Docstoc

05a Pemarkahan

Document Sample
05a Pemarkahan Powered By Docstoc
					KPN2043
                KAEDAH PEMARKAHAN SOALAN ESEI



Kriteria Pemarkahan Skrip Jawapan Esei

Memeriksa skrip jawapan pelajar merupakan proses
mengukur dan menilai yang memerlukan kriteria tertentu.
Kriteria yang digunakan dalam pemarkahan jawapan esei
berkaitan rapat dengan tujuan dan tugasan soalan. Kriteria
ini terbahagi kepada tiga seperti yang berikut.

        (i)      Kriteria kandungan yang merujuk kepada
                 penguasaan maklumat dan fakta yang berkaitan
                 mengikut kehendak soalan
        (ii)     Kriteria pengolahan yang merujuk kepada
                 kemahiran menghuraikan maklumat, fakta dan
                 idea secara logik dan matang serta penggunaan
                 bahasa yang tepat
        (iii)    Kriteria proses yang merujuk kepada aspek
                 ketepatan,    kemunasabahan,        kelengkapan,
                 ketekalan, keaslian, dan kreativiti dalam teknik
                 penulisan




hazba                             1
KPN2043
Kaedah Pemarkahan

Pada umumnya, terdapat dua kaedah pemarkahan jawapan
esei yang digunakan sama ada secara berasingan atau
secara gabungan oleh pemeriksa. Kaedah pemarkahan
tersebut ialah kaedah analitik dan kaedah holistik (atau
global).



Kaedah Pemarkahan Analitik

Kaedah analitik dikenal juga sebagai kaedah markah poin
kerana kaedah ini memerlukan skema pemarkahan yang
terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan
pemberatan. Dalam kaedah ini, markah diuntukkan kepada
unsur-unsur penting mengikut pemberatannya. Unsur-unsur
penting yang merangkum kriteria kandungan, pengolahan,
dan proses itu dikesan dan diberi markah secara berasingan.
Ini bermakna bahawa jika unsur-unsur tiga kriteria tersebut
banyak terdapat dalam jawapan pelajar, maka tinggilah
markah yang akan diberikan kepadanya. Pemarkahan
analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada unsur
isi atau idea utama tetapi juga kepada organisasi dan
kebersepaduan unsur-unsur berkenaan.

Kaedah analitik sering digunakan dalam peperiksaan awam,
khasnya bagi soalan yang memerlukan jawapan yang
terperinci, seragam, dan berstruktur. Kaedah ini paling
sesuai digunakan untuk soalan esei jawapan terhad. Skema
pemarkahan yang dihuraikan secara terperinci memudahkan
pemeriksa untuk memberikan markah dengan tepat. Oleh itu
keobjektifan serta kebolehpercayaan ujian esei dapat
ditingkatkan.




hazba                        2
KPN2043
Penyediaan skema pemarkahan analitik

        1.   Kaedah ini memerlukan
             (i)     penyediaan satu garis panduan atau satu
                     senarai unsur-unsur utama yang perlu
                     dimasukkan sebagai jawapan yang paling
                     baik bagi soalan itu;
             (ii)    penentuan bilangan poin yang akan diberi
                     untuk setiap unsur utama;
        2.   Jawapan pelajar yang sepadan dengan jawapan
             yang dikehendaki akan diberi markah penuh; yang
             langsung tidak sepadan tidak akan diberi sebarang
             markah;
        3.   Sebahagian daripada markah penuh boleh diberi
             sekiranya jawapan tidak tepat sepenuhnya;
        4.   Keobjektifan pemarkahan boleh ditingkatkan
             dengan menentukan berapakah markah akan
             diberi kepada pelbagai jenis jawapan yang kurang
             tepat itu;




hazba                           3
KPN2043
Contoh Skema Pemarkahan Analitik
Contoh A

Soalan:   Huraikan perubahan keadaan             jirim dan
tenaga yang berlaku apabila ais mencair.

