Docstoc

DASAR DASAR UTAMA KERAJAAN - Ruddy MHams

Document Sample
DASAR DASAR UTAMA KERAJAAN - Ruddy MHams Powered By Docstoc
					    DASAR-DASAR UTAMA
        KERAJAAN
                     (KERTAS 1)


                           Oleh

    RUDDYANSJAH MAHTAR HAMS B.S.K.
                   Penolong Pengarah
Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat
              Jabatan Penerangan Malaysia
                 E-mail : ruddy@inform.gov.my
              DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN
                                   Oleh
                        Ruddyansjah Mahtar Hams   B.S.K.




Pendahuluan

Sejak mencapai kemerdekaan 47 tahun yang lalu, matlamat utama negara ialah
menjadi sebuah negara yang makmur lagi bersatu padu berasaskan sistem
demokrasi di dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil. Dalam usaha
mencapai matlamat ini, berbagai-bagai dasar telahpun digubal dan dilaksanakan.


Dasar-dasar awam Malaysia mempunyai keunikan sendiri kerana ia digubal
sesuai dengan ciri-ciri dan keperluan semasa negara. Sebagai sebuah negara
yang kecil yang terbahagi kepada dua wilayah besar iaitu Semanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak, malaysia adalah antara beberapa buah negara di dunia
yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan keturunan, menganuti
pelbagai fahaman agama dan mempraktikkan berbagai budaya dalam konteks
sebuah negara persekutuan.


Sebagai sebuah negara yanga merdeka, Malaysia boleh disifatkan sebagai
sebuah negara muda tetapi berkleupayaan untuk membangun kearah sebuah
negara yang maju dan mewah memandangkan ia dianugerahkan dengan hasil
bumi yang banyak sekali. Tambahan pula Malaysia mempunyai majoriti
penduduk   dalam   kategori umur belia yang       memberikan prospek bagi
mewujudkan tenaga kerja yang mencukupi dan berkualiti.




                                                                             1
Berdasarkan kenyataan di atas, sekiranya Malaysia ingin mencapai tahap
pembangunan yang lebih tinggi, ia mestilah mempunyai dasar-dasar yang dapat
bukan sahaja mengembelng sumber-sumbernya malah yang sangat penting ia
boleh mengurangkan jurang perbezaan sama ada di antara kaum mahupun
wilayah. Dalam hubungan ini, adalah penting untuk dipastikan agar dasar-dasar
yang dibuat sentiasa dapat memantapkan lagi perpaduan negara dan integrasi
nasional.




Perspektif Sejarah

Untuk memahami tahap kemajuan dan kedudukan negara pada masa kini, perlu
bagi kita tinjau kembali sejarah perkembangan dan pembangunan negara ini.
Dengan melihat kembali sejarah dan detik-detik penting ini, dapatlah difahami
perspektif, nilai dan asas sebenar satu-satu perkembangan dan tindakan
khususnya dalam penggubalan dasar negara. Terdapat empat era yang boleh
dijadikan sebagai watersheds dalam sejarah negara iaitu :


   a. Era Sewaktu Penjajahan British.
            -   dasar awam melibatkan fungsi kerajaan paling minimum.
            -   Matlamat penjajah untuk mendapatan seberapa banyak hasil dari
                negara ini untuk dibawa pulang.
            -   Dasar kerajaan penjajah jelas dan tidak perlu dikaji semula.
            -   Akibat : dari segi fizikal dan mental  penghalang masyarakat
                bersatupadu. Contoh : kedudukan ekonomi tidak seimbang antara
                kaum dan menghadapi masalah berbentuk perkauman.




                                                                               2
b. Era Dalam tempoh Malayan Union (1946) hingga tempoh pencapaian
   kemerdekaan (1957).
      -   wujud semangat kebangsaan yang berkobar-kobar di samping
          peningkatan penglibatan pihak pemerintah dalam perkhidmatan
          awam.
      -   Wujudnya     pergerakan       politik    berasaskan      kaum     yang
          mengakibatkan mobilisasi politik yang terasing antara satu kaum
          dengan yang lain.
      -   Pengekalan sistem negara beraja.
      -   Pemimpin    pelbagai   kaum     meletakkan     garis    panduan   asas
          pembinaan negara yang berlandaskan kerjasama dan perundingan
          secara bertolak ansur tanpa mendedahkan secara meluas perkara-
          perkara dan isu-isu perkauman.
      -   Pendkatan ini menolak telahan yang mengatakan negara berbilang
          kaum seperti Malaysia tidak akan wujud dengan stabil untuk
          jangkamasa yang panjang.


