TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF (KBKK

Document Sample
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF (KBKK Powered By Docstoc
					TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF
    (KBKK) DALAM MATA PELAJARAN FIZIK DI KALANGAN
               PELAJAR TINGKATAN EMPAT




                 ROSLINDA BINTI GHANI




            UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                                       PSZ 19:16(Pind. 1/97)


                         UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                                                        ♦
       BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
  JUDUL :          TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN
                   KREATIF (KBKK) DALAM MATA PELAJARAN FIZIK DI
                   KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT


                                    SESI PENGAJIAN : 2007/2008

  Saya:                           ROSLINDA BINTI GHANI
                                               (HURUF BESAR)

  Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
  Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

  1.   Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.
  2.   Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
       pengajian sahaja.
  3.   Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
       pengajian tinggi.
  4.   ** Sila tandakan ( √ )

                  SULIT                  (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
                                         atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
                                         AKTA RAHSIA RASMI 1972).

                  TERHAD                 (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
                                         organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

          √       TIDAK TERHAD
                                                                         Disahkan oleh:




          (TANDATANGAN PENULIS)                                  (TANDATANGAN PENYELIA)

   Alamat Tetap :
   058 KAMPUNG TANAH LOT,                                          PN. MARLINA BINTI ALI
   GONG BALAI, 21610
   MERCHANG, TERENGGANU.                                                   Nama Penyelia

  Tarikh: 15 NOVEMBER 2007                                         Tarikh: 15 NOVEMBER 2007

CATATAN   * Potong yang tidak berkenaan
          ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
             berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
             SULIT atau TERHAD.
              ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
                 atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana
                 Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
         adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
                  Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”




Tandatangan             :
Nama Penyelia           :      PN. MARLINA BINTI ALI
Tarikh                  :      15 NOVEMBER 2007
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF
    (KBKK) DALAM MATA PELAJARAN FIZIK DI KALANGAN
                 PELAJAR TINGKATAN EMPAT




                    ROSLINDA BINTI GHANI




             Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai
       Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
         Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)




                        Fakulti Pendidikan
                   Universiti Teknologi Malaysia




                        NOVEMBER 2007
                                                                                      ii




 “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
               yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”




Tandatangan          :
Nama Penulis         :       ROSLINDA BINTI GHANI
Tarikh               :       15 NOVEMBER 2007
                                                                                  iii




                                   DEDIKASI




         Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala pujian atas limpah dan kurniaan-Nya, Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam
                 ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

     Teristimewa buat insan yang saya sanjungi, ayah serta bonda tercinta iaitu
       En. Ghani Bin Mohd Amin & Pn. Fatimah @ Teh Binti Mohd. Zin
   yang tidak pernah jemu memberi dorongan dan nasihat pada saya serta sentiasa
                    mendoakan kejayaan untuk anak-anaknya,

    Tidak lupa juga buat Abang Rosdi Bin Ghani & Kak Rashidah Binti Taha
                           serta anak-anak buah tercinta;
       Nur Syafiqah Rosdi, Mohd. Syafiq Rosdi, Mohd. Syazwan Rosdi, &
                               Nur Syazwani Rosdi
                      yang sentiasa menjadi teman berbicara.

        Tidak ketinggalan juga buat insan yang teristimewa dalam hidupku,
                        Mohd. Darwis Chin Bin Abdullah
    yang sentiasa memberikan kata-kata semangat pada saya untuk meneruskan
perjuangan dalam mencapai cita-cita murni untuk kesejahteraan masa depan bersama,

Serta rakan-rakan taulan yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan dalam bentuk
                  apa jua sekali pun disaat-saat saya memerlukan.

Segala jasa, doa dan sokongan yang saya terima akan dikenang buat selama-lamanya.

 Terima kasih yang tidak terhingga buat semua di atas segala-galanya. Hanya Allah
       S.W.T sahaja yang dapat membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
                                                                                   iv




                               PENGHARGAAN




         Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

 Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya, saya berjaya
            menyempurnakan penyelidikan Projek Sarjana Muda ini.

       Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada
                             Puan Marlina Binti Ali,
 selaku Penyelia PSM saya di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan
                     sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

                   Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada
    Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP),
                   Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),
                    Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ),
                 Pengetua dan guru-guru serta pelajar-pelajar
  di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas (SMKPN), Pontian Johor
          yang terlibat dan membantu secara langsung dalam kajian ini.

