lompat jauh
Document Sample


1.0 BUTIRAN MENGAJAR :
Acara lompat jauh diajar kepada para pelajar sekolah rendah Tahun 4.
Tunjang pembelajaran : Kemahiran,
Objektif pengajaran dan pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
melakukan aktiviti kecergasan berkaitan dengan daya tahan kardioaskular,
kelenturan, koordinasi, imbangan dan ketangkasan.
melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus.
mempelajari gaya acara lompat jauh yang berlainan jenis.
melakukan aktiviti dalam suasana yang menggembirakan.
mempelajari teknik yang betul melalui ansur maju yang diajar.
mematuhi arahan dan peraturan semasa beraktiviti bagi menjaga
keselamatan diri, rakan, dan kumpulan.
berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dalam suasana yang
menggembirakan.
1
2.0 SEJARAH LOMPAT JAUH
Sejarah permulaan acara lompat jauh dapat dikesan seawall tahun 708
Sebelum Masihi iaitu dalam Sukan Olimpik Kuno di Greece.Menurut catatan
tersebut, lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis, peserta Sparta.
Bagaimanapun, teknikdan cara lompatan yang dibuat amat berlainan daripada
lompatan yang dibuat kini. Berdasarkan bukti-bukti lukisan yang terdapat pada
tembikar yang dibuat pada zaman itu, lompatan dibuat secara berkali-kali, sama ada
lompatan dalam bentuk multiple, double-triple atau quin-triple.
Apabila Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh
termasuk sebagai salah satu acara olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai
salah satu acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di pelbagai
peringkat di dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa
sehinggalah kepada bentuk lompatan yang ada seperti sekarang.
Walaupun lompat jauh merupakan acara yang paling mudah dipelajari
berbanding acara-acara lompatan yang lain, tidak bermakna semua orang mampu
melakukannya dengan baik. Teknik lompatan dan peaturannya perlu dipelajari
dengan penuh minat. Ini kerana, sebagai satu acara sukan, ia juga tidak lari
daripada risiko kecederaan.Teknik-teknik lompatan baru adalah diperkenalkan
daripada kajian-kajian saintifik yang dilakukan keatasnya. Rekod lompatan terjauh,
yang pada suatu masa dahulu diramalkan menjadi rekod paling lama, kini sudah pun
diperbaiki.
Kejayaan Amerika Syarikat, Bob Beamon dengan lompatan sejauh 8.90
meter dalam Sukan Olimpik tahun 1968 di Mexico telah dipecahkan oleh seorang
lagi peserta Amerika Syarikat, iaitu Mike Powell dengan lompatan sejauh 8.95meter.
2
Ini menunjukkan bahawa, sebagai rekod tidak mungkin ia tidak dapat diperbaiki oleh
peserta kemudiannya. Semua ini disebabkan adanya latihan, pembaharuan teknik
dan keazaman yang tinggi daripada peserta itu sendiri.
3
3.0 MEMANASKAN BADAN
Setiap acara akan mempunyai beberapa latih tubi kemahiran yang harus
dibentuk menjadi sebahagian daripada aktiviti memanaskan badan. Setiap atlet
harus menyesuaikan aktiviti ’warm up’ kepada keperluan-keperluan spesifik dalam
acara yang disertai.
Jumlah tempoh masa yang digunakan untuk memanaskan badan adalah di
antara 20 minit hingga 30 minit. Usaha dalam memanaskan badan harus bertambah
secara beransur-ansur dan berprogresif.
Setiap sesi latihan harus mempunyai satu aktiviti memanaskan badan yang
akan melibatkan berjoging sekurang-kurangnya selama lima minit. Ini akan diikuti
dengan latihan-latihan regangan. Kemudian latih tubi akan dilakukan, diikuti dengan
acara yang sebenar. Sesi latihan harus diakhiri dengan ’cooling down’.
