i PEMBANGUNAN PERISIAN TUTORIAL MULTIMEDIA BAGI MEMPELAJARI TEKNIK

Document Sample
i PEMBANGUNAN PERISIAN TUTORIAL MULTIMEDIA BAGI MEMPELAJARI TEKNIK Powered By Docstoc
					                                                                       i




PEMBANGUNAN PERISIAN TUTORIAL MULTIMEDIA BAGI MEMPELAJARI
        TEKNIK ASAS DALAM MACROMEDIA AUTHORWARE




                     FADHLIATUN BINTI SUHAILI




                  Laporan projek ini dikemukakan sebagai
           memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
      Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan(Fizik)




                            Fakulti Pendidikan
                      Universiti Teknologi Malaysia




                           NOVEMBER 2007
                                                                               iii




                                      ABSTRAK




      Projek ini adalah satu usaha untuk membangunkan satu perisian tutorial
multimedia dalam bentuk CD-ROM. Perisian ini memberi peluang kepada proses
pembelajaran yang berbentuk tutorial dimana latihan dan demontrasi langkah demi
langkah disediakan. Tajuk yang dicakupi dalam perisian ini adalah Teknik Asas
dalam Penggunaan Authorware 7.0.         Tajuk-tajuk tersebut adalah mengenali
antaramuka, fungsi ikon dan teknik asas dalam penetapan latarbelakang juga teknik
mudah memasukkan teks ke dalam Authorware.             Proses pembangunan ini
menggunakan perisian bahasa gubahan Macromedia Authorware 7.0. Perisian lain
yang turut digunakan dalam pembangunan perisian ini adalah Adobe Photoshop 7.0,
Adobe Captivate, dan Adobe Flash. Perisian yang di hasilkan ini sesuai digunakan
oleh pelajar yang mempelajari Authorware 7.0 di mana-mana institusi pengajian,
mahupun sesiapa jua yang berminat untuk mempelajari cara menggunakan perisian
Authorware 7.0.    Ia sangat sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat di
Malaysia di mana ia menggunakan Bahasa Malaysia yang mudah dan teknik
demonstrasi yang mampu memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih baik
kepada pengguna.
                                                                                     iv




                                     ABSTRACT




       This project is an effort to develop multimedia tutorial software in a form of
CD-ROM. This software offers tutorial learning as applies step-by step demonstration
and practice. The topics that are included in this software are the basic techniques of
using Authorware 7.0 The topics are introducing interface, icon functions and basic
techniques of background setting, also easy techniques of inserting texts in
Authorware.. This software has been developed using Macromedia Authorware 7.0.
Other softwares which also had been used for the development of this software are
Adobe Photoshop 7.0, Adobe Captivate, and Adobe Flash. This software is suitable to
students that are learning Authorware 7.0 and anyone who have the intention to
learning Macromedia Authorware7.0.         It is suitable for all Malaysians as it is
presented using simple Bahasa Malaysia and also occupied with demonstration
technique that enables a better learning experience to the user.
                                                             v




                                KANDUNGAN




BAB                         TAJUK`              MUKASURAT


      PENGESAHAN STATUS
      PENGESAHAN PENYELIA
      JUDUL                                         i
      PENGAKUAN                                     ii
      ABSTRAK                                       iii
      ABSTRACT                                      iv
      KANDUNGAN                                     v
      SENARAI RAJAH                                 vi
      SENARAI SINGKATAN                             vii


1     PENDAHULUAN
      1.0 Pengenalan                                    1
      1.1 Latarbelakang Masalah                         3
      1.2 Pernyataan Masalah                            5
      1.3 Objektif Projek                               6
      1.4 Skop dan Batasan Projek                       7
      1.5 Kepentingan Projek                            7


2     SOROTAN KAJIAN
      2.0 Pengenalan                                    9
      2.1 Pembelajaran Multimedia                       9
      2.2 Persekitaran Pembelajaran                     11
          2.2.1 Minimalism                              12
          2.2.2 Hyperteks dan Hymermedia                13
      2.3 Komputer Sebagai Media Pembelajaran           14
          2.3.1 Definisi Komputer                       15
                                                          vi

