KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF KBKK

Document Sample
KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF KBKK Powered By Docstoc
					KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF


                                 KBKK



KBKK             Alat-Alat                                             Menyelesaikan

                   Kemahiran Berfikir             Kemahiran Berfikir
                     Secara Kritis                Secara Kreatif



                      Objektif         Pengenalan             Contoh kemahiran Berfikir
                                       Kemahiran Berfikir


                                                    Menjana                     Mencipta
                   Definisi                         Kemungkinan                 Analogi
                                                    Idea
                                 Pemupukan
                                 Pemikiran
                                                                   Mencipta
                                                                   Metafora




                    BORANG PENILAIAN ARAH KENDIRI
                      MODUL KEMAHIRAN BERFIKIR

UNIT : 4

Arahan:


Dalam borang yang berikut, terdapat dua ruangan, iaitu ruangan A dan
Ruangan B. Ruangan A ialah ruangan yang perlu digunakan Sebelum
Anda mengikuti Unit ini. Ruangan B ialah untuk dIgunakan selepas
anda mengikuti unit ini.
Buat penilaian kendiri berdasarkan item-item yang disenaraikan dengan
menggunakan skala 1-5 dalam ruangan yang berkenaan.                           Skala I
bermakna anda langsung tidak yakin dan skala 5 anda sangat yakin dan
faham tentang aspek-aspek berkanaan.
           1           2           3              4            5



        langsung tidak yakin                           sangat yakin
No          Aspek-aspek yang berkaitan                       A         B         Catatan
                                                         (Sebelum) (Selepas)
1        mendefinisikan     konsep   berfikir    secaa
         kreatif

         memberikan contoh-contoh kreativiti

3        menjana kemungkinan idea

4        mencipta analogi

5        mencipta metafora

6        menyebatikan     kemahiran         mencipta
         analogi dalam pengajaran

7        menyebatikan     kemahiran         mencipta
         analogi dalam pengajaran

8        menyebatikan     kemahiran         mencipta
         metafora dalam pengajaran




PENGENALAN

Pemikiran kreatif merupakan satu daripada jenis berfikir. Pemikiran tersebut
lebih menekankan penggunaan hemisphere otak kanan (HOKA)berbanding
dengan hemisfera otak kiri (HOKI). Namuan demikian otak kanan ini kurang
diberikan perhatian dalam pengajaran dan pegajaran di bilik darjah. Oleh itu
HOKA perlu diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran
supaya potensi murid untuk berkreatif dapat dikembangkan kepada tahap
yang sewajarnya.
Unit      ini   akan   membincangkan            maksud    pemikiran   kreatif   dan   cara
melaksanakan pemikiran ini sama ada untuk digunakan dalam bilik darjah
atau dalam kehidupan seharian.



OBJEKTIF
Setelah mempelajari bahagian unit ini anda akan dapat:


     •     Menerangkan definisi pemikiran kreatif
     •     Menyatakan cara pemupukan pemikiran kreatif
     •     Menghuraikan ciri-ciri orang yang kreatif
     •     Menghasilkan idea-idea yang kreatif seperti menjana kemungkinan
           idea, mencipta analogi dan mencipta metafora
ISI PELAJARAN

PEMIKIRAN KREATIF

Definisi


    Pelbagai definisi diberikan kepada perkataan kreatif dan kreativiti. Bagi
    Edward de Bono, kreatif dan kreativiti membawa maksud:


           “At the simplest level “creative” means
            bringing into being something that was not
            there before.”




    Rollo May Pula menyatakan:


                  “Creativity is the encounter of the
                    intensively conscious human being
                    with his world.”


    Jika kita satukan kedua-dua definisi di atas dapatlah kita katakana
    bahawa kreativiti merupakan satu keadaan di mana manusia berinteraksi
    dengan dunia untuk menghasilkan atau mewujudkan sesuatu yang
    sebelum ada dahulunya.


    Kreativiti berasal daropada perkataan latin ”creare” yang membawa
    maksud “membuat” dan daripada perkataan Greek yang membawa
    maksud “memenuhi . Ini selaras dengan apa yang telah kita perkatakan
    sebagai rumusan daripada pendapat de Bono dan Rollo May iaitu:


                     “Kreativiti manusia merupakan
                      sesuatu yang dibuat dan dihasilkan
                      oleh orang-orang yang berfikiran kreatif.”


    Marilah kita lihat pendapat seorang pemikir yang terkemuka D.N.perkins


                “Creative thinking is thinking
                 patterned in a way that tend to
                 lead to creative results”
     Sebagai rumusan bolehlah kita katakana bahawa kemahiran kreatif
     membawa maksud:


                    “kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk
                    menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu
                     yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada
                    bersifat maujud, abstrak, atau gagasan.”



Pemupukan pemikiran Kreatif

     Hasillan yang baru dan asli datangnya daripada pemikiran yang kreatif.
     Pemikiran kreatif dipengaruhi oleh berbagai-bagai factor seperti,
     pengetahuan, pengalaman, latihan, motif, rangsangan dan persekitaran.
     Orang yang berfikiran kreatif umumnya mempunyai idea dalam pelbagai
     kategori serta dapat memperincikan idea tersebut.


