Docstoc

4 2 Pengurusan Rahsia Kerajaan

Document Sample
4 2 Pengurusan Rahsia Kerajaan Powered By Docstoc
					 PENGURUSAN RAHSIA
KERAJAAN & HAL EHWAL
    KESELAMATAN

PEJABAT PEGAWAI KESELAMATAN
KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG,
  JABATAN PERDANA MENTERI
       Ancaman Keselamatan
SUBVERSIF
 Kegiatan yang dijalankan oleh pertubuhan-
  pertubuhan atau orang perseorangan di
  dalam atau di luar negara yang bermaksud
  untuk menghancurkan dan membinasakan
  ketenteraman yang ada dengan cara-cara
  yang salah di sisi undang-undang atau yang
  bertentangan dengan perlembagaan.
ESPIONAJ / SPY
 Kegiatan    untuk memperolehi perkara
  terperingkat dengan cara tersembunyi atau
  salah di sisi undang-undang bagi tujuan
  untuk memudaratkan keselamatan atau
  kepentingan-kepentingan Malaysia.
SABOTAJ
 Satu perbuatan atau omitan bertujuan
  menyebabkan kerosakan fizikal untuk
  kepentingan–kepentingan sesebuah kuasa
  asing atau sesuatu tujuan politik yang
  subversif.
KELEMAHAN-KELEMAHAN MANUSIA
 Kelemahan-kelemahan       manusia     kerapkali
   menyebabkan       berlakunya      pelanggaran
   keselamatan. Kelemahan ini termasuklah:
  1.   Sikap suka menunjuk-nunjuk atau bangga diri
  2.   Kecuaian mematuhi arahan-arahan keselamatan
  3.   Tidak cermat ketika bercakap melalui telefon atau
       tempat-tempat awam mengenai perkara terperingkat
  4.   Ketagih minuman keras atau dadah.
Selain dari itu, pelanggaran keselamatan juga
mungkin berlaku ketika seseorang itu terdesak
kerana berhutang, rasuah dan sebagainya.
KESELAMATAN DOKUMEN
 Memastikan keselamatan dokumen termasuk
 bahan dan maklumat terperingkat / sensitif /
 bernilai.
RAHSIA RASMI
 Apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual
 dan apa-apa maklumat dan bahan berhubungan
 dengannya dan termasuklah apa-apa suratan
 rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana
 yang boleh dikelaskan sebagai “Rahsia Besar”,
 “Rahsia”, “Sulit” atau “Terhad”, mengikut mana
 yang berkenaan, oleh seorang Menteri, Menteri
 Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau
 mana-mana pegawai awam yang dilantik di
 bawah seksyen 2B Akta Rahsia Rasmi 1972.
PERKARA DALAM JADUAL
  Suratan, rekod keputusan dan pertimbangan
   Jemaah Menteri termasuklah juga suratan, rekod
   keputusan     dan     pertimbangan     jawatan-
   jawatankuasa Jemaah Menteri;
  Suratan rekod keputusan dan pertimbangan Majlis
   Mesyuarat Kerajaan Negeri termasuklah juga
   suratan, rekod keputusan dan pertimbangan
   jawatankuasa-jawatankuasa Majlis Mesyuarat
   Kerajaan Negeri ;
 Suratan berkenaan dengan keselamatan
 negara, pertahanan dan perhubungan
 antarabangsa.
RAHSIA BESAR
 Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan
 rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran
 akan menyebabkan kerosakan yang amat
 besar kepada Malaysia.
RAHSIA
 Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan
 rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran
 akan membahayakan keselamatan negara,
 menyebabkan kerosakan besar kepada
 kepentingan dan martabat Malaysia atau
 memberi keuntungan besar kepada sesebuah
 kuasa asing.
SULIT
 Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan
 rasmi, yang jika didedahkan tanpa kebenaran
 walaupun tidak membahayakan keselamatan
