ujian 1

Document Sample
ujian 1 Powered By Docstoc
					Dari kegunaan ujian, umumnya, ujian dibina untuk memenuhi dua tujuan utama:
1. memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sepanjang kursus – Formatif
2. menentu status atau pencapaian pelajar di akhir kursus – Sumatif

Ujian Formatif
       Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan
pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa
pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas
kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang
lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah
penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang
ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas,
kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.

Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program. Ia bertujuan untuk
memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat
mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan
persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Dari
menginterpretasi prestasi pelajar, umumnya, ujian dibina untuk memenuhi dua tujuan utama:
1. membanding kebolehan antara pelajar – Rujukan Norma
2. menentu status – Rujukan Kriteria

Ujian Rujukan Norma (URN)
Fungsi utama ujian rujukan norma (URN) ialah untuk membandingkan pelajar di antara pelajar di
dalam sesuatu bidang, sifat atau kemahiran yang diuji di dalam ujian itu. Markah ujian hanyalah dapat
ditafsirkan melalui perbandingan prestasi seseorang pelajar dengan prestasi kumpulan tertentu yang
mengambil ujian yang sama. Ujian rujukan norma yang baik dapat mendiskriminasikan pelajar. Ia
seharusnya boleh membezakan pelajar yang terpandai daripada pelajar yang kedua terpandai dan
pelajar kedua terpandai daripada pelajar yang ketiga terpandai dan seterusnya. Oleh itu ujian jenis
ini mengandungi soalansoalan yang sederhana kesukarannya kerana soalan-soalan yang sederhana
kesukarannya mempunyai kuasa diskriminasi yang lebih tinggi. Ujian-ujian pada peperiksaan UPSR,
PMR, SPM, dan STPM yang melibatkan bilangan pelajar yang banyak adalah ujian rujukan norma.

Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian rujukan kriteria (URK) dibina untuk menentukan status seseorang pelajar dalam sesuatu
bidang, sifat atau kemahiran berbandingkan dengan pengetahuan atau kemahiran yang telah
ditetapkan kriterianya. Markah yang dihasilkan mengelaskan pelajar kepada kategori:
1. telah menguasai atau
2. belum menguasai.
Oleh itu pada ujian rujukan kriteria, perbandingan antara pelajar tidak timbul. Contoh ujian rujukan
kriteria ialah seperti ujian menaip bagi jurutaip. Ujian seperti ini mempunyai tiga bahagian penting,
iaitu
(1) tugasan,
(2) syarat, dan
(3) piawaian.
Contoh ujian menaip:
Tugasan : Boleh menaip 10 muka surat
Syarat : Mengguna mesin taip elektrik Piawaian :
      1. Kelajuan menaip 50 psm atau lebih
      2. Kesilapan ejaan 2 perkataan atau kurang pada setiap muka surat.

Ujian Kuasa
Ujian kuasa menguji sepenuhnya tahap penguasaan pelajar di dalam sesuatu bidang. Soalan-soalannya
amat sukar dan pelajar diberi masa yang secukupnya untuk menjawab soalan-soalannya. Biasanya
buku-buku rujukan juga dibenarkan masuk dalam bilik peperiksaan. Pelajar benarbenar diuji
penguasaannya dalam bidang tertentu itu.

Ujian Kepantasan
Ujian kepantasan mempunyai masa yang terhad. Soalan-soalannya mudah dan sederhana
kesukarannya. Ujian lebih kepada menguji kepantasan pelajar menjawab soalan dan kepada seberapa
kurang kesilapan yang dibuat. Pelajar yang cemerlang dijangka akan dapat menyiapkan ujian jenis ini
dengan sempurna. Kebanyakan pelajar tidak akan dapat menyiapkan ujian.

