Kertas kerja kem pengawas by pakdin

VIEWS: 25,159 PAGES: 6

More Info
									1.0     BUTIRAN AM

Tajuk                : Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah , Asrama Dan
                      PSS
Anjuran              : Badan Disiplin Dan Pengawas Sekolah , Asrama Dan
                      PSS
Penasihat            : Pn Hjh Hasiah Bt Wan Ali ( Pengetua )
Pengerusi            : En Azman Bin Mahat ( GPK HEM )
Timbalan Pengerusi   : Ustazah Paridah Bt Ali ( GPK Pentadbiran )
                      Tn Haji Jamaluddin Bin Idris ( GPK Koku )
                      En Azmat Bin Mohamad
                      Pn Hjh Noor Baini Bt Abd Rahman
Naib Pengerusi       : Pn Norzainon Bt Zainal
                      Pn Maznah Bt Jamaluddin
                      Pn Norida Bt Saidin
                      En Zulbaidi Bt Junoh
Setiausaha           : En Norazman Bin Hussain
Penyelaras           : Tn Sayed Nasshuruddin Bin Sayed Idrus
Bendahari            : Pn Mazuva Bt Japar
Tempat               : Perkarangan Padang sekolah Menengah Kebangsaan
                      Muadzam shah
Tarikh               : 19 Hingga 21 Februari 2010
Jumlah Peserta       : 158 Orang
2.0    PENGENALAN


       Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit HEM SMK
Muadzam Shah . Program ini melibatkan semua pengawas sekolah , PSS , Fosta ,
Pengawas Koperasi dan Asrama berjumlah 158 orang. Tujuan utama penganjuran
kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas
yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi
cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pengawas. Oleh yang
demikian , program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran
dalam kepimpinan , pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan
pelajar.
       Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada para
Pengawas untuk berkongsi pengalaman sesama jurulatih dan pihak – pihak luar
dalam memantapkan lagi profesionalisme mereka . Semoga usaha ini akan memberi
manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni
mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah .


3.0    TUJUAN


Kertas kerja ini dimajukan untuk makluman ,serta kelulusan daripada pihak SMK
Muadzam Shah mengenai penganjuran Kem Kepimpinan Pengawas peringkat
sekolah .


4.0    TEMA


“ Pelajar Proaktif Pemangkin Kebitaraan “
5.0      OBJEKTIF PROGRAM


Objektif Program Ini adalah untuk :
         5.1   Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan
               modul program jati diri .
         5.2   Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses
               melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.
         5.3   Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan
               persediaan yang mantap boleh menjadikan para pengawas dapat
               membantu kearah peningkatan akademik dan sahsiah.
         5.4   Melalui aktiviti – aktiviti yang telah dirancang ini , dengan harapan
               akan menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap
               para pengawas apabila menghadapi tugas yang diamanahkan .


6.0      SASARAN


Semua Pengawas Sekolah , PSS , Fosta , Koperasi dan Asrama SMK Muadzam
Shah .


7.0      KANDUNGAN PROGRAM


         7.1   Malaysia Cergas
         7.2   Flying Fox
         7.3   Abseilling
         7.4   Dynamic game
         7.5   Treasure Hunt
8.0    ANGGARAN KEWANGAN


( Sila Rujuk Lampiran 1 )


9.0    ATURCARA PROGRAM


( Sila Rujuk Lampiran 2 )


10.0   PENUTUP


       Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan
semangat baru kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai Pengawas SMK
Muadzam Shah . Menyedari pentingnya keterampilan dan keunggulan pengawas
umumnya , serta membentuk sahsiah diri yang mantap dalam kalangan pelajar
SMK Muadzam Shah , diharapkan kem ini akan memudahkan dan boleh
membantu pengawas dalam menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan sempurna.
Program ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat
serta kesan positif kepada semua pegawas sebagai bekalan dalam melengkapkan
diri untuk menempuh permasalahan pelajar di sekolah yang semakin mencabar .
                                                                         LAMPIRAN 1


Anggaran Pendapatan     Jumlah ( RM )     Anggaran Perbelanjaan              Jumlah ( RM )


Yuran Penyertaan        Rm2820.00       Kos Makan                            Rm 4150.00
( RM 20 X 141 orang )                   ( 141 Pelajar + 25 Guru X 2 Hari )



Sumbangan PIBG          Rm 700          Penceramah
                                            1. En Md Noor Bin Saad Rm 100.00
                                            2. Fasilitator Bomba   Rm 200.00
      JUMLAH            Rm 3520                                              Rm 4175.00
     SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH


                     KERTAS KERJA


PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS UNIT HEM SMK MUADZAM SHAH




                        TARIKH :
                 19 Hingga 21 Februari 2010




                        TEMPAT :
  PERKARANGAN PADANG SEKOLAH , SMK MADZAM SHAH 26700
                MUADZAM SHAH PAHANG .

								
To top