Penghargaan ini juga untuk rakan-rakan seperjuangan dan orang perseorangan yang
      terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga kajian ini selesai.
                               Sekian, terima kasih.
                                                                                   v




                                    ABSTRAK




       Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan Kemahiran
Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar
tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas, Pontian Johor.
Dalam konteks kajian ini, hanya enam aspek KBKK yang dikaji iaitu mencirikan,
membandingkan dan membezakan, mengumpulkan dan mengelaskan, menjanakan
idea, membuat inferens serta menghubungkaitkan. Seramai 56 orang pelajar yang
terdiri daripada 27 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan dalam julat
umur antara 16 hingga 17 tahun terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan
ialah Ujian Pencapaian Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir (UPTPKB) yang
mengandungi 30 item berbentuk objektif aneka pilihan berserta empat pilihan
jawapan. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini ialah (α) = .84. Statistik deskriptif
seperti min, sisihan piawai, dan peratusan serta statistik inferensi seperti ujian-t,
ANOVA satu hala dan korelasi Pearson–r telah digunakan dalam menganalisis data.
Keputusan kajian menunjukkan tahap penguasaan KBKK keseluruhannya berada
pada tahap yang sederhana. Di samping itu, keputusan menunjukkan tahap
penguasaan KBKK merentas jantina dan bangsa masing-masing adalah tidak bererti
pada aras .05. Seterusnya, keputusan kajian menunjukkan terdapat pertalian positif
yang tinggi di antara KBKK dengan pencapaian Sains, manakala terdapat pertalian
positif yang rendah di antara KBKK dengan pencapaian Matematik pelajar semasa
PMR pada aras .01.
                                                                                       vi




                                         ABSTRACT




       The purpose of this study is to identify the mastery level of Critical and
Creative Thinking Skills (CCTS) among students in form four Physics subject at
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas, Pontian Johor. This research was
carried out to study six CCTS aspects, which are; to characterizes, to compare and
distinguish, to collect and classify, to generate idea, to make inferences, and to relate.
There are 56 students that consist of 27 male and 29 female, which ages range
between 16 and 17 years old involved in this research. The research instrument were
used in this study is “Ujian Pencapaian Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir
(UPTPKB)” which contain 30 multiple choices with four options. The reliability
value is alpha (α) = .84. Descriptive statistics, which is mean, standard deviation and
percentage while for inferency statistics which is t-test, one-way ANOVA and
Pearson-r correlation were used in the data analysis procedure. The result of this
research shows that the mastery level in CCTS among students is in moderate level.
This research also shows no significance difference across gender and races at alpha
level .05. Then, the results show that there is a high positive correlation between
CCTS students with Science performances and at a low positive correlation between
CCTS students with Mathematic performances during PMR at alpha level .01.
                                                                   vii




                          KANDUNGAN




BAB           PERKARA                                    MUKA SURAT



        JUDUL                                                i
        PENGAKUAN                                            ii
        DEDIKASI                                             iii
        PENGHARGAAN                                          iv
        ABSTRAK                                              v
        ABSTRACT                                             vi
        KANDUNGAN                                            vii
        SENARAI JADUAL                                       xii
        SENARAI RAJAH                                        xiv
        SENARAI SINGKATAN                                    xv
        SENARAI LAMPIRAN                                     xvi




BAB 1   PENGENALAN



        1.1   Pendahuluan                                    1

        1.2   Latar Belakang Masalah                         4

              1.2.1   Kurang Penerapan KBKK Di Kalangan
                      Pelajar                                6
              1.2.2   Kurang Pendedahan Di Kalangan Guru
                      Terhadap Penerapan KBKK                7
              1.2.3   Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
                      (P&P) Yang Kurang Berkesan             8
                                                                          viii

               1.2.4     Interaksi Yang Kurang Berkesan Antara
                         Guru Dengan Pelajar Dan Pelajar Dengan
                         Pelajar Dalam Proses P&P                    9
        1.3    Pernyataan Masalah                                    10

        1.4    Objektif Kajian                                       11

        1.5    Persoalan Kajian                                      11

        1.6    Kerangka Konsep Kajian                                12

        1.7    Kepentingan Kajian                                    14

               1.7.1     Kepentingan Kepada Guru                     14
               1.7.2     Kepentingan Kepada Pelajar                  14
               1.7.3     Kepentingan Kepada Kementerian
                         Pelajaran Malaysia (KPM)                    15
               1.7.4     Kepentingan Kepada Pusat Perkembangan
                         Kurikulum (PPK)                             15
        1.8    Skop Kajian                                           15

        1.9    Takrifan Operasi                                      16

        1.10   Rumusan                                               21




BAB 2   SOROTAN PENULISAN


        2.1    Pendahuluan                                           22
        2.2    Konsep Kemahiran Berfikir Kritis dan
               Kreatif                                               22
               2.2.1 Jenis-jenis Kemahiran Berfikir                  24
                         2.2.1.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis    24
                         2.2.1.2 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif   24
        2.3    Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif
               Sejarah:
               2.3.1     Zaman Socrates                              25
               2.3.2     Zaman Moden                                 27
                                                                        ix

         2.4    Teori-teori Pemikiran Berkaitan Dengan Kemahiran
                Berfikir:
                2.4.1     Teori Psikoanalisis                      28
                2.4.2     Teori Neopsikoanalisis                   29
                2.4.3     Teori Behaviorisme                       31
                2.4.4     Teori Gestalt                            31
                2.4.5     Teori Perkaitan                          32
                2.4.6     Teori Kreativiti Sternberg               32
         2.5    Alat-alat Yang Digunakan Untuk Mengukur
                Penguasaan KBKK                                    34
         2.6    Program-program Untuk Meningkatkan Penguasaan
                KBKK                                               36
         2.7    Kajian Tentang Tahap Penguasaan Kemahiran
                Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK)          38
         2.8    Kajian Tentang Tahap Penguasaan KBKK Merentas
                Jantina                                            41
         2.9    Kajian Tentang Tahap Penguasaan KBKK Merentas
                Bangsa                                             43
         2.10   Rumusan                                            44