Antara faedah-faedah yang didapati dari satu ’warm up’ yang sempurna
adalah seperti berikut :
1. Lebih kelajuan
Kemungkinan bergerak lebih pantas. Semua acara balapan dan padang
memerlukan kelajuan.
2. Kurang kecederaan
Kurang kemungkinan untuk tercedera jika anda telah memanaskan dan
meregangkan otot-otot dengan sempurna.
3. Usaha yang lebih baik
Sekiranya sistem itu disediakan sepenuhnya untuk usaha tersebut.
4
4. Kekuatan dan keterlaluan
Sekiranya ia mengandungi elemen-elemen bagi kekuatan dan ketahanan.
Dapat mempraktikkan kekuatan yang diperlukan sepenuhnya.Kecederaan
otot-otot dan sendi-sendi boleh dielakkan atau dikurangkan melalui aktiviti
memanaskan badan yang betul.
Regangan Otot-Otot Spesifik
Otot-otot utama yang akan digunakan dalam acara olahraga tertentu harus
diregangkan.
Atlet harus menahan setiap regangan selama 10 -20 saat. Ulangi aktiviti
tersebut.
Contoh-contoh senaman regangan
1. Regangan tengkuk
Tangan di bawah dagu menolak ke atas. Kedua-dua tangan di atas kepala
menekan ke bawah. Ketiga tangan di kiri dagu menolak ke kanan. Akhir sekali
tangan ke kanan dagu menolak ke kiri.
Rajah 1.1
5
2. Regangan bahu
Tangan dibengkokkan di depan dada. Tolak siku ke dalam dengan sebelah
tangan lain berselang. Tangan capai tulang belakang. Tarik siku dengan
tangan bebas. Tukar tangan.
Rajah 1.2
3. Regangan peha
Tarik kaki ke punggung. Tukar posisi untuk meregangkan peha lain.
Rajah 1.3
6
4. Regangan hadapan
Duduk seperti dalam rajah di bawah. Memegang pergelangan kaki yang lurus.
Turunkan bahagian kaki hingga ke lutut.
Rajah 1.4
5. Regangan ’Groin’
Duduk seperti dalam rajah di bawah. Tolak salah satu lutut ke bawah,
kemudian tolak lutut yang satu lagi.
Rajah 1.5
6. Regangan belakang (bahagian bawah).
Ambil posisi badan seperti dalam rajah di bawah. Letakkan kedua belah
tangan ke bahagian pergelangan kaki kanan. Tukar dengan kaki kiri pula.
7
Rajah 1.6
7. Regangan lengan
Memegang tangan di atas kepala dan meregang ke atas.
Rajah 1.7
8. Regangan lengan dan sisi badan
Tangan dibengkokkan di depan dada. Tolak siku ke dalam dengan sebelah
tangan lain berselang. Tangan capai tulang belakang. Tarik siku dengan
tangan bebas. Tukar tangan.
Rajah 1.8
8
9. Regangan belakang (bahagian pinggang, pinggul lutut dan peha).
Rajah 1.9
10. Regangan pinggul dan kaki.
Rajah 2.0
11. Regangan tunduk.
Regangan otot belakang, bahu dan abdomen.
Rajah 2.1
9
12. Pusingkan tubuh badan dan bahu.
Berdiri seperti rajah di bawah. Pusingkan badan ke kiri dan tahan selama tiga
kiraan dan pusing ke kanan sebanyak empat kali.
Rajah 2.2
13. Regangan sisi.
Ambil posisi seperti rajah di bawah. Bengkokkan badan ke kanan dan tahan
selama tiga kiraan. Berdiri tegak semula, ulang ke sisi kiri.
Rajah 2.3
10
14. Tekan bahu.
Depakan tangan seperti rajah di bawah. Tekan bahu ke belakang, dan tahan
selama enam kiraan dan lepaskan. Ulang sebanyak empat kali.
Rajah 2.4
15. Trunk twister.
Meregangkan otot-otot bahu dan belakang.
Rajah 2.5
11
16. Lunge .
Meregangkan otot-otot betis.
