AMALAN KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DALAM MATA PELAJARAN

Document Sample
AMALAN KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DALAM MATA PELAJARAN Powered By Docstoc
					AMALAN KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL
DALAM MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN
 AWAM DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEKITAR ZON
              TENGAH, SELANGOR




           AIROLL NAJEEK BIN MAJID




       UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                                     PSZ 19:16 (Pind. 1/97)


                           UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

           BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL:           AMALAN KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL
                 DALAM MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM
                 DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEKITAR ZON TENGAH,
                 SELANGOR

                                 SESI PENGAJIAN:               2003/2004

Saya             ______AIROLL NAJEEK BIN MAJID____
                          (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

 1.      Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
 2.      Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
         tujuan pengajian sahaja.
 3.      Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
         pengajian tinggi.
 4.      **Sila tandakan ( )



                 SULIT                 (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
                                       kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
                                       (AKTA RAHSIA RASMI 1972)

                 TERHAD                (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
                                       oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)


                 TIDAK TERHAD



__________________________                                        ____________________________
(TANDATANGAN PENULIS)                                             (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap:
315 JLN HJ ABDULLAH MUKRI,
KG BUKIT BADONG 45600 BTG BERJUNTAI                                   EN. ADNAN BIN AHMAD
SELANGOR.                                                                   Nama Penyelia


Tarikh:10 / 03 / 2004                                                  Tarikh: 10 / 03 / 2004


      CATATAN:          * Potong yang tidak berkenaan.
                        ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
                           berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
                           tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
                            Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan
                            Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja
                            kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
      penganugerahan ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah
                      ………………………………




          Tandatangan           :      …………………………..
          Nama Penyelia I       :      En. Adnan Bin Ahmad
          Tarikh                :      …10 / 03 / 2004…….
 AMALAN KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DALAM
MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM DI SEKOLAH
    MENENGAH TEKNIK SEKITAR ZON TENGAH, SELANGOR




                   AIROLL NAJEEK BIN MAJID




    Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
           ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
                       (Kejuruteraan Awam)




                         Fakulti Pendidikan
                    Universiti Teknologi Malaysia




                         FEBRUARI, 2004
                                                                                  ii




“Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
     ringkasan, yang mana tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”




              Tandatangan           :      …………………………..
              Nama Penulis          :      Airoll Najeek Bin Majid
              Tarikh                :      ..10 / 03 / 2004….
                                                                             iii




                                DEDIKASI


                         TERISTIMEWA BUAT,

                 Ayah dan Ibu yang Disayangi serta Dikasih,
                       Majid Kasio dan Salmah Ismail
                        Kakak dan Adik Tersayang,
                           Rapidsza dan Ermeliza


Segala Pengorbanan, Dorongan Dan Kesabaran Serta Kasih Sayang Kalian Semua
                    Amatlah Ku Sanjungi dan Ku Hargai.



                              KHAS BUAT,

                        Teman-Teman Seperjuangan
                               Terima Kasih
    Di atas Doa Ikhlas serta Semangat Dari Kalian Sepanjang Pengajiannku


                                  Semoga
                          Allah Jualah Yang Dapat
                Membalas Segala Jasa Dan Budi Baik Kalian
                                Selama Ini.



                            IKHLAS DARIKU,

                    Buat Insan Yang Banyak Membantu
 Pabila Diriku Ditimpa Dugaan Yang Bisa Membuatku Hampir Putus Harapan.
        Katamu Tersemat Dihatiku, Jasamu Dalam Ingatanku, Tanpamu
                               Siapalah Aku.
                                                                                  iv




                                  PENGHARGAAN




          Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………….

       Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan hidayahNya dapat jua
saya menyempurnakan Laporan Sarjana Muda ini.



       Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada penyelia pembimbing iaitu Encik Adnan Bin Ahmad yang telah
memberi tunjuk ajar dengan penuh dedikasi tanpa mengira masa dan ketika. Segala
tunjuk ajar dan teguran amatlah dihargai.