Ujian Tara
Ujian tara juga dikenali sebagai ujian piawai. Ujian tara ialah ujian yang dibina dengan sempurna
melalui perancangan yang teliti. Penggubalan soalan-soalannya dijalankan oleh pakar dalam bidang
tertentu. Pembinaan ujian tersebut menepati jadual spesifikasi ujian. Soalan-soalannya melalui
proses praujian dan telah dibuat analisis item di atas soalansoalan tersebut. Ujian itu melalui
beberapa proses penyemakan semula. Ujiannya pula ditadbirkan secara seragam serentak di pusat-
pusat peperiksaan dengan peraturan pentadbiran yang ketat. Pemprosesan markahnya juga melalui
proses yang seragam. Proses penggredannya adalah satu proses yang sistematik.
Proses pembinaannya adalah seperti berikut.
1. Perancangan ujian
2. Penggubalan soalan
3. Penaksiran soalan
4. Praujian
5. Pemasangan ujian
6. Panel penyemakan semula
7. Percetakan ujian
8. Pentadbiran ujian
9. Pemarkahan
10. Penggredan dan persijilan
Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian pada umumnya dibina untuk mentaksir pencapaian pelajar di akhir sesuatu kursus
atau pengajian. Tujuannya ialah untuk mengukur setakat mana pembelajaran telah berlaku dalam
kursus atau pengajian yang telah dijalankan. Tumpuan adalah pada isi kandungan kursus atau
pengajian dan pada tahap penguasaan bahan kursus atau pengajian. Ujian pencapaian boleh mengambil
bentuk ujian rujukan norma – membanding antara pelajar, atau bentuk ujian rujukan kriteria –
membanding dengan kriteria penguasaan. Ujian pencapaian juga boleh mengambil bentuk ujian
formatif – jika tujuannya adalah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sepanjang kursus,
atau berbentuk ujian sumatif – jika tujuannya untuk menilai pencapaian pelajar di akhir kursus. Ujian
di bilik darjah adalah ujian pencapaian yang mengukur pencapaian akademik yang berlaku di bilik
darjah.

Ujian Diagnostik
Ujian diagnostic adalah ujian pendek dengan tujuan untuk mengenal pasti kekuatan atau kelemahan
seseorang individu spesifik dalam sesuatu mata pelajaran atau kemahiran tertentu. Oleh itu ianya
ditadbirkan kepada khusus pelajar yang bermasalah. Soalan-soalan atau item di dalam ujian itu akan
mewakili kemahiran-kemahiran yang di dalam kajian yang sepatutnya seorang individu yang normal
dapat menguasainya. Ia boleh mengambil bentuk serupa dengan satu ujian pencapaian.

Ujian Aptitud
Ujian aptitud bertujuan mengukur pontensi seseorang individu dan meramal prestasi seseorang
individu itu di masa hadapan di dalam sesuatau bidang tertentu, sama ada ia dapat mengikuti bidang
itu dengan jaya atau tidak. Di Amerika ujian ini biasa dikenali sebagai scholastic aptitude test (SAT).
Ujian kebolehan mental, IQ Test, adalah satu ujian aptitud. Ia meramalkan potensi mental seseorang
individu tertentu. Ujian GRE yang dibina oleh ETS adalah satu ujian aptitud. Ia mengukur kebolehan
individu untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Ujian aptitud mempunyai bahasa
perantara dan kurikulum perantara. GRE mengguna bahasa Inggeris dan Matematik sebagai
perantara ujian. Sayugia diingat tiada ujian yang dapat mengukur semua kebolehan mental. Oleh itu
kita tidak seharusnya bergantung hanya kepada markah ujian untuk membuat keputusan. Kita
sepatutnya mengumpul berbagai maklumat yang dapat untuk membantu kita dalam hendak membuat
sesuatu keputusan.

Ujian Formati
Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan
pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa
pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas
kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang
lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah
penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang
ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas,
kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.
 Ujian Sumatif
 Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program. Ia bertujuan untuk
 memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat
 mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan
 persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.



 Pada umumnya, ujian dibina untuk memenuhi dua tujuan utama:
 1. membanding kebolehan antara pelajar – RujukanNorma
 2. menentu status – Rujukan Kriteria

 Ujian boleh juga dilihat dari segi bagaimana jawapan dikehendaki daripada pelajar

 Amat sedikit                           Pertengahan                                    Amat Banyak
 |----|---------------|----------------|-------------------|--------------------------|----------------|

Pelbagai            Ujian             Jawapan              Respon Berstruktur           Jawapan Terbuka
Pilihan             Cloze             Pendek                                            (Esei)



 Rajah 1
 Ujian Objektif
 • Pelajar mungkin dikehendaki
 o menulis
 o menanda
 o memilih jawapan
 • Pemeriksa tidak begitu sukar untuk memeriksa jawapan pelajar bagi menentukan ketepatan dan
 kualiti jawapan. Ujian objektif boleh diperiksa oleh o mereka yang tidak berpengalaman dalam bidang
 berkenaan
 o mesin boleh diguna untuk memeriksa jawapan pelajar
 • Contoh soalan objektif termasuklah:
 o soalan objektif berbagai pilihan,
 o memadankan jawapan,
 o benar-salah dan
 o mengisi tempat kosong.

