KERTAS KERJA HARI KELUARGA

Document Sample
KERTAS KERJA HARI KELUARGA Powered By Docstoc
					         KERTAS KERJA

      HARI IKATAN UKHUWWAH
TENAGA PENGAJAR PUSAT PENGAJIAN
   AL-QURAN & MOTIVASI (xxxxxx)
           KALI PERTAMA

       PADA: 03 APRIL 2010
           HARI : SABTU
        TEMPAT : AIR TERJUN
     SUNGAI TEKALA, SEMENYIH




           DISEDIAKAN OLEH:
               xxxxxxxx
   1. PENGENALAN

Hari Ikatan Ukhuwwah Tenaga Pengajar Pusat Pengajian Al-Quran & Motivasi (xxxxxxxxx)
merupakan salah satu aktiviti rasmi xxxxxxxxx bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan
kekeluargaan antara semua guru-guru di xxxxxx. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran
asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam
melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari lkatan
Ukhuwwah ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan
meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan pihak pengurusan dan guru-guru
xxxxxx. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari lkatan Ukhuwwah ini adalah
dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara
warga xxxxxxxxx. Antara pengisian dalam Hari Ikatan Ukhuwwah ini meliputi aspek
kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan setiap warga xxxxxxxx agar sambutan Hari
Ikatan Ukhuwwah kali pertama ini meriah, berjalan lancar dan berjaya mencapai
objektifnya.

   2. OBJEKTIF

   2.1 Memberikan ruang kepada staff dan guru-guru xxxxx untuk melakukan aktiviti
       bersama dalam pengisian masa yang terluang.

   2.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan
       silaturahim di kalangan staf dan guru-guru xxxxx.

   2.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam
       nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

   2.5 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan staf
       dan guru-guru xxxxx sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.

   3. TEMA

   Cadangan tema hari keluarga ialah “UKHUWWAH DIBINA KEJAYAAN DIJANA”


   4. PERINCIAN PROGRAM

   4.1 Tarikh : 03 April 2010 (Sabtu)
   4.2 Air Terjun Sungai Tekala, Semenyih
   4.3 Anggaran Bil Peserta : 16 orang (Berdasarkan bil. Pekerja xxxxxxx)


   5. PESERTA

   5.I Semua kakitangan dan guru-guru xxxxx.

   6. TENTATIF PROGRAM

   Sila lihat LAMPIRAN 1
   7. ANGGARAN PERBELANJAAN

   Sila lihat LAMPIRAN 2

   8. KEMUDAHAN PERSEKITARAN

   Sila lihat LAMPIRAN 3

   9. AHLI JAWATANKUASA

   Sila lihat LAMPIRAN 4

   10. PENGISIAN PROGRAM

   10.1 Acara pertandingan untuk warga kakitangan xxxxx (Rujuk Lampiran 1)

   10.2 Senarai hadiah Cabutan Bertuah (anggaran) (Rujuk Lampiran 2)

   11. PENUTUP

Dengan terlaksananya Hari Ikatan Ukhuwwah xxxxx kali pertama ini diharapkan dapat
mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan staf dan guru xxxxx
di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangatkerja berpasukan di
kalangan staf xxxxx sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktivitikerja dan
mencapai objektif xxxxx 2010.
LAMPIRAN 1

TANTATIF PROGRAM

09.00 pagi    : Ketibaan

09.30 pagi    : Mesyuarat

10.30 pagi    : Minum pagi

11.00 pagi    : Acara sukaneka individu

              - Musical chair
              - Mencari gula-gula dalam tepung
              - Gelek bola dalam gelung rotan
              - Lari dalam guni
              - Bawa bola pingpong dalam sudu
              - Lari kepit belon
              - Makan epal dengan tangan terikat
              - Bowling kelapa

1.30 pagi     : Solat zohor

2.00 petang   : Makan tengahari

2.30 petang   : Acara sukaneka berkumpulan
'               Treasure game'-
              - Bawa bola pimpong dalam sudu (kumpulan) ·
              - Isi air dalam botol (kumpulan)
              - Permainan berpasangan (ikat kaki dan berlari)
              - Jalan guna tempurung (kumpulan)
              - Makan epal dengan tangan terikat
              - Treasure hunt/explore race (kumpulan)
              - Jalan guna batu bata (kumpulan)
              - Lari dalam guni
              - Tarik Tali
              - Lambung & tangkap belon berisi air (berpasangan))
              - Bowling kelapa (berpasangan)
              - Rebut gula-gula
              - Cabutan Bertuah

4.00 petang   : Penyampaian hadiah

4.20 petang   : Penutup

4.30 petang   : Minum petang

4.45 petang   : Solat asar

4.55 petang   : Sessi Fotografi

5.00 petang   : Bersurai
LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN


MENU PILIHAN
Nasi Minyak (2 lauk : daging & ayam) + dalca.
Satay (Ayam & daging) + nasi impit + kuah kacang.
Buah-buahan – 2 jenis (tembikai & limau sunkist)
Air : Sejuk (jus) & panas (Teh O')
Kuih – muih : 2 jenis.
Pembersih mulut

BBQ
Ayam & ikan (
Sosej & daging burger

ANGGARAN KOS

RM 400.00
LAMPIRAN 3


KEMUDAHAN PERSEKITARAN

Tempat parkir

Meja dan bangku

Kawasan lapang untuk aktiviti

Tong sampah

Tempat BBQ

Tandas

Surau
LAMPIRAN 4

AHLI JAWATANKUASA

Penaung                         : Ustaz. Mohd Hisham

Penasihat                       : Ustaz Mohd Ali

Pengerusi                       : Ustaz Jalaluddin

Setiausaha                      : Ustazah Syuhada

Bendahari                       : Ustazah Mardhiiah

JK Persiapan & Khemah           : Ustaz Muhamad Alif

JK Sukan & Rekreasi, sukaneka : Ustaz Mohd Irwam

JK Sumbangan, Hadiah
& Cenderahati                   : Ustazah Hilaliah

JK Jamuan                       : Ustazah Ros Juliana

JK Logistik, Teknikal & Peralatan : Ustaz Mohd Fakhrullah

JK Keselamatan                   :

JK Pengacara Majlis/
Aturcara Majlis /Bacaan Do’a :

Pegawai Tugas-Tugas Khas        : Ustazah Rahani

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:17584
posted:3/8/2010
language:Malay
pages:7