www.zahrein.com
DR Danial at Surau Kompleks Belia dan Sukan Sg Nibong This interpretation are base on Kulliyah that I had attended. If its not correct , do correct it. Allah knows Best.
Date: 31st of August 2008 Surah AT- Turr (Ayat 39-49) [39] Adilkah (kamu sediakan) bagi Allah - anak-anak perempuan (yang kamu benci), dan untuk kamu - anak-anak lelaki (yang kamu sukai)? [40] Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan), lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)? [41] Adakah pada sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib, lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)? [42] (Mereka tidak cukup dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang buruk sahaja) bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat (terhadapmu wahai Muhammad; tetapi mereka tidak akan berjaya) kerana orang-orang yang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahatnya. [43] (Apabila datangnya balasan rancangan jahat itu maka) adakah bagi mereka Tuhan (yang dapat menyelamatkan mereka) selain dari Allah? Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan itu. [44] Dan kiranya mereka melihat sepotong besar dari langit gugur (untuk menimpa mereka), mereka akan berkata: "(Itu adalah) awan yang bertompok - berlapis-lapis!" [45] (Kalau keingkaran dan kedegilan mereka sampai begitu sekali) maka biarkanlah mereka (wahai Muhammad, dan janganlah dihiraukan) sehingga mereka menemui hari yang padanya mereka akan binasa [46] (Iaitu) hari segala rancangan jahat dan tipu daya mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah kepada mereka, dan mereka pula tidak diberikan pertolongan. [47] Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain dari azab yang tersebut, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). [48] Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemuliharaan serta pengawasan Kami; dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun.
www.zahrein.com
[49] Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepadaNya pada waktu malam, dan ketika bintangbintang tenggelam (pada waktu subuh).
Pada ayat 40,menyatakan bahawa adakah pernah Rasulullah S.A.W meminta upah sehingga mereka dibebani hutang. Rasullullah S.A.W tidak pernah meminta sedikit upah pon. Kita perlu menangkis dakwaan mereka dengan ilmu pengetahuan mereka.
Pada ayat 41, menyatakan bahawa adakah mereka mengetahui alam ghaib. Bahkan mereka tidak mengetahui apa yang akan terjadi pada esok hari. Xde sesiapun mengetahui alam ghaib. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui alam ghaib. Pada ayat 43, is menyatakan bahawa adakah tuhan selain daripada Allah s.w.t. Allah suci dari sebarang sekutu.
Pada ayat 44, jika ada azab dari awan. Mereka akan berkata itu hanyalah awan yang berlapis-lapis. Allah murka pada kita kerana ia disebabkan diri sendiri. Kita kena selalu kaitakan kejadian alam dengan Allah S.W.T.
Pada ayat 45, Allah S.W.T meyuruh Rasullullah S.A.W membiarkan mereka yang berdusta. Kita tidak boleh berhenti berdakwah, hanya Allah yang memberi hidayah. Jangan ambil hati apabila tidak terima naishat. Pada ayat 47, orang yang zalim akan beroleh azab dari Allah S.W.T. Maksud Zalim ialah tidak kenal atau tidak letak tempat pada yang sepatutnya. Ingatlah ada azab di dunia . Kita hendaklah berdakwah pada diri , keluarga dan masyarakat. Dalam sebuah hadi Zainab bt Jasir meriwayatkan “ Adakah kita akan binasa ketika ada orang saleh? Rasulullah S.A.W menjawab ‘ Ya , semua akan kena bilamana kemungkaran berleluasa ‘ . Ingatlah azab tak mengenal kasih . Dan kita kena mencegah kezaliman sebelum ia berlaku. Pada ayat 48-49,kita dikehendaki bersabar dan bertasbih kepada Allah. Allah akan mengurniakan nikmat yang tak disangka-sangka.Hendaklah kita bertasbih di waktu malan dan pada waktu subuh. Wassalam