       Tidak lupa juga ucapan penghargaan ini ditujukan kepada teman-teman
seperjuangan yang banyak membantu dan memberi kerjasama di sepanjang tempoh
menyiapkan penyelidikan ini.



       Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas segala jasa-jasa yang telah diberikan.
Semoga ALLAH sentiasa merahmati dan memberkati kalian sepanjang masa.
                                                                                        v




                                       ABSTRAK




       Penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengetahui amalan penggunaan kaedah
pengajaran di kalangan guru-guru teknikal dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Awam di Sekolah Menengah Teknik sekitar zon tengah di Selangor. Ia merupakan kajian
yang berbentuk deskritif. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui
penggunaan kaedah pengajaran yang sering digunakan di kalangan guru-guru teknikal,
untuk mengenal pasti penggunaan alat bantu pengajaran dengan kaedah pengajaran yang
digunakan, untuk mengetahui teknik-teknik yang dipraktikan dalam pengajaran mengikut
kaedah pengajaran yang digunakan dan untuk mengetahui hubungan pencapaian pelajar
dalam keputusan peperiksaan dengan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru-guru
teknikal. Penyelidik memperolehi data melalui maklum balas dari borang soal selidik
yang diedarkan kepada 25 orang guru di lima buah Sekolah Menengah Teknik sekitar
Selangor. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical
Package for Social Science” (SPSS) version 10.0. Hasil daripada analisis data yang
diperolehi, penyelidik mendapati bahawa kaedah pengajaran yang paling kerap
digunakan oleh guru-guru ialah kaedah syarahan berdasarkan kepada nilai peratusan yang
membawa kepada tahap sederhana. Penggunaan alat bantu pengajaran yang berada dalam
analisis skor min pada tahap sederhana manakala teknik-teknik yang dipraktikan dalam
pengajaran membawa kepada analisis skor min pada tahap tinggi. Bagi persepsi
pencapaian pelajar dalam keputusan peperiksaan di kalangan guru-guru teknikal pula
menunjukkan membawa kepada analisis skor min pada tahap sederhana dengan jumlah
peratusan negatif yang lebih tinggi.
                                                                                             vi




                                        ABSTRACT




       This research is done to know the practice of the uses in teaching skills among the
teacher who teaches subject Civil Engineering in technical school around middle zone in
Selangor. It is a descriptive research. The objective of this research is to know the uses in
teaching skills always been uses among the technical teacher, to know the uses of
medium in teaching with teaching skills, to know the technique that been practice in
teaching and to know the connection of achievement student in examinations with the
teaching skills that been used by the technical teacher. The researcher of this research
owned the data from the response of the questionnaire set, which is distributed to 25
teachers in five technical schools around Selangor. The data then has been analyzed by
using the “Statistical Package for Social Science” (SPSS) Software Version 10.0. From
the result, the researcher thought that the teaching skills always been uses is lecture skills,
according to the value of percent that bring to abstemious level. The uses of medium in
teaching that been ranked in mean score analysis is in abstemious level too, while the
technique that been practice in teaching been ranked in mean score analysis is in high
level. Mean while, the perception of achievement student in examinations with the
teaching skills has been ranked in mean score analysis in abstemious level with the
percent of the negative is higher.
                                                  vii




                            KANDUNGAN




BAB     PERKARA                         MUKA SURAT



        HALAMAN JUDUL                       i
        PENGAKUAN                           ii
        DEDIKASI                            iii
        PENGHARGAAN                         iv
        ABSTRAK                             v
        ABSTRACT                            vi
        KANDUNGAN                           vii
        SENARAI SINGKATAN                   xi
        SENARAI JADUAL                      xii




BAB I   PENGENALAN                          1



        1.1   Pendahuluan                   1
        1.2   Latar Belakang Masalah        4
        1.3   Pernyataan Masalah            6
        1.4   Objektif Kajian               6
        1.5   Persoalan Kajian              7
        1.6   Batasan Kajian                8
        1.7   Kepentingan Kajian            9
                                                                    viii