 negara tetapi memudaratkan kepentingan atau
 martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan
 atau orang perseorangan atau akan
 menyebabkan keadaan memalukan atau
 kesusahan kepada pentadbiran atau akan
 menguntungkan sesebuah kuasa asing.
TERHAD
 Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan
 rasmi selain daripada yang diperingkatkan
 Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi
 berkehendakkan juga diberi satu tahap
 perlindungan keselamatan.
PENGURUSAN DOKUMEN
TERPERINGKAT
 satu sistem bagi menerima, memproses,
  menyimpan dan menghantar dokumen
  terperingkat perlu diwujudkan (Pendaftaran
  Rahsia)
 diselia oleh seorang penjawat awam yang
  berjawatan tetap (Pendaftar Rahsia)
TUGAS & TANGGUNGJAWAB
PENDAFTAR RAHSIA
  menyimpan satu rekod yang peringkat tidak
   rendah daripada “SULIT”;
  menerima dan memproses dokumen terperingkat
   dan mengedar kepada pegawai;
  menghantar dokumen terperingkat dengan selamat
   dan diterima;
  menyelengara satu sistem pergerakan          fail
   terperingkat dan membuat audit fail berkala;
 bertanggungjawab sepenuhnya kepada Ketua
  Jabatan tentang keselamatan Pendaftaran Rahsia
  termasuk penyimpanan.
PERINGKAT KESELAMATAN
  Peraturan bagi melindungi keselamatan
   maklumat adalah ditetapkan mengikut
   tafsiran semua perkara terperingkat
  Peraturan memperingkatkan dokumen:
   a) peringkat dokumen bergantung kepada
      kandungan dan tidak kepada peringkat fail.
      Dokumen di atas perkara yang sama tidak
      semestinya diberi peringkat yang sama dengan
      peringkat dokumen yang terdahulu;
b) peringkat bagi dokumen tidak bergantung
   kepada perkara utama. Sesuatu dokumen yang
   tidak terperingkat mungkin mengandungi
   maklumat yang perlu diperingkatkan;
c) maklumat terkumpul yang diperolehi daripada
   beberapa dokumen memerlukan peringkat
   yang lebih tinggi daripada peringkat sesuatu
   dokumen;
f) penggunaan peringkat keselamatan yang betul
   amat penting agar semua peraturan-peraturan
   dalam penyelenggaraan dan penggunaannya
   tidak membebankan setiap orang yang
   terlibat;
g) peringkat bagi sesuatu fail tidak boleh rendah
   daripada peringkat dokumen yang tertinggi
   sekali yang terkandung dalam sesuatu fail.
   Peringkat fail perlu lebih tinggi daripada
   peringkat dokumen jika maklumat di
   dalamnya memerlukan peringkat yang lebih
   tinggi.
PENYIMPANAN PERKARA
TERPERINGKAT
 Perkara terperingkat hendaklah disimpan di
 dalam peti-peti keselamatan yang sewajar
 dengan peringkatnya iaitu:
 1. Rahsia Besar
     disimpan didalam bilik kebal atau peti besi
       yang seelok-eloknya dipasang dengan kunci
       tatakira.
2.   Rahsia
      disimpan sama seperti peringkat Rahsia Besar
        atau dalam kabinet keluli atau almari keluli
        yang dipadang dengan pelang besi berkunci.
3.   Sulit & Terhad
      disimpan dalam kabinet keluli atau almari
        keluli.
PENGHANTARAN
  sediaslip akuan terima dan rekod
  sampul surat dilakri dengan meteri pejabat
  kaedah penghantaran - dengan tangan/pos
EKSES
 guna prinsip „Perlu Mengetahui‟
 hadkan hanya kepada yang dibenarkan sahaja


KEHILANGAN
 dicari dengan segera dan dilapor
 pemula dimaklum supaya taksiran risiko dibuat
PEMUSNAHAN
 dimusnahkan mengikut peraturan.
    PENGHANTARAN SURAT
       TERPERINGKAT
Menggunakan Peti/beg
berkunci


