FAKULTI PENDIDIKAN SASTERA DAN SAINS SOSIAL SARJANA MUDA PENGAJARAN KPM – OUM 2009 HBSH3103 AUDIOLOGI DAN HABILITASI

Document Sample
FAKULTI PENDIDIKAN SASTERA DAN SAINS SOSIAL SARJANA MUDA PENGAJARAN KPM – OUM 2009 HBSH3103 AUDIOLOGI DAN HABILITASI Powered By Docstoc
					FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
      SARJANA MUDA PENGAJARAN
                KPM – OUM
                   2009



               HBSH3103
        AUDIOLOGI DAN HABILITASI
               AUDITORI

            SEMESTER JANUARI 2009



            DISEDIAKAN OLEH :

        SAMRAH BINTI SHAMSUDDIN
             670905-08-5620
               NO MATRIK:
           670905-08-5620002
               No Telefon:
              0123992865
              0123034293

            UNTUK PERHATIAN :




                                           1
PRAKATA


Salam sejahtera dan salam hormat,



Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat juga menyiapkan kerja kursus
untuk subjek HBSH3103 Audiologi dan Habilitasi Auditori. Pada mulanya saya
merasa sedih kerana sehingga kerja kursus ini disiapkan, saya masih belum
mempunyai tutor untuk mata pelajaran ini. Tambahan pula hanya saya seorang yang
mengambil subjek masalah pendengaran di negeri bumi Kenyalang ini. Oleh itu tanpa
panduan dan teman saya berusaha juga menyiapkannya kerja kursus ini. Begitu juga
                              saya tidak dapat online seperti mana teman-teman saya
                              di Semenanjung. Walaupun pelbagai rintangan dan
                              kekangan masa yang padat dengan jadual aktiviti
                              persekolahan serta menghadiri        tutorial nun jauh di
                              Miri dan saya tinggal di Sibu tetapi ianya tidak
                              melemahkan     semangat       saya.     Saya    berusaha
                              mendapatkan    maklumat       dari     teman-teman     di
                              Semenanjung. Di sini ingin saya mengucapkan ribuan
                              terima kasih kepada Cik Nahazatul Islia Jamari,
                              audiologis    dari     Unit       audiologi      Jabatan
Otorhinolaryngology, Hospital Sibu kerana banyak memberi maklumat dan
penerangan serta sungguh budiman meminjamkan saya buku-buku berkaitan auditori.
Malah beliau juga menerangkan bagaimana ujian-ujian audiometri dijalankan.


Saya juga berterima kasih kepada anak-anak dan suami di atas semangat dan
dorongan serta kerjasama yang banyak membantu saya tanpa berbelah bahagi. Juga
ucapan terima kasih kepada En Mohamad Tangah dan juga Pn Adriana, penyelaras
OUM Miri kerana sering mengambil berat mengenai permasalahan pembelajaran
saya.


Kepada yang berbudi, hanya Allah jua yang dapat membalasnya.




                                                                                     2
ISI KANDUNGAN


PERKARA                                                  MUKA SURAT


Pendahuluan                                                  1-1
A.    Maksud audiologi dan rehabilitasi auditori             1-3
B.    Bidang tugas dan peranan seorang audiologi             3-8
      serta bidang audiologi kepada golongan
      bermasalah pendengaran.
C.    Ujian-ujian audiometri                                 8-8
           i.        Ujian audiometri nada tulen             8 - 10
           ii.       Ujian audiometri konduksi udara         10 -12
           iii.      Ujian audiometri konduksi tulang.       13 -14
           iv.       Ujian audiometri impedens               15 -16


D.    Peraturan dan etika yang menjadi isu dalam             16 - 21
      Menjalankan implant koklea kepada kanak-kanak
      Bermasalah pendengaran.
      Antara isu yang berlaku ialah:
      a.          Kesihatan
      b.          Hak individu
      c.          Bahasa
      d.          Budaya orang pekak
      e.          Kehilangan budaya orang pekak


Penutup                                                      21
Rujukan
Lampiran




                                                                       3
Pendahuluan


        Perkhidmatan audiologi merupakan satu perkhidmatan yang penting bagi
individu bermasalah pendengaran yang memerlukan pengesanan dan tindakan awal,
penjagaan dan perlindungan serta aural rehabilitasi yang sesuai. Masalah pendengaran
merupakan masalah yang serius sekiranya tidak ditangani dari peringkat awal kerana
ia bukan sahaja menyebabkan seseorang tidak dapat mendengar tetapi bahkan ia juga
memberi kesan terhadap perkembangan pertuturan seterusnya mekanisme komunikasi
individu.


A.      Maksud audiologi dan rehabilitasi auditori


        Audiologi menurut kamus perubatan (medical-dictionary)                 ialah kajian
keseluruhan tentang pendengaran. Ini merangkumi kajian tentang anatomi dan fungsi
telinga, masalah pendengaran , penilaian dan rawatan kepada orang yang kehilangan
pendengaran.


        Laman web medical buffalo education pula menyatakan istilah audiologi
merujuk kepada sains pendengaran. Iaitu mendefinisikan            audiologi sebagai satu
disiplin yang melibatkan         pencegahan, pengenalan       serta    penilaian    masalah
pendengaran, pemilihan dan penilaian alat bantu pendengaran serta habilitasi atau
rehabilitasi individu yang mempunyai masalah pendengaran.


        Manakala       menurut    pakar   audiologi   dari      unit    auditori     Jabatan
Otorhinolaryngology Hospital Sibu, Cik Nahazatul
Islia Jamari       pula menyatakan bahawa audiologi
merupakan satu bidang yang berkaitan dengan kajian
pendengaran normal dan tidak normal. Ia melibatkan
tugas   disiplin     audiologi     yang   merangkumi
pencegahan, pengenalpastian, penilaian pendengaran
, pemilihan serta penilaian alat bantu dengar dan            Cik Nahazatul Islia Jamari
                                                             Audiologis Hospital Sibu
pengendalian program rehabilitasi bagi individu yang
mengalami masalah pendengaran.