          1.8   Definisi Istilah                               10




BAB II          SOROTAN KAJIAN                                 11



          2.1   Pendahuluan                                    11
          2.2   Kajian Berkaitan Faktor-Faktor                 12
                Yang Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran
                2.2.1 Perancangan Mengajar                     13
                2.2.2   Penyampaian Isi Secara Sistematik      14
                2.2.3   Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)   15
                2.2.4 Kaedah Pengajaran Berpusatkan Murid      17
                2.2.5 Penilaian Proses Pengajaran Dan          18
                        Pembelajaran.
          2.3   Kajian berkaitan kaedah pengajaran
                2.3.1   Kaedah Syarahan                        20
                2.3.2 Kaedah Perbincangan                      21
                2.3.3   Kaedah Tunjuk Cara                     22
                2.3.4 Kaedah Menyelesaikan Masalah             24
          2.4   Kesimpulan                                     25




BAB III   METODOLOGI                                           26


          3.1   Pendahuluan                                    26
          3.2   Reka Bentuk Kajian                             27
          3.3   Tempat Kajian                                  28
          3.4   Sampel Kajian                                  28
                                                                ix

         3.5   Instrumen Kajian                            29
         3.6   Kajian Rintis                               32
         3.7   Prosedur Pengumpulan Data                   33
         3.8   Analisis Data                               34
         3.9   Jangkamasa Kajian                           36




BAB IV   ANALISIS DATA                                     37


         4.1   Pendahuluan                                 37
         4.2   Analisis Data                               37
               4.2.1   Analisis Bahagian A                 38
               4.2.2   Analisis Bahagian B                 42




BAB V    PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN                60



         5.1   Pendahuluan                                 60
         5.2   Perbincangan                                61
               5.2.1   Latar Belakang Guru                 61
               5.2.2   Kekerapan Kaedah Pengajaran Yang    62
                       Digunakan
               5.2.3   Penggunaan ABM Semasa               63
                       Sesi Pengajaran
               5.2.4   Perlaksanaan Teknik-Teknik Dalam    64
                       Kaedah Pengajaran.
               5.2.5   Hubungan Pencapaian Keputusan       66
                       Peperiksaan Pelajar Dengan Kaedah
                       Pengajaran
                                                           x



           5.3   Rumusan                              67
           5.4   Cadangan                             69
                 5.4.5   Cadangan Kajian Masa Depan   72



BIBLIOGRAFI                                           73


LAMPIRAN                                              75
                                                             xii




                           SENARAI JADUAL




NO. JADUAL                      TAJUK               MUKA SURAT



3.1      Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian       31
3.2      Skala Likert                                   32
3.3      Markat Skor Item Bagi Penyataan Positif
         Dan Negatif                                    35
3.4      Pengelasan Tahap Penguasaan
         Berdasarkan Analisis Skor Min                  35
3.5      Tafsiran Nilai Peratus Kajian                  36
3.6      Klasifikasi Kekuatan Kolerasi Rowtree          36
4.1      Taburan Bilangan Dan Peratusan
         Responden Mengikut Sekolah                     39
4.2      Taburan Bilangan Dan Peratusan
         Responden Mengikut Jantina                     40
4.3      Taburan Bilangan Dan Peratusan
         Responden Mengikut Kelulusan Akademik          40
4.4      Taburan Bilangan Dan Peratusan
         Responden Mengikut Pengalaman Mengajar         41
4.5      Taburan Bilangan Dan Peratusan
         Responden Mengikut Jumlah Waktu
         Mengajar                                       41
4.6      Taburan Bilangan Dan Peratusan
         Responden Mengikut Jumlah Pelajar Dalam
         Kelas                                         42
                                                              xiii

