03a Perancangan Ujian JSU

Document Sample
03a Perancangan Ujian JSU Powered By Docstoc
					KPN2043



                PEMBINAAN UJIAN

Dalam proses membina ujian, ujian yang sah dan boleh
dipercayai prosedur berikut hendaklah diikuti.

        1.   merancang ujian
        2.   menggubal soalan
        3.   memilih dan menyelaras soalan
        4.   memprauji soalan
        5.   memasang kertas soalan



PERANCANGAN UJIAN DAN PEMBINAAN
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Perkara yang penting dalam perancangan ujian ialah
pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) (Test Table of
Specification).

Dalam pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian langkah-
langkah berikut hendaklah diikuti.


1.      Mengkaji Sukatan Pelajaran

Sukatan pelajaran dikaji untuk memperolehi maklumat
yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Isi
kandungan     sukatan    pelajaran    dianalisis  untuk
menentukan kepentingan tiap-tiap satu isi kandungannya.
    Antara aspek-aspek yang dianalisis ialah
    (i)    skop dan kedalaman kajian pada sesuatu
           tajuk
    (ii)   pendekatan yang telah diambil dalam
           pengajaran sesuatu tajuk



hazba                         1
KPN2043



        (iii)   kepentingan bandingan di antara satu tajuk
                dengan tajuk-tajuk yang lain
        (iv)    kekomplekskan sesuatu tajuk
        (v)     masa pengajaran yang diberi bagi sesuatu
                tajuk


2.      Menganalisis Objektif Pendidikan

Di samping itu objektif pendidikan dianalisis untuk
menentukan jenis-jenis kemahiran yang perlu di uji dan
pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras
kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat
oleh Bloom dan rakan-rakannya.

Maklumat-maklumat yang tersebut di atas ini adalah amat
penting kepada penggubal soalan dan penggubal ujian
kerana dengan ini sifat ujian itu ditentukan. Dengan ini
jenis ujian ditentukan, bilangan soalan bagi setiap ujian
ditentukan, dan pada aras kemahiran dan kesukaran
apakah yang ia perlu diuji.

Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya
JSU mengadungi dua paksi utama.
    1. Paksi Kandungan
             -   Tajuk
             -   Subtajuk
    2. Paksi Kemahiran
             -   Aras kemahiran

Jalur terkanan adalah untuk wajaran bagi setiap tajuk dan
subtajuk yang menyatakan
               -    Peratusan pemberatan setiap tajuk
               -    Bilangan soalan




hazba                         2
KPN2043



Kepentingan JSU

JSU yang lengkap dibina akan sangat-sangat membantu
penggubal soalan dan pembina ujian. Antara kepentingan
adanya JSU ialah:
  1.     Ujian akan dibina secara sistematik.
  2.     Keesahan dari segi penyampelan sukatan
         pelajaran adalah terjamin.
  3.     Taburan tajuk adalah seimbang, dan pelajar
         diuji pada keseluruhan kurikulum.
  4.     Taraf, mutu dan aras keskaran ujian dapat
         dikekalkan dari setahun ke setahun, walaupun
         dibina oleh pembina yang berlainan.
  5.     Ia menjadi panduan kepada penggubal soalan
         dan pembina ujian.




hazba                     3
KPN2043


                                                                              LAMPIRAN    1

                     CONTOH JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Bahasa Melayu

Nama Kertas: Kertas 1

  Rujukan                        Peringkat Kemahiran                            Peratusan
   dalam
  Sukatan         Tajuk          I           II           III       Bilangan    Bilangan
 pelajaran
                             M   P   S   M   P    S   M    P    S    Soalan      soalan
1.Pengenalan
2.Pemahaman                                                            12          20
3.Kegunaan
4. Sejarah      4.1 Asal
dan                 Rumpun
Perkembangan        Melayu
Bahasa          4.2 Batu
Melayu          Bersurat
                4.3 B M                                                4           6.6
                Klasik
                4.4 B M
                Pasca
                Klasik
5. Dinamika     5.1
Bahasa          Variasi
Melayu          Bahasa
                5.2 Laras
                Bahasa
                5.3                                                    6           10
                Retorik
                5.4 Wacana
                5.5
                Kesantunan
                Bahasa
6. Sistem       6.1
Bahasa          Fonologi
Melayu          6.2
                Tatabahasa
                6.3                                                    38         63.4
                Morfologi
                6.4
                Simpulan
                Bahasa
                6.5
                Peribahasa
Jumlah                                                                 60          100
soalan/
peratusan