c. Era dari tarikh kemerdekaan hingga peristiwa 13 Mei,1969.
      -   mendedahkan     tentang    betapa       pentingnya     hubungan   atau
          keseimbangan di antara kemajuan sosiopolitik negara dengan
          kemajuan dan pengagihan kemewahan.
      -   Walaupun tahap pertumbuhan ekonomi membanggakan, namun
          agihan pendapatan untuk berbagai kaum tidak seimbang.
      -   Di samping itu, pembahagian guna tenaga tentunya menjadi
          penghalang dalam mencapai perpaduan negara.
      -   Keadaan tidak seimbang ini sekiranya dibiarkan akan menimbulkan
          ketegangan dan kejadian yang tidak diingini.
      -   Isu-isu sensitif terhadap kewarganegaraan dan kedudukan hak
          istimewa kaum Melayu/Bumiputera akan terus dipersoalkan.
      -   Ia menjadi isu hangat semasa pilihanraya umum tahun 1969 dan
          akibatnya tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei, 1969.

                                                                               3
  d. Era pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru 1971-1990.
        -   Dasar digubal untuk mencapai perpaduan melalui penghapusan
            penghalang utamanya iaitu kemiskinan dan struktur sosiopolitik dan
            ekonomi masyarakat yang tidak seimbang.
        -   Rukunegara diperkenalkan sebagai asas pencapaian matlamat
            pembangunan dan penyatuan negara.
        -   DEB  membasmi kemiskinan & menyusun semula masyarakat.
        -   Perkembangan ekonomi pesat sejak DEB dilancarkan dan teah
            mencapai perkembangan ekonomi yang pesat.
        -   Namun    begitu,   pertengahan   dekat    80an,    ekonomi     negara
            mengalami      kemelesetan    yang     teruk.   Implikasinya     ialah
            terbantutnya   pencapaian    matlaat   DEB      berasaskan     kepada
            pertumbuhan ekonomi berterusan.




Malaysia baru sahaja memasuki era yang baru iaitu tempoh pelaksanaan
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1991-2000.


        -   DPN digubal berteraskan Wawasan 2020 untuk menjadikan
            Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
        -   Strategi DEB dikekalkan untuk mencapai pembangunan seimbang
            dan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama.
        -   Dimensi tambahan  isu-isu pembangunan sumber manusia,
            menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam
            perancangan dan pembangunan sosioekonomi, dan perlindungan
            alam sekitar dan ekologi.




                                                                                4
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Dasar Awam ?
Dasar lebih merupakan „asas‟, „teras‟ atau „panduan‟ kepada beberapa jalan
tindakan.


Dasar mempunyai tujuan :
      Matlamat, fungsi, tugas demi kepentingan sesuatu agensi atau organisasi
       (kerajaan).


Dasar memberi :
      Arah tuju / hala kepada sesebuah agensi/organisasi supaya pelan
       tindakan yang dirancangkan boleh mencapai matlamat dan boleh
       dilaksanakan dengan jayanya.


Dengan adanya dasar, orang awam / masyarakat dapat memahami segala
tujuan, matlamat atau hala yang hendak dituju atau dicapai oleh sesebuah
agensi/organisasi (terutamanya badan-badan kerajaan) dan juga bagaimana
pelan-pelan tindakan yang dirancangkan itu beroperasi di peringkat nasional dan
tempatan.
Dasar Awam secara umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu :
      Dasar Ekonomi / Dasar Pembangunan
       Program, Falsafah, Peraturan dan Panduan Negara.
       (Contoh : Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar
       Penswastaan, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara,
       Dasar Persyarikatan Malaysia, Dasar       Pandang Ke Timur, Dasar
       Pengurangan Perbelanjaan Awam dll.)


      Dasar Sosial
       (Contoh : Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Belia Negara, Dasar
       Wanita Negara, Dasar Kepimpinan Melalui Teladan, Dasar Penerapan
       Nilai-Nilai Islam dll)

                                                                             5
Mengapa Dasar Diperlukan ?

Bagi sesebuah negara membangun seperti Malaysia, pelbagai perancangan
perlu dilaksanakan termasuk menangani segala masalah sosial di dalam negara.
Keperluan-keperluan masyarakat untuk mendapatkan kemudahan sosial kian
meningkat. Peningkatan dalam sektor perkhidmatan sosial menggambarkan
bahawa masyarakat memang mengkehendaki, memerlukan dan mendesak
untuk mendapatkan segala kemudahan atau perkhidmatan.


