MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PEMBELAJARAN

Document Sample
MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PEMBELAJARAN Powered By Docstoc
					MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM
                PEMBELAJARAN FIZIK




                      LOH LI E




           UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                         i




MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM
                       PEMBELAJARAN FIZIK




                              LOH LI E




 Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
                ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer
                        Serta Pendidikan (Fizik)




                          Fakulti Pendidikan
                     Universiti Teknologi Malaysia




                              MAC, 2006
                                                iv




Untuk ayah, ibu dan sesisi keluarga tersayang
                                                                                      v




                                 PENGHARGAAN




        Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia projek sarjana
muda, Dr. Abdul Rahim Bin Hamdan di atas segala bimbingan dan perihatian yang
diberikan sepanjang tempoh kajian ini dan teguran membina yang tidak ternilai
sehingga kajian ini dapat disempurnakan mengikut masa yang ditetapkan.


        Saya juga merakamkan penghargaan kepada pelajar–pelajar sekolah yang
terlibat dalam kajian ini dan telah memberi kerjasama yang sepenuhnya di sepanjang
sesi kajian ini.


        Akhir sekali, saya ingin menyampaikan penghargaan khas kepada setiap ahli
keluarga dan rakan saya yang telah memberi galakan sehingga kajian ini dapat menjadi
satu kenyataan. Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
                                                                                      vi




                                      ABSTRAK




      Pembelajaran Fizik menggunakan komputer telah dilaksanakan di kebanyakan
sekolah pada masa kini. Penyelidik telah menjalankan satu kajian mengenai motivasi
pelajar terhadap penggunaan komputer dalam pebelajaran Fizik. Tahap motivasi
intrinsik dan tahap motivasi ekstrinsik terhadap penggunaan komputer dalam
pembelajaran Fizik dan hubungan antara tahap motivasi intrinsik dan motivasi
ekstrinsik dengan pencapaian mereka dikaji. Seramai 100 orang pelajar lelaki
Tingkatan empat di Sekolah Tinggi di Batu Pahat telah terlibat dalam kajian ini.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik manakala
data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu
peratus dan min serta analisis inferensi melihat hubungan (korelasi). Nilai
kebolehpercayaan bagi kajian ini adalah α = .9231 . Hasil kajian menunjukkan min
keseluruhan bagi tahap motivasi intrinsik pelajar yang menggunakan komputer dalam
pembelajaran Fizik mempunyai nilai yang sederhana iaitu 3.44 manakala min bagi
tahap motivasi ekstrinsik pelajar yang menggunakan komputer dalam pembelajaran
Fizik juga mempunyai tahap yang sederhana iaitu 3.13. Ini menunjukkan motivasi
intrinsik dan motivasi ekstrinsik wujud pada pelajar terhadap penggunaan komputer
dalam pembelajaran Fizik. Daripada hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan di antara tahap motivasi intrinsik pelajar yang menggunakan
komputer dalam pembelajaran Fizik secara keseluruhan dengan pencapaian mereka
dan juga terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap motivasi ekstrinsik pelajar
yang menggunakan komputer dalam pembelajaran Fizik secara keseluruhan dengan
pencapaian mereka.
                                                                                        vii




                                      ABSTRACT




       Learning physics using computer had been carry out in most of the school
nowadays. Researcher did a research on student motivation using computer in
learning physics. The stage of intrinsic motivation and extrinsic motivation of
student using computer in learning physics is studied. The studies also look at the
correlation of intrinsic motivation and extrinsic motivation versus their academic result.
An hundred form 4 students from High School in Batu Pahat were involved in this
study. A set of questionnaire was used in the study. The data were analytic using
descriptive statistic (percentage and min) and inferences statistics. The reliability
coefficient for this study is α = .9231 . The result shows that the entirety stage of
intrinsic motivation student using computer in learning physics is abstemious at 3.44,
while the average stage of extrinsic motivation student using computer in learning
physics is also abstemious at 3.13. It shows that intrinsic motivation and extrinsic
motivation exist at student using computer in learning physics. The result also
showed that there have significant entirety stages of intrinsic motivation and extrinsic
motivation student using computer in learning physics versus their academic result.
                                                  viii