BAB 3   PENGKAEDAHAN KAJIAN


        3.1     Pendahuluan                                        45
        3.2     Reka Bentuk Kajian                                 45
        3.3     Subjek Kajian                                      46
        3.4     Alat Kajian                                        46
        3.5     Tatacara Kajian                                    48
        3.6     Kajian Rintis                                      50
                3.6.1        Kebolehpercayaan Alat Kajian          50
                3.6.2        Kesahan Alat Kajian                   50
        3.7     Analisis Data                                      51
                                                                        x

               3.7.1       Analisis Keseluruhan Tahap Penguasaan
                           KBKK                                    52
               3.7.2       Analisis Perbandingan Min Merentas
                           Jantina, Bangsa Dan Pencapaian          53
        3.8    Andaian                                             53
        3.9    Batasan kajian                                      54
        3.10   Rumusan                                             55




BAB 4   DAPATAN KAJIAN


        4.1    Pendahuluan                                         57
        4.2    Analisis Data                                       57
               4.2.1       Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir
                           Kritis Dan Kreatif (KBKK)               58
               4.2.2       Perbezaan Tahap Penguasaan Kemahiran
                           Berfikir Kritis Dan Kreatif (KBKK)
                           Merentas Jantina                        60
               4.2.3       Perbezaan Tahap Penguasaan Kemahiran
                           Berfikir Kritis Dan Kreatif (KBKK)
                           Merentas Bangsa                         62
               4.2.4       Pertalian Di Antara Tahap Penguasaan
                           Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif
                           (KBKK) Merentas Pencapaian              64
        4.3    Rumusan                                             67




BAB 5   KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN



        5.1    Pendahuluan                                         68
        5.2    Ringkasan                                           68
        5.3    Kesimpulan Kajian                                   69
                                                         xi

5.4   Perbincangan                                  70
      5.4.1   Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir
              Kritis Dan Kreatif (KBKK)             70
      5.4.2   Kemahiran Berfikir Kritis Dan
              Kreatif (KBKK) Merentas Jantina       72
      5.4.3   Kemahiran Berfikir Kritis Dan
              Kreatif (KBKK) Merentas Bangsa        73
      5.4.4   Kemahiran Berfikir Kritis Dan
              Kreatif (KBKK) Merentas Pencapaian    73
5.5   Cadangan                                      74
      5.5.1   Cadangan Kepada Guru                  74
      5.5.2   Cadangan Kepada Pelajar               77
      5.5.3   Cadangan Kepada Pihak Kementerian     79
5.6   Cadangan Kajian Masa Depan                    79




RUJUKAN                                             82




LAMPIRAN A – J                                      86
                                                                          xii




                          SENARAI JADUAL




NO. JADUAL                     TAJUK                        MUKA SURAT



    3.1   Sub Ujian Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif (KBKK) 47
    3.3   Kaedah Statistik Berdasarkan Persoalan Kajian              51
    3.4   Pembahagian Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis
          Dan Kreatif (KBKK)                                         53
    4.1   Tahap Penguasaan Keseluruhan Kemahiran Berfikir Kritis
          Dan Kreatif (KBKK) Di Kalangan Pelajar Tingkatan
          Empat                                                      58
    4.2   Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif
          Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat                        59
    4.3   Ujian-t Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif (KBKK)
          Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina       60
    4.4   Ujian-t Kemahiran Berfikir Kritis Di Kalangan Pelajar
          Tingkatan Empat Merentas Jantina                           61
    4.5   Ujian-t Kemahiran Berfikir Kreatif Di Kalangan Pelajar
          Tingkatan Empat Merentas Jantina                           61
    4.6   ANOVA Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif (KBKK)
          Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Merentas Bangsa        62
    4.7   ANOVA Kemahiran Berfikir Kritis Di Kalangan Pelajar
          Tingkatan Empat Merentas Bangsa                            63
    4.8   ANOVA Kemahiran Berfikir Kreatif Di Kalangan Pelajar
          Tingkatan Empat Merentas Bangsa                            63
    4.9   Korelasi Pearson-r Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif
          (KBKK) Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Merentas
          Pencapaian Sains                                           64
                                                                       xiii

4.10   Korelasi Pearson-r Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif
       (KBKK) Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Merentas
       Pencapaian Matematik                                       64
4.11   Korelasi Pearson-r Kemahiran Berfikir Kritis Di Kalangan
       Pelajar Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Sains          65
4.12   Korelasi Pearson-r Kemahiran Berfikir Kritis Di Kalangan
       Pelajar Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Matematik 65
4.13   Korelasi Pearson-r Kemahiran Berfikir Kreatif Di Kalangan
       Pelajar Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Sains          66
4.14   Korelasi Pearson-r Kemahiran Berfikir Kreatif Di Kalangan
       Pelajar Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Matematik 66
                                                  xiv




