Docstoc

konseptual pendidikan guru

Document Sample
konseptual pendidikan guru Powered By Docstoc
					• Model konseptual pendidikan guru adalah
  dirangka berlandaskan kepada dasar
  Falsafah Pendidikan Guru dan Matlamat
  Pendidikan.

• Model ini merangkumi akauntabiliti guru di
  bawah tiga dimensi utama iaitu:
1. Ketuhanan: peningkatan ilmu,
   penghayatan dan amalan individu
   berteraskan kepercayaan dan
   kepatuhan kepada ajaran agama.

2. Kemasyarakatan: penekanan peranan
   guru sebagai pendidik, pemimpin dan
   agen perubahan.
3. Kendiri: penekanan pembinaan daya
   kefahaman dan patriotisme, pemupukan
   budaya ilmu serta pembentukan sahsiah
   murni dan berpekerti mulia.

•   Di bawah 3 dimensi utama tersebut,
    Model Konseptual Pendidikan Guru ini
    merangkumi tiga aspek asas iaitu:
1. Pengetahuan yang berkaitan dengan
   perkembangan dan kepentingan
   pendidikan dalam kehidupan.

2. Kemahiran ikhtisas yang merangkumi
   kemahiran menggunakan bahan-
   bahan pelajaran dengan tujuan
   meningkatkan kualiti pengajaran dan
   pembelajaran.
3. Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-
   nilai murni, perlakuan guru yang
   penyayang, bepekerti mulia, berdaya
   tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh
   kepada etika profesion keguruan.

• Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan
  merentas semua disiplin dan program
  perguruan yang dirancangkan.
• Di samping itu, Model Konseptual
  Pendidikan Guru juga menekankan
  matlamat mengembangkan potensi guru
  secara seimbang dan bersepadu dari segi
  rohani, emosi, intelek dan jasmani.
           SUMBER RUJUKAN
Mok Soon Sang, (1994)..Asas Pendidikan 3 Kurikulum dan
 Praktikum, Kumpulan Budiman Sdn Bhd,
  Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang, (2004). Ilmu Pendidikan untuk KPLI, Kumpulan
 Budiman Sdn Bhd,Subang Jaya.

Sharifal Alwiah Alsagoff,(1984). Falsafah Pendidikan, Kuala
  Lumpur :Heinemann Asia.

Sulaiman Hamzah, Karimah Zainab, (1977). Aliran Pendidikan,
  Pustaka Aman Press Sdn Bhd.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:2315
posted:3/2/2010
language:Malay
pages:9