Docstoc

Contoh SOALAN

Document Sample
Contoh SOALAN Powered By Docstoc
					SOALAN-SOALAN UJIAN KURSUS INDUKSI MODUL UMUM.


1) Yang manakah di antara berikut, langkah-langkah keselamatan yang tidak berkesan?

   A)   Diletakkan di kawasan laluan orang ramai
   B)   Arahan-arahan senang difahami
   C)   Setiap orang benar-benar memahami perlunya langkah-langkah itu diadakan
   D)   Langkah-langkah itu dikuatkuasakan dengan tegas hingga dihormati dan menjadi
        perkara biasa.

2) Penjawat-penjawat awam yang menguruskan perkara-perkara terperingkat “Rahsia
   Besar” hendaklah dalam apa keadaan sekalipun apabila menimbangkan soal
   penyampaian perkara terperingkat kepada orang lain perlu mengamalkan prinsip

   A)   “Berhati-hati”
   B)   “Lihat dan Kembalikan”
   C)   “Tertutup”
   D)   “Perlu Mengetahui”

3) Kementerian Dalam Negeri ingin mengadakan satu persidangan mengenai
   keselamatan negara dengan negara jiran Thailand. Mengikut Arahan Keselamatan,
   langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil hendaklah berasaskan perkara-
   perkara berikut kecuali

   A)   Tempoh masa persidangan diadakan
   B)   Peringkat keselamatan maklumat yang terlibat
   C)   Taraf dan kewarganegaraan orang-orang yang terlibat.
   D)   Tempat ianya diadakan.

4) Kegiatan yang dilakukan bagi memperolehi perkara terperingkat dengan cara
   tersembunyi dan menyalahi undang-undang yang bertujuan untuk mengancam
   keselamatan negara adalah ditakrifkan sebagai

   A)   Subversif
   B)   Espionaj
   C)   Sabotaj
   D)   Khianat

5) Tindakan atau sebarang kegiatan yang dilakukan bagi memperolehi perkara
   terperingkat dengan cara tersembunyi dan menyalahi undang-undang yang bertujuan
   untuk mengancam keselamatan negara adalah ditakrifkan sebagai

   A)   Subversif
   B)   Espionaj
   C)   Sabotaj
   D)   Khianat
6) Kelemahan-kelemahan manusia kerapkali mengakibatkan berlakunya pelanggaran
   keselamatan dan mungkin berkesudahan dengan perkara-perkara rasmi diketahui oleh
   pihak yang tidak diberi kebenaran. Kelemahan-kelemahan itu termasuk

   I. Keinginan hendak “menunjuk-nunjuk” dan menarik hati saudara-mara, sahabat
        handai dan rakan taulan, terutama kepada kumpulan jantina lain mengenai
        pengetahuan sesuatu perkara terperingkat yang pada amnya tidak diketahui oleh
        orang lain.
   II. Kecuaian mematuhi arahan-arahan keselamatan
   III. Kecuaian kerana berlebih-lebihan ketagih minuman keras atau dadah
   IV. Tidak cermat ketika bercakap melalui telefon atau di tempat-tempat awam
        mengenai perkara terperingkat.

   A)   I dan II
   B)   II dan III
   C)   II, III dan IV
   D)   I, II , III dan IV

7) Kelemahan-kelemahan manusia kerapkali mengakibatkan berlakunya pelanggaran
   keselamatan dan mungkin berkesudahan dengan perkara-perkara rasmi diketahui oleh
   pihak yang tidak diberi kebenaran. Kelemahan-kelemahan itu termasuk

        I)      Tidak cermat ketika bercakap melalui telefon atau di tempat-tempat awam
                mengenai perkara terperingk
        II)     Kecuaian mematuhi arahan-arahan keselamatan
        III)    Kecuaian kerana berlebih-lebihan ketagih minuman keras atau dadah
        IV)     Keinginan hendak “menunjuk-nunjuk” dan menarik hati saudara-mara,
                sahabat handai dan rakan taulan, terutama kepada kumpulan jantina lain
                mengenai pengetahuan sesuatu perkara terperingkat yang pada amnya
                tidak diketahui oleh orang lain.

   A)   I, II dan III sahaja
   B)   I, III dan IV sahaja
   C)   II, III dan IV sahaja
   D)   I, II , III dan IV

8 Seseorang pegawai awam yang telah lulus tapisan keselamatan yang disyaratkan
  kepadanya boleh

   A)   Melihat perkara terperingkat setakat membolehkannya menjalankan tugasnnya
   B)   Melihat semua perkara terperingkat secara automatik
   C)   Menentukan peringkat sesuatu dokumen terperingkat
   D)   Menyimpan semua jenis fail terperingkat.
9 Tanggungjawab Ketua Jabatan di dalam melaksanakan langkah-langkah keselamatan
  yang perlu terhadap kawasan terperingkat ialah merujuk kepada

   A)   Pegawai Jabatan Penjara Malaysia
   B)   Pegawai Keselamatan Kerajaan
   C)   Pegawai Bahagian Keselamatan Negara
   D)   Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia

10 Kegiatan dan percubaan untuk mendapatkan maklumat terperingkat oleh pertubuhan-
   pertubuhan perisik dan kumpulan subversif dengan cara memintas, mencuri atau
   menyalin dokumen terperingkat semasa dalam perjalanan pos atau daripada
   pembawanya ialah

   A)   Pengintipan
   B)   Subversif
   C)   Pemerasan
   D)   Sabotaj

11 En. Ali telah dihubungi oleh pihak akhbar bagi mendapatkan sesuatu maklumat
   terperingkat. Beliau boleh berbuat demikian dengan kebenaran

   A)   Ketua Jabatan
   B)   Menteri yang berkenaan
   C)   Ketua Setiausaha Negara
   D)   Lembaga tatatertib


12 Jabatan Pertanian Negeri Selangor bercadang untuk menggunakan perkhidmatan
   pengawal swasta bagi menjaga keselamatan bangunannya. Bagi maksud ini, perkara
   tersebut hendaklah dirujuk kepada

   A)   Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian
   B)   Ketua Polis Negeri
   C)   Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
   D)   Ketua Setiausaha Negara

13 Mesin-mesin fotostat yang digunakan bagi mengeluarkan salinan dokumen-dokumen
   terperingkat hendaklah sentiasa diawasi oleh Ketua Jabatan. Salah satu daripada
   caranya ialah dengan

   A) Mewujudkan sebuah buku daftar
   B) Mendapatkan kelulusan Ketua Pegawai keselamatan Kerajaan sebelum membuat
      salinan dokumen terperingkat
   C) Menyimpan salinan dokumen yang rosak di dalam fail terperingkat
   D) Meletakkan mesin-mesin fotostat tersebut berdekatan dengan bilik pegawai yang
      bertanggungjawab bagi mengawasinya.
14 Kenyataan berikut mengenai fail sulit adalah betul kecuali

   A) Fail sulit diedarkan terus dari Bahagian Pendaftaran Sulit kepada pegawai yang
      meminta fail berkenaan
   B) Fail sulit tidak boleh disemak peringkat keselamatannya
   C) Pengedaran fail sulit boleh dilakukan oleh pelayan pejabat yang telah diberi
      tapisan keselamatan
   D) Fail sulit hendaklah disimpan dalam bilik fail tertutup

15 Satu daripada kenyataan berikut mengenai fail sulit adalah salah

   A)   Fail sulit tidak boleh disemak peringkat keselamatannya
   B)   Fail sulit didaftarkan berasingan daripada fail terbuka
   C)   Fail sulit disimpan di dalam bilik fail tertutup
   D)   Fail sulit diedarkan terus dari bahagian Pendaftaran Sulit kepada pegawai yang
        meminta

16 Tapisan keselamatan adalah

   A) Satu proses menanda peringkat keselamatan fail
   B) Satu proses memeriksa latar belakang penjawat awam untuk memastikan mereka
      tidak menjalankan kegiatan-kegiatan subversif, sabotaj atau espionaj
   C) System kawalan keselamatan perlindungan
   D) Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi persidangan ,
      pertunjukkan latihan atau pun tayangan filem

17 Encik Rahman Ali, seorang pegawai Penyelidik di Jabatan Geosains telah mengambil
   gambar foto mengenai perkara terperingkat. Peringkat keselamatan gambar foto
   tersebut hendaklah ditanda

   A)   Disebelah belakang
   B)   Di penjuru sebelah kanan atas
   C)   Di penjuru sebelah kiri hadapan
   D)   Di mana-mana penjuru sebelah bawah hadapan

18 Seseorang pegawai kanan kerajaan tidak boleh membuat pernyataan awam mengenai
   sesuatu dasar dan peraturan baru yang akan dikuatkuasakan di jabatan berkenaan
   melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada

   A)   Ketua jabatannya
   B)   Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
   C)   Ketua Setiausaha Negara
   D)   Menteri yang berkenaan
19 En Rosli ialah seorang pegawai di Jabatan Audit Negara telah kehilangan kunci bilik
   Pendaftaran Rahsia yang diamanahkan kepadanya. Encik Rosli hendaklah
   melaporkan perkara ini dengan segera kepada

   A) Pegawai Keselamatan Kerajaan
   B) Pegawai Keselamatan Jabatan
   C) Pegawai Polis
   D) Pegawai Audit
20 Seseorang pegawai awam yang telah lulus tapisan keselamatan yang disyaratkan
   kepadanya boleh

