MENGENALPASTI TAHAP KOGNITIF BERASASKAN TAKSONOMI BLOOM BAGI by zdn12589

VIEWS: 0 PAGES: 25

									MENGENALPASTI TAHAP KOGNITIF BERASASKAN TAKSONOMI
BLOOM BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 DALAM MATAPELAJARAN
      SAINS TERAS TERAS DI DAERAH JOHOR BAHRU




              ZAINAB BINTI ABU YAMIN




          UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                                       PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
                            UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

                    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
             JUDUL:          MENGENALPASTI TAHAP KOGNITIF BERASASKAN
                             TAKSONOMI BLOOM BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 DALAM
                             MATAPELAJARAN SAINS TERAS DI DAERAH JOHOR BAHRU.

                             SESI PENGAJIAN: SEMESTER II SESI 2005/2006


Saya                                  ZAINAB BINTI ABU YAMIN
                                         (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

 1.        Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
 2.        Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
           tujuan pengajian sahaja.
 3.        Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
           pengajian tinggi.
 4.       **Sila tandakan ( )

                    SULIT             (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
                                      kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
                                      (AKTA RAHSIA RASMI 1972)

                    TERHAD            (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
                                      organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)


                    TIDAK TERHAD
                                                                 Disahkan oleh


           (TANDATANGAN PENULIS)                                     (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap:
228 BLOK 10,FELDA PAPAN TIMUR                                       P.M. DR SETH BIN SULAIMAN
81900 KOTA TINGGI                                                          Nama Penyelia
JOHOR DARULTAKZIM.

Tarikh:                                                             Tarikh:

      CATATAN:          * Potong yang tidak berkenaan.
                        ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
                           berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
                           tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
                            Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan
                            Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja
                            kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
                 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ”




     Tandatangan           :      ____________________________

     Nama Penyelia         :      Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman.

     Tarikh                :      ____________________________
MENGENALPASTI TAHAP KOGNITIF BERASASKAN TAKSONOMI
BLOOM BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 DALAM MATAPELAJARAN
             SAINS TERAS DI DAERAH JOHOR BAHRU




                     ZAINAB BINTI ABU YAMIN




Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
        penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
                                 (Sains)




                           Fakulti Pendidikan
                      Universiti Teknologi Malaysia




                              APRIL 2006
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang-

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”


Tandatangan :…………………………….

Nama penulis : ZAINAB BT. ABU YAMIN

Tarikh         :……………….
                                                  iii




                                    DEDIKASI




Buat ibu yang amat kukasihi
Pengorbananmu tiada berbelah bagi
Yang terus memahami diri ini
Dari dulu hingga ke saat ini

      Buat arwah suami yang dicintai
      Walaupun kejayaanku tanpamu kini
      Pengorbananmu takkan ku lupai
      Kukan terus mengingati
      Tanpamu ku takkan berada di sini

Buat Nur Alia Farisha puteri ibu
Walaupun kecil kau terus memahami
Ketiadaan ayah kau pandai membawa diri
Kehadiranmu membawa sinar hidup ini

      Buat rakan taulan yang sentiasa menemani
      Tanpa jemu kau selalu mengingati
      Peneman dikala sepi
      Jasa kalian kukan sentiasa ingati.


Semoga Allah memberkati jasa kalian semua…………….
                                                                                        iv




                                 PENGHARGAAN




       Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan rahmat kurnianya kajian ini berjaya
disempurnakan dalam jangka masa yang ditetapkan.

       Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia Prof Madya
Dr. Seth bin Sulaiman atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh
penyelidikan tesis ini.


       Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Jabatan Pendidikan
Negeri Johor yang membenarkan penyelidik menjalankan kajian ini.


       Jutaan terima kasih juga kepada para pengetua,di sekolah-sekolah yang terlibat
guru-guru dan para pelajar yang sentiasa memberikan kerjasama semasa penyelidikan
ini dijalankan.


       Di samping itu, tidak lupa juga penyelidik ingin tujukan ucapan terima kasih
kepada rakan seperjuangan terutamanya Lisz, Ikin, Ada dan Wany di atas kerjasama,
tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang diberikan.