 Ujian Subjektif
 • Pelajar dikehendaki menulis jawapan
 • Pemeriksa akan menentukan ketepatan dan kualiti
 jawapan berdasarkan kepada
         o tugasan soalan dan
         o peraturan pemarkahan yang disediakan.
 • Contoh soalan subjektif termasuklah:
         o solan esei
         o soalan berstruktur
         o soalan jawapan pendek
Soalan Objektif Aneka Pilihan

Istilah
Soalan aneka pilihan merupakan salah satu bentuk soalan dalam ujian objektif. Soalan aneka pilihan
lazimnya mempunyai beberapa opsyen yang terdiri daripada 4 opsyen atau 5 opsyen dan tiap-tiap
opsyen ditandai dengan huruf A hingga D atau E. Pelajar dikehendaki memilih satu jawapan sahaja.
Soalan aneka pilihan terdiri daripada dua bahagian,iaitu pokok soalan dan opsyen.

(a) Pokok soalan
Pokok soalan terdiri daripada dua bahagian, iaitu tugasan soalan dan rangsangan soalan.
(i) Tugasan soalan
Sesuatu yang menjana respons daripada pelajar dalam bentuk arahan, pertanyaan, penyataan atau
penyataan tidak lengkap.
(ii) Rangsangan soalan Rangsangan soalan merupakan bahan yang menjadi asas kepada sesuatu soalan.
Bahan rangsangan soalan mungkin dikemukakan dalam bentuk petikan karangan, gambar rajah, jadual,
graf, gambar foto, peta, atau lain-lain.

 (b) Opsyen
Opsyen ialah pilihan jawapan kepada suatu soalan. Opsyen terdiri daripada kunci jawapan dan
distraktor.
(i) Kunci jawapan
Kunci jawapan ialah opsyen yang ditetapkan sebagai jawapan yang paling tepat kepada soalan.
(ii) Distraktor
Distraktor ialah opsyen yang bukan jawapan yang kepada soalan. Ia bertindak sebagai pengalih
perhatian kepada pelajar-pelajar yang kurang awas.

 (c) Contoh soalan aneka pilihan
Graf di bawah menunjukkan ubahan kadar tindak balas satu enzim dengan         PokokSoalan
suhu. Antara penyataan berikut, yang manakah yang menjelaskan tindak balas
enzim pada peringkat X?
                                                                                 Tugasan soalan
A Pekali suhu, Q10, bagi tindak balas enzim ialah 2      Kunci Jawapan
B Kadar tindak balas enzim berubah secara lineardengan suhu.
                                                                              Distraktor
C Enzim mengurangkan tenaga pengaktifan.
D Enzim menjadi tidak aktif pada suhu yang melebihi 40 ーC.



Rangsangan Soalan (graph)
Opsyen (pilihan jawapan)
Jenis Soalan Aneka Pilihan
Soalan aneka pilihan pada keseluruhannya boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis.

(a) Jawapan terus.
Soalan bersifat terus dan pelajar respons secara spontan.
Contoh:
• Pulau Batu Putih
• Pulau Sipadan
• Pulau Natuna Anambas
Antara yang berikut, yang manakah isu yang berkaitan dengan pulau-pulau di atas ?
A Zon Ekonomi Eksklusif
B Hak mencari gali minyak
C Pangkalan sementara pendatang tanpa izin
D Tuntutan persempadanan bertindih antara negara
Kunci jawapan: D

(b) Padanan
Soalan ini terdiri daripada dua perkara yang perlu dipadankan.
Contoh :
Badan awam                                                     Bidang kuasa
I Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan                  Q Membincangkan dasar Negara
Ketua-Ketua Menteri

II Jawatankuasa perhubungan antara Kerajaan          P Berkaitan dengan ekonomi negara
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

III Majlis Raja-Raja                                 R Membincangkan dasar danpelaksanaan



IV Majlis Perancangan Negara                         S Membincangkan isu        dan      menyelesaikan
                                                     masalah pentadbiran