                           KANDUNGAN




BAB     PERKARA                        MUKA SURAT


        JUDUL                              i
        PENGAKUAN                          ii
        DEDIKASI                           iv
        PENGHARGAAN                        v
        ABSTRAK                            vi
        ABSTRACT                           vii
        KANDUNGAN                          viii
        SENARAI JADUAL                     xii
        SENARAI LAMPIRAN                   xiii



BAB I   PENDAHULUAN


        1.1   Pengenalan                   1
        1.2   Latar Belakang Masalah       3
        1.3   Penyataan Masalah            5
        1.4   Objektif Kajian              6
        1.5   Persoalan Kajian             6
        1.6   Hipotesis                    7
        1.7   Kepentingan Kajian           7
        1.8   Batasan Kajian               8
        1.9   Definisi Istilah             9
              1.9.1   Motivasi             9
                                                                     ix

                         1.9.1.1   Motivasi Intrinsik           10
                         1.9.1.2   Motivasi Ekstrinsik          10
                 1.9.2   Penggunaan Komputer                    10
                 1.9.3   Pelajar                                11
                 1.9.4   Pencapaian Pelajar                     11
                 1.9.5   Tahap                                  11
          1.10   Penutup                                        12



BAB II    SOROTAN KAJIAN



          2.1    Pengenalan                                     13
          2.2    Motivasi Intrinsik Dan Motivasi Ekstrinsik
                 Pelajar Terhadap Pembelajaran                  13
                 2.2.1   Motivasi Intrinsik Pelajar Terhadap
                         Pembelajaran                           14
                 2.2.2   Motivasi Ekstrinsik Pelajar Terhadap
                         Pembelajaran                           15
          2.3    Motivasi Penggunaan Komputer Dalam
                 Pembelajaran                                   17
          2.4    Penggunaan Komputer Dalam
                 Pembelajaran Fizik                             19
          2.5    Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran
                 dan Pembelajaran Fizik                         20
          2.6    Fizik Dan Kepentingannya                       21
          2.7    Penutup                                        23



BAB III   METODOLOGI KAJIAN



          3.1    Pengenalan                                     24
                                                                     x

         3.2   Rekabentuk Kajian                                24
         3.3   Persampelan                                      26
         3.4   Instrumen Kajian                                 26
               3.4.1   Bahagian A                               27
               3.4.2   Bahagian B                               27
         3.5   Kajian Rintis                                    28
         3.6   Prosedur Kajian                                  28
         3.7   Kaedah Penganalisaan Data                        29
         3.8   Penutup                                          30




BAB IV   ANALISIS DATA


         4.1   Pengenalan                                       31
         4.2   Bahagian A - Analisis Deskriptif                 32
         4.3   Bahagian B - Analisis Tahap motivasi
               Intrinsik dan Tahap Motivasi Ekstrinsik          35
         4.4   Analisis Inferensi Melihat Hubungan (korelasi)   50
               4.4.1   Hubungan Di Antara Tahap Motivasi
                       Intrinsik Pelajar Yang Menggunakan
                       Komputer Dalam Pembelajaran Fizik
                       Dengan Pencapaian                        50
               4.4.2   Hubungan Di Antara Tahap Motivasi
                       Ekstrinsik Pelajar Yang Menggunakan
                       Komputer Dalam Pembelajaran Fizik
                       Dengan Pencapaian                        51
         4.5   Penutup                                          52
                                                                       xi

BAB V      RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN


           5.1   Pengenalan                                       53
           5.2   Rumusan Dapatan Kajian                           54
           5.3   Perbincangan                                     55
                 5.3.1 Tahap Motivasi Intrinsik Pelajar yang
                         Menggunakan Komputer Dalam
                         Pembelajaran Fizik                       55
                 5.3.2   Tahap Motivasi Ekstrinsik Pelajar yang
                         Menggunakan Komputer Dalam
                         Pembelajaran Fizik                       57
                 5.3.3   Hubungan Tahap Motivasi Intrinsik dan
                         Tahap Motivasi Ekstrinsik Dengan
                         Pencapaian                               58
           5.4   Cadangan Kajian                                  59
                 5.4.1   Tahap Motivasi Intrinsik Pelajar yang
                         Menggunakan Komputer Dalam
                         Pembelajaran Fizik                       59
                 5.4.2   Tahap Motivasi Ekstrinsik Pelajar yang
                         Menggunakan Komputer Dalam
                         Pembelajaran Fizik                       60
                 5.4.3   Hubungan Tahap Motivasi Intrinsik dan
                         Tahap Motivasi Ekstrinsik Dengan
                         Pencapaian                               61
           5.5   Cadangan Kajian Lanjutan                         62
           5.6   Penutup                                          64