                                                                                          4
       Berdasarkan beberapa definisi audiologi tersebut, dapat disimpulkan bahawa
audiologi merupakan satu bidang yang berkaitan dengan pendengaran dan semua
                                     masalah yang timbul berkaitan dengannya.
                                     Oleh itu audiologi dapat menentukan samada
                                     seseorang individu dapat mendengar dengan
                                     baik     atau   tidak.   Audiologi      juga     akan
                                     memastikan       dan     mengesahkan           samada
                                     seseorang individu itu mempunyai masalah
               Ujian audiometri
                                     pendengaran serta menjelaskan jenis masalah
                                     pendengaran       yang      dihadapi.      Masalah
pendengaran yang dihadapi akan dianalisis serta diberikan bimbingan dan pilihan
kepada individu yang terlibat untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.


       Rehabilitasi auditori pula adalah terapi atau latihan fizikal yang direka oleh
pakar audiologi untuk membantu individu yang mengalami masalah pendengaran.
Ianya mempunyai matlamat yang jelas dan pendedahan mengenai alat bantuan
mendengar kepada individu yang terlibat dan perkhidmatan profesional yang
diberikan.


       Proses rehabilitasi auditori bermula dengan            aspek pengetahuan dan
pendedahan. Individu yang bermasalah pendengaran mengetahui segala aspek
berkaitan masalah pendengaran, maklumat mengenai alat bantuan pendengaran serta
strategi bagaimana untuk memperbaiki komunikasi. Seterusnya harapan dan matlamat
agar individu bermasalah pendengaran mengetahui akan tahap pencapaian dengan
bantuan alat pendengaran agar tidak mengecewakan diri sendiri seandainya hasil yang
diterima tidak sebagaimana yang diharapkan.


       Proses yang seterusnya ialah susulan kepada alat bantuan pendengaran. Iaitu
memastikan tahap keselesaan dan keberkesanan alatan kepada pengguna. Selain itu
kaunseling juga diberikan agar individu yang terlibat dapat mengatasi tekanan emosi
serta mampu menangani masalah yang dihadapinya. Kumpulan bantuan pendengaran
juga diwujudkan agar individu terlibat dapat berkongsi idea dan maklumat supaya
dapat mengatasi tekanan emosi yang dihadapinya. Proses strategi dalam komunikasi
pula menekankan agar individu bermasalah pendengaran tidak terlalu bergantung


                                                                                         5
kepada alat bantuan pendengaran sepenuhnya. Sebaliknya berusaha mencuba teknik
yang dapat membantu untuk berkomunikasi. Akhirnya dari aspek peranan keluarga
diharapkan agar keluarga dapat memahami situasi individu yang mengalami masalah
pendengaran tersebut dan dapat memberikan sokongan kepada mereka.


B.     Bidang tugas dan peranan seorang audiologis serta kepentingan bidang
audiologi kepada golongan bermasalah pendengaran.


       Audiologis ialah professional bertauliah yang terlibat dalam pencegahan ,
pengenalpastian, penilaian dan pengurusan individu-individu yang mengalami
masalah pendengaran. Kelazimannya pakar audiologis ini bekerja di hospital atau
pusat perubatan, sekolah, industri, Pusat intervensi awal, Jabatan Kesihatan, Jabatan
Pendidikan, Universiti dan juga di Pusat Audiologi persendirian. Seorang pakar
audiologi mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang audiologi, akustik dan
elektronik, anatomi dan fisiologi, patologi pertuturan dan bahasa, psikologi, fonetik
dan linguistik, statistik dan kaedah penyelidikan serta perlu menjalani latihan klinikal.


       Bidang tugas dan peranan seorang audiologis antaranya ialah memberikan
perkhidmatan ujian pendengaran pada kanak-kanak dan orang dewasa yang
mengalami      masalah    pendengaran.      Ujian    pendengaran    dijalankan    dengan
menggunakan peralatan khusus untuk mengekalkan keesahan keputusan berkaitan
kehilangan pendengaran. Audiologis akan melakukan pemeriksaan secara terperinci
terhadap    gegendang     telinga   menggunakan
otoskop, menjalankan ujian diagnostik dan
menyiasat sejarah perubatan yang mungkin
mempunyai        kaitan      dengan        masalah
pendengaran. Oleh itu individu yang mengalami
masalah pendengaran boleh mendapat faedah
dengan bantuan alat bantu dengar melalui                 Program saringan
                                                         pendengaran bayi
perkhidmatan audiologis yang lebih memahami
aplikasi   terbaru   teknologi      alat   bantuan
pendengaran.




                                                                                        6
       Bidang tugas dan peranan seorang audiologis antaranya ialah memberikan
perkhidmatan saringan pendengaran pada neonat, bayi dan kanak-kanak. Pakar
                                         audiologi akan mendiagnosis masalah
                                         pendengaran    pada   kanak-kanak   dan
                                         mengenal pasti kehilangan pendengaran
                                         kanak-kanak pada setiap peringkat yang
                                         berbeza. Ini termasuk mendiagnosis serta
                                         ujian pendengaran ke atas bayi yang baru
                                         dilahirkan serta kanak-kanak. Audiologis
                                         akan membekalkan terapi pendengaran
serta memakaikan alat Bantu pendengaran yang sesuai dengan kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran.


       Ibu bapa dan individu yang mempunyai masalah pendengaran boleh
mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar audiologi dalam mendapatkan khidmat
nasihat mengenai pemakaian dan penjagaan alat bantu pendengaran. Pakar audiologi
juga berhak menilai, memilih dan mendispensi alat bantuan pendengaran.


       Selain itu pakar audiologi juga memberikan perkhidmatan untuk pelajar
sekolah.      Audiologis membekalkan       sepenuhnya   perkhidmatan pemulihan
pendengaran di sekolah-sekolah awam kerajaan mahupun swasta bagi semua tahap
pendidikan. Perkhidmatan yang diberikan lebih mengutamakan perkembangan
pertuturan, bahasa dan kemahiran pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak
bermasalah pendengaran.