Sebagai contoh, wujudnya pelbagai jabatan dan agensi kerajaan semata-mata
untuk melaksanakan dasar awam bagi memenuhi kehendak dan permintaan
masyarakat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perpaduan Negara
Dan Integrasi Nasional, Jabatan Pertanian, Jabatan Pendidikan dan sebagainya.


Adakah Dasar Sama Antara Satu Sama Lain ?
Dasar Ekonomi, Dasar Pembangunan dan Dasar Sosial berbeza antara kedua-
duanya. Walaupun begitu ia saling menyokong secara tidak langsung demi
kepentingan dan kebajikan social dan individu.


Secara umumnya, Dasar Ekonomi/Dasar Pembangunan menjurus secara terus
kepada negara tetapi dasar Sosial menjurus terus kepada kehendak masyarakat
itu sendiri.




                                                                            6
Ciri-ciri Umum Dasar

Ciri-ciri umum Dasar Awam ialah ia hendaklah mempunyai beberapa kandungan
atau elemen yang difokuskan iaitu :
   1. Objektif – hendaklah jelas, teratur, melibatkan semua pihak.
   2. Strategi – hendaklah jitu, dapat difahami, mudah dilaksanakan.
   3. Pelaksanaan – hendaklah dikuatkuasakan, diamalkan, dan melibatkan
       semua pihak.
   4. Penilaian      – semua Dasar Awam         hendaklah   dinilai sejauhmana
       keberkesanannya sama ada berjaya atau tidak, menunggu masa yang
       lama atau tidak dan adakah perlu diteruskan atau tidak.




Apakah Kesan Daripada Pelaksanaan Dasar?

1. Pertumbuhan ekonomi negara meningkat.
2. Hubungan Malaysia dengan negara luar kian rapat.
3. Hubungan antara masyarakat kian meningkat.
4. Hubungan antara keluarga kian mesra.
5. Kehendak masyarakat untuk menambahkan keselesaan hidup dapat
   dipenuhi.
Halatuju pembangunan negara dan masyarakat dapat ditentukan dengan jelas.


Halangan Terhadap Dasar Awam

      Globalisasi
          -    ancaman IT ---> menyebarkan maklumat yang salah
          -    memburuk-burukkan kerajaan.
          -    Dasar tutup pintu negara luar.


      Tanggungjawab

                                                                             7
      -   kurang rasa tanggungjawab kepada negara.
      -
   Kefahaman
      -   kurangnya kefahaman.
      -   Salah faham terhadap dasar awam. (Contoh : Dasar Penerapan
          Nilai-Nilai Islam)


   Pelaksanaan
      -   pelaksanaan kurang jitu dan lancar.
      -   Tidak mendapat sambutan




                                                                   8
Peranan Anda Kepada Dasar Yang Dilaksanakan


   Yakin
    Yakin terhadap dasar yang digubal akan menjadi agen perubahan sama ada
    kepada nilai sosial atau ekonomi negara danmasyarakat.


   Laksanakan
    Melaksanakan dasar awam yang diperkenalkan mengikut garispanduan yang
    telah ditetapkan oleh penggubal dasar atau pihak kerajaan.


   Sebarluaskan
    Menyebar luaskan kefahaman dasar awam agar dapat difahami oleh
    segenap lapisan masyarakat




                                                                         9
             DASAR DASAR UTAMA KERAJAAN MALAYSIA


Di antara dasar dasar utama kerajaan Malaysia adalah Dasar Perindustrian,
Dasar Penswastaan, Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran
[ termasuklah Pelan Integriti Nasional (PIN) ] dan Dasar Luar . Biasanya sesuatu
dasar dirancang oleh pemimpin-pemimpin pada peringkat pentadbiran untuk
dilaksanakan oleh agensi-agensi tertentu. Dasar-dasar pembangunan ini
biasanya boleh didapati dalam dokumen rasmi kerajaan khususnya Rancangan
Lima Tahun

1.       Dasar Perindustrian

         Sektor perindutrian memberi sumbangan yang besar pada ekonomi
         negara setanding dengan sektor pertanian. Industri tradisional asas
         Malaysia adalah pertanian sebelum tahun 60an diikuti dengan industri
         gantian import pada tahun 60an dan industri intensif buruh dalam tahun
         70an. Menjelang tahun 1980an , proses pengindustrian ini telah menjurus
         kepada industri berat iaitu industri yang memerlukan modal yang besar
         dari sektor swasta.