         2.3.2 Komputer dalam Pendidikan             15
         2.3.3 Tutorial                              17
    2.4 Teori Pembelajaran                           18
    2.5 Model Pembangunan Perisian Multimedia        20
         2.5.1 Model ADDIE                           21
    2.6 Penutup                                      23



3   REKABENTUK PERISIAN
    3.1 Pengenalan                                   25
    3.2 Model Rekabentuk Pengajaran Yang Digunakan
         Dalam Pembangunan Perisian Pembelajaran
         Berbantukan Komputer                        26
         3.2.1 Fasa Analisis                         26
         3.2.2 Fasa Rekabentuk                       27
                3.2.2.1 Pemilihan Perkakasan         27
                3.2.2.2 Pemilihan Perisian           28
                3.2.2.3 Rekabentuk Antaramuka        29
                3.2.2.4 Sistem Penerokaan            31
                3.2.2.5.Carta Alir Perisian          32
         3.2.3 Fasa Pembangunan                      34
         3.2.4 Fasa Pelaksanaan                      35
         3.2.5 Fasa Penilaian                        36



4   PEMBANGUNAN PERISIAN
    4.1 Pengenalan                                   37
    4.2 Pempakejan Perisian                          37
    4.3 Ciri-ciri Perisian                           38
         4.3.1 Montaj                                39
         4.3.2 Objekrif Pembelajaran                 40
         4.3.3 Menu Utama                            40
         4.3.4 Pengenalan                            43
         4.3.5 Skrin Isi Pelajaran                   45
         4.3.6 Skrin Informasi                       51
                                                         vii

        4.3.7 Pemilihan Video                       52
        4.3.8 Pemilihan Latihan                     53
        4.3.9 Keluar Perisian                       54



5   RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
    5.1 Pengenalan                                  55
    5.2 Rumusan                                     56
    5.3 Masalah-masalah yang dihadapi               56
        5.3.1 Ancaman serangan virus                56
        5.3.2 Masalah komputer yang biasa           57
    5.4 Perbincangan                                58
    5.5 Cadangan Kajian                             59
        5.5.1 Warna latarbelakang perisian          59
        5.5.2 Jenis dan Saiz Abjad (Font)           60
        5.5.3 Susunatur grafik dengan teks          61
        5.5.4 Meluaskan Skop Tajuk Perisian         61
        5.5.5 Menjalankan Pengujian dan Penilaian   61
        5.5.6 Penyebaran Melalui Internet           62




BIBLIOGRAFI                                         63
                                                                  viii




                                 SENARAI RAJAH




NO RAJAH                         TAJUK                   MUKASURAT

 2.1       Aliran kerja berdasarkan model ADDIE              21
 3.1       Rekabentuk awal paparan Menu Utama                29
 3.2       Rekabentuk awal paparan untuk tajuk               30
 3.3       Rekabentuk awal paparan untuk demonstrasi         30
 3.4       Rekabentuk awal paparan untuk latihan             31
 3.5       Carta Alir Perisian                               33
 4.1       Paparan montaj                                    39
 4.2       Paparan Objektif Perisian                         40
 4.3       Paparan Menu Utama                                41
 4.4       Paparan Menu Pengenalan                           42
 4.5       Paparan Menu Memulakan Proses Pembangunan         43
 4.6       Paparan Menu Elemen Teks                          43
 4.7       Paparan Penerangan                                44
 4.8       Paparan Mengenali Antaramuka                      45
 4.9       Paparan Menu Fungsi-fungsi Ikon                   46
 4.10      Paparan Fungsi Ikon Paparan                       47
 4.11      Paparan demonstrasi penggunaan ikon paparan       47
 4.12      Papran demonstrasi menetapkan latarbelakang       48
 4.13      Paparan Menaip terus ke dalam Authorware          49
 4.14      Paparan demonstrasi Animasi Flash                 50
 4.15      Papran nota bagi teks jenis RTF                   51
 4.16      Paparan info                                      52
 4.17      Paparan Latihan                                   53
 4.18      Paparan Keluar                                    54
 5.1       Abjad Serif dan San Serif                         65
                                                             ix