       Audiologis juga berperanan dalam bidang kaunseling. Seorang audiologis
sering mengambil berat terhadap kepentingan mempunyai kemampuan pendengaran
yang baik. Oleh itu audiologis membekalkan kaunseling secara individu untuk
membantu individu bermasalah pendengaran agar dapat berinteraksi dengan lebih
efektif dalam kehidupan social, pendidikan dan persekitaran pekerjaan. Audiologis
juga membantu golongan yang berusia untuk mendengar dengan lebih baik.




                                                                               7
       Audiologis juga berperanan menjalankan program pemuliharaan kemampuan
pendengaran. Pendedahan kepada bunyi-bunyi bising yang keterlaluan secara
berterusan boleh menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Sehubungan itu,
audiologis bertanggungjawab terhadap pencegahan kehilangan pendengaran. Iaitu
melaksanakan program-program untuk melindungi pendengaran individu-individu
yang terdedah kepada kebisingan persekitaran industri atau situasi taman rekreasi.


       Kajian berkaitan pendengaran juga merupakan bidang tugas dan peranan
audiologis. Audiologis terlibat dalam pelbagai aktiviti kajian untuk membangunkan
teknik-teknik penilaian pendengaran dan teknologi pemuliharaan baru. Khususnya
dalam inovasi penggunaan alat bantuan pendengaran. Audiologis juga berperanan
dalam penulisan buku-buku teks dan jurnal berkaitan pentaksiran dan penilaian
pendengaran, alat bantuan pendengaran dan pengurusan individu yang mengalami
kehilangan pendengaran.


       Pakar audiologi juga berperanan memberikan latihan auditori kepada individu
yang memerlukan memberi khidmat rundingcara mengenai konservasi pendengaran
kepada syarikat-syarikat dan juga industri. Audiologis juga merupakan individu yang
memberi nasihat dalam pemilihan sistem
amplikasi bilik darjah untuk murid-murid
bermasalah pendengaran. Ini meliputi alat
bantuan pendengaran peribadi dan sistem
FM. Di samping itu pakar audiologi juga
bertanggungjawab dan turut serta bersama
                                                Khidmat nasihat alat bantuan
profesional lain dalam memilih calon yang
                                                pendengaran yang sesuai kepada
sesuai untuk implan koklea serta melakukan      individu yang memerlukan
pemetaan koklea.Bidang audiologi berfungsi untuk menangani masalah yang
berkaitan dengan pendengaran. Kepentingan bidang ini adalah dikhususkan untuk
mempelajari keadaan pendengaran normal dan kerosakan pendengaran, pencegahan
dari masalah pendengaran serta mengenal pasti dan mentaksir pendengaran,
menangani masalah-masalah pendengaran dan rehabilitasi individu yang bermasalah
pendengaran serta menangani ketidaknormalam pendengaran tersebut. Oleh itu
bidang audiologi ini amat memberi kepentingan kepada golongan bermasalah
pendengaran untuk memupuk kemahiran berkomunikasi dengan pesakit atau


                                                                                     8
pelanggan dan keluarga dalam diagnosis ketidakupayaan pendengaran dan
memberikan bimbingan dalam proses rehabilitasi.
       Selain dari itu bidang audiologi juga amat berperanan kepada golongan
bermasalah pendengaran dalam memberikan rawatan, meningkatkan kemajuan
teknologi dan rancangan untuk membantu individu yang mempunyai masalah
pendengaran dan ketidakupayaan yang berkaitan.


       Bidang audiologi ini amat berkepentingan kepada masyarakat khasnya
golongan     bermasalah     pendengaran.   Perkhidmatan   yang    dijalankan    seperti
memberikan khidmat kepada pesakit yang mempunyai masalah pendengaran di semua
peringkat umur. Bermula dari bayi yang baru dilahirkan sehingga ke peringkat orang
yang telah lanjut usia.


       Bidang audiologi ini juga berperanan melakukan diagnosis, rawatan dan
pemulihan kepada individu yang mengalami masalah hilang pendengaran. Selain itu
menyediakan program-program rehabilitasi pendengaran serta menyediakan ahli-ahli
yang profesional seperti pakar audiologi, pakar patologi bahasa-pertuturan dan
otolarinkologi. Oleh itu individu bermasalah pendengaran akan dapat faedah daripada
perkhidmatan-perkhidmatan yang oleh pakar yang berkaitan masalah yang dihadapi
oleh mereka.


       Perkhidmatan nasihat dan kaunseling mengenai masalah pendengaran turut
diberikan melalui perkhidmatan audiologi ini.     Sekolah Pendidikan Khas
Ini   bagi     memberi      dan   menyalurkan     bermasalah pendengaran Sibu

pengetahuan serta maklumat yang betul
kepada individu berkenaan terutamanya bagi
ibu   bapa     yang       mempunyai   masalah
pendengaran. Antaranya membantu pesakit
dan keluarga menyesuaikan diri dengan
keadaan kehilangan pendengaran, menggunakan sepenuhnya faedah alat bantuan
pendengaran, implan koklea dan alat-alat lain yang boleh membantu proses
komunikasi. Teknik penjagaan dan pemakaian alat bantuan pendengaran yang betul.
Khidmat nasihat mengenai penempatan dan penempatan semula murid turut
diberikan.
                                             Murid
                                                                                     9
       Perkhidmatan audiologi juga berperanan memberi pendidikan kepada ibubapa
yang mempunyai anak-anak bermasalah pendengaran dari segi mendengar, bertutur
dan menggunakan bahasa. Menyediakan program bagi kanak-kanak bermasalah
pendengaran dengan memberikan kaunseling, menggalakkan penglibatan ibu bapa
dan menyediakan rancangan yang sesuai kepada setiap kanak-kanak. Perkhidmatan
audiologi juga berkepentingan      menyediakan program bagi orang dewasa yang
bermasalah pendengaran dengan mengadakan latihan auditori dan terapi pertuturan ,
rancangan rawatan individu dan pendidikan berterusan tentang kehilangan
pendengaran dan strategi untuk membantu proses komunikasi.


       Selain itu program saringan pendengaran luar sekolah turut diadakan di pusat
audiologi. Ia juga menjalankan latihan dalaman kepada individu dan ibu bapa murid
bermasalah pendengaran, guru-guru pendidikan khas serta orang awam yang
berminat. Penggunaan amplifikasi di sekolah juga adalah di bawah pengawasan pusat
audiologi.