RUJUKAN                                                           65

LAMPIRAN                                                          71
                                                                              xii




                             SENARAI JADUAL




NO. JADUAL                           TAJUK                         MUKA SURAT



3.1          Klasifikasi Kekuatan Korelasi                               25
3.2          Pengelasan Skala Likert Lima Peringkat dan Tiga Peringkat   27
4.1          Taburan Responden Mengikut Jantina                          32
4.2          Taburan Responden Mengikut Umur                             32
4.3          Taburan Responden Mengikut Bangsa                           33
4.4          Taburan Responden Mengikut Dari Mana Mendapat
             Pengetahuan Penggunaan Komputer                             33
4.5      Taburan Responden Mengikut Markah Fizik Ujian
             Mini 2                                                      34
4.6      Taburan Responden Mengikut Tahap, Peratus dan
             Min bagi Motivasi Intrinsik (Matlamat) Pelajar yang
             Menggunakan Komputer Dalam Pembelajaran Fizik               36
4.7      Taburan Responden Mengikut Tahap, Peratus dan
             Min bagi Motivasi Intrinsik (Minat) Pelajar yang
         Menggunakan Komputer Dalam Pembelajaran Fizik                   38
4.8          Taburan Responden Mengikut Tahap, Peratus dan
         Min bagi Motivasi Intrinsik (Usaha) Pelajar yang
             Menggunakan Komputer Dalam Pembelajaran Fizik               40
4.9      Taburan Responden Mengikut Tahap, Peratus dan Min
             bagi Motivasi Ektrinsik (Keluarga) Pelajar yang
         Menggunakan Komputer Dalam Pembelajaran Fizik                   43
                                                                               xiii

4.10       Taburan Responden Mengikut Tahap, Peratus dan Min
           bagi Motivasi Ektrinsik (Guru) Pelajar yang
           Menggunakan Komputer Dalam Pembelajaran Fizik              45
4.11       Taburan Responden Mengikut Tahap, Peratus dan Min
           bagi Motivasi Ektrinsik (Rakan Sebaya) Pelajar yang
           Menggunakan Komputer Dalam Pembelajaran Fizik              47
4.12       Hubungan Di Antara Tahap Motivasi Intrinsik Pelajar
           Yang Menggunakan Komputer Dalam Pembelajaran
           Fizik Dengan Pencapaian                                        50
4.13       Hubungan Di Antara Tahap Motivasi Ekstrinsik Pelajar
           Yang Menggunakan Komputer Dalam Pembelajaran
           Fizik Dengan Pencapaian                                        51




                          SENARAI LAMPIRAN




LAMPIRAN                           TAJUK                         MUKA SURAT



A          Borang soal selidik                                       71


B          Surat kebenaran dari bahagian perancangan dan
           penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia              77


C          Surat kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri
           Johor                                                     79


D          Koefisien kebolehpercayaan keseluruhan kajian rintis      80
                                       BAB I




                                 PENDAHULUAN




1.1    Pengenalan



       Pada masa kini, negara sedang menuju ke status sebuah negara maju pada
tahun 2020 yang akan datang. Keperluan sumber manusia dalam bidang sains dan
teknologi merupakan teras yang paling utama dalam pembangunan negara. Oleh itu,
pendidikan adalah salah satu cabang yang terpenting bagi menyalurkan ilmu
pengetahuan kepada sumber tenaga mahir dan separuh mahir yang terlatih. Dengan
itu, keperluan dalam bidang sains dan teknologi amat dititikberatkan di Malaysia untuk
mencapai Wawasan 2020.