Antara yang berikut, yang manakah padanan yang betul antara badan awam dengan bidang kuasa di
atas?
  I II III IV
AP R S Q
BQP S R
CR Q P S
DR S Q P
Kunci jawapan : D
 (c) Jawapan terbaik
Soalan ini terdiri daripada jawapan yang semuanya betul tetapi pelajar perlu memilih
jawapan yang terbaik sahaja.
Contoh:
Apakah tujuan asas Rancangan Briggs diwujudkan pada tahun 1950 hingga 1951 di Tanah Melayu?
A Mengadakan catuan makanan
B Mengadakan bancian penduduk
C Menyekat pergerakan komunis
D Membina penempatan semula penduduk
Kunci jawapan : C
Nota :
Perkara yang dipersoalkan ialah tujuan asas Rancangan Briggs. Distraktor yang lain ada
kaitan dengan tujuan Rancangan Briggs tetapi merupakan tujuan sampingan.

 (d) Pelengkap
Tugasan soalan terdiri daripada penyataan yang tidak lengkap. Opsyen melengkapkan penyataan
pada tugasan soalan.
Contoh:
Kerjasama dua hala antara negara-negara ASEAN bertujuan
A menyekat kebangkitan semula fahaman komunis
B mengelakkan pengaruh kuasa-kuasa besar di rantau ASEAN
C menjadikan ASEAN sebagai suatu pakatan ekonomi di rantau Asia
D menggalakkan campur tangan dalam halehwal negara-negara anggota
Kunci jawapan : C

(e) Negatif
Soalan yang memerlukan pelajar memilih fakta yang salah atau berkecuali sebagai jawapan.
Contoh:
Mekanisme bagi satu tindak balas tertentu adalah seperti yang berikut.

CH3)3COH + HCI       cepat          (CH3)3COH2 + C1     − Langkah I
(CH3)3COH2           perlahan       (CH3)3C + H2O       - Langkah II
(CH3)3C + C1         cepat          (CH3)3CC1           - Langkah III
Antara penyataan berikut, yang manakah yang tidak benar mengenai mekanisme di atas?
A Nukleofil bagi mekanisme itu ialah HC1.
B Persamaan kadar bagi tindak balas ialah kadar = k[(CH3)3COH2].
C Tindak balas keseluruhan ialah tindak balas penukar gantian nukleofilik.
D (CH3)3COH2 dan (CH3)3COH merupakan sepasang konjugat asid-bes. Persamaan keseluruhan
tindak.
Kunci jawapan : A
 (f) Aneka gabungan
Soalan yang memerlukan pelajar memilih gabungan penyataan yang betul sebagai jawapan.
Contoh:
Formula empirik bagi satu monosakarida ialah ( 2 )5 CH O . Monosakarida itu mungkin
I gliseraldehid
II fruktosa
III dihidroksiaseton
IV ribosa
V ribulosa

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D IV dan V
Kunci jawapan: D

Soalan Esei

1. Istilah
Soalan esei memerlukan calon memberikan respons bertulis yang terbuka. Soalan bentuk ini
memberikan kebebasan kepada calon untuk menghurai, mengolah, dan menyusun penyelesaian dan
pendapat dengan kebijaksanaan sendiri. Soalan esei terdiri daripada dua atau tiga bahagian
seperti berikut.
(1.1) Tugasan soalan
Tugasan soalan ialah sesuatu yang menjanakan respons daripada calon yang lazimnya dimulakan
dengan kata tugasan seperti terangkan, tarifkan, jelaskan, bincangkan, tunjukkan, bandingkan,
huraikan, dan lain-lain. Tugasan soalan juga menjadi panduan kepada calon untuk menyusun, mengolah,
dan mempersembahkan responsnya.

(1.2) Referent soalan
Referent soalan ialah perkara yang menjadi rujukan kepada tugasan soalan.
(1.3) Rangsangan soalan
Rangsangan soalan merupakan bahan yang menjadi asas kepada semua soalan. Bahanbahan rangsangan
soalan mungkin dikemukakan dalam bentuk petikan karangan, gambar rajah, jadual, graf, peta,
gambar foto, atau lain-lain.

