting Minda 4, saya membuat peneguhan dalam
                           membaca perkataan gabungan daripada suku kata tertutup KV +
                           KVK

         Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan dalam kajian ini:
                     Tapak Ting Ting Minda.
                     Buah Dadu Minda.
                     Kad-kad perkatan KV berleminate.
                     Kad-kad perkataan KVK berleminate.
                     Kad perkataan sukukata terbuka dan tertutup berleminate.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   3
Sekolah Rendah
                         Gambar 1 : Model Tikar Ting – Ting Minda




         Bagi menilai dan memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, alat-
         alat yang disediakan termasuklah;
                 •       Kad Minda graf pencapaian kemahiran bacaan murid (responden)
                         dari semasa ke semasa
                 •       Senarai semak perlakuan murid
                 •       Senarai semak pencapaian setiap responden
                 •       Kad-kad bacaan ujian pra, bahan-bahan dan aktiviti rawatan dan
                         ujian pos.

         Murid–murid ini diberi rawatan klinikal melalui aktiviti Ting Ting Minda selama 5
         minggu pada setiap hari Isnin hingga Rabu dan semasa penyelidik tiada kelas.
         Pada hari Khamis dan Jumaat rawatan terus diadakan, walaupun guru pendidikan
         pemulihan menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran pemulihan pada sesi
         petang. Modul rawatan ini telah dijalankan dari 22 Mac 2004.

         Contoh langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti Ting Ting
         Minda ini dapat ditunjukkan seperti di bawah. Berdasarkan pemerhatian guru,
         murid-murid sasaran ini telah mula menunjukkan minat dan menguasai set
         kemahiran kajian. Ini kerana rawatan ini telah dapat meningkatkan harga diri,
         kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang
         menyeronokkan.

         Setiap aktiviti yang dijalankan saya akan memberi markah kepada murid-murid
         saya. Berikut adalah kriteria markah yang saya gunakan.
                 •        Permakahan diberi secara kutipan bintang. Satu ( * ), satu
                          markah.
                 •        Dalam setiap pusingan murid melakukan 3 aktiviti mengikut
                          kemahiran yang telah ditetapkan, seperti dalam lampiran yang
                          diberi.
                 •        Mereka yang gagal dalam permainan ini akan diberi latih tubi
                          dalam latihan bacaan intensif mengikut tahap kelemahan mereka.



Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   4
Sekolah Rendah
                  •        Murid yang gagal dalam aktiviti pusingan akan diberi peluang
                           untuk meneruskan permainan setelah menjalani latih tubi bacaan
                           intensif.
                  •        Kriteria permarkahan ini sama dalam keempat-empat aktiviti yang
                           berlainan kemahiran bahasa.

5.3      PELAKSANAAN TINDAKAN /PEMERHATIAN DAN REFLEKSI

         Aktiviti 1 - MODEL TING TING MINDA 1
         •         Minggu 1 kemahiran sebutan suku kata KV.(22 Mac- 24 Mac 2004).
         •         Murid baling buah dadu berlabel huruf konsonan.
         •         Murid sebut dan langkah ke petak 1.
         •         Cari huruf konsonan yang terpapar pada dadu.
         •         Maju setapak ke petak 2 .Pilih huruf vokal dan sebut suku kata yang
                   terbina.
         •         Meneruskan lompatan yang ke 3 dan mengambil kad suku kata yang
                   terbina.
         •         Murid akan mengambil bintang di petak terakhir sekiranya betul.
         •         Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 5 pusingan.

                             Rajah 1 : Model Ting – Ting Minda 1

                                             b
                                             a
                                                        Dadu Minda
                                             k
                      4
                                                           Bintang minda


                      3




                                                                    Poket huruf vokal (a.i.e,o,u)


                                                                    Poket huruf konsonan(k,n,d..)