       Misalnya, perkhidmatan yang dijalankan          di Klinik Audiology & Sains
                                Pertuturan   Fakulti     Sains     Kesihatan       Bersekutu,
                                Universiti   Kebangsaan           Malaysia     menawarkan
                                perkhidmatan pengenalpastian masalah pendengaran
                                dalam kalangan bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan
                                juga   kepada    warga     tua.     Selain   itu    ia   juga
                                mempreskripsi alat bantu dengar atau alat tumpu
                                dengar seperti sistem FM. Selain dari menguji dan
memantau keberkesanan alatan tersebut, pusat ini juga memberi khidmat nasihat dan
kaunseling kepada ibu bapa dan individu yang
memerlukan    pengetahuan    dan    maklumat
tentang penggunaan alat bantu dengar dan
juga   permasalahan     mengenai       masalah
pendengaran. Klinik ini juga turut merujuk
kes-kes tertentu kepada pakar telinga, hidung
dan tekak, psikologi, pakar kanak-kanak dan                Aktiviti Klinik Audiologi UKM




                                                                                          10
sebagainya. Klinik ini juga memberi khidmat pacakan koklea implan dan kemudahan
membuat acuan telinga dan menjual alat bantuan pendengaran.


       Oleh itu dalam menangani masalah pendengaran, audiologis boleh membantu
mengesan masalah pendengaran dan imbangan yang dihadapi oleh seseorang individu
serta membekalkan rawatan bukan perubatan serta khidmat nasihat. Peranan yang
dimainkan oleh audiologis dan pusat audiologi ini amat besar kepentingannya kepada
masyarakat dan golongan bermasalah pendengaran khasnya dalam usaha membantu
golongan tersebut untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan bermakna.


C.     Ujian-ujian audiometri


       Ujian pendengaran adalah penting dilakukan untuk menentukan jenis dan
tahap kepekakan seseorang. Ujian pendengaran
adalah satu ujian yang dijalankan untuk menilai
fungsi keseluruhan pendengaran individu. Ujian
pendengaran juga penting kerana ia membantu
mengesan sebarang masalah pendengaran dan
                                                                         Audiometri
kerosakan yang mungkin berlaku di bahagian
dalam telinga. Di antara jenis-jenis ujian yang dijalankan ialah:


               Ujian audiometri nada tulen (Pure-tune Audiometry)
               Ujian audiometri konduksi udara (Air-conduction Audiometry)
               Ujian audiometri konduksi tulang (Bone-conduction Audiometry)
               Ujian audiometri impedens (Impedance Audiometry)


i.     Ujian audiometri nada tulen
               Audiometri nada tulen adalah ujian yang menguji pendengaran dengan
menggunakan berbagai jenis frekuensi. Selalunya frekuensi adalah daripada nada
yang terendah ( 250Hz) hinggalah kepada nada yang tertinggi (8,000Hz).


       Audiometri nada       tulen   dilakukan dengan      menggunakan audiometer.
Audiometer adalah suatu instrumen elektrik. Ia mempunyai suis untuk memudahkan
pemilihan nada yang diperlukan. Frekuensi yang selalu digunakan dalam ujian adalah


                                                                                  11
125, 250, 500, 1000, 1500, 2000, 3000,, 4000, 6000 dan 8000Hz. Intensiti yang
                                                     digunakan pula adalah antara 10db
     Audiometri yang terdapat di Unit
     Audiologi Hospital Sibu                         HL sehingga 110dB HL (decibel
                                                     hearing loss) dan 500Hz hingga
                                                     6,000 Hz.


                                                            Pelaksaan ujian audiometri
                                                     nada tulen yang dijalankan oleh
                                                     audiologis   adalah    dengan       cara
                                                     menguji pesakit menggunakan fon
telinga. Fon telinga berfungsi untuk menghalang kemasukan bunyi-bunyi lain yang
tidak dikehendaki. Selain daripada itu, fon telinga juga berfungsi sebagai alat untuk
mengalirkan nada ke telinga yang diuji. Pesakit akan mengangkat tangan atau jari
sekiranya    mereka      mengesan       bunyi.   Kemudian                  Fon telinga
audiologis akan memperlahankan nada bunyi tersebut.
Bunyi akan diperlahankan sehingga pesakit tidak dapat
mendengar bunyi itu lagi. Proses ini akan diulangi
dengan menggunakan tona atau frekuensi yang berbeza.
Setiap telinga akan diuji secara bergilir-gilir. Ini kerana
setiap telinga    mempunyai       sensitiviti bunyi yang
berlainan.


   Selain daripada audiometri, terdapat juga audiometer outomatik.                 Melalui
audiometer outomatik ini, pesakit akan menekan suis jika mereka mendengar apa-apa
bunyi. Cara menggunakan audiometer automatik adalah menghendaki pesakit
                                           memegang suis. Nada bunyi akan meningkat
                                           intensitinya secara outomatik sehingga pesakit
                                           menekan suis. Apabila suis ditekan, nada
                                           bunyi akan menurun intensitinya sehingga
                                           pesakit   melepaskan    tekanan     pada      suis
                                           tersebut. Apabila suis dilepaskan bermakna
                                           pesakit tidak dapat mengesan bunyi yang




                                                                                          12
dipancarkan. Setiap nada pada satu frekuensi akan berbunyi selama dua minit. Selepas
itu ia akan bertukar secara outomatik kepada frekuensi yang lain. Setiap telinga diuji
secara bergilir-gilir.