                         SENARAI RAJAH




NO. RAJAH                 TAJUK          MUKA SURAT



  1.0       Kerangka Konsep Kajian           13
  2.1       Teori Psikoanalisis              29
  2.2       Teori Neopsikoanalisis           30
  3.2       Tatacara Kajian                  49
                                                                    xv




                       SENARAI SINGKATAN




RMK-9    : Rancangan Malaysia Kesembilan
KBSM     : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
FPN      : Falsafah Pendidikan Negara
P&P      : Pengajaran dan Pembelajaran
KBKK     : Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
UPTPKB   : Ujian Pencapaian Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir
KPM      : Kementerian Pelajaran Malaysia
JPNJ     : Jabatan Pelajaran Negeri Johor
BPPDP    : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
PPK      : Pusat Perkembangan Kurikulum
UTM      : Universiti Teknologi Malaysia
WGCTA    : Watson Glaser Critical Thinking Appraisal
CCTST    : California Critical Thinking Skills Test
CCTDI    : California Critical Thinking Disposition Inventory
TTCT     : Torrance Tests of Creative Thinking
SPSS     : Statistical packages for the social Science
ANOVA    : Analysis of Variance
PDI      : Perkembangan Daya Intelek
                                                                      xvi




                          SENARAI LAMPIRAN




LAMPIRAN                         TAJUK                       MUKA SURAT



A          Surat Kebenaran Dari Kementerian Pelajaran Malaysia
           (KPM)                                                 86
B          Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor
           (JPNJ)                                                87
C          Surat Akuan Penyelidik                                88
D          Surat Pengesahan Alat Kajian                          89
E          Surat Memohon Kepakaran Bagi Menyemak
           Soal Selidik                                          90
F          Pengesahan Pakar Bidang                               91
G          Kertas Jawapan UPTPKB                                 92
H          Soal Selidik UPTPKB                                   93
I          Skema Jawapan UPTPKB                                  94
J          Jadual Saiz Sampel Untuk Kajian                       95
                                      BAB 1




                                 PENGENALAN




1.1    Pendahuluan



       Penjanaan modal insan (human capital) yang menjadi teras kedua dalam misi
nasional RMK-9 iaitu “meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara
serta memupuk minda kelas pertama” adalah berhasrat membentuk personaliti
menjulang (towering personality) (Madzlan, 2006). Ia juga selaras dengan hasrat
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Falsafah Pendidikan Negara
(FPN) mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) khususnya dalam mata
pelajaran Fizik hendaklah memberi penekanan kepada kesepaduan antara
pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan pemupukan nilai-
nilai murni yang dilakukan secara terancang (Abu Hassan, 2003). Bagi mencapai
hasrat itu, kita perlu membentuk warga negara yang mempunyai kemahiran berfikir
secara kritis, kreatif dan berketerampilan terutamanya dari golongan pelajar sekolah
supaya dapat melahirkan generasi yang berprestasi tinggi dan memenuhi hasrat
Wawasan 2020.

       “Thinking is a skill and like a skill it can be developed and improved if one
knows how” (Bono, 1976). Berdasarkan pernyataan tersebut, ini menunjukkan
seseorang   individu   yang   mempunyai      selok-belok   berfikir   dengan   betul
(knowledgeable thinkers), lazimnya mempunyai peluang yang lebih baik untuk
mengurus kehidupan, meningkatkan pencapaian serta dapat mengharungi perjalanan
hidupnya dengan selesa dan lebih bermakna.
                                                                                  2

       Mengapakah seseorang itu perlu berfikir? Untuk menjawab soalan ini, tanpa
disedari kita telah mula terlibat dalam proses berfikir. Semua manusia menjalani
proses berfikir. Namun, jenis dan cara mereka berfikir adalah berbeza-beza antara
seseorang individu dengan individu yang lain. Kemahiran dalam selok-belok berfikir
amat perlu dalam proses berfikir untuk tujuan-tujuan seperti berikut yang dinyatakan
oleh Mohd. Nashuha et al. (1997), iaitu mengelakkan kesilapan berfikir,
meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif, memperkembangkan daya intelek serta
merealisasikan Wawasan 2020.

       Kemahiran berfikir mempunyai hubungan yang rapat dengan jenis dan cara
belajar seseorang. Bagaimana seseorang itu belajar dan bertindak banyak ditentukan
oleh cara mereka berfikir. Ini menunjukkan, penguasaan kemahiran berfikir adalah
penting dan sebagai kunci segala kejayaan pelajar pada masa hadapan. Begitu juga
dengan cara seseorang menganggap sesuatu realiti, banyak dipengaruhi oleh cara
berfikirnya. Ianya adalah selaras dengan kenyataan Sang (2004), iaitu pemikiran
merupakan proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental
dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha
memahami rangsangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep,
membuat tafsiran dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam
ingatan.