I : Pengetahuan                                       M   - Mudah
II : Pemahaman dan Aplikasi                           P   - Pertengahan
III: Analisis, Sintisis, dan Penilaian                S   - Sukar




hazba                                    4
              KPN2043



                                   JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
              FIZIK

                   NAMA KERTAS : KERTAS 1

                                                                      Peringkat Kemahiran                            Peratusan
                                                                                                             Bil.
 Rujukan Dalam                                                                                                       Bilangan
                                Tajuk                     I                    II                III        Soalan
Sukatan Pelajaran                                                                                                     Soalan
                                                 M        P       S      M     P     S      M     P    S
                      1.1 Konsep                                              1
                      1.2 Kuantiti
                                                      4                 2
                          asas
                      1.3 Kuantiti
                                                                        3
                          terbitan
 1. Pengenalan                                                                                                7        11.7
                      1.4 Pengukuran                  5
                      1.5 Kaedah
                                                              7
                          penyiasatan
                      1.6 Penyelesaian
                                                                                                 6
                          masalah
                      2.1 Gerakan linear              8                                     9
                      2.2 Inersia                10
                      2.3 Momentum linear        11                           12
                      2.4 Kesan daya                                                13
                      2.5 Daya graviti                                  14                       15
                      2.6 Keseimbangan daya           16                            17
  2. Daya Dan
                      2.7 Kerja, kuasa, tenaga                                                               13        21.7
    Gerakan
                      keupayaan dan tenega                    18        19
                      kinetik
                      2.8 Peranan daya dan
                                                                                            20
                      tenaga dalam kehidupan


                      3.1 Teori kinetik jirim                 22         21
                      3.2 Ketumpatan bahan                                                       23
                      3.3 Kekenyalan bahan       24                            25
                      3.4 Kekuatan dan
                                                 26                                         27
                      ketegaran bahan
                      3.5 Tegangan permukaan,
                      daya lekitan dan daya                                    28
  3. Sifat Jirim      lekatan                                                                                18         30
                      3.6 Tekanan                             30                            29
                      3.7 Tekanan dalam cecair                                              31
                      3.8 Prinsip Archimedes          32                                    33
                      3.9 Prinsip Pascal         34                                  35
                      3.10 Prinsip Bernoulli                  37         36
                      3.11 Sifat jirim dalam
                                                 38
                      kehidupan
                      4.1 Sifat termometri                               39
                      4.2 Muatan haba                 40                                               41
                      4.3 Haba pendam                                                42
    4. Haba           4.4 Penyejatan dan
                                                              43                                 44           9         15
                      pendidihan
                      4.5 Hukum gas              47                                  45
                      4.6 Peranan haba           46



              hazba                                               5
                KPN2043


                        5.1 Pantulan Cahaya             48             49
                        5.2 Pembiasan Cahaya       50                       51          52
                        5.3 Pantulan dalam penuh             53        54
                        5.4 Kanta Nipis                 55        56
    5. Cahaya           5.5 Kanta dalam                                                          13   21.6
                                                        57                        58
                        peralatan nipis
                        5.6 Kewujudan cahaya
                                                                  59                    60
                        dalam kehidupan
Jumlah Soalan/
                                                        25             20               15       60   100
peratusan


                I        : PENGETAHUAN                                         M - mudah
                II       : PEMAHAMAN DAN APLIKASI                              P - pertengahan
                III      : ANALISIS, SINTESIS, DAN PENILAIAN           S - sukar




                hazba                                         6

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:3013
posted:2/5/2010
language:Malay
pages:6
norhashimi jusoh norhashimi jusoh mr academyforex2u.blogspot.com
About Hi, I’m Simee Jusoh and I create educ website to help other people to successful education learn. I started this in 2001. To contact me, please email