                      1                                             Poket poket suku kata KV




         Pemerhatian Yang Dijalankan

         Berdasarkan pemerhatian daripada aktiviti Kad Minda 1, ternyata murid - murid
         dapat mengukuhkan penguasaan membaca kemahiran sukukata KV. Keputusan
         pemerhatian ditunjukkan dalam Jadual 1



Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   5
Sekolah Rendah
                                                                                    Jumlah
          Bil       Nama         P1        P2         P3         P4       P5        markah
                                                                                     (15)
          1       Pelajar A        *       **         **         **       **           9
                                   *
          2       Pelajar B                **         **         **       ***          10

          3       Pelajar C       **       ***        **         *        **           10

          4       Pelajar D       ***      ***        **         **       **           12
                                   -        -
          5       Pelajar E                           **         **        *           5

   Jadual 1 : Analisa Pemerhatian Kad Minda Aktiviti 1 – (Membaca suku kata KV)




         Refleksi
         Semasa Aktiviti Ting Ting Minda 1 dilaksanakan, saya merasa sangat seronok,
         kerana murid saya menjalankan aktiviti ini dalam suasana yang ceria, Pada
         awalnya mereka terpegun melihat saya menggunakan sekajang tikar dalam
         pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Pemulihan Sinar Harapan . “Macam
         inilah yang best….,Tak boring.!”. Itulah, kata-kata gembira yang diluahkan oleh
         murid–murid ini. Pencapaian bacaan suku kata KV mereka dalam Aktiviti Ting
         Ting Minda 1 ini membanggakan saya. Jumlah markah mereka dapat dilihat
         daripada jadual kad Minda 1.

         AKTIVITI 2 – MODEL TING TING MINDA 2

                                  Rajah 2 : Model Ting – Ting Minda 2



                                                             b

                            4
                                                             k

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   6
Sekolah Rendah
                            3
         Kemahiran suku kata KVK
         •      Murid baling buah dadu berlabel huruf konsonan.
         •      Murid sebut dan langkah ke petak 1.
         •      Cari huruf konsonan yang terpapar pada dadu.
         •      Maju setapak ke petak 2 .Pilih huruf vokal .
         •      Meneruskan lompatan yang ke petak 3 dan mengambil kad huruf
                konsonan.
         •      Murid akan meneruskan lompatan ke petak 4 dan mengambil kad suku
                kata KVK yang sama dengan yang dikumpulkan serta menyebut
                bunyinya.
         •      Mengambil bintang sekiranya betul kad suku kata yang diambil dan betul
                sebutannya.
         •      Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 5 pusingan.

  Jadual 2 : Analisa Pemerhatian Kad Minda Aktiviti 2 – (Membaca suku kata KVK)
       Bil           Nama                P1       P2       P3       P4      P5       Jumlah
        1           Pelajar A             -        -        *       **       **          5
        2           Pelajar B             *        **      **       ***     ***         11
        3           Pelajar C             *        **      ***      ***     ***         12
        4           Pelajar D             **      ***      ***      ***     ***         14
        5           Pelajar E             -        -        *        *       **          4

         Pemerhatian Yang Dijalankan
         Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 2, ternyata aktiviti ini dapat
         mengukuhkan penguasaan membaca kemahiran suku kata KVK. Analisis
         pemerhatian ditunjukkan dalam Jadual 2.

         Refleksi
         Semasa Aktiviti Ting Ting Minda 2 dilaksanakan, saya berasa sangat gembira,
         kerana murid saya menjalankan aktiviti ini dalam suasana yang sentiasa ceria.
         Mereka telah menunjukkan minat untuk membaca kad-kad bacaan dan tidak
         sabar-sabar untuk bermain. “Hari ini, aku nak dapat bintang banyak, nanti dapat

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   7
Sekolah Rendah
         pensel warna..!”, Itulah, harapan mereka ketika menjalankan aktiviti ini. Walaupun,
         aktiviti Minda 2 ini lebih tinggi aras kemahirannya berbanding aktiviti Minda 1,
         pencapaian bacaan tiga orang murid ini semakin meningkat. Ini membanggakan
         saya. Jumlah markah mereka dapat dilihat daripada jadual kad Minda 2. Tiga
         orang daripada mereka telah mencatatkan peningkatan yang membanggakan
         daripada pencapaian Aktiviti Minda 1. Manakala dua orang murid lain walaupun
         mereka mendapat markah 4 dan 5 semasa aktiviti ini, namun pencapaian mereka
         memuaskan sebab murid ini adalah dalam kategori yang amat lemah dan salah
         seorang daripada mereka baru sahaja memulakan persekolahan setelah 2 tahun
         tidak bersekolah.

         AKTIVITI 3 - MODEL TING TING MINDA 3
         •      Murid baling buah dadu berlabel suku kata KV.
         •      Murid sebut dan langkah ke petak 1.
                Cari suku kata yang dipaparkan pada dadu.
         •      Maju setapak ke petak 2 .Pilih suku kata KV dan baca perkataan yang
                dibina.
         •      Meneruskan lompatan yang ke petak 3 dan mengambil kad perkataan
                yang terbina.Murid membatangkan perkataan yang diambil.
         •      Murid akan meneruskan lompatan ke petak 4 dan mengambil bintang
                sekiranya betul sebutannya.
         •      Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 5 pusingan.

