Rancangan Perniagaan - Proposal Kafe Siber Cyber Cafe [Rapidtroop]

Document Sample
Rancangan Perniagaan - Proposal Kafe Siber Cyber Cafe [Rapidtroop] Powered By Docstoc
					                               Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)




1.0. PENGENALAN


    Mars Cemerlang Siber café Enterprise akan ditubuhkan secara rasminya
    Pada 1 Mei 2007, yang merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal
    bumiputera. Perniagaan ini akan beroperasi di sebuah premis yang akan           disewa
    daripada Majlis Perbandaran Kemaman ataupun bangunan MARA yang berada di
    sekitar Bandar Cukai yang telahpun dikenal pasti oleh pemilik.


    MCSE akan menyediakan perkhidmatan penyewaan penggunaan internet, mesin
    faks, fotostat, kertas kerja, assignment dan lain-lain berkaitan disamping itu penjualan
    telefon bimbit dan kepelbagaiannya.


    Pemilik merasa yakin bahawa perniagaan ini akan berjaya maju sepenuhnya kerana
    pengalaman kerja dengan Jabatan Kerajaan sebagai Pembantu Tadbir Rendah
    (Jurutaip) selama lebih kurang 34 tahun dalam kerja-kerja harian sama ada dengan
    menggunakan komputer dan juga mesin taip.           Pengalaman ini akan digunakan
    sepenuhnya dalam perniagaan ini apabila bersara nanti sepenuh masa tanpa
    sempadan waktu perkhidmatan.


    Di daerah Kemaman khususnya dalam Bandar Cukai sekarang ini hanya terdapat
    satu sahaja premis peniagaan perkhidmatan cyber-café milik bumiputera, premis saya
    merupakan yang kedua.


    Dengan menyertai Program Skim Latihan galakan Perniagaan Kakitangan Kerajaan
    Tahun 2006 sepenuh masa selama 4 bulan           anjuran Kementerian Pembangunan
    Usahawan dan Koperasi (MECD) dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    telah menyuntik semangat pemilik dengan lebih yakin untuk menceburi bidang
    perniagaan selepas bersara nanti demi menyahut seruan kerajaan untuk menambah
    kuota usahawan bumiputera dan April 2007 rasanya terlalu lambat masa berjalan.


                     (1)
                       Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)




2.0.      TUJUAN KERTAS KERJA
   Kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan
   perniagaan Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE) yang meliputi
   aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan kewangan syarikat kepada
   pihak MARA dan seterusnya memohon pembiayaan berjumlah RM100,000.00
   (Ringgit Malaysia Seratus Ribu Sahaja). Tempoh pembiayaan adalah selama
   5 tahun turut memohon tempoh bernafas selama 6 bulan.


   Disamping itu kertas kerja ini disediakan bagi memenuhi salah satu syarat
   wajib bagi para peserta skim unutk menamatkan program latihan galakan
   perniagaan kakitangan kerajaan yang disertai.


   Pembiayaan ini akan digunakan untuk beberapa tujuan sebagaimana berikut:-


   i.     Membeli komputer, alat ganti dan peralatannya.
   ii.    Membeli aset tetap dan ubahsuai kelengkapan pejabat
   iii.   Membeli mesin fax dan peralatannya
   iv.    Membeli mesin fofostat dan peralatannya
   v.     Membeli stok telefon bimbit, aksesorinya dan lain-lain keperluan
   vi.    Membiayaan gaji pekerja dan elaun dalam tempoh bernafas.




                                                                (2)
                         Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)




anggaran pengiraan pembiayaan;


Nilai pembiayaan               :   RM100,000.00

Kadar keuntungan               :   5% setahun

Keuntungan pembiayaan          :   RM100,000.00 x 5% x 5 thn

                                   = RM25,000

Jumlah pembiayaan              :   RM125.000.00

Bayaran balik bulanan Pokok    :   RM2,083.00 (60 bulan)

Bayaran Keuntungan             :   RM416.00




                                                               ( 3)
                         Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)




3.0.     latar belakang perniagaan

   Nama Syarikat               :     Mars Cemerlang cyber-café
                                     Enterprise

   Alamat Berdaftar            :     1243 Lorong Selimbar 2
                                     Kampung Seri Permai
                                     24000 Cukai, Kemaman


   Alamat Perniagaan           :

   Nombor Telefon              :


   No.Daftar Perniagaan        :     Pendaftaran akan di buat
                                     selepas bersara nanti.

   Tarikh Pendaftaran          :     Mei 2007


   Aktiviti Perniagaan         :     Menyediakan perkhidmatan
                                     Penyewaan, penggunaan harian
                                     talian internet, komputer manual,
                                     fotostat, mesin faks, upah menaip
                                     kepelbagaian dan lain-lain, serta jualan
                                     hiliran telefon bimbit dan peralatannya.