             SENARAI SINGKATAN




ADDIIE   -     Analysis, Design, Developement, Evaluation,
PBK      -     Pembelajaran Berbantukan Komputer
CD-ROM   -     Compact Disk- Read Only Memory
CAI      -     Computer Aided Instruction
CBL      -     Computer Based Learning
MSC      -     Koridoraya Multimedia
                                         BAB 1




                                  PENDAHULUAN




1.0    Pengenalan



       Pengajaran dan pembelajaran merupakan dua proses yang sentiasa
berkembang seiring dengan kemajuan ekonomi dan teknologi semasa.             Proses
pengajaran dikendalikan oleh tenaga pengajar dengan berbekalkan media
penyampaian maklumat berasaskan struktur kognitif, peluang untuk latihan dan
peluang untuk tindakbalas yang mana membawa kepada hasil              pembelajaran.
Sebelum ini, proses pembelajaran lebih terarah kepada hubungan bergantungan
pelajar dan pengajar di mana pengajar hanya bertindak sebagai pemberi maklumat
kepada pelajar dan pelajar dianggap umpama tin kosong yang akan menerima semua
maklumat yang diberikan oleh tenaga pengajar.



       Namun, revolusi dalam teknologi pendidikan yang melalui sistem pendidikan
yang berasaskan percetakan, alat bantuan audio-visual, media dan sistem berasaskan
komputer membawa kepada kesepaduan teknologi yang telah memperlihatkan
peningkatan pembelajaran. Ciri-ciri terbaik dalam teknologi-teknologi terdahulu kini
digabungkan menjadi suatu sistem teknologi bersepadu yang menggunakan pelbagai
format di bawah kawalan mikropemproses. Maklumat elektronik disimpan secara
digital dan disampaikan melalui mikropemproses pada peranti paparan(monitor).
Pembelajaran melalui teknologi berasaskan komputer dikatakan begitu kompeten dan
berpusatkan pelajar. Ini kerana, teknologi berasaskan komputer mampu memberikan
                                                                                   2

capaian rawak(non-continuous) yang akan memberi kebebasan kawalan kapada
pelajar.      Seels dan Glasgow (1998) mengakui teknologi bersepadu terkini
mempunyai kelebihan menggabungkan visual realistik dengan teks dan suara, dan
berupaya membenar pelajar mengguna dalam apa jua cara dan bukan seperti yang
dirancang semata-mata.



           Revolusi pembelajaran berasaskan multimedia memperlihatkan perubahan
multimedia daripada sekadar hanya alatan untuk mengajar kepada pembentukan
persekitaran pembelajaran yang lebih penting.         Dahulu, terdapat pembelajaran
berbantukan komputer yang traditional, namun kemunculan kemudahan hypertext
yang meluas menyediakan cabaran yang berasaskan kepada teknologi baru yang
disokong sistem carian (browsing ) yang berpusatkan pengguna(Tom Boyle, 1997).



           Walaupun bertindan antara satu sama lain, namun yang memberi impak yang
utama adalah teknologi multimedia. Kelebihan dan kepelbagaian dalam alatan dan
bahan yang tersedia untuk para pereka berubah secara dramatik sekali.
Pembangunan ini adalah sebahagian revolusi yang lebih luas dalam komunikasi dan
bentuk budaya dalam masyarakat.



           Media pengajaran yang mempunyai ciri-ciri teknologi inilah yang dinyatakan
sebagai multimedia di mana ia mempunyai semua unsur-unsur media yang boleh
membantu pembelajaran.         Multimedia terdiri daripada gabungan elemen-elemen
teks, grafik, animasi, bunyi dan video untuk mempersembahkan maklumat kepada
pengguna melalui komputer.