Orang yang berfikiran kreatif mempunyai pelbagai ciri, antaranya adalah
seperti berikut :


     a.   Menpunyai jiwa merdeka, tidak suka dikongkong, tidak suka terikut-
          ikut dan tidak pedili pada kritikan orang.
     b.   Mempelbagaikan pendekatan untuk menyelesaikan masalah
     c.   TIdak terperangkap dengan cara bekerja yang konvensional
     d.   Boleh menghasilkan dan mengubah semula konsep dengan cara
          yang iinovatif
     e.   Berani membuat keputusan dan sedia menghadapi risikonya
     f.   Bersifat terbuka dan sedia menerima kelamahan sendiri
     g.   Tidak mengenal putus asa dan terus berusaha
     h.   Melihat masalah itu sebagai peluang
     i.   Mempunyai peribadi yang stabil dan tidak akan berubah walaupun
          menghadapi tekanan dari luar
     j.   Berjiwa radikal, berani mencabar perkara-pekara pokok yang
          menjadi amalan biasa.
Cara Mencari dan Meluaskan Idea:


Jika seseorang itu kreatif ia dapat menghasilkan idea yang baru pada
bila-bila masa sahaja dan dapat dilakukan dalam masa yang singkat.
Untuk mencari idea yang alternative kita perlu melihat pelbagai sudut
yang luas dan cuba memikirkan idea-idea yang tidak pernah difikirkan
oleh orang lain. Kata Ungku Aziz


                 “if everybory is thinking alike then
                 nobody is thinking at all”


ini bermaksud jika semua orang berfikir dengan cara yang sama sahaja,
tidak sorang pun akan berfikir dan menghasilkan sesuatu yang baru atau
kreatif.   Jadi untuk mendapatkan idea yang baru kita perlu keluar
daripada idea biasa, atau pola atau corak yang sama.


Idea-idea yang alternative juga boleh kita peroleh dengan cara sumbang
saran secara berseorangan aau secara kumpulan.                 Apabila ini
dilakukan,jangan kita menghukum idea-idea yang dikeluarkan olh
ahli.ldea-idea yang dikeluarkan oleh ahli.         Idea-idea itu hendaklah
diterima semuana dan dicatatkan walaupun idea itu dianggap “gila”.
Idea yang pernah dikatakan tidak masuk akalpada satu ketika, akan
menjadi tidak gila pada masa yang lain. Sebagai contoh “besi boleh
terbang” merupakan satu idea yang tidak dapat diterima pada masa
dahulu, tetapi sekarang sudah menjadi kenyataan dengan terciptanya
kapal terbang oleh Wright Brothers.


Untuk mendapatkan idea yang kretif kita perlu keluar daripada pemikiran
biasa kerana:


                “The more after you do something in
                 the same way, the more difficult it is
                 to think about doing it in anather way”
  Cara Menjana dan Menghasilkan Idea yang pelbagai:


  Menjana idea boleh ndijalankan dengan dua cara,iaitu


  cara perseorangan dan secara kumpulan.


   a.   Cara perseorangan:
        Pernahkah anda bercakap seorang diri?
        Dalam keadaan apakah anda bercakap seorang diri?
        Jika jawapan ya,maka anda bercakap sebenarnya bercakap seorang
        diri untuk berfikir,merancang sesuatu,membuat keputusan dan
        sebagainya.Oleh itu menjana idea cara perseorangan dapat juga
        dilakukan dengan berfikir bersuara atau berfikir tanpa suara.


Di bawah ini dinyatakan beberapa garis panduan untuk menjana idea
perseorangan:
   •    Kenal pasti idea yang hendak dijanakan.Misalnya kegunaan botol.
   •    Fikirkan secara bersuara tentang idea yang hendak dihasilkan.
   •    Tulis idea-idea itu pada kertas.Anda boleh menulis idea-idea itu sama
        ada secara linear atau dengan menggunakan peta minda.
   •    Tulis apa sahaja jawapan yang terlintas di hati anda dengan serta
        merta.Jangan menilai idea tersebut.
   •    Teruskan bercakap,komen atau merungut tentang idea yang hendak
        dihasilkan.
   •    Setelah berpuas hati tentang idea-idea yang telah dihasilkan,cuba
        anda fikirkan kategori atau klasifikasi kesemua idea tersebut.
   •    Sambil membuat klasifikasi anda bolehlah menilai idea tersbut sama
        ada hendak diubahsuai pernyataannya,digugurkan atau ditambah.
   •    Selepas itu anda bolehlah menulis karangan atau rencana tentang
        kegunaan botol mengikut kategori yang telah anda kenal pasti.
b. Cara menjana idea secara kumpulan:
     Menjana idea secara kumpulan boleh dijalankan seperti langkah-
     langkah di atas tetapi jumlah ahli yang terlibat dalam proses
     perbincangan ialah sekurang-kurangnya tiga orang. Walau
     bagaimanapun perkara-perkara yang bolehlah dijadikan
     sebagai panduan.
 •   Catatkan semua idea atau pendapat yang dicadangkan oleh
     ahli.Masalnya contoh tajuk yang sedang dibincangkan ialah “Kegunaan
     Botol”
 •   Jangan menilai atau menghukum pendapat yang dikemukakan
     walaupun idea itu seolah-olah tidak masuk akal.
 •   Sebaik-baiknya semua ahli diberikan peluang untuk memberikan
     pendapat.
 •   Setelah semua idea dicatat,idea-idea itu bolehlah dinilai , disaring ,
     digugurkan dan dipinda atau diubahsuaikan mengikut keperluan.
Idea-idea        itu   bolehlah   dikelompokkan    kepada   kategori-kategori
tertentu.Misalnya hasil daripada sumbang saran tentang tajuk “Kegunaan
Botol”anda bolehlah mengelompokkan semua kegunaan botol dalam bentuk
Peta Minda seperti yang berikut:




Berdasarkan hasil sumbang saran tersebut guru bolehlah meminta murid
membuat tugas-tugas susulan seperti menulis karangan , rencana, syarahan,
membuat projek dan sebagainya.
Idea-idea yang telah dikategorikan boleh dijadikan lebih kreatif dengan
menggabungkan beberapa jenis kategori yang telah dibincangkan seperti di
atas.


Aktiviti   ini   disebut   sebagai”Menjana   dan   Menghasilkan   Idea   yang
Pelbagai”.Dalam hubungan ini kita masih menggunakan tajuk “Kegunaan
botol” sebagai contoh,Supaya aktiviti ini lebih menarik kita bolehlah
mewujudkan satu situasi untuk membolehkan murid berbincang.
Contoh situasi yang boleh diwujudkan tentang kegunaan botol adalah seperti
yang berikut:


Katakan anda sebagai pengusaha minuman dalam botol.Anda ingin mencipta
botol yang menarik yang boleh digunakan dengan pelbagai kegunaan selepas
membeli minum minuman dalam botol itu.


Untuk menjalankan aktiviti ini anda bolehlah membuat sumbang saran seperti
langkah-langkah yang telah dibincangkan sebelum ini.sebagai panduan anda
bolahlah menggunakan Pengurusan Grafik (PG) dalam bentuk matrik seperti
yang berikut:
                          Matrik untuk Menjana Dan Menghasilkan Idea Yang Pelbagai
                                         Tajuk(contoh):Mencipta botol yang menarik
Ciri-Ciri Utama Yang
   Menarik Yang            Hiasan                Bekas                Alat                 Muzik               Mainan
 Dibincangkan Dan
    Dihasilkan
      Hiasan                               Membuat bekas /     Membuat alu dan       Membuat seruling      Menjadikan alat
                              x            pasu bunga           boleh digantung       dan alat hiasan          bowling
                                                                sebagai hiasan            dinding
      Bekas               Membuat                                Membuat alat       Membuat alat muzik     Menjadikan alat
                         hiasan dan                x           pengecap dan juga    marakas dan bekas        bowling dan
                       jadikan bekas                           digunakan sebagai          kacang               tempat
                           pensel                                 tempat ubat                                menyimpan
                                                                   nyamuk
        Alat           Membuat alat         Membuat bekas                              Membuat alat           Membuat
                       hiasan gantung      minyak dan pelita           x             kerincing dan alat       akuarium
                         dan boleh                                                        senjata
                         digunakan
                       untuk pencanai


       Muzik             Menyusun           Membuat bekas        Membuat alat                                Menjadikan
                        botol di atas       air berwarna dan     pengetuk dan                x             seruling dan alat
                         meja untuk          dijadikan alat    dijadikan seruling                             “ Juggler “
                        dijadikan alat           bunyi
                          bunyian
      Mainan              Membuat           Membuat bekas        Membuat alat          Membuat alat
                        hiasan pagar         pasir dan roda      sasaran lastik     kerincing dan tempat          x
                         dan tempat           untuk papan                             menyimpan guli
                         membilang             gelunsur
Berdasarkan PG di atas anda bolehlah meminta murid memilih satu daripada
cirri utama yang menarik (lihat ruang di sebelah kiri dalam PG berkenaan ) dan
lukiskan   gambar     botol     yang   mempunyai    gabungan       ciri-ciri   botol    dab
kegunaannya.(Lihat ruang sebelah yang selari dengan cirri utama)Berdasarkan
PG di atas anda bolehlah meminta murid memilih satu daripada cirri utama yang
menarik(lihat ruang di sebelah kiri dalam PG berkenaan )dan melukiskan gambar
botol yang mempunyai gabungan cirri-ciri botol dan kegunaannya.(lihat ruang
sebelah yang selari dengan cirri utama yang telah dipilih)


Sebagai    contoh    lihatlah    bentuk   botol   yang   dicipta   berdasarkan         hasil
perbincangan di atas:




(Contoh Botol Pelbagai Guna)


Pengurusan Lisan Menjanan dan Menghasilkan Idea Yang
pelbagai
Untuk meningkatkan cara menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai
tentang “Kegunaan Botol” ,Soalan-soalan berikut bolehlah dikemukakan.
   a. Apakah kemungkinan-kemungkinan yang boleh anda fikirkan?
   b. Apakah        kemungkinan-kemungkinan          yang     boleh       yelah        anda
      senaraikan?Apakah kemungkinan-kemungkinan lain yang ada?Cuba
      anda senaraikan.
   c. Yang     manakah        kemungkinan-kemungkinan        yang      asli    atau     luar
      biasa?Bolehkah senarai kemungkinan tersebut digabungkan untuk
      menjanakan kemungkinan-kemungkinan yang luar biasa?
   d. Apakah maklumat yang anda perlukan untuk menentukan kemungkinan
      yang terbaik dalam tugasan anda?
Borang Pergurusan Grafik
Selain pergurusan lisan,borang pergurusan grafik juga boleh dugunakan untuk
menjelaskan kemahiran menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai.


