NEGARA BANGSA by yanteh185

VIEWS: 5,975 PAGES: 34

									     KEUNIKAN NEGARA: PERANAN TOKOH DALAM MENYUMBANG KE ARAH
                                    KEMERDEKAAN NEGARA

PENDAHULUAN

          31 Ogos 1957 telah menjadi titik permulaan kepada kehidupan pelbagai kaum yang unik
di negara ini. Penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 pula telah membuka
lembaran baru kepada perhubungan kaum yang lebih kompleks. Bagi mengekalkan keharmonian
dan melahirkan rasa cinta kepada Negara, pelbagai usaha telah dilakukan dimana setiap kaum
dan etnik berkongsi identiti tertentu, antaranya ialah Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’, Rukun
Negara dan bendera ‘Jalur Gemilang’1.

          Elemen pendidikan dijadikan sebagai keutamaan dalam proses membina Negara bangsa
yang kukuh. Pendidikan Sejarah menjadi keutamaan di sekolah agar anak bangsa dapat
mengenali tokoh-tokoh negara yang telah berjasa kepada negara dan juga mengenali artifak yang
menonjolkan perkembangan negara.




KEPENTINGAN MENGENALI TOKOH DAN WARISAN BUDAYA BANGSA

          Proses pembinaan Negara bangsa tidak dapat berdiri tanpa ada usaha yang boleh
menegakkannya. Antara usaha yang dikenal pasti berkesan dan perlu ialah mendidik masyarakat
mengenali tokoh-tokoh negara iaitu orang yang telah berjasa kepada negara juga mempelajari
berkenaan warisan budaya bangsa berupa artifak, monumen atau dokumen.

          Berasaskan fakta tersebut tidak dapat dinafikan dua kaedah yang berguna ini
sememangnya berkepentingan membantu usaha-usaha kerajaan membina Negara bangsa di
Malaysia. Kerajaan sedar dengan usaha keras dari pelbagai pihak matlamat kerajaan membina
Negara bangsa Malaysia akan tercapai terutamanya apabila kedua-dua aspek yang disebut di atas



1
    Zulhilmi, P dan Rohani, A. G, 2003, Pendidikan Negara Bangsa, PTS Publication & distributor sdn.bhd.
Pahang Darul Makmur, ms 177.
digunakan sebaik-baiknya. Justeru, adalah jelas kepentingan yang boleh dilahirkan daripada dua
aspek tersebut adalah seperti berikut:




Kepentingan daripada sudut pembinaan sejarah Negara

Antara perkara paling penting yang dapat dilahirkan daripada aspek pendidikan adalah untuk
mengenal tokoh negara juga warisan budaya bangsa yang ada terutamanya artifak, monumen dan
tapak tanah bersejarah ialah sumbangan kepada sejarah negara2.

          Pengetahuan berkenaan sumbangan dua aspek tersebut akan memberikan gambaran lebih
jelas berkenaan sesuatu peristiwa dan fakta berkenaan sesebuah negara dan sesuatu bangsa. Ini
lebih mudah difahami kerana kewujudan dan pengekalan maklumat tokoh dan juga warisan
budaya bangsa adalah dilindungi oleh aktiviti pemuliharaan arkib juga pemuliharaan artifak dan
monumen oleh pihak yang pakar dalam bidang tersebut.

          Biarpun jumlah kewangan untuk perkara sedemikian adalah besar tetapi kerajaan
sanggup membelanjakannya demi membentuk warganegara yang mengetahui dan memahami
sejarah negara ini. Proses yang perlu dilalui dalam menjaga dan memulihara semua elemen yang
berkaitan dengan pengekalan dokumen tokoh dan warisan budaya bangsa ini bukanlah mudah
tetapi menerusi proses berpanjangan.

          Secara umumnya ia melibatkan pelbagai aktiviti seperti ekskavasi arkeologi, konsevasi,
preservasi, restorasi, rekonstruksi, pendokumentasian dan pengarkiban sebelum satu-satu
penilaian sejarah dapat dibuat. Ini semua dapat memastikan keselamatannya berkekalan
sementara kesahihan yang dilahirkan pula dapat diterima oleh semua pihak.

Kepentingan penonjolan daripada aspek ketamadunan

Selain itu tidak dapat dinafikan aktiviti pendidikan menerusi dua aspek di atas juga sebenarnya
membuka ruang maklumat kepada semua warganegara ini betapa tamadun di Malaysia telah
terbina sejak lama dahulu.


2
    Ibid., ms 179.
          Menerusi pemuliharaan warisan budaya bangsa berbentuk monumen ini membantu
masyarakat melihat perkembangan dan kemajuan senibina yang telah berlaku di sesebuah
kawasan atau Negara. Ini penting kerana sejarah membuktikan sejak dahulu lagi anggaran
catatan kemajuan manusia yang paling berkesan sering kali ditonjolkan menerusi pembinaan
monumen seperti yang dilakukan masyarakat Mesir Kuno dengan piramid mereka.

          Sementara pembinaan sesuatu monumen itu selalunya dihubungkait dengan ketokohan
dan kepintaran pemerintah atau tokoh Negara tersebut seperti Firaun Khufu dan Piramid
Agungnya di Giza, Mesir. Di Malaysia juga kita dapat melihat contoh sebegitu dengan
kewujudan Terusan Wan Muhammad Saman.

          Justeru, adalah penting keagungan warisan budaya bangsa dan senibinanya dikekalkan
buat tatapan masyarakat masa kini dan akan datang agar mereka dapat menilai perkembangan
yang sedia ada. Secara umumnya, catatan dalam bentuk ini dapat dijadikan satu mata ukuran
mengenai ketamadunan bangsa sesebuah negara juga ketokohan pemerintahan negara tersebut.

Mengingatkan kembali masa lampau

          Pengetahuan menerusi pendidikan terhadap aspek tokoh dan warisan budaya bangsa ini
juga memberi peluang kepada kenangan masa lampau. Kenangan itu boleh sahaja diambil
sebagai panduan dan juga pengajaran. Usaha pendidikan seperti ini akan memberikan kesan
psikologi kepada orang ramai daripada aspek mengenangkan kembali atau mengaitkan peristiwa-
peristiwa masa lalu3. Kenangan ini mudah timbul apabila dijuruskan kepada warisan budaya
bangsa berbentuk monumen atau manuskrip kerana ia jelas pada pandangan hasil daripada usaha
pemuliharaan yang dijalankan contohnya Kota A Famosa ataupun Batu Bersurat Terengganu.
Sekiranya ia berkenaan hal yang bersifat positif haruslah diaplikasikan untuk masyarakat hari ini
pula. Manakala jika ianya bersifat negatif dapatlah dihindari supaya sesuatu yang buruk tidak
berulang lagi. Sebagi contoh Kota A Famosa di Melaka itu menonjolkan kehebatan senibina
tetapi pada masa yang sama ia merupakan peringatan kepada kita akan buruknya penjajahan.

          Pada masa yang sama juga kenangan terhadap tokoh yang terlibat terhadap maklumat
monumen dan manuskrip tersebut juga akan lebih mudah tercetus kembali. Ini kerana hubungan

3
    Ibid., ms 180.
antara tokoh dan monument adalah dua perkara yang berkaitan. Melalui kenangan peristiwa
masa lampau ini sebahagiannya akan dapat menanamkan rasa cinta kepada Negara selain dapat
menjadikan peristiwa masa lampau itu sebagai panduan pada masa akan datang.

Meningkatkan taraf

          Hasil daripada proses pengenalan kepada tokoh-tokoh dan aspek warisan budaya bangsa
diharap akan menimbulkan tarikan dan rangsangan kepada masyarakat. Menerusi minat orang
ramai terhadap hal berkaitan dengan dua aspek di atas akan merangsang perhatian yang lebih
baik daripada kerajaan.

          Secara langsung maklum balas dan minat masyarakat akan memudahkan kerajaan
menyusun strategi yang bersesuaian dalam melaksanakan dasar yang lebih baik bagi memelihara
maklumat berkenaan tokoh juga warisan budaya bangsa yang sedia ada. Ini secara automatis
akan meningkatkan taraf penjagaan dan pemuliharaan, sekali gus aspek ketahanan sesuatu
warisan budaya bangsa itu dapat dipastikan4.

          Ini dilakukan dengan pelaksanaan kerja yang betul sama ada melakukan kerja pembinaan
batu peringatan, penjagaan dokumen dan manuskrip dan aktiviti konservasi, preservasi, restorasi,
ataupun rekonstruksi. Pengekalan imej dan identiti negara ini akan memastikan fakta asal yang
wujud dapat terus digunakan oleh generasi mendatang tanpa ada perbezaan.