     Dasar lebih merupakan asas atau panduan kepada beberapa pelan
     tindakanyang telah dirancang. Biasanya pentadbir dan kakitangan kerajaan
     berpandukan kepada dasar bila melaksanakan tugas mereka bila
     melaksanakan perkhidmatan kepada orang awam

     Dasar Perindustrian Negara telah digubal untuk mempergiatkan lagi proses
     industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama
     pertumbuhan ekonomi negara. Pada umumnya,          proses pembentukan
     sesuatu dasar melibatkan perkara-perkara berikut :

        Mengenalpasti Masalah
        Menilai sejauhmana hasil dasar
        Mengemukakan alternatif dapat menyelesaikan masalah
         yang sesuai
        Hasil dasar
        Merancang tindakan sesuai

         Dibawah dasar perindustrian, Pelan Induk Perindustrian (PIP) telah
         digubal bagi meletakkan asas yang kukuh untuk menjadi Malaysia
         sebagai sebuah negara perindustrian yang maju. Kerajaan telah
         menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun

                                                                                  10
       1980an. Peranan HICOM adalah untuk mengenalpasti , memula dan
       menguruskan projek-projek dalam industri berat. Diantara projek-projek
       yang telah dijalankan bersama usahasama pelabur asing ialah loji simen
       (CIMA), besi dan keluli (PERWAJA), kereta nasional (PROTON), loji enjin
       kecil, pulpa dan kertas dan kompleks kejuruteraan (UEM).

   Tiga objektif utama PIP sebagai asas untuk menjadikan Malaysia sebuah
   negara perindustrian ialah :

      menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan
       perindustrian negara
      menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara
      meninggikan lagi tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi
       tempatan

Strategi Pelan Induk Perindustrian

   PIP telah mengenal pasti 12 sektor industri yang patut diberi penekanan.
   Tujuh adalah sektor berasaskan sumber tempatan iaitu industri berasaskan
   getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan terus dan
   keluaran galian bukan logam. Lima sektor bukan berasaskan sumber ialah
   elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan,
   logam-logam terus serta tekstil dan pakaian

      menyusun semula struktur galakan perindustrian sedia ada
      mempelbagaikan pengguna-pengguna Malaysia mengunakan barangan
       Malaysia
      mempelbagaikan eksport dan mengalakkan sektor gentian import
      memperluaskan kegiatan industri kekawasan kurang maju
      mempelbagai pasaran eksport termasuk mencari pasaran baru dinegara
       yang sedang membangun
      mengalakkan penyelidikan dan pembangunan oleh pihak awam dan
       swasta
      menggalakan industri berat bagi menjadi penggerak perkembangan
       industri baru
      menggalakan pertumbuhan industri kecil

   2. Dasar Penswastaan

   Mendapat perhatian bila dilancar Dasar Persyarikatan Malaysia 1983 yang
   menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan
   negara. Penswastaan adalah bertentangan dengan konsep “Memilik Negara”
   yang menambahkan penguasaan kerajaan dalam satu-satu sektor ekonomi
   atau perniagaan.


                                                                                11
Penswastaan melibatkan proses pemindahan beberapa kepentingan atau
pelaburan kerajaan yang pada asalnya merupakan tanggungjawab awam dan
kemudiannya dserahkan kepada sektor swasta. Dasar yang dilancarkan pada
tahun 1983 bertujuan ;

   mengurangkan beban kewangan kerajaan
   meningkat kecekapan dan kepelbagaian hasil
   menggalakkan pertumbuhan ekonomi
   pengagihan sumber yang cekap
   mempercepatkan Dasar Pembangunan Nasional

    Dalam hal ini, tanggungjawab pengurusan, asset dan hak untuk
    menggunakan asset dan kakitangan diberi perhatian.




3. Bentuk-Bentuk Penswastaan

    Penjualan

    Penjualan ekuiti adalah khusus bagi syarikat kerajaan dan melibatkan
    pemindahan ketiga-tiga komponen      organisasi iaitu tanggungjawab
    pengurusan, asset dan kakitangan. Bentuk penjualan atau pemindahan
    boleh 100 % atau kurang. Contohnya, Sports Toto Malaysia dan Sabah
    Shipyard Sendirian Berhad

    Pajakan

    Melibatkan pemindahan hak menggunakan asset untuk tempoh tertentu
    dengan bayaran pajakan. Kaedah ini biasanya digunakan bagi
    penswastaan entity yang mempunyai aset bernilai tinggi dan bersifat
    strategic seperti pelabuhan dan lapangan terbang. Contoh Depoh
    Baikpulih Kapalterbang dan Pusat Penyembelihan Khinzir