          Seorang audiologis yang terlatih akan mengendalikan ujian audiometri nada
tulen ini. Mesin audiometer akan membenarkan bunyi atau nada pada frekuensi , pitch
dan kekuatan yang berbeza. Manakala nada yang digunakan boleh jadi dalam bentuk
muzik       atau     sebagainya.     Ujian
                                                Audiologis sedang
hendaklah dijalankan di dalam bilik             menjalankan ujian
yang kalis bunyi untuk mengelakkan
sebarang gangguan bunyi dari sumber-
sumber luar. Ujian yang dilakukan
mestilah     mempunyai     suasana   yang
sesuai. Peralatan yang digunakan juga
dipastikan tepat agar kesahan dapat
diperolehi. Perkara-perkara yang diambil kira semasa melakukan ujian audiometri
nada tulen adalah seperti berikut:


     a.      Alat fon telinga penghalang bunyi (Earphone attenuation devices)


          Fon telinga yang mempunyai cawan telinga yang lebih besar. Dilapisi dengan
lapisan tebal agar dapat mengurangkan bunyi bising yang boleh menganggu
keputusan ujian. Tidak berapa sesuai untuk kanak-kanak kerana berat dan besar.


     b.      Pemasangan fon telinga (Insert earphone )


          Fon telinga dimasukkan terus ke dalam telinga.Pesakit perlu membuka dan
menutup mulut beberapa kali supaya kedudukan insert earphone tepat. Digunakan
kepada pesakit dewasa dan kanak-kanak.


c.           Bilik kalis bunyi (sound-isolated chambers)


          Dinding bilik dilapisi oleh bahan lembut seperti jubin akustik untuk menyerap
bunyi dan gema. Pintu perlu teguh dan ditutup ketat. Dua reka bentuk iaitu satu bilik


                                                                                    13
dan dua bilik. Bilik pertama adalah untuk segala peralatan dan pesakit ditempatkan di
  Bilik Kalis Bunyi                 satu bilik. Bilik kedua menempatkan penilai dan
                                    audiometer sementara pesakit di bilik penilaian.
                                    Terdapat tingkap untuk tujuan komunikasi
                                    visual. Mikrofon, amplifier, dan pembesar suara
                                    atau fon telinga disediakan untuk membolehkan
                                    penilai mendengar jika pesakit bersuara.


        Kedudukan semasa ujian dilakukan juga penting. Pesakit tidak seharusnya
berada dalam kedudukan yang menghadap ke arah penilai. Tujuannya supaya
pergerakkan yang dilakukan oleh penilai samada besar atau kecil tidak menganggu
tumpuan pesakit.


        Kemasukan data ujian audiometri yang dijalankan




ii.     Audiometri Konduksi Udara (Air –condition audiometry)


        Audiometri Konduksi Udara dijalankan untuk menentukan tahap sensitiviti
pendengaran pesakit pada pelbagai frekuensi. Ujian ini adalah untuk menentukan
darjah kehilangan pendengaran samada rendah, sederhana atau tinggi.


        Cara Ujian audiometri konduksi udara dijalankan adalah dengan memakai fon
telinga dengan betul. Penyambung fon telinga (headband) perlu diletakkan betul-


                                                                                  14
betul di atas kepala. Jika pesakit memakai cermin mata, perlu ditanggalkan kerana ia
mungkin menganggu kedudukan fon telinga. Begitu juga dengan subang atau anting-
anting. Pembesar suara pada fon telinga mesti diletakkan tepat pada salur liang luar
telinga. Saiz fon telinga boleh dilaraskan supaya ianya muat baik pada telinga pesakit.
Jika pesakit mempunyai masalah pada saluran telinga , insert earphone boleh
digunakan. Alat ini akan dimasukkan ke dalam saluran telinga.


       Alat tranducers terletak di penghujung alat ini diklipkan di baju pesakit.
Warna biru adalah untuk telinga kiri dan merah untuk telinga kanan. Prosedur
audiometri konduksi udara adalah seperti berikut: Pesakit mempunyai pilihan samada
untuk memeriksa telinga kanan atau kiri dahulu. Audiologis akan mencadangkan agar
memeriksa dan menguji telinga yang tidak bermasalah dahulu.Frekuensi yang
digunakan oleh kebanyakan audiologis adalah 1000Hz.


       Frekuensi yang tinggi diuji secara menaik, manakala frekuensi yang rendah
diuji secara menurun. Dalam teknik menurun, nada akan dibunyikan di atas ambang
pendengaran. Nada akan semakin dikurangkan sehingga pesakit memberi isyarat
mereka tidak dapat mendengar nada tersebut. Manakala dalam teknik menaik pula,
nada dibunyikan di bawah ambang pendengaran. Nada akan semakin dinaikkan
sehingga isyarat mendengar diberikan oleh pesakit. Nada yang digunakan adalah
secara otomatik atau manual.


       Prosedur American Speech & Hearing Assosiation (ASHA) (1978)
menggariskan, nada yang perlu digunakan pada permulaan ujian adalah 30db HL. Jika
ada tindak balas. Nada dikuatkan pada 30db di atas ambang pendengaran. Jika tiada
tindak balas, nada dikuatkan pada 50dB dan begitulah seterusnya dikuatkan sehingga
tindak balas diperolehi. Setiap nada pada frekuensi yang berbeza akan dibiarkan
selama satu ke dua saat.
                                                                      Semua keputusan
                                                                      dicatatkan di atas
                                                                      helaian data atau
                                                                      borang markah.




                                                                                     15
iii.    Audiometri Konduksi tulang (Bone- Conduction Audiometry)


        Audiometri Konduksi Tulang adalah ujian yang dilakukan untuk mengetahui
                                    tahap sensitiviti sensorineural pesakit. Terdapat
                                    tiga situasi yang berlaku dalam audiometri
                                    kondiksi      tulang,      iaitu    distortional   bone
                                    conduction,     inertial     bone     conduction   dan
                                    osseotympanic bone conduction.




        Distortional bone conduction, iaitu apabila
getaran dialirkan, tulang tempurung mengalami
perubahan bentuk. Perubahan ini menyebabkan
struktur pendengaran telinga dalam juga berubah.
Inertial bone condition pula berlaku apabila
                                       terjadinya
  Bone audiometry
                                       perubahan
                                     bentuk    tulang       tempurung         menyebabkan
                                     rangkaian tiga tulang dalam telinga dalam
                                     bergetar. Pergerakan ini berlaku di dalam
                                     telinga dalam bunyi dialirkan ke otak. Manakala
                                     osseotympanic bone conduction pula ialah
perubahan tempurung getaran dan melalui liang telinga luar. Beberapa getaran akan
keluar daripada liang telinga. Sementara selebihnya masuk ke dalam liang dan
menggetarkan membran timpanik di mana bunyi dapat didengari.