                                                              [15]

Skema pemarkahan:

        ─ perubahan keadaan jirim berlaku       ..........       1
        ─ pepejal          cecair               ..........       1
        ─ zarah-zarah dalam ais berada

          di kedudukan tetap                    ..........       2

        ─ bergetar dan berputar di kedudukan
          tersebut                              ..........1 + 1
        ─ dengan memperoleh tenaga haba         ..........    1
        ─ zarah bergetar lebih kuat            ..........    1
        ─ apabila memperoleh tenaga haba
          yang mencukupi, ikatan-ikatan        ..... 3 atau 0
          antara zarah terputus
        ─ proses pencairan berlaku dan           ..........      1
          cecair terbentuk
        ─ kandungan tenaga meningkat              ..........     1
        ─ zarah-zarah mempunyai lebih
          banyak tenaga kinetik                .......... 1 + 1

                                                          15
                                                      ======




hazba                          4
KPN2043

Contoh B
Markah diuntukkan kepada isi-isi          penting   berdasarkan
kandungan skema pemarkahan.
Soalan : Berdasarkan teori Piaget, nyatakan dua
       perkara yang harus diberi perhatian dalam
       pengajaran matematik kepada murid-murid
       sekolah rendah.
                                                    [4 markah]
        Skema pemarkahan:
             (i)    Penggunaan   alat   bantu   mengajar   yang
                    banyak
             (ii)   Penggunaan cara pertanyaan-penemuan
             (iii) Pewujudan     situasi  pengajaran       dan
                   pemelajaran yang sebenar
                           (2 perkara × 2 markah = 4 markah)




hazba                            5
KPN2043

Contoh C
        Soalan : Jelaskan, dengan memberikan contoh,
                 masalah-masalah utama yang dihadapi
                 oleh penduduk bandar raya primat.
                                                [12 markah]

        Skema pemarkahan :
            (1) Masalah perumahan. Persaingan guna tanah
                di bandar menyebabkan harga rumah tinggi -
                mewujudkan fenomena setinggan.
                                                   (3 markah)
            (2) Masalah persaingan, pengangguran, dan
                kemiskinan bandar akibat migrasi penduduk
                yang tidak berkemahiran dan berkelulusan
                secara berlebihan dari luar bandar.
                                                   (3 markah)
            (3) Masalah sosial seperti jenayah, pelacuran,
                penyakit berjangkit, dan yang berkaitan di
                lokasi-lokasi tertentu.
                                                   (3 markah)
            (4) Masalah     kesesakan    lalu  lintas   akibat
                pertambahan jumlah kenderaan.
                                                  (3 markah)
            (5) Masalah kesihatan akibat pencemaran alam
                sekitar: udara, air, bau, dan bunyi dari
                kenderaan, perindustrian dan pembakaran
                sampah/pelupusan sisa domestik.
                                                   (3 markah)
            (6) Masalah kekurangan kemudahan asas dan
                kemudahan sosial. Kekurangan kawasan
                hijau    kerana     pembinaan    bertempatan,
                bangunan, jalan raya, medan letak kereta
                dan lain-lain menyebabkan bandar menjadi
                panas - pulau haba. Masalah pengurusan
                bandar yang berkaitan dengan pembetungan,
                pemprosesan kumbahan, perparitan (banjir
                kilat) dan lain-lain.              (3 markah)

            (mana-mana 4 masalah × 3 markah = 12 markah)




hazba                           6
KPN2043

Contoh D
    Soalan : Anemia sel sabit dan sindrom Down
          disebabkan oleh      mutasi. Bagi setiap
          kecacatan tersebut, jelaskan jenis mutasi
          yang terlibat.
                                       [10 markah]


  Skema Pemarkahan :
  ─         Anemia sel sabit - mutasi gen                     1
  ─         penggantian bes                                   1
  ─            kod triplet/kodon asid amino keenam            1
  ─            pada rantai β hemoglobin                       1
  ─            asid glutamik diganti oleh valina              1
  ─         hemoglobin normal A menjadi hemoglobin S          1
  ─         bentuk eritrosit/sifat sel darah merah berubah    1
  ─         menjadi lebih rapuh/kurang cekap mengangkut O2 1
                                                        8 markah
                                            maksimum 5 markah
  ─     Sindrom Down - mutasi kromosom                        1
  ─     Aneuploidi                                            1
  ─     tak disjungsi semasa meiosis/meiosis I
            /Anafasa I/pembentukan gamet                      1
  ─     kromosom no. 21 tak berpisah semasa Anafasa I         1
  ─     zigot mengandungi 3 kromosom no. 21/
                 tisomi no. 21                                1
  ─     individu mempunyai lebih satu kromosom no. 21/
        3 kromosom adalah cacat (fizikal dan mental)          1
                                                       6 markah
                                          maksimum 5 markah