    Kontrak Pengurusan

    Melibatkan pengunaan kepakaran pengurusan sektor swasta untuk
    mengurus entity kerajaan dengan membayar yuran pengurusan. Kaedah
    ini hanya melibatkan pemindahan tanggungjawab pengurusan kepada
    sektor swasta dan melibatkan pemindahan kakitangan tetapi tidak
    pemindahan milik asset. Contohnya kontrak Bekalan Air Semenyih dan
    Pemasaran Masa Pengiklanan Radio Malaysia

    Bina-Kendali-Pindah dan Bina-Kendali

                                                                      12
     Melibatkan pengunaan kepakaran pengurusan sektor swasta untuk
     mengurus entity kerajaan dengan dibayar yuran pengurusan. Melibatkan
     pemindahan tanggungjawab pengurusan kepada sektor swasta dan
     mungkin melibatkan caj pengurusan. Kaedah BKP melibatkan pembinaan
     sesuatu kemudahan awam oleh pihak swasta dengan pembiayaan sendiri
     dan mengendalikannya bagi tempoh tertentu yang dinamakan tempoh
     konsesi. Kemudahan ini akan diserahkan kembali selepas tempoh dan
     swasta akan dibenarkan mengutip caj terus dari kemudahan berkenaan
     contoh seperti Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Menara Kuala
     Lumpur. BK pula tidak melibatkan penyerahan balik kepada kerajaan
     seperti Sistem Televisyen Malaysia Berhad dan Sistem Pengangkutan
     Laju Ringan.


4.   Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran

     Perlembagaan Malaysia telah menetapkan Islam sebagai agama rasmi
     negara. Hal ehwal agama telah dikuasakan kepada Raja-Raja dan
     Kerajaan negeri. Sungguhpun demikian , kebebasan untuk menganut
     agama-agama lain tidak dihalang. Dasar penerapan nilai Islam dalam
     pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia adalah satu usaha murni oleh
     Kerajaan. Diantara objektif-objektif dasar ini adalah :


     - membentuk masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan
     disegani masyarakat lain
     - menubuhkan sebuah negara bahagia
     - menghapus sikap negatif dalam menjalankan tugas yang
     dipertanggungjawabkan
     - menghasilkan perkhidmatan yang bermutu


     Niat sebenar bukanlah untuk mengislamkan yang bukan Islam tetapi
     memupuk amalan dan nilai murni yang boleh diterima semua kerana
     agama lain pun mengutamakan nilai-nilai yang sama. Islam dijadikan asas
     dan hanya sebelas sahaja yang dipilih untuk dijadikan asas iaitu amanah,
     tanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisiplin,
     bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur.


     Yang paling adalah menghayati nilai-nilai diatas sebagai cara hidup yang
     sihat. Selaras dengan Rukun Negara "Kepercayaan Kepada Tuhan" ,
     nilai-nilai negatif samada diedari atau tidak seperti rasuah, jenayah,
     dadah, menyalahguna kuasa, tidak amanah, penindasan, penipuan,
     pelampaun, pembaziran dan lain hendaklah diketepikan.



                                                                          13
5.          Dasar Luar

            Perbezaan matlamat, kepentingan dan arah nasional selalunya membawa
            kepada ketegangan hubungan diantara negara-negara di arena politik
            antarabangsa terutama negara jiran. Namun sejarah telah membuktikan
            bahawa kebijaksanaan mengendalikan dasar luar, kepekaan terhadap
            kepentingan nasional dan serantau dengan semangat setiakawan,
            merupakan syarat awal perhubungan harmoni serumpun.


            Dasar luar merupakan polisi menjalani perhubungan antarabangsa
            dengan negara lain. Dasar luar merupakan tindakan yang diambil oleh
            pembuat dasar sesuatu kerajaan membentuk dan menyelesaikan sesuatu
            masalah. Ia merupakan strategi atau tindakan menghapus, mengurang,
            mengekal atau memperluaskan kerjasama antara negara. Objektif utama
            Dasar Luar Malaysia adalah :



      i.         Pengiktirafan yang merujuk kepada keinginan sesebuah negara untuk
                 diterima oleh negara lain sebagai sebuah negara merdeka dan
                 berdaulat serta mempunyai sistem pentadbiran sendiri. Dasar luar ini
                 perlu terkawal serta berjaya membawa pembangunan dan keamanan
                 kepada rakyat.

     ii.         Keselamatan mempunyai hubung kait yang rapat dengan
                 pengiktirafan. Negara perlu wujud sebagai satu kesatuan. Sesebuah
                 negara akan dapat mempertahankan diri dari ancaman luar pada bila-
                 bila masa walaupun terpaksa melalui kekerasan atau peperangan

     iii.        Kesejahteraan didalam sesebuah negara adalah tanggungjawab yang
                 dipikul oleh pembuat dasar. Kesejahteraan dalaman akan
                 membolehkan kemajuan serta kepesatan pembangunan sejajar
                 dengan pembangunan negara lain. Untuk mencapai matlamat ini
                 perlulah program-program yang sesuai serta dimanafaati oleh rakyat.