                                           Ukuran untuk audiometri tulang selalunya
                                   dilakukan di mastoid yang terletak di bahagian
                                   belakang telinga. Bahagian ini dijadikan tempat
                                   untuk mengukur kerana di bahagian ini nada




                                                                                        16
konduksi tulang dapat di dengar dengan kuat serta ia terletak berhampiran dengan
telinga.




           Sebelum melakukan ujian audiometri tulang,
pastikan dahulu rambut dikebelakangkan sekiranya
menggunakan alat getaran jalur aluminium di dahi.
Alat getaran perlu diletakkan di bahagian tengah
tempurung. Kedua-dua telinga tidak perlu ditutup.
Boleh untuk menguji mana-mana telinga terlebih
dahulu.


                                                   Prosedur yang   lain     sama   seperti
              Alat bantuan pendengaran
              konduksi tulang            audimetri     konduksi    udara.     Kekeliruan
                                         mungkin berlaku semasa mentafsir keputusan
                                         audiometri konduksi tulang kerana audiologis
                                         tidak pasti telinga sebelah mana yang patut
                                         diuji. Ini kerana
                                         getaran     samada
di dahi atau mastoid akan menggetarkan bahagian dalam
telinga kiri dan kanan. Sungguhpun begitu terdapat                  Hearing aid
simbol-simbol yang mewakili telinga kiri dan kanan.




                                           bonegraf




                                                                                       17
iv.    Audiometri Impedens (Impedance audiometric)


       Audiometri impedens adalah satu ujian yang dijalankan untuk mengesan
fungsi telinga tengah samada mengalami kebocoran atau tidak.




       Semasa ujian dijalankan, dua tiub kecil akan dimasukkan ke liang luar telinga.
Bunyi daripada pembesar suara kecil akan dialirkan ke liang luar telinga melalui salah
satu tiub berkenaan. Bunyi yang dipantulkan
semula oleh timpanik membran akan ditangkap
oleh tiub yang kedua dan disalurkan terus ke
mikrofon, amplifier dan perakam. Apabila
bunyi dialirkan ke telinga yang tidak diuji, otot
                                                    impedancescan
stapedius   akan   bergerak.   Impedens     akan
                                                     bonegraf
meningkat dan perakam akan merakam lebih banyak bunyi yang dipantulkan.


       Maklumat akan diperolehi daripada alat acoustic bridge. Melalui alat inilah
audiologis akan dapat mendengar bunyi yang dipantulkan semula oleh membrane


                                                                                   18
timpanik. Masalah kebocoran telinga tengah akan dapat dikenal pasti melalui alat ini.
Tujuan melakukan audiometri impedens adalah untuk mengetahui status membran
timpanik dan telinga tengah melalui timpanometri. Selain itu ia bertujuan untuk
menilai refleksi akustik (AR) yang melibatkan saraf cranial dan saraf otak auditori.


         Timpanometri adalah untuk mengukur kekerasan membrane timpanik dan
                                               sekali gus melihat fungsi telinga tengah.
                                               Ujian ini berguna dalam mengesan
                                               kehadiran cecair di dalam telinga,
                                               tekanan yang negative pada telinga
                                               tengah,    kebocoran   pada    membran
                                               timpanik        dan         otosklerosis.
                                               Menggunakan alat yang dimasukkan ke
               Timpanometri                    liang telinga dan tekanan udara akan
                bonegraf
                                               diberikan. Alat ini akan mengukur
pergerakan membrane timpanik setiap kali tekanan diubah. Keputusan ujian ini akan
dipaparkan dalam bentuk graf yang disebut sebagai timpanogram.


         Refleksi Akustik ialah melihat kontraksi pada otot stapedus dalam
penyesuaian kepada bunyi yang kuat. Masalah pendengaran mungkin wujud apabila
ambang pendengaran meningkat, refleksi yang mendatar dan bentuk refleksi yang luar
biasa.


D.       Peraturan dan etika yang menjadi isu dalam menjalankan implan koklea
         kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran.


Implan Koklea merupakan salah satu alternatif yang diperkenalkan untuk membantu
individu yang bermasalah pendengaran. Implan
koklea merupakan suatu inovasi terkini iaitu suatu
alat elektronik yang kecil dan kompleks. Ia
bertujuan    untuk     membantu     individu    yang
mengalami tahap kepekakan yang teruk. Implan
koklea dapat membantu mengesan kehadiran bunyi.



                                                                                       19
Ia akan merangsang saraf-saraf pada koklea menggunakan kejutan elektrik yang kecil.
Implan koklea ini dilakukan dengan cara menanamnya di dalam telinga melalui
pembedahan.


       Seseorang individu yamg mengalami masalah pendengaran tidak semestinya
                         boleh melakukan implan koklea. Kelazimannya implan
                         koklea hanya diberikan kepada individu yang mengalami
                         kerosakan pendengaran teruk pada kedua-dua belah telinga.
                         Sementara alat bantuan pendengaran biasa yang digunakan
                         tidak dapat membantu mereka mendengar.


       Terdapat peraturan bagi memilih calon yang sesuai menjalani implan koklea.
Antara kriteria yang diambil kira dalam menentukan calon implan antaranya ialah
sejarah masalah pendengaran, penyebab kehilangan pendengaran, tahap sisa
pendengaran yang ada, kebolehan mengenal pertuturan, status kesihatan dan
komitmen keluarga terhadap rehabilitasi aural.


       Calon-calon yang layak untuk menerima pembedahan implan koklea adalah
calon yang mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai kepekakan yang teruk pada kedua-
                         dua belah telinga dan mempunyai saraf auditori yang boleh
                         berbunyi. Calon pernah mengalami
                                                              Koklea implan
                         pendengaran pada jangka waktu
                         singkat. Selain itu calon juga
                         mempunyai kemahiran pertuturan,
bahasa dan komunikasi yang baik. Bagi kes kanak-kanak dan
bayi, ibu bapa dan keluarga sedia untuk memberi komitmen sepenuhnya terhadap
terapi kemahiran pertuturan dan komunikasi.