       Penguasaan kepada kemajuan sains dan teknologi memerlukan asas sains yang
kukuh iaitu sejak dari awal peringkat sekolah rendah, menengah hingga ke peringkat
lebih tinggi. Penekanan terhadap mata pelajaran sains telah diberi perhatian
semenjak penggubalan dasar pendidikan negara dan ia terus berkembang sehingga
mewujudkan kurikulum baru yang terkini iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM).
                                                                                      2

       Dengan itu, proses pengajaran mata pelajaran sains amat dititikberatkan oleh
kerajaan dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang bersifat sainstifik serta
progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke masa hadapan. Dengan itu,
beberapa pendekatan yang baru untuk pengajaran sains telah diperkenalkan, tidak
terkecuali juga dengan mata pelajaran Fizik. Salah satu pendekatan baru ialah
pengajaran dengan perisian multimedia. Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi
maklumat kini sudah diterima sebagai sebahagian daripada pendidikan. Semua
sekolah di Malaysia kini sudah dilengkapkan dengan kemudahan multimedia. Semua
guru yang mengajar mata pelajaran sains dan matematik telah dibekalkan dengan
sebuah “laptop”. Ini menunjukkan betapa berusahanya kerajaan dalam mengubah
pendekatan pengajaran sains dan matematik di negara kita.



       Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah satu pendekatan yang
menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Secara
ringkasnya, komputer sebagai satu pendekatan yang digunakan untuk menyampaikan
isi pelajaran supaya pembelajaran dapat menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan
serta berinteraksi dengan komputer mengikut kehendak dan keupayaan sendiri.



       Fizik merupakan salah satu subjek sains yang penting dalam pembangunan
negara kerana subjek Fizik adalah asas kepada bidang kejuruteraan. Walaupun Fizik
adalah subjek yang penting, tetapi minat pelajar terhadapnya adalah semakin
berkurang. Ini adalah kerana dalam subjek Fizik bukan semua ideanya boleh
dinampak dengan jelas, tetapi adanya yang khayal. Jika guru mengajar hanya
berbantukan buku teks dan latihan, pelajar tidak dapat mengimaginasikan bentuk yang
sebenarnya, sebagai contoh pergerakan zarah-zarah dalam pepejal dan sebaginya.
Oleh itu, komputer memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan benda
yang khayal kepada benar dalam bentuk animasi dan simulasi.
                                                                                    3

        Perkembangan teknologi dalam bidang komputer masa kini terus meledak
dengan pesatnya. Perkembangan inilah yang mencetuskan pemikiran untuk
menerapkan teknologi bidang komputer dalam sistem pendidikan hari ini. Aspek
teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya ke arah
menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran.




1.2     Latar Belakang Masalah



         Perkembangan sains dan teknologi yang semakin pesat turut mempengaruhi
sistem pendidikan di sesebuah negara. Teknologi berkembang melalui
peralatan-peralatan ciptaan ahli teknologi dengan penemuan idea-idea melalui
kajian-kajian sains.



         Jika dilihat dari segi sejarah perkembangan pendidikan, pada awalnya
pendidikan dilangsungkan secara lisan sahaja dan tanpa ada apa-apa perantaraan
peralatan. Kemudian dengan perkembangan teknologi maklumat telah
mengintergrasikan bidang pendidikan secara berperingkat-peringkat terutamanya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, mula daripada papan batu
yang merupakan bahan teknologi pada masa itu dan seterusnya papan tulis ( papan
hitam ) serta kapur. Dari hari ke hari, teknologi maklumat berkembang lagi dengan
mempunyai alat pandang dengar seperti pita rakaman, filem, slaid, OHP dan
sebagainya.



        Menurut R. J. Field (1995), kebanyakan pelajar menganggap Fizik merupakan
satu mata pelajaran yang sukar, sangat kompleks, rumit dan sukar difahami. Ini
menyebabkan semakin ramai pelajar tidak minat terhadap Fizik yang diajar di sekolah
secara tradisional iaitu baca dan hafal.
                                                                                         4

       Menurut huraian sukatan pelajaran Fizik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), penggunaan teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran sains adalah salah satu strategi pengajaran dan
pembelajaran di Malaysia. Simulasi dan animasi berkomputer merupakan satu
kaedah untuk mengajar konsep sains yang mujarad dan sukar. Teknologi maklumat
berpotensi menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan. Penggunaan
komputer amat membantu dalam meningkatkan minat murid belajar sains dan
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains.



