kualiti

					1. Pengenalan
             Saban hari kita mendengar dan membaca berita-berita
    berkaitan isu pendidikan samada melalui akhbar, televisyen atau
    melalui laman web. Paparan tentang gejal-gejala sosial mendapat
    perhatian masyarakat dan menimbulkan kebimbangan kepada
    pelbagai pihak . Budaya lepak, merempit, berjudi, berfoya-foya dan
    ragut yang melibatkan anak-anak belasan tahun ini sering kita baca
    dan ditonton melalui pelbagai media. Persoalannya , apa sudah jadi
    dengan golongan muda hari ini ?Adakah pendidikan di negara kita
    sudah gagal untuk membentuk dan mendidik nilai-nilai yang
    dikehendaki dalam masyarakat?Banyak faktor yang menyumbang
    kepada fenomena ini. Perubahan gaya hidup masyarakat dan kesan
    globalisasi adalah sebahagian penyumbangnya.


                Dasar negara yang digubal meletakkan pendidikan
    sebagai aset penting penjana kecemerlangan negara. Dasar negara
    dapat dicapai melalui pendidikan yang berkualiti dan dijelmakan
    bila lahirnya masyarakat Malaysia yang mempunyai modal insan
    dan mampu bersaing di persada dunia.


                Tugasan ini membincangkan tentang dasar-dasar negara
    yang sentiasa memberi fokus kepada meningkatkan kualiti
    pendidikan dengan mensasarkan pembentukan individu yang
    berhemah,    masyarakat yang dinamik dan berdaya saing. Juga
    membincangkan      tentang   prinsip-prinsip   pendidikan    yang
    membentuk dan membina para guru dan institusi pendidikan ke arah
    melahirkan „towering personality’ . Terdapat pelbagai ukuran yang
    digunakan untuk menilai keberkesanan sesebuah organisasi yang
    menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Ukuran ini dinilai
    berdasarkan kualiti dan kuantiti output dan outcome . Dalam
    konteks pengukuran ini, saya memilih Key Performance Indicator
                            1
     (KPI) dan bagaimana KPI digunakan di dalam menentukan kualiti
     pendidikan di sesebuah institusi pendidikan kerana pendidikan
     adalah penentu kepada standard satu bangsa atau sebuah negara.


             “Memikirkan tentang pendidikan adalah memikirkan
            tentang isu-isu utama dalam kehidupan manusia….
            Memikirkan tentang tujuan-tujuan pendidikan pula
            memikirkan tentang rupa bentuk wajah manusia, jenis
            ketrampilan, jenis matlamat yang paling sesuai untuk
            menjamin kesejahteraan sosial dan kualiti tamadun
            bangsa”.

                                                (Magazine, Winter,hal 6)


2.   Huraian Dasar


     2.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


     “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
     memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
     bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
     dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani berdasarkan
     kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi menzahirkan
     rakyat     Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan
     berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
     kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
     dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.”
                                               (Akta Pendidikan 1996)

              FPK telah menjadi asas dalam membentuk sistem
     pendidikan negara. FPK telah menyatakan dengan jelas bahawa
     setiap warganegara Malaysia telah diberi peluang dalam pendidikan
     dari peringkat yang paling rendah kepada peringkat tertinggi dan
     bersifat “long life learning”. Fungsi utama pendidikan ialah untuk
     melahirkan dan mengasah bakat secara intrisit dan eksplisit ke arah
     melahirkan manusia yang seimbang dari segi fizikal dan mental.


                             2
Keseimbangan dan kesepaduan ini merupakan saluran penting untuk
menjayakan hasrat dan cita-cita negara.


           Salah satu yang terkandung dalam FPK ialah kepercayaan
kepada Tuhan selaras dengan prinsip pertama dalam Rukun Negara.
Walaupun agama Islam ialah agama rasmi negara, namun kebebasan
memilih agama tetap menjadi prinsip utama kerajaan berdemokrasi.
Penekanan kepada ketuhanan dapat membentuk kesepaduan fitrah
diri pelajar supaya berbudi pekerti mulia dan berakhlak diri yang
tinggi selaras dengan kehendak agama dan kepercayaan masing-
masing sekaligus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga ,
masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.


           Satu daripada konsep asas yang terkandung dalam FPK
ialah melahirkan insan yang berintelek di mana akhirnya
membentuk warganegara yang berilmuan. Kekuatan ilmu boleh
mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat
manusia. Penguasaan ilmu yang tinggi dapat memartabatkan diri
dan kedudukan seseorang dalam masyarakat dan sekaligus
menjulang nama baik negara dipersada dunia. Tumpuan pendidikan
bukan sahaja setakat di alam persekolahan, tetapi ianya sebagai satu
proses dan aktiviti sepanjang hayat . “long live learning’ ini
merupakan satu kaedah meningkatkan pengalaman, memperkaya ,
memperkukuh dan mencabar dan mengubah ilmu sedia ada pada
manusia.


           FPK juga melihat individu dalam beberapa lapisan
pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk
pembangunan dan kesejahteraan diri tetapi juga untuk pembangunan
dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan


                         3
bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.


           Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi
bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma,
tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh
dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan
masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab,
berakhlak mulia, dan berbakti.


           Jika disempitkan kepada institusi persekolahan dan
difokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah, FPK
menuntut erti pendidikan berkualiti. Berdasarkan kehendak FPK dan
dihubungkaitkan dengan sistem pendidikan , KPM dan masyarakat
berharap    ramai calon yang lulus cemerlang dalam peperiksaan
UPSR, PMR, SPM,STPM dan lain-lain peperiksaan peringkat
kebangsaan. Ramai belia akan cemerlang dalam bidang sukan dan
permainan dan mencapai tahap yang ditentukan. Ramai anak-anak
muda berkunjung ke tempat-tempat ibadat, memakai pakaian
bersopan, tidak melepak, tidak merempit dan sebagainya. Akhirnya
semua belia mempunyai kesedaran sivik yang mendalam yang boleh
dilihat dalam perbuatan mereka seharian. Gejala sosial tidak
menjadi perkara yang membimbangkan dalam masyarakat. Ciri-ciri
ini hanya membataskan kepada hasil pendidikan formal sahaja.
Ukuran kualiti di sini dinilai dari kekuatan keintelektulan dan
keilmuan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar dalam peperiksaan
awam. FPK bukan sahaja melihat kepada pencapaian peratus
cemerlang , tetapi lebih melihat kepada sifat kemanusiaan dalam erti
kata sebenar.




                         4
2.2   Misi Nasional 2006-2020

            Misi Nasional ialah satu rangka kerja pembangunan
 Malaysia yang menggariskan keutamaan negara untuk tempoh 15
 tahun (2006-2020) yang dalam tempoh ini RMK 9 mengandungi
 agenda pembangunan untuk tempoh 5 tahun pertama dalam misi ini.
 Tujuan Misi Nasional ialah bagi mencapai wawasan dan
 matlamat negara. Dasar Misi Nasional berfokuskan kepada
 pembangunan sumber manusia tidaklah sekadar meliputi latihan,
 pembangunan dan pembelajaran sepanjang hayat sahaja tetapi
 skopnya lebih luas yang juga merangkumi kaunseling orgnanisasi,
 pembangunan kerjaya, sebahagian daripada aktiviti pembangunan
 organisasi dan organisasi pembelajaran. Semasa membangunkan
 modal     insan     atau      sumber     manusia,     majikan   hendaklah
 menitikberatkan pembangunan insan secara menyeluruh dan
 seimbang yang mencakupi ilmu pengetahuan dan kemahiran, nilai
 etika, minda yang progresif dan budaya kerja yang mulia.
 Keseimbangan inilah yang akan meningkatkan produktiviti dan daya
 saing pekerja Malaysia.


           .Misi Nasional mengambil kira pengalaman pengalaman
 lampau,    sistem        nilai,   budaya   dan      Islam   Hadhari   yang
 diperkenalkan pada tahun 2004. Islam Hadhari menekankan
 penguasaan        ilmu     pengetahuan     dan   pembangunan      potensi
 individu bagi menyediakan sumber tenaga manusia yang
 seimbang .

            Fokus utama Misi Nasional ialah memberi penekanan
 tinggi ke atas pembangunan modal insan “minda kelas pertama”
 dan bina upaya sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke
 status negara maju. Modal insan perlu dibangunkan secara

                               5
holistik melalui penguasaan ilmu pengetahuan, keintelektualan
dalam ilmu Sains, Teknologi dan Keusahawan, pembudayaan
sikap progresif,pengamalan nilai , etika dan moral yang tinggi.
Kesemua elemen dalam membentuk modal insan ini ditegaskan
di dalam Pelan Intergriti Nasional (PIN). Bagi mencapai prestasi
yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan
nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama
iaitu :

                     Jadual 1 : Teras Misi Nasional
   Teras          Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi
   Pertama        negara
   Teras          Meningkatkan keupayaan pengetahuan,
   Kedua          kreativiti dan inovasi negara serta memupuk
                  „minda kelas pertama‟.
   Teras          Menangani masalah ketidaksamaan
   Ketiga         sosioekonomi secara membina dan produktif.
   Teras          Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti
   keempat        hidup
   Teras          Mengukuhkan keupayaan institusi dan
   kelima         pelaksanaan negara.



          Di dalam membicarakan Misi Nasional, perbincangan
tugasan hanya memberi tumpuan perbincangan kepada Teras
Kedua dan Ketiga. Kedua-dua teras ini memberi fokus utama
kepada pembangunan pendidikan negara dan harapan yang
diberikan oleh kerajaan dan pendidikan sebagai pemangkin
pembangunan sumber manusia. Matlamat akhir pendidikan
supaya dapat memberikan pengupayaaan kepada rakyat untuk
terus berketrampilan dan berintelektualan yang tinggi dengan
budaya kerja cemerlang serta mampu bersaing .




                       6
2.2.1 Misi Nasional Teras Kedua:
     Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi
     negara serta memupuk „minda kelas pertama‟.

           Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal
 insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga
 keperibadian. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan
 usaha   penambahbaikan      sistem    pendidikan   negara    secara
 menyeluruh, dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat
 tinggi dan vokasional. Persekitaran yang menggalakkan akan
 diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan
 pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi
 kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki
 kekuatan moral.
          Antara strategi yang dirangka ialah berfokuskan kepada
 pembangunan pendidikan dengan membuat penambahbaikan di
 dalam sistem pendidikan dan latihan. Berfokuskan kepada aliran
 perdana, sekolah kebangsaan menjadi agenda utama untuk diberi
 ditingkatkan kualitinya dari segi prasarana dan keperluan
 kurikulum supaya corak pendidikan di sekolah kebangsaan
 mendapat tempat di hati rakyat. Penekanan juga diberi kepada
 merapatkan jurang antara         sekolah Bandar dan luar Bandar
 menikmatik    peluang    akses    pendidikan   berkualiti   melalui
 pendidikan sepanjang hayat. Kesemua strategi yang dilaksanakan
 nanti dapat membina dan melahirkan masyarakat yang inovatif
 dan dinamik dan mempunyai pengetahuan dalam bidang Sains
 dan Teknologi. Kekuatan keintelektualan yang tinggi membentuk
 corak pemikiran baru dalam masyarakat Malaysia untuk
 memperkukuhkan perpaduan nasional dengan mengenepikan
 kepentingan kaum masing-masing. Perpaduan yang mantap ini
 dapat memperluaskan forum perbincangan antara kerajaan,

                         7
     swasta , ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal
     insan.


2.2.2 Misi Nasional Teras Ketiga
               Menangani masalah ketidaksamaan
               sosioekonomi secara membina dan produktif.