4.7    Dapatan Berhubung Kaedah Pengajaran Yang Sering
       Digunakan Semasa Proses Pengajaran Pengajian
       Kejuruteraan Awam                                 43
4.8    Dapatan Berhubung Dengan Penggunaan Alat Bantu
       Pengajaran Dengan Kaedah Pengajaran Yang
       Digunakan                                         50
4.9    Dapatan Berhubung Dengan Teknik-Teknik Yang
       Dipraktikan Dalam Pengajaran Mengikut Kaedah
       Pengajaran Yang Digunakan                         53
4.10   Dapatan Berhubung Pencapaian Pelajar Dalam
       Keputusan Peperiksaan Dengan Kaedah Pengajaran
       Yang Digunakan                                    59
                                                            xi




           SENARAI SINGKATAN




ABM    -           Alat bantu mengajar
KPLI   -           Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
KPM    -           Kementerian Pendidikan Malaysia
PKA    -           Pengajian Kejuruteraan Awam
PKPG   -           Program Khas Pensiswazahan Guru
P&P    -           Pembelajaran dan pengajaran
SMT    -           Sekolah Menengah Teknik
SPSS   -           Statistical Package For Social Science
SPM    -           Sijil Pelajaran Malaysia
                                         BAB I




                                   PENGENALAN




1.1    Pendahuluan




       Ee Ah Meng (1990) menyatakan bahawa, pengajaran bukanlah merupakan suatu
perlakuan tunggal. Sebenarnya pengajaran terdiri daripada gabungan perlakuan.
Perlakuan-perlakuan ini akan dijalankan untuk mencapai objektif-objektif utama. Antara
perlakuan yang utama ialah perancangan, perlaksanaan dan penilaian. Di sini jelas
menunjukkan bahawa objektif pembelajaran akan tercapai dengan berkesan sekiranya
perancangan teratur, perlaksanaan baik serta penilaian berkesan.
.



       Harapan Negara dengan terlaksananya Multimedia Koridor Raya (MSC), adalah
untuk menghasilkan tenaga kerja yang berteknologi tinggi. Kesediaan guru untuk
menukar cara pengajaran yang tradisional kepada pengajaran berasaskan teknologi
moden dan canggih merupakan tulang belakang kepada kejayaan perlaksanaan sekolah
bestari yang merupakan salah satu aplikasi perdana MSC. Projek sekolah bestari ini akan
bertanggungjawab untuk menyediakan generasi baru yang mampu mengharungi cabaran
dunia baru teknologi maklumat (Jamalludin Harun, 1999).
                                                                                     2

       Sehubungan dengan itu, kurikulum pengajaran dan pembelajaran di Sekolah
Menengah Teknik (SMT) memulakan transfomasi dan kaedah yang lebih efektif supaya
berupaya menarik serta meningkatkan minat pelajar terutamanya daripada golongan
pelajar yang berkebolehan sederhana (lebih kurang 60 peratus daripada bilangan
keseluruhan pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah) daripada aliran perdana
supaya meminati mata pelajaran Sains dan Teknikal (Abdul Aziz, 1998).




       Pada masa ini, Sistem Pendidikan Teknik dijalankan di Politeknik, Sekolah
Menengah Teknik, Sekolah Menengah Vokasional dan Sekolah Menengah Akademik di
seluruh negara. Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional yang baru bertujuan
untuk memenuhi matlamat:



          a. Membantu negara dalam proses pembangunan dan pemodenan industri
              melalui program pendidikan teknik dan vokasional yang mengeluarkan
              tenaga manusia terlatih serta berpengetahuan teknikal.
          b. Menyediakan pendidikan asas untuk membolehkan pelajar melanjutkan
              pelajaran dalam bidang teknologi.
          c. Memperkembangkan minat di kalangan pelajar dalam bidang sains dan
              teknologi.
          d. Memperkembangkan sikap positif, bertanggungjawab dan berdisplin di
              kalangan pelajar.
                             (Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, 1990)