                                                                                        iv
                                       ABSTRAK




       Kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji tahap kognitif pelajar bukan
aliran sains dalam matapelajaran Sains Teras berasaskan taksonomi Bloom.Seramai 102
pelajar tingkatan empat yang berasal dari beberapa buah sekolah di daerah Johor Bahru
telah menyertai kajian ini. Kajian ini melibatkan 54 pelajar lelaki dan 48 pelajar
perempuan. Penyelidik menggunakan ujian sebagai instrumen bagi kajian ini untuk
meninjau tiga aras kognitif responden pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi.
Analisis data adalah menggunakan perisian Statistical Package for Science for Window
release 11.5 (SPSS 11.5 Software). Hasil kajian telah ditunjukkan dalam bentuk min,
sisihan piawai, peratusan frekuensi dan ujian-t. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa
pelajar mempunyai aras pengetahuan yag lebih baik berbanding dengan aras kefahaman
dan aplikasi. Setiap aras kognitif pelajar telah dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap
rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Kajian ini menunjukkan bahawa aras
pengetahuan dan aras kefahaman berada pada tahap sederhana dan manakala aras
aplikasi berada pada tahap rendah. Seterusnya, hasil kajian menunjukkan bahawa tiada
terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min pelajar lelaki dan skor min pelajar
perempuan dalam tiga aras kognitif yang dikaji.
                                      ABSTRACT




       This study is conducted to examine form four students’ cognitive levels in
Science based on Bloom’s Taxonomy. One hundred and two form four students from
several schools in district of Johor Bahru were involved in this survey. The
respondents consist of fifty four male students and forty eight female students.
Researcher used a cognitive test as instrument to determine the three cognitive levels of
the respondents namely Knowledge, Comprehension and Application. The data were
collected and analyzed using the Statistical Packages for Social Science for Windows
release 11.5 (SPSS software). The findings are presented by using mean, standard
deviation, frequency and t-test statistics. The findings show that the mean of the
Knowledge level of these students is better than the mean of the other two cognitive
levels. Besides this, the students cognitive levels were categorized to three groups
namely low, medium and high level. It is also found that the students have medium
level of Knowledge and Comprehension and low cognitive level of Application. And
then, this survey shows that there is no significance difference between the male and
female students for the three cognitive levels being studied.
                                                     vii




                              KANDUNGAN




BAB      PERKARA                          MUKASURAT

         Judul                                 i
         Pengakuan                             ii
         Dedikasi                              iii
         Penghargaan                           iv
         Abstrak                               v
         Abstrack                              vi
         Kandungan                             vii
         Senarai Jadual                        xiv
         Senarai Rajah                         xv
         Senarai Singkatan                     xvi
         Senarai lampiran                      xvii




BAB 1   PENDAHULUAN



        1.0      Pengenalan                    1

        1.1      Latar belakang masalah        2

        1.2      Penyataan masalah             4

        1.3      Objektif kajian               4

        1.4      Persoalan kajian              5

        1.5      Kepentingan kajian            5
                                                    viii

         1.6    Batasan kajian                 7

         1.7    Definisi istilah               7-9

                1.6.1 Tahap Kognitif pelajar

                1.6.2 Sains

                1.6.3   Taksonomi

                1.6.4   Aras pengetahuan

                1.6.5   Aras kefahaman

                1.6.6   Aras aplikasi

          1.8   Penutup                        9




BAB II   SOROTAN KAJIAN



          2.0   Pengenalan                     10

          2.1   Sains                          10

                2.1.1   Pendidikan Sains       11

          2.2   Taksonomi Bloom                12

                2.2.1   Pengetahuan            12

                2.2.2   Kefahaman              12

                2.2.3   Aplikasi               13

          2.3   Konsep                         13

                2.3.1   Pengkonsepan           14

          2.4   Proses kognitif                14

                2.4.1   Konsep berfikir        15
                                                                        ix

               2.4.2    Konsep pemikiran                           15

               2.4.3    Pemikiran kritis                           16

         2.5   Teori pembelajaran dan tahap kognitif               17

               2.5.1    Teori behaviorisme dan tahap kognitif      18

               2.5.2    Teori konstruktivisme dan tahap kognitif   18

               2.5.3    Teori kognitivisme dan tahap kognitif      19

                        2.5.3.1 Teori pembelajaran Gagne dan       20

                               tahap kognitif

                        2.5.3.2 Teori pembelajaran Bruner dan      20

                               tahap kognitif

         2.6   Pemindahan pembelajaran                             21

               2.6.1 Penyelesaian masalah                          21

         2.7   Kecenderungan proses kognitif mengikut              22

               perbezaan jantina.