              Strategi berfokuskan kepada meningkatkan pendapatan isi
     keluarga dengan meningkatkan produktiviti menerusi pembangunan
     modal insan setelah berlakunya peningkatan keintelektualan melalui
     system pendidikan yang berkualiti.Aktiviti ekonomi yang dijanakan
     nanti dapat meningkatkan pendapatan penduduk bandar dan luar
     bandar   dan   jurang    sosio-ekonomi    antara   keduanya     dapat
     dikurangkan. Melalui pendekatan strategi yang berfokuskan kepada
     peningkatan    ekonomi    masyarakat,    penambahbaikan     program
     pendidikan , dapat meningkatkan bilangan pengurus dan profesional
     Bumiputra terutama dalam sektor swasta.

              KPM    terus    memberi    perhatian   yang   serius   demi
     memastikan Misi Nasional terus dilaksanakan dan menjadi
     pemangkin kepada kecermerlangan institusi pendidikan negara
     kerana hanya melalui pendidikan sahaja modal insan dapat
     dilahirkan ke arah memperkukuhkan nilai-nilai jati diri sebagaimana
     yang termaktub di dalam FPK.
          “ Pendidikan akan terus menjadi agenda utama dalam
         melaksanakan Misi Nasional dan objektifnya.Walaupun dengan
         model ekonomi yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan namun
         ia tidak mungkin dapat dicapai sehingga atau kecuali bila negara
         mampu melahirkan masyarakat berkualiti dan sesuai, yang
         dikaitkan dengan pendidikan dan nilai-nilai hidup.Tambahnya,
         “Pendidikan bukan semata-mata melahirkan seorang insan
         akademik...ianya mengenai seorang yang menerima pendidikan
         dalam hati dan minda. Inilah tujuan sebenar pendidikan”.

                                  (Sumber : Utusan Malaysia : 27 Jun 2009)
                              8
          Petikan dari ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia,
membuktikan bahawa pendidikan menjadi nadi utama dalam
menentukan       kecemerlangan    pembangunan     negara.     Kualiti
pendidikan penentu kejayaan hala tuju negara di persada dunia.
Kemajuan sesebuah negara diukur melalui tahap kemajuan ilmu
yang dimiliki oleh rakyat sesebuah negara dan dipamerkan
kerancakan institusi pendidikan dan kurangnya kadar buta huruf
rakyat.


           Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan pelan
pertama daripada tiga rancangan lima tahun bagi Misi Nasional.
Pelan ini penting untuk negara meletakkan asas kukuh ke arah
kejayaan lonjakan yang seterusnya dalam Rancangan Malaysia
Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas. Teras strategik
dalam Misi Nasional jelas menunjukkan pendidikan sebagai elemen
utama bagi kejayaan usaha ini. KPM sebagai agensi yang
dipertanggungjawabkan secara langsung dalam merealisasikan
hasrat negara.

           PIPP adalah kesinambungan dari dasar dan strategik
pembangunan yang termaktub dalam Misi Nasional. Matlamat akhir
kedua-dua dasar ini akhirnya menjurus kepada pencapaian FPK.
Teras 2 dalam Misi Nasional mempunyai jaringan dan hubungkait
dengan keenam-enam teras dalam PIPP . Masyarakat luar bandar
dan kawasan pedalaman telah diberi fokus utama dengan menikmati
peluang pendidikan      dan      taraf hidup   yang selesa.     Arus
perkembangan globalisasi boleh mengakibatkan pelbagai kesan baik
dan buruk kepada pembangunan bangsa dan negara. Untuk
menangani kecelaruan budaya yang dibawa oleh era globalisasi,
setiap warganegara hendaklah meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran . Kedua-dua ini boleh dicapai melalui pendidikan yang
                         9
berkualiti yang disediakan oleh pihak KPM . Dasar KPM untuk
menyamaratakan masyarakat melalui pendidikan memang satu
pendekatan strategik yang baik .    FPK menjadi tunjang sistem
pendidikan negara merupakan paksi utama dalam menentukan hala
tuju dan Wawasan 2020 .

2.3       Wawasan 2020
      “Dan bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk
      membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu,
      kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia
      yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan
      daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan
      maklumat.

      Dan bahawasanya pendidikan mempunyai peranan
      penting dalam menjayakan Wawasan Negara demi untuk
      mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi
      kemajuan ekonomi, keadaan sosial dan kekuatan rohani,
      moral dan etika ke arah mewujudkan suatu masyarakat
      yang bersatu padu, demokratik , liberal dan dinamik.
                                        (Akta Pendidikan 1996)


          YAB Tun Mahathir Mohamed telah membentangkan
Wawasan 2020 di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan
Malaysia pada 28 Februari 1992. Ia adalah cetusan fikiran seorang
pemimpin negara yang memetakan hala tuju negara dalam gerakan
pembinaan dan pembangunan bangsa Malaysia yang berdaulat dan
bermaruah dalam abad ke 21. Wawasan 2020 sebenarnya adalah
wawasan pembangunan manusia .


         Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi
sebuah negara maju mengikut acuan sendiri iaitu mencapai
kemajuan seimbang daripada segi ekonomi,politik, kerohanian dan
kebudayaan.    Malaysia     berhasrat   menjadi    negara    yang
masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang

                       10
 tinggi , berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta
 menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur ,
 perkongsian ekonomi yang adil dan saksama,progresif dan makmur
 serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas
 serta berdaya tahan.


             Malaysia kini berada pada peringkat pertengahan dan
 sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai
 Wawasan 2020. Sepanjang tempoh tersebut, banyak kemajuan telah
 dicapai dalam pelbagai bidang. Namun perubahan pesat dunia
 menuntut Malaysia segera berubah dan melonjak ke tahap yang
 lebih maju. Fasa tersebut telah mengetengahkan bidang pendidikan
 yang memerlukan penambahbaikan dan perhatian khusus agar
 melakukan lonjakan terakhir untuk mencapai status negara maju
 yang dicita-citakan dalam Wawasan 2020.


          Dalam usaha mencapai negara maju, banyak cabaran yang
 perlu dilalui. Cabaran yang penting globalisasi yang berkuasa bukan
 sahaja menggerakkan modal, barangan dan manusia malah ianya
 berupaya mengubah gagasan, budaya, nilai dan jati diri yang sudah
 diperturunkan sejak zaman berzaman. Bangsa yang lalai dengan
 perubahan yang dibawa oleh globalisasi dan menerima sewenang-
 wenangnya perubahan tersebut akhirnya akan lenyap begitu sahaja .


          Dengan berpegang kepada Wawasan 2020, negara dan bangsa
Malaysia yang maju dan bersatu padu akan terbentuk . Pembentukan ini
berasaskan kepada ekonomi yang berdaya tahan , pengagihan kekayaan
yang lebih adil dan saksama. Di samping itu, kerajaan berusaha untuk
mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan supaya tidak berlaku
ketidakseimbangan ekonomi yang boleh mengugat pembangunan
negara.
                        11
           Hasrat Wawasan 2020 ialah tidak ada golongan yang
 tercicir dari arus kemajuan negara . Pada waktu yang sama , minda ,
 budaya dan nilai yang menjadi pegangan rakyat serta institusi sosial
 perlu diperkukuhkan sejajar dengan hasrat negara untuk maju
 mengikut acuannya sendiri.
       “Menjelang tahun 2020 Malaysia boleh menjadi sebuah
       negara yang bersatu padu , dengan masyarakat Malaysia
       mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai
       moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam
       sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak
       ansur , berbudi, adil dan saksama ekonominya , progresif
       dan makmur, dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang
       mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya
       ketahanan”.

                 Petikan dari ucapan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad
                                       Melangkah Ke Hadapan, 1991

2.4   Rumusan


            FPK, Misi Nasional dan Wawasan 2020 digubal demi
 melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai
 keperibadian yang tinggi, mempunyai nilai intergriti dan berdaya
 saing. Ketiga-tiga dasar mempunyai pertautan dan kesenimbungan
 antara satu sama lain. Objektif akhir yang ingin dicapai menjurus
 kepada pembentukan individu yang mempunyai nilai-nilai diri yang
 tinggi, berdikari dan berkemampuan berfikir melepasi sempadan
 dirinya. Keintelektulan yang melepasi persempadanan ini akhirnya
 membentuk masyarakat yang berfikiran dinamik, „ berfikir secara
 glokal dan bertindak secara global‟. Inilah hasrat yang terkandung
 dalam dasar-dasar negara dan FPK.


           Hasrat ini boleh menjadi kenyataan melalui sistem
 pendidikan negara yang cuba diseragamkan antara bandar dan luar
                         12
 bandar. Taraf ekonomi, sosial , pendapatan isi rumah perlu ditangani
 supaya jurang ekonomi tidak menjadi penghalang ke arah
 melahirkan individu , masyarakat dan bangsa Malaysia yang
 berhemah, beraspirasi tinggi    dan mampu bersaing di peringkat
 tempatan atau pengantarabangsaan.


3.   Prinsip-Prinsip Kualiti Institusi Pendidikan


          Kecemerlangan sekolah dinilai dari pelbagai aspek.
 Biasanya kecemerlangan prestasi akademik menjadi ukuran kualiti
 sekolah. Sekolah yang mencapai melangkaui sasaran selalunya
 mendapat perhatian ibu bapa.Sekolah-sekolah ini juga dijadikan
 penandaarasan , malahan kerapkali menjadi penyelamat kepada JPN
 bila adanya pelawat luar atau masuk calon untuk bertanding di
 peringkat kebangsaan. Persoalannya , apa sudah jadi dengan
 sekolah-sekolah lain?. Bagaimana kriteria kecemerlangan diambil
 kira? Apakah langkah-langkah yang sepatutnya dibuat supaya
 sekolah kekal cemerlang dan tetap menjadi pilihan masyarakat?
 Persoalan-persoalan ini menjadi lumrah bila adanya pemenang
 kategori yang dipertandingkan di peringkan atasan. Anugerah
 Sekolah Kluster, Sekolah Bestari, Pusat Sumber Cemerlang,
 Sekolah Harapan Negara, Sekolah Cemerlang dan Anugerah Kualiti
 Perdana Menteri adalah antara anugerah yang diberikan kepada
 sekolah yang berjaya dan mencapai kualiti yang ditetapkan oleh
 pihak pembuat dasar. Persoalannya , apakah dasar yang digunakan
 di sekolah-sekolah ini yang menyebabkan ianya dinobatkan sebagai
 sekolah berkualiti?




                         13
3.1   Definisi kualiti


              Ahli falsafah kualiti Barat yang terkenal seperti Philip B.
 Crosby (1979) ,Deming (1986),               Juran (1988) , Johnson and
 Winchell (1990) telah berjaya menyedarkan masyarakat pada ketika
 zamannya tentang pentingnya memahami konsep dan pengurusan
 kualiti supaya barangan atau perkhidmatan bertahan lama di
 pasaran. Kualiti dilihat suatu konsep perbandingan , bersifat
 subjektif dan dinamik. Pengguna adalah penentu kepada tahap
 kualiti barangan atau perkhidmatan. Kualiti produk dinilai dari
 aspek pembuatan, pemasaran dan kemudahan perkhidmatan selepas
 jualan.


             Rushami Zien Yusoff (2005) mendefisikan kualiti dalam
 institusi pendidikan sebagai “pemimpin yang berkeupayaan untuk
 membentuk visi kualiti organisasi dan seterusnya merangsang
 barisan pekerja untuk memberikan komitmen sepenuhnya 14indicat
 perancangan dan pelaksanaan prinsip-prinsip kualiti ke dalam
 organisasi bagi mencapai matlamat kualiti yang ditetapkan secara
 berterusan”. Ibrahim Mamat dan Zaiton Hassan (2008) ,kualiti ialah
 kebolehan, ilmu, kemahiran, pengalaman dan jaringan yang dimiliki
 oleh      individu    untuk        menghasilkan    sesuatu   produk    atau
 perkhidmatan. ISO         9001:2000          mentakrifkan    kualiti   ialah
 keseluruhan ciri atau sifat-sifat sesuatu barangan atau perkhidmatan
 yang      dapat      memenuhi        kehendak     yang   dinyatakan    atau
 tersirat.Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (2004), antara
 ciri perkhidmatan berkualiti yang dapat memenuhi kehendak
 pelanggan ialah menepati masa, ketepatan fakta, layanan mesra,
 keselesaan, kecekapan, kebolehpercayaan dan mudah diperolehi.
 (PKPA 2004).