PERANAN TOKOH DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Hasil daripada kepentingan yang wujud, dapat dikesan beberapa peranan yang dapat dimainkan
dalam memperkukuhkan usaha membina negara bangsa5. Aspek-aspek ini memainkan peranan
yang penting, lebih-lebih lagi bagi Negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan etnik seperti
Malaysia. Antara peranan yang dapat disumbangkan ialah:

Pemeliharaan identiti bangsa

Usaha memperkenalkan kedua aspek penting di atas sebenarnya secara automatis membantu
kepada pengekalan identiti sesuatu tapak bersejarah sebenarnya adalah identiti yang jelas

4
    Ibid., ms 181.
5
    Ibid., ms 182.
memperkenalkan siapa kita dan dimanakah kedudukan kita. Identiti Melayu jelas jugalah yang
memberikan kedudukan sebagai bumiputera di negara ini berdasarkan identiti yang ditonjolkan
oleh nenek moyang menerusi apa yang kita terima sebagai warisan budaya bangsa6.

          Kewujudan tokoh pula dengan dibantu oleh maklumat-maklumat berupa dokumen atau
manuskrip pula memberikan peluang kepada setiap bangsa membuktikan kewujudan mereka dan
menjelaskan kedudukan yang dinikmati pada hari ini. Tokoh-tokoh memberikan kedudukan dan
tempat kepada apa yang diperoleh oleh generasi hari ini.

          Menerusi usaha menjaga dan memulihara aspek-aspek maklumat tokoh dan warisan
budaya bangsa ini, bukti dapat diperlihatkan dan memastikan ketelusan fakta untuk dirujuk oleh
mana-mana pihak yang berbalahan mengenai hak atau apa jua yang berhubungan dengan identiti
bangsa tersebut.

          Tiada Negara di dunia ini yang wujud tanpa pengetahuan dan perkhabaran berkenaan
identiti mereka yang digambarkan dan dibuktikan berkenaan mereka yang digambarkan dan
dibuktikan menerusi kejayaan dan kegagalan masa lalu. Pada kebiasaanya kejayaan dan
kegagalan ini ditonjolkan dengan kehadiran monumen atau warisan budaya bangsa yang lain
sama ada yang boleh digerakkan ataupun tidak.

          Asal-usul kewujudan mereka disesuatu kawasan juga tradisi dan budaya yang dipegang
serta segala keputusan yang dibuat untuk wilayah tersebut selama ini juga merupakan sebahagian
dari inti pati utama kepada cerita sebenar sesebuah Negara dan bangsa. Secara umumnya
kewujudan elemen yang dijaga di arkib dan dipulihara memberikan bukti yang jelas dan tidak
boleh dipertikaikan terhadap identiti yang dipegang oleh sesuatu bangsa itu.

Penyelidikan sejarah

Selain itu dengan memberi peluang kepada masyarakat mengenali tentang tokoh dan juga
warisan budaya bangsa yang menjadi aspek penting perkembangan negara ini akan menarik
minat yang lebih kepada penyelidikan sejarah yang lebih mendalam. Penyelidikan yang lebih
komprehensif akan membantu menentukan dan memantapkan tahap kepentingan serta


6
    Ibid., ms 182.
sumbangan seseorang tokoh atau sesebuah warisan budaya bangsa tersebut daripada segi sejarah
dan hubungkaitnya dengan perkembangan ketamadunan sesuatu bangsa7.

          Adalah jelas setiap peristiwa dan kejadian lalu melibatkan aspek-aspek fizikal atau
perkara-perkara sampingan seperti manusia, manuskrip, tindakan, persekitaran, perkakasan dan
juga bangunan-bangunan. Di atas sifat sejarah dan unsur-unsur sababiahnya, timbul persoalan
dan pertanyaan mengapa, kenapa atau bagaimana. Melalui unsur sababiahnya inilah asas kepada
perlunya elemen-elemen seperti manuskrip, perkakasan dan bangunan-bangunan dicari.
Menerusi dapatan-dapatan inilah sejarah bagi sesuatu kejadian atau tempat ditafsirkan dan
dipertimbangkan sebagai fakta.

          Elemen-elemen yang sudah ditafsir dan dipertimbangkan sebagai data dan fakta ini
kemudiannya dijadikan asas kepada manusia bagi mengenali diri dan identiti masing-masing.
Inilah hubungan penting yang dilahirkan oleh ilmu sejarah dalam kehidupan manusia
sebagaimana yang dinyatakan oleh E. H Carr bahawa sejarah adalah suatu proses perhubungan
yang tidak akan putus antara ahli sejarah dengan bahannya. Ia adalah suatu kesinambungan
peristiwa zaman dahulu hinggalah sekarang. Beliau juga menambah lagi bahawa sejarah itu
adalah merupakan suatu bentuk penyelidikan proses sosial dan justeru, merupakan perhubungan
antara masyarakat sekarang dengan masyarakat yang telah lalu.

          Selepas segala elemen pencarian dan penemuan berlaku ia kemudiannya diteruskan
dengan memulihara dan melindungi bahan-bahan sejarah tersebut. Usaha ini perlu dipergiatkan
supaya masyarakat pada hari ini tidak lupa asal-usul juga proses perkembangan sejarah di
sesebuah Negara. Sebagai contoh Mesir sentiasa dikenali kerana identiti Piramid dan juga
Sphinxnya, manakala China pula jelas berbangga dengan identiti Tembok Besarnya.

          Sejajar dengan itu, adalah jelas peranan memperkenalkan masyarakat dengan tokoh dan
warisan budaya bangsa yang mereka miliki adalah amat penting. Ini kerana segala kegiatan
penyelidikan dan pemfaktaan berkenaan Negara dan bangsa akan dapat dibuat dengan cara yang
teratur dan hasilnya dapat diterima oleh semua pihak. Implikasi penyelidikan yang dilakukan
sama ada melibatkan sosial, politik ataupun ekonomi adalah sangat penting bagi menentukan
kestabilan Negara secara keseluruhannya.
7
    Ibid., ms 183.
Kesedaran nasionalisme

          Pemeliharaan identiti bangsa secara tidak langsung dapat memupuk kesedaran
Nasionalisme di kalangan masyarakat. Melalui perkongsian nilai-nilai tokoh, sejarah ataupun
warisan budaya bangsa yang ada kemudiannya digabungkan dengan rasa hormat menghormati
dapat membentuk rasa kekitaan dalam diri setiap warganegara sekaligus memupuk perpaduan8.

          Manusia tidak dapat lari daripada hakikat bahawa setiap yang terjadi ada permulaannya
begitulah juga kita di Malaysia yang masih berusaha mengenali diri masing-masing. Kenal
mengenali di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan etnik penting kerana kebutaan dan
kegagalan masyarakat Negara ini mengenali sesama sendiri bermakna mereka juga tidak
mengetahui sejarah negara ini dan akan mendatangkan bahaya serta menjadi ancaman kepada
proses perpaduan dan perkembangan negara secara menyeluruh dan apa yang lebih menakutkan
ialah berulangnya tragedi berdarah 1969.

          Justeru, mengajak warganegara ini mengenali tokoh mereka dan mengetahui warisan
budaya bangsa yang mereka miliki boleh membantu setiap mereka mengenali sejarah dan identiti
masing-masing supaya dapat menimbulkan rasa tolak ansur serta berkongsi kecintaan kepada
negara sekali gus membantu pembangunan negara secara keseluruhan.

Sumber pendapatan negara menerusi pelancongan

          Senario dunia hari ini menonjolkan pelancongan sebagai salah satu sumber pendapatan
penting kepada kebanyakan negara di dunia. Di kala kawasan-kawasan pelancongan semakin
kurang diperoleh, kewujudan maklumat dan kisah tokoh-tokoh lampau dan warisan budaya
bangsa seperti bangunan-bangunan bersejarah dan juga tapak-tapak bersejarah yang berkaitan
dengan perkembangan tamadun manusia sering menjadi alternatif kepada sesetengah tempat-
tempat pelancongan yang sedia ada. Usaha pelancongan menerusi pengenalan kepada tokoh dan
kawasan bersejarah melibatkan tokoh tersebut juga warisan budaya bangsa seperti Mesir, United
Kingdom, Sepanyol, China dan beberapa negara lain yang seharusnya dan sememangnya telah
dicontohi negara ini9. Contoh-contoh seperti Rumah Kelahiran Dr. Mahathir, Kota A Famosa


8
    Ibid., ms 185.
9
    Ibid., ms 186.
dan lain-lain lagi menggambarkan masa depan yang cerah untuk aktiviti sebegini dalam
memajukan Negara bangsa Malaysia pada masa akan datang.