                             Rajah 3 : Model Ting – Ting Minda 3




                                                        ba

                         4
                                                      ku                Dadu Minda




                         3


                                                                     Bintang minda


                         2
                                                       Poket suku kata KV (la,gu,…

                                                      Poket huruf konsonan (k,n,d...)
                         1
                                                      Poket perkataan KV KV (vila,



         Pemerhatian Yang Dijalankan


Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   8
Sekolah Rendah
          Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 3, ternyata aktiviti ini dapat
          mengukuhkan penguasaan membaca kemahiran suku kata KV KV.

         Jadual 3 : Analisa Pemerhatian Kad Minda Aktiviti 3 (Kemahiran KV+KV)
    Bil              Nama                P1         P2        P3          P4         P5       Jum
     1             Pelajar A             ***        ***        ***        ***        ***       15
     2             Pelajar B             ***        ***        ***        ***        ***       15
     3             Pelajar C             ***        ***        ***        ***        ***       15
     4             Pelajar D             ***        ***        ***        ***        ***       15
     5             Pelajar E              -         ***        ***        ***        ***       12


          Refleksi
          Semasa Aktiviti Ting Ting Minda 3 dilaksanakan, saya berasa sangat gembira dan
          terharu kerana murid saya menjalankan aktiviti ini dengan penuh keyakinan.
          Mereka telah menunjukkan minat untuk membaca kad-kad bacaan dan bertolak
          ansur semasa bermain.”Cikgu, boleh tak kalau saya belajar kat kelas ni aje, saya
          nak baca buku cerita”. Itulah kata-kata daripada tiga orang daripada mereka yang
          mengusik naluri saya,sungguh tersentuh hati ini, kerana rupa-rupanya saya telah
          berjaya memupuk minat untuk membaca pada aras kemahiran yang tinggi, di luar
          aras kemahiran yang saya kaji ini membanggakan saya. Berdasarkan jadual Kad
          Minda 3, 4 orang daripada mereka telah mencatatkan markah 100% dalam
          bacaan perkataan KV KV dalam permainan Ting Ting Minda 3 ini.

          AKTIVITI 4 : MODEL TING TING MINDA 4 dan 5

          •       Murid baling buah dadu berlabel suku kata KV.
          •       Murid sebut dan langkah ke petak 1.
          •       Cari suku kata yang dipaparkan pada dadu.
          •       Maju setapak ke petak 2 .Pilih suku kata KVK dan baca perkataan yang
                  dibina terbina. Contoh : Murid meneruskan lompatan yang ke petak 3 dan
                  mengambil kad perkataan yang terbina.
          •       Murid membatangkan perkataan yang diambil.
          •       Murid akan meneruskan lompatan ke petak 4 dan mengambil bintang
                  sekiranya betul sebutannya.
          •       Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 5 pusingan


                            Rajah 4 : Model Ting Ting Minda 4 & 5



                                                          b
                                                                       Dadu Minda
                                                          k
                                4
                                                                     Bintang minda


Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------
                           3                                                                         9
Sekolah Rendah
         Pemerhatian Yang Dijalankan
         Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 4, ternyata aktiviti ini dapat
         mengukuhkan penguasaan membaca gabungan perkataan suku kata terbuka dan
         tertutup KV+KVK pada tahap yang amat membanggakan.

                    Jadual 4: Analisis Kad Minda (Kemahiran KV+KVK)

         Bil        Nama            P1         P2        P3        P4         P5        Jum

          1        Pelajar A         **         **       ***        **         **        11
          2        Pelajar B        ***        ***       ***       ***        ***        15
          3        Pelajar c        ***        ***       ***       ***        ***        15
          4       Pelajar D         ***        ***       ***       ***        ***        15
          5        Pelajar E         *          *         *         **         **         7

