01b Alat Pengukuran by simee

VIEWS: 209 PAGES: 3

									KPN2043


            Alat-alat Pengumpulan Maklumat.

Ujian

Soal Selidik
        Kelebihan soal selidik.
        •   boleh diposkan
        •   boleh diedarkan kepada ramai orang dalam masa
            yang singkat

        Kekurangan soal-selidik
        •   soalan yang kurang jelas tidak dapat diberikan
            penerangan yang jelas oleh penyelidik dengan segera.

        Jenis-jenis item pada soal-selidik
        •   objektif pelbagai pilihan
        •   benar-salah
        •   menandakan
        •   isi tempat kosong


Senarai Semak
        •    Senarai yang mengandungi ciri-ciri atau aktiviti yang
             dikemukakan kepada partisipan yang dikaji
        •    Partisipan dikehendaki mengkaji kandungan
             pernyataan yang diberikan dan membuat tanda yang
             bersesuaian bersebelahan dengan ciri-ciri atau aktiviti
             yang berkaitan dengan partisipan berkenaan
        •    Berguna bagi calon untuk mengdiagnos atau menilai
             prestasi mereka sendiri



hazba                              1
KPN2043


Skala Kadar
        •   Partisipan dikehendaki menandakan atau
            membulatkan satu titik di atas kontinium yang
            menunjukkan darjah perkadaran yang diberikan.
        •   Contoh skala kadar paling mudah ialah skala kadar
            numerik

        Contoh:
            •     Skala kadar grafik:
                  •    Skala kadar grafik menghuraikan setiap ciri
                       yang akan dikadarkan dan meletakkannya
                       pada garisan mengufuk dan responden akan
                       meletakkan tanda.
            •     Skala kadar produk.
                       Bertujuan untuk mengkadarkan produk.


Anekdot
        •   Satu rekod tentang perlakuan yang dianggap penting
        •   Tidak semestinya berfokus kepada satu perlakuan
            sahaja bagi semua partisipan
        •   Pencatat mestilah spesifik dan tepat
        •   Merekodkan apa yang dilihat atau dibuat
        •   Mengelakkan penilaian atau interpretasi dalam catatan




hazba                             2
KPN2043


Sosiogram
        •   Satu persembahan visual
        •   Menggunakan anak panah - simbol pemilihan individu
            terhadap individu lain - interaksi
        •   Menentukan keadaan dan struktur hubungan
            interpersonal dalam sebuah kelas
        •   Setiap calon diwakili dengan bentuk:
            •     bulatan (lelaki) atau
            •     segi tiga (perempuan)
        •   Anak panah menggambarkan pilihan mereka terhadap
            sesuatu soalan aktiviti kepada seseorang individu
        •   Contoh:
            •     pelajar mungkin dikehendaki menamakan tiga
                  orang pelajar lain yang mereka akan pilih sebagai
                  wakil mereka dalam kelas atau
            •     mereka yang dipandang mulia atau
            •     amat peramah atau
            •     yang mereka suka berkawan dengannya atau
                  sebagainya.
        •   Respons calon dan interaksi mereka yang dinyatakan
            melalui anak panah - sosiogram




hazba                             3

								
To top