Docstoc

12a Pelaporan

Document Sample
12a Pelaporan Powered By Docstoc
					KPN2043


                         PELAPORAN


Kepentingan Melaporkan Kemajuan Pelajar

    •     Penggredan memberi simbol, iaitu gred, untuk
          melaporkan      aspek   kemajuan      pelajar.    Gred
          dilaporkan kepada ibu bapa atau penjaga dan
          pelajar melalui Kad Kemajuan Pelajar. Pelaporan
          melaporkan kepada ibu bapa atau penjaga tentang
          kekuatan atau kelemahan pelajar berkenaan. Ini
          akan dapat menambahkan lagi hubungan antara
          sekolah dan ibu bapa atau penjaga melalui interaksi
          yang wujud antara keduanya. Kad Kemajuan Pelajar,
          biasanya, diserah kepada pelajar di akhir penggal atau
          tahun. Ibu bapa atau penjaga dengan ditemani oleh
          pelajar sendiri diminta hadir untuk menerima Kad
          Kemajuan Pelajar. Guru kelas akan memberikan kad
          berkenaan. Adalah disarankan agar semua guru yang
          mengajar pelajar berada di satu bilik khas supaya ibu
          bapa atau penjaga pelajar dapat berjumpa dengan
          mereka untuk berbincang tentang pencapaian anak-anak
          mereka itu.

    •     Pelajar yang lemah atau bermasalah dalam sesuatu mata
          pelajaran haruslah mendapat perhatian daripada ibu
          bapa atau penjaga supaya sesuatu usaha dapat
          diberikan untuk memperbaiki keadaan yang ada.
          Guru haruslah dapat menyediakan laporan yang kemas
          kini terhadap pelajar-pelajar berkenaan. Laporan seperti
          “usaha lagi” kurang sesuai digunakan bagi pelajar yang
          bermasalah. Guru haruslah dapat menjelaskan dengan
          lebih terperinci kepada ibu bapa atau penjaga tentang
          hal-hal yang berkenaan.

    •     Ujian akan lebih memberi makna kepada pelajar jika skor
          yang didapatinya diberi tahu kepada pelajar. Pelajar
          mestilah dapat menerima bahawa ujian berkenaan
          adalah penting, relevan dan memanfaatkan dan pelajar
          mestilah dapat membuat sebaik yang mungkin semasa


hazba                            1
KPN2043


           ujian. Dengan cara ini pelajar akan mengetahui
           kelemahan mereka dalam perkara yang dipelajari dan
           akan mencuba memperbaiki kelemahannya. Mereka tidak
           lagi akan mengulangi kesalahan yang serupa di masa
           hadapan.

     •     Pelaporan yang baik membantu ibu bapa atau penjaga
           dan pelajar untuk merancang masa hadapan mereka.
           Ini akan membantu pelajar agar tidak tersalah pilih
           jurusan, mengikut minat dan kemampuan mereka
           sendiri.


Kriteria Pelaporan Kemajuan Pelajar

     •     Setiap pelaporan yang dibuat ke atas pencapaian pelajar
           dalam    bidang    akademiknya     mestilah   objektif,
           berterusan, boleh dipercayai dan sah.

     •     Pelaporan yang dibuat mestilah mudah difahami oleh
           pelajar ibu bapa atau penjaga dan tidak perlu terlalu
           sukar atau mengambil masa yang lama untuk pihak guru
           menyediakannya. Di samping itu ia haruslah memberikan
           maklumat yang lengkap tentang pencapaian pelajar
           dalam sesuatu mata pelajaran.

1.       Objektif.

Pelaporan yang dibuat hendaklah objektif di mana semua ibu
bapa atau penjaga guru dapat menerima catatan yang dibuat
dalam pelaporan yang berkenaan. Mereka memahami setiap
catatan yang dibuat tanpa sebarang keraguan.


2.       Berterusan

Pelaporan hendaklah berbentuk yang berterusan tentang
kemajuan pelajar. Setiap pelaporan hendaklah dibuat agar ibu
bapa atau penjaga dapat mengetahui perkembangan
prestasi pelajar sama ada meningkat atau menurun. Malahan


hazba                             2
KPN2043


pelaporan bulanan adalah dialu-alukan supaya sebarang
kelemahan yang wujud dapat diperbaiki dengan segera. Adalah
digalakkan kertas-kertas ujian yang telah diperiksa diserahkan
kepada ibu bapa atau penjaga untuk satu penilaian sendiri
tentang pencapaian anak mereka.