         REFLEKSI
         Semasa Aktiviti Ting Ting Minda 4 dilaksanakan,saya berasa sangat gembira ,
         terharu dan bangga, di atas catatan pencapaian yang tinggi yang telah diperolehi
         oleh 5 orang murid sasaran kajian saya. Walaupun aktiviti 4 adalah aktiviti yang
         tertinggi aras kemahiran bacaannya tetapi atas minat, keyakinan yang lahir kesan
         daripada permainan ini, telah menyebabkan tiga daripada mereka mencatatkan
         keputusan 100%. Dua orang daripadanya yang amat lemah bacaan mereka pun
         telah mencatatkan keputusan yang membanggakan. Salah seorang murid yang
         baru sahaja meneruskan persekolahan setelah dua tahun tidak bersekolah juga
         telah menunjukkan minat untuk datang ke sekolah dan mengikuti pengajaran dan
         pembelajaran di kelas saya serta boleh membaca perkataan suku kata terbuka
         dan tertutup KV+KVK walaupun pada awalnya tidak mengenal huruf a – z. Murid
         telah berjaya mengecam dan membetulkan kesalahan yang sengaja guru lakukan
         untuk menguji penguasaan bacaan mereka.


5.4      REFLEKSI KESELURUHAN KAJIAN


Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   10
Sekolah Rendah
             Jadual 5 : Analisa Data Temu Bual sebelum dan selepas kajian
                                                                   Analisa sikap
                                                         Bil sebelum         Bil selepas
                                                            Kajian              kajian
                                                         %         %        %          %
      Sikap terhadap bacaan                             Ya       tidak     Ya        tidak
      Sukakah kamu membaca                                        5/5      5/5
                                                                  100      100
      Adakah membaca itu seronok                                  5/5      5/5
                                                                  100      100
      Adakah pelajaran bacaan paling kamu                         5/5      5/5
      minat                                                       100      100
      Adakah kamu pandai membaca                                  5/5      5/5
                                                                  100      100
      Sukakah kamu mendengar orang                      5/5                5/5
      membaca                                           100                100


            Jadual 6 : Analisa Data Soal selidik sebelum dan selepas kajian

                                                           Analisis sikap terhadap bacaan

  Sikap terhadap bacaan                                  Sebelum Kajian         Selepas kajian
                                                           Bil      Bil          %         %
                                                           %        %            Ya      tidak
                                                          Ya      tidak
                                                          2/5                    5/5
  Tidak berminat
                                                           40                    100
                                                          2/5                    5/5
  Tidak suka mata pelajaran Bahasa Melayu
                                                           40                    100
                                                          5/5                    5/5
  Tiada keyakinan diri
                                                          100                    100
                                                          5/5                    5/5
  Tidak berminat untuk membaca
                                                          100                    100

Peningkatan minat membaca ini dapat dibuktikan berdasarkan daripada ke dua-dua jadual
di atas. Sebelum kajian 100% murid hanya suka mendengar orang membaca manakala
100% murid tidak berminat untuk membaca. Walau bagaimanapun, selepas kajian 100 %
murid suka membaca dan menyatakan aktiviti membaca itu sesuatu yang
menyeronokkan. Inilah salah satu luahan kata yang telah diungkapkan oleh salah seorang
murid kajian, “Cikgu dulu saya takut nak baca, tetapi sekarang saya suka baca”.
Pengaplikasian Ting Ting Minda dalam P&P telah meningkatkan motivasi, menghilangkan
rasa rendah diri, meningkatkan tahap kepuasan murid dan semangat untuk terus belajar.
Hal demikian      kerana mereka telah berjaya melepasi “halangan” iaitu kegagalan
menguasai kemahiran membaca. Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa merentas
kurikulum. Sesungguhnya situasi yang memberi sinar harapan ini disumbangkan oleh
keistimewaan-keistimewaan yang terdapat dalam kaedah rawatan menggunakan teknik
Ting Ting Minda.

                      Jadual 7 : Data Analisa Ujian Pra dan ujian Post

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   11
Sekolah Rendah
                              (Catatan Ting Ting Minda 1 hingga 4)


                                            (22/3/04 hingga 5/5/04)
              PRA                                                                               POS
                                  RAWATAN KLINIKAL TING TING MINDA
 NAMA
                           M1          M2           M3            M4              M5
             5/3/04                                                                           10/5/04
                          (KV)        (KVK)       (KV+KV)      (KV+KVK)        (KV+KVK)
               %           %            %            %             %              100            %
Pelajar A      38          67           80          100            40              80            80
Pelajar B      50         100          100          100           100             100           100
Pelajar C      50         100          100          100           100             100           100
Pelajar D      50         100          100          100           100             100           100
Pelajar E       0          60           40           80            20              40            50