       Sejarah ketamadunan masyarakat Melayu yang beratus tahun sebagai masyarakat tunggal
dan kemudiannya dijajah lebih kurang 450 tahun sebelum kedatangan masyarakat imigran telah
membentuk sebuah Negara baru dan nilai yang baru. Gabungan daripada semua aspek sejarah
dan budaya serta tradisi yang sedia ada di kalangan masyarakat majmuk ini boleh menjadi
gabungan yang menarik untuk membawa pelancong ke sini yang sudah tentu menjanjikan
pulangan yang lumayan.

       Gabungan nilai-nilai tokoh negara, sejarah dan warisan budaya bangsa dari pelbagai
kaum negara ini yang mewakili pelbagai tempoh waktu yang berbeza mampu menjadi faktor
pengukuh kepada sektor pelancongan yang bergantung dengan alam semula jadi negara ini yang
sedia indah.

       Hasil kejayaan industri pelancongan akan menjadi pemangkin kepada perkembangan
ekonomi yang berlaku di negara ini dan sekali gus mengukuhkan lagi kestabilan negara. Apabila
ini berlaku proses pengagihan nilai-nilai masyarakat dapat berjalan lancar dan proses pembinaan
negara bangsa akan dapat dijalankan secara aman dan harmoni.

PENGENALAN KEPADA TOKOH-TOKOH NEGARA

Pendedahan kepada masyarakat terutamanya generasi muda kepada tokoh-tokoh negara yang
telah berjasa adalah amat penting. Ini adalah kerana warganegara dapat mengetahui dan
mengenali tokoh-tokoh tersebut dan mengenang jasa-jasa mereka. Secara keseluruhannya, semua
kemajuan pembangunan dan kemakmuran negara pada hari ini adalah usaha pejuangan segenap
lapisan masyarakat sejak dulu lagi. Dibawah tajuk ini, akan dibincangkan tentang tokoh-tokoh
besar yang mewakili secara keseluruhan untuk memerdekakan dan memajukan negara ini.
TOKOH-TOKOH             NEGARA     MALAYSIA        DAN      PERANAN        MEREKA        KEARAH
MENYUMBANG KEMERDEKAAN NEGARA.

Sebenarnya terdapat ramai tokoh-tokoh yang telah menyumbangkan peranan mereka masing-
masing kearah perdamaian dan kemerdekaan Tanah Melayu dan seterusnya kearah pembentukan
Negara Malaysia. Perjuangan para tokoh ini telah bermula sejak pendudukan awal penjajah asing
di Tanah Melayu. Namun, kemerdekaan hanya dicapai setelah ramai daripada tokoh-tokoh ini
yang telah terkorban.




Tok Janggut

Nama sebenar Tok Janggut ialah Haji Mat Hassan Panglima Munas dan beliau telah dilahirkan
pada tahun 1850 di Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan dan kemudian beliau dibunuh pada
tahun 1915 ketika berusia 65 tahun oleh British10. Sumbangan terbesar dalam hidupnya ialah
perjuangan kebebasan negeri Kelantan dari cengkaman penjajah British dan rakyat
keseluruhannya.



10
  Ishak Saat, 2009, Pendidikan Negara Bangsa Malaysia, Karisma Publication Sdn. Bhd. Selangor Darul
Ehsan, ms 78.
           Perjuangan beliau berjihad menentang British telah dinafikan oleh pihak British yang
mengatakan bahawa beliau adalah pemberontak. British telah berusaha memburukkan nama Tok
Janggut kerana pengaruh beliau yang besar. Bagi menggelakkan kuasa mereka terjejas, pihak
British telah membunuh Tok Janggut dan melancarkan perang saraf untuk meracuni jasa dan
sumbangan yang pernah diberikan oleh beliau.

           Tok Janggut telah dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850 dan
dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram mengikut ayahnya yang merupakan
seorang panglima istana ketika itu. Ketika beliau berusia 52 tahun dan masih berada di Makkah
pada ketika itu, Patani telah dikuasai oleh Siam dan dan gurunya Syeikh Ahmad memberi
amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan yang dikenali sebagai serambi
Makkah itu. Ini disebabkan oleh Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara British dan Siam
telah meletakkan Patani di bawah Siam. Kehadiran British di Kelantan tidak direstui orang
Melayu dan pentadbiran penjajah menindas penduduk tempatan.

           Beliau telah pulang ke Kelantan dan menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk
menentang penjajah. Beliau menubuhkan barisan sendiri bersama pejuang lain seperti Tok
Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman. Apabila Perang Dunia Pertama tercetus pada Ogos 1914,
kerajaan Kelantan Tersepit akibat Perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dan dipaksa menyatakan
bahawa mereka menyebelahi British dalam peperangan itu dan keputusan itu amat
mengecewakan Tok Janggut kerana ia bertentangan dengan fatwa Syeikhul Islam, Khayri
Effendi yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya11.

           Penindasan pihak British kepada penduduk Melayu melalui kutipan cukai telah
menyebabkan Tok Janggut dan pengikutnya mula bangkit menentang British. Pada 29 April
1915, Tok Janggut telah bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung
Tok Akib mengenai strategi menentang British untuk mengambil alih pemerintahan di Pasir
Puteh dan mengishtiharkan jajahan itu merdeka12. Namun mesyuarat sulit itu telah diketahui oleh
Pegawai Jajahan Pasir Puteh dari Singapura, Latiff, yang kemudiannya mengeluarkan waran
kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman untuk menangkap Mat Hassan.


11
     Ibid., ms 80.
12
     Ibid., ms 80.
          Sarjan Che Wan dan beberapa orang pengikutnya telah memaksa Tok Janggut menyerah
diri ketika beliau sedang berucap di hadapan kira-kira 1000 penduduk. Tok Janggut bersetuju
mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya, namun
layanan polis kepadanya menyebabkan perselisihan faham dan akibatnya Sarjan Che Wan telah
ditikam oleh Tok Janggut, yang kemudiannya telah menawan Pasir Puteh dan menubuhkan
pentadbiran sendiri dimana beliau telah diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai
Raja13.

          Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana Kota Bharu kerana sultan
pernah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris agar kekacauan tidak berlaku di Kelantan.
Selepas rundingan dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk
Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail ke Pasir Puteh untuk
berunding dengan bantuan Datuk Imam Lebai Kadir. Tok Janggut menjelaskan bahawa beliau
tidak berniat menderhaka tetapi ingin menghalau Latiff yang dianggap penindas.

          Namun, Penasihat British telah mencadangkan agar Tok Janggut dan pengikutnya
ditangkap atas kesalahan menderhaka. Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat
bahawa sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima
ganjaran. Langham-Carter yang tidak yakin dengan kemampuan sultan dan mengesyaki beberapa
pembesar bersimpati kepada Tok Janggut telah meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke
Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris telah dihantar pada 3 Mei 191514. Tok Janggut telah
bertindak bijak dengan bersembunyi dan askar tersebut terpaksa kembali semula ke Singapura
selepas seminggu.

          Malangnya selepas mengetahui bahawa Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir
Puteh, British membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung.
Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan beliau menyerang khemah tentera di
Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 191515. Selepas itu, pihak British pula memburu Tok
Janggut di rumah Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol menyebabkan beliau ditikam mati oleh
askar Sikh ketika menghalang rumahnya daripada dicerobohi. Pasukan Tok Janggut dan tentera

13
   Ibid., ms 81.
14
   Ibid., ms 82.
15
   Ibid., ms 82.
British bertembung di Kampung Dalam Pupoh dan bertempur hebat. Malangnya, Tok Janggut
terbunuh bersama pengikutnya dan mayatnya telah diarak disekitar Pasir Puteh sebelum di
kebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan16.




Mat Kilau

Mat Kilau, Pejuang Melayu Pahang yang didakwa meninggal dunia pada 22 Oktober 1895 telah
mendedahkan dirinya yang sebenar di Pulau Tawar pada 196917. Beliau telah berjuang untuk
negeri kelahirannya Pahang dan juga negeri jiran seperti Terengganu dan Kelantan. Beliau
dilahirkan di Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut dan merupakan anak kepada orang besar
Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah.