hazba                            7
KPN2043
Kelebihan Kaedah Pemarkahan Secara Analitik
        (i)     Skrip jawapan boleh diperiksa oleh pemeriksa baru
                yang kurang berpengalaman memeriksa dan yang
                tidak begitu menguasai bidang berkenaan.
        (ii)    Skrip jawapan memadai diperiksa sekali sahaja.
        (iii)   Skema pemarkahan yang terperinci memudahkan
                pemberian markah dengan tepat.
        (iv)    Memberikan gambaran yang jelas tentang asas
                taburan markah, oleh sebab itu cara ini dapat
                menjelaskan mengapa pencapaian pelajar tinggi
                atau rendah.
        (v)     Dapat membantu guru mengenal pasti secara
                spesifik kekuatan dan kelemahan prestasi pelajar;
                dan menyampaikan maklumat ini kepada pelajar
                secara spesifik.
        (vi)    Pemarkahan lebih objektif. Ketekalan dapat
                dikekalkan sekiranya pemeriksa menjalankan
                tugas dengan teliti.



Kelemahan Kaedah Analitik
        (i)     Masa yang agak lama diperlukan untuk memeriksa
                setiap skrip jawapan.
        (ii)    Pemeriksaan dilakukan secara fakta dan tiada
                penekanan pada kemahiran penulisan.
        (iii)   Pemeriksaan boleh bersifat negatif, iaitu markah
                yang diuntukkan bagi sesuatu aspek ditolak
                apabila pelajar membuat kesilapan dalam aspek
                tersebut.




hazba                              8
KPN2043
Kaedah Pemarkahan Holistik

Pemarkahan jawapan dengan kaedah holistik untuk
menentukan pencapaian pelajar dalam ujian subjektif
didasarkan pada andaian bahawa keseluruhan lebih penting
daripada bahagian-bahagian sesuatu jawapan esei. Kaedah
ini menekankan aspek yang baik, bukan yang buruk, dalam
sesuatu jawapan. Oleh itu kaedah ini sesuai digunakan untuk
memeriksa karangan bahasa dan mudah dilaksanakan
kerana skema pemarkahan yang terperinci tidak disediakan.
Dalam pemarkahan kaedah holistik ini, ada dua jenis kaedah
yang lazim digunakan iaitu secara ordinal dan nominal.


1. Kaedah Ordinal
Sekiranya pemarkahan secara holistik dibuat dengan
menggunakan kaedah ordinal, pemeriksa perlu mengikuti
langkah-langkah yang berikut:
        (i)     Memeriksa setiap skrip jawapan pelajar secara
                keseluruhan.
        (ii)    Menyusun skrip-skrip jawapan pelajar mengikut
                prestasinya, iaitu prestasi terbaik diletakkan di
                atas dan prestasi terburuk diletakkan di bawah.
        (iii)   Menentukan berapa peratus pelajar yang patut
                diberi gred A, B, C, D dan E sebagainya.
        (iv)    Memberikan gred kepada skrip jawapan
                mengikut kumpulan berdasarkan peratusan
                pelajar yang telah dipertimbangkan untuk
                setiap gred.




hazba                            9
KPN2043
2. Kaedah Nominal
Dalam pemarkahan yang menggunakan kaedah nominal,
pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut:
        (i)     Menentukan skema pemarkahan terlebih dahulu
                sama ada menggunakan markah atau gred.
                Misalnya, gred A = Cemerlang, B = Kepujian, C
                = Lulus, D = Gagal. Gred berdasarkan kriteria
                kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria
                proses.
        (ii)    Pemeriksa dikehendaki membaca skrip jawapan
                pelajar sekali lalu untuk memperoleh gambaran
                setinggi   mana       tahap   jawapan  pelajar,
                berdasarkan      kriteria   kandungan, kriteria
                pengolahan, dan kriteria proses.
        (iii)   Pemeriksa kemudian dikehendaki membaca
                skrip kali kedua untuk menetapkan gred yang
                difikirkan sesuai diberikan kepada skrip tersebut
                berdasarkan      skema      pemarkahan       yang
                disediakan.
        (iv)    Pemeriksa dikehendaki membaca skrip kali
                ketiga untuk membuat pengubahsuaian, jika
                ada, pada gred-gred yang telah diberikan.