 Manakala Jadual 7 di atas menunjukkan peningkatan yang amat ketara murid dalam Ujian
 Pra dan Pos, iaitu peningkatan purata sebanyak 69/80 dalam Ujian Pos. 3 orang daripada
 mereka mencatatkan pencapaian 100%, seorang mencatatkan markah 64/80 manakala
 seorang lagi yang baru hadir ke sekolah setelah 2 tahun tidak bersekolah telah
 mencatatkan markah 50%. Kebolehan mereka membaca 4 set bacaan perkataan suku
 kata terbuka dan tertutup KV+KVK dengan cepat dan lancar dalam permainan ini amat di
 luar dugaan dan membanggakan saya. Lebih membanggakan saya ialah, 4 orang
 daripada mereka telah berjaya ‘dikembalikan’ semula ke kelas biasa.
 Saya dapat merangka rancangan pengajaran yang menarik minat murid kepada mata
 pelajaran Bahasa Melayu dan dapat meningkatkan keyakinan diri sendiri. Selain daripada
 itu kaedah ini juga menjadi daya penggerak kepada pengukuhan bacaan murid.
 Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok, guru dapat mengetahui kekuatan
 dan kelemahan murid. Maklum balas ini penting untuk tindakan susulan yang selanjutnya.
 Aktiviti secara permainan ini dapat mengeratkan lagi hubungan mesra guru dan murid.
 Murid tidak lagi berasa takut untuk menyebut perkataan sambil bermain. Perasaan ini
 perlu terus dipupuk pada kemahiran bacaan yang lebih tinggi, seperti dalam mengajar
 membaca perkataan yang mengandungi diftong dan diagraf berganding, serta membaca
 ayat. Dengan ini saya telah dapat menanamkan keyakinan diri dan mereka berasa benar-
 benar berguna dan dihargai. Sesungguhnya aktiviti yang tidak membosankan ini telah
 menggalakkan murid untuk mencuba dan terus mencuba, untuk terus menghabiskan
 permainan dan memperoleh ganjaran sama ada dalam bentuk material atau non material
 (pujian dan sanjungan). Rumusannya, aplikasi Ting Ting Minda dalam P&P Bahasa
 Melayu Pendidikan Pemulihan Khas secara tidak langsung telah membantu murid untuk
 menguasai 3M seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, untuk
 melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.



 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

 Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif
 dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Saya mencadangkan
 untuk mengguna pakai Teknik Permainan ini untuk mengajar kemahiran membaca pantun
 dan simpulan bahasa. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mempertingkatkan
 kemahiran menulis perkataan berasaskan latih tubi membaca. Saya juga berhasrat untuk
 membina model-model Ting Ting Minda lain dengan melengkapkan lagi model ini dengan
 Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 12
 Sekolah Rendah
unsur-unsur visual dan grafik yang lebih menarik, serta melengkapkannya dengan soalan-
soalan serta kaedah yang lebih mencabar dan kreatif. Semoga hasil kajian saya ini dapat
dimanfaatkan dan menjadikan proses P&P lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.
Akhir kata, “guru yang kreatif, akan melahirkan pelajar yang dedikasi, kalau seorang guru
mengajar tanpa alat ,murid belajar dengan ralat”.



BIBLIOGRAFI
Buku panduan, Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (masalah penguasaan
3M) (1998) Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Majid Konting, (1994) Kaedah Penyelidikan Pendidikan, DBP Kuala Lumpur.

Manual IPP3M tahun3,(bagi kegunaan program pemulihan khas Kementerian Pendidikan
Malaysia), Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nik Safiah Karim,Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa, (2000).Tatabahasa                 Dewan      Jilid    2:
Perkataan; Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Puan Hajah Juliani bt. Abdullah, Kaedah Cepat Membaca, Bacalah Sayang, Gabungan
Majlis Guru Besar

Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran
& Pembelajaran ,Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar Cara Belajar.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam, Kaedah Pengajaran                       Bahasa Malaysia, Kursus
Bahasa Fajar Bakti

Selan Osni, Bahasa Melayu Tahun Satu (transisi) Asas Bacaan Fahaman dan Tulisan.

Sharifah Alwiah Alsagoff, Ilmu Pendidikan: Pedagogi, Heineman Asia.

Sharida Sharudin, Bacalah Sayang, Associated Educational Distributors (m) Sdn. Bhd.
Sek. Rendah Malaysia, Kreatif Kembara Sdn. Bhd.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian, Nurin
Enterprise




Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   13
Sekolah Rendah
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   14
Sekolah Rendah

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:16772
posted:3/11/2010
language:Malay
pages:14