       Motivasi adalah kecenderungan dari hati naruri dalam diri yang mempengaruhi
dan mengerakkan tingkah laku seseorang (Lee, 1998). Ia merupakan kuasa dari
dalam diri individu yang mendorongnya melakukan sesuatu bagi mencapai kehendak
atau matlamat diri. Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi dalaman atau intrinsik
dan motivasi luaran atau ektrinsik. Menurut Semiawan (1986), motivasi dalaman
ialah suatu keinginan bertindak yang terjadi tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor dari
persekitaran manakala motivasi luaran pula ialah tingkah laku terjadi kerana
dipengaruhi oleh rangsangan dari luar. Mark Lepper (1985) menunjukkan bahawa
motivasi adalah berkesan dengan penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar
dalam bilik darjah. Menurut teori kesusasteraan motivasi intrinsik, penggunaan
komputer dalam pembelajaran adalah salah satu cara yang boleh meningkatkan minat
pelajar dalam pembelajaran.



       Bagi mengenalpasti hubungan motivasi pelajar menggunaan komputer dalam
pembelajaran Fizik dengan pencapaian pelajar, motivasi intrinsik dan motivasi
ekstrinsik pelajar terhadap penggunaan komputer dalam pembelajaran Fizik dikaji.
                                                                                       5

1.3    Penyataan Masalah



        Walaupun mempelajari Fizik membolehkan pelajar-pelajar mendapat
persediaan untuk menceburkan diri dalam berbagai-bagai bidang latihan dan kerjaya
yang berorientasikan sains dan teknologi, akan tetapi didapati semakin ramai pelajar
tidak bermotivasi untuk mempelajarinya. Ini adalah kerana konsep Fizik selalunya
tidak selari dengan pengetahuan intuisi (Champagne, Gunstone, & Klopfer, 1985;
Nussbaum & Novick, 1982; Maria & MacGinitie, 1981; McCloskey, 1983; Osborne &
Freyberg, 1985). Semasa satu konsep yang baru timbul bertentangan dengan
pengetahuan awal dan penetahuan awal ditolak, pelajar akan berasa susah untuk
mempercayai, sebagai contoh graviti menarik objek ke permukaan bumi dengan
pecutan yang sama, walaupun jisim objek berlainan. Pelajar merasa konsep Fizik
susah dipelajari kerana mereka mengetahui bahawa objek yang berjisim besar
mempunyai daya yang lebih kuat dan mempunyai daya graviti yang lebih tinggi
berbanding dengan objek yang ringan.



        Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan peralatan
komputer yang lengkap dengan perisian dalam bentuk CD-ROM sebagi bahan bantu
mengajar untuk proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat meningkatkan
motivasi pelajar terhadap pembelajaran.



        Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang dibincangkan, kajian ini
akan menumpukan kepada beberapa penyataan mengenai motivasi intrinsik dan
motivasi ekstrinsik pelajar terhadap penggunaan komputer dalam pembelajaran Fizik.
                                                                                       6

1.4        Objektif Kajian



           Kajian ini bertujuan mengenai motivasi pelajar terhadap penggunaan komputer
dalam pembelajaran Fizik di Sekolah Tinggi, Batu Pahat, Johor. Objektif kajian ini
merangkumi beberapa perkara berikut seperti:


      1. Mengenalpasti tahap motivasi intrinsik pelajar terhadap penggunaan komputer
           dalam pembelajaran Fizik.
      2. Mengenalpasti tahap motivasi ekstrinsik pelajar terhadap penggunaan komputer
           dalam pembelajaran Fizik.
      3. Mengenalpasti hubungan di antara tahap motivasi intrinsik pelajar yang
           menggunakan komputer dalam pembelajaran Fizik dengan pencapaian mereka.
      4. Mengenalpasti hubungan di antara tahap motivasi ekstrinsik pelajar yang
           menggunakan komputer dalam pembelajaran Fizik dengan pencapaian mereka.




1.5        Persoalan Kajian



      1.   Apakah tahap motivasi intrinsik pelajar dalam pembelajaran Fizik
           menggunakan komputer?
      2.   Apakah tahap motivasi ekstrinsik pelajar dalam pembelajaran Fizik
           menggunakan komputer?
      3.   Adakah terdapat hubungan di antara tahap motivasi intrinsik pelajar yang
           menggunakan komputer dalam pembelajaran Fizik dengan pencapaian
           mereka?
      4.   Adakah terdapat hubungan di antara tahap motivasi ekstrinsik pelajar yang
           menggunakan komputer dalam pembelajaran Fizik dengan pencapaian mereka?