       Dengan itu mata pelajaran kejuruteraan yang merangkumi Pengajian
Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal telah mula diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah
Teknik di seluruh Malaysia sejak tahun 1995. Cadangan mata pelajaran ini adalah di
                                                                                       3

antara senarai lima mata pelajaran kejuruteraan yang telah diluluskan oleh mesyuarat
Jawatankuasa Pusat Kurikulum 7/89 pada 15 Disember 1989 (Rujukan dari sukatan
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam). Pelajar di peringkat Sekolah Menengah
Rendah telah didedahkan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup. Oleh itu mereka
yang akan mengikuti pengajian di Sekolah Menengah Atas telah diperkenalkan kepada
asas kejuruteraan. Selaras dengan matlamat KBSM, mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam ditawarkan untuk memenuhi minat dan kecenderungan pelajar.




       Teknologi juga telah berkembang dengan pesat dan melahirkan banyak
cabangnya. Pelajar lepasan tingkatan lima sudah di ambang memilih kerjaya dan mereka
perlu diberikan pendedahan dalam masa yang wajar bagi memandu mereka memilih
kerjaya masing-masing. Kejuruteraan Awam adalah satu bidang kejuruteraan yang
utama dan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam sesuai diperkenalkan kepada
pelajar (Rujukan dari sukatan pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam).




       Merujuk daripada sukatan pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4
terdapat beberapa objektif mempelajari pelajaran ini yang merangkumi:


       a.     Mewujudkan kefahaman terhadap kepentingan dan hubungkait bidang
              Kejuruteraan Awam dalam kehidupan seharian.
       b.     Menjelaskan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan pembangunan dan
              masyarakat.
       c.     Menyemai sifat suka menyelidik dan bertindak berasaskan fakta.
       d.     Mengembang dan meningkatkan lagi daya intelek serta permikiran yang
              rasional, kritikal dan kreatif.
                                                                                     4

Dengan ini dapatlah memenuhi matlamat mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam
iaitu untuk memberikan pengetahuan asas mengenai bidang Kejuruteraan Awam serta
cabangnya dan mendedahkan pelajar kepada faktor yang mempengaruhi pembangunan
serta kesannya terhadap kehidupan seharian.




1.2      Latar belakang masalah




         Teknologi adalah merupakan kunci kepada Malaysia bagi mencapai taraf Negara
maju mengikut acuan kita sendiri yang diimpikan melalui Wawasan 2020. Negara perlu
membuat pelaburan dalam usaha meningkatkan sumber manusia yang berkualiti yang
akan menjadi pendukung utama untuk merealisasikan wawasan Malaysia sebagai sebuah
negara maju yang mampu bukan sahaja mengguna tetapi juga mencipta, mengembang
dan mengeksport teknologi. Sehubungan itu, para pendidik di bidang teknik dan
vokasional hendaklah memainkan peranan yang penting dalam usaha membentuk
program-program yang sejajar dengan perkembangan teknologi tersebut (Abdul Aziz
1998).



         Noran Fauziah (1993) pula mengutarakan bahawa seseorang guru perlu
memahami, menjiwai dan melaksanakan Dasar Pendidikan Negara. Berdasarkan
perkembangan semasa, seseorang guru hendaklah sentiasa menjadikan falsafah dan
matlamat pendidikan negara, sekolah serta Wawasan 2020 dalam menyampaikan proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana pihak-pihak yang berkaitan sering
sahaja mengaitkan produk (pelajar) yang dihasilkan oleh sesebuah sekolah dengan
falsafah dan matlamat yang telah digariskan.
                                                                                        5

       Kaedah pengajaran guru merupakan faktor penyumbang yang besar terhadap
pencapaian sesuatu mata pelajaran. Kaedah pengajaran guru yang berkesan mampu
membangkitkan pelbagai ransangan dalam diri pelajar dan seterusnya meminati sesuatu
mata pelajaran. Menurut Mok Soon Sang (1991), pengajaran afektif atau pengajaran
yang berkesan boleh dirumuskan sebagai satu sistem aktiviti mengikut objektifnya
dalam suasana yang sihat, menarik, seronok, bersemangat, demokartik, tenang dan
berdisplin. Keberkesanan pengajaran bergantung semata-mata kepada kecekapan guru
dalam merancang, melaksanakan sesuatu pelajaran.