                               14
                   Jika kualiti pembuatan dinilai berdasarkan produk yang
      dihasilkan ,kualiti perkhidmatan pendidikan dinilai dari parameter
      „proses‟     bagi    mengukur     keberkesanan   sekolah      (Hoy   &
      Miskel,1996). Hoy dan Miskel (1996) membahaskan terdapat
      beberapa parameter „proses‟ seperti iklim sekolah, budaya sekolah,
      kepuasan kerja guru, komitmen guru, motivasi guru, efikasi guru,
      kompetensi guru dan pengupayaan guru merupakan Indikator utama
      mewujudkan pengajaran berkualiti di mana akhirnya menghasilkan
      pembelajaran dan pendidikan yang berkualiti . Dengan itu kualiti
      outcomes yang dihasilkan adalah bergantung sepenuhnya kepada
      kualiti pengajaran guru di dalam atau di luar bilik darjah.


                 Produk atau barangan dikatakan bernilai tinggi jika ianya
      mempunyai „quality of conformance’ di pasaran. Ini amat berbeza
      dengan perkhidmatan pendidikan kerana sektor ini mempunyai nilai
      „intangibility‟ yang paling tinggi jika dibandingkan dengan lain-lain
      perkhidmatan. (Shostack, G.L., 1997).         Maksudnya, pelanggan
      mempunyai pendapatan, pandangan dan penilaian yang berbeza-
      beza tentang perkhidmatan yang disediakan di sekolah.


                 Aktiviti „proses‟ memberi kesan penting dalam melahirkan
      kualiti outcomes.. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan
      Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah menetapkan garis panduan
      dalam mengkualitikan guru melalui satu standard guru dan
      digunapakai dalam menginstitusikan keprofesionalisma keguruan.


3.2      Standard Kualiti Guru Malaysia


                 Ibrahim Mamat (1998) menghuraikan pendidikan ialah
      usaha      memberi    ilmu    pengetahuan   kepada   manusia     untuk
      menjadikannya aman, tenteram dan bahagia. Mendidik melibatkan
                                   15
proses yang berterusan, dan melibatkan satu tempoh waktu yang
panjang.


          Proses mendidik membawa maksud proses yang berlaku
ketika pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik
darjah. Chen Ai Yuen (1990) menjelaskan , guru yang berkualiti
ialah mereka yang mengamalkan piawai spesifik dalam profesioan
perguruan. Antaranya mengetahui secara mendalam tentang topik
yang diajar,membuat refleksi, memberi komitmen dalam pengajaran
serta adil dalam memberi penilaian kepada murid. Laudon (1991) ,
menjelaskan untuk menjadi guru yang berkualiti dan berkesan, guru
perlu menguasai isi pengetahuan kandungan mata pelajaran yang
diajar. Berg (1988) mendapati guru yang mempunyai konsep-
kendiri    yang   tinggi    terhadap   keupayaan    mengajar    dapat
mempengaruhi      kemajuan      akademik   murid.     Good     (1990)
mengatakan bahawa dalam usaha untuk menyampaikan maklumat
kepada murid, guru hendaklah mendedahkan murid kepada
maklumat baru yang spesifik di samping membolehkan mereka
faham dengan mudah dan jelas.


          Dapatan kajian dari penyelidikan lepas menjelaskan kepada
kita bahawa kompetensi guru harus merangkumi pengetahuan isi
kandungan, kemahiran dan sikap dalam menghasilkan seorang guru
yang berkesan.Bertitik tolak kepada pengisian keperluan guru, maka
BPG telah merangka standard guru ke arah membina kerangka
kualiti guru . Alimuddin Hj Mohd Dom (2007), kualiti yang
dimaksudkan bukan sahaja meliputi kualiti proses tetapi kualiti
hasilnya (output) juga.(Standard Kualiti Guru,2007)




                           16
                     Keberkesanan sekolah boleh dicapai jika ada
    kesepaduan antara kompetensi guru dan efikasi guru . Dapatan
    kajian   telah      membuktikannya.(Bandura,1993;         Goddard,2000;
    Rusmini,2005; Hoy & Miskel,1996) . Rajah 1 menjelaskan standard
    kualiti yang guru perlu ada iaitu (S1) amalan nilai professional
    keguruan , (S2) Pengetahuan dan kefahaman , (S3) kemahiran
    pengajaran dan pembelajaran.




                 S1: Amalan Nilai Profesionalisma
                 Keguruan
STANDAR          S2: Pengetahuan dan Kefahaman
   D             S3: Kemahiran P&P


   ASAS                  -   Misi Nasional
PENENTUA                 -   Falsafah Pendidikan
    N                        Kebangsaan
STANDARD                 -   Falsafah Pendidikan Guru
                                                                               Modal
   DAN                   -   Tatasusila Profesion                Guru
                                                                 Kompeten      Insan
KEPERLUAN                    Keguruan                                          Unggul
                         -   Etika Kerja KPM

                     K1 : Kelayakan Masuk Program
                     Latihan Perguruan
KEPERLUAN            K2: Latihan , Pentaksiran dan
                     Penilaian
                     K3: Kolaborasi
                     K4 : Insfrastruktur dan Infostruktur
                     K5 : Jaminan Kualiti

                 Gambarajah 1 : Komponen Kualiti Guru
                   (Sumber : Standard Guru Malaysia)

               (S1) terdiri dari tiga domain iaitu pertamanya domain
    diri mencakupi pegangan nilai diri guru yang sedia ada ,
    diperkembangkan untuk mencapai matlamat sistem pendidikan
    negara. Keduanya ialah domain profesion , merujuk kepada
    pegangan    nilai    yang    patut   diamalkan   secara    telus   dalam
                                17
menjalankan tugasnya sebagai guru. Akhirnya domain sosial iaitu
guru sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam
masyarakat.


        (S2)    memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan
kefahaman      tentang    subjek    pengkhususan,     imu     pendidikan,
kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru .
(S3)   berfokuskan       kepada    kebolehan   guru   untuk     membuat
perancangan,     pelaksanaan       dan   penilaian    pengajaran     dan
pembelajaran akademik dan kokurikulum.


        Perkhidmatan pendidikan berhubungkait dengan „proses‟ ,
dan untuk memahami kandungan „proses‟ bukanlah perkara yang
mudah . Jika guru memahami dan menghayati „proses‟ , lebih pantas
menjadi guru berkesan dan berkarismatik sementara yang lain
sedang menuju ke arah „burn out’.(Mohammad Sani Ibrahim, 2007)
. Kajian yang dibuat oleh Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia mendapati, „proses‟ yang seharusnya dikuasai berfokuskan
pertamanya ialah kepada ilmu tentang pelajar dan bagaimana
mereka belajar dan berkembang dalam konteks sosial yang tertentu .
Keduanya ialah memahami kandungan subjek dan ketrampilan yang
perlu diajar selari dengan tujuan pendidikan.




                           18
                                        ilmu tentang pelajar & perkembangan
                                            mereka dalam konteks sosial:
                                                   1. pembelajaran
                                              2. perkembangan manusia
                                                      3. bahasa




                                                         Satu visi
                                                         amalan
                                                         profesional


                   Ilmu pengajaran: 1. kandungan                           Ilmu tentang subjek dan
                   termasuk pedagogi kandungan                          matamat kurikulum: matlamat
                                                                         pendidikan dan tujuan untuk
                    2. mengajar pelbagai pelajar                        ketrampilan isi kandungan dan
                    3. pengujian dan peperiksaan                                    bidang
                        4. pengurusan kelas




Gambarajah 2 : Kerangka Konseptual Untuk Memahami “Proses” P&P
               (Sumber : Jurnal IAB 25-27 Jun 2007)



             Bulatan 1 dalam Gambarajah 2 menerangkan tentang ilmu
 dan ketrampilan yang perlu dikuasai oleh guru-guru tentang pelajar
 dan proses pembelajaran, pembangunan dan penguasaan bahasa
 mereka. Untuk itu guru perlu mengintergrasikan keempat-empat
 komponen iaitu pelajar dan proses pembelajaran mereka, proses
 kognitif,    metacognitif         dan        memotivasikan               pelajar        supaya
 meningkatkan pengupayaan untuk mencapai proses pendidikan.


         Pembangunan insan ialah aktiviti-aktiviti pemahaman guru
 terhadap tingkahlaku, hubungan sosial dan tahap keintelektual setiap
                              19
pelajarnya . Ini sangat berguna untuk mengurus kelas secara efektif,
memberi       tugasan   yang   sesuai,   memberi   bimbingan    dan
meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Selain dari itu , laras
bahasa guru mestilah bersesuaian dengan umur pelajar. Kefasihan
dan kelancaran bahasa guru boleh menyelesaikan pelbagai perkara
dalam pengajaran dan menarik minat pelajar untuk mendekati guru.
Bulatan 2 menjelaskan ilmu tentang kandungan matapelajaran dan
matlamat kurikulum yang mesti dikuasai oleh guru. Ia melibatkan
proses menyusun kurikulum selaras dengan objektif pengajaran.
Guru juga perlu membina satu kurikulum yang koheran dan
responsive kepada keperluan pelajar.


          Bulatan 3 berkaitan ilmu tentang proses pengajaran yang
melibatkan kemahiran mengajar guru. Empat bidang ilmu dan
ketrampilan yang penting dalam proses ini ialah ilmu kemahiran
pedagogi, ilmu bagaimana hendak mengajar murid yang pelbagai,
ilmu tentang pengujian dan peperiksaan dan ilmu kemahiran
mengurus bilik darjah supaya aktiviti bilik darjah lebih terurus dan
bertujuan.


             Gambarajah 2 di atas ialah kerangka konseptual untuk
memahami proses pengajaran dan pembelajaran . Kemahiran
memahami konseptual „proses‟ ini melahirkan guru-guru yang
berkompetensi tinggi . Dengan kemahiran ini juga , pengajaran di
bilik darjah dapat dilakukan dengan berkesan selama tempoh
pembelajaran pelajar samada di peringkat rendah atau menengah.
Akhirnya dengan kompentensi guru ini , dapat melahirkan murid
yang mempunyai nilai-nilai „towering personality’ .




                         20
3.3 Prinsip-prinsip KPI


3.3.1 Pendahuluan
                Kualiti dinilai berdasarkan pencapaian murid dan tahap
     kompetensi guru. Aspek pencapaian akademik murid,pembentukan
     sahsiah, dan kompetensi guru adalah intipati „proses‟ kepada kualiti.


            Dalam mengukur tahap kualiti dalam perkhidmatan, kerajaan
     telah memperkenalkan dasar-dasar meningkatkan kualiti melalui
     pekeliling-pekeliling perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam.
     Untuk membincangkan prinsip kualiti dalam pendidikan, saya
     memilih prinsip Key Performance Indicator (KPI) sebagai indikator
     pengukuran. KPI digunapakai selaras dengan Surat Pekeliling
     Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2005 yang telah diedarkan ke semua
     institusi pendidikan.


            Menurut Story (2002)           sistem pengukuran prestasi
     menggunakan KPI harus diamalkan dalam organisasi pendidikan
     sebagai satu strategi pengurusan. Sharifah (2000), KPI penting
     kerana terdapat persepsi serta nilai yang berbeza daripada pelbagai
     pihak terhadap keberkesanan sekolah.