   A)   Menyimpan semua jenis fail terperingkat
   B)   Melihat semua perkara terperingkat secara automatik
   C)   Menentukan peringkat sesuatu dokumen terperingkat
   D)   Melihat perkara terperingkat setakat membolehkannya menjalankan tugasnya

21 Sesuatu premis boleh diisytiharkan sebagai Tempat Larangan di bawah Akta
   Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 untuk

   A)   mencegah kemasukan kedalamnya orang-orang yang tidak dibenarkan.
   B)   Mengawal pergerakan dan kelakuan orang-orang didalamnya.
   C)   Pegawai Perhubungan Awam Stesen tersebut
   D)   Pegawai Berkuasa yang bertugas di Stesen tersebut.

22 Diantara langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia bagi menjaga
   keselamatan negara adalah seperti berikut, kecuali

   A) Menguatkuasakan akta-akta serta undang-undang sivil dan jenayah yang
      kemaskini.
   B) Mewujudkan pakatan ketenteraan dengan Negara-negara Asean.
   C) Memoden dan memajukan system pertahanan negara.
   D) Mewujudkan konsep pertahanan menyeluruh yang menekankan peranan dan
      tanggungjawab semua sector di dalam hal ehwal keselamatan negara.

23 Encik Ali, seorang Penolong Setiausaha di Kementerian Pertanian terpaksa membawa
   pulang fail terperingkat Rahsia untuk menyambung kerjanya di rumah. Dalam
   keadaan ini beliau hendaklah

   A) Mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan
   B) Mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan.
   C) Mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Pendaftaran Fail, Kementerian
      Pertanian.
   D) Memaklumkan kepada rakan sepejabatnya.
    24 Seseorang pegawai awam yang telah lulus tapisan keselamatan yang disyaratkan
       kepadanya boleh
2
       A)   Melihat semua perkara terperingkat secara automatik
       B)   Menyimpan semua jenis fail terperingkat
       C)   Menentukan peringkat sesuatu dokumen terperingkat
       D)   Melihat perkara terperingkat setakat membolehkannya menjalankan tugasnya.

    25 Dokumen terperingkat yang dihantar melalui peti atau beg berkunci adalah
       dikehendaki menggunakan

       A)   Sampul pos berdaftar
       B)   Sampul surat biasa
       C)   System dua lapis sampul surat
       D)   System satu sampul surat sahaja.

    26 Perkara terperingkat hanya boleh diturunkan peringkat keselamatannya dengan
       persetujuan

       A)   Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
       B)   Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
       C)   Ketua Polis Negara
       D)   Pemulanya

    27 Kelemahan-kelemahan manusia kerapkali mengakibatkan kebocoran maklumat-
       maklumat rasmi kerajaan. Kelemahan-kelemahan tersebut termasuk:

            I)         Terlalu gemar berbual dalam majlis-majlis social
            II)        Cuai dalam mematuhi arahan-arahan keselamatan
            III)       Suka menunjuk-nunjuk
            IV)        Tidak cermat ketika bercakap melalui telefon mengenai perkara
                   terperingkat.

       A)   I, II DAN III
       B)   I,III DAN IV
       C)   II, III DAN IV
       D)   III DAN IV

    28 Ancaman terhadap Malaysia masa kini berpunca daripada kegiatan-kegiatan berikut,
       kecuali

       A)   Gerakan Kumpulan-kumpulan Pelampau
       B)   Gerakan Parti-parti Pembangkang
       C)   Gerakan Pertubuhan Perisikan Negara Asing
       D)   Gerakan Sindiket Dadah
29 Tindakan yang perlu diambil terhadap buangan terperingkat sebelum dibinasakan
   ialah

   A)   Membawa pulang buangan terperingkat tersebut
   B)   Menyimpannya di atas rak fail
   C)   Membuang sahaja buangan terperingkat itu
   D)   Menyimpannya di dalam peti keselamatan yang sesuai dengan peringkatnya.


SOALAN ESEI

1) Dokumen-dokumen terperingkat „Rahsia Besar‟ dan „Rahsia‟ tidak sekali-kali boleh
   dibawa balik kerumah oleh pegawai-pegawai.
   a) Dalama keadaan bagaimana peraturan ini boleh dikecualikan
   b) Jelaskan pihak manakah yang boleh memberi kebenaran secara bertulis untuk
       tujuan tersebut.
   c) Jelaskan cara-cara memusnahkan dokumen terperingkat.            6/98, 4/01,


2) Ancaman kepada keselamatan negara boleh diklasifikasikan kepada ancaman
   dalaman dan luaran. Huraikan bentuk-bentuk ancaman dalaman yang boleh
   menggugat keselamatan negara.
                                                                       4/00

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:11896
posted:2/21/2010
language:Malay
pages:7