       Kriteria yang dipertimbangkan juga adalah alat bantuan pendengaran. Alat
bantuan pendengaran biasa yang lain tidak memberi faedah dan kesan kepada
pendengaran calon . Calon juga tidak mempunyai masalah perubatan yang
menghalang calon daripada menjalani pembedahan. Serta calon pernah hidup atau
ingin hidup di dalam dunia yang berbunyi. Selain itu calon juga hendaklah
mempunyai penerimaan yang realistik terhadap keputusan yang bakal diperolehi.


                                                                                20
Mempunyai sokongan padu daripada keluarga dan rakan serta mempunyai
perkhidmatan yang bersesuaian selepas pembedahan seperti rehabilitasi aural.


        Pembedahan implan koklea merupakan suatu bentuk rawatan yang meliputi
kos yang sangat tinggi serta memerlukan komitmen yang tidak berbelah bahagi
daripada pelbagai pihak bagi menjamin keberkesanannya. Antara ahli kumpulan
yang terlibat dalam mengenal pasti calon yang layak menjalani implant koklea ialah
otologis, audiologis,   patologis     pertuturan   bahasa,   psikologis   pembangunan,
pembimbing perhubungan , pembimbing nasihat, pembimbing kanak-kanak dan
pekerja sosial.


        Keputusan untuk menjalani pembedahan implan koklea bukanlah suatu
perkara yang boleh dipandang remeh. Bukan semua kanak-kanak masalah
pendengaran sesuai untuk menjalani implant koklea. Pelbagai kriteria perlu
dipertimbangkan dan komitmen yang sangat tinggi
diperlukan daripada pelbagai pihak samada sebelum            Koklea implan
atau    selepas   pembedahan        dijalankan.    Kesan
pembedahan adalah berbeza bagi setiap individu dan
ia berkait dengan pelbagai faktor. Bukan semua
kanak-kanak memiliki capaian yang sama terhadap
teknologi terkini, bukan semua kanak-kanak yang
mengalami kehilangan pendengaran yang cukup untuk
melayakkannya menjalani pembedahan implan koklea.
Oleh itu kehebatan teknologi terkini masih belum
mampu menyembuhkan penyakit dengan sekelip mata.

                                                       Koklea implan
Antara isu etika yang berlaku ialah:


   a.      Kesihatan


        Individu yang menjalani pembedahan impalan koklea mungkin akan
mendedahkan dirinya kepada isu yang akan menjejaskan kesihatannya. Implan koklea
yang ditanam berkemungkinan akan terdedah kepada penyakit dan bakteria.
Sekiranya kebersihan dan penjagaannya tidak terurus, mungkin hasil pembedahan


                                                                                    21
tersebut akan bernanah dan menyebabkan bakteria membiak. Malahan penerima
implan koklea ini terpaksa menanggung deraan dan kesakitan dalam jangka waktu
yang panjang.
   b.       Hak individu


         Kontroversi juga wujud dalam memperkatakan hak individu memilih untuk
menggunakan bahasa. Kanak-kanak yang diimplan terpaksa menerima mod bahasa
dan komunikasi yang dipilih untuk anak-anak oleh ibu bapa
mereka. Sungguhpun implan koklea ini amat sesuai dilakukan
sejak dilahirkan kerana ketika ini otak masih belajar untuk
menterjemah bunyi, namun mereka terpaksa menerima implan
sebelum kanak-kanak tersebut boleh membuat keputusan sendiri.
                                                                        Kanak-kanak pekak
Kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran sejak                    mampu menjalani
                                                                        hidup seperti orang
dilahirkan selalunya akan diwakili oleh ibu bapa mereka. Ibu            normal

bapa ini ingin memastikan anak mereka membesar dengan kemahiran bertutur yang
baik.
   c.       Bahasa


         Masyarakat pekak umumnya memiliki bahasanya yang tersendiri. Mereka
berkomunikasi menggunakan bahasa orang
pekak. Sebahagian mereka menggunakan                 Komunikasi menggunakan
                                                     bahasa isyarat
bahasa isyarat dan ada juga menggunakan
komunikasi      seluruh     untuk        berhubung
sesame     orang        pekak     atau     dengan
masyarakat      luar.     Namun     penggunaan
implan koklea ini akan menghapuskan
bahasa orang pekak. Bagi kanak-kanak
pekak yang menerima implan koklea, mereka diajar secara oral tanpa diperkenalkan
kepada bahasa isyarat. Lama-kelamaan penggunaan bahasa isyarat semakin menurun
dan akhirnya bahasa orang pekak (BIOP) akan hilang begitu sahaja.


   d.       Budaya orang pekak




                                                                                        22
   Pembedahan implan koklea mempunyai potensi
untuk mengubah cara hidup masyarakat pekak.
Sungguhpun implan koklea selamat dan merupakan
rawatan    berkesan      untuk   masalah     kekurangan
                                                                Budaya murid pekak
pendengaran,    tetapi    terdapat   juga    sebahagian
masyarakat pekak melihat implan koklea sebagai suatu yang tidak perlu dan sebagai
merendahkan keupayaan mereka. Penggunaan implan koklea ini akhirnya akan
menghilangkan budaya orang pekak apabila mereka tidak lagi berkomunikasi seperti
kebiasaanya menggunakan bahasa isyarat dan komunikasi seluruh.


   e.      Kehilangan budaya orang pekak


        Kajian yang telah dijalankan mendapati 90% daripada kanak-kanak pekak
                                            mempunyai     ibu      bapa    yang      normal
                                            pendengarannya. Manakala 97% mempunyai
                                            hanya ibu atau bapa sahaja yang mendengar.
                                            Oleh itu , seandaianya sebahagian besar
                                            daripada kanak-kanak pekak ini menerima
                                            implant koklea, maka masyarakat pekak
           Komunikasi menggunakan           akan berkurangan dan tidak wujud lagi.
           bahasa isyarat
                                            Golongan pekak yang mengalami masalah
pendengaran sejak dilahirkan menjadikan bahasa isyarat sebagai bahasa pertama
mereka. Golongan ini menganggap bahawa masalah pendengaran bukanlah satu
kekurangan, mereka juga tidak bersetuju dengan ibu bapa yang mempunyai masalah
pendengaran menganggap pekak adalah satu kekurangan yang mesti dibaiki.
Sebaliknya orang pekak mampu mengatasi kekurangan tersebut dengan mewujudkan
budaya mereka sendiri.