Rajah 2.6
12
4.0 GAYA LOMPAT JAUH
Pada amnya, terdapat tiga gaya lompat jauh seperti berikut:
1. Gaya Layar
2. Gaya Gantung
3. Gaya Tendang Kayuh
Gaya layar biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri
dalam acara ini. Gaya gantung pula digunakan oleh novis dan juga pakar. Daya
gaya tendang kayuh adalah gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja.
13
4.1 FASA LOMPAT JAUH
Fasa lompat jauh boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti berikut:
1. Fasa penujuan
2. Fasa lonjakan
3. Fasa penerbangan/layangan
4. Fasa pendaratan
4.1.1 Fasa penujuan
Terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat
permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris atau kaki
depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama dari titik
permulaan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan
lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat
wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar.
Penentuan titik mula
Pelompat bermula di papan lonjak, kira 11-15 langkah dan letakkan tanda. Ulang
larian dari titik mula ke papan lonjak untuk memastikan kaki lonjak adalah pada
papan lonjak. Jika perlu ubahkan tanda untuk mendapatkan jarak yang betul.
4.1.2 Fasa lonjakan
Setibanya di papan lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian
maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit untuk
memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian, badan ditegakkan dengan
mengangkat dada ke atas.
14
4.1.3 Fasa penerbangan / layangan
Dalam fasa ini, pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan.
Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke belakang. Untuk gaya tendang kayuh,
kaki digerakkan seperti mangayuh basikal.
4.1.4 Fasa pendaratan
Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan; tangan dan kaki digerakkan
ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan
kemudian ke hadapan.
15
5.0 KELENGKAPAN
Sepintas lalu acara lompat jauh tidak memrlukan sebarang kelengkapan.
Namun sebenarnya ia juga memerlukan peralatan khusus, iaitu ruang atau kawasan
dan juga alatan khas. Berikut adalah antara ruang dan peralatan yang diperlukan
untuk acara lompat jauh.
5.1 Lorong Larian (Runaway)
Lorong larian yang mempunyai jarak yang sesuai adalah penting untuk membuat
pecutan, larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian adalah 45x1.22m. Ia
hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan yang boleh
mengganggu peserta membuat lompatan.
5.2 Papan Pelepas (Take –Off Board)
Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan
pelepas yang standard ialah bersaiz 1.22m panjang dan 20 cm lebar yang diletakkan
satu meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan. Papan ini
biasanya diwarnakan putih seluruhnya.
5.3 Petunjuk Plastisin (Plasticine Indicator)
Petunjuk plastisin digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan dalam
satu-satu lompatan yang dibuat. Plastisin ini diletakkan pada hujung papan pelepas
dan sebarang kesan tapak kaki yang terdapat padanya membuktikan bahawa
lompatan itu batal dan tidak dikira dalam perhitungan lompatan dicapai.
16
5.4 Kasut Berpaku (Spike)
Penting untuk larian dan juga sebagai pelindungan kepada pelompat
5.5 Kawasan Pendaratan (Landing Area)
Kawasan pendaratan digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan.
Kawasan ini penting dan merupakan perdaratan utama dalam setiap acara lompat
jauh. Ia diisikan pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan
ialah 9m panjang dan 2.75m lebar.
5.6 Pita Pengukur (Measuring Tape)
Pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak sesuatu lompatan. Jarak lompatan
diukur dari hujung terdekat pada papan pelepas ke hujung terdekat tempat
pendaratan dalam kotak pendaratan. Kini, dalam kejohanan-kejohanan olahraga
utama dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik, yang
menjadikan pengukuran lebih mudah, cepat dan tepat.
5.7 Pengukur Halaju Angin (Wind Velocity Indicator)
Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satu-satu
lompatan dibuat. Ia penting untuk menentukan sama ada lompatan tersebut dibantu
oleh angin atau tidak. Bagaimanapun, untuk kejohanan peringkat sekolah alat ini
tidak digunakan.