 SULIT



                   SULIT




                           Satu lapis sampul surat
              PENGHANTARAN MELALUI POS
              SISTEM DUA LAPIS SAMPUL SURAT
                                                SAMPUL DALAM
                                          URUSAN SERI PADUKA BAGINDA
                                RAHSIA

                                    PKK SL 512/I2 (99)
   SAMPUL LUAR
                                     Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN
URUSAN SERI PADUKA BAGINDA             PEJABAT SUK SELANGOR
                                      TINGKAT 19 BANGUNAN SSAAS,
                                           40000 SHAH ALAM
                                              SELANGOR

                                                                             RAHSIA
   Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN
    PEJABAT SUK SELANGOR
   TINGKAT 19 BANGUNAN SSAAS,
        40000 SHAH ALAM
           SELANGOR




                                                         Bahagian Belakang
LANGKAH KESELAMATAN
DOKUMEN
    Ditanda peringkatnya
    Diperingkat mengikut kandungan
    Hak melihat terhad kepada yang wajib
    Direkod setiap masa
    Diproses mengikut peraturan
    Dihantar secara selamat
    Disimpan dalam peti-peti keselamatan mengikut
     peringkatnya
 Buangan dimusnahkan secara koyak kecil-kecil
  atau diricih dan dibakar
 Kehilangan dilaporkan dengan segera.
  AKTA RAHSIA RASMI 1972
         (AKTA 88)
Berhubungan dengan perlindungan rahsia
rasmi iaitu untuk memelihara perkara rasmi
daripada jatuh ke tangan orang yang tidak
dibenarkan. Akta ini juga bertujuan untuk
mencegah kelalaian dan juga untuk
menghalang apa-apa bantuan haram yang
sengaja diberikan kepada agensi negara asing
atau subversif.
  KESELAMATAN FIZIKAL
Langkah-langkah     keselamatan   terhadap
sesebuah bangunan hendaklah diambil bagi
menghalang orang yang tidak dibenarkan
daripada dapat melihat, mendengar dan
memperolehi perkara-perkara terperingkat
dari luar atau dalam dengan cara memasuki
pejabat/bangunan secara haram.
Langkah-langkah tersebut termasuklah:
a) mengadakan        pagar     dan    lampu
   keselamatan;
b) menghadkan jalan keluar masuk dan
   mengadakan kaunter-kaunter;
c) memperkukuhkan tingkap-tingkap dan
   pintu-pintu serta dilengkapi dengan kunci
   keselamatan yang bermutu;
d) memperkukuhkan dinding dan siling;
e)   menyediakan tempat atau bilik khas untuk
     pelawat
f)   memasang alat-alat pengalisan bunyi, kad
     ekses, CCTV, penggera ceroboh dan lain-
     lain alat
g)   mewujudkan perkhidmatan pengawalan
     keselamatan;
h)   mewujudkan penggunaan sistem pas
     keselamatan.
 KESELAMATAN PERIBADI
Memastikan bahawa seseorang yang
disyaki tidak setia dan kepercayaannya
meragukan tidak akan diterima menjawat
sebarang pekerjaan atau dilanjutkan
dalam perkhidmatan yang membolehkan
ia melibatkan diri dalam urusan rahsia
rasmi.
        LANGKAH-LANGKAH
           MENCEGAH
1.   Undang-Undang
      Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)
2.   Tapisan Keselamatan (Security Vetting)
3.   Menandatangani Borang Akuan
4.   Pendidikan
5.   Prinsip Perlu Mengetahui
  TAPISAN KESELAMATAN
Satu    proses   memeriksa    latarbelakang
penjawat awam untuk menentang kegiatan
subversif, espionaj dan sabotaj. Proses ini
mengandungi 2 jenis iaitu:
1. Tapisan Keselamatan Kasar
    Proses yang asas digunakan bagi menapis
      penjawat-penjawat awam yang dikehendaki
      melihat perkara terperingkat setakat
      peringkat “Sulit”;
2.   Tapisan Keselamatan Halus
      Proses yang teliti digunakan bagi menapis
        penjawat awam yang sentiasa dikehendaki
        melihat perkara terperingkat “Rahsia” atau
        “Rahsia Besar”.
          BORANG AKUAN