           Sekitar 1890-an, rakyat Pahang memberontak kerana British mengambil alih tugas
memungut cukai daripada pembesar negeri. Campurtangan British memberi kesan negatif
kepada pembesar negeri termasuk Tok Gajah dan Datuk Bahaman menyebabkan mereka
memberontak. British memerintahkan perang kepada beberapa pembesar dan mengarahkan
mereka ditangkap dan dihukum. Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri
menyusup ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus. Beliau menjadi orang
yang paling dikehendaki menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah-randah.

           Pada Oktober 1895 terdapat laporan akhbar ‘The Free Press’ yang mengatakan bahawa
Mat Kilau yang melawan ketika ditangkap cedera parah pada muka dan kepala dan mati dalam



16
     Ibid., ms 83.
17
     Ibid., ms 83.
perjalanan ke hilir Kota Bharu kerana kehilangan darah yang banyak 18. Dengan tersiarnya berita
tersebut, tamatlah riwayat pahlawan Melayu itu. Namun, kejadian sebenarnya tidak diketahui
kecuali oleh beberapa orang sahabatnya.

        Mat Kilau telah dicop sebagai penderhaka oleh British dan beliau terpaksa menukar
namanya buat beberapa kali dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan–Gambang.
Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya memakai
nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Mat Kilau yang memegang kad pengenalan diri K/P
2044778 dan nama sebenar Mohamad bin Ibrahim tergerak untuk memperkenalkan dirinya yang
sebenar dan pada Jumaat 26 Disember 1969 beliau telah mengishtiharkan dirinya yang sebenar
di masjid kampung kelahirannya selepas beliau menunaikan solat dan membaca al-quran19.

        Pengishtiharan itu menggemparkan ramai orang dan Kerajaan Pahang menubuhkan
jawatankuasa pada 8 Januari 1970 untuk menemuramah beberapa orang bagi membuktikan
pernyataan Mat Kilau itu dan pada 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan
sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh20. Setelah empat
hari pengumuman pengiktirafan terhadap diri beliau, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur
ketika berusia 122 tahun.




18
   Ibid., ms 84.
19
   Ibid., ms 85.
20
   Ibid., ms 85.
Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Beliau merupakan anak kelahiran Kampung Changkat Tualang, Kota Bahru, Gopeng, Perak dan
berketurunan Minangkabau-Arab. Beliau mendapat pendidikan agama di Madrasah Al-
Masyhoor, Pulau Pinang dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Aligarh, New Delhi,
India. Beliau merupakan seorang pejuang Kebangsaan Islam yang terbilang dizamannya dan
terlibat dengan politik sejak tahun 1930-an lagi. Penglibatan beliau dalam politik termasuklah
sebagai pendukung KMM, Pemimpin KRIS, Ketua UMUM I dan Penasihat Agung PKMM,
Pengerusi PUTERA-AMCJA, Penganjur Parti Rakyat Malaya (PRM) dan Hizbul Muslimin
(HM) dan akhir sekali menjadi Yang Dipertua PAS Pusat pada tahun 1956-196921.

           Dr. Burhanuddin tidak pernah menubuhkan parti politik tetapi kerap dijemput untuk
memimpin pertubuhan politik Tanah Melayu. Penglibatan politik beliau menyebabkan beliau
begitu disegani oleh kawan dan lawannya sebelum perang dan selepas Perang Dunia Kedua.
Beliau boleh dikategorikan sebagai ahli politik sepanjang zaman kerana terlibat dengan politik
sejak sebelum Perang Dunia Kedua, kemudian zaman Jepun, sebelum merdeka dan zaman pasca
merdeka. Karier politik beliau makin cemerlang apabila PAS dibawah pimpinan beliau berjaya

21
     Ibid., ms 86.
merampas Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya Umum tahun 1959 dan pernah menjadi
ahli Parlimen bagi kawasan Besut Selatan, Terengganu dari tahun 1959-196422.

         Beliau turut menerima ujian getir sebagaimana sahabatnya yang lain dan pernah
dipenjarakan lebih kurang lima tahun. Beliau hidup sezaman dengan Ibrahim Hj Yaakub, Ishak
Hj Muhammad, Ahmad Boestamam, Khadijah Sidek, Rashid Maidin, Abdul Majid Salleh dan
ramai lagi tokoh radikal zaman tersebut. Beliau telah meninggal dunia pada 10 Oktober 196923.
Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada khazanah Tanah Melayu kerana beliau
merupakan seorang pemimpin yang sukar dicari ganti. Pemimpin yang bersemangat tinggi dan
penuh dengan falsafah perjuangan serta tegas dengan pendirian berkonsep perjuangan Melayu
Raya sepanjang hayatnya.

         Dr. Burhanuddin yang anti penjajah memperjuangkan kemerdekaan melalui konsep
rumpun besar Melayu iaitu Melayu Raya. Beliau ingin melihat Nusantara sebagai sebuah
Gagasan Kepulauan Melayu yang teragung seperti sebelumnya selaras dengan perjuangan
Melayu Raya. Ketegasan beliau diluahkan dalam buku-bukunya, Perjuangan Kita dan Falsafah
Kebangsaan Melayu24. Didalam buku-buku ini beliau berusaha menegakkan ideologi kebangsaan
Melayunya dengan menggunakan fakta-fakta sejarah, geografi dan kebudayaan serantau untuk
menjustifikasikan kebangsaan Melayu dan memantapkan perjuangannya dengan falsafah politik
Islam.

         Beliau merupakan tokoh yang disanjungi oleh kawan dan pihak lawan. Beliau sering
dijemput untuk menghadiri persidangan dalam dan luar Negara. Beliau hadir bukan sahaja
sebagai penonton tetapi juga mengambil bahagian memberikan idea-idea beliau yang bernas.
Beliau juga diakui matang dalam berpolitik oleh rakan-rakan seperjuangan, malah ramai
rakannya menyifatkan beliau sebagai politikus yang memiliki falsafah perjuangan yang amat
tinggi dan ciri kepimpinan yang dinamik. Buktinya beliau sering dijemput memimpin parti-parti
politik seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) tahun 1945, Pusat Tenaga Rakyat




22
   Ibid., ms 87.
23
   Ibid., ms 87.
24
   Ibid., ms 88.
(PUTERA) tahun 1947 dan Parti Islam SeMalaya (PAS) tahun 195625. Beliau boleh
dikategorikan sebagai Bapa Gerakan Radikal atau Bapa Pejuang Kemerdekaan zaman tersebut.

        Perjuangan beliau berakhir di penjara apabila beliau ditangkap oleh Kerajaan Perikatan
pada tahun 1965 kerana dituduh sebagai pengkhianat negara dan dituduh ingin menubuhkan
kerajaan buangan Malaya di Indonesia. Oleh kerana tiada bukti yang sah, beliau ditangkap
menggunakan peruntukan undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Lebih malang
lagi apabila isteri beliau, Puan Aminah telah menuntut cerai taklik semasa beliau ditahan di
bawah Akta Darurat 1948 kerana tidak tahan bersuamikan seorang politikus radikal Melayu 26.
Tindakan isteri beliau itu amat menyayat hati beliau, namun beliau masih tetap meneruskan
perjuangannya.

        Pemerintah pasca merdeka melakukan tindakan yang sama kepada penentang mereka
seperti yang dilakukan oleh penjajah British seperti tangkapan di bawah Undang-undang Darurat
atau ISA. Dr. Burhanuddin yang memimpin PAS ketika itu telah ditangkap di bawah peruntukan
ISA pada 28 Januari 1965 dan dipenjarakan tanpa dibicarakan selama hampir 5 tahun27. Semasa
dipenjara beliau jatuh sakit dan dibebaskan pada bulan September 1969. Namun beliau sudah
terlalu uzur untuk meneruskan perjuangan politiknya dan akhirnya beliau telah menghembuskan
nafasnya yang terakhir pada 10 Oktober 1969 dan disemadikan di tanah perkuburan Masjid
Jamed (Masjid Lama), di tengah-tengah bandar Taiping, Perak28. Kematian beliau ini dirasakan
satu kehilangan besar dalam dunia politik Melayu khususnya bagi PAS.