     3.3.2 Definisi KPI


                F. John Reh (2004) menjelaskan KPI adalah suatu
     parameter yang boleh diukur , yang telah dipersetujui bersama, dan
     yang akan mencerminkan kejayaan sesuatu organisai. KPI adalah
     penunjuk kejayaan yang membantu organisasi mentaktif dan
     mengukur kemajuan pencapaian matlamat. Ringkasnya KPI adalah
     kaedah mengukur pencapaian matlamat.
                             21
        KPI adalah satu sistem pengukuran yang mudah, berkesan
dan membantu organisasi menjelaskan dan mengawal tahap
kemajuan sesuatu proses perkhidmatan yang disampaikan kepada
pelanggan selaras dengan misi dan visi sesebuah organisasi
(PKPA,2005). Prinsip-prinsip KPI ialah meletakkan sasaran , boleh
diukur dengan angka, diukur dalam keadaan normal dan selaras
dengan misi dan visi organisisi. Maklumat ini akan digunakan
sebagai tanda aras yang akan menjadi komponen utama sesebuah
organisasi bagi mencapai konsep amalan terbaik. KPI adalah ukuran
spesifik dalam bidang tertentu prestasi organisasi. Tujuan KPI
adalah untuk memberikan pengukuran ke atas faktor-faktor utama
yang akan memberikan kejayaan jangka panjang kepada organisasi.
Untuk KPI berfungsi dan memberikan faedah kepada organisasi,
ianya harus diukur secara berterusan dan mempunyai hubung kait
dengan bidang yang ingin dilakukan penambahbaikan.




                       22
                   3.3.3. Modul KPI


                                         VISI DAN MISI




                                  Tetapkan Perkhidmatan Teras



                                     Tentukan Proses Utama




                                  Kenalpasti Perkhidmatan yang
                                          Disampaikan

                                                                                                   Perkhidmatan
                                                                                                       yang
                                                                                                  memuaskan hati
                               Wujudkan KPI dan tetapkan Sasaran                                    pelanggan
                                           Prestasi


                                     Ukur dan Nilai Prestasi
                                                                         Kaji semula prestasi




Nilai secara berterusan
                                      Pantau Tahap Prestasi




                                      Tambah baik Prestasi



                                Dapatkan maklum balas pelanggan




                      Gambarajah 3: Model Pengukuran Prestasi Agensi Kerajaan Berasaskan Proses
                   (sumber : Pekeliling Perkhidmatan Pentadbiran Awam , Bil .1 Tahun 2005)




                                               23
Tahap Prestasi




                                                                                                            Langkah 4
                                                                             Tambah baik prestasi




                                                          Pantau tahap prestasi         Langkah 3

                                                                                                    Penambahbaikan
                                                                                                    berterusan

                                        Ukur dan nilai prestasi        Langkah 2




                 Wujudkan KPI dan tetapkan          Langkah 1
                         sasaran




                                                                                                           Masa


         Gambarajah 4 :Langkah-langkah Untuk Mewujudkan KPI dan Melaksanakan
                                  Pengukuran Prestasi
                      (Sumber : Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ,IAB)




     3.3.4 Prinsip-Prinsip Asas Pengukuran Prestasi


                       Tujuan KPI untuk mengukur prestasi dan penyampaian
       sesebuah organisasi. Elemen KPI mencakupi aspek kecekapan dan
       keberkesanan proses-proses utama dalam menghasilkan dan
       menyampaikan perkhidmatan utama kepada pelanggan serta aspek
       kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan yang diterima
       (PKPA,2005).


                       Perlaksanaan          Pengukuran              prestasi       memerlukan
       pembinaan            KPI       dan       sasaran           prestasi        sebagai      asas
       pengukuran.Sasaran prestasi yang ditetapkan mengambil kira :


                                        24
a. keupayaan proses yang meliputi aliran kerja, keperluan sumber
manusia ,kewangan, peralatan, infrastruktur yang sesuai serta
kepuasan dan kehendak pelanggan.
  b.       Kehendak, ekpektasi dan maklumbalas pelanggan atau
sasaran prestasi yang ditetapkan hendaklah memenuhi ciri SMART
(specific, measurable, achievable, realistic and time bound .
SMART berbentuk ratio, peratus, angka,‟rating‟(CPGA 3 ke atas),
„ranking‟ (Top 10,Best in the world), „Total number/cost/kuantiti,
level of achievement.


        Gambarajah 5 menjelaskan bagaimana KPI digunakan
dalam sesuatu organisasi perkhidmatan. Input ialah sumber yang
terdapat dalam sesebuah organisasi dan berkaitan secara langsung
untuk menghasilkan output yang dinilai berdasarkan perkhidmatan
atau barangan yang dihasilkan atau outcomes yang menjurus kepada
sumber manusia. Contohnya organisasi pendidikan, ianya diukur
berdasarkan jumlah pelanggan yang menerima perkhidmatan atau
jumlah perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.Pelanggan
mencakupi pelanggan luaran dan dalaman.




                        25
         Are
    inputs we doing things right?                                    Are we doing the right things?



  People                                                                     results
                                     Process/activiti




  System             aktivity            aktivity         aktivity           Output/outcome




                                                Proses                        Result
Information                                    measures                      measures


                Inputs
               measures


                                                                                   Performance
                                                                                    measures




               Gambarajah 5 : Develop Results and Process Measures
Sumber : http://www.scribd.com/doc/4653682/panduan pembinaan -KPI-




           Tahap kecekapan organisasi berdasarkan kepada kos, unit
 kos atau kuantiti perkhidmatan yang digunakan dalam menghasilkan
 outcomes atau outputs.Kuantiti Outcomes merupakan pencapaian
 sebenar yang diberikan dalam sesebuah organisasi, biasanya diukur
 dengan membandingkan antara                  pencapaian sebenar dan sasaran
 yang ditetapkan .


3.3.5 Bagaimana Membina KPI?


 3.3.5.1 Rujuk kepada Gambarajah 3; langkah 1-5 , dimulakan
 dengan membina visi , misi matlamat dan objektif organisasi
 berdasarkan mandat dan punca kuasa. Dalam sektor pendidikan
                                26
biasanya     pencapaian     peperiksan   awam,     niche   sekolah,
kecemerlangan kokurikulum atau pencapaian cemerlang yang paling
tinggi yang dicapai samada peringkat daerah, zon , negeri atau
kebangsaan      digunakan untuk membina hala tuju sekolah.
Seterusnya kita dikehendaki mengenalpasti dan menyenaraikan
sasaran yang hendak dicapai berdasarkan kepada objektif .KPI
merupakan satu proses pencapaian jangka panjang.


          Diikuti dengan membina objektif iaitu apa yang hendak
dicapai. Objektif boleh dibina lebih dari satu .Setiap objektif
dipadankan dengan strategi yang dirancang untuk mencapai sasaran
yang ditetapkan..Kita juga perlu merangka apakah indikator yang
digunakan bagi mencapai objektif. Indikator adalah merujuk kepada
perkara-perkara yang hendak diukur berdasarkan SMART. Indikator
boleh berbentuk kualitatif atau kuantitatif dan mengukur inputs,
perkembangan progress atau output. Tetapkan target .Target ialah
sasaran yang hendak dicapai.Ia bersifat anjal ; samada dalam jumlah
yang kecil, besar atau kedua-duanya.Results ialah pencapaian
sebenar yang diperolehi.


3.3.5.2    Rujuk Gambarajah 4 : Proses mewujudkan KPI dan
menetapkan sasaran iaitu proses mengukur dan membina dan
menilai prestasi . Langkah ini menjurus kepada membina
perhubungan antara isu strategik, matlamat Strategik, Objektif , KPI
dan Sasaran Prestasi . Jadual 2 dan jadual 3 di bawah menjelaskan
perkaitan elemen-elemen tersebut.




                           27
  Jadual 2 : Membina Matlamat Strategik, objektif , KPI dan Menetapkan sasaran
   MATLAMAT             OBJEKTIF         KPI                                SASARAN
   STRATEGIK
   KURIKULUM                                                TOV       „10       „11        „12
                                                            „09
   Meningkatkan         Meningkatkan     %      keputusan   78.5 %    81.6%     83.6%      84.6%
   kecemerlangan        pencapaian       pencapaian UPSR
   akademik             cemerlang
                        dalam UPSR




            Jadual 3: Membina Isu strategik, Matlamat, KPI dan objektif


  ISU STRATEGIK        MATLAMAT         OBJEKTIF        KPI                    SASARAN
      BIDANG           STRATEGIK
   KURIKULUM
                                                                     TOV       „10      „11        „12
                                                                     „09
     Pencapaian        Meningkatkan     Mendapat     % kelulusan
   akademik murid      kecemerlanga       84.6%      keseluruhan     78.5      81.6     83.6     84.6
   masih lagi belum     n akademik      kelulusan
      cemerlang           pelajar         UPSR
                                        (kuantiti)

                                        Dan 40%       % pelajar      36 %      38%      39%      40%
                                         pelajar      mendapat
                                        mendapat        5A
                                          5A
                                        (kualiti)


3.3.5.6    Gambarajah 4 , langkah 2 iaitu melaksanakan pengukuran
penilaian prestasi ialah tindakan yang dipertanggungjawabkan kepada
ketua atau pengerusi sesuatu organisasi atau unit. Tindakan yang perlu
diambil dengan mengumpulkan data mengenai pencapaian sebenar bagi
setiap KPI. Buat perbandingan antara pencapaian sebenar dengan
sasaran prestasi bagi setiap KPI yang ditetapkan . Untuk mendapat
lebih jitu, perbandingan antara kedua KPI tadi dikira dalam bentuk
peratus.    Buat      analisis    dan    rumusan      pencapaian       bagi      setiap
perkhidmatan. Akhir sekali , sediakan laporan prestasi berdasarkan
kepada :



                                 28
          Analisis pencapaian sasaran prestasi setiap perkhidmatan
          Analisis jurang
          Punca berlakunya jurang


Lihat Jadual 4 dan Jadual 5 adalah contoh hubungan KPI dan penilaian
prestasi dinilai atau diukur.


             Jadual 4 : Contoh pelaporan Tahap Pencapaian Prestasi :
                              Bidang : KURIKULUM

Visi :                                            Misi:
Matlamat                                          Objektif:       Mengadakan     mesyuarat
                                                  kurikulum sekolah mengikut jumlah
                                                  kuantiti ujian dan peperiksaan
KPI                    Sasaran Prestasi           Pencapaian sebenar    Catatan
Jumlah     mesyuarat   4 kali setahun             3 kali setahun        Tidak         mencapai
pengurusan             (2 kali setiap semester)                         sasaran kerana tarikh
kurikulum                                                               mesyuarat diisi dengan
                                                                        program LDP/ guru
                                                                        terlibat dengan OUM


              Jadual 5 :Contoh pelaporan Tahap Pencapaian Prestasi
                        Bidang : HAL EHWAL PELAJAR

Visi :                                            Misi:
Matlamat                                          Objektif Pelajar hadir ke kelas tambahan
                                                  mengikut takwim perancangan
KPI                     Sasaran Prestasi          Pencapaian sebenar        Catatan
                                                                            Melebihi
% kehadiran pelajar                                                         pencapaian kerana
                        35/41 = 85%               Purata hadir sebulan 38
dalam aktiviti kelas                                                        penguatkuasaan
                                                  orang
tambahan                % pelajar hadir                                     disiplin        dan
                                                  92.68%
                                                                            tindakan sekolah
                                                  +7.68%
                                                                            memohon
                                                                            kerjasama waris




                                 29
   3.3.5.7 Rajah 4 , langkah 3 iaitu tindakan ketua jabatan mengambil
   langkah-langkah      mewujudkan KPI dan melaksanakan tahap
   prestasi. Sebagai ketua jabatan, kita hendaklah mengkaji dan
   menganalisis sasaran dan pencapaian sebenar dengan memberi
   fokus kepada      lima perkara iaitu (1) pencapaian setiap prestasi
   perkhidmatan yang disediakan, (2) tahap kepuasan pelanggan, (3)
   mengenalpasti masalah, isu dan jurang yang wujud. (4) keperluan
   sumber manusia, peralatan dan kelengkapan. (5) mengambil
   tindakan untuk meningkatkan keupayaan proses-proses untuk
   mencapai sasaran yang dikehendaki


           Dalam peringkat ini, jika pencapaian tidak mencapai
   sasaran yang ditetapkan , ketua jabatan perlu bertindak dengan
   berfokuskan kepada tindakan penambahbaikan dengan memberi
   tumpuan kepada
1. Peningkatan kecekapan dan keberkesanan proses „reenginering‟ dan
   pelaksanaan ICT
2. Perlaksanaan penyelidikan , pembangunan dan inovasi.
3. Penurunan kuasa
4. Peningkatan kompetensi
5. Penggunaan sumber manusia secara optimum
6. Penyediaan peralataan atau kelengkapan yang mencukupi


   3.3.5.8 Rajah 4 , langkah 4 iaitu langkah-langkah mewujudkan KPI
   dan melaksanakan pengukuran prestasi . Tindakannya dengan
   melaksanakan penambahbaikan yang diputuskan dalam 3.3.5.7 di
   atas. Semua pelaksanaan penambaikan yang dibuat hendaklah
   dilaporkan setiap tiga bulan sekali. Langkah 2 hingga 4 hendaklah
   diberi perhatian kerana inilah langkah-langkah yang pelu dikaji dan
   disesuaikan untuk mencapai keberkesanan perkhidmatan.