2. Contoh
Berdasarkan gambar rajah di atas, jawab soalansoalan berikut.
(a) Huraikan proses yang berlaku di kawasan yang bertanda X.
(b) Bagaimanakah kejadian seperti di X mempengaruhi proses lain di kawasan lembah sungai?
(c) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi pertambahan mendapan di dataran banjir.
Nota:
Tugasan soalan
Referent soalan
Rangsangan soalan
3. Jenis Soalan Esei
Soalan esei diklasifikasikan kepada dua jenis.
3.1 Soalan Respons Terhad
Soalan jenis ini mengehadkan jawapan pelajar dari segi isi dan bentuk jawapan.
(Definition: Restricted response essay items restrict or limit what you will permit the student to
answer. The way you phrase a restricted response task requires a student to limit both the content
of the answer and the form of the written response. Nitko, Anthony J., 1996. Educational
Assessment Of Students. New Jersey, USA: Prentice Hall, halaman 161)

Contoh:
Biologi
Dengan bantuan gambar rajah struktur lesitin, huraikan sifat-sifat lesitin sebagai
komponen membran sel.

Ekonomi
(a) Jelaskan hubungan antara wang dan upah benar.
(b) Huraikan kesan terhadap upah wang dan upah benar akibat
(i) kemasukan buruh asing,
(ii) pemberian bonus kepada kaki tangan kerajaan dan swasta.

3.2 Soalan Respons Tidak Terhad
Soalan respons tidak terhad menghendaki calon menyatakan, menghuraikan, mengolah, dan merumus
serta menyusun idea-idea secara bebas. Biasanya, soalan jenis ini tidak mempunyai satu jawapan yang
spesifik. Ketepatan jawapan pelajar hanya boleh ditentukan oleh seseorang pemeriksa yang pakar
dalam bidang tertentu.
(Definition: Extended response essay items allow your students to write essays in which they are
free to express their own ideas and interrelationships among their ideas and to use their own
organization of their answers. Usually no single answer is considered correct. A student is free to
choose the way to respond, and degrees of correctness or merit of a student’s response can be
judged only by a teacher skilled or informed on the subject. Nitko, Anthony J., 1996. Educational
Assessment Of Students. New Jersey, USA: Prentice Hall, halaman 162)
Contoh:
Sejarah
3 Nilaikan sumbangan Marco Polo dan Ibnu Batutah kepada perkembangan tamadun manusia.

Ekonomi
4 “Mogok merupakan tindakan terakhir bagi kesatuan sekerja menuntut kenaikan tingkat upah ahli-
ahli kesatuan.” Terangkan penyataan ini.
Ujian Tara
Ujian tara juga dikenali sebagai ujian piawai. Ujian tara ialah ujian yang dibina dengan sempurna
melalui perancangan yang teliti. Penggubalan soalan-soalannya dijalankan oleh pakar dalam bidang
tertentu. Pembinaan ujian tersebut menepati jadual spesifikasi ujian. Soalan-soalannya melalui
proses praujian dan telah dibuat analisis item di atas soalansoalan tersebut. Ujian itu melalui
beberapa proses penyemakan semula. Ujiannya pula ditadbirkan secara seragam serentak di pusat-
pusat peperiksaan dengan peraturan pentadbiran yang ketat. Pemprosesan markahnya juga melalui
proses yang seragam. Proses penggredannya adalah satu proses yang sistematik.
Proses pembinaannya adalah seperti berikut.
1. Perancangan ujian
2. Penggubalan soalan
3. Penaksiran soalan
4. Praujian
5. Pemasangan ujian
6. Panel penyemakan semula
7. Percetakan ujian
8. Pentadbiran ujian
9. Pemarkahan
10. Penggredan dan persijilan



Ujian KuasUjian Kuasa
Ujian kuasa menguji sepenuhnya tahap penguasaan pelajar di dalam sesuatu bidang. Soalan-soalannya
amat sukar dan pelajar diberi masa yang secukupnya untuk menjawab soalan-soalannya. Biasanya
buku-buku rujukan juga dibenarkan masuk dalam bilik peperiksaan. Pelajar benar-benar diuji
penguasaannya dalam bidang tertentu itu.

Ujian Kepantasan
Ujian kepantasan mempunyai masa yang terhad. Soalansoalannya mudah dan sederhana kesukarannya.
Ujian lebih kepada menguji kepantasan pelajar menjawab soalan dan kepada seberapa kurang
kesilapan yang dibuat. Pelajar yang cemerlang dijangka akan dapat menyiapkan ujian jenis ini dengan
sempurna. Kebanyakan pelajar tidak akan dapat menyiapkan ujian.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:3844
posted:2/5/2010
language:Malay
pages:10
norhashimi jusoh norhashimi jusoh mr academyforex2u.blogspot.com
About Hi, I’m Simee Jusoh and I create educ website to help other people to successful education learn. I started this in 2001. To contact me, please email