25
   Ibid., ms 89.
26
   Ibid., ms 99.
27
   Ibid., ms 96.
28
   Ibid., ms 97.
Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj

Perdana menteri Malaysia yang pertama ini dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar,
Kedah29. Baginda merupakan anak ketujuh Sultan Kedah yang ke-2430. Ayahandanya Sultan
Abdul Hamid adalah pemerintah Negeri Kedah pada masa itu. Bonda Tunku bernama Menjalara
seorang keturunan Thai, anak kepada Luang Novaborirak, seorang pembesar di salah sebuah
negeri Shan Utara Thailand. Beliau belajar di sekolah Melayu di Alor Star sebelum belajar di
Bangkok dan seterusnya menyambung pelajaran di sekolah Melayu kembali pada tahun 1916,
sebelum memasuki Penang Free School. Beliau kemudiannya menuntut di St. Catherine’s
College, Universiti Cambridge, England dan mendapat ijazah B.A dalam Sastera. Beliau pernah
berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kedah sebagai Pegawai Daerah di Kulim dan
Sungai Petani juga Timbalan Pendakwa Raya dan Presiden Session Court.

       Peranan Tunku sebagai salah seorang tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan tanah
melayu amat terserlah terutamanya selepas beliau dilantik menjadi pemimpin Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), meskipun parti tersebut sebenarnya di asaskan oleh
Datuk Onn bin Jaafar yang merupakan pemimpin pertama parti tersebut. Kisah terperinci


29
   Rujukan lanjut lihat Ishak Saat. 2009. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Karisma Publication Sdn.
Bhd. Selangor Darul Ehsan dan Zulhilmi, P dan Rohani, A. G. 2003. Pendidikan Negara Bangsa. PTS
Publication & distributor sdn.bhd. Pahang Darul Makmur.
30
   Ishak Saat, op. cit., ms 105.
perjuangan beliau ini telah beliau abadikan sendiri dalam penulisan beliau. Dalam coretan tinta
Tunku sendiri31, beliau telah menceritakan peranan yang telah dimainkan olehnya dalam
menyumbang kepada kemerdekaan negara. Pada bulan Ogos 1951 tercetus krisis dalam UMNO
yang menyebabkan Datuk Onn meletakkan jawatan dan Tunku dipilih sebagai Yang Dipertua
UMNO yang ke-2. Hasil usaha Tunku menyatupadukan kaum-kaum di samping menjaga
keutuhan bangsa Melayu sebagai teras politik negara, UMNO memperoleh kemenangan dalam
pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur 1952 dan juga pilihan raya umum 1955.

       Dari segi media massa, Tunku merupakan salah seorang ahli politik yang mempunyai
hubungan giat dengan kewartawanan di Tanah Melayu. Beliau menggunakan Suara UMNO
sebagai alat perjuangan UMNO-MCA-MIC untuk mendapatkan kemerdekaan. Beliau juga telah
membakar dua surat khabar melayu ialitu Majlis dan Qalam yang menurutnya menjadi
penentang kepada UMNO dan pemerintahannya.

       Tunku juga telah bertanggungjawab meredakan ancaman anasir-anasir Parti Komunis
Malaya (PKM) dengan mengadakan rundingan bersama Chin Peng pada tahun 1955 dalam
Rundingan Baling. Tunku menyatakan bahawa hasil dari pertemuan itu ialah bahawa parti
pilihan rakyat telah dapat merampas inisiatif dari PKM. Dalam rundingan ini, Tunku telah
meminta agar PKM keluar dari hutan, menerima syarat-syarat penyerahan diri, dan kemudian
turut serta dalam pergerakan politik dengan cara yang biasa, seperti yang dilakukan oleh semua
parti yang lain. Fahaman kekerasan PKM adalah bertentangan dengan fahaman damai Parti
Perikatan. Kemenangan Parti Perikatan telah membuktikan bahawa rakyat pada masa itu
menginginkan kemerdekaan melalui jalan damai. Selepas 12 tahun diisytiharkan darurat,
akhirnya tanah melayu telah bebas dari ancaman Komunis apabila Komunis akhirnya
mengundurkan diri pada tahun 1960.

       Seterusnya   Tunku melakukan perundingan         dengan    British dan    menghasilkan
kemerdekaan negara pada tahun 1957.

       Sebagai Perdana Menteri yang pertama, usaha-usaha dibuat bagi mengukuhkan
pemerintahan Negara melalui perpaduan rakyat dan kemajuan ekonomi. Pada tahun 1960,
keadaan darurat yang telah berjalan selama 12 bulan diisytiharkan tamat. Tanah Melayu
31
menyertai secara aktif dalam politik antarabangsa seperti menganggotai Bangsa-Bangsa Bersatu
dan menjadi ahli Komanwel British.

       Dalam konteks serantau, Tunku telah mengasaskan ASA atau Pertubuhan Asia Tenggara
pada tahun 1961 dengan dianggotai oleh Persekutuan Tanah Melayu, Filipina dan Thailand yang
seterusnya membuka jalan kepada penubuhan ASEAN pada tahun 1967.

       Pada bulan September 1963, Tunku telah berjaya menyatukan persekutuan Tanah
Melayu, Singapura dan Sarawak juga Sabah sebagai Persekutuan Malaysia. Atas jasanya itu,
Tunku diberi gelaran ‘Bapa Malaysia’. Menjelang tahun 1969, berlaku ketegangan antara kaum
di Malaysia. Suasana perkauman bertiup sampai ke kemuncak dan meletuslah peristiwa 13 Mei
1969. Akibatnya, Parlimen telah digantung dan tertubuhlah Majlis Gerakan Negara atau
MAGERAN yang diketuai oleh Tun Abdul Razak.

       Pada 22 September 1970, Tunku meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan
pada Februari 1971, Tunku tidak bertanding lagi bagi jawatan UMNO. Setelah bersara Tunku
menjawat sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) yang
pertama. Tunku juga pernah mengetuai PERKIM atau Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia.
Beliau juga adalah pengasas Pestabola Merdeka dan pernah menjadi Presiden Persatuan
Bolasepak Malaysia dan Presiden Konfederasi Bolasepak Asia.
Tunku Abdul Razak bin Datuk Hussein

Perdana Menteri Malaysia yang ke-2. Beliau dilahirkan pada 11hb. Mac, 1922 di Pulau Keladi,
Pekan, Pahang. Dibesarkan oleh datuknya di Kampung Jambu, Langgar, Pekan dan bersekolah di
Sekolah Melayu pada pendidikan awal. Beliau kemudiannya dihantar ke Maktab Melayu Kuala
Kangsar diikuti ke Raftles College Singapura dan seterusnya ke pengajian undang-undang di
Lincoln’s Inn, London.

       Sekembalinya ke tanahair, beliau berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Pahang sebagai
Penolong Setiausaha Kerajaan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Empat bulan selepas
menganggotai UMNO, beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda Majlis Undangan Persekutuan
1951. Pada masa yang sama apabila Tunku Abdul Rahman menjadi Yang Dipertua UMNO
beliau yang berumur 29 tahun dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua.

       Tun Abdul Razak juga pernah menjawat jawatan Pemangku Menteri Besar Pahang pada
tahun 1955. Beliau bersama Tunku melakukan Rundingan Kemerdekaan di London dan setelah
merdeka bermulalah perkhidmatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang menjangkau
lebih 13 tahun. Dalam tempoh ini beliau telah memegang beberapa portfolio, termasuk
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Kementerian Pertahanan dan Kementerian
Hal Ehwal Dalam Negeri.

       Sebagai Menteri Pelajaran yang pertama, beliau telah melahirkan Penyata Razak 1956
bertujuan menyatupadukan rakyat yang berbagai-bagai kaum. Beliau mempelopori gerakan
pembangunan luar Bandar dengan Rancangan Buku Merah. Beliau juga membentuk berbagai-
bagai agensi kerajaan bagi membantu rakyat terutamanya petani dengan menubuhkan Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

       Ketokohan beliau sebagai Menteri Pertahanan teruji dengan berlakunya konfrontasi.
Akhirnya krisis dapat diselesaikan secara damai. Kerana itu beliau dikenali bukan sahaja sebagai
Bapa Pembangunan tetapi juga sebagai Bapa Perdamaian. Peristiwa 13 Mei 1969 telah
membawa beliau menjadi Pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Sebagai Pengarah
MAGERAN, beliau berjaya memulihkan keamanan, memupuk keharmonian dan muhibbah dan
mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
        Seterusnya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada 22hb. September, 1970. Pada
pertengahan tahun 1970, Dasar Ekonomi Baru yang begitu bermakna telah dilancarkan oleh Tun.
Implikasi Dasar ini terletak pada matlamatnya yang berbentuk serampang dua mata iaitu
menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk
menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi.