                            30
            Kandungan pelaporan KPI sebagai alat pengukuran kualiti
 terdiri dari :
      1. pernyataan visi dan misi organisasi
      2. pernyataan matlamat
      3. pernyataan objektif yang berkaitan          dengan   matlamat .
         (Contohnya satu matlamat ada 3 objektif)
      4. senarai strategik yang berkaitan dengan objektif yang berkenaan
      5. pengukuran prestasi : KPI, sasaran dan data perstasi ,
         perlaksanaan strategik
      6. analisa jurang prestasi
      7. cadangan      tindakan    :   pembetulan   atau   penambahbaikan
         berterusan.


           Sebagai rumusan perbincangan di atas, penggunaan KPI
 sebagai alatan pengukuran dalam organisasi pendidikan difokuskan
 kepada tiga perkara , iaitu :
(1)    menjelaskan hala tuju organisasi. Melalui pembinaan KPI, warga
sekolah dapat menyedari perkara-perkara penting dan patut diberi
perhatian dalam menjayakan visi dan misi sekolah. Sistem pengukuran
prestasi yang baik akan memberikan gambaran yang jelas mengenai
pengukuran sesuatu matlamat berdasarkan kepada perancangan
strategik sekolah. Setiap warga sekolah akan mengenal pasti dan
menghubungkaitkan sasaran kerja tahunan individu dan sasaran kerja
tahunan panitia dengan perancangan strategik sekolah dan seterusnya
dapat menentukan sama ada sasaran yang ditetapkan itu telah tercapai
atau tidak. Dengan adanya komitmen pihak sekolah terhadap
pengukuran, ianya akan dapat membentuk satu budaya yang
mementingkan pencapaian iaitu setiap individi bekerja ke arah
mencapai visi dan misi sekolah. Kegagalan menghasilkan sistem
pengukuran yang betul akan memberikan kesan yang ukuran kepada


                             31
prestasi organisasi. Ini menyebabkan segala usaha ditumpukan kepada
perkara-perkara tidak produktif dan merugikan masa.
(2) dengan     mengaplikasikan sistem KPI sekolah akan dapat
memberikan tumpuan kepada bidang-bidang utama yang disampaikan
kepada ibu bapa dan pihak berkepentingan. Penggunaan KPI dapat
membantu sekolah dalam menentukan tindakan yang perlu diambil.
Sistem pengukuran KPI bersifat dinamik. Pengukuran secara tekal akan
dapat membantu sekolah mengenal pasti perkara-perkara yang
menghalang keberkesanannya.
(3) membolehkan sekolah menilai semula sasaran yang telah
disasarkan. Kesesuaian strategi yang telah diimplementasikan juga
boleh dinilai semula . Melalui KPI, tindakan-tindakan pembetulan dan
penambahbaikan boleh dilakukan. Prestasi sekolah dapat dimantapkan
dengan membuat perbandingan pencapaian masa lalu semasa dan akan
datang.


          Keseluruhannya KPI dapat membantu sekolah dalam proses
penambahbaikan melalui tumpuan kepada hala tuju , penumpuan
kepada bidang-bidang utama yang disampaikan kepada pelanggan dan
penilaian semula prestasi yang telah disasarkan.




                          32
                  4. Huraian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)




                                 PENDEKATAN
                                  Kesemarataaan Peluang
                                   Pendidikan
                                  Kecemerlangan Institusi

ASAS PEMBANGUNAN
 Misi Nasional
 Dasar-Dasar
  Pembangunan Negara
 Dasar Pendidikan
  Kebangsaan                     PENDEKATAN TERAS STRATEGIK
 Islam Hadhari                  PIPP
 Pelan Intergriti Nasional       Membina Negara Bangsa
                                  Membangunkan Modal Insan
                                  Memperkasakan Sek
                                   Kebangsaan
                                  Merapatkan jurang pendidikan
                                  Memartabatkan Profesion             MATLAMAT
                                   Keguruan                        Pendidikan Berkualiti
                                  Melonjakkan Kecemerlangan              Untuk
                                   Institusi Pendidikan                   Semua
 TERAS PEMBANGUNAN
 PENDIDIKAN
  Akses
  Ekuiti
  Kualiti
  Kecekapan Dan                 FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN
   Keberkesanan                   Kerjasama Dan Komitmen
   Pengurusan Pendidikan           Warga Pendidikan
                                  Kerjasama Dan Komitmen Pihak
                                   Berpentingan
                                  System Penyampaian
                                   Pendidikan
                                  System Pemantauan Dan
                                   Penilaian




          Gambarajah 6 : Kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
          (Sumber : Pelancaran PIPP : 2006)




                                   33
      Gambarajah 6 menjelaskan Pelan Induk             Pembangunan
Pendidikan(PIPP)    dilancarkan pada 16 Januari 2007 . PIPP
mempunyai enam teras strategik bagi memperkukuhkan sistem
pendidikan negara. Teras-teras dalam PIPP dihuraikan seperti di
bawah:


Teras 1: Membina Negara Bangsa –
      KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal
persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara
serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian
bangsa. Hasrat ini dicapai melalui memperkasakan Bahasa Melayu,
meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan aktiviti RIMUP
(Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan) serta menggalakkan
aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta
menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.


Teras 2: Membangun Modal Insan-
      KPM akan memberikan tumpuan kepada sistem nilai, aspek
disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Pelajar yang bakal
dilahirkan berkompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan
kreatif serta kebolehpasaran. Sistem peperiksaan berfokuskan
kepada sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin
pelajar kepada 3K (kebersihan, kesihatan dan keselamatan)


Teras 3: Memperkasa Sekolah Kebangsaan-
      Mencakupi rendah dan menengah dan menjadikan sekolah ini
menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Dilengkapkan dengan
kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan
air dan elektrik serta kemudahan ICT, guru terlatih yang mencukupi
serta mengikut opsyen .


                          34
       Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan-
         Penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan antara
lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap
keupayaan pelajar. Kesemua ini untuk mengurangkan perbezaan
dari segi kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan
keciciran. Fokus utama membangunkan insfrastruktur di luar
Bandar    termasuk    Sabah   dan    Sarawak     sekurang-kurangnya
mempunyai standard yang minimum. Bantuan kepada murid miskin,
berkeperluan khas, kaum minoriti, mengurangkan jurang digital,
dan bekalan guru mencukupi.


Teras 5: Memartabatkan Profesion Guru –
       Tujuan bagi memastikan profesion dihormati dan dipandang
tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam
membina generasi masa depan. Untuk itu Institut perguruan dinaik
taraf dan kelayakan guru diperingkatkan ke Ijazah. Pemilihan dan
kebajikan guru juga akan dipertingkatkan.


Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan-
       Kecemerlangan dibentuk melalui kluster kecemerlangan
sekolah berasaskan akademik, kokurikulum, sukan atau niche areas.
Sekolah yang terpilih mendapat keistimewaan seperti dirangkaikan
dengan institusi ternama tempatan dan luar negara, peperiksaan
peringkat antarabangsa, menjadi sekolah contoh . Sekolah ini juga
menjadi penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa.


PIPP dilaksanakan dengan dua pendekatan iaitu:
1. Menyamaratakan peluang pendidikan untuk semua
2. Melonjakkan       kecemerlangan   institusi   pendidikan   dengan
mewujudkan kluster kecemerlangan.


                         35
Kedua-dua pendekatan ini adalah selaras dengan hala tuju dan
aspirasi kerajaan masa kini.


       PIPP sudah sampai hampir sampai ke penghujungnya.
Menjelang tahun 2010, kesemua kerangka strategi dan program
yang dirancang dapat dijalankan dengan baik dan mencapai sasaran
yang dikehendaki. Sejak dilancarkan hingga ke hari ini, sejauh
manakah usaha-usaha telah dibuat untuk mencapai pendekatan yang
dinyatakan? Apakah indikator yang digunapakai dalam menentu
kejayaan PIPP telah mencapai hasrat dalam Wawasan 2020?


       Pada 20 Julai 2009 yang lalu, Bengkel KajianSemula PIPP
telah diadakan dan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pendidikan . Bengkel ini diadakan untuk
menilai , mengkaji dan berusaha untuk membuat penambahbaikan .
PIPP adalah penentu keberkesanan dan kejayaan misi, visi , dan
perancangan strategi KPM.


       Dalam FPK, hasrat yang dinyatakan dalam pendidikan ialah
melahirkan masyarakat yang berpengetahuan, berketrampilan,
mempunyai jati diri, bersifat progresif , kreatif dan berinovatif .
Ciri-ciri warganegara Malaysia yang diharapkan ini dapat dicapai
melalui pendidikan yang berterusan dan berkualiti .Pendidikan yang
berkualiti bukan sahaja dapat memenuhi hasrat negara malahan
dapat melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang mampu
bersaing di persada dunia yang kompleks dan mencabar. Melalui
sistem pendidikan kebangsaan, outcome yang dilahirkan nanti ialah
murid yang berkualiti dan sekurang-kurangnya memiliki dan
mengamalkan     tiga Q iaitu Intelektual Quotient (IQ), Emotional
Quotient (EQ) dan Social Quotient (SQ).


                        36
       Teras keempat dalam PIPP, merapatkan jurang pendidikan
dengan memberi fokus untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu      pengetahuan,        berakhlak   mulia,     bertanggungjawab,
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri . Elemen ini memberi
sumbangan ke arah pembentukan keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara. KPM memberi penekanan khusus kepada
perkembangan pendidikan sekolah-sekolah di luar bandar dan
kawasan pedalaman dengan mengurangkan pengasingan sosial
demi mengelakkan ketidaksamarataan sosial.


       Dalam merealisasikan hasrat murni ini, KPM telah merangka
dan menyediakan program yang berbeza dan bersepadu untuk
dilaksanakan di sekolah-sekolah di kawasan berkenaan. Program ini
mencakupi naik taraf prasarana, insfrastruktur, infostruktur. Juga
peningkatan      kualiti    pendidikan       guru     sebagai   pemangkin
kecemerlangan pendidikan di kawasan luar bandar. Antara yang
disediakan     ialah   kemahiran       teknologi      maklumat,   peluang
pembelajaran elektronik dan jarak jauh dan menyediakan sumber
pembelajaran digital . Kesemua yang bakal dilaksanakan dalam
PIPP ini nanti memberi ruang dan peluang kepada murid untuk
mengakses maklumat dan pengetahuan melalui teknologi. Dengan
penambahbaikan prasarana di kawasan luar bandar , akan
meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan di luar bandar.


       KPM juga memberi fokus dalam menyediakan kemudahan
untuk pendidikan prasekolah di kawasan orang asli dan Penan.
Jumlah sasaran yang ditetapkan ialah 2348 buah prasekolah di
kawasan luar bandar akan didirikan.            Dalam merapatkan jurang
digital tumpuan diberikan dalam penyediaan infrastruktur, perisian
dan latihan ICT. Sasaran yang ditetapkan ialah 2257 buah makmal
komputer, 3600 buah pusat akses akan didirikan. Sekiranya tercapai,
                            37
seramai 2.8 juta murid di kawasan luar bandar dapat menikmati
kemudahannya.