            Untuk itu, matlamat dasar luar Malaysia adalah seperti berikut :

            a.      Menjalinkan kerjasama dua hala erat dikalangan negara jiran dan
                 serantau serta meningkat kerjasama dikalangan negara lain yang
                 mempunyai matlamat yang sama.




                                                                                   14
     b.     Meningkat pertahanan dan keselamatan samada di didalam
          mahupun luar negara dan wilayah-wilayah sempadan.

     c.      Mengekalkan kestabilan ekonomi negara dam kestabilan harga
          barang mentah dipasaran antarabangsa.


     Keputusan yang diambil dalam hal dasar luar juga mengikut kesesuaian
     dan kesinambungan dalam politik antarabangsa. Diantara langkah yang
     diambil adalah seperti Penubuhan ASEAN 1967. ASEAN adalah
     Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara yang menjalinkan kerjasama
     dalam bidang ekonomi, sosial dan politik


6.   Pertubuhan Asia Tenggara (ASA)

     Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) ditubuhkan pada tahun 1961 oleh
     Tunku Abdul Rahman. Pertubuhan serantau ini hanya disokong oleh tiga
     negara ketika itu, iaitu Malaysia, Thailand dan Filipina. Indonesia tidak
     menyertai kerana beranggapan ianya satu alat "imperialis". Matlamat ASA
     adalah mengekal keamanan dan kebebasan negara serantau Asia
     Tenggara, memupuk keadilan sosial dan meningkat kerjasama dan
     kemajuan dalam bidang ekonomi negara-negara ahli dan negara serantau
     Asia Tenggara. ASA tergendala dalam tahun 1963, masa yang hampir
     sama penubuhan Persekutuan Malaysia


7.   MAPHILINDO

     Salah satu strategi untuk megendurkan ketegangan ketika penubuhan
     Persekutuan Malaysia dan Indonesia Raya adalah penubuhan
     MAPHILINDO pada Julai 1963. Maksud MAPHILINDO ialah gabungan
     nama Malaysia, Filipina dan Indonesia, yang tujuan nya sama juga iaitu
     menjaga dan mengekal keamanan serantau, mewujudkan kesefahaman
     dikalangan negara-negara anggota dan kerjasama serantau dalam bidang
     ekonomi.



     Hasrat ini adalah hasrat Presiden Diasdado Macapagal untuk
     menubuhkan "Greater Malay Confederation". Idea ini digunakan Menteri
     Luar Indonesia , Subandrio tetapi dihadkan kepada bangsa Melayu, jadi
     Thailand telah diketepikan. Usul penubuhan ini juga gagal kerana
     pertikaian ahli negara anggota, oleh itu Filipina terus membuat tuntutan
     Sabah dan Sukarno dengan 'ganyang Malaysia'nya. Konflik ini berlaku
     diantara 1963 hingga 1965, tetapi berjaya direda dengan kemenangan
     Marcos di pilihanraya Filipina dan tumbangnya Sukarno kerana


                                                                           15
     digulingkan pada Oktober 1965. Perubahan senario ini telah membuka
     ruang memperbaiki hubungan yang terjejas kerana isu konfrantasi dan
     tuntutan Sabah.


     Dalam satu perbincangan rasmi dari 29 Mei hingga 1 Jun 1966 di
     Bangkok, Menteri Luar Thailand, Thanat Koman menjadi orang tengah
     pertelingkahan ini.


8.   Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

     Apabila tamat konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia pada 1 Jun 1966,
     dan hubungan Filipina dengan Malaysia pulih, satu azam baru untuk
     membentuk satu pertubuhan serantau yang baru, teguh dan dinamik telah
     diadakan. Deklarasi ASEAN telag ditandatangani di Bangkok pada 8 Ogos
     1967. ASEAN telah diisytiharkan dengan Tun Abdul Razak (Timbalan
     Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia),
     S.Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Koman (Menteri Luar
     Thailand) dan N.Ramos (Setiausaha Luar Filipina) menandatangani
     Deklarasi tersebut.