           Gabungan maklumat yang terdiri daripada gabungan elemen teks, audio,
video, grafik dan animasi beserta penggunaan komputer untuk menyampaikan
maklumat tersebut menjadikan ia sebagai salah satu media pengajaran yang baik.
Seperti yang dikatakan oleh Seels dan Glasgow (1998) teknologi bersepadu terkini
mempunyai kelebihan menggabungkan visual realistik dengan teks dan suara, dan
berupaya memberi kuasa kawalan sepenuhnya pada pelajar. Oleh yang demikian,
semua teori pembelajaran, dari behavioris, kognitivis dan kini konstuktivis dapat
                                                                                3

diaplikasikan    dalam   teknologi   ini.     Kelebihan     teknologi   komunikasi
bersepadu(multimedia) membekalkan integrasi sumber dan penstrukturan kegiatan
yang menyokong pembelajaran (Kozma,2002).



        Media pengajaran yang berbentuk multimedia ini biasanya dibina dalam
bentuk perisian ataupun dalam bentuk CD-ROM(Read Only Memory) atau cakera
padat ingatan baca sahaja. Media pengajaran bentuk perisian ini boleh digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas dengan strategi
pengajaran yang sesuai dan boleh juga digunakan untuk proses pembelajaran secara
individu.     Ini bermakna, pelajar boleh menjalani proses pembelajaran secara
berseorangan jika mempunyai peralatan yang mencukupi.




1.1     Latarbelakang Masalah



        Sehubungan dengan berkembangnya era teknologi komputer dan sumber
maklumat di negara kita, sistem pendidikan juga tidak ketinggalan untuk turut sama
menerjah teknologi semasa. Lebih-lebih lagi apabila negara memperkenalkan sistem
pendidikan sekolah bestari, proses pengajaran dan pembelajaran mengalami banyak
perubahan dari segi pendekatan yang digunakan. Usaha melatih guru dan pelajar
untuk menguasai penggunaan komputer digiatkan seiring dengan penggunaan
perisian multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran.



        Kepentingan penerapan teori dan model pembelajaran dapat dilihat dari segi
fungsi perisian itu sendiri.   Bagi perisian yang digunakan dalam membantu
pembelajaran agar lebih berkesan, maka sudah tentu perisian-perisian tersebut
mestilah mempunyai kekuatan untuk mengajar. Maksudnya, perisian tersebut perlu
sebaik mungkin bertindak seperti guru sebenar, yang perlu mempunyai objektif
pembelajaran, pendekatan, strategi, dan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan
topik yang dicakupi di dalam perisian dan adanya penerapan elemen multimedia
interaktif.
                                                                                 4

       Teori-teori dan model-model pembelajaran yang dicakupi dalam rekabentuk
perisian adalah elemen yang penting dalam pembinaan sesuatu perisian agar perisian
benar-benar dapat membantu pembelajaran. Malah, dengan garapan elemen-elemen
multimedia dan interaktiviti, penglibatan pelajar dalam pembelajaran dapat
dimaksimakan dalam mencapai hasil pembelajaran yang optimum. Di dalam teori-
teori dan model pembelajaran menerangkan dengan jelas cara-cara manusia belajar
dan bertindakbalas. Dengan adanya penerapan elemen pedagogi dan multimedia
yang betul, maka perisian yang terbina akan berfungsi mengikut keperluan yang
dikehendaki sebagai media pengajaran.



       Maka, untuk membina perisian tersebut, beberapa perisian pembangunan
multimedia interaktif diperkenalkan antaranya, Norpath Elements, Multimedia
Builder dan juga Macromedia Authorware. Dengan pemilihan perisian pembangun
yang sesuai, perisian pendidikan yang ingin dibangunkan pasti mampu memenuhi
kehendak pengajaran dan pembelajaran di samping penerapan aspek pedagogi yang
bersesuaian. Ini dilihat dari sudut pendidikan, namun dari sudut yang lain juga
seperti dalam bidang perniagaan, mahupun kemudahan awam, multimedia interaktif
juga boleh digunakan di dalam perisian latihan, perisian pembentangan,perisian
untuk tinjauan juga kiosk interaktif ataupun kiosk maklumat dan bermacam lagi.