Cuba kita perhatikan contoh boring pergurusan grafik dalam bentuk matrik yang
digunakan dalam aktiviti menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai
“Kegunaan Botol”.


Refleksi dan Metakognitif
Soalan-soalan berikut akan memandu anda membuat refleksi tentang prosese
berfikir yang dilalui semasa menjana dan menghasilkan idea tentang “Kegunaan
Botol” tadi.
   a. Bagaimanakah anda berfikir mengenai idea pertama ketika menjana idea?
   b. Adakah cara ini baik untuk menjana idea?
   c. Adakah boring pergurusan grafik membantu anda menjana idea?
   d. Adakah menjana idea sesuai dilakukan secara berkumpulan atau
       berseorangan?Mengapa?


Langkah-langkah Pengajaran
Yang berikut ialah contoh pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang
menyebatikan kemahiran menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai.
   a. Kenal pasti tajuk karangan contohnya ‘Mengatasi Masalah Jenayah Di
       Kalangan Remaja’
   b. Jalankan set induksi mengenai isi pelajaran dan perkenalkan kemahiran
       menjana kemungkinan idea.
   c. Edarkan petikan akhbar bertajuk ‘Jenayah Di Kalangan Remaja Terus
       Meningkat’seperti keratin di bawah berserta dengan boring pengurusan
       grafik menjana kemungkinan idea.
   d. Arahkan pelajar berbincang dalam kumpulan berdasarkan petikan dan
       seterusnya menjana idea dengan mengisi boring pergurusan grafik yang
       diberikan oleh guru.
   e. Bimbingan murid membuat refleksi dan metakognitif.
   f. Murid diminta membuat karangan mengikut tajuk yang telah dibincangkan.
   g. Kemukakan beberapa contoh dalam situasi kehidupan harian supaya
      pelajar dapat menggunakan semula kemahiran menjana kemungkinan
      idea.

                                                Petikan Akbar.
                                               (Utusan Malaysia – 26 Fed, 1997)

JENAYAH DI KALANGAN REMAJA TERUS MENINGKAT.

KUALA LUMPUR 25Feb –Kejadian pembunuhan pelajar hyang hanya berpunca
daripada peras ugut mendapatkan RM5 memulakan pembongkaran polis terhadap
pekung di dada masyarakat satu persatu dengan penahanan pelajar sekolah yang
dikaitkan dengan gejkala dadah, peras ugut, kongsi gelap dan pembubuhan.


Sehingga kini lebih seratus pelajar ditahan di Johor, Pahang dan Melaka kerana
terbabit dengan gejala tidak sihat ini termasuk pelajar perempuan.


Sebenarnya jenayah di kalangan remaja telah lama wujud dalam Negara ini dan
meningkat dari setahun ke setahun, tetapi hanya menjadi tumpuan ramai dengan
kematian Zulkarnain Abdul Rahin, 14, pelajar Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman
Yasin, Tampoi berhubung kes peras ugut awal tahun ini.
Beikutan kejadian itu 10 pelajar dari sekolah yang sama ditahan polis untuk siasatan
dan bertolak dari itu masyarakat dan kini kerajaan tidak lagi dapat menutup sebelah
mata masalah serius pembabitan pelajar yang terbabit dengan kes kongsi gelap dan
jenayah berat lain.


Menurut perangkaan Ibu Pejabat Bukti Aman, tahun lepas sebanyak 4,601 remaja
berumur bawah 18 tahun telah ditangkap kerana terbabit dalam 2,820 kesalahan
jenayah termasuk kes bunuh, penuh rumah, samun dan dadah.


Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman, Ketua Inspektir Rosdi Ramli berkata 173
daripada mereka terdiri daripada pelajar berumur antara 10 dan 12 tahun.


Tahun lepas juga 22 remaja ditahan kerena disyaki terbabit dengan kes bunuh, curi
kenderaan (526) samun malam hari (370), curi harta benda siang hari (351), lain-lain
curi (318), lain-lain kes jenayah (315), bersabit dengan dadah (314), pecah rumah siang
hari (313) serta lain-lain kes jenayah seperti rogol, senjata api, rompak dan pelbagai
lagi yang berjumlah kurang daripada 100 pelajar.
Namun apa yang membimbangkan daripada perangkan ini ialah 2,831 remaja lelaki
dan 59 remaja perempuan yang ditahan itu merupakan remaja berbangsa Melayu.