         2.8   Kajian-kajian                                       23

         2.9   Penutup                                             24




BAB II   SOROTAN KAJIAN



         3.0   Pengenalan                                          25

         3.1   Rekabentuk kajian                                   25

         3.2   Sampel                                              26

               3.2.1    Persampelan                                27
                                                                         x

          3.3     Kajian rintis                                     27

          3.4     Tempat kajian                                     28

          3.5     Instrumen kajian                                  28

          3.6     Prosedur kajian                                   29

          3.7     Analisis data                                     30

          3.8     Jangkamasa kajian                                 31

          3.9     Penutup                                           31-32



BAB III   ANALISIS DATA



          4.0     Pengenalan                                        33

          4.1     Profil Responden                                  33

          4.2     Pencapaian Keseluruhan Bagi Tiga Aras Kognitif    36

                  Taksonomi Bloom

          4.3     Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan 4 Sains Dalam    37

                  Matapelajaran Sains Teras Berdasarkan kekerapan

                   Responden.

          4.3.1   Aras Pengetahuan Pelajar                          38

                  4.3.1.1 Bilangan Responden Yang Memberikan        37

                  Jawapan Betul Bagi Setiap Soalan

                            Aras Pengetahuan.

                  4.3.1.2 Bilangan dan Peratusan responden Yang     38

                          Mendapat Peratus Skor Pada Tiga Tahap
                                                                   xi

                     Yang Berlainan Bagi Aras pengetahuan.

      4.3.2   Aras Kefahaman Pelajar                          40

              4.3.2.1 Bilangan Responden Yang Memberikan      40

                     Jawapan Betul Bagi Setiap Soalan Aras

                      Kefahaman.

              4.3.2.2 Bilangan dan Peratusan responden Yang   41

                     Mendapat Peratus Skor Pada Tiga Tahap

                     Yang Berlainan Bagi Aras Kefahaman.

      4.3.3   Aras Aplikasi Pelajar                           43

              4.3.3.1 Bilangan Responden Yang Memberikan

                     Jawapan Betul Bagi Setiap Soalan Aras

                      Aplikasi.

              4.3.3.2 Bilangan dan Peratusan Responden Yang   44

                     Mendapat Peratus Skor Pada Tiga Tahap

                      Yang Berlainan Bagi Aras Aplikasi.



4.4   Perbandingan Tahap Kognitif Mengikut Jantina pelajar.   45

      4.4.1   Perbandingan Tahap Kognitif Pada Aras           45

              Pengetahuan Mengikut Jantina Pelajar.

      4.4.2   Perbandingan Tahap Kognitif Pada Aras           46

              Kefahaman mengikut Jantina Pelajar

      4.4.3   Perbandingan Tahap Kognitif Pada Aras           47

              Aplikasi Mengikut Jantina Pelaja
                                                                      xii

          4.5     Penutup                                        48-49




BAB V     PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

          CADANGAN



    5.0   Pengenalan                                             50

    5.1   Perbincangan Kajian                                    50

          5.1.1   Tahap Kognitif Pelajar Pada Aras Pengetahuan   51

                  Dalam Matapelajaran Sains Teras.

          5.1.2   Tahap Kognitif Pelajar Pada Aras Kefahaman     53

                  Dalam Matapelajaran Sains Teras.

          5.1.3   Tahap Kognitif Pelajar Pada Aras Aplikasi      55

                  Dalam Matapelajaran Sains Teras.

          5.1.4   Perbandingan Tahap Kognitif Mangikut Jantina   57

                  Bagi Ketiga-Tiga Aras Kognitif

    5.2   Cadangan Kajian                                        58-60

          5.2.1   Cadangan Kepada Pihak Guru

          5.2.2   Cadangan Kepada Pihak Sekolah.

          5.2.3   Cadangan Kepada Pelajar

          5.2.4   Cadangan Kepada Kementerian Pendidikan

    5.3   Cadangan Kajian Lanjutan                               60

    5.4   Penutup                                                61
                  xiii

RUJUKAN      62-65




Lampiran A   66

Lampiran B   77

Lampiran C   79
                                                                              xiv




                               SENARAI JADUAL




NO JADUAL                          TAJUK                          MUKA SURAT



3.1         Aras kognitif dan soalan-soalan                              28
3.2         Pembahagian setiap aras kognitif kepada tiga                 30
            tahap yang berlainan berdasarkan sela masa
            yang diperolehi.
4.1         Bilangan dan peratus responden mengikut jantina.             33
4.2         Bilangan dan peratus pelajar mengikut sekolah.               33
4.3         Taburan responden kajian mengikut jantina dan                34
            sekolah.
4.4         Min peratusan dan sisihan piawai bagi tiga aras              35
            kognitif taksonomi Bloom.
4.5         Pemeringkatan tahap pengetahuan pelajar Tingkatan 4          38
4.6         Pemeringkatan tahap kefahaman pelajar Tingkatan 4            40
4.7         Pemeringkatan tahap aplikasi pelajar Tingkatan 4             43
4.8         Analisis ujian-t perbezaan aras pengetahuan pelajar          44
            mengikut jantina
4.9         Analisis ujian-t perbezaan aras kefahaman pelajar            45
            mengikut jantina
4.10        Analisis ujian-t perbezaan aras aplikasi pelajar             46
            mengikut jantina




