02a Jenis Ujian by simee

VIEWS: 2,807 PAGES: 7

									KPN2043


Dari kegunaan ujian, umumnya,             ujian   dibina   untuk
memenuhi dua tujuan utama:

        1.   memperbaiki pengajaran dan           pembelajaran
             sepanjang kursus – Formatif

        2.   menentu status atau pencapaian pelajar di akhir
             kursus – Sumatif


Ujian Formatif
Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan,
iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang
dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti
kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan
pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan
memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru
dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi
tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul
kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah
penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu
berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Contoh
ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti
ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap
kebolehan pelajar.


Ujian Sumatif

Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu
kursus atau program. Ia bertujuan untuk memperoleh
maklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau
untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program
yang telah dijalankan itu. Ujian sumatif juga diguna untuk

hazba                           1
KPN2043


tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada
peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.


Dari menginterpretasi prestasi pelajar, umumnya, ujian
dibina untuk memenuhi dua tujuan utama:

        1.   membanding kebolehan antara pelajar – Rujukan
             Norma

        2.   menentu status – Rujukan Kriteria


Ujian Rujukan Norma (URN)
Fungsi utama ujian rujukan norma (URN) ialah untuk
membandingkan pelajar di antara pelajar di dalam sesuatu
bidang, sifat atau kemahiran yang diuji di dalam ujian itu.
Markah ujian hanyalah dapat ditafsirkan melalui
perbandingan prestasi seseorang pelajar dengan prestasi
kumpulan tertentu yang mengambil ujian yang sama.

Ujian rujukan norma yang baik dapat mendiskriminasikan
pelajar. Ia seharusnya boleh membezakan pelajar yang
terpandai daripada pelajar yang kedua terpandai dan pelajar
kedua terpandai daripada pelajar yang ketiga terpandai dan
seterusnya. Oleh itu ujian jenis ini mengandungi soalan-
soalan yang sederhana kesukarannya kerana soalan-soalan
yang     sederhana     kesukarannya   mempunyai      kuasa
diskriminasi yang lebih tinggi.

Ujian-ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM
yang melibatkan bilangan pelajar yang banyak adalah ujian
rujukan norma.


hazba                           2
KPN2043


Ujian Rujukan Kriteria (URK)

Ujian rujukan kriteria (URK) dibina untuk menentukan status
seseorang pelajar dalam sesuatu bidang, sifat atau
kemahiran berbandingkan dengan pengetahuan atau
kemahiran yang telah ditetapkan kriterianya. Markah yang
dihasilkan mengelaskan pelajar kepada kategori:

        1.   telah menguasai atau

        2.   belum menguasai.

Oleh itu pada ujian rujukan kriteria, perbandingan antara
pelajar tidak timbul.

Contoh ujian rujukan kriteria ialah seperti ujian menaip bagi
jurutaip. Ujian seperti ini mempunyai tiga bahagian penting,
iaitu (1) tugasan, (2) syarat, dan (3) piawaian.

Contoh ujian menaip:
Tugasan :          Boleh menaip 10 muka surat
Syarat :           Mengguna mesin taip elektrik
Piawaian :         1. Kelajuan menaip 50 psm atau lebih
                   2. Kesilapan ejaan 2 perkataan atau
                       kurang pada setiap muka surat.


Ujian Kuasa
Ujian kuasa menguji sepenuhnya tahap penguasaan pelajar
di dalam sesuatu bidang. Soalan-soalannya amat sukar dan
pelajar diberi masa yang secukupnya untuk menjawab
soalan-soalannya. Biasanya buku-buku rujukan juga
dibenarkan masuk dalam bilik peperiksaan. Pelajar benar-
benar diuji penguasaannya dalam bidang tertentu itu.

hazba                           3
KPN2043




Ujian Kepantasan

Ujian kepantasan mempunyai masa yang terhad. Soalan-
soalannya mudah dan sederhana kesukarannya. Ujian lebih
kepada menguji kepantasan pelajar menjawab soalan dan
kepada seberapa kurang kesilapan yang dibuat. Pelajar
yang cemerlang dijangka akan dapat menyiapkan ujian jenis
ini dengan sempurna. Kebanyakan pelajar tidak akan dapat
menyiapkan ujian.