Jumlah yang ditangkap tahun lepas juga meningkat berbanding tahun sebelumnya,
4,192 kerana terbabit dengan 2,573 kes dan 3,247 tangkapan berhubung 2,084 kes
pada tahun 1994.
Kataknya jumlah remaja Melayu mencatatkan pembabitan tertinggi dalam ketiga-tiga
tahun yang disebut iaitu 2,890 daripada 4,601 tangkapan pada tahun lepas, 2,402
daripada 4,192 tangkapan pada tahun 1995 dan 1,862 daripada 3,247 tangkapan pada
tahun 1994.
Rasdi berkata Johor mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi para remaja yang terbabit
dengan jenayah pada tahun lepas iaitu sebanyak 739, diikuti Kedah (591), Selangor
(544) dan Melaka sebanyak 443.


Semetara itu menurut Pengarah Jabatan Narkotik, Datuk Salleh Mat Som sehingga
Sept 1996, sebanyak 544 remaja berumur bawah 18 tahun ditangkap (91 orang
berumur antara 13 dan 15 tahun kerana disyaki penagih dadah manakah sepanjang
tahun 1995 sebanyak 666 ditangkap.


Remaja yang ditahan kerana terbabit sebagai pengedar pula 53 orang berbading 40
orang tahun sebelumnya.


Hakikat daripada inilah kebimbingan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad terhadap masalah social pelajar ini jelas berasas dan masyarakat sendiri
harus mengakuinya dan bersama membantu membanterasnya segera.


Harus diingat bahawa gejala lepak, bohsia, budaya punk dan kini tumpuan dialih
kepada masalah yang lebih serius-jenayah-jika dibiar tanpa dibendung akan hanya
meranapkan harapan untuk melihat golongan remaja ini, menjadi beliau tonggak dan
harapan mengisi visi menjadikan Malaysia Negara maju menjelang tahun 2020


                                                                 bernama.
Mencipta Analogi

Tentu anda pernah mendengar orang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang
lain untuk menyatakan maksud tertentu.Misalnya tentu anda pernah mendengar orang
berkata:
 - Dia takut seperti tikus
 - Mandur itu garang seperti harimau
 - Budak itu lurus seperti bendul
Ayat-ayat di atas sebenarnya ialah analogi.Apakah analogi sebenarnya?Untuk
mengetahui jawapannya bacalah definisi yang berikut:


Definisi
Analogi ialah kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu perkara
dengan perkara yang lain berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan untuk
menyatakan maksud tertentu.
Biasanya analogi menggunakan kata bandingan seperti,bagai dan umpama untuk
membandingkan suatu perkara dengan perkara atau umpamam untuk membandingkan
suatu perkara dengan perkara atau objek yang lain bagi menyatakan maksud tertentu.



Jenis-jenis analogi
Analogi dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti yang berikut:


 A. Analogi berdasarkan kata bandingan:
    Contoh:
    i.   Badannya kurus macam lidi
    ii. Benda itu bujur seperti telur
    iii. Bagunan di Kuallu Lumpur tumbuh bagai cendawan
    iv. Kana-kanak itu lapar seperti anak burungyang kehilangan ibu
    v. Orang itu garang macam harimau


 b. Analogi berdasarkan pasangan kata;
    Analogi jenis ini dicipta untuk menguji perbendaharaan kata dan kefahaman murid
    tentang pasangan-pasangan kata yang diedarkan
    Contoh:
    Teliti pasangan kata yang berikut,kemudian tandakan jawapan yang betul
                     Kapal terbang - Pramugari


    (a) Universiti - mahasiswa
    (b) Sekolah - pelajar
    (c) Hospital - jururawat
    (d) bas       - penumpang
    Dapatkah anda mengenal pasti jawapannya?
    Jika anda memilih (c) sebagai jawapannya,pilihan anda adalah tepat.mengapakah
   (c) merupakan jawapan yang tepat?Ini ialah kerana pilihan lain tidak mempunyai
   persamaan kategori dengan pasangan kata dalam kotak,pilihan (c) mempunyai
   persamaan kategori iaitu jururawat dan pramugari merupakan pekerja kepada
   institusi masing-masing.


Tujuan
Tujuan kita mencipta analogiadalah untuk:
a. Membantu seseorang menambah dan mempercepatkan kefahaman tentang
   sesuatu perkara
b. Membuat justifikasi terhadap rumusan yang dibuat berdasarkan persamaan antara
   satu objek dengan yang lain
c. Untuk menonjolkan ciri am yang terdapat pada objek-objek tersebut
d. Memungkinkan seseorang mencipta analogi sendiri


Kelemahan membuat Analogi
Walau bagaimanapun kelemahan yang boleh timbul ketika membuat analogi ialah
apabila objek atau perkara yang diperhatikan itu mungkin sama tetapi aspek yang
sebenarnya adalah berbeza lalu kita menganggap semua aspek sama untuk
menyokong rumusan yang dibuat.


Pergurusan Lisan Mencipta Analogi
Beberapa soalan boleh dikemukakan untuk membantu mengembangkan lagi kemahiran
mencipta analogi yang berikut contoh soalan tersebut
a. Objek itu sama seperti apa?
b. Sejauhmanakah objek kedua itu sama dengan objek pertama
Pergurusan Grafik Mencipta Analogi
Menciptal analogi akan menjadi lebih mudah apabila kita menggunakan borang
pengurusan grafik seperti di bawah:


                                      sama seperti



                   Bagaimanakah kedua-duanya ia sama ?