   Bentuk Perniagaan           :     Milikan Tunggal

   Modal Permulaan             :     RM100,000.00

   Bank Berurusan              :     Bank Rakyat Bhd, Cawangan
                                     Kemaman
                                     No.Akaun    :

   Pemilik                     :


   * Kad pengenalan adalah seperti di Lampiran 1



                                                         (4)
                                 Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)


4.0                  latar belakang pemilik


      Nama Penuh                 :

      Jawatan                    :      Pengurus / Pemilik

      Alamat Tetap               :      1243 Lorong Selimbar 2
                                        Kampung Seri Permai
                                        24000 Cukai, Kemaman
                                        Terengganu Darul Iman

      No.Telefon                 :

      No.Kad Pengenalan          :

      Tarikh Lahir               :

      Bangsa                     :      Melayu

      Agama                      :      Islam

      Taraf Perkahwinan          :      Berkahwin

      Kelulusan Akademik         :      SPM dan Sijil Menaip

      Pengalaman Kerja           :


              TAHUN                    JAWATAN                        MAJIKAN

           1974 – 1987                  Jurutaip                       RISDA

           1987 hingga            Pem.Tadbir Rendah          Suruhanjaya Perkhidmatan
            berpencen                 (Jurutaip)             Pelajaran Malaysia



      •   Sijil kursus dan lain-lain surat penghargaan adalah seperti di Lampiran 2


                                                                            (5)
                              Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)


5.0 SKOP PERNIAGAAN


   5.1.   Aktiviti Perniagaan
          Aktiviti utama Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE) adalah
          menyediakan perkhidmatan penyewaan penggunaan komputer, internet,
          binding, mesin faks, fotostat dan penyediaan kertas kerja, assignment, minit
          mesyuarat dll, disamping perkidmatan hiliran jualan telefon bimbit dan
          aksesorinya di premis perniagaan.


   5.2.   Produk dan Perkhidmatan
          i.     Menyediakan 6 buah komputer bersama perisiannya untuk pelanggan
                 yang boleh memilih sama ada menggunakan komputer secara manual
                 ataupun internet dengan dikenakan bayaran mengikut harga pasaran
                 yang ditetapkan.
          ii.    Perkhidmatan upah menyediakan kertas kerja, assignment, minit
                 mesyuarat, mesin faks, fotostat, binding dll
          iii.   Perniagaan Hiliran – menjual telefon bimbit dan aksesorinya.


   5.3.   Potensi Perniagaan
          Berdasarkan kepada analisis dan kajian pasaran yang dibuat, perniagaan ini
          mempunyai potensi yang baik unutk berjaya dan berkembang sekitar 7%
          hingga 15% setahun.


          Oleh kerana ianya masih berada di tahap awal perniagaanm ianya mempunyai
          potensi yang cukup besar dan luas untuk dikembangkan di masa hadapan, ini
          kerana di daerah Kemaman terutamanya di Bandar Cukai hanya terdapat satu
          premis perniagaan cyber-café milik bumiputera dan MCSE merupakan yang
          kedua.
                    Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)


5.3.1. Melalui usaha berterusan disamping hubungan yang baik dengan
      penduduk setempat, pengedaran brocher, papan iklan MCSE akan
      dapat menarik minat pengguna yang terdiri daripada pelajar-pelajar
      sekolah   menengah,     sekolah    rendah,     penuntut-penuntut   lepasan
      universiti dan individu-individu lain.   Lokasi premis perniagaan yang
      terletak di tepi jalan utama merupakan kawasan strategik, di situ
      terdapat taman-taman perumahan, rumah-rumah kampung, sekolah-
      sekolah, pejabat swasta, klinik, premis perniagaan lain memberi
      kelebihan kepada MSCE kerana pengguna tidak perlu pergi jauh,
      berjalan kaki pun boleh sampai ke premis ini. Inilah kelebihan kami
      untuk memenangi hati pelanggan.


5.3.2. Dengan anggaran penduduk lebih kurang 10,000 orang majoritinya
      adalah bumiputera, saya yakin dan percaya bahawa MCSE akan
      mendapat pulangan yang lumayan kerana di kawasan ini belum ada lagi
      premis perniagaan siber-café dan jualan telefon bimbit, hanya MCSE
      memberikan perkhidmatan yang baik, mesra dengan maklumat terkini.


5.3.3. Saya yakin bukan semua rumah ada internet jadi untuk menyenangkan
      penyebaran dan penerimaan maklumat maka MCSE adalah tempat
      yang sesuai untuk mereka.


5.3.4. Perniagaan hiliran MCSE adalah penjualan telefon bimbit, aksesorinya,
      perkhidmatan penggunaan mesin faks, fotostat, binding, menyediakan
      kertas kerja, minit mesyuarat dan lain-lain.




