konsep tamadun

Document Sample
konsep tamadun Powered By Docstoc
					KONSEP ASAS TAMADUN

MOHD ZULHILMI BIN ZAINAL @ YUSOF
MUHD KHAIRUL FAHMI BIN ZAINUDIN
         Terminalogi Tamadun
• Maddana: membangunkan/memodenkan
  sesuatu.
• Hadharah: peradaban, sekumpulan manusia yang
  tinggal kekal di sesuatu tempat (Ibnu Sina)
• Umran: kemajuan.
• Thaqafah: kebudayaan.
• Civilization: tamadun.
• Renaissence: kebangkitan.
   Takrif Tamadun Mengikut Sarjana
            Islam dan Barat
• Kamus Dewan: keadaan masyarakat manusia
  yang dicirikan atau didasarkan pada taraf
  kemajuan kebendaan serta perkembangan
  pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain)
  yang peradabannya.
• Abu Bakar Hamzah: suatu yang lahir dan
  berkembang bersama kehidupan menusia
  sama ada berupa niskala-abstrak, mahupun
  berupa skala-material.
• Mahmood Taib an-Najmi: peraturan
  masyarakat yang dapat membantu manusia
  untuk menambahkan hasil pengeluaran sama
  ada dari segi pemikiran atau kebendaan.
• Ibnu Khaldun: pencapaian manusia yang
  melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga
  dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan
  penghasilan daya cipta yang lebih halus dan
  mempunyai nilai-nilai seni.
• Will Deorand:
  – satu sistem sosial yang menolong manusia bagi
    mempertinggikan kedudukan kebudayaan.
  – Sesuatu kemajuan atau ciptaan baru yang dilahirkan
    oleh sesuatu umat untuk menjadikan hidup mereka
    lebih tenteram dan lebih senang.
• Redfield:
  – satu cara hidup yang dapat diberikan kriteria tertentu.
  – Tamadun sebagai puncak pencapaian sama seperti
    puncak-puncak gunung.
• Arnold Toynbee: sejenis kebudayaan yang
  berkembang di dalam kota.
• A.S. Hornby & E.C. Parnwell: meningkatkan
  pencapaian hidup manusia daripada
  kemunduran kepada kemajuan dalam bidang
  ilmu, sains, teknologi, politik dan sebagainya.
          Prinsip Tamadun Islam
1.   Memelihara jiwa dan nyawa.
2.   Memelihara akal fikiran.
3.   Memelihara maruah dan keturunan.
4.   Memelihara harta benda.
5.   Memelihara hak dan kebebasan.
    Memelihara Jiwa dan Nyawa
• Allah menegah segala perbuatan yang boleh
  mengancam jiwa dan nyawa sendiri serta
  orang lain.
• Contohnya mengambil dadah, membunuh
  diri, pembunuhan, mencederakan orang atau
  diri sendiri.
       Memelihara Akal Fikiran
• Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu
  sebanyak mungkin kerana ilmu dapat digunakan
  untuk mencapai kesempurnaan akal kesenangan
  hidup.
• Allah mengharamkan perbuatan yang boleh
  merosakkan kesempurnaan akal fikiran seperti
  meminum arak dan mengambil dadah.
• Islam menyediakan asas agar umatnya sentiasa
  berfikir agar akal sentiasa cergas dan
  berkembang.
  Memelihara Maruah dan Keturunan
• Allah melantik manusia sebagai khalifah
  meletakkan taraf manusia lebih tinggi dan mulia
  berbanding makhluk-makhluk lain di dunia ini.
• Keistimewaan manusia kerana kejadiannya yang
  unik merangkumi roh, jasad, akal, istiqamah, dan
  segala sifat yang ada pada manusia.
• Manusia wajib menjaga maruah dan keturunan
  agar taraf manusia tidak tercemar dan ternoda.
      Memelihara Harta Benda
• Islam menggalakkan umatnya lari daripada
  kemiskinan kerana boleh menghalang
  seseorang itu melakukan perkara yang
  melanggar batasan.
• Berpada-pada mencari kekayaan agar tidak
  lupa diri apabila kaya dan berkuasa.
• Harta kekayaan dan anak-anak sebagai dugaan
  daripada Allah kepada manusia agar dapat
  menjaganya dengan penuh tanggungjawab.
  Memelihara Hak dan Kebebasan
• Dua kategori hak dan kebebasan:
  – Hak Allah.
  – Hak dan kebebasan manusia.
                Hak Allah
• Kebebasan manusia daripada sebarang bentuk
  keabadian diri selain Allah.
• Mentauhidkan diri atau beriman kepada Allah
  sahaja.
     Hak dan Kebebasan Manusia
• Kebebasan sebagai hak asasi manusia.
• Islam memberi manusia kebebasan bergerak, berusaha
  dan bertindak selagi tidak bercanggah dengan syariat.
• Manusia boleh mengeluarkan pendapat dan hasrat
  selagi tidak mencemari akidah, syarak dan akhlak.
• Islam turut membebaskan umatnya berorganisasi dan
  bersosial selagi batas-batas pergaulan dalam Islam
  terjaga.
• Kebebasan beragama diberikan kepada manusia
  dengan menggalakkan umat Islam berdakwah kepada
  orang lain supaya memeluk Islam tetapi bukan melalui
  paksaan.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags: konsep, tamadun
Stats:
views:5063
posted:3/3/2010
language:Malay
pages:14
Description: TITAS