        Implan koklea merupakan adalah antara penemuan yang sangat penting dalam
dunia perubatan terkini. Ia menjadi salah satu alternatif penting bagi ibu bapa yang
memiliki anak bermasalah pendengaran. Walau bagaimanapun implan koklea
mungkin berjaya memberi impak yang positif kepada segelinter kanak-kanak dan
memberi kesan sebaliknya pula kepada sesetengah kanak-kanak lain.Kegagalan
mungkin berlaku terutamanya kepada mereka yang menjalani pembedahan implan


                                                                                        23
koklea pada usia yang lewat ataupun mereka tidak berjaya menghadiri sesi-sesi terapi
selepas pembedahan dengan teratur. Maka akibatnya implan koklea tidak memberi
                                        sebarang faedah buat mereka malah dalam
                                        sesetengah kes ia juga menyumbang kepada
                                        berlakunya kelewatan berbahasa. Walaupun
                                        pelbagai isu etika dipertikaikan namun
                                        sebahagian golongan implan mempunyai
                                        tanggapan dan harapan yang positif terhadap
                                        implan    koklea.   Kebanyakkan     mereka
                                        mempunyai identiti diri yang positif serta
merasakan mereka layak diterima dalam kedua-dua komuniti pekak dan normal.


Penutup


       Sesungguhnya amat penting bagi semua ahli masyarakat mengetahui tentang
perkhidmatan audiologi dan rehabilitasi auditori yang disediakan serta usaha-uasaha
yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan khususnya dalam menangani masalah
pendengaran.


       Pendedahan perkhidmatan audiologi ini amat penting agar masyarakat
mengetahui tentang kewujudan prasarana kesihatan yang terdapat di Negara ini dalam
menangani masalah pendengaran. Semua organ badan yang diciptakan untuk manusia
adalah penting dan mempunyai peranan dan fungsi masing-masing. Kegagalan satu
organ berfungsi menyebabkan kecacatan dan sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan
dan kemampuan berdaya saing.




                                                                                 24
Rujukan

Abdullay Yusoff. (1997) Pembentukan Bahasa Isyarat Di Kalangan Pelajar Pekak (The
       Formation Of Sign Language Among Deaf Pupils). Kuala Lumpur: Fakulty Of
       Linguistic     University Malaya. (Unpblished M.A Tesis)

Abdullah Yusoff. (1993) Kesalahan Struktur Ayat Di Kalangan Pelajar Pekak (Linguistic
       Errors In Deaf Children Writing). Jurnal Dewan Bahasa, 37:3, 220-228.

Abdullah Yusoff & Che Rabiaah Mohamed (2002) Proses Pendengaran dan Implikasi
       Kecacatannya Terhadap Berbahasa.Dewan Bahasa, Ogos halaman 54-59.

Buletin Audiologi. Edisi 1. Oleh Jawatankuasa Kecil Teknikal Audiologi (JKKTA).
       Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1983) Kamus Dewan. Kuala Lumpur: deawan Bahasa dan
       Pustaka.

Goh, & Teh, (1993) Bahasa Tulisan Pelajar Pekak: Analisis Struktur Sintaksis Ayat
       Berdasarkan Teori Tatabahasa Transformasi Genaratif. Kuala Lumpur: Dewan
       Bahasa Dan Pustaka.

Izani, D. (1995) Perbandingan Penulisan Karangan Antara Pelajar Pekak Dengan Pelajar
       Normal: Satu Kajian Kes (A Comparison On Written Language Between The Deaf
       And     Hearing Children: A Case Study). Jurnal Dewan Bahasa. 39: 11, 980-989

Jamila K.A Mohamad.(2006). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa.PTS
       Profesional

Julia Jantan & Siti Suhaila Samian.(2008). HBSH3103 Audiologi dan Habilitasi Auditori.
       Open University Malaysia.

Nor Azizah Nurdin & Yusmeera Yusof (2008).MOLA: Buku Latihan dan Penilaian. Saahifah
       Global Resources . Selangor

Nor Azizah Nurdin & Yusmeera Yusof (2008).MOLA: Modul Latihan Auditori. Saahifah
       Global Resources . Selangor




                                                                                   25
K.A Razhiyah .(2006). Anak Istimewa. Panduan Ibu bapa Membesarkan Anak Istimewa. PTS
       Profesional.

K.A Razhiyah .(2006). Menjadi Guru Pendidikan Khas. PTS       Profesional.

Lokman Saim.(2004). Pengendalian Kanak-kanak Cacat Pendengaran: Satu Anjakan
       Paradigma. Universiti Kebangsaan Malaysia

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2000) Bahasa Isyarat Malaysia. Kuala Lumpur:
       Persekutuan Orang Pekak Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Sibu (Pendengaran), Jalan Bandong, 96000 Sibu
       Sarawak.

Unit Audiologi. Jabatan Otorhinolaryngology, Hospital Sibu Sarawak.

Teng, S., (1986) Beberapa Aspek Akademik dan Psiko-Sosial Murid Cacat Pendengaran di
       Sekolah Percantuman di Negeri Johor (A Study of Some Aspect of Academic and
       Psycho-Sosiol of Hearing Impaired Students in Johor). Kuala Lumpur: University
       Malaya. (Unpublished M.A Thesis).

http://ewarga2.ukm.my/academiccv

http://earscanimpedance.jpg

http://www.audiometrics.com

http://www.hearingcentre.com

http://rds.yahoo.com

http://www.mayoclinic.

http://www.mcm.edu

http://www.fskb.ukm.my/audiologi

http://www.metas.ch/en/labors/a/a3.html

http://www.saahifah.com




                                                                                   26

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:4012
posted:2/5/2010
language:Malay
pages:26