       Pembangunan multimedia interaktif yang dilihat semakin penting di abad ini
memberikan peluang kepada semua untuk membina sendiri perisian multimedia
interaktif bagi tujuan masing-masing. Maka disebabkan pengaruh inilah penulis
berhasrat untuk menyumbang sedikit pengetahuan yang ada melalui projek ini.
Projek ini akan membicarakan mengenai Macromedia Authorware.            Kelebihan
Authorware itu sendiri membolehkan pengguna membina sebarang program
multimedia yang ringkas sehinggalah kepada program multimedia yang canggih dan
kompleks seperti modul pembelajaran berkomputer yang interaktif, maka kerana itu
Authorware kini mendapat sambutan hangat terutamanya di kalangan pendidik dalam
membina program pembelajaran yang interaktif.
                                                                                5

       Macromedia Authorware merupakan perisian pengarangan multimedia yang
berasaskan ikon dan carta alir dan ianya sering digunakan bagi membangunkan
program multimedia interaktif bagi tujuan pendidikan dan latihan, sistem rujukan
hypermedia, pembelajaran interaktif menerusi web, hiburan, permainan dan
bermacam tujuan menarik yang lain. Macromedia Authorware mempunyai pelbagai
versi dan telah pun berubah melalui perkembangan semasa. Versi terawal yang
dikeluarkan adalah Authorware Star diikuti dengan Authorware Professional 2.0,
Authorware 3.0, Authorware 3.5, Authorware 4.0, Authorware Attain 5.0,
Authorware 6.0, dan yang terbaru ketika ini adalah Macromedia Authorware 7.0.



       Di dalam Macromedia Authorware, pengguna boleh menggabungkan elemen
multimedia; teks, audio, video, grafik, interaktiviti dan animasi ke dalam program
yang dibina dengan hanya mengklik ikon-ikon ke carta aliran yang disediakan.
Authorware juga membenarkan pengimportan fail-fail teks yang berformat RTF dan
juga fail-fail animasi samada dalam bentuk 2D mahupun 3D.



       Di dalam projek ini, penulis akan membangunkan satu perisian multimedia
yang akan memberikan pengetahuan asas berserta demonstrasi dan latihan langkah
demi langkah dalam penggunaan perisian Macromedia Authorware.               Ianya
menerangkan dengan jelas asas pembangunan yang perlu difahami dan seterusnya
dikuasai oleh seseorang dalam proses membangunkan sebuah aplikasi multimedia.




1.2    Pernyataan masalah



       Macromedia Authorware merupakan perisian pengarangan multimedia yang
berasaskan ikon dan carta alir. Setiap ikon mempunyai fungsi dan peranan yang
berbeza. Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang pembangun yang menggunakan
perisian ini ialah mengheret ikon-ikon yang diperlukan ke atas garis aliran yang
disediakan. Maka, bagi memudahkan seseorang pembangun yang baru mempelajari
Macromedia Authorware adalah penting baginya untuk melihat sendiri bagaimana
proses itu dilakukan, ikon yang mana memberikan fungsi yang dikehendaki, dan
                                                                                   6

langkah demi langkah sesuatu proses perlu dilakukan untuk mendapatkan sesuatu
kesan.    Maka, ini menunjukkan perlunya ada suatu perisian pembelajaran yang
mampu memberikan gambaran yang jelas terhadap proses tersebut.               Bagi
memudahkan pembelajaran tersebut, suatu perisian multimedia yang menerapkan
elemen multimedia yang dapat membantu pemahaman dan dalam masa yang sama
membina kemahiran pembangun perlu dibina.




1.3      Objektif Projek



         Tujuan utama projek ini adalah untuk membantu pembangun baru yang ingin
mempelajari     Macromedia Authorware dengan cara yang mudah, menarik dan
menyeronokkan.      Diharapkan dengan terhasilnya perisian ini nanti akan dapat
memudahkan pembangun baru menggunakan Macromedia Authorware.



Antara tujuan lain perisian ini di bangunkan ialah:


1.3.1 Mereka bentuk sebuah perisian tutorial berkomputer bagi mempelajari
         operasi asas menggunakan Macromedia Authorware.


1.3.2 Membangunkan sebuah prototaip perisian pembelajaran berkomputer dengan
         penerapan elemen-elemen multimedia dan interaktiviti dalam penyampaian.