       Analisis peperiksaan SPM dan SPMV 1995 yang telah dikeluarkan oleh
Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal
pada 8 April 1996 pula menyatakan pencapaian pelajar kumpulan pertama yang
mendahului SPM bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam adalah tidak begitu
memuaskan (Laporan Perkembangan Sukatan Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam).




       Mengikut analisis keputusan peperiksaan SPM untuk tahun 1999 bagi mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam, jumlah calon yang mengambil peperiksaan
adalah seramai 3181 orang pelajar. Daripada jumlah itu, hanya 3.2 peratus sahaja yang
mendapat keputusan sangat baik iaitu gred 1 dan 2. Manakala 56.8 peratus mendapat
keputusan kepujian iaitu gred 3 hingga 6 dan 38.3 peratus mendapat keputusan hanya
lulus iaitu gred 7 hingga 8. Peratus yang tinggi bagi pelajar yang mendapatkan
keputusan lulus sahaja memberikan nilai realiti bahawa tahap pencapaian pelajar masih
rendah dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam.
                                                                                    6

        Menurut Atan Long (1980), guru yang baik sentiasa mencari punca kelemahan
pelajar di dalam mata pelajaran dan memperbaiki kelemahannya. Guru hendaklah
sentiasa membuat penilaian terhadap pengajaran supaya pelajar dapat diketahui dan
diperbaiki sebelum kelemahan itu menular. Penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai
dan berkesan memainkan peranan penting dalam membantu proses pengajaran ketika
menyampaikan isi pelajaran.




1.3     Pernyataan masalah




        Oleh yang demikian, penyelidik ingin melihat apakah amalan kaedah pengajaran
yang sering digunakan oleh guru-guru teknikal dalam mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam.




1.4     Objektif Kajian




        Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pelaksanaan penggunaan kaedah
pengajaran yang digunakan oleh guru-guru di sekolah teknik dan untuk mengetahui
kekuatan kaedah tersebut bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam.
Di antara objektif kajian adalah bertujuan untuk:


      I. Mengenal pasti penggunaan kaedah pengajaran berikut digunakan oleh guru-
        guru teknikal semasa proses pengajaran.
            a. kaedah kuliah/syarahan
            b. kaedah perbincangan
            c. kaedah tunjuk cara
            d. kaedah penyelesaian masalah
                                                                                    7



      II. Mengenal pasti tahap penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran
         di kalangan guru-guru teknikal.


  III. Mengetahui penggunaan          teknik-teknik berikut dalam proses pengajaran di
         kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik.
             a. kawalan kelas
             b. kawalan masa
             c. penglibatan pelajar
             d. latih tubi


  IV. Mengetahui persepsi guru-guru teknikal mengenai pencapaian pelajar dalam
         mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam.




1.5      Persoalan kajian




        Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:


      I. Adakah kaedah pengajaran berikut digunakan oleh guru-guru teknikal semasa
         proses pengajaran Pengajian Kejuruteraan Awam?
             a. kaedah kuliah/syarahan
             b. kaedah perbincangan
             c. kaedah tunjuk cara
             d. kaedah penyelesaian masalah


      II. Bagaimanakah tahap penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru
         teknikal semasa proses pengajaran Pengajian Kejuruteraan Awam?
                                                                              8

III. Adakah teknik-teknik berikut digunakan oleh guru-guru teknikal dalam proses
    pengajaran Pengajian Kejuruteraan Awam?
        a. kawalan kelas
        b. kawalan masa
        c. penglibatan pelajar
        d. latih tubi


IV. Apakah persepsi guru-guru teknikal mengenai pencapaian pelajar dalam mata
    pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam?