; Latihan Makmal 1
Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out
Your Federal Quarterly Tax Payments are due April 15th Get Help Now >>

Latihan Makmal 1

VIEWS: 67 PAGES: 7

  • pg 1
									Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

BTI 1043/BIT 1043/DIT 1093 Pengenalan Kepada Multimedia
Sem II 2005/2006


                                     Latihan Makmal 1


Topik      : Pengenalan Kepada Adobe Photoshop
                  Antaramuka perisian Adobe Photoshop
                  Komponen-komponen Adobe Photoshop
                  Menggunakan ruang kerja
                  Memulakan aplikasi
Objektif   :Pelajar dapat memahami konsep penggunaan perisian Adobe Photoshop dan
           komponen-komponennya.
Perisian




        Pengenalan Kepada Adobe Photoshop


Perisian Adobe Photoshop digunakan untuk menghasilkan grafik (teks, imej, dll) yang
berkualiti, mampu memberikan kesan khas yang menakjubkan dan lebih realistik. Ia
biasa digunakan oleh pembangun aplikasi multimedia, pereka grafik, pereka laman web
untuk menghasilkan sumber-sumber imej dan grafik yang diperlukan. Grafik yang
dihasilkan boleh diintegrasikan dengan perisian lain daripada keluarga Adobe seperti
Adobe ImageReady, Adobe Illustrator atau perisian Macromedia seperti Dreamweaver,
Freehand, Authorware, Director, Flash dan sebagainya. Fail grafik yang dihasilkan
menggunakan Adobe Photoshop disimpan dalam format *.psd. Namun demikian, ianya
boleh disimpan dalam format grafik yang lain seperti jpeg, jpg, gif, tiff, raw dan lain-lain.
Secara umumnya, konsep perisian Adobe Photoshop membenarkan pengguna untuk :


        Menghasilkan grafik yang dikehendaki bergantung kepada kreativiti individu
        Mengedit, mengubah dan menambahbaik imej sedia ada




                              Disediakan oleh : Suriawati Suparjoh
                             http://fatekma.kuittho.edu.my/Suriawati
    Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia
    Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

    BTI 1043/BIT 1043/DIT 1093 Pengenalan Kepada Multimedia
    Sem II 2005/2006

    Antaramuka Adobe Photoshop


    Antaramuka perisian Adobe Photoshop terdiri daripada beberapa bahagian utama
    seperti yang dapat dilihat pada rajah di bawah (Rajah 1):




1

3
2
                                                                                   5




                                                                                   6
2


                                                                                   7




                                                                                   8




                                          4

                          Rajah 1 : Antaramuka Adobe Photoshop




                                Disediakan oleh : Suriawati Suparjoh
                               http://fatekma.kuittho.edu.my/Suriawati
Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

BTI 1043/BIT 1043/DIT 1093 Pengenalan Kepada Multimedia
Sem II 2005/2006

Bahagian yang berlabel dalam rajah 1 ialah komponen-komponen utama yang terdapat
pada antaramuka Adobe Photoshop. Setiap komponen mempunyai fungsi yang
tersendiri iaitu:



1) Bar Menu (Menu Bar)




Menempatkan menu keseluruhan untuk perisian Adobe Photoshop. File dan Edit adalah
dua menu yang biasa digunakan untuk membuka dan menyimpan fail Photoshop serta
menyalin dan menampal semula item.


2) ToolBox


                Set peralatan melukis dan menulis yang membolehkan pengguna
                memilih item, melukis imej, grafik dan teks, mengubahsuai, mewarna,
                menyusunsuai dan mengubah kedudukan grafik,memaparkan imej item
                yang telah direka dan sebagainya.


                Berikut adalah antara alatan dalam Toolbox dan fungsinya:


                     Rectangular Marquee Tool – digunakan untuk memilih bahagian-
                bahagian tertentu pada item grafik.

