IMPAK PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF DALAM PENDIDIKAN by ays20225

VIEWS: 604 PAGES: 2

									                  IMPAK PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF DALAM PENDIDIKAN

                                                          Oleh:
                                                   Abd Aziz Kulop Saad
                                                  Kolej Matrikulasi Perlis


                                                         ABSTRAK

                       Penggunaan multimedia interaktif dalam pendidikan telah mendapat perhatian
                       utama sekarang sehingga wujudnya berbagai-bagai konsep multimedia dalam
                       pendidikan seperti CAI, CAD dan E – Learning. Malah peringkat matrikulasi
                       tidak ketinggalan dalam arus ini walaupun penggunaannya masih terhad.
                       Sebahagian besar pensyarah masih lagi menggunakan kaedah konvensional
                       dalam proses P & P. Kerana itu kajian telah dibuat bagi mengkaji sejauh mana
                       keberkesanan penggunaan bahan pengajaran multimedia interaktif dalam
                       pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa kelebihan
                       penggunaan bahan pengajaran multimedia interaktif berbanding kaedah
                       konvensional seperti kuliah terutama dari aspek-aspek pengurusan isi
                       kandungan, paparan maklumat dan unsur-unsur motivasi . Namum begitu,
                       rekabentuk pengajaran (instructional design) adalah merupakan elemen penting
                       yang harus diberi perhatian yang serius dalam membangunkan satu-satu bahan
                       pengajaran multimedia interaktif supaya ianya dapat meninggalkan impak yang
                       besar dalam pendidikan.




Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
                       FAKTOR PENGHALANG TERHADAP AMALAN PERKONGSIAN
                            PENGETAHUAN DI KALANGAN PENSYARAHPROGRAM
                                            MATRIKULASI

                                                  Mohamad Nain Bin Jusoh
                                                  Kolej Matrikulasi Perlis

                                                         ABSTRAK

               Pengurusan pengetahuan muncul sebagai pengaruh utama terhadap kelangsungan dan
               kelebihan bersaing untuk sesebuah organisasi. Penumpuan pengurusan pengetahuan
               adalah terdiri dari keberkesanan pengambilan, perkongsian, penyimpanan dan
               penggunaan pengetahuan. Pemimpin organisasi mulai sedar tentang kenyataan bahawa
               kelangsungan jangka panjang sesebuah organisasi bergantung kepada keupayaan
               organisasi untuk menjana pengetahuan baru dan pembelajaran berterusan melalui
               persekitaran. Semua pihak iaitu pentadbir dan pensyarah sering menyatakan bahawa
               keupayaan kelebihan bersaing adalah asas kekuatan program matrikulasi

               Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor penghalang terhadap amalan
               perkongsian pengetahuan dikalangan pensyarah dalam program matrikulasi. Analisis
               adalah berdasarkan kepada respon melalui borang soal selidik yang diberi oleh 135
               pensyarah matrikulasi di seluruh Malaysia.

               Dengan menggunakan Analisis Korelasi Pearson, keputusan menunjukkan tiga
               pembolehubah bebas iaitu atitud, masa dan ganjaran adalah sinifikan (p<0.05),
               mempengaruhi pelaksanaan perkongsian pengetahuan dikalangan pensyarah program
               matrikulasi. Keputusan juga menunjukkan hubungan yang tidak signifikan antara masa
               dan ganjaran dengan atitud.

               ‘Multiple regression analysis’ menunjukkan atitud pensyarah adalah signifikan dan
               mempunyai pengaruh yang lebih kuat terhadap perkongsian pengetahuan( Beta 0.268).
               Keputusan juga menunjukkan 17.2 peratus dari varian dalam proses perkongsian
               pengetahuan dapat diterangkan oleh tiga pembolehubah bebas ini iaitu attitude, masa
               dan ganjaran.

               Berdasarkan analisis statistk dari sample yang terhad ini, peyelidik dapat membuat
               kesimpulan bahawa adalah penting bagi program matrikulasi dapat memulakan amalan
               perkongsian pengetahuan ini dengan mempertimbang dan memberi penekanan terhadap
               tiga pembolehbebas iaitu atitud, masa dan ganjaran bagi menyuburkan kecemerlangan
               program yang berprestij ini.




Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)

								
To top