                                                                              xiv
                                                                    xv




                              SENARAI RAJAH




NO RAJAH                  TAJUK                        MUKASURAT


4.1        Bilangan responden yang menjawab                    37
           betul bagi setiap soalan aras pengetahuan
4.2        Bilangan responden yang menjawab                    38
           betul bagi setiap soalan aras kefahaman
4.3        Bilangan responden yang menjawab                    42
           betul bagi setiap soalan aras aplikasi
                                                                   xvi




                     SENARAI SINGKATAN




1.   Bil         -   Bilangan
2.   EPRD        -   Education Planning Research Development
3.   sig.   ``   -   signifikan
4.   SPSS        -   Statistical Package for The Social Science.
5.   UTM             Universiti Teknologi Malaysia
                                                                      xvii




                         SENARAI LAMPIRAN




LAMPIRAN TAJUK                                           MUKA SURAT


A        Contoh set soal selidik                                 65

B        Surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan           76

         dan Penyelidikan,Kementerian Pendidikan Malaysia.       78

C        Surat kebenaran daripada Fakulti
                                        BAB 1




                                  PENDAHULUAN




1.0    Pengenalan


       Kemajuan sains dan teknologi dapat dilihat perkembangannya dalam pelbagai
sektor industri masa kini. Ia telah dianggap penting untuk memudahkan serta
melicinkan pekerjaan yang dijalankan. Pertumbuhan ekonomi negara amat berkait rapat
dengan kemajuan sains dan teknologi untuk menjamin peningkatannya setiap tahun
disamping faktor-faktor yang lain. Kemunculan saintis-saintis muda terutamanya telah
banyak menyumbang idea mereka yang amat diperlukan dalam sektor perkilangan
terutamanya.



       Selari dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan semula
Matapelajaran Sains dan teknologi sejak di bangku sekolah rendah untuk
memperkenalkan pelajar mengenai dunia sains dan teknologi pada peringkat awal
lagi.Di peringkat sekolah menengah, matapelajaran sains masih lagi diteruskan dengan
lebih mendalam. Terdapat dua aliran sains yang boleh dipilih samaada aliran Sains
Tulen dimana pelajar boleh mengikuti subjek sains seperti kimia, biologi dan fizik atau
aliran Sains Teras. Dalam matapelajaran Sains Teras, pelajar akan mempelajari
                                                                                         2

gabungan ketiga-tiga bidang sains iaitu fizik, kimia,biologi. Kesemuanya bidang
tersebut akan dipelajari tetapi tidak secara mendalam. Bagi pelajar bukan aliran Sains
Tulen, tidak seharusnya mereka ketinggalan untuk mendalami ilmu yang dipelajari.
Mereka seharusnya dapat menguasai kemahiran mempelajari Sains sepenuhnya.



       Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai satu proses belajar dan
belajar dinyatakan sebagai usaha memperolehi ilmu pengetahuan dan menjalani latihan.
Pembelajaran adalah merupakan dapatan maklumat dan ilmu pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan.(Lee Shok Mee 1998).
Menurut Amir, pembelajaran merupakan sesuatu yang amat luas dan kompleks (1986,
dalam Mohd Khamidon 1992).



       Pemahaman suatu konsep dan teori dalam sesuatu bab yang dipelajari adalah
penting supaya pelajar lebih berminat untuk terus mempelajari topik ini. Menyebut
tentang pemahaman konsep, prinsip asas dan teori ini lebih sinonim dengan tahap
pembelajaran kognitif. Kesediaan kognitif berkaitan dengan peringkat perkembangan
mental untuk memahami, memikir, menaakul dalam keadaan pembelajaran yang baru
(Lee Shok Mee (1998)). Bidang kognitif ini telah merangkumi segala ilmu pengetahuan
yang dipelajari di sekolah. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan mental manusia
untuk memperolehi ilmu (Mak Song Sang, 1997).




