Docstoc

PEMBINAAN UJIAPEMBINAAN UJIAN

Document Sample
PEMBINAAN UJIAPEMBINAAN UJIAN Powered By Docstoc
					PEMBINAAN UJIAPEMBINAAN UJIAN
Dalam proses membina ujian, ujian yang sah dan boleh dipercayai prosedur berikut hendaklah
diikuti.

1. merancang ujian                                   4. memprauji soalan
2. menggubal soalan                                  5. memasang kertas soalan
3. memilih dan menyelaras soalan

PERANCANGAN UJIAN DAN PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Perkara yang penting dalam perancangan ujian ialah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) (Test
Table ofSpecification).
Dalam pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian langkah-langkah berikut hendaklah diikuti.

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran
Sukatan pelajaran dikaji untuk memperolehi maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang
telah dibina. Isi kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap
satu isi kandungannya.
Antara aspek-aspek yang dianalisis ialah
(i) skop dan kedalaman kajian pada sesuatu tajuk
(ii) pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
(iii) kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk yang lain
(iv) kekomplekskan sesuatu tajuk
(v) masa pengajaran yang diberi bagi sesuatu tajuk

2. Menganalisis Objektif Pendidikan
Di samping itu objektif pendidikan dianalisis untuk menentukan jenis-jenis kemahiran yang perlu di
uji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras kemahiran diasaskan kepada
pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya. Maklumat-maklumat yang tersebut di atas
ini adalah amat penting kepada penggubal soalan dan penggubal ujian kerana dengan ini sifat ujian
itu ditentukan. Dengan ini jenis ujian ditentukan, bilangan soalan bagi setiap ujian ditentukan, dan
pada aras kemahiran dan kesukaran apakah yang ia perlu diuji. Berdasarkan penganalisisan inilah
JSU dibina. Lazimnya JSU mengadungi dua paksi utama.

1. Paksi Kandungan
- Tajuk                                              2. Paksi Kemahiran
- Subtajuk                                           -Aras kemahiran

Jalur terkanan adalah untuk wajaran bagi setiap tajuk dan
subtajuk yang menyatakan
- Peratusan pemberatan setiap tajuk
- Bilangan soalan
Kepentingan JSU

JSU yang lengkap dibina akan sangat-sangat membantu penggubal soalan dan pembina ujian. Antara
kepentingan adanya JSU ialah:
1. Ujian akan dibina secara sistematik.
2. Keesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.
3. Taburan tajuk adalah seimbang, dan pelajar diuji pada keseluruhan kurikulum.
4. Taraf, mutu dan aras keskaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke setahun, walaupun dibina
oleh pembina yang berlainan.
5. Ia menjadi panduan kepada penggubal soalan dan pembina ujian.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:130
posted:2/5/2010
language:Malay
pages:2
norhashimi jusoh norhashimi jusoh mr academyforex2u.blogspot.com
About Hi, I’m Simee Jusoh and I create educ website to help other people to successful education learn. I started this in 2001. To contact me, please email