17
5.8 Bendera Isyarat (Flag)
Digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat dua jenis
bendera yang digunakan, iaitu bendera putih dan bendera merah. Bendera putih
untuk lompatan bersih manakala bendera merah untuk lompatan yang batal.
18
6.0 ASPEK LOMPATAN
Dalam acara lompat jauh, terdapat empat aspek penting yang harus diberikan
perhatian utama, iaitu kelajuan larian, pelepasan lompatan, lompatan di udara dan
pendaratan. Semua aspek ini perlu dimiliki oleh setiap pelompat jauh, tidak kira
sama ada seseorang itu baru mempelajari acara ini ataupun yang sudah lama
melibatkan diri di dalamnya.
6.1 Kelajuan Larian
Kelajuaan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat
dan mungkin juga jauh. Mungkin ada yang berpendapat larian tidak begitu penting
dalam acara ini. Pendapat ini salah kerana tanpa larian deras yang sesuai, tidak
mungkin seseorang itu dapat melompat jauh. Larian yang tidak sesuai boleh
menyebabkan perkara berikut.
1. Corak langkah larian menjadi tidak konsisten dan boleh mengganggu
lompatan.
2. Penggunaan tenaga yang maksimum sebelum lompatan dibuat.
3. Ketidaktepatan untuk menghasilkan langkah yang tepat pada sasaran di
papan pelepas, yang boleh menyebabkan lompatan batal.
Larian yang baik boleh dipelajari dan dilatih. Penting juga diketahui bahawa kelajuan
larian secara mendatar yang stabil akan membantu pergerakan menegak yang kuat
semasa lompatan dibuat. Dalam menghasilkan larian mendatar dan menegak,
konsentrasi dan ketepatan adalah penting.
Biasanya , larian yang mengandungi antara 18-22 langkah atau jarak 25-40 meter
diambil oleh pelompat. Manakala untuk ketepatan yang tinggi, check-mark dilakukan
19
sebelum membuat lompatan. Check-mark ini dibuat untuk memudahkan peserta
memberikan ketepatan anta larian mula dengan papan pelepas.
Terdapat dua kaedah untuk melakukan check-mark. Pertama, pelompat harus
mencari konsistensi melalui larian yang berulang-ulang ke papan pelepas. Untuk
tujuan ini, seorang pembantu diperlukan untuk menandakan titik yang paling sesuai
dengan langkah yang bakal dibuat. Kaedah kedua ialah mencari konsistensi melalui
larian dari papan pelepas. Dalam hal ini, pelompat perlu melakukan banyak larian
sehingga ketepatan diperolehi. Kaedah kedua ini begaimanapun tidak sesuai
sekiranya tiupan angin terlalu kuat. Ini selanjutnya akan menjejaskan konsistensi
larian yang diukur tadi.
6.2 Pelepasan Lompatan
Pelepasan lompatan penting dalam menentukan pencapaian momentum menegak
maksimum, dan seterusnya dalam membuat lompatan yang baik dan berkesan.
Kesesuaian dalam kelajuan larian dan daya konsentrasi yang tinggi akan dapat
membantu menghasilkan pelepasn yang baik. Walaupun dianggarkan bahwa
pelompat akan berada selama 0.11 saat sahaja pada tahap ini ia penting untuk
menentukan daya lompatan yang baik atau lompatan yang batal.
Kajian yang pernah dibuat oleh bebrapa pakar sukan Amerika Syarikat menunjukkan
bahawa dalam jangka masa pelepas ini, sebanyak 12% daripada momentum
mendatar telah dikurangkan sebelum lompatan dibuat. Keadaan pengurangan
momentum ini dikeali sebagai sudut hentian. Penghasilan sudut hentian yang searas
dengan corak larian akan dapat mengurangkan kehilangan momentum apabila
berlaku perubahan pergerakan daripada mendapat kepada menegak. Penghasilan
sudut hentian yang sesuai dapat dilakukan melalui aplikasi teknik yang baik. Melalui
20
pemerhatian corak dan teknik lompatan yang dibuat oleh jaguh-jaguh terkemuka
peringkat antarabangsa, teknik berikut disarankan.
1. Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap pelepasan
lompatan.
2. Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas
ke bawah, dan pada kaki pula sudut hentian yang wujud perlulah diubah.
3. Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan, iaitu dengan kedua-
duanya diangkat ke atas.
6.3 Semasa di Udara
Selepas pelepasan lompatan dibuat, momentum menegak mula mengambil tempat
pada diri pelompat. Daya pergerakan menegak ini bagaimanapun telah dikurangkan
akibat daripada sudut hentian yang berlaku pada awal pelepasan. Selanjutnya,
pergerakan menegak ini juga akan dikurangkan, iaitu oleh daya graviti. Pusat graviti
semasa lompatan di udara adalah pada badan pelompat. Walaupun wujud rintangan
udara, tetapi ia adalah kecil berbanding pusat graviti yang ada pada badan seorang
pelompat. Untuk mengatasi rintangan ini, teknik larian di udara (running in the air)
dan mengayuh (hitch-kick) biasanya digunakan untuk menghasilkan jarak minimum.
Pada umumnya, terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh seseorang
pelompat jauh semasa di udara.
1. Pergerakan belayar (sailing)
2. Pergerakan mengayuh (hitch-kick atau running in the air)
3. Pergerakan ayunan punggung (hip-swing)
Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini, mengayuh atau berlari di udara adalah
yang paling licin dan banyak digunakan dalam lompatan bagi acara lompat jauh
pada peringkat antarabangsa.
21
6.4 Pendaratan
Aspek pendaratan tidak kurang pentingnya dalam menentukan pencapaian jarak
yang maksimum. Pergerakan yang sesaui bukan sahaja mampu menghasilkan
jarak, tetapi dapat mengelakkan gangguan pada momentum, khususnya momentum
menegak. Teknik pendaratan yang dikenali sebagai jack-knifing adalah disarankan
untuk tujuan ini.
Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang
dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan yang baik dan stabil. Teknik
ini dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian hadapan.
Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dapat
dipindahkan ke bahagian kaki dan sebahagian kecilnya ke tangan.
22
7.0 TEKNIK-TEKNIK UNTUK ACARA LOMPAT JAUH.
Atlet berlari, memijak tanda semak dan melompat dengan kaki yang sama.
Pada dua langkah yang terakhir daripada tiga langkah larian itu, atlet coasts
atau lari bersahaja, supaya ia bergerak atas apa yang dikenali borrowed
speed dan bersedia untuk melompat dari papan lonjak.
Atlet memijak papan dengan jari-jari kaki lonjakan. Berat badan ditumpukan
ke atas kaki, pinggul,lutut dn sendi-sendi mata kaki diluruskan dengan kuat
bersama-sama dengan paha kaki bukan-lonjak (kaki bebas) yang dinaikkan.
Tubuh badan tegak sementara kepala berada dalam keadaan selari dengan
bahu.
Selepas melakukan lonjakan, kaki melonjak dibengkokkan dan dihayun ke
hadapan sementara kaki bebas diluruskan ke bawah dank e belakang.
Lengan-lengan digunakan untuk mengimbangi gerakan-gerakan kaki.
Kaki lonjak diluruskan sebagai persediaan untuk mendarat dengan kedua-dua
lengan dibawa ke atas kepala.
Kaki bebas dibawa ke hadapan bersama-sama dengan kaki lonjak. Kedua-
dua lengan dihayun ke belakang semasa mendarat.
23
8.0 ANSUR MAJU
Dalam lompatan, tingginya lompatan dan pergerakan mendatar tidak ada
kaitan. Jadi, semasa mempelajari teknik lompat jauh yang menggunakan
gaya tending kayuh, atlet itu memerlukan lebih masa, lebih tingginya di udara.