Ujian Tara
Ujian tara juga dikenali sebagai ujian piawai. Ujian tara ialah
ujian yang dibina dengan sempurna melalui perancangan
yang teliti. Penggubalan soalan-soalannya dijalankan oleh
pakar dalam bidang tertentu. Pembinaan ujian tersebut
menepati jadual spesifikasi ujian. Soalan-soalannya melalui
proses praujian dan telah dibuat analisis item di atas soalan-
soalan tersebut. Ujian itu melalui beberapa proses
penyemakan semula. Ujiannya pula ditadbirkan secara
seragam serentak di pusat-pusat peperiksaan dengan
peraturan pentadbiran yang ketat. Pemprosesan markahnya
juga melalui proses yang seragam. Proses penggredannya
adalah satu proses yang sistematik.

Proses pembinaannya adalah seperti berikut.

        1.   Perancangan ujian

        2.   Penggubalan soalan

        3.   Penaksiran soalan

hazba                            4
KPN2043



        4.   Praujian

        5.   Pemasangan ujian

        6.   Panel penyemakan semula

        7.   Percetakan ujian

        8.   Pentadbiran ujian

        9.   Pemarkahan

        10. Penggredan dan persijilan


Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian pada umumnya dibina untuk mentaksir
pencapaian pelajar di akhir sesuatu kursus atau pengajian.

Tujuannya ialah untuk mengukur setakat mana
pembelajaran telah berlaku dalam kursus atau pengajian
yang telah dijalankan.

Tumpuan adalah pada isi kandungan kursus atau pengajian
dan pada tahap penguasaan bahan kursus atau pengajian.

Ujian pencapaian boleh mengambil bentuk ujian rujukan
norma – membanding antara pelajar, atau bentuk ujian
rujukan kriteria – membanding dengan kriteria penguasaan.

Ujian pencapaian juga boleh mengambil bentuk ujian
formatif – jika tujuannya adalah untuk memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran sepanjang kursus, atau

hazba                            5
KPN2043


berbentuk ujian sumatif – jika tujuannya untuk menilai
pencapaian pelajar di akhir kursus.

Ujian di bilik darjah adalah ujian pencapaian yang mengukur
pencapaian akademik yang berlaku di bilik darjah.


Ujian Diagnostik

Ujian diagnostic adalah ujian pendek dengan tujuan untuk
mengenal pasti kekuatan atau kelemahan seseorang
individu spesifik dalam sesuatu mata pelajaran atau
kemahiran tertentu. Oleh itu ianya ditadbirkan kepada
khusus pelajar yang bermasalah. Soalan-soalan atau item di
dalam ujian itu akan mewakili kemahiran-kemahiran yang di
dalam kajian yang sepatutnya seorang individu yang normal
dapat menguasainya. Ia boleh mengambil bentuk serupa
dengan satu ujian pencapaian.


Ujian Aptitud
Ujian aptitud bertujuan mengukur pontensi seseorang
individu dan meramal prestasi seseorang individu itu di
masa hadapan di dalam sesuatau bidang tertentu, sama ada
ia dapat mengikuti bidang itu dengan jaya atau tidak.


Di Amerika ujian ini biasa dikenali sebagai scholastic
aptitude test (SAT). Ujian kebolehan mental, IQ Test,
adalah satu ujian aptitud. Ia meramalkan potensi mental
seseorang individu tertentu.




hazba                         6
KPN2043


Ujian GRE yang dibina oleh ETS adalah satu ujian aptitud.
Ia mengukur kebolehan individu untuk melanjutkan pelajaran
di peringkat universiti. Ujian aptitud mempunyai bahasa
perantara dan kurikulum perantara. GRE mengguna bahasa
Inggeris dan Matematik sebagai perantara ujian.

Sayugia diingat tiada ujian yang dapat mengukur semua
kebolehan mental. Oleh itu kita tidak seharusnya bergantung
hanya kepada markah ujian untuk membuat keputusan. Kita
sepatutnya mengumpul berbagai maklumat yang dapat
untuk membantu kita dalam hendak membuat sesuatu
keputusan.




hazba                        7

								
To top