                    Move Tool – digunakan untuk menggerakkan item grafik

                    Crop tool – digunakan untuk memotong dimensi item grafik

                    Paintbrush Tool- digunakan untuk mewarnakan sebahagian item
                grafik

                    Paint Bucket Tool – digunakan untuk mewarnakan keseluruhan item

                     Type Tool – digunakan untuk menulis perkataan



                             Disediakan oleh : Suriawati Suparjoh
                            http://fatekma.kuittho.edu.my/Suriawati
Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

BTI 1043/BIT 1043/DIT 1093 Pengenalan Kepada Multimedia
Sem II 2005/2006

    Zoom Tool – Untuk melihat item mengikut skala yang dikehendaki

    Rectangle Tool – Untuk menentukan dan membina bentuk item

    Eye dropper Tool – Untuk memilih warna tertentu dalam foto




3) Tool Option Bar




Setiap alatan yang digunakan dari Toolbox akan mempunyai option bar ataupun bar
pilihannya sendiri. Bar ini akan menunjukkan ciri-ciri yang berkaitan dengan sesuatu
alatan yang dipilih. Pengguna boleh mengubah cirri-cir yang ditetapkan berdasarkan
keperluan masing-masing.


4) Ruangan kerja (Workspace)


Membolehkan pengguna menghasilkan item grafik yang dikehendaki sama ada dengan
melukis sendiri, menyalin dari fail lain atau menggunakan imej sedia ada. Ruangan kerja
ini boleh diubah saiz dan warna mengikut yang dikehendaki.


5) Ruangan pengemudi (Navigation pallete)


Membolehkan seluruh hasilan grafik atau ruangan kerja dijelajahi dengan mudah.


6) Bar warna (Color pallete)


Membolehkan pengubahsuaian warna untuk imej dan grafik dilakukan dengan mudah.




                            Disediakan oleh : Suriawati Suparjoh
                           http://fatekma.kuittho.edu.my/Suriawati
Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

BTI 1043/BIT 1043/DIT 1093 Pengenalan Kepada Multimedia
Sem II 2005/2006

7)Rekod turutan tugas (History pallete)


Merekod setiap langkah yang telah dilaksanakan secara teratur. Pengguna boleh
memadam langkah yang tidak diingini.


8) Lapisan ( Layer pallete)


                                    Membolehkan imej disusun secara teratur dan
                                    membenarkan imej diedit secara berasingan tanpa
                                    melibatkan antara satu sama lain.




Latihan 1 – Mencipta Imej Teks

   1. Pilih File | New. Satu kotak dialog (Dialog box) akan dipaparkan.




                           Disediakan oleh : Suriawati Suparjoh
                          http://fatekma.kuittho.edu.my/Suriawati
Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

BTI 1043/BIT 1043/DIT 1093 Pengenalan Kepada Multimedia
Sem II 2005/2006

   2. Setkan ketinggian dan kelebaran imej daripada inches kepada pixel yang
       mana ini adalah dimensi piawaian untuk keperluan web.
   3. Untuk imej yang akan direka, setkan kelebaran kepada 600 dan
       ketinggian kepada 100.
   4. Klik butang OK.
   5. Klik Create a New Layer pada palet Layer.
   6. Klik pada Type Tool.
   7. Klik pada Set Foreground Color untuk membuka kotak dialog Color
       Picker. Tandakan pada Only Web Colors.




   8. Pilih warna yang dikehendaki dan klik OK.
   9. Pada Options bar, setkan jenis tulisan (font) kepada Arial Black dan
       tukarkan saiz tulisan kepada 48 pt.
   10. Taipkan perkataan ‘Photoshop’.
   11. Pada Menu bar, pilih Layer | Layer Style| Drop Shadow
   12. Tandakan pada Bevel and Emboss
   13. Klik pada Stroke dan set size kepada satu pixel.
   14. Klik pada kotak Color untuk memilih warna.



                           Disediakan oleh : Suriawati Suparjoh
                          http://fatekma.kuittho.edu.my/Suriawati
Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

BTI 1043/BIT 1043/DIT 1093 Pengenalan Kepada Multimedia
Sem II 2005/2006

   15. Klik warna kelabu hitam. (Hex 333333)




   Hasilnya adalah seperti berikut:




                           Disediakan oleh : Suriawati Suparjoh
                          http://fatekma.kuittho.edu.my/Suriawati

								
To top