        Sewaktu beliau menjadi presiden UMNO, Barisan Nasional telah terbentuk pada tahun
1974. Beliau berjaya menukarkan politik konfrontasi di negara ini kepada politik akomodasi dan
dialog. Hasil daripada daya pemikiran beliau juga, Dasar Pengecualian Asia Tenggara
(ZOPFAN) telah dilahirkan pada tahun 1971. Beliau juga telah merintis jalan perhubungan
dengan Republik Rakyat China dengan mengadakan lawatan pada Mei, 1974. Tun Abdul Razak
telah pulang ke rahmatullan ketika usianya menjelang 54 tahun, di London pada 14hb. Januari,
1976.




Tun Hussien Onn

Perdana Menteri Malaysia yang ke-3. Beliau dilahirkan pada 12hb. Februari, 1922 di Johor
Bahru. Anak sulung Datuk Onn bin Ja’far dan Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai
lapan orang anak. Mendapat pendidikan awal di Singapura dan di English College, Johor Bahru.
Pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor
dan 1942 menyertai Regiment Hydrabad Ke-19 di India. British melantiknya menjadi jurulatih di
Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaysia di Rawalpindi.

        Bertugas sebagai Komanden Polis Depot, Johor Bahru pada tahun 1945 dan seterusnya
memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Daerah
Segamat dan kemudian sebagai Pegawai Daerah di Kuala Selangor dan Kelang. Meletakkan
jawatan sebagai Pegawai Daerah untuk turut serta dalam kegiatan politik UMNO dan diberi
tugas sebagai Ketua Perikatan Pemuda UMNO. Pada tahun 1950 dilantik sebagai Setiausaha
Agung UMNO dan juga dilantik menjadi Ahli Majlis Undangan Negeri Johor dan Majlis
Undangan Persekutuan.

        Tun Hussien keluar daripada UMNO mengikut bapanya, setelah tercetus satu krisis
dalam parti pada bulan Ogos 1951. Beliau telah pergi ke London untuk belajar undang-undang di
Lincoln’s Inn, England dan telah lulus sebagai seorang peguam pada tahun 1958.

        Pada tahun 1968 atas desakan Tun Abdul Razak, beliau kembali menyertai UMNO dan
pada bulan Jun 1969 beliau dilantik menyertai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Seterusnya
beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 22 September, 1970 dan dipilih sebagai
salah seorang Naib Presiden UMNO pada tahun 1972. Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik
sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan tempat Tun Dr. Ismail yang telah meninggal
dunia. Beliau juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Penyelarasan Perbadanan
Awam.

        Pada 14 Januari 1976, Tun Hussien Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-3
menggantikan Tun Abdul Razak yang juga telah meninggal dunia. Beliau terus mengadakan
perhubungan yang baik antara Malaysia dengan negara-negara luar termasuklah Negara-negara
barat dan lain-lain anggota ASEAN.

        Dalam pergerakan UMNO, Tun Hussien Onn berusaha sedaya upaya mengekalkan
perpaduan di kalangan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin supaya parti dapat menghadapi
cabaran-cabaran yang timbul. Bagi kemajuan parti, Tun Hussein telah melancarkan Koperasi
Usaha Bersatu (KUB) pada bulan Mei 1977.
       Setelah memangku jawatan Presiden selama dua tahun, Tun bersara pada 16hb. Julai,
1981. Beliau meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia dan digantikan oleh
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Selepas bersara daripada politik, beliau aktif membantu
kemajuan pembinaan Negara. Beliau telah dilantik sebagai Presiden Universiti Islam
Antarabangsa yang pertama, Pengerusi Institut Kajian Antarabangsa dan Strategik, Penasihat
Petronas dan Presiden Persatuan Orang-orang Buta Malaysia. Hospital Mata telah mengabdikan
namanya dan dikenali sebagai Hospital Mata Tun Hussein Onn.




Tun Dr. Mahathir Mohamad

Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 sehingga kini. Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di
Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Persekolahannya bermula di Sekolah
Melayu Laki-laki Seberang Perak, Kedah. Kemudian disambung ke Sekolah Inggeris Alor Setar
(kini Maktab Sultan Abdul Hamid) di mana ayahandanya, Encik Mohamad bin Iskandar adalah
guru besar sekolah itu yang pertama. Ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi adalah keturunan
Wan Mat Saman, Menteri Besar Kedah yang membina terusan Wan Mat Saman.

       Setelah tamat Perang Dunia Kedua beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang
sama pada tahun 1945 sehingga Senior Cambridge. Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke
King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura. Pada tahun 1952 beliau
lulus dengan ijazah perubatan MBBS.
          Penglibatan politiknya bermula pada tahun 1945 apabila beliau menganggotai
SABERKAS. Pada tahun 1946 beliau menyertai pula Kesatuan Melayu Kedah dan beliau turut
terlibat sama dalam peristiwa bersejarah pengasasan UMNO. Pada tahun 1957 beliau bersama
isterinya Dr. (Datin Seri) Hasmah Mohd Ali telah menubuhkan Maha Klinik di Alor Setar,
Kedah.

          Penglibatannya secara aktif dalam politik bermula pada tahun 1964 apabila beliau dipilih
sebagai ahli Parlimen setelah memenangi kerusi kawasan Kota Setar Selatan di atas tiket
Perikatan. Selepas tragedi 13 Mei 1969 beliau telah disingkirkan daripada UMNO kerana lantang
mengkritik Tunku. Tragedi tersebut adalah suatu rusuhan kaum yang telah berlaku pada 13 Mei
1969 yang merupakan lembaran hitam dalam sejarah Malaysia. Peristiwa rusuhan tersebut
berlaku disebabkan isu-isu sensitif yang diungkitkan oleh parti politik dalam pilihan raya 1969.
Antara isu sensitif itu adalah hak istimewa orang Melayu, kedudukan bahasa Melayu, hak
kewarganegaraan, kesetiaan kaum bukan Melayu dan perbezaan dan kedudukan agama serta
budaya. Bagi mengawal rusuhan kaum ini, kerajaan telah mengisytiharkan darurat di seluruh
negara dan membubarkan Parlimen.

          Karier politik beliau bagaimanapun menyinar kembali apabila beliau diterima kembali ke
dalam UMNO pada tahun 1972 setelah Tun Abdul Razak menjadi Presiden UMNO. Pada tahun
yang sama beliau memenangi kerusi ahli Majlis Tertinggi UMNO dan dilantik sebagai senator
pada tahun 1973. Beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1974 di dalam cabinet
Tun Abdul Razak. Pada tahun 1975 beliau memenangi kerusi Naib Presiden UMNO.

          Pada 16 Julai 1981, Dr. Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia
yang ke-4 ekoran perletakan jawatan Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan. Dalam tahun yang
sama beliau menang tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO. Di bawah pentadbirannya
negara telah melalui suatu proses transformasi yang tidak pernah digambarkan sebelum ini.
Beliau mahu Malaysia menjadi sebuah negara maju dan rakyatnya mampu bersaing di peringkat
global.

          Hasratnya dijelaskan dalam apa yang dinamakan sebagai Wawasan 2020 yang beliau
utarakan pada 28 Februari 1991 dengan bermatlamatkan ‘ke arah pembentukan pembangunan
sebuah negara yang benar-benar maju dalam segala bidang secara seimbang meliputi ekonomi,
politik sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan’. Matlamatnya ialah pembangunan yang
berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran yang seimbang. Beliau menggerakkan kempen
‘bersih-cekap-Amanah’, ‘kepimpinan melalui teladan’, ‘Dasar Kependudukan 70 juta’, Kempen
peningkatan ‘Daya Pengeluaran Negara’, dasar ‘penerapan nilai-nilai Islam’, menukar waktu
Negara dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung supaya selaras dengan Sabah dan
Sarawak sebagai satu usaha integrasi nasional, mengamalkan dasar ‘Buy British Lasts’ sebagai
satu tindak balas di atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia.

       Beliau kemudiannya memperkenalkan ‘Dasar pandang ke Timur’, dasar penswastaan,
‘Dasar Pensyarikatan Malaysia’, ‘Sogossosha Malaysia’, ‘ Dasar perindustrian negara’, projek
kereta nasional, Projek lebuhraya utara-selatan dan timur-barat semenanjung juga melangkah ke
era pengangkutan berteknologi tinggi apabila Transit Aliran Ringan (LRT) diperkenalkan di
Kuala Lumpur. Pada September 1996, kerajaan telah mengumumkan pembinaan bandaraya
pentadbiran persekutuan ‘putrajaya’ untuk aktiviti pentadbiran awam Negara dan seterusnya
mewujudkan ‘kerajaan elektronik’ di dunia. Beliau telah merancang pembinaan KLCC dan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

       Pada tahun 1997, Dr. Mahathir memperkenalkan ‘Koridor Raya Multimedia (MSC)’.
Gagasan MSC akan menempatkan kerajaan elektronik dan universiti multimedia serta menjadi
pemangkin kepada perlaksanaan sekolah bestari, tele-perubatan, kad pintar, pusat pemasaran
tanpa bersempadan serta pusat pengeluar web sedunia. Tidak kira apa gagasannya sama ada
negara miskin; beliau dengan berani menyuarakan masalah mereka dalam forum-forum
antarabangsa serta menyelar Negara-negara maju yang tidak ikhlas membantu malah menindas
dengan prejudis.