       Selama ini, sistem pendidikan kita hanya menekankan perkembangan otak
kiri, iaitu membaca, menulis, mengira, menganalisis dan menaakul; bagi
perkembangan otak kanan seperti latihan dalam bidang muzik, mencongak, seni lukis
atau kraftangan adalah jarang sekali diberi perhatian. Untuk mencapai hasrat
Kurikulum Fizik dalam melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan
kreatif, kedua-dua bahagian otak hendaklah dikembangkan secara seimbang dengan
pelbagai aktiviti pembelajaran yang bercorak kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif (Sang, 2004). Pernyataan tersebut selaras dengan kajian Sperry (1970), di
mana ia menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya adalah
berfikir secara kritis dan bahagian kanannya berfikir secara kreatif. Selain itu,
dapatan baru hasil kajian saintifik yang dilakukan tentang keajaiban otak manusia
menyimpan pelbagai maklumat, kuasa berfikir dan perkembangan pelbagai
                                                                                 3

kecerdasan turut mempengaruhi pengajaran kemahiran berfikir di sekolah (Abd.
Rahim, 1999).

        Oleh yang demikian, KBSM telah menetapkan matlamat dalam proses P&P
yang bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan
menguasai kemahiran berfikir dalam sesuatu bidang dan mampu mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran tersebut secara kritis dan kreatif berasaskan sikap
saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan
mengkonsepsikan dalam kehidupan seharian (Pusat Perkembangan Kurikulum, PPK
2003). Bagi melaksanakan matlamat ini, sudah tentu ianya menimbulkan masalah
dan cabaran kepada para guru. Guru sudah tentu memerlukan idea-idea baru dalam
bidang ini, khususnya pemahaman dari segi konsep, falsafah, teori, strategi
pelaksanaan, inovasi pengajaran dan pembelajaran, serta teknik mengajar kemahiran
berfikir yang berkesan dan menarik di dalam bilik darjah (Abd. Rahim, 1999).

        Pengajaran kemahiran berfikir bukanlah satu perkara baru kepada guru kerana
inilah yang dilakukan oleh para guru sepanjang masa. Bagaimanapun bidang
kemahiran berfikir sudah berkembang secara dinamik hasil daripada kajian dan
perkembangan saintifik yang berlaku dalam pelbagai bidang yang memberi implikasi
meluas kepada pengajaran berfikir di sekolah (Abd. Rahim, 1999).

        Ini membuktikan kemahiran berfikir adalah satu perkara yang penting demi
melahirkan warganegara yang mempunyai daya intelek kelas pertama yang selaras
dengan hasrat negara dalam usaha melahirkan tenaga sumber manusia yang berkualiti
sebagai aset negara yang utama. Perkembangan daya intelek individu dalam sesebuah
masyarakat menjamin wujudnya masyarakat berbudaya ilmu.

        Demi mencapai hasrat pendidikan negara untuk mempertingkatkan kemahiran
berfikir di kalangan pelajar, Kurikulum Sains memberi penekanan terhadap
pembelajaran berfikrah, di mana pelajar dilibatkan secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Melalui penglibatan aktif pelajar dalam proses
P&P, minda mereka dapat dicungkil seterusnya didorong untuk berfikir agar mereka
dapat   mengkonsepsikan,    menyelesaikan    masalah   dan   membuat    keputusan.
Kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang dilibatkan dalam proses P&P
merupakan teras kepada pembelajaran berfikrah (Abu Hassan, 2003).
                                                                                 4

         Oleh itu, penyelidik berpendapat satu kajian harus dijalankan untuk
mengetahui tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) di
kalangan pelajar khususnya dalam mata pelajaran Fizik sekolah menengah.




1.2 Latar Belakang Masalah



     Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah dinyatakan secara tersurat pada tahun
1987 iaitu “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dalam perkembangannya dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara”. Dari pernyataan tersebut amat jelas bahawa antara unsur penting matlamat
pendidikan negara ialah untuk memperkembangkan daya intelek seseorang kepada
taraf minda kelas pertama di samping unsur-unsur yang lain. Perkembangan daya
intelek seluruh masyarakat Malaysia amat penting diberi tumpuan dan ditingkatkan.
Ini kerana negara kita adalah dalam usaha melahirkan tenaga sumber manusia yang
berkualiti serta membentuk personaliti menjulang selaras dengan penjanaan modal
insan.

     Namun, senario yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya di mana segelintir
pelajar tidak menggunakan akal fikiran dengan betul dalam membuat keputusan bagi
menjalani kehidupan seharian. Keadaan ini adalah selari dengan kenyataan yang
dibuat oleh Ungku Aziz (1994), iaitu “Slow thinkers and those who think slowly are
two different things. Slow thinkers are actually non-thinkers”. Berdasarkan
pernyataan tersebut, sejarah membuktikan bahawa manusia yang bertindak tanpa
menggunakan akal dan buah fikirannya boleh terjerumus ke dalam darjat
‘kehaiwanan’, bahkan lebih dasyat daripada itu (Mohd Nashuha et al., 1997).
Sekiranya manusia dapat menggerakkan sel-sel otaknya dan mengeluarkan buah
fikiran, maka ia dikira sebagai telah memanfaatkan akal dan otaknya. Kemahiran
                                                                                    5

mengeluarkan buah fikiran yang baik dan berguna inilah yang bakal mangangkat
darjat ‘keinsanan’ manusia.

        Oleh itu, untuk menggalakkan kemahiran berfikir di kalangan pelajar, guru
mestilah sentiasa menggunakan teknik menyoal yang betul dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran (P&P) Fizik di dalam bilik darjah. Namun, terdapat pelajar-pelajar
yang tidak mampu untuk menjawab soalan dan tidak dapat mengeluarkan idea
semasa guru mengutarakan soalan. Keadaan ini menunjukkan kurangnya tahap
penguasaan kemahiran berfikir di kalangan pelajar. Oleh itu, untuk menggalakkan
kemahiran berfikir, menurut Sang (2004), selain daripada menggunakan soalan
bertumpu untuk mengembangkan daya intelek pelajar, guru digalakkan pula
menggunakan soalan bercapah untuk membimbing pelajar berfikir.

        Teknik-teknik yang dapat menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir
secara kritis, kreatif, analitis dan rasional boleh didapati daripada CoRT Thinking
Programme yang disediakan oleh Bono di mana kemahiran berfikir seseorang pelajar
boleh     dipertingkatkan   melalui   teknik-teknik   seperti   menggunakan    teknik
penyelesaian masalah yang sesuai untuk mencari sesuatu alternatif, kemungkinan
atau pilihan untuk membuktikan hipotesis atau mendapat sesuatu rumusan serta
membimbing pelajar meninjau sesuatu idea atau pendapat dari sudut pandangan
orang lain (Sang, 2004).

        Kemahiran berfikir dalam proses P&P Fizik bukanlah suatu perkara yang baru.
Kurikulum Sains KBSM digubal berdasarkan penguasaan kemahiran dan penerapan
sikap saintifik dan nilai murni. Fokusnya adalah pada pembelajaran Sains yang
berfikrah    dan   mengoptimumkan      hasil   pembelajaran     (Pusat   Perkembangan
Kurikulum, PPK 2003). Oleh itu, guru perlu cekap dan menimba ilmu dari semasa ke
semasa supaya dapat menangani keperluan intelek seseorang pelajar (Esah, 2003).

        Kurangnya penguasaan kemahiran berfikir khususnya secara kritis dan kreatif
di kalangan pelajar dalam mata pelajaran Fizik mungkin disebabkan oleh beberapa
faktor seperti berikut: Kurang penerapan KBKK di kalangan pelajar, kurang
pendedahan di kalangan guru terhadap penerapan KBKK, strategi pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang kurang berkesan, serta interaksi yang kurang berkesan
antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar dalam proses P&P.
                                                                                    6

1.2.1 Kurang Penerapan KBKK Di Kalangan Pelajar



       Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah mempertingkatkan daya
berfikir di kalangan pelajar (Huraian Sukatan Pelajaran Fizik, 2003). Namun, apa
yang berlaku dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah
adalah kurang menekankan kepada aspek-aspek kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif di kalangan pelajar di mana guru kurang menggalakkan pelajar-pelajar dalam
proses berfikir. Kenyataan ini adalah selaras dengan dapatan kajian Niar (2007), di
mana ia mendapati guru-guru di sekolah menengah masih menggunakan kaedah
tradisional dalam P&P yang menghadkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif di
kalangan pelajar. Menurut Phillips (1997), secara umum perkembangan kemahiran
berfikir kurang ditekankan di sekolah-sekolah. Sesetengah guru mungkin
beranggapan iaitu jika pelajar diberi kebebasan berfikir, mereka akan menyoal atau
mengkritik dan membangkitkan isu yang tidak sepatutnya dibincangkan. Malah
sesetengah guru membuat andaian iaitu pelajar tidak cukup matang untuk melibatkan
diri dalam proses pemikiran atau berfikir dengan mendalam tentang sesuatu topik
atau konsep (Phillips, 1997).

       Seterusnya,    aspek-aspek   KBKK       dapat   diwujudkan   melalui    teknik
perbincangan dan penyoalan antara guru dan pelajar di dalam bilik darjah, tetapi
kerapkali hanya segelintir pelajar yang mengambil bahagian dalam perbincangan
kelas (Mohd. Nashuha et al., 1997). Oleh itu, guru harus peka dengan keadaan bilik
darjah di mana penglibatan semua pelajar adalah penting dalam proses P&P.

       Semasa    perbincangan   yang   menekankan       kepada   pemikiran    pelajar,
kadangkala pelajar kurang kemahiran dan keyakinan diri untuk menyatakan idea dan
pendapat pada peringkat aras kognitif tinggi menyebabkan jawapan menjadi kabur
dan tidak lengkap (Mohd. Nashuha et al., 1997). Oleh itu, guru harus mengiringi
soalan-soalan yang ditanya dengan bentuk soalan-soalan mencungkil atau saranan
untuk menggalakkan pelajar melengkapkan, memberi alasan, menerangkan dan
mengembangkan jawapan. Penyoalan yang efektif menggalakkan pelajar berfikir
seterusnya melibatkan diri dalam proses P&P.
                                                                                   7

         Pelajar-pelajar tidak akan dapat menjadi pemikir yang baik sekiranya mereka
tidak dilatih dengan aktiviti yang menjurus ke arah menghasilkan pemikiran yang
baik seperti kesimpulan yang dibuat adalah lebih boleh dipercayai, keputusan yang
dibuat adalah lebih bijak, perkara-perkara yang dikaji dilihat dengan lebih mendalam
serta ciptaan yang dihasilkan adalah lebih kreatif (Som Nor dan Mohd Dahalan,
2003).




1.2.2 Kurang Pendedahan Di Kalangan Guru Terhadap Penerapan KBKK



     Kebolehan seseorang guru adalah penting dalam proses perkembangan
kemahiran berfikir di kalangan pelajar. Ramai di antara guru tidak begitu yakin
dengan kaedah mengajar kemahiran berfikir kerana kurang diberi pendedahan pada
peringkat latihan perguruan (Phillips, 1997). Dapatan kajian menunjukkan guru-guru
Sains KBSM kurang didedahkan kepada kursus-kursus KBKK (Yin, 2002). Oleh itu,
untuk mencapai ke arah pemikiran kritis dan kreatif, guru harus sedar dan mestilah
mempunyai pengetahuan serta kemahiran mengajar termasuk menghubungkaitkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain, mengendalikan
pengajaran bagi pelajar-pelajar yang pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri
keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan KBKK dalam
proses P&P (Sang, 2004).

     Berdasarkan pernyataan di atas, ini menunjukkan guru di sekolah adalah
berperanan memberikan pendidikan formal dalam sistem pendidikan kita. Dengan itu
mereka perlulah mempunyai kemahiran untuk membimbing pelajar-pelajar
menguasai KBKK selaras dengan hasrat KBSM. Mereka seharusnya melengkapkan
diri dengan pengetahuan dan kemahiran berhubung dengan KBKK (Som Nor dan
Mohd Dahalan, 2003).

     Hasil kajian menunjukkan guru-guru ada melaksanakan penerapan kemahiran
berfikir dalam bilik darjah tetapi pada tahap sederhana (Sian, 2000). Ini menunjukkan
penguasaan KBKK di kalangan guru masih lagi berada pada tahap yang tidak
memuaskan.
                                                                                8

1.2.3 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Yang Kurang Berkesan



     Pendidikan Sains secara amnya dan Fizik secara khususnya di Malaysia
mengutamakan pembelajaran yang menggalakkan pelajar berfikir. Maka, proses P&P
hendaklah melibatkan pelajar secara aktif dalam memperolehi pengetahuan,
kemahiran saintifik serta nilai murni.

     Namun, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah masih lagi
mengamalkan sistem berpusatkan guru, di mana guru yang memainkan peranan
dalam bilik darjah sepenuhnya. Pelajar-pelajar hanya menerima sahaja input yang
diberikan oleh guru tanpa membina pengetahuan sendiri. Perkara ini adalah
bercanggah dengan pendapat Lilia et al. (2002), di mana strategi pengajaran yang
mengambil kira pengetahuan pelajar adalah sangat penting dalam pendidikan.

     Secara amnya, walaupun pelajar digalakkan membina sendiri pengetahuan
mereka, guru masih memainkan peranan penting dalam proses P&P. Malah peranan
guru bertambah jika dibandingkan dengan peranan guru apabila ia berkuliah sahaja.
Peranan guru yang dimaksudkan ialah sebagai pendorong, pendiagnostik, pemandu
dan pembaharu (innovator) kepada pelajar-pelajar.

     Aktiviti P&P Fizik yang berpusatkan pelajar tidak semestinya terikat dengan
kerja-kerja amali (Lilia et al., 2002). Pembentukan konsep itu seperti menerusi
aktiviti perbincangan, pembacaan, penganalisaan data dan pembinaan model.
Aktiviti-aktiviti tersebut mestilah berupaya membantu pelajar menjadi aktif secara
mental antaranya melibatkan pelajar dalam memproses maklumat dan membuat
refleksi keatasnya.

     Sehubungan ini, menurut (Sang, 2004) iaitu dalam proses pengajaran, guru
wajib menimbulkan minat pembelajaran pelajar, membimbing mereka dengan cara
belajar yang berkesan, menjelaskan keraguan, membantu mereka menyelesaikan
masalah, membekalkan bahan pelajaran, meningkatkan penguasaan kemahiran
berfikir mereka, membentuk sikap pembelajaran yang betul, memupuk idealisme
yang luhur dan nilai murni yang tinggi. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya
di mana terdapat sesetengah guru yang berpendapat iaitu pelajar hendaklah terlebih
dahulu menguasai semua isi kandungan sesuatu mata pelajaran sebelum mereka
                                                                                   9

dapat berfikir (Phillips, 1997). Seterusnya, penghafalan fakta-fakta lebih diutamakan
dengan menekankan pengulangan dan latih tubi. Aktiviti pemikiran dianggap sebagai
lanjutan daripada pembelajaran dan hanya dapat dilakukan setelah sukatan pelajaran
telah selesai.

      Dalam proses P&P, guru hendaklah sentiasa menggalakkan pelajar membina
pengetahuan dan menjana idea mereka dengan sendiri. Di dalam strategi
penstrukturan idea, tugas guru ialah untuk merancang aktiviti pengajaran supaya
aktiviti-aktiviti tersebut dapat membimbing pelajar mengubah pengetahuan sedia ada
mereka supaya menuju kepada konsep Fizik yang sebenarnya (Lilia et al., 2002).




1.2.4 Interaksi Yang Kurang Berkesan Antara Guru Dengan Pelajar Dan
        Pelajar Dengan Pelajar Dalam Proses P&P



      Pendidikan dianggap sebagai satu proses membentuk seseorang pelajar yang
sanggup berfikir secara kritis dan mempunyai daya kreatif. Oleh itu, untuk
melahirkan pelajar yang sedemikian faktor interaksi antara guru dan pelajar sangat
dititik beratkan dalam usaha menggalakkan pelajar berfikiran kritis dan kreatif dalam
proses P&P. Walaupun kemahiran ini dianggap penting, malah tidak ramai guru yang
memberi perhatian kepada perkembangan pemikiran dalam bilik darjah (Phillips,
1997). Oleh sebab itu, interaksi yang baik antara guru dan pelajar dalam
menggalakkan KBKK dalam bilik darjah tidak berlaku.

      Pendekatan dengan mengemukakan satu soalan kepada sekumpulan pelajar dan
memastikan penyertaan semasa perbincangan digalakkan, agar wujud interaksi antara
pelajar. Salah satu cara ialah mengimbangi penyertaan guru dan pelajar (Mohd.
Nashuha et al., 1997). Kebanyakan interaksi adalah bercirikan guru dengan pelajar,
sedangkan interaksi pelajar dengan pelajar akan dapat melahirkan buah fikiran yang
lebih bernas, berpandangan jauh dan penilaian yang sesuai dengan teknik
perbincangan. Interaksi ini iaitu antara pelajar dengan pelajar akan melibatkan lebih
ramai pelajar supaya berinteraksi jika digalakkan oleh guru.
                                                                                 10

      Ekoran daripada dapatan kajian, masalah yang dihadapi semasa penerapan
kemahiran berfikir dalam P&P ialah disebabkan oleh bilangan pelajar yang terlalu
ramai, peruntukan masa yang tidak mencukupi serta pelajar yang tidak berminat
dalam mata pelajaran Sains khususnya Fizik yang melibatkan teori (Sian, 2000). Ini
menunjukkan proses berfikir di kalangan pelajar tidak boleh berlaku dengan baik jika
terlampau ramai bilangan pelajar dalam sesebuah kelas dan secara tidak langsung
menyebabkan proses interaksi antara guru dengan pelajar tidak berlaku dengan baik.
Ini adalah kerana peruntukan masa yang tertentu untuk setiap sesi pengajaran adalah
telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah, jika dengan masa pengajaran yang
singkat dan dengan jumlah pelajar yang ramai sekali gus menyebabkan proses
interaksi di kalangan pelajar dalam mewujudkan kemahiran berfikir adalah tidak
berlaku. Begitu juga dengan hal pelajar yang tidak berminat dengan mata pelajaran
Fizik lebih cenderung untuk membuat hal sendiri daripada mengambil bahagian
untuk berinteraksi dalam kelas semasa proses P&P berlangsung. Dengan ini
menunjukkan bahawa interaksi yang kurang berkesan tidak mungkin boleh
mewujudkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif di kalangan pelajar.




1.3    Pernyataan Masalah



       Berdasarkan huraian permasalahan yang dibincangkan di bahagian latar
belakang masalah, dengan itu penyelidik ingin meninjau sejauh mana tahap
penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) di kalangan pelajar
tingkatan empat dalam mata pelajaran Fizik.
                                                                                11

1.4    Objektif Kajian



       Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan, kajian ini dijalankan
 adalah bertujuan untuk:

1.4.1 Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
       (KBKK) dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar tingkatan empat.


1.4.2 Menentukan tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
       (KBKK) dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar tingkatan empat
       merentas jantina, bangsa dan pencapaian.




1.5    Persoalan Kajian



       Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, persoalan kajian yang timbul
berkaitan tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
dalam kajian ini adalah seperti berikut:


1.5.1 Apakah tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
       (KBKK) dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar tingkatan empat?


1.5.2 Adakah terdapat perbezaan yang bererti di antara tahap penguasaan
       kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam mata pelajaran
       Fizik di kalangan pelajar tingkatan empat merentas jantina?


1.5.3 Adakah terdapat perbezaan yang bererti di antara tahap penguasaan
       kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam mata pelajaran
       Fizik di kalangan pelajar tingkatan empat merentas bangsa?
                                                                              12

1.5.4 Adakah terdapat pertalian yang bererti di antara tahap penguasaan kemahiran
       berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam mata pelajaran Fizik di
       kalangan pelajar tingkatan empat dengan pencapaian Sains dan Matematik
       dalam PMR?