Ini boleh didapati dengan melompat papan anjal yang diletakkan pada hujung
larian dan melompat ke dalam kawasan mendarat. Tingginya lompatan boleh
ditegaskan dengan meletakkan satu sapu tangan atau selendang yang
digantung atas kawasan mendarat lebih kurang di poin tertinggi lompatan.
Atlet cuba menyentuhnya dengan atas kepala dan bukan dengan dahi.
1. Lari menuju ke papan lonjak dengan satu larian pendek (lima langkah) untuk
melonjak daripada papan lonjak dari satu kaki dan mendarat dengan kedua
belah kaki.
Latihan ini adalah untuk menyesuaikan atlet melonjak daripada papan lonjak
dan juga menolongnya menentukan kaki lonjak.
2. Seperti No. 1 di atas, iaitu menggunakan larian lima langkah, melonjak
daripada sebelah kaki tetapi mendarat dengan kaki lain (kaki bebas). Tubuh
badan tegak dan cuba menyentuh sapu tangan atau belon yang digantung
dengan bahagian atas kepala. (rajah a)
24
3. Seperti No.2 tetapi mendarat dalam posisi split, iaitu dengan kaki lonjakan
berada di belakang dan kaki bebas (yang membongkok) di hadapan badan,
tubuh badan hendaklah tegak. (rajah b)
4. Seperti No.3 tetapi terbalikkan posisi kaki di udara dan mendarat dalam
posisi split. (rajah c)
Seperti No.4 tetapi membawa kaki belakang bersama-sama dengan kaki lonjakan
yang lurus di hadapan untuk mendarat dan menyempurnakan aksi kaki. Lengan-
lengan dihayun lurus ke atas badan ke depan dan ke bawah seterusnya ke belakang
untuk mengimbangi aksi kaki.
25
9.0 ASPEK BIOMEKANIK
Dalam menganalisa pergerakan seseorang atlet dalam acara lompat jauh ini,
kita perlu merujuk kepada Newton dan kajiannya tentang sifat-sifat kesan
tarikan gravit. Newton telah memperkenalkan tiga hokum gerakan yang
membantu kita memahami sifat-sifat pergerakan manusia. Gerakan adalah
hasil sesuatu daya yang dikenakan oleh suatu tolakan atau tarikan.
Hukum Inersia
Hukum ini juga dikenali sebagai Hukum Newton Pertama. Hukum ini
mengatakan sesuatu objek yang tidak bergerak kekal dalam
kedudukan statik dan sesuatu objek yang bergerak akan terus
bergerak sehingga ia diubah oleh daya luar. Semasa permulaan kita
perlu kenakan satu daya yang lebih besar daripada berat badan atlet
untukmenggerakkan badan dari keadaan pegun. Semasa mendarat
atlet akan terus bergerak ke arah yang sama sehingga terdapat satu
daya bertindak ke atasnya.
Hukum Pecutan (Hukum Newton Kedua)
Hukum ini mengatakan sesuatu objek dikenakan sesuatu daya, ia akan
terus bergerak dalam arah yang sama dengan daya yang dikenakan.
Pecutan ataupun peningkatan kelajuan adalah berkadar terus dengan
daya yang dikenakan dan berkadar songsang dengan saiz dan jisim
objek tersebut. Hukum ini amat penting dalam sukan kerana ia
menunjukkan semasa larian daya yang dikenakan adalah hasil
daripada jisim dan halaju. Hayunan tangan semasa larian akan
menambahkan daya momentum yang akan dihasilkan.
26
Hukum Newton Ketiga (Law of Action and Reaction)
Hukum ini menyatakan bahawa setiap aksi (tindakan) akan terdapat
satu reaksi (tindak balas) yang sama kuat dari arah yang bertentangan.
Semasa larian tolakan kaki ke bumi, ayunan tangan yang lebih pantas
akan menambahkan kelajuan larian. Semasa permulaan larian
tolakkan kaki lonjak ke bumi. Semasa melonjak hukum ini mengatakan
bahawa setiap aksi akan terdapat satu reaksi dari arah yang
bertentangan. Semasa layangan badan atlet dibengkokkan ke
hadapan dan tangan lurus (aksi) dan kaki dihayun ke hadapan (reaksi).
