Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out

Tiga Jenis Peperangan

VIEWS: 912 PAGES: 1

									TIGA JENIS PEPERANGAN SEPANJANG ZAMAN

Tamadun manusia sentiasa berubah disebabkan oleh kemajuan ilmu. Namun kebangkitan sesebuah
tamadun itu sampai ke kemuncaknya apabila ilmu disalahguna dan sikap tamak menguasai diri bangsa
itu. Akibatnya, tamadun yang gagah dan gah dalam sedekad pembinaannya musnah dan berkubur
dalam hanya tempoh sehari semalam sahaja. Berdasarkan fakta sejarah, peperangan adalah antara
gelombang pemusnah sesebuah tamadun yang utama. Dalam ruangan ini, saya ingin berkongsi dengan
tuan-tuan mengenai tiga jenis peperangan sepanjang zaman.

Sejak zaman kabilah merentasi zaman monarki Eropah sehinggalah sebelum Portugis menjarah Melaka,
peperangan itu dikenali sebagai peperangan "iron and blood." Kekuasaan disandarkan kepada ilmu
tempur menggunakan senjata tajam. Pada tahun 1862, Otto Van Bismark, Perdana Menteri Prusia telah
menyampaikan ucapan kepada Menteri-Menteri Prusia untuk memerangi Austria bagi menubuhkan
negara Jerman. Dalam ucapan beliau, beliau menyebut bahawa perkara penting dalam sejarah hari ini
tidak boleh ditentukan dengan ucapan atau resolusi mendapatkan majoriti, tetapi sebaliknya ialah
dengan menghunus senjata dan membasahi bumi dengan darah. Ucapan beliau itu telah mendapat
tentangan Menteri-Menteri dan beliau telah difitnah untuk dihukum oleh Raja Prusia. Akan tetapi
disebabkan beliau seorang yang agung pada zamannya, maka beliau dapat juga memujuk Raja. Selepas
itu perang pun meletus dan Austria ditawan oleh Prusia. Negara Jerman tertubuh selepas itu. Beberapa
contoh lain seperti cerita Iskandar Zulkarnain turut mengisahkan peperangan yang bersandarkan kepada
senjata tajam.

Peperangan jenis kedua ialah melibatkan senjata berpeluru yang tidak bermata. Bila Portugis menawan
Melaka, pahlawan-pahlawan Melaka tidak dapat menangkis peluru dengan keris dan pedang. Akibatnya
Melaka sehinggalah sebelum kewujudan Persekutuan Malaysia, tanahair tercinta ini telah ditawan
selama 446 tahun lamanya. Peperangan menggunakan senjata jenis ini juga menjadi senjata pemusnah
dalam perang dunia pertama, kedua dan perang dingin. Apabila fahaman komunisme mula merebak ke
seluruh dunia, maka penggunaan senjata ini semakin bertambah canggih dan mengakibatkan
kemusnahan yang berlipatkali ganda. Ini disebabkan sebelum peluru memutus nyawa, idealisme
komunisme telah disebarkan secara nyata. Impak komunisme begitu ketara. Kuasa mereka hampir-
hampir merebak ke seluruh dunia melalui teori domino yang popular itu. Namun sekali lagi peperangan
jenis ini juga dapat dihalang dari berleluasa.

Pada hari ini, kita berhadapan dengan peperangan yang lebih dahsyat. Peperangan ini tidak
menggunakan benda tajam mahu pun peluru yang membunuh. Perang pada zaman ini aalah perang
yang dinamakan globalisasi. Perang ini berlaku dalam senyap dan tidak ada bukti fizikal yang boleh
menunjukkan ianya sedang berlaku. Sasaran peperangan ini ialah minda yang tertutup untuk
mengetahui malah menyedari perkara yang nyata. Sama dengan kedua-dua jenis peperangan yang
terdahulu, perang kali ini juga disebabkan oleh ketinggian ilmu alam maya (siber) dalam tamadun dunia
itu sendiri.

Semoga tuan-tuan mendapat sedikit manfaat dari perkongsian ilmu ini. Marilah kita sama-sama
menerangkan kepada anak-anak muda kita akan peperangan yang sedang berlaku di kala ini. Nescaya
kita dapat terus memperkukuhkan pertahanan legasi tamadun bangsa Malaysia yang perkasa pada hari
ini.


Oleh JAKARIA DASAN

								
To top