       Pandangannya yang kritis tetapi nyata, menjadikan beliau jurucakap kepada Negara-
negara dunia ketiga dan pembela agama Islam yang konsisten. Malaysia mampu berbuat
demikian kerana Malaysia ‘Merdeka’ bukan sahaja daripada segi politik tetapi juga ekonomi dan
yang lebih penting daripada segi spiritualnya. Dr. Seri Mahathir Mohamad kini dianggap sebagai
seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau
bukan hanya berjaya memerdekakan negaranya daripada semua segi, tetapi berusaha
memerdekakan negara-negara lain daripada belenggu falsafah pembangunan yang dijana
daripada barat yang jelas muflis idealistiknya. Bagi Dr. Mahathir falsafah pembangunan haruslah
dijana dari dalam, manakala sumbernya bolehlah didatangkan dari luar dan bukan sebaliknya.
Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 tidak dapat
dipertikaikan lagi adalah ‘Pencetus Malaysia Negara Maju’.




Dato’ Onn Jaafar

Pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR atau lebih dikenali sebagai
United Malay National Organisation (UMNO). Beliau lahir pada tahun 1895 dan berasal
daripada keluarga yang terkenal di negeri Johor . Bapanya pernah menjawat jawatan Menteri
Besar Johor. Pendidikan awal beliau peroleh di Sekolah Melayu di Johor sebelum melanjutkan
pelajaran ke England. Beliau kembali ke tanahair dan memasuki Perkhidmatan Awam negeri
Johor. Sewaktu Malayan Union dicadangkan pada tahun 1946 beliau merupakan Pegawai Daerah
Batu Pahat dan berusia 51 tahun.

       Pada tahun 1946 beliau menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung di Negeri Johor.
Pada 1 Mac 1946 lebih 100 wakil daripada 42 persatuan Melayu mengadakan kongres di Kuala
Lumpur. Hasil daripada kongres tersebut UMNO telah diistiharkan secara rasmi pada 11 Mei
1946 dengan Dato’ Onn dilantik menjadi Yang Di pertua UMNO yang Pertama. UMNO
kemudiannya berjaya menggagalkan Malayan Union supaya digantikan dengan Persekutuan
Tanah Melayu 1948.

       Pada tahun tersebut beliau mencadangkan supaya UMNO membenarkan penyertaan
masyarakat Cina dan India memasuki UMNO. Cadangan beliau ditentang kuat dan beliau telah
keluar daripada UMNO untuk menubuhkan parti politik yang baru iaitu Independence of
Malayan Party (IMP) atau Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (PKTM). Parti ini adalah sebuah
parti berbilang kaum dan bermatlamatkan kemerdekaan Tanah Melayu dalam tempoh sepuluh
tahun. Walaubagaimanapun sokongan terhadap parti ini amat berkurangan dan prestasi sewaktu
Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur 1952 juga tidak memberangsangkan. Parti ini dibubarkan
pada tahun 1953 dan digantikan dengan Parti Negara bagi menghadapi pilihanraya umum Tanah
Melayu yang pertama 1955. Parti Negara tewas teruk kerana gagal memenangi sebarang kerusi
daripada 30 yang ditandinginya. Seperti IMP, Parti Negara juga tidak dapat menyaingi kekuatan
perikatan UMNO, MCA dan MIC. Hanya pada tahun 1959 beliau memenangi kerusi yang
ditandinginya di Terengganu. Itu merupakan penglibatan terakhirnya dalam politik tanahair.




Tan Cheng Lock

Salah seorang pengasas parti Malayan Chinese Association atau MCA dan juga pengasas
bersama Parti Perikatan. Beliau dilahirkan pada tahun 1883 di Melaka. Beliau mendapat
pendidikan Inggeris sejak kecil lagi. Beliau pernah menjadi seorang guru sebelum memasuki
lapangan perniagaan dan perusahaan getah.

       Pada tahun 1912 beliau dilantik sebagai Jaksa Pendamai dan seterusnya menjawat
jawatan penting kerajaan negeri selat pada tahun 1930-an. Selepas perang Dunia Kedua beliau
menjadi pengerusi All Malaysian Council of Joint Action atau AMJCA. Beliau telah melakukan
percubaan menyatukan kaum cina di Tanah Melayu dengan menunubuhkan MCA pada bulan
Februari 1949 dan beliau telah dilantik sebagai Presiden MCA yang pertama.

       Secara umumnya mereka adalah tokoh-tokoh yang banyak membantu perkembangan
negara ini sejak merdeka hinggalah kejayaan yang dinikmati pada hari ini. Tetapi haruslah kita
sentiasa ingat bahawa nikmat kemerdekaan dan kemajuan ini tercapai atas usaha semua pihak
yang bergelar tokoh, pemimpin juga orang kebanyakan atau orang biasa. Kemerdekaan tidak
tercapai dan tidak kekal sehingga hari ini hanya disebabkan usaha satu individu sahaja tetapi atas
usaha semua pihak di Negara ini sejak tahun 1800 hinggalah keabad 21 ini.

       Y.Bhg. Dato Dr. Ampikiapakan a/l S. Kandiah merupakan Pengasas MIC/Ahli
Jawatankuasa MIC Selangor Malaysian Indian Congress (MIC), Negeri Selangor.
Dato’ Harun

Dato’ Harun Haji Idris lahir di Petaling, Selangor pada 21hb., Julai, 1925. Berpendidikan
Sekolah Melayu dan Inggeris. Beliau menyertai pergerakan menentang Jepun dalam tahun 40an,
menjadi pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Selangor 1946. Pernah berkhidmat sebagai
Pegawai Luar di Jabatan Penerangan hingga tahun 1948. Kemudian menyertai Perkhidmatan
Tadbir Melayu (Malay Admistrative Service), menjadi penolong Pegawai Daerah di Gemas dan
Tampin. Pada tahun 1951 beliau menyertai perkhidmatan perundangan sebagai majestret di
Kuala Lumpur. Tahun 1953 beliau mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran undang-
undang ke United Kingdom. Pada tahun 1957 pulang ke tanahair dan dilantik sebagai Presiden
Mahkamah Sessien di Taiping. Selepas itu menyertai Dewan Peguam Negara sebagai Timbalan
Pendakwa Raya dan kemudiannya sebagai Pendaftar Pertubuhan, kemudian dilantik sebagai
Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Selangor. Meletak jawatan untuk bertanding
pilihanraya 1964. Pada 19 Mac 1964, dilantik sebagai Menteri Besar Selangor hinggalah meletak
jawatan pada 26 Mac 1976. Beliau telah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sejak tahun
1971, dipecat dari UMNO pada 19 Mac 1976 dan diterima semula menjadi ahli UMNO kira-kira
tujuh bulan kemudiannya. Terpilih menjadi Naib Presiden UMNO dalam perhimpunan agung 26
Jun 1981.
Ibrahim bin Haji Mahmood KMN, AMN, PKT, PJK

Beliau merupakan anak kelahiran Pulau Pinang di dalam tahun 1908. Berpelajaran Melayu, Arab
dan Inggeris. Beliau telah dilantik menjadi seorang ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri
Pulau Pinang di dalam masa Kerajaan Malayan Union tajaan British yang memerintah Tanah
Melayu semula selepas pemerintahan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) tetapi telah memulau
Majlis itu kerana menentang Malayan Union. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Ibrahim
Mahmood dan merupakan bekas pengarang beberapa buah akhbar dan majalah Melayu, beberapa
buah buku pengetahuan, cerita-cerita pendek dan pantun dan juga mengarah lakonan pentas dan
boria di Pulau Pinang. Beliau mula menceburkan diri dalam dunia kesusasteraan Melayu pada
tahun 1938. Beliau turut mengambil bahagian utama dalam dalam memperjuangkan
perkembangan bahasa Melayu. Sebelum Perang Dunia Kedua, beliau adalah seorang ahli
Lembaga Menggubal Perkataan-perkataan Melayu. Beliau memegang jawatan pengaran pada
beberapa buah akhbar Melayu iaitu ‘Warta Malaya’ Singapura terutama ‘Warta Jenaka’
kumpulan penerbitan Warta Malaya Press Singapura, ‘Pemimpin Melayu’ Pulau Pinang,
‘Dewasa’ Pulau Pinang, ‘Bumiputera’ Pulau Pinang, ‘Pinang Shimbun’ Pulau Pinang di dalam
masa Jepun memerintah Malaya, 1941-1945. Apabila Perang Dunia Kedua berakhir dan British
memerintah semula Malaya, akhbar Pinang Shimbun bertukar nama kepada ‘Warta Negara’ dan
nama ‘Warta Negara’ itu pun dicadang oleh Ibrahim. Beliau juga menjadi pengasas dan
pengarang akhbar ‘Pinang Shimbun’ dan ‘Warta Negara’ Pulau Pinang. Pernah menjadi penulis
khas ‘Utusan Melayu’ sebelum berkhidmat dalam kumpulan Warta Malaya Press Singapura.
Beliau juga amat cergas dalam bidang politik dan merupakan seorang panglima Negara yang
menumpukan sepenuh masa dan tenaga dalam perjuangan menghapuskan Malayan Union di
bawah pimpinan Datuk Onn bin Jaafar.