3.      Kebolehpercayaan

Pelaporan yang subjektif ke atas prestasi pelajar akan
mengurangkan kebolehpercayaan pelaporan. Faktor-faktor yang
meningkatkan kebolehpercayaan adalah heterogennya, iaitu
markah daripada beberapa mata pelajaran dilaporkan, dan
tidak dijumlahkan menjadi satu skor sahaja yang merangkumi
beberapa mata pelajaran.

               Perkara        Markah      Gred      Nilai Gred
   Kerja Kursus & Latihan
   Ujian 1
   Ujian 2
   Keputusan Peperiksaan




Kaedah untuk melaporkan Kemajuan Pelajar

Sekolah menggunakan kaedah yang berbeza dalam melaporkan
kemajuan pelajar kepada ibu bapa atau penjaga. Pada umumnya
sekolah menggunakan kaedah berikut;
     (a) gred abjad,
     (b) pelaporan bertulis, dan
     (c) konferensi.
Setiap kaedah tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan
masing-masing.




hazba                         3
KPN2043


(a) Gred abjad.

        Abjad A, B, C, D, E, dan F kerap digunakan sebagai pangkat
        dalam menetapkan prestasi pelajar. Ini merupakan kaedah
        yang telah sekian lama digunakan dan masih menjadi
        penggunaan gred yang popular. Ia adalah kaedah
        penggredan yang paling mudah untuk menentukan tahap
        pencapaian seseorang pelajar. Ia mudah bagi guru menulis
        dalam laporan kemajuan pelajar dan mudah bagi ibu bapa
        atau penjaga untuk memahami maksud bagi setiap gred.
        Biasanya abjad A, B, C, D di tulis dengan dakwat biru atau
        hitam menandakan pelajar lulus bagi mata pelajaran
        berkenaan dan dakwat merah bagi abjad E, dan F
        menandakan pelajar gagal dalam mata pelajaran
        berkenaan.




hazba                             4
KPN2043


(b) Pelaporan bertulis

        Pelaporan bertulis boleh dibuat mengganti perjumpaan ibu
        bapa atau penjaga dengan guru. Ibu bapa atau penjaga
        boleh meneliti dan membaca laporan bertulis tentang
        pencapaian anak mereka dan boleh menanya anak mereka
        sendiri untuk mendapat kepastian yang lebih lanjut.

        Namun demikian terdapat beberapa kelemahan dalam
        pelaporan bertulis seperti berikut:

        (i)    Guru perlukan banyak masa dan perlu memikirkan
               perkataan, frasa atau ayat yang sesuai untuk
               menjelaskan prestasi pelajar dalam satu-satu mata
               pelajaran atau aktiviti. Bagi sekolah yang mempunyai
               pelajar yang ramai, adalah menjadi satu keperitan
               bagi guru menulis pelaporan untuk semua pelajar.

        (ii)   Kerap berlaku pelaporan bertulis dilakukan dengan
               cepat dan tergesa-gesa. Ini menjadikan laporan
               stereo-taip dan samar. Maklumat yang diberikan
               menjadi kurang tepat atau kurang lengkap tentang
               pencapaian pelajar.

        (iii) Biasanya catatan yang ditulis di atas borang pelaporan
              disalah tafsirkan atau diberi tanggapan yang salah
              oleh ibu bapa atau penjaga. Salah tanggapan mungkin
              berlaku dalam perkara-perkara khusus. Contohnya,
              mungkin guru bermaksud kelemahan pelajar dalam
              membaca peta, tetapi telah disalahtafsirkan sebagai
              kelemahan membaca petikan dan sebagainya.

        (iv) Penggunaan istilah khusus pengukuran atau penilaian
             pendidikan tidak difahami oleh ibu bapa atau penjaga.
             Ini  ditakuti   akan    disalahtafsirkan  dan   akan
             menimbulkan kekeliruan yang lain pula.




hazba                              5
KPN2043


                      CONTOH KOMEN/ULASAN
CONTOH JJ CANHILL MEMORIAL
HIGH SCHOOL, AUSTRALIA;
“Nabihan is an outstanding student in all her subject. She has achieved
excellent results which reflects her mature and positive approach and
hard work during this semester.”
Ulasan Pengetua
“Nabihan is an excellent student. She always works very hard and is a delight to
teach. Well done and keep up the great work.”
Ulasan Guru Pendidikan Seni

CONTOH FAIRFAX COUNTY PUBLIC SCHOOL, FAIRFAX
“Ezatul is making satisfactory progress. She is artistic and creative,
and her finished products are excellent. Ezatul fine motor skills are
superior.”




hazba                                   6

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:611
posted:2/5/2010
language:Malay
pages:6
norhashimi jusoh norhashimi jusoh mr academyforex2u.blogspot.com
About Hi, I’m Simee Jusoh and I create educ website to help other people to successful education learn. I started this in 2001. To contact me, please email