                      Bagaimanakah kedua-duanya berbeza?




                                       Kesimpulan
Aktiviti C
Anda dikehendaki mencipta satu analogi.Gunakanlah borang grafik yang dicadangkan
sebelum ini untuk menjalankan aktiviti ini.




Lebih lama kita terikat kepada kebiasaan lebih susah kita akan keluar daripada
kebiasaan tersebut. Jadi keluarlah dari penjara kebiasaan ini dengan
menukarkan tabiat atau corak pemikiran kita yang sedia ada. Dengan cara ini
kita akan dapat menghasilkan idea yang baru.


Ada pendapat yang mengatakan bahawa pelbagai idea dapat diperoleh
sekiranya kita “ listen to our dreams” iaitu kita mengambil kira mimpi kita
sebagaimana kata seorang ahli falsafah Greek Heraclitus:


       “To those who are awake, there is one
       ordered universe, whereas in sleep
       each man truns away from his world
       to one of his own”.


Masa kita sedar, kita tertakluk kepada dunia di sekeliling kita tetapi dalam mimpi
kita berada dalam dunia kita sendiri.


Mimpi juga, dapat membantu kita menyelesaikan konflik, menyegarkan
pemikiran, merangsang penyelesaian dan mencadangkan pendekatan yang baru.
Sebagai contoh seorang ahli kimia, August Kekule, telah bermimpi tentang enam
ekor ular dalam bentuk bulatan dan ini telah merangsangkan beliau mencipta
atau menghasilkan lingkaran molekul benzuin ( benzene molecule ring).


Sebagai contoh bagaimana sesuatu idea kreatif itu dapat kita hasilkan dengan
melihat jauh daripada yang kita lihat secara selapis tanpa imaginasi.


Marilah kita melihat contoh objek ini. Bentuk bujur menjadi sebahagian daripada
bentuk asalnya.
Apakah nama yang boleh anda berikan kepada objek ini?
Mungkin anda akan menamakan objek seperti biasa seperti Cincin atau nama
yang lebih abstrak seperti Kenanganku.


       Berdasar kepada contoh objek tersebut kita boleh melihat kreativiti dari
       empat aspek yang berlainan.


Pertama ialah aspek kelancaran yang merujuk kepada jumlah atau bilangan
objek yang dapat anda hasilkan. Jika lebih banyak objek dapat dihasilkan, anda
sebenarnya mempunyai kelancaran yang baik. Aspek ini dapat menunjukan
kepelbagaian idea yang telah difikirkan. Jika anda mempunyai kelancaran yang
baik maka anda dikatakan mempunyai kreativiti yang tinggi. Dalam contoh di
atas aspek kelancaran tidak dapat dilihat dengan jelas kerana kita hanya
berdasarkan kepada satu objek sahaja.


Kedua ialah aspek keluwesan yang merujuk kepada idea abstrak yang telah
dihasilkan ketika membentuk objek. Keluwesan bergantung kepada nama yang
anda berikan kepada objek tersebut. Jika anda menamakan objek tersebut
sebagai Cincin, anda dikatakan sebagai kurang kreatif kerana Cincin adalah
nama biasa. Tetapi jika anda menamakannya kenanganku, anda dikatakan
kreatif kerana nama kenanganku lebih abstrak daripada Cincin.


Ketiga ialah aspek perincian dan penghuraian. Aspek ini merujuk kepada
banyaknya lerekan yang ditambah kepada bulatan asal sehingga membentuk
objek tersebut seperti garisan mudah yang lurus, garisan sukar yang melengkuk-
lengkuk dan warna. Jika anda membuat garisan muda seperti garisan lurus atau
menggunakan satu warna sahaja untuk menghasilkan objek itu, anda dikatakan
kurang kreatif. Tetapi jika anda membuat garisan bergerigi dan pelbagi warna
maka anda adalah orang yang kreatif.


Keempat ialah aspek keaslian. Keaslian merujuk kepada keunikan idea yang
difikirkan dan mempunyai kelainan berbanding dengan objek yang dihasilkan
oleh orang lain. Jika banyak orang menghasilkan objek yang sama bermakna
mereka berfikir perkara yang sama. Idea yang difikirkan adalah kurang kreatif,
tetapi jika kita melukis sesuatu yang tidak terfikir oleh orang lain, maka kita
merupakan orang yang kreatif.
Aktiviti A


Sebagai aktiviti seterusnya, cuba anda hasilkan sebanyak mungkin objek dengan
menggunakan bulatan-bulatan yang disediakan. Anda bebas untuk
menggunakan Komputer, pensel, pen atau pensel warna.




jika dapat kita lihat, jika kita keluar daripada pemikiran biasa kita dapat
menghasilkan pelbagi idea yang kreatif.