Proses pemarkahan secara holistik amat subjektif sifatnya.
Oleh sebab itu pemarkahan cara ini memerlukan pemeriksa
yang berpengalaman serta menguasai bidang berkenaan.
Ciri keobjektifan pemarkahan secara holistik ini dapat
ditingkatkan dengan mengadakan mesyuarat penyelarasan
antara ketua pemeriksa dengan pemeriksa-pemeriksa. Pada
mesyuarat itu pemeriksa akan diberi taklimat dan panduan
tentang cara memeriksa skrip jawapan dan kemudian
berlatih memeriksa beberapa contoh skrip jawapan. Dengan
cara ini, perselisihan dalam pemberian markah dan
penentuan gred antara pemeriksa dapat dikurangkan.
Dengan yang demikian, mutu pemeriksaan skrip jawapan
esei dapat dikawal dan keobjektifan ujian itu dapat
ditingkatkan.


hazba                            10
KPN2043
Contoh          Skema        Pemarkahan          Kaedah        Holistik
Berdasarkan Kaedah Nominal


Contoh Skema Pemarkahan Karangan Bahasa

        Gred/Markah                   Ciri-ciri dalam jawapan
           Gred A    Takrif yang tepat terhadap tajuk karangan yang dipilih.
        (75% - 100%) Bahasa lancar dan bersih daripada segala aspek
                     kesalahan.
                     Terdapat keragaman struktur ayat dengan susunan
                     yang sangat menarik.
                     Isinya cukup dan berkembang dengan contoh yang
                     sesuai.

           Gred B      Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih masih tepat.
        (60% - 74%)    Isinya cukup dan pengolahan agak menarik.
                       Bahasa memuaskan. Keragaman struktur ayat agak
                       sedikit.
                       Masih terdapat ciri-ciri kematangan fikiran dalam
                       penulisan.

           Gred C      Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih kurang
        (40% - 59%)    tepat.
                       Isinya kurang, ada yang sesuai dan ada yang tidak.
                       Terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dapat
                       dimaafkan.
                       Tiada keragaman struktur ayat. Kosa kata agak terhad.

           Gred D      Takrif terhadap tajuk karangan kurang difahami.
        (30% - 39%)    Isinya terpesong sipi. Pengolahannya agak lemah dan
                       kurang teratur. Terdapat beberapa kesalahan bahasa
                       yang tidak dapat dimaafkan.
                       Penguasaan bahasa dan kosa kata kurang cekap.

           Gred E      Takrif terhadap tajuk karangan tidak difahami langsung.
         (0% - 29%)    Isinya terpesong sama sekali. Pengolahannya tidak
                       teratur.
                       Penguasaan bahasanya lemah dengan susunan ayat
                       yang kelam kabut dan kesalahan kosa kata yang
                       banyak.




hazba                               11
KPN2043
Contoh Skema Pemarkahan Geografi

            Kategori                     Huraian Kategori                 Markah
            jawapan
                               Jawapan sukar dibaiki. Pelajar               25
            Cemerlang          memahami soalan /topik /isu.
                               Maklumat dan ilustrasi/contoh sesuai.
                                                                            24
                               Persembahan baik, jitu, dan tidak            23
                               mampu diperbaiki lagi oleh pelajar yang
            Amat baik
                               berumur 18 tahun dalam masa 35
                               minit.                                       22
        L                      Jawapan baik. Pelajar memahami               21
            Baik               soalan/topik/isu. Isi baik dengan contoh     20
                               dan ilustrasi yang cukup. Susunan baik
        U                      dengan penerangan yang padat dan             19
            Sederhana baik
                               jelas.                                       18
        L                      Memahami soalan/topik/isu. Isi
                               terperinci, contoh/ilustrasi sesuai.
        U                                                                   17
                               Jawapan lebih baik daripada kategori
            Kurang baik
                               10-15 dan bukan hanya meluahkan
        S                      maklumat yang dipelajari serta jawapan       16
                               masih boleh diperbaiki.
                               Pelajar memahami soalan/topik/isu. Isi       15
            Isi banyak yang    ada yang terperinci, ada yang umum.          14
            terperinci         Ada contoh/ilustrasi.                        13