Semasa mendarat pasir akan menyerap daya dan oleh sebab itu
tolakan balik (reaksi) adalah tidak begitu kuat.
Kestabilan Badan
Semasa mendarat badan dicondongkan ke hadapan untuk off set
pusat graviti supaya atlet mendapat kestabilan yang baru.
Pusat Graviti ( Center of Gravity)
Kedudukan pusat graviti adalah penting untuk menentukan
keseimbangan badan. Semasa mendarat kaki dan badan
dibengkokkan untuk merendahkan pusat graviti supaya badan berada
dalam keadaan stabil.
Sudut Lonjakan
Sudut lonjakan adalah 42 hingga 45 darjah untuk mendapat jarak yang
jauh.
27
10.0 PRINSIP-PRINSIP ASAS LOMPAT JAUH
Tujuan utama lompat jauh ialah mencapai jarak lompatan maksimum
mengikut peraturan yang telas ditetapkan. Jarak ini dapat dicapai dengan membuat
larian pantas dan disusuli dengan lonjakan yang cukup kuat dan tinggi. Seorang
pelompat jauh haruslah berupaya berlari dengan pantas, melompat dengan kuat,
dan mempunyai kelenturan badan serta daya koordinasi yang baik untuk menjadi
pelompat jauh yang baik.
Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat dapat mempengaruhi jangka
masa pelompat berada di udara. Kedua-dua fasa lompatan ini dapat mengakibatkan
pelompat bergerak mengikut ketentuan lompatan yang dikehendaki. Perlakuan
pelompat pada fasa layangan tidak dapat membantunya memanjangan masa di
udara. Gaya badan semasa fasa layangan adalah untuk mengimbangi badan serta
membolehkan pelompat membuat persediaan untuk mendarat dengan baik.
Bagi yang baru menceburkan diri dalam acara ini, mereka tidak dapat
menggayakan lompat gaya kayuh. Gaya yang sesuai ialah gaya layar. Ini kerana,
gaya ini lebih sesuai untuk jarak lompatan yang dekat berdasarkan layangan singkat
yang mampu dilakukan oleh pelompat. Lagi pula, gaya layar merupakan gaya
lompatan yang popular kerana ia mudah dipelajari. Bagaimanapun, lompatan gaya
ini kurang berkesan untuk mendapatkan lompatan yang jauh . Pelompat akan cepat
mendarat.
28
11.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ASAS
1. Setiap peserta dibenarkan membuat sama ada tiga atau enam lompatan,
berdasarkan keputusan yang telah dibuat. Biasanya, jika bilangan peserta
terlalu ramai, semua peserta akan membuat lompatan sebanyak tiga kali atau
enam kali. Dua belas atau lapan peserta terbaik kemudiannya dipilih ke
pusingan akhir.
2. Lompatan terbaik, iaitu yang paling jauh di antara tiga atau enam lompatan
tersebut, akan dikira sebagai pencapaian terbaik seseorang peserta.
3. Setiap peserta dikehendaki membuat lompatan pada papan lompatan yang
disediakan di tempat melompat. Bagaimanapun peserta dibenarkan membuat
lonjakan sebelum kaki sampai ke papan lonjak iaitu kaki lonjak tidak
semestinya menyentuh tepat di atas papan lompatan.
4. Lompatan akan dikira batal atau gagal jika seseorang pelmpat melakukan
perkara-perkara berikut:-
a) Memijak atau menyentuh kawasan hadapan papan lompatan
melepasi tanda yang dibenarkan
b) Semasa mendarat, seluruh badan pelompat berada di luar
kawasan mendarat (kawasan pasir)
5. Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan, tetapi pada
kebiasaannya, jarak antara 15 hingga 40 meter digunakan.
6. Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawasan
mendarat. Ukuran dibuat mengikut jarak antara papan melompat dengan
kawasasn pendaratan, iaitu pada sudut tegak daripada tempat paling hamper
yang disentuh oleh pelompat di dalam kawasan mendarat.
29
7. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan adalah dilarang, kecuali kasut
berpaku (spike)
8. Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil akan mengawasi
sesuatu lompatan, iaitu seorang mengawasi papan lompatan, seorang
menentukan tempat mendarat dan seorang lagi pencatat.
30
12.0 KESELAMATAN
Dalam acara lompat jauh perkara yang perlu diberi keutamaan adalah dari
aspek keselamatan. Langkah ini adalah perlu untuk mengelakkan seseorang atlet
mengalami kecederaan. Langkah-langkah yang perlu diberi perhatian adalah
seperti:
1. Atlet hendaklah memakai pakaian yang sesuai sebagai seorang atlet lompat
jauh seperti kasut spike.
2. Papan lonjakan yang kuat dan hendaklah separas dengan permukaan tanah.
3. Kawasan mendarat mestilah mempunyai pasir yang baik, bersih dan bebas
daripada benda-benda yang boleh memberi kecederaan kepada atlet.
4. Pembantu mesti sentiasa berada di kawasan memastikan kawasan itu
sentiasa selamat digunakan.
5. Semasa peserta membuat lompatan kawalan kawasan lompatan hendaklah
diberi perhatian untuk mengelakkan gangguan daripada peserta lain.
6. Sistem giliran lompatan hendaklah dijalankan dengan betul agar tidak berlaku
pertindihan lompatan yang boleh mendatangkan kecederaan kepada peserta.
31
13.0 PENUTUP
Setiap individu haruslah menjalani latihan yang berpanjangan dan sistematik.
Semua fasa latihan di dalam lompat jauh hendaklah dikuasai oleh setiap individu
yang menjadi seorang atlet yang baik.
Aspek biomekanik perlu difahami dan dilakukan oleh jurulatih mahupun atlet
agar mereka dapat melakukan latihan bagi membolehkan mereka mendapat
pencapaian yang cemerlang.
Dalam usaha untuk menguasai kemahiran, individu haruslah melakukan
aktiviti dengan teknik-teknik yang betul.
Di samping itu, faktor yang paling utama yang harus diberi perhatian adalah
faktor keselamatan. Keselamatan penting untuk mengalakkan seseorang atlet
mengalami sebarang kecederaan yang boleh memberi kesan terhadap prestasi.
32
BIBLIOGRAFI
1. Ahmad Wafi. 1996. Siri Teras Sukan Olahraga Padang. Kuala
Lumpur: Goodmark Enterprise.
2. Helen Tan. 1997. Manual Olahraga. Selangor: Setiakawan Sdn Bhd.
3. Mohd Amran Kamsi. Siri Sukan Malaysia. Malaysia : Alpha Sigma
Sdn.Bhd..
4. Prasana Chandra. 2003. Asal Usul Sukan Padang dan Balapan.
Selangor : Kualiti.
5. Robin Sykes. 1978. Complete Track & Field Athletics. London: Kaye
And Ward Ltd.
6. Wee Eng Hoe. 1996. Siri Diploma Perguruan. Buku Gerak Kerja
Kokurikulum (Sukan). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
7. Wilf Paish. 1974. Introduction to Athletics. Savare,London : Faber &
Faber 3Queen.
8. 2005. Step by Step Sports Athletics.Selangor: Alpha Sigma Sdn. Bhd
9. http://ms.wikipedia.org/wiki/Lompat jauh.
10. http://www.brianmac.demon.co.uk/longjump/index.htm
11. www.news.bbc.cp.uk/’’’/athletics/skills/4250500.stm
33
34
Fasa larian ladas
(d-f) fasa penultimade stride
35
(g-i) stride akhir ; (j-k) takeoff
Fasa layangan (l-p) dan mendarat (q-s)
36
Related docs
Get documents about "