1.1    Latar belakang masalah


       Pemahaman dari segi konsep dan teori adalah merupakan aspek yang penting
dalam pembelajaran Sains Teras. Teori kognitif mengatakan bahawa pembelajaran
sebagai satu proses yang aktif. Benjamin Bloom (1956) telah membahagikan bidang
kognitif kepada enam peringkat iaitu pengetahuan, pemahaman,analisis,aplikasi,sintesis
dan penilaian.
                                                                                     3

       Menurut W.F. Connel ( 1981 ), terdapat sesetengah pelajar sering menggunakan
pendekatan hafalan dalam proses pembelajaran khususnya dalam sains dan matematik.
Kebanyakan mereka hanya menghafal contoh masalah serta cara menyelesaikannya
tanpa kefahaman yang sepatutnya terhadap proses atau hubungan yang relevan.
Keadaan ini berlaku kerana pelajar tidak mampu untuk menghubungkaitkan
pengetahuan lampau dengan pembelajaran baru berdasarkan penguasaan konsep serta
fahaman yang jelas. Hasilnya, pelajar tidak dapat menghasilkan satu corak
pembelajaran yang baik dan berkesan .



       Ainon dan Abdullah (1995), para pelajar tidak mengetahui bagaimana caranya
mereka boleh memindahkan apa yang mereka pelajari dalam sesi berfikir untuk
digunakan di dalam matapelajaran Sains. Dengan itu, tahap kognitif belajar adalah
berkait rapat dengan kemahiran berfikir mereka dalam matapelajaran Sains Teras.



       Menurut Abdul Rahim (1992), menyatakan bahawa guru kurang menggunakan
soalan dan rangsangan yang sesuai dengan tahap perkembangan kognitif pelajar.
Sesetengah guru mengemukakan contoh-contoh yang kurang bersesuaian dengan tahap
kognitif mereka. Perancangan pengajaran yang kurang sistematik juga boleh
menyebabkan guru tidak dapat memberikan kaedah pengajaran yang berkesan. Pelajar
sebaliknya hanya menerima tanpa mampu untuk berfikir dengan lebih jauh.



       Menurut Nobele (1992), menyatakan bahawa penerimaan dan penguasaan suatu
matapelajaran juga dipengaruhi oleh faktor jantina. Hal ini adalah disebabkan oleh
corak serta gaya pemikiran dan penguasaan berbeza antara pelajar lelaki dan
perempuan.Adalah menjadi hasrat penyelidik dalam kajian ini untuk meninjau
mengenai tahap kognitif berasaskan taksonomi Bloom di kalangan pelajar tingkatan 4
yang mengambil matapelajaran Sains Teras.
                                                                                              4


1.2          Pernyataan Masalah


             Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap kognitif pelajar berasaskan
taksonomi Bloom bagi pelajar tingkatan 4 dalam matapelajaran Sains Teras di daerah
Johor Bahru.



             Terdapat sebilangan pelajar tidak dapat menguasai dengan baik beberapa konsep
dalam matapelajaran Sains. Maka kajian ini dilakukan untuk meninjau tahap kognitif
sebenar pelajar berasaskan taksonomi Bloom dan seterusnya dinyatakan beberapa
cadangan yang dapat dilakukan untuk meningkatkan tahap kognitif mereka.



             Hanya tiga aras kognitif Bloom sahaja yang dipilih dalam kajian ini iaitu aras
pengetahuan, aras kafahaman dan aras aplikasi. Penyelidik ingin melihat bagaimana
tahap kognitif aras rendah pelajar sebelum dilanjutkan pada aras kognitif tahap tinggi
dalam taksonomi Bloom.




1.3          Objektif kajian



Melalui kajian ini, pengkaji telah menetapkan empat objektif seperti berikut :-


      i.        Menentukan tahap kognitif pelajar 4 Sains Teras pada aras pengetahuan.


      ii.       Menentukan tahap kognitif pelajar 4 Sains Teras pada aras kefahaman.


      iii.      Menentukan tahap kognitif pelajar 4 Sains Teras pada aras aplikasi.


      iv.       Menentukan samaada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap
                kognitif pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi mengikut jantin
1.4    Persoalan kajian



Persoalan kajian adalah seperti berikut:-


i.     Apakah tahap kognitif pelajar pada aras pengetahuan dalam matapelajaran Sains
       Teras ?
ii.    Apakah tahap kognitif pelajar pada aras kefahaman dalam matapelajaran Sains
       Teras ?
iii.   Apakah tahap kognitif pelajar pada aras aplikasi dalam matapelajaran Sains
        Teras ?
iv.    Adakah terdapat perbezaan signifikan terhadap tahap kognitif aras pengetahuan,
       kefahaman dan aplikasi merentasi jantina pelajar ?

								
To top