                               Maklumat/isi yang diberikan ialah            12
            Isi lebih banyak
                               maklumat/isi mengikut pendekatan             11
            yang umum
                               yang biasa terdapat dalam buku teks.         10
                               Memahami soalan/topik/isu tetapi
            Isi umum                                                        9
                               jawapannya umum.
            Isi kurang         Jawapan lemah. Pelajar kurang                8
        G   kesalahan          memahami soalan/topik/isu. Jawapan           7
                               tidak tersusun.
                                                                            6
        A   Isi banyak
                               Isi umumnya mengandungi maklumat
            kesalahan
                               yang relevan tetapi mengandungi              5
        G
                               beberapa kesalahan.
            Isi ada yang
        A
            relevan dan ada                                                 4
                               Jawapan nyata lemah. Pelajar tidak
            yang tidak                                                      3
        L                      memahami soalan/topik/isu. Isi
            relevan
                               sebahagian besarnya tidak relevan
            Isi lebih banyak
                               tetapi mengandungi satu atau dua fakta       2
            yang tidak
                               yang berguna
            relevan daripada
                                                                            1
            yang relevan




hazba                                    12
KPN2043
Kelebihan Kaedah Holistik
        (i)     Memeriksa skrip jawapan tidak mengambil masa
                yang panjang.

        (ii)    Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam
                aspek penguasaan pengetahuan serta dapat
                menilai   kemahiran    yang    lain  terutamanya
                kemahiran aras tinggi seperti kebolehan mengolah
                idea dan membuat rumusan tentang sesuatu
                perkara atau keadaan.

        (iii)   Penilaian jawapan dibuat oleh lebih daripada
                seorang     pemeriksa      atau     pemarkahan
                dibandingkan antara pemeriksa dalam kumpulan.


Kelemahan Kaedah Holistik.
        (i)     Terdapat perselisihan memberikan markah antara
                pemeriksa dan sukar diselaraskan.

        (ii)    Pemarkahan kurang objektif. Pemeriksa mudah
                dipengaruhi oleh faktor lain yang tidak relevan
                seperti bentuk tulisan dan kekemasan skrip
                jawapan.

        (iii)   Pemeriksaan hanya sesuai dijalankan oleh orang
                yang menguasai bidang berkenaan dan yang
                berpengalaman sahaja.

        (iv)    Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila
                pemeriksa dipengaruhi oleh pengetahuannya
                tentang latar belakang pelajar. Kesan halo
                merujuk kepada situasi pemeriksa memberikan
                markah tinggi untuk satu jawapan yang sederhana
                atau kurang baik kerana pelajar dikenalinya
                sebagai pelajar yang cergas. Sebaliknya kesan
                horn merujuk kepada keadaan satu jawapan baik
                diberi markah yang rendah kerana jawapan itu
                datangnya daripada pelajar yang dianggap kurang
                berkebolehan.



hazba                             13
KPN2043
Pemarkahan dengan Kaedah Gabungan Analitik dan
Holistik

Pemarkahan skrip jawapan boleh juga dijalankan dengan
menggunakan kedau-dua kaedah analitik dan holistik. Ini
bermakna pemeriksaan skrip jawapan berdasarkan point dan
secara keseluruhan. Dalam menggunakan kaedah gabungan
ini, skema jawapan disediakan semasa membina soalan
kerana ini dapat membantu menentukan sesuai atau tidak
sesuainya soalan berkenaan berkaitan dengan (i) masa yang
diperlukan, (ii) bentuk skema jawapan yang sesuai, dan (iii)
kejelasan arahan dan tugasan soalan tersebut.




hazba                        14
KPN2043
Contoh Skema Pemarkahan              berdasarkan    Kaedah
Analitik dan Holistik

Dalam ujian karangan Pengajian Am, markah boleh
dipecahkan kepada empat komponen seperti yang berikut.
     Isi dan idea ( I )                  5    markah
     Hujah atau huraian ( H )           15    markah
     Kemahiran kebahasaan ( B )          5    markah
     Persembahan/Impak                   5    markah
                                       30     markah

        (i) Pembahagian markah untuk
                  isi dan idea: 1 Idea     –   1 markah
      (ii) Pembahagian markah untuk hujah atau huraian
            tentang isi dan idea
                 1 Isi dan Idea – 3 markah hujah atau huraian
                 Taraf hujah atau huraian:
                       Baik :          3 markah
                       Sederhana :     2 markah
                       Lemah :         1 markah
      (iii) Pembahagian markah untuk kebahasaan
            Baik: 4–5 markah [bilangan kesalahan bahasa 0–
            4]
            Sederhana: 2½ - 3½ markah [bilangan kesalahan
            bahasa 5–9]
            Lemah: 1–2 markah [bilangan kesalahan bahasa >
            10]
            Cara pemarkahan bahasa:
      4 kesalahan ejaan atau tanda baca – potong 1 markah
      2 kesalahan struktur ayat – potong 1 markah.
      (iv) Pembahagian markah untuk persembahan/impak :
                 Baik :           4 – 5 markah
                 Sederhana :          3 markah
                 Lemah :          1 – 2 markah
    Markah persembahan/impak berdasarkan pengolahan
    jawapan yang berkaitan dengan pengenalan, isi jawapan,
    penutup, serta kemahiran penulisan.