     Malaysia menyertai ASEAN dengan tujuan menyelesaikan dan
     mengurangkan masalah politik dengan Filipina dan Indonesia. Tujuh
     matlamat telah digariskan dalam Deklarasi ASEAN iaitu

     a. mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi,
        kemajuan sosial dan pembangunan serta kebudayaan serantau,
     b. mengekal keamanan dan kestabilan kawasan serantau dengan
        menghormati dan mematuhi peraturan, undang-undang dan keadilan
        negara kawasan serantau serta mematuhi prinsip Carter Bangsa-
        Bangsa Bersatu
     c. memupuk kerjasama yang aktif dan mengembangkan kepentingan
        bersama dalam ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintaifik dan
        pentadbiran
     d. membekalkan bantuan dan latihan, penyelidikan dan pembangunan
        dikalangan negara anggota
     e. mewujudkan kerjasama lebih berkesan dalam pengunaan sumber
        yang lebih banyak dalam industri pertanian, memperluaskan
        perdagangan     dna   kajian   masalah     perdagangan    komoditi
        antarabangsa,
     f. meningkat kemajuan bidang pengangkutan dan perhubungan serta
        bekerjasama menaikkan taraf hidup rakyat negara anggota
     g. meningkat bidang pengajian dan pendidikan yang lebih maju di Asia
        Tenggara



                                                                         16
     h. mengekal kerjasama erat dan berfaedah menerusi pertubuhan
        serantau  dan    pertubuhan antarabangsa yang telah wujud
        dan matlamat yang sama



     Peranan ASEAN lebih bermakna dengan Deklarasi Kuala Lumpur pada
     27 November 1971 dengan melulukan beberapa ketetapan iaitu :

     a. kawasan Asia Tenggara hendaklah menjadi sebuah zon yang aman
        dan selamat
     b. ASEAN hendaklah mengamalkan Dasar Berkecuali
     c. mengadakan hubungan baik dengan semua kuasa termasuk kuasa-
        kuasa besar tanpa mengira ideologi politik


     Kini anggota ASEAN terdiri dari Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia,
     Filipina, Brunei, Kemboja, Vietnam dan Myanmar (10 buah mengikut
     Modul LANH 1303). Malaysia turut terlibat dalam pertubuhan OIC,
     Komanwel, PBB dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.


9.   Reformasi Pendidikan

     Akta Pendidikan 1966, telah memaktubkan Dasar Pendidikan
     Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
     seperti berikut :

     "pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah lebih
     memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
     untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari egi intelek,
     rohani, emosi dan jasmani,berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
     kepada Tuhan bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
     pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
     berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
     terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
     negara"


     Sebelum merdeka, sistem pendidikan oleh British bersifat perkauman.
     British telah mewujudkan empat jenis persekolahan iaitu Sekolah Melayu,
     Sekolah Inggeris, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. Dasar pendidikan
     yang diperkenalkan british menyebabkan bahasa Melayu tidak
     berkembang dan digunakan disekolah Melayu dan di Maktab Perguruan
     sahaja. Strategi ini membolehkan British bertapak lama di Malaya dan
     mengeksploitasikan sumber kekayaan negara. Penyata Barnes, 1950
     telah ditolak semua kerana mementingkan bahasa Inggeris, dan hanya


                                                                           17
membentuk satu sistem sekolah kebangsaan tanpa mengira sekolah jenis
kebangsaan Tamil atau Cina dalam ertikata hanya mementingkan aliran
Inggeris.


Penyata Fenn-Wu (WP Fenn dan Wu Teh Yao) (1951) mengemukakan
cadangan tambahan pada Penyata Barnes iaitu :-

a. menyokong konsep pengunaan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu,
   bahasa Cina dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
b. sekolah Cina dikekalkan tetapi kurikulumnya bercirikan pengetahuan
   tempatan.


Cadangan ini ditolak kerana dirasakan tidak menguntungkan semua
pihak.