Dr. Burhanuddin Al-Helmi

Dr. Burhanuddin dilahirkan pada 29hb November 1911 di Kampung Changkat Tualang, Taiping,
Perak. Ayahnya berasal dari Minangkabau, Indonesia. Kehadirannya di bumi bertuah ini
memberi sumbangan bermakna kepada politik Malaysia justeru beliau terlibat secara langsung
dalam perjuangan menuntut kemerdekaan sejak sebelum pendudukan Jepun.
Dalam bidang perubatan homeopati, beliau merupakan lulusan Medical Doctor of Homoeopathy
(M.D.H) dari Ismeliah Medical College, Hydrabad, India. Selain itu, beliau juga menerima ijazah
Doctor of Naturopathy (N.D) daripada School of Naturopathy, London dan Doctor of Divinity
daripada International Academy Canada. Beliau juga merupakan ahli International Federation
of Naturopath (I.F.N) dan Homoeopathic Physician Association (H.P.A., London).
       Di kalangan masyarakat homeopati di Malaysia beliau dikenali sebagai orang Melayu
pertama yang belajar homoeopati dan bertanggungjawab memperkembangkannya pada dekad-
dekad awal. Meskipun beliau dikatakan telah mempraktikkan ilmu perubatan homoeopati sejak
tahun 1930an lagi, namun beliau terlalu sibuk dengan agenda politik semasa. Kerana itulah,
hanya pada tahun 1953 atau 1954 baru beliau beroleh kesempatan mendidik pelajar perintis
homoeopati.
       Selepas merdeka pada tahun 1957, beliau melangkah ke hadapan dalam kerjaya politik
apabila memenangi kerusi parlimen bagi tahun 1959-1964. Di waktu itu beliau mengusaha
penubuhan persatuan homeopati yang pertama di Malaysia. Persatuan homeopati itu didaftarkan
pada 1962 dan dikenali sebagai Persatuan Perubatan Homoeopathy Malaysia (Malaysian
Homoeopathic Medical Association) atau PPHM. Pada masa yang sama beliau dilantik sebagai
presiden persatuan yang pertama.
       Selain bijak dan petah berucap, Dr. Burhanuddin juga mahir menulis. Beliau banyak
menyumbangkan hasil tulisan baik dalam bidang politik maupun homoeopati. Banyak artikel
yang ditinggalkan beliau. Sebahagian daripada tulisan itu telah diterbitkan, khususnya mengenai
politik. Buku-buku homeopati beliau telah disalin dan diperturunkan kepada kerabat homeopati
dari generasi pertama, tetapi malangnya tiada satupun diterbitkan. Sedangkan karyanya
mengenai falsafah homeopati, materia medika dan biokimia merupakan rujukan utama dalam
bahasa ibunda bagi para pelajar homeopati di Malaysia untuk dua dekad yang pertama.
       Dr Burhanuddin adalah antara orang-orang kuat dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945. Antara tokoh-tokoh penting yang lain dalam
PKMM ialah Pak Sako, Mokhtaruddin Lasso, dan Ahmad Boestaman. PKMM adalah parti
kedua di Tanah Melayu yang memperjuangkan nasib orang-orang Melayu. Parti pertama adalah
Kesatuan Melayu Muda, KMM yang ditubuhkan pada tahun 1938. Sesetengah orang salah faham
dengan menganggap UMNO adalah parti pertama yang membela nasib bangsa Melayu. Padahal
begitu banyak lagi parti-parti Melayu sebelum UMNO seperti Angkatan Pemuda Insaf (API),
Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA), dan Barisan
Tani Se-Malaya (BATAS) yang menjadi sayap utama kepada PKMM.
Rujukan

Abdul karim Abdullah, & Ghazali Basri. 1979. Latar belakang & sejarah Malaysia moden. Kuala
Lumpur: Penerbitan Adabi.
Ahmad Mustapha Hassan. 2007. The Unmaking of Malaysia: Insider’s Reminiscences of
UMNO, Razak and Mahathir. Strategic Information and Research Development Centre. Petaling
Jaya, Selangor.
Goay Teck Chong, Wong Yew Hong & Suriani Basir. 2006. Teks Pra-U STPM: Pengajian Am
Kertas 1. Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
Haji Buyong Adil. 1983. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan abad 15-19. Kuala
Lumpur: DBP.
Ibrahim Mahmood. 1981. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Penerbitan Pustaka Antara Kuala
Lumpur. Kuala Lumpur.
Ishak Saat. 2009. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Karisma Publication Sdn. Bhd. Selangor
Darul Ehsan.
J. Victor Morais (1953). Hussein Onn A Tryst with Destiny. Singapore: Koon Wan Printing.
J. Victor Morais. 1982. Mahathir Riwayat Gagah Berani. Kuala Lumpur: Arenabuku.
Mohd. Haflah Piei. 1987. Malaysia Isu- Isu pembangunan. Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia. Selangor, Malaysia.
National Archives of Malaysia (2004) Malaysian History from Ductch Sources, Selangor:
Pustaka Wira
Raja Ahmad Niza. 1982. Jatuh Bangun Seorang Pejuang. Pustaka Zakry Abadi. Kuala Lumpur.
Shariff Ahmad. (2001). Tun Razak Prince of Titiwangsa, Kuala Lumpur. Utusan Publication &
Distributors.
William Shaw. 1976. Tun Razak: His Lifeand Times. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Damansara,
Kuala Lumpur.
Zainuddin Maidin. (1997): Tun Razak Jejak bertapak seorang patriot. KL: Lembaga Pemegang
Amanah Yayasan Tun Razak & Utusan Publications & Distributors (atau percetakan kum)-
Selangor
Zainuddin Maidin. 2004. The Unsung Heroes. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia.
Zulhilmi, P & Rohani, A. G. 2003. Pendidikan Negara Bangsa. PTS Publication & distributor
sdn.bhd. Pahang Darul Makmur.



http://i158.photobucket.com/albums/t93/mamatchokia/DKI/images/mbsel/08_harun.jpg

http://www.myspace.com/umnomalaysia

http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/upload_folder/tok_janggut1.jpg

http://towardsmardhatillah.files.wordpress.com/2009/03/drburhanudin-al-helmey.jpg

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/upload_fo
lder/mat_kilau4.jpg&imgrefurl=http://shamfariz.blogspot.com/2009/02/mat-kilau-pejuang-
melayu-
pahang.html&h=639&w=320&sz=600&tbnid=m9yt7uIDiBtdKM:&tbnh=137&tbnw=69&prev=
/images%3Fq%3Dmat%2Bkilau&hl=en&usg=__U34eRLQYnhqnxRsQlXAw4_A7S0k=&ei=z
wwxStisJYmVkAXPw_3DBw&sa=X&oi=image_result&resnum=1&ct=image

http://zabidin13.files.wordpress.com/2008/10/ustaz-abu-bakar-al-baqir.jpg

http://3.bp.blogspot.com/_1dv0WZAtX-
8/STfcvBil_jI/AAAAAAAAAQc/ti2zvgeBUK4/s320/abu+bakar+albaqir.jpg

http://aminiskandar.files.wordpress.com/2007/04/12-26-20067-35-51pm_0002.jpg

http://farm3.static.flickr.com/2094/2183713696_a439618a9a.jpg?v=0

http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Matkilau.jpg

								
To top