hazba                         15
KPN2043
Teknik Memeriksa Skrip Jawapan Esei


Pemeriksaan yang baik bagi skrip jawapan esei ialah
mencuba mengurangkan unsur subjektiviti dan ralat dalam
pengukuran. Ini disebabkan salah satu kelemahan ujian esei
ialah  pemarkahannya     kurang    objektif dan    kurang
kebolehpercayaan. Beberapa langkah boleh digunakan oleh
pemeriksa     bagi     menambah       keobjektifan    dan
kebolehpercayaan dalam pemeriksaan skrip jawapan esei.

    1. Memahami      tugasan soalan  dengan   jelas  dan
       menyediakan skema jawapan bagi setiap soalan.
       Skema jawapan haruslah lengkap, meliputi skop
       jawapan mengikut tugasan soalan dan boleh ditokok
       tambah untuk menangani respons yang berbagai-bagai
       daripada pelajar.

    2. Tentukan kaedah pemarkahan yang sesuai sama ada
       secara analitik atau holistik sebelum menyediakan
       skema pemarkahan.

    3. Jika terdapat lebih daripada seorang pemeriksa,
       mesyuarat penyelarasan hendaklah diadakan sebelum
       memeriksa    skrip  jawapan.  Penyelarasan   boleh
       dijalankan terhadap isi, bentuk dan pemberatan
       markah yang diuntukkan. Semasa penyelarasan,
       pemeriksa akan memeriksa contoh jawapan dan
       membuat perbandingan pemberian markah antara
       pemeriksa. Cara ini akan dapat mengurangkan
       perselisihan  dalam   pemberian   markah    antara
       pemeriksa.

    4. Pastikan bahawa markah yang diberikan itu benar-
       benar menunjukkan pencapaian pelajar mengikut
       tujuan ujian yang telah ditetapkan. Misalnya, jika ujian
       itu bukan bertujuan untuk mengukur gaya bahasa
       tetapi mengukur isi bahan atau fakta, maka pemeriksa
       harus memeriksa taraf penguasaan isi bahan atau fakta
       dan tidak dipengaruhi oleh bahasa pelajar.




hazba                          16
KPN2043
    5. Jika ujian terdiri daripada beberapa soalan, pemeriksa
       hendaklah memeriksa soalan yang sama bagi semua
       pelajar sebelum beralih kepada soalan yang lain.
       Dengan cara ini diharapkan
          (i)    Pemarkahan adalah lebih selaras kerana
                 perhatian penuh pemeriksa telah ditumpukan
                 pada setiap soalan, dan
          (ii)   Prestasi pelajar dalam soalan yang telah
                 diperiksa     itu   mungkin     tidak   akan
                 mempengaruhi          pemeriksa       semasa
                 memberikan markah bagi soalan yang
                 berikutnya.

    6. Pemeriksa    tidak   sepatutnya    mengenal      identiti
       pelajarnya   kerana    ini   mungkin    mempengaruhi
       pemeriksa untuk memberikan markah berdasarkan
       pencapaian lepas atau latar belakang pelajarnya.


    7. Sebaik-baiknya pemeriksa hendaklah memeriksa dua
       kali dalam selang masa sekuang-kurangnya 24 jam
       sebelum memberikan markah. Pilihan yang lain ialah
       pemeriksa kedua memeriksa skrip jawapan, kemudian
       markah pemeriksa pertama dan markah pemeriksa
       kedua diputarkan untuk dijadikan markah muktamad.

    8. Sekiranya skrip jawapan dikembalikan kepada pelajar,
       pemeriksa harus memberikan ulasan tentang kesilapan
       dan kelemahan jawapan pelajar serta memberikan
       jawapan yang tepat bagi setiap soalan yang dijawab
       oleh pelajar.




hazba20040106


hazba                          17

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:3293
posted:2/5/2010
language:Malay
pages:17
norhashimi jusoh norhashimi jusoh mr academyforex2u.blogspot.com
About Hi, I’m Simee Jusoh and I create educ website to help other people to successful education learn. I started this in 2001. To contact me, please email