SURAT PEKELILING BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR by nak14542

VIEWS: 874 PAGES: 4

									  SURAT PEKELILING BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN
                      DASAR PENDIDIKAN
              KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
                          BIL.1/2006

             Svarat dan Peraturan Menialankan Penvelidikan
                Pendidikan Di Institusi-institusi Di Bawah
                     Kementerian Pelaiaran Malavsia

1. Tujuan

  Tujuan Surat Pekeliling ini ialah untuk menerangkan syarat dan peraturan
  yang berkaitan bagi memastikan semua kegiatan penyelidikan pendidikan
  yang melibatkan institusi di bawah Kementerian Pelajaran dapat dijalankan
  dengan lancar serta memberi sumbangan kepada pembangunan pendidikan
  negara.

2. Latar Belakang


  2.1. Peraturan bagi menjalankan penyelidikan di institusi pendidikan di bawah
       Kementerian Pelajaran pada masa lepas oleh penyelidik di Malaysia
       adalah tertakluk kepada Pekeliling Bahagian Perancangan Dan
       Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.
       1/2003.


  2.2. Surat Pekeliling Bil.1/2003 perlu dipinda memandangkan Kementerian
       Pendidikan telah pun dibahagikan kepada Kementerian Pelajaran(KPM)
       dan Kementerian Pengajian Tinggi. Terdapat perubahan bidang tugas
       dan fungsi Kementerian Pelajaran yang meliputi pendidikan pra sekolah,
       rendah, menengah, matrikulasi dan institusi pendidikan guru. Selain itu,
       premis KPM juga meliputi Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan, Jabatan
       Pelajaran Negeri, Jabatan/Bahagian, dan semua badan berkanun di
       bawah KPM.


  2.3. Penyelidik yang hendak menjalankan penyelidikan di mana-mana institusi
       yang dinyatakan di para 2.2 hendaklah memperoleh kebenaran daripada
       Kementerian Pelajaran.




                                     1
3.1.3 Semua borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Pengarah,
      Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan sebelum
      penyelidikan boleh dimulakan. Ini bagi membolehkan BPPDP meneliti dan
      menyemak cadangan. penyelidikan. Proses ini akan mengambil masa dua
      minggu dari tarikh cadangan penyelidikan diterima. Ketua Jabatan/Fakulti/
      Institusi/Agensi hendaklah melengkapkan Bahagian B dalam Borang
      BPPDP 1/Form BPPDP 1 sebelum penyelidik menghantar permohonan
      tersebut ke alamat seperti para 3.1.2.

3.1.4 Setiap permohonan hendaklah lengkap dengan perkara- perkara seperti
          berikut:
       i.    Satu salinan Borang BPPDP 1/Form BPPDP 1;
      ii.    Satu salinan cadangan penyelidikan (research proposal) berserta
             instrumen kajian dan senarai sampel kajian yang dicadangkan; dan
     iii.    Tiga sampul sural yang bersetem dan mencukupi bagi tujuan pos
             semasa.

3.1.5 Kelulusan daripada Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
      Dasar Pendidikan adalah hanya untuk menjalankan penyelidikan.
      Kebenaran untuk menggunakan sekolah sebagai sampel
      penyelidikan hendaklah diperoleh daripada Pengarah Jabatan
      Pelajaran Negeri. Kebenaran untuk menggunakan lain-lain institusi
      sebagai sampel kajian hendaklah diperoleh daripada Ketua
      Jabatan/Pengarah Bahagian berkenaan.

3.1.6 Penyelidik tidak dibenarkan menjalankan penyelidikan di kelas-kelas
      peperiksaan awam di sekolah. Walau bagaimanapun dalam kes-kes
      tertentu, pengecualian akan diberikan dengan kebenaran daripada
      Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

3.1.7 Penyelidik tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif             dalam
      penyelidikannya. (Rujuk Lampiran A mengenai Isu-lsu Sensitif)




                                     3
4. Kerjasama Ketua Institusi/Bahagian

    4.1. Ketua Institusi/Bahagian yang berkenaan adalah diminta memberikan
         kerjasama kepada penyelidik dan memastikan kegiatan penyelidikan di
         institusi/bahagian mereka sentiasa diawasi supaya tidak menjejaskan
         perjalanan institusi/bahagian masing-masing.

5. Tarikh Kuat Kuasa Dan Pembatalan

    5.1. Tarikh kuat kuasa peraturan-peraturan di alas ialah mulai 1 Oktober
         2006. Sural Pekeliling Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
         Pendidikan, Kemente'rian Pendidikan Malaysia Bil. 1/2003 bertarikh 10
         Oktober, 2003 dengan ini dibatalkan.




        DATO' DR. AHAMAD BIN SIPON
        Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
        Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k :
        Naib Canselor, Semua Universiti
        Pengarah, Semua Jabatan/Bahagian Kementerian Pelajaran
        Pengarah, Institut Aminuddin Baki
        Pengarah, Semua Jabatan Pelajaran Negeri
        Pengarah, Semua Institut Pendidikan Guru
        Pengarah, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
        Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri
        Pengarah, Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS)
        Pengarah, Semua Jabatan Penuntut Malaysia




                                      5
                                                              LAMPIRAN A


                             ISU-ISU SENSITIF

Dalam konteks keharmonian dan keselamatan nasional, isu-isu sensitif
bermaksud apa-apa isu yang boleh menyebabkan prejudis dan/atau kebencian
terhadap satu-satu kumpulan etnik dan/atau kumpulan agama sehingga
menimbulkan masalah keselamatan awam, keselamatan dalam negara dan/atau
integriti Kerajaan. Dalam menjalankan penyelidikan, perkara-perkara sensitif
berikut perlu dielakkan:

   1. Mempersoalkan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan
      dengan pembangunan ekonomi, pendidikan dan sosial.

   2. Mempersoalkan pelaksanaan peruntukan-peruntukan yang termaktub
      dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri berkaitan Federal Laws,
      kebebasan beragama, kedudukan dan status Bumiputera, status Bahasa
      Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, kerakyatan, dan hak komuniti lain.

   3. Mempersoalkan kuasa, kebijaksanaan dan keupayaan sesuatu kumpulan
      dalam sesuatu bidang berasaskan kumpulan etnik.

   4. Mengaitkan dan menyalahkan sesuatu bangsa dan/atau kumpulan agama
      sebagai punca sesuatu insiden.

   5. Menganggap sesuatu kumpulan etnik dibiarkan atau diberi keutamaan
      dalam pelaksanaan sesuatu dasar tanpa memahami sebab-sebab di
      sebalik pelaksanaannya.

   6. Menimbulkan isu seks secara keterlaluan.

   7. Mendedahkan sesuatu yang boleh mengaibkan mana-mana individu atau
      kumpulan.




                                    6

								
To top