       Segala usaha yang telah dan bakal dilakukan oleh KPM ini
adalah demi memastikan peratus keciciran murid di kawasan
pedalaman dan terpencil dapat dikurangkan. Dapatan menunjukkan
seramai 125,000 orang anak-anak yang tinggal di kawasan
pedalaman sepatutnya mengikuti pendidikan rendah              tidak
bersekolah . Berasaskan kepada jumlah ini, KPM berpendapat
masalah ini perlu diselesaikan dengan memastikan semua murid
diberi peluang dan berkeupayaan yang sama sama untuk mengakses
pendidikan.       Selain dari itu, usaha juga dilipatkan untuk
menyediakan infostruktur supaya jurang digital dapat dirapatkan.
Sejajar dengan penyediaan infostruktur , guru dan murid juga
hendaklah diperlengkapkan dengan kemahiran mengakses maklumat
dan pengetahuan melalu teknologi yang disediakan              untuk
meningkatkan pengetahuan .


        Jika kesemua infostruktur dan infrastruktur telah disediakan
, adakah PIPP dapat dicapai sepenuhnya? Pendidikan tidak akan
tercapai dan FPK juga akan kecundang jika kualiti pendidikan tidak
diberi keutamaan. Matlamat utama pendidikan ialah untuk
mempersiapkan murid dengan ilmu pengetahuan,kemahiran dan
perspektif bagi membolehkan mereka bersaing di dunia yang
kompleks dan mencabar. Kesemua ini boleh dicapai melalui
pendidikan yang berkualiti. KPM mestilah perteguhkan iltizam dan
melonjakkan usaha untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan.


        Kualiti    Pendidikan   merangkumi    elemen    penyediaan
kurikulum, buku teks yang berkualiti, memantapkan latihan guru,
menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan
                        38
 murid belajar mengikut bahasa yang mereka fahami. Elemen-
 elemen ini merupakan asas kepada membina pendidikan yang
 berkualiti.


         PIPP memberi fokus kepada pendidikan yang berkualiti .
 Pendidikan perlu dinamik dan terus maju ke hadapan. Pendidikan
 berkualiti menjadi tunjang dan wadah penting kepada :
     “pembinaan negara bangsa, pembangunan modal insan,
     menyemai dan       memupuk perpaduan pelbagai kaum
     ,pemangkin utama yang mampu mendidik anak bangsa
     berfikir dan melewati sempadan kaum masing-masing”.


           Demi memastikan PIPP mencapai sasaran yang ditetapkan,
 kesemua warga pendidik hendaklah menggemblengkan tenaga dan
 melipatkan gandakan usaha bagi menghadapi cabaran . Anjakan
 bersifat futuristik berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi
 dengan dimulakan oleh pembuat dasar di KPM hinggalah ke
 pelaksana dasar di sekolah iaitu para guru. Untuk memastikan
 kesemua tenaga digerakkan, tindakan asas yang perlu dilaksanakan
 ialah berfikir dan bertindak secara positif dalam memenuhi
 tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan. Kesuntukan masa ini,
 PIPP dapat dicapai jika kesemua warga pendidikan membuat
 lonjakan berganda atau leap-frog.


5.   Hubungan Antara Amalan Prinsip Kualiti Dan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan


          Bahagian    ini    membincangkan       tentang   peranan   dan
 tanggungjawab pemimpin organisasi mengamalkan dan menerapkan
 prinsip-prinsip   kualiti        untuk   memastikan   PIPP   mencapai
 objektifnya. Dalam ucapan perasmian Bengkel Kajian Semula PIPP,
                             39
Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pendidikan KPM telah mensasarkan peningkatan kualiti
berlandaskan    kepada     penyediaan          kurikulum,     buku   teks,
memantapkan     latihan    guru,        menyediakan     pengajaran    dan
pembelajaran yang kondusif dan murid belajar mengikut bahasa
yang mereka fahami. Elemen-elemen ini merupakan asas kepada
membina pendidikan yang berkualiti ke arah melahirkan modal
insan cemerlang dan kebolehpasaran.


        Sebagai penjawat awam. kita hendaklah berpegang kepada
empat aspek etika kerja dalam pengurusan organisasi Perkhidmatan
Awam ialah nilai-nilai kualiti, akauntabiliti, pengurusan masa yang
berkesan serta membuat keputusan yang berkesan. Nilai-nilai kualiti
merangkumi      nilai     intergriti,      profesionalisma,     kejujuran
intelektual,neutraliti, kepemimpinan, bekerjasama, kreativiti dan
inovasi, berorientasikan pelanggan, pengurusan diri dan kemajuan
diri. Proses memahami dan melaksanakan etika kerja ini dapat
meningkatkan prestasi diri dan organisasi.


       Perkhidmatan       Awam          yang    berkualiti    memerlukan
pengurusan berkualiti bagi menghasilkan               perkhidmatan dan
keluaran secara efektif. Kejayaan organisasi Perkhidmatan Awam
untuk mencapai kualiti dan kecemerlangan yang diharapkan terletak
pada kecekapan dan keupayaan pengurusan sumber manusia yang
menganggotai Perkhidmatan Awam .(Wan Azmi Ramli, 1996)


       Kini sistem pendidikan di mana jua sedang menghadapi
cabaran-cabaran globalisasi dan inovasi dalam bidang teknologi.
Malaysia juga tidak terkecuali . Apa juga pembaharuan kepada
pendidikan guru perlu ditafsir dan difahami supaya strategi yang
dirangka dapat memperseimbangkan sistem persekolahan secara
                          40
keseluruhannya untuk memenuhi keperluan-keperluan K-ekonomi
yang bercorak global. Apabila Malaysia menjadi sebuah negara
maju, masyarakat Malaysia akan menjadi „urbanized, industrialized
and modernised’


       Berdasarkan senario di atas , jelaslah bahawa negara perlu
melatih dan membekalkan guru yang mempunyai ilmu pengetahuan,
berkualiti, berketrampilan, bersahsiah, harmonis, berakhlak mulia
serta bersikap positif, dedikasi, berdisiplin, dan mempunyai jati diri
untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut. Semua institusi
keguruan sama ada fakulti pendidikan di universiti atau institut
pendidikan guru (IPG) adalah dipertanggungjawabkan untuk
melahirkan guru yang unggul, anggun dan cemerlang yang dapat
memberikan pendidikan yang bermutu selaras dengan keperluan
negara maju. Ini adalah kerana , „The crucial agent of change in the
evolution of our education system to meet the challenges of the 21’
century, is and will always be, the noble teaching profession’
                              (New Straits Times, 24 Mac 1990, ms 7)


        Enam teras PIPP merupakan cabaran penting yang perlu
dicapai oleh KPM. Guru adalah asset utama yang diberi perhatian dan
penentu kepada kejayaan kualiti outcome.KPM mampu dan yakin
boleh menyelesaikan isu-isu berkaitan melengkapkan prasarana,
fizikal, infsturktur dan infostruktur tidak kira samada di luar bandar
atau kawasan pedalaman. Sekolah yang dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan tercanggih belum lagi dapat dikatakan berkualiti kerana,
Yang Berbahagi Ketua Setiausaha KPM , menyatakan bahawa :




                         41
“di KPM , indikator ukuran kualiti adalah imbangan antara dua
elemen iaitu kepentingan pelanggan iaitu guru-guru, ibu bapa dan
murid dan kepentingan KPM iaitu pendidikan berkualiti untuk
rakyat.
                           (Sumber : Majalah Pendidik, Bil 17-2005).


          Pernyataan di atas memberikan gambaran bagaimana
sukarnya menilai kualiti pendidikan kerana ianya bersifat terlalu
subjektif. . Ini adalah kerana terdapat persepsi serta nilai yang
berbeza daripada pelbagai pihak terhadap keberkesanan sekolah.
(Sharifah,2000) . Selain dari memenuhi kepuasan pengguna dan
pelanggan, kualiti juga dinilai berdasarkan kehendak-kehendak
stake holder.


          Hala tuju, matlamat, objektif dan strategi organisasi yang
dirancang boleh dicapai jika setiap pengurus sekolah dan institusi
pendidikan mempunyai kecekapan dan keupayaan dalam mentadbir
urus pengurusan sumber manusia yang dipimpinnya. Maksudnya
jika di sekolah, Guru Besar atau Pengetua adalah pemimpin yang
semestinya boleh memberi momentum dan membina paradigma
supaya guru di bawah seliaannya mempunyai dan menghayati empat
teras etika perkhidmatan awam, menjalankan aktiviti „proses‟ untuk
mencapai objektif pengajaran , berusaha dengan bersungguh-
sungguh untuk menyediakan pembelajaran murid yang kondusif,
serta memahami standard kualiti guru seperti yang dikehendaki oleh
BPG . Kesemua kekuatan dan peluang digemblengkan dalam
organisasi dan dilaksanakan secara bersama antara pemimpin
sekolah dan warga guru supaya dapat memenuhi jangkaan dan
persepsi yang dikehendaki oleh pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
Sebagai seorang pengurus sekolah, gemblengkan kelima-lima kuasa


                          42
; ganjaran, paksaan, sah, rujukan dan pujukan dengan menggerakkan
sumber-sumber dalaman ke arah membina hala tuju organisasi.


        KPI    digunakan    berikutan   dari       perubahan    paradigma
masyarakat ,menyebabkan banyak tuntutan dan harapan yang tinggi
terhadap sekolah. Kecemerlangan akademik, kokurikulum, disiplin
yang baik, amalan-amalan pengurusan , kepimpinan , kompetensi
guru yang tinggi memerlukan komitmen yang tinggi . KPI
mempunyai satu indikator ukuran yang baik untuk melihat dan
membandingkan prestasi sekolah. KPI juga dapat mengesan segera
kelemahan yang berlaku di sekolah berada di bawah pencapaian .
Jika ini terjadi , strategi penambahbaikan sistem perlu diwujudkan
untuk meningkatkan keberkesanan sekolah.


        Sekolah perlulah menggariskan aspek-aspek perkhidmatan
utama dan fungsinya yang boleh menyumbang kepada keberkesanan
sekolah seperti pengurusan kurikukum dan pengajaran, disiplin,
kepimpinan, perkembangan staf, pengurusan kewangan, pengurusan
persekitaran    sekolah     dan   pengurusan         hubungan     dengan
pelanggan.Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada
keberkesanan sekolah, faktor-faktor ini perlu dianalisis untuk
mengasingkan antara utama dan faktor kritikal. Faktor kritikal ialah
faktor yang akan menyebabkan kegagalan kepada pencapaian utama
sekolah   (Kelly,2001).     Lakukan     aktiviti     sumbangsaran    dan
perbincangan bersama pengurus sekolah dan guru-guru untuk
mencari dan menganalisis:
a.   kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang untuk menentukan
faktor-faktor yang menyumbang kepada keberkesanan sekolah
b. Faktor-faktor kritikal yang boleh dibina KPI
c.   sasaran prestasi untuk mengukur prestasi sekolah


                           43
 d. Aktiviti-aktiviti penambahbaikan kepada proses yang tidak
 mencapai sasaran yang ditetapkan .