Kreativiti oleh Alex Obsborn (1963)


Kepelbagian idea juga dapat kita hasilkan dengan sumbang saran. Idea-idea
yang diperoleh dapat kita kembangkan dan luaskan menjadi satu idea
mengembangkan idea supaya suatu objek atau idea asal menjadi objek atau
idea baru apabila idea tersebut di


   a. Ubahkan (modify)
   b. Kecilkan (minify)
   c. Besarkan (magnify)
   d. Gantikan (substitute)
   e. Atur semula (rearrange)
   f. Terbalikan (reverse)
   g. Gabungkan (combine)
Dengan menggunakan cara-cara di atas sesuatu idea yang asas dapat
dikembangkan menjadi idea yang lebih produktif.


Marilah kita melihat contoh bagaimana satu idea dapat dikembangkan. Misalnya
idea seekor gajah dikembangkan mengikut cara yang dicadangkan di atas.
Refleksi
      a. Apakah maksud berfikir secara kreatif?
      b. Pernahkah anda berfikir secara kreatif? Cuba ceritakan satu contoh
           pengalaman anda itu.
      c. Apakah masalah yang dihadapi ketika anda cuba mencari idea yang
           kreatif?
      d. Bagaimanakah anda hendak mengembangkan pemikiran ini kepada
           pelajar di sekolah supaya mereka boleh berfikir secara kreatif dengan
           berkesan?
Menjana dan menghasilkan idea yang Pelbagai

Definisi


Menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai merupakan satu kemahiran
menghasilkan idea-idea baru yang digunakan untuk menghasilkan ciptaan atau
menyelesaikan sesuatu masalah. Idea-idea ini merupakan idea-idea yang
mungkin tidak kita fikirkan sebelum ini.


Tujuan


Antara tujuan menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai ialah untuk;


   a. Menghasilkan sebanyak mungkin idea
   b. Mendapatkan pilihan-pilihan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah.
   c. Mendapatkan imaginasi yang kreatif.
   d. Meningkatkan keupayaan untuk mengurus kehidupan seharian.



Refleksi Dan Metakognitif
Soalan seterusnya bolehlah dikemukakan setelah membuat analogi dilakuan
untuk mengembangkan lagi proses berfikir
   a. Apakah jenis pemikiran yang telah anda lalui?
   b. Bagaimanakah cara anda berfikir, dan seterusnya?
   c. Apakah perkara yang harus anda fikirkan supaya tidak berlaku kesilapan
       ketika membuat analogi?


Langkah-Langkah Pengajaran Mencipta Analogi
Yang berikut ialah contoh langkah pengajaran dan pembelajaran
mencipta analogi bagi mata pelajaran Sains Tahun 4 dalam bidang
Menyiasat Alam Kehidupan.
   a. Kenal pasti tajuk pelajaran contohnya “ Pengerakan Haiwan ”. Satu
       daripada bahan pembelajarannya ialah seekor burung.
   b. Jalankan set induksi isi pelajaran dan perkenalkan kemahiran mencipta
       analogi.
  c. Dalam perkembangan pelajaran, satu daripada aktivitiknya ialah
     melaksanakan kemahiran mencipta analogi. Murid mempunyai boring
     pengurusan grafik mencipta analogi. Kemukkan soalan-soalan yang
     menjurus kepada mencipta analogi berdaskan rangsangan yang
     disediakan dan kaitkan dengan pengalaman dirinya lalu meminta murid
     membuat analogi.




     Contoh: Bagaimanakan tangan manusia sama seperti sayap burung?


  d. Bimbing murid membuat refleksi dan metakognitif.
  e. Minta murid membuat refleksi dan metakognitif.
  f. Minta murid mencipta analogi antara seekor haiwan dengan manusia.
     Contoh : Bayi itu lapar seperti anak burung yang ditinggalkan ibunya.
  g. Minta murid mengaplikasikan kemahiran mencipta analogi dalam
     kehidupan seharinya.


Penilaian Kendiri
  a. Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran mencipta analogi?
  b. Berikan satu contoh analogi yang biasa anda cipta.
  c. Sejauh manakah analogi anda itu tepat?
  d. Jelaskan kepentingan mencipta analogi dalam kehidupan seharian anda.
Mencipta Metafora


Anda telah pun belajar tentang analogi sebelum ini. Tentu anda telah dapat
memahami maksud analogi dan jenis-jenis analogi. Anda juga mungkin telah
menggunakan analogi dalam perbulan dan penulisan anda. Kini marilah kita lihat
pula tentang metafora yang seakan-akan sama maksudnya dengan analogi.


Definisi


Metafora ialah sejenis bahasa figuratif yang mencipta untuk menyatakan makna
sesuatu perkara dengan menggunakan kata lain. Dengan kata lain kita melihat
sesuatu perkara itu sebagai sesuatu perkata yang lain.


Contoh-contoh metafora adalah seperti yang berikut:
   a. Mak nenek itu telah datang.
   b. Tikus itu telah lari apabila melihat pengurusnya telah datang.
   c. Harapannya menggunung.
   d. “Hari ini kucing tidak ada di rumah “ kata Asmuni kepada abangnya.
   e. Usianya sudah sampai ke penghujung jalan.



