kajian tindakan

Document Sample
kajian tindakan Powered By Docstoc
					Pernyataan Masalah

        Berdasarkan pemerhatian di dalam kelas saya, saya mendapati kebanyakan pelajar
mengalami kesukaran mengingati fakta-fakta sejarah terutamanya dalam mengingati
nama tokoh, tempat, dan tahun. Ini akan menyebabkan pelajar tersebut bertukar atau
keliru di antara fakta-fakta tersebut. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar
mudah bosan dan kurang memberikan tumpuan terhadap sesi pembelajaran terutamanya
di kalangan pelajar di kelas pencapaian kurang memuaskan (kelas akhir). Keadaan ini
dapat dilihat apabila :
     Sebahagian besar pelajar akan menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti
        menguap, mengantuk, tidur di dalam kelas serta kurang bersemangat apabila mata
        pelajaran ini diajar. Terdapat sebahagian daripada pelajar tidak kira lelaki atau
        perempuan akan cuba menarik perhatian guru terhadap mereka dengan berbuat
        bising atau mengganggu kawan mereka
     Terdapat sebilangan pelajar akan ponteng kelas sewaktu sesi pembelajaran itu
        berlangsung. Pelajar akan ponteng kelas pada waktu tersebut dengan pergi ke
        tempat-tempat lain atau melakukan aktiviti di luar kelas. Mereka akan kembali ke
        kelas tersebut setelah tamat waktu berkenaan.
     Pelajar akan merujuk kepada buku teks untuk menjawab soalan yang
        dikemukakan.
     Kaedah pengajaran oleh guru hanya memberi penerangan dan tidak
        menggunakan teknik mengingati fakta kerana tidak mempunyai kemahiran.Guru
        tidak menggunakan alat Bantu mengajar atau bahan Bantu mengajar seperti yang
        dilakukan oleh guru Matematik dan Sains yang banyak menggunakan perisian,
        peralatan computer ketika sesi pembelajaran berlangsung juga mempengaruhi
        minat pelajar terhadap subjek sejarah. Ini kerana alasan yang diberikan oleh guru
        jika tidak menggunakan peralatan ICT ialah mereka berfikiran tiada pemantauan
        seperti yang dijalankan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik dan
        Sains yang sering dilakukan pemantauan. Hal ini sekaligus akan menyebabkan
        pelajar tersebut hilang atau tidak minat kepada guru Sejarah.

Kesan daripada masalah ini, pelajar tersebut akan gagal menjawab peperiksaan serta
memperoleh keputusan yang kurang memuaskan terutamanya ketika berhubung soalan
berkaitan tokoh, tempat dan tahun. Sekiranya masalah ini tidak dipandang serius oleh
semua pihak, lama kelamaan subjek ini akan terus dipinggirkan oleh pelajar tersebut.
Akhirnya sejarah bagi mereka akan dikategorikan sebagai subjek yang bosan dan
mungkin mereka tidak akan mengetahui peristiwa-peristiwa penting di dalam sejarah
Malaysia. Oleh itu guru perlu memikirkan apakah kaedah yang terbaik untuk
menyelesaikan masalah ini.
OBJEKTIF / TUJUAN KAJIAN

Objektif Umum

Meningkatkan tahap prestasi pelajar di dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah
dengan cara mengatasi kegagalan penguasaan pelajar dalam mengingati fakta (tokoh,
tahun, dan tempat).

Objektif Khusus

      Supaya dapat membantu pelajar meningkatkan tahap penguasaan mengingati
       fakta-fakta sejarah dengan lebih berkesan terutamanya mengingati nama tokoh,
       tempat peristiwa serta tahun berlakunya sesuatu kejadian.
      Mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kurang atau tidak
       berminat mengikuti sesi pembelajaran sejarah
      Meningkatkan minat dan keupayaan pelajar dalam mengingati susunan fakta
       berdasarkan nama tokoh, tempat dan tahun.
      Meningkatkan keyakinan pelajar untuk terus mengikuti pengajaran dan
       pembelajaran yang diajar oleh guru.
      Untuk mengkaji secara sistematik amalan-amalan kendiri dan meningkatkan tahap
       pengetahuan dan kemahiran guru melalui penyelidikan.
      Guru-guru juga akan dapat mengenalpasti langkah-langkah atau kaedah
       pengajaran dan pembelajaran yang sesuai yang boleh diambil untuk mengatasi
       dan menyelesaikan masalah yang timbul.
      Pihak pengurusan pentadbiran sekolah dapat mengambil langkah dalam
       penyediaan bahan-bahan atau alatan pengajaran yang lebih fleksibel iaitu boleh
       digunakan dalam pelbagai situasi misalnya perisian Sejarah, peralatan komputer
       seperti yang digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik

				
DOCUMENT INFO
norhashimi jusoh norhashimi jusoh mr academyforex2u.blogspot.com
About Hi, I’m Simee Jusoh and I create educ website to help other people to successful education learn. I started this in 2001. To contact me, please email