KPI dan sasaran prestasi secara keseluruhannya boleh juga diperincikan
lagi oleh kumpulan-kumpulan panitia mata pelajaran. Pengukuran
prestasi menggunakan KPI dan sasaran prestasi di sekolah merangkumi
proses-proses utama serta keberkesanan dari segi pencapaian matlamat
atau bilangan output yang dihasilkan. KPI dan sasaran prestasi boleh
diukur dari segi proses yang disampaikan dan output yang dihasilkan di
sekolah seperti dalam jadual di bawah. Contoh dari jadual di bawah,
dapat menjelaskan pertautan antara sebahagian aktiviti proses utama
yang dapat dijanakan dengan menggunakan pengukuran KPI dan
sasaran prestasi . Sekolah harus menentukan sendiri perkhidmatan teras
dan proses-proses utama mengikut konteks dan kesesuaian budaya
sekolah masing-masing. (Ku Rusmini Ku Ahmad ,2006)


Jadual 6:
KPI dan Sasaran Prestasi bagi Pengurusan Kurikulum dan Pengajaran
   KPI Proses                                Sasaran prestasi
   Kekerapan perjumpaan mesyuarat            4 kali setahun
   kurikulum (AJK Kurikulum dan panitia)
   Penilaian ke atas pencapaian murid        Setiap bulan
   Perjumpaan pihak pengurusan sekolah       Setiap 2 minggu
   dengan guru
   Perbincangan sekolah dengan waris         3 kali setahun
   Perjumpaan guru dengan kumpulan           Setiap bulan
   sasaran murid
   Penyemakan rekod mengajar guru oleh       Setiap minggu
   pihak pengurusan sekolah
   Pemantauan pencapaian murid oleh          Setiap bulan
   pihak pengurusan sekolah

   KPI Output                                   Sasaran prestasi
   Pencapaian murid dalam setiap mata           Sekurang-kurangnya
   pelajaran                                    80%

                         44
Jadual 7:
KPI dan Sasaran Prestasi bagi Pengurusan Disiplin


                     KPI Proses                     Sasaran prestasi
 Semakan peraturan Disiplin sekolah             2 kali setahun
 Peringatan peraturan disiplin kepada guru      Setiap minggu
 dan murid
 Penyebaran peraturan disiplin kepada ibu       2 kali setahun
 bapa
 Perjumpaan guru dengan murid bermasalah        Sekurang-kurangnya
                                                sekali seminggu / bila
                                                perlu
 Pemeriksaan laporan disiplin oleh pihak        Setiap miggu
 pengurusan sekolah

    KPI Output                                      Sasaran prestasi
    Peratus murid yang melanggar peraturan          Kurang daripada 5%
    sekolah



Jadual 8:
KPI dan Sasaran Prestasi Pembangunan Staf
                    KPI Proses                       Sasaran prestasi
  Analisis keperluan kemahiran staf             2 kali setahun
  Perbincangan profesionalisma panitia mata     Setiap bulan
  pelajaran
  Program perkembangan staf                     4 kali setahun
  Penilaian Kompetensi /kemahiran staf          2 kali setahun


 KPI Output                                     Sasaran prestasi
 Peratus staf yang menunjukkan peningkatan      95%
 dari segi kompetensi dan kemahiran

            Contoh-contoh di atas ialah sebahagian dari core-business
yang menjadi ukuran kepada kejayaan organisasi. Seperkara yang perlu
diingati ialah bagaimanakah pula strategi-strategi meningkatkan

                           45
martabat profesion supaya nilai‟proses‟ dalam menjalankan tugas dapat
menghasilkan   outcome        yang    berkualiti   dan   menjurus     kepada
pencapaian PIPP.


        Selain dari menghayati teras etika perkhidmatan , ,memahami
standard kualiti guru dan konseptual „proses‟ p&p,             keseluruhan
organisasi juga hendaklah berpegang kepada prinsip membina „Budaya
Kerja Cemerlang‟ iaitu „amalan terbaik dan terpuji yang melebihi
daripada kebiasaan. Ia merangkumi aspek pemikiran, pengurusan dan
emosi dan dimanifestasikan melalui perlakuan, tindakan dan cara
bekerja yang penuh intergriti serta dapat memuaskan kehendak
pelanggan‟.


        Memperkasakan sekolah kebangsaan ialah tindakan-tindakan
 yang dijalankan oleh pengurus sekolah untuk menarik perhatian
 masyarakat supaya berminat terhadap kurikulum, kemudahan fizikal
 , prasarana, tenaga pengajar dan aktiviti „proses‟ yang ditawarkan
 merupakan sebahagian dari agenda memperkasakan sekolah
 kebangsaan. KPM juga telah merangka beberapa perubahan dasar
 kurikulum supaya masyarakat berminat untuk menyekolahkan anak-
 anak di sekolah aliran perdana. Perancangan dan perubahan akan
 mencapai kejayaan jika guru menjadi pemangkinnya. Hussein
 Ahmad (2009)      menterjemahkan guru sebagai           sumber manusia
 yang amat penting dalam organisasi pendidikan. Tanpa golongan
 guru   yang    berkualiti,     organisasi    pendidikan     tidak    dapat
 menghasilkan visi, misi dan matlamatnya. Jesteru itu apabila kita
 memperkatakan     mengenai          usaha   memartabatkan    guru,    kita
 memperkatakan hal-hal yang berkaitan dengan usaha untuk
 memartabatkan sumber manusia yang memainkan peranan utama
 dalam pembangunan pendidikan sesebuah negara.


                          46
Ciri-ciri calon guru


                                                                       Latihan dalam
                        Pendidikan Guru         Program induksi       perkhidmaan dan
                           Praservice           untuk guru-guru           Program
                                                  permulaan            Perkembangan
                                                                         Profesional
 Pemilihan guru




                  Gambarajah 7 : Program Pendidikan Guru Yang Bersepadu
                               (Sumber : Journal IAB, 2007)


              Melahirkan guru yang berkualiti merupakan satu amalan
     yang berterusan dalam kerjaya guru. Ianya satu peningkatan intelek,
     moral dan tingkahlaku dan tidak berhenti selepas penganugerahan
     sijil, diploma atau ijazah pendidikan. Pelan Intergrasi ini berfokus
     kepada arahan kendiri dalam pendidikan dengan tujuan untuk
     mewujudkan perubahan daripada segi orientasi peranan guru dan
     pelajar seperti yang distrukturkan dalam Gambarajah 7.


              Memartabatkan profesion perguruan bukan sahaja dipikul di
     peringkat atasan malahan boleh dilakukan di peringkat organisasi .
     Terdapat empat strategi memartabatkan kualiti guru ke tahap
     profesionalisma yang lebih mantap , tinggi dan gemilang mutunya
     dalam sistem kebangsaan dan boleh dijayakan di peringkat
     organisasi .
              Pertamanya ialah pembangunan ilmu atau intelektualisma
     guru secara berterusan. Strategi mempertingkatkan ilmu, kepakaran
     serta kemahiran guru        dalam pelbagai sub-bidang pendidikan
     berkaitan membabitkan usaha pembangunan staf yang terancang
     supaya mereka boleh berfungsi dengan berkualiti dalam kerjaya
                               47
pendidikan.   Pengisian        strategi   ini   merangkumi      inisiatif
meningkatkan kompetensi, kapasiti dan kebolehan, kefahaman dan
kemahiran yang perlu ada pada mereka untuk berfungsi secara
berkesan sebagai guru yang berwibawa dan professional. Jesteru,
pendedahan yang luas dan mendalam kepada bidang dan kemahiran
baru adalah amat dan menjadi teras kepada usaha meningkatkan
intelektualisma mereka.


       Strategi ini adalah sebahagian daripada proses berterusan
semasa bekerja melalui pelbagai bentuk dan pendekatan program
dan aktiviti professional seperti program penyeliaan instruksional
oleh guru besar dan guru-guru kanan, aktiviti peningkatan ilmu
melalui sesi bengkel, seminar, dialog, perbincangan , kursus khas
dalam bidang masing-masing. Banyak kajian dan pengalaman
menunjukkan    strategi    ini    boleh    memantapkan   lagi     usaha
memartabatkan kebolehupayaan guru untuk sedia berubah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti berkaitan di
sekolah.


       Ini adalah kerana kualiti profesionalisma mereka boleh
meningkat daripada tahap terdahulu iaitu selepas mereka mengikuti
program pre-service. Ini bermakna, usaha ke arah peningkatan
kualiti ini memerlukan peruntukkan khas yang lebih spesifik
daripada bajet pendidikan negara kepada setiap sekolah bagi
menentuk pelaksanaan program ini. Tujuannya membolehkan proses
peningkatan ilmu profesionalisma yang lebih luas dan mendalam
kepada kaum guru berjalan dengan lancar. Kecekapan, keupayaan
dan kompetensi guru mempunyai kaitan rapat dengan keupayaan
pelajar atau kolerasi yang positif dan tinggi. Banyak kajian
menunjukkan kekuatan pertalian ini. Pada prinsipnya strategi ini
menekankan guru harus menjadi a good specialist dalam bidang
                          48
ilmu dan kepakaran masing-masing dan a strong generalist dalam
bidang pendidikan dan pedagogi yang lebih luas.


       Langkah kedua ialah melalui program dan insiatif untuk
mempertingkatkan sifat siasah serta perwatakan guru ke tahap lebih
unggul. Guru sentiasa berdepan dengan murid. Segala gelagat
mereka sentiasa diperhati, dilihat bahkan ditiru oleh murid di
sekolah.     Ini    bermakna,     mereka   sewajarnya   sentiasa   perlu
mempunyai sifat, sikap dan berhemah yang terunggul. Jika gelagat
dan perangai guru kasar, besar kemungkinan perangai dan gelagat
murid juga akan kasar. Jika guru terlalu lembut, muridnya juga
mungkin berperangai terlalu lembut. Sebaliknya jika guru tegas
tetapi mempunyai sifaf dan nilai kemanusiaan yang tinggi, besar
kemungkinan pelajar mereka akan mengikuti sifat sedemikian.


           Strategi ini penting kerana ia berteraskan kepada keperluan
unsur psikologi yang positif seperti emosi stabil, perangai disenangi,
tutur bahasa yang menarik, gaya berinteraksi dan berkomunikasi
dengan murid, rakan setugas dan pihak atasan yang meyakinkan dan
sebagainya. Jesteru unsur kualiti guru seperti ini perlu diterap dan
dimantapkan dalam pembangunan sahsiah guru dari segi emotional
quotient mereka. Strategi ini boleh dilakukan secara berterusan
melalui aktiviti bengkel tidak terlalu formal, ataupun dialog ,
perbincangan, interaksi berkala dan sebagainya. Tujuannya ialah
supaya mereka terutama guru muda dapat menghayati dan menjiwai
sifat dan personaliti pendidik atau guru terunggul.


       Jika        guru   dapat    menjiwai   dan   menghayati     serta
menterjemahkan personaliti mereka yang terunggul dalam bentuk
dan sifat seperti yang diperkatakan di atas,maka kemungkinannya
kualiti guru di negara ini akan meningkat, penghargaan masyarakat
                            49
akan mudah diberi. Secara tidak langsung, martabat mereka
berterusan terus meningkat. Program dan latihan ini perlu ditambah,
terutama semasa sambutan Hari Guru dan perlu dilaksanakan di
peringkat Jabatan , Pendidikan Daerah dan sekolah.


       Langkah ketiga ialah berkaitan dengan proses mengembang
luas dan memupuk potensi guru. Setiap guru mempunyai potensi
yang pelbagai. Namun begitu, banyak daripada potensi mereka
terpendam pada ketika ini. Apatah lagi, ramai daripada kalangan
guru mempunyai pengalaman dan bidang pengajian berlainan di
peringkat universiti atau institusi pendidikan. Hanya apabila mereka
menjurus ke bidang perguruan, usaha menggarap kompetensi
mereka dijuruskan ke arah ilmu pendidikan dan pedagogi.


       Sehubungan ini, kepelbagaian potensi terpendam yang ada
pada mereka perlu dihidup, diperkembang dan dipertengahkan
untuk memberi menafaat kepda murid,ini bermakna, pihak
pemimpin sekolah , terutama guru besar, guru penolong kanan ketua
bidang perlu mempunyai sikap keterbukaan dan nilai penghargaan
untuk memberi ruang kepada guru membangunkan murid mereka
dengan kepelbagaian potensi yang ada pada mereka


       Jika   tidak   digalakkan     pihak   sekolah   untuk   guru
membangunkan keupayaan murid berdasarkan potensi guru yang
pelbagia, maka sukar sekali murid mendapat banyak menafaat .
keluasan minda, kemahiran dan pengalaman mereka akan menjadi
lebih sempit. Bahkan proses pendidikan di sekolah pun boleh
menjadi membosankan kepada ramai murid. Sebenarnya strategi ini
yang    berdasarkan    kepada      prinsip   pembangunan    multiple
interligence quotient guru dianggap penting dalam pembangunan
dan pengurusan sumber manusia. Keupayaan guru dalam bidang
                        50
kesenian, kesusasteraan, kesukanan, kreativiti saintifik, kepintaran
komunikasi dan bahasa, komputer dan teknologi dan sebagainya
wajar digarapkan dan disokong oleh pemimpin sekolah demi
memanfaatkan kepada murid secara seluas mungkin.


       Sokongan pihak kepimpinan sekolah untuk menggalakkan
dan mendorong mereka dalam pembangunan personaliti murid
melalui potensi dan keupayaan semulajadi mereka amat penting
untuk meningkatkan martabat guru di kaca mata murid. Jika murid
melihat guru mereka bukan sahaja bijaksana dalam pengajaran dan
pedagogi , tetapi juga bijak dan cekap dalam beberapa bidang lain
yang dikuasainya dan boleh memberi manafaat kepada mereka,
maruah dan martabat guru itu akan meningkat lebih tinggi lagi.


       Perlu diketahui bahawa cerita yang baik mengenai guru
sering juga di bawa ke rumah untuk disampaikan kepada ibu bapa.
Maklumat sebegini boleh menjadikan ibu bapa turut hormat dan
menghargai kepakaran dan khidmat guru berkenaan. Secara tidak
langsung martabat guru di kaca masyarakat dapat dipertingkatkan.
Strategi yang tidak kurang penting dalam usaha memartabatkan
kualiti guru ialah berteraskan kepada aktiviti pengukuhan aspek
kerohanian, etika dan moral mereka. Masyarakat Malaysia tidak
boleh lari daripada aspek ini. Sekiranya kepentingan aspek ini tidak
dideahkan kepada guru melalui aktiviti agama dan sabagainya
seperti usrah, diaolog , perbincangan , persidangan, bengkel ,
seminar , kepentingannya kelak kurang dihiraukan dan akan
terkebelakang. Sedangkan asas pendidikan pasti berpaksikan kepada
sistem nilai yang tidak boleh lari daripada Al-Quran dan hadis bagi
murid Islam dan Etika dan Moral bagi murid bukan Islam.



                        51
         Ini bermakna pembangunan nilai berkait dengan moral,
etika sikap positif , kerohanian tinggi mengikut agama masing-
masing     perlu   menjadi    teras   untuk    digarapkan      dalam
membincangkan usaha ke arah memartabatkan guru. Jesteru sekali-
sekala sekolah perlu mengadakan sesi dialog dan perbincangan
mengenai     aktiviti   kerohanian,   etika   dan    moral     demi
memperkukuhkan integriti guru sepanjang masa.


         Program seperti ini akan mengingatkan guru, terutama yang
muda dan kurang pengalaman mengenai betapa pentingnya
memahami peranan mereka dalam usaha meningkatkan maruah dan
martabat kaum guru . kes seperti guru berkonflik sesama sendiri,
perlakuan guru tidak wajar kepada pelajar dan pemimpin sekolah,
gelagat guru mengabaikan tugas utama kerana kesibukan mengejar
kebendaan yang tidak pernah cukup, jawatan, pangkat, hobi ,
populariti melalui parti politik atau NGO dan sebagainya wajar
menjadi bahan dan isu perbincangan dan dialog.


         Ini kerana semakin kerap mereka terdedah dengan isu
berkaitan, semakin mudah mereka memahami kehendak profesion
dan kerjaya mereka sendiri. Mereka akan sentiasa berusaha utuk
mengelak daripada terjebak dalam situasi negatif yang berkaitan.
Bahkan, strategi ini boleh mengurangkan kes perlanggaran tata
tertib, perlakuan kurang bermoral dan beretika di kalangan pendidik.
Semakin kurang kes negatif dilaporkan oleh media massa, semakin
senang masyarakat berbangga dengan profesion guru. Jesteru,
semakin mudah mereka menerima hakikat bahawa maruah dan
martabat guru sentiasa dalam keadaan terunggul dan terkawal.


         Kesimpulannya dalam memartabatkan profesion guru
membabitkan usaha kepimpinan sekolah, terutama pengetua dan
                        52
 guru besar dan guru sendiri terutama guru lama dan berpengalaman.
 Peranan kepimpinan mereka amat perlu untuk mempimpin guru
 baru, mendedahkan kepada peraturan profesion dan etika guru.
 Semuanya ini boleh dilakukan secara terancang, berkala, formal dan
 separa formal.


         Dalam semua hal yang diperkatakan di atas, sokongan dan
 kepimpinan daripada KPM menerusi struktur organisasinya di
 negeri dan daerah terhadap menentukan strategi dan program
 seumpamam        ini dilaksanakan    secara   berkesan tidak   boleh
 dipertikaikan.


6. Rumusan Dan Penutup


         Daripada perbincangan di atas , telah memperjelaskan satu
gambaran    berkaitan    organisasi    pendidikan   dan   kepentingan
perkhidmatan pendidikan dalam melahirkan generasi yang berkualiti
selaras dengan kehendak dasar-dasar negara.


         Sebagai kesimpulan dari huraian tugasan , titik tolak kejayaan
FPK, Misi Nasional, Wawasan 2020 dan PIPP adalah bertunjangkan
dari kualiti guru dan keupayaan sesebuah institusi pendidikan
mengoptimumkan sumber-sumber input untuk menzahirkan outcomes
atau pelajar yang mempunyai modal insan yang tinggi. Elemen yang
paling kecil tetapi sangat penting ialah kepekaan pemimpin organisasi
untuk mengenalpasti , apakah proses utama yang perlu dikenalpasti
dalam organisasi yang diterajuinya?, siapakah pelanggan utamanya? ,
apakah kualiti yang dapat memenuhi citarasa pelanggan? Dan
bagaimanakah bentuk outcomes atau output yang dihasilkan nanti?



                          53
         Dalam memahami elemen-elemen inilah, pemimpin organisasi
perlulah memikir dan merangka strategi-strategi yang bertetapatan
untuk mencapai visi organisasi, menyediakan alat-alat mengukur untuk
menilai dan membuat nilai tambah supaya perkhidmatan yang
disediakan mencapai kualiti melebihi dari jangkaan pelanggan.


          Guru yang berkualiti dinilai berdasarkan kompetensi yang
ada dan sejauh mana kita berusaha meningkatkan tahap profesionalisma
diri. Dalam membina sikap dan sifat ini, kesedaran dalaman diri perlu
sentiasa dipupuk supaya nilai-nilai tambah         terbentuk. Sebagai
pemimpin hendaklah selalu menyedarkan guru-guru di bawah
seliaannya supaya mempraktikkan konsep bekerja berdasarkan lunas-
lunas agama dan menanamkan sikap bekerja sebagai satu ibadah .
Kesedaran dalaman ini membina sifat jati diri dan berintergriti dalam
tugas dan tindakan. Peningkatan nilai-nilai kendiri inilah yang menjadi
penyumbang utama untuk melahirkan keghairahan dan keikhlasan
bekerja supaya pada akhirnya dapat menghasilkan guru yang sayang
kepada anak-anak muridnya sebagaimana guru menyayangi dirinya
sendiri. Akhirnya dengan kualiti pendidikan yang dizahirkan melalui
kualiti guru, objektif , impian dan nilai-nilai murni yang terkandung
dalam FPK dan Etika Perkhidmatan Awam dapat disatukan di dalam
satu titik pertemuan di bilik darjah ke arah melahirkan pelajar yang
mantap dari segi jasmani, emosi,rohani dan ke intelektualannya.


          PIPP adalah fokus utama KPM dalam membina dan
mencapai kualiti pendidikan negara . Strategi-strategi yang dirancang,
dan dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan-pendekatan yang
berlatarbelakangkan    kehendak semasa ini mencirikan kehendak
masyarakat. Adalah menjadi tugas para pendidik untuk mengubah
paradigma    masyarakat    yang    mengukur     kejayaan    pendidikan
berdasarkan kepada kuantiti pencapaian peperiksaan dan pentaksiran.
                          54
Persepsi masyarakat menilai kualiti pelajar berfokuskan kepada jumlah
“A” dalam peperiksaan patut diubah . Fokus penilaian berasaskan
„hardskill‟ diubah kepada penilaian berasaskan „softskill‟ dan „living
skill‟ . Dasar-dasar sedia ada KPM juga hendaklah dibuat sedikit
penambahbaikan , yakni kesinambungan system pendidikan di
peringkat pengajian tinggi bukan lagi berasaskan pencapaian hardskill
tetapi berasaskan kualiti pencapaian pentaksiran berasaskan softskill
dan living skill . Ini adalah kerana konsep pembelajaran sendiri
berpaksikan “Learning to know, learning to do, learning to be and
learning to live together” . “Four Pillar of Education” inilah   yang
mendasari pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hala tuju
institusi pendidikan negara.




                          55
  Biblografi


1. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih . 2003.
         Selangor: International Law Book Services.


2. Abdul Ghani Abdullah Dr. & Dr Azizah Ismail et. Al. (25-27 Jun 2007).
         “Amalan Nilai Dan Prestasi Kerja Di Kalangan Guru”.         Prosiding
         Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke 14
         Tema Membangunkan Kapasiti Kepimpinan Sekolah. IAB Genting
         Highlands.



3. Abdul Rahman Ibrahim. 2007. Pengurusan Kualiti Menyeluruh. Kuala
         Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.


4. Ibrahim Mamat dan Zaiton Hassan . 2008. Pengurusan Sumber Manusia
          Perspektif Modal Insan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

5. James Ang Jit Eng Dr. & Balasundaran Ramiah. 2009. Kepimpinan
         Instruksional Satu Panduan Praktikal.        Kuala Lumpur : PTS
         Professional .


6. Kelly, A. 2001. Benchmarking For School Improvement: A Practical Guide
          For Comparing and Improving Effectiveness. London : Routledge
          Falmer

7. Ku Rusmini Ku Ahmad. . 2006. Penggunaan Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama
         atau KPI untuk Penambahbaikan Sekolah. Jurnal Pengurusan dan
         Kepimpinan Pendidikan: Jld 16(01)


8. Mohammed Sani Ibrahim Dr. (25-27 Jun 2007). “Strategi Menginstitusikan
        Program Mentoran Ke Arah Memperkembangkan Kerjaya Guru-Guru
        Novis Di Malaysia”.    Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan
        Kepimpinan Pendidikan ke 14 . Tema Membangunkan Kapasiti
        Kepimpinan Sekolah. IAB Genting Highlands.

                                    56
9. Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam. 2004. Kuala Lumpur : MDC
           Publishers Sdn. Bhd.


10. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Edisi Pelancaran 2006.
           KPM : Perpustakaan Negara Malaysia.


11. Rushami Zien Yusoff . 2005. Pengurusan Kualiti Prinsip dan Pelaksanaan.
          Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.


12. Sharifah Md Noor. 2000. Keberkesanan Sekolah. Satu Perspektif Sosiologi.
           Serdang : Universiti Putra Malaysia.


13. Story,a. 2002. “Performance Management in Schools: Could The Balanced
            Scorecard Helped?. Scholl Leadership and Management” , 22 321-338


14. Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-
         2007) –Penerbit USM, 2007


15. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. 2007. Budaya Kerja Kelas Pertama.


16. Hussein Ahmad . 2009 ,Mac. Martabat Guru Agenda Semua . 15-18. Pendidik :
           Bil 58


17. Muhd Bustamam Abd Manaf . (IAB Genting Hinghland ). From The World
         Wide: http://www.scribd.com/doc/4653682/panduan pembinaan -KPI-




                                    57
58

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:11503
posted:3/4/2010
language:Malay
pages:58