Jika kita lihat kata-kata yang bergaris di atas, ternyata bahawa maksud sebenar
bagi kata-kata tersebut adalah seperti yang berikut
      Mak nenek            - Orang tua yang suka berleter
      Tikus                - Orang yang takut akan ketuanya
      Menggunung           - Tinggi atau besar
      Kucing               - Ketua kepada sesuatu kumpulan
      Penghujung jalan     - Lanjut


Berdasarkan contoh-contoh di atas dapatlah kita fahami, bahawa metafora
dijadikan lambang untuk menyatakan maksud lain yang tersirat. Umpamanya
tikus di sini bukanlah binatang tetapi membawa maksud orang yang penakut.
Tujuan Mencipta Metafora


Tujuan kita mencipta metafora antara lain adalah untuk :
   a) Membina penyataan kreatif seperti dalam penulisan kreatif dan media
       visual
   b) Mendapatkan idea baru yang berkesan dalam menyelesaikan masalah
   c) Mempengaruhi sesuatu pandangan umum
   d) Membantu menyatakan prinsip yang kompleks dan abstrak dalam
       penyelidikan saintifik


Kelemahan Dalam Mencipta Metafora


Yang berikut adalah kelemahan yang sering timbul ketika mencipta metafora.
   a) Memilih metafora yang mempunyai maksud yang sempit atau palsu
   b) Memilih metafora tanpa memikirkan ketepatan idea yang disampaikan
   c) Mencipta metafora sehingga menimbulkan kekeliruan


Pengurusan Lisan Mencipta Metafora


Soalan-soalan berikut boleh membantu anda untuk mencipta metafora
   a) Apakah metafora yang hendak saya cipta ?
   b) Apakah butir-butir yang dapat saya jelaskan mengenainya ?
   c) Apakah perbezaan antara dua perkara atau objek dalam metafora ?
   d) Adakah metafora yang dicipta itu baik ?
Borang pengurusan grafik mencipta metafora


Benda-benda ini adalah                                  Apakah yang hendak
menyerupai metafora                                     saya jelaskan ?
yang dicadangkan.
                                                        Apakah yang hendak
                                                        saya katakan

                                   Persamaan            mengenainya ?

               Apakah yang hendak saya katakan mengenainya

A                                                   B




 Perbezaan




 Nyatakan Metafora :




Borang pengurusan grafik di atas juga boleh digunakan untuk membantu anda
mencipta metafora dengan lebih bijak.
Contoh


Sebagai contoh mari kita baca dan teliti petikan bertajuk “ Seekor Gajah Besi “.


      “ Seekor Gajah Besi “


      Gajah tidak semuanya di dalam hutan,
      Datang ke Bandar membuat huru-hara,
      Saya nampak belalainya terangkat,
      Melihat saya berjalan di tempat cangkat,
      Melampaui bumbung-bumbung pejabat,
      Penuh dengan muatan,
      Tanah dan rumput menjadi makanan.
      Habis bangunan menjadi ranap,
      Tidak mendengar sesiapa pun berhenti,
      Menghembuskan wap tanpa henti,
      Dan memanjangkan belalainya untuk memerhati
      Mengunyah dan menelan semua sekali


      Berdasarkan petikan di atas, cipatakan metafora
      seekor gajah untuk menjelaskan sebuah jentera pengorek.
      Gunakan borong pengurusan grafik untuk mencipta metafora.


      Yang berikut adalah contoh cara mengisi borang pengurusan
      grafik dalam aktiviti tersebut.
Refleksi dan Metakognitif Mencipta Metafora


Setelah mencipta metafora, kemukakan pula soalan lain untuk meningkatkan lagi
proses anda mencipta metafora yang berikut adalah contoh soaloan tersebut.


   a. Apakah proses yang anda fikirkan apabila mencipta metafora?
   b. Adakan ini cara yang baik untuk membandingkan satu perkara dengan
      perkara yang lain?
   c. Bagaimana proses mencirikan dua objek tersebut dapat membantu anda
      melihat perkaitan ciri untuk mencipta metafora?


Langkah-langkah Pengajaran Mencipta Metafora


Yang berikut adalah contoh langkah pengajaran dan pembelajaran mencipta
metafora bagi mata pelajaran Sains Tahun 4 dalam bidang menyiasat kehidupan.


   a. Kenat pasti tajuk pelajaran contohnya “Proses Hidup Haiwan” sifat-sifat
      khas pada haiwan bagi melindungi dirinya daripada musuh dan iklim.
   b. Jalankan set induksi dan pengenalan isi pelajaran.
   c. Perkembangan pelajaran, murid diminta mencipta metafora tentang
      bagaimana haiwan melindungi dirinya. Murid juga dikehendaki
      menggunakan boring pengurusan grafik mencipta metafora.
   d. Murid diminta membuat refleksi dan metakognitif tentang mencipta
      metafora.
   e. Sebagai pengukuhan murid diberikan isu, rangsangan dan aktiviti lain
      untuk mencipta metafora.



Penilaian Kendiri.
     a)   Jelaskan maksud mencipta metafora.
     b)   Berikan perbezaan dan persamaan antara analogi dan metafora.
     c)   Berikan satu contoh lain mencipta metafora.
     d)   Apakah masalah anda ketika mencipta metafora ?