Penyata Razak (1956)


Jawatankuasa yang diketuai Dato'Abdul Razak Hussein, Menteri
Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu telah mengemukan beberapa
cadangan yang digunapakai iaitu :


a. sekolah rendah hendaklah terdiri dari dua jenis, Sekolah Rendah dan
   Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.
b. bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah
   kebangsaan sementara bahasa Inggeris, bahasa Cina dan
   bahasa Tamil dijadikan bahasa pengantar sekolah rendah jenis
   kebangsaan.
c. sekolah-sekolah Cina dikekalkan dengan kuikulumnya berdasarkan
   latar belakang tempatan.
d. bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa wajib bagi
   semua sekolah.
e. sukatan pelajaran yang seragam bagi kedua-dua sekolah rendah
f. satu jenis sekolah menengah kebangsaan dengan sukatan pelajaran
   seragam ditubuhkan.
g. peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (LCE) diperkenalkan di Tingkatan
   Tiga.
h. sistem pendidikan dibentuk dalam tiga peringkat :-

      sekolah perdagangan bagi pelajar tamat darjah enam
      sekolah teknik bagi pelajar tamat tingkatan tiga
      maktab-maktab teknik bagi pelajar tamat tingkatan lima



                                                                   18
Penyata Razak diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 16
Mei 1956 dan dijadikan Dasar Pendidikan Tanah Melayu yang
dilaksanakan selepas merdeka 1957 bagi mewujudkan rakyat Tanah
Melayu yang bersatu padu.


Penyata Rahman Talib (1960)


Selepas Penyata Razak, satu jawatankuasa baru ditubuhkan yang
diketuai oleh Abdul Rahman Talib (Menteri Pelajaran) ketika itu, bagi
memperkemaskan dan melaksanakan dasar Penyata Razak. Ia digubal
semula dan diterima kerajaan pada tahun 1961 dan dinamakan Akta
Pelajaran 1961.


Jawatankuasa Kabinet (1974)


Pengerusi Jawatankuasa Kabinet 1974 diketuai Dato Seri Mahathir
Mohamed (Menteri Pelajaran) bagi mengkaji semula sistem pendidikan
kebangsaan bagi mencapai perpaduan dan kesefahaman rakyat berbilang
kaum. Diantara strategi yang dicadangkan dan digunapakai adalah :

   menyediakan sukatan pelajaran atau kurikulum seragam
   mewajibkan pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
    utama di sekolah dan institusi pengajian tinggi
   mengunakan buku teks yang bercirikan Malaysia
   membentuk aktiviti luar darjah atau ko-kurikulum


Berdasarkan kepada laporan jawatankuasa kabinet ini, Kementerian
Pendidikan telah melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR,
1982) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM, 1988)


Kurikulum Baru Sekolah Rendah 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah 1988


Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan telah
melaksanakan kurikulum ini menerusi proses pengajaran dan
pembelajaran didalam kelas atau dibilik darjah. Pendidikan bersepadu
bermaksud penumpuan khusus kepada ilmu dan kemahiran, nilai murni
dan bahasa. Ketiga-tiga faktor digabungkan menerusi mata pelajaran
teras, mata pelajaran pilihan dan kegiatan kurikulum

                                                                   19
     Contoh yang diterjemahkan dalam setiap mata pelajaran adalah :

     a. kandungan kurikulum mengembangkan kemahiran aas yang diperolehi
        diperingkat sekolah rendah.
     b. kandungan kurikulum berkaitan dengan hidup seharian.
     c. kandungan kurikulum memajukan kemahiran belajar, psikomotor dan
        sosial yang telag dipelajari diperingkat sekolah rendah.
     d. kandungan kurikulum membina intelek dan mengembangkan daya
        pemikiran yang kreatif dan mampu menghasilkan idea bernas.


     Nilai-Nilai Murni

     Nilai-nilai murni yang diterapkan kedalam kurikulum adalah :

     - baik hati
     - berhemah tinggi
     - hormat menghormati
     - kasih sayang
     - adil
     - kebersihan fizikal
     - jujur
     - rajin
     - bekerjasama
     - sederhana
     - bersyukur
     - bersemangat kemasyarakatan
     - berdikari


KoKurikulum

     Adalah aktiviti yang menyediakan peluang kepada murid-murid untuk
     mengamalkan ilmu pengetahuan yang dipelajari dalam kelas. Tujuannuya
     bagi murid mendapat keyakinan diri dan pengalaman. Gerak kerja
     kurikulum terbahagi kepada tiga iaitu pasukan pakaian seragam,
     persatuan dan kelab dan sukan



Secara keseluruhan, pembangunan kegiatan kurikulum dan ko kurikulum
memberi   penekanan      kepada   objektif   melahirkan   warganegara   yang




                                                                          20
berpengetahuan, berinovasi dan memilik nilai positif, sesuai dengan masyarakat
majmuk, maju dan memandang kehadapan.




Penutup




                                                                            21

				
DOCUMENT INFO