Tiap-tiap penjawat awam dalam perkhidmatan
sementara atau tetap yang memerlukannya
mengetahui perkara terperingkat adalah dikehendaki
menandatangani satu borang akuan sebelum mereka
dibenarkan mengetahuinya. Borang ini dikehendaki
ditandatangani setiap tahun sebagai peringatan.
Apabila berhenti dari      perkhidmatan kerajaan,
penjawat      tersebut      juga      dikehendakai
menandatangani satu akuan yang akhir.
           PENDIDIKAN
Pendidikan merupakan asas bagi keselamatan
yang baik. Satu cara yang paling berkesan
ialah dengan memasukkan syarahan-syarahan
keselamatan     perlindungan   ke    dalam
kurikulum kursus-kursus di semua pusat
latihan Kerajaan.
          PRINSIP PERLU
           MENGETAHUI
Perkara terperingkat terutama sekali Rahsia
Besar dan Rahsia tidak boleh disampaikan
kepada sesiapa selain mereka yang betul-betul
memerlukannya untuk menjalankan tugas.
Prinsip “Perlu Mengetahui” hendaklah
digunakan dalam apa keadaan sekalipun
apabila menimbang soal penyampaian perkara
terperingkat kepada orang lain.
         PELANGGARAN
Pelanggaran keselamatan berlaku apabila
ekses kepada perkara terperingkat menjadi
terdedah kepada orang-orang yang tidak
dibenarkan.
Kecuaian dan kelalaian yang kerapkali
membawa kepada pelanggaran keselamatan
adalah termasuk:
bercakap mengenai perkara terperingkat
  melaui telefon dan tempat awam atau
  menyampaikan      maklumat   terperingkat
  kepada sahabat atau saudara mara yang
  tidak dibenar mengetahuinya;
 mengurus perkara terperingkat dengan cara yang
  tidak dibenarkan seperti gagal mematuhi sistem
  yang betul;
 membenarkan orang yang tidak dibenar ekses
  menguruskan       perkara     terperingkat     atau
  mendedahkan perkara terperingkat kepada orang
  yang tidak dibenarkan seperti meninggalkan
  perkara terperingkat di pejabat yang tidak dikunci;
 menyimpan perkara terperingkat dalam laci meja
  atau peti-peti yang tidak dibenarkan atau gagal
  mengunci       peti-peti   keselamatan    yang
  mengandungi perkara terperingkat apabila
  meninggalkan pejabat;
 gagal menggunakan prinsip Perlu Mengetahui;
 memusnahkan buangan terperingkat dengan cara-
  cara yang tidak dibenarkan atau cuai
  mengendalikannya;
 kecuaian pengawal keselamatan menjalankan
  kewajipan mereka.
          PENDAKWAAN
Pendakwaan di bawah Akta Rahsia Rasmi
1972 atau tindakan tatatertib boleh diambil
di dalam semua kecuaian, kelalaian dan
pelanggaran keselamatan.
“Keselamatan        Perlindungan
merupakan      satu      daripada
komponen      penting      dalam
pengurusan organisasi yang perlu
diberikan    penekanan        oleh
setiap anggota Perkhidmatan
Awam tidak kira peringkat mana
mereka berada dalam sesebuah
organisasi”
 BOCOR RAHSIA KERAJAAN
   SATU ANCAMAN - PM
“Kakitangan Kerajaan yang
didapati membocorkan rahsia
kerajaan    merupakan   satu
ancaman kepada keselamatan
dan kestabilan negara.”
   SEKIAN
TERIMA KASIH

				
DOCUMENT INFO