Docstoc

Dasar Pendidikan Negara

Document Sample
Dasar Pendidikan Negara Powered By Docstoc
					                     Dasar Pendidikan Negara

Pengenalan
Dasar pendidikan negara sebelum merdeka mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan
yang terasing di antara satu sama lain, iaitu sekolah Inggeris, Melayu, Cina, India dan
agama. Sejak tahun 1946, British sedar satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan
harus diwujudkan bagi menyatukan masyarakat yang berbilang kaum. Kesedaran ini
terbukti dalam Rancangan Cheessmen yang mencadangkan sekolah Inggeris sebagai asas
penyatuan sistem persekolahan. Usaha-usaha telah dijalankan untuk menuju ke arah
penyatuan sistem pendidikan. Selepas merdeka, usaha mewujudkan satu sistem
pendidikan kebangsaan diteruskan. Dasar pendidikan kini lebih bertujuan membentuk
perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Satu
dasar pendidikan yang lebih baik adalah penting bagi membentuk negara yang stabil,
bersatu-padu dan progresif.

Penyata Barnes, 1950
Pada Ogos 1950, satu jawatankuasa yang diketuai oleh L.J. Barnes ditubuhkan bagi
mengkaji masa depan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Setelah menjalankan kajian,
satu penyata yang dikenali sebagai Penyata Barnes disediakan dan dikemukakan kepada
Kerajaan British pada tahun 1951. Panyata ini mengandungi syor-syor yang dikemukakan
oleh jawatankuasa ini. Antara syor-syor ini ialah:
a. Sekolah vernakular digantikan dengan sekolah kebangsaan.
b. Sekolah kebangsaan dibuka kepada semua kaum dan diajar oleh guru dari pelbagai
     kaum dan keturunan.
c. Sekolah rendah – Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
     Sekolah menengah – Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar.
d. Semua murid diberi pelajaran percuma di sekolah rendah selama 6 tahun.
Penyata ini dibantah oleh kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu membantah
kerana kedudukan Bahasa Melayu tidak diberi kedudukan yang wajar. Bagi Cina, sekolah
kebangsaan dianggap seolah-olah mengancam kebudayaan dan Bahasa Cina yang mereka
banggakan. Orang India menentang kerana permintaan mereka supaya kedudukan
sekolah Tamil dikaji telah ditolak oleh kerajaan.

Laporan Fenn-Wu, 1951
Pada tahun 1951, kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji
kedudukan sekolah Cina. Jawatankuasa ini dketuai oleh Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh-
Yao. Tugas utama jawatankuasa Fenn-Wu ialah mengkaji kemungkinan menjadikan
sekolah Cina yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai pengantar
dan Bahasa Cina sebagai satu matapelajaran pilihan. Syor-syor yang dikemukakan ialah:
a. Sekolah Cina dikekalkan tetapi kurikulumnya berdasarkan latar belakang tempatan.
b. Sekolah Cina menyokong konsep penggunaan 3 bahasa sebagai bahasa pengantar
    supaya perpaduan di antara kaum tidak terjejas.
Laporan Fenn-Wu ditolak oleh UMNO kerana tidak menguntungkan orang Melayu.
Ordinan Pelajaran, 1952
Pada bulan September 1952, satu jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi
mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa ini mengesyorkan
beberapa cadangan yang kemudian diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952. Antara
cadangannya ialah:
a. Penubuhan 2 jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
    sebagai bahasa pengantar.
b. Pelajaran selama 6 tahun dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai
    bahasa pengantar di sekolah rendah.
c. Sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Barnes dilaksanakan.
d. Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan.
Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana berlakunya Darurat.

Penyata Razak, 1956
Jawatankuasa Razak ditubuhkan pada 30 September 1955 untuk mengkaji Ordinan
Pelajaran 1952. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein.
Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada
bulan April 1956. Berikut ialah kandungan Laporan Razak:
1. Sekolah rendah
    a. Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang
         menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah
         Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil
         sebagai bahasa pengantar.
    b. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib.
    c. Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris diberi peluang
         mempelajari bahasa ibundanya jika ada 15 orang atau lebih murid ingin belajar.
    d. Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat
         latihan sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun.
2. Sekolah menengah
    a. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah menengah
         rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun).
    b. Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
         sebagai matapelajaran wajib.
    c. Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang sama.
    d. Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus peperiksaan memasuki sekolah
         menengah.
3. Sistem peperiksaan
    a. Sekolah menengah rendah
         Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan bersama) dan mesti lulus Sijil
         Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas.
    b. Sekolah menengah atas
         Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk memperolehi Sijil Persekutuan Tanah
         Melayu yang sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate.
    c. Pra-U
         Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran
         (STP/HSC) untuk memasuki universiti.
Laporan Razak telah diluluskan pada April 1957 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan
Pelajaran 1957. Laporan Razak ditentang oleh orang Melayu kerana tiada ketegasan
dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan. Orang Cina menentang kerana sesetengah
cadangan dikatakan mengabaikan pendidikan Bahasa Cina.

Laporan Rahman Talib, 1960
Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji semula
perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem
pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib.
Beberapa syor telah dikemukakan:
1. Bahasa kebangsaan
     a. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah
         menengah dan institusi pengajian tinggi.
     b. Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu.
     c. Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah.
2. Kelas peralihan
     Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) yang ingin
     bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.
3. Kenaikan automatik
     a. Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah
         menengah bantuan kerajaan.
     b. Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun
         sekolah rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah.
     c. Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa
         pengantarnya.
4. Matapelajaran akhlak
     a. Murid beragama Islam – Pendidikan Islam.
     b. Murid bukan beragama Islam – Pendidikan Moral.

Akta Pelajaran, 1961
Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya digubal menjadi Akta Pelajaran 1961. Melalui
akta ini:
a. Semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama tanpa mengira aliran sekolah.
b. Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dari sekolah rendah ke sekolah menengah
     sampai institusi pengajian tinggi.
c. Umur minimum meninggalkan sekolah – 15 tahun.

oleh SP Star