                                                              (7)
                             Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)


6.0 RANCANGAN PENGURUSAN


    6.1.   Struktur Organisasi


           Struktur organisasi MCSE dalam pengendalian perkhidmatan penyewaan
           penggunaan siber-café dan penjualan telefon bimbit adalah merangkumi aspek
           pengurusan, perkhidmatan, pemasaran sebagai sebuah entiti perniagaan
           sebagaimana carta di bawah:-



                         CARTA ORGANISASI
                    MARS CEMERLANG CYBER-CAFÉ



                             PENGURUS/PEMILIK
                            Puan Hjh Meriam Abdullah

        Penyelia                         Kerani                      Pembantu Kedai
  (Pemasaran & Teknikal)         (Kewangan & Pentadbiran)           (Urusan Pelbagai)




                                                                   (8)
                                 Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)


6.2.   Fungsi dan Tanggungjawab

       MCSE telah menyusun fungsi dan tanggungjawab berikut bagi melicinkan lagi
       pengurusan perniagaannya;

       6.2.1. Pengurus/Pemilik

             Pengurus yang merupakan pemilik tunggal perniagaan ini terlibat didalam
             semua aspek pengurusan perniagaan dengan lebih menumpukan kepada
             pentadbiran dan kewangan pejabat.


             Pengurus bertanggungjawab merancang pembelian, kawalan stok, khidmat
             pelanggan, etika kerja semua bahagian juga membuat keputusan perancangan
             pemasaran dan mencari peluang-peluang pasaran baru disamping memastikan
             perkembangan perniagaan berjalan lancar dan mengikut jadual perancangan.


       6.2.2. Bahagian Khidmat Pelanggan


             Buat permulaan MCSE akan mengambil seorang kakitangan sebagai Penyelia
             yang   bertanggungjawab    memastikan    pelanggan   berpuas   hati   dengan
             perkhidmatan syarikat, kepuasan pelanggan keutamaan kami.       Beliau akan
             memastikan segala keperluan pelanggan disediakan dengan pantas dan
             berhemah.


             Beliau akan dibantu oleh seorang pekerja yang bekerja mengikut shift
             dengannya tidak melebihi 8 jam sehari,    bertanggungjawab membuka dan
             menutup premis perniagaan ini.
                                 Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)




6.2.3. Bahagian Pentadbiran dan Operasi

       Seorang Kerani Pentadbiran akan diberi tanggungjawab dalam operasi perniagaan ini
       yang mana beliau akan bertanggungjawab kepada Pengurus dalam hal-hal pembelian
       stok, berurusan dengan pengedar dan mengawal stok.


       Beliau juga akan menjalankan kerja-kerja pentadbiran syarikat seperti membuat
       simpanan rekod penggunaan pelanggan setiap masa, membuat fotostat, penggunaan
       mesin faks, menerima bayaran dan diserahkan kepada Pengurus/pemilik pada hari
       yang sama dan memasukkannya ke dalam bank. Juga lain-lain arahan dari masa ke
       masa.


       Beliau akan bekerja 8 jam sehari dengan diberi kelonggaran waktu makan tengahhari
       dan solat selama lebihkurang 45 minit hingga 1 jam.


6.2.4. Bahagian Kewangan


       Pengurus/pemilik akan bertanggungjawab sepenuhnya keatas pengurusan kewangan
       syarikat, sama ada dari segi penyediaan pembayaran gaji pekerja, merangka dasar
       serta mengubahnya dan lain-lain hal kewangan.


       Semua pekerja akan bertanggungjawab antara satu sama lain dengan mengamalkan
       kerja berkumpulan yang mesra pelanggan dan berhemah.




6.3.   Gaji dan Ganjaran

       Oleh kerana perniagaan ini masih di peringkat awal operasinya, maka pekerja
       ditawarkan dengan gaji asas yang relevan dengan ganjaran lebih masa atau lainnya
                            Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)


mengikut kesesuaian setiap tahun berdasarkan kepada keuntungan syarikat tapi tidak
di tahun pertama perniagaan.


Gaji dan ganjarannya adalah seperti berikut:-


                         Jadual 1      :    Gaji dan Ganjaran


 JAWATAN          GAJI          ELAUN        KWSP     PERKESO      JUMLAH
                  (RM)         PERUBATAN      (RM)      (RM)        (RM)
                                    (RM)


Pengurus        1,000.00        100.00         -          -        1100.00


Penyelia         550.00             50.00    66.00      11.00      677.00


Kerani           550.00             50.00    66.00      11.00      677.00


Pembantu
Kedai            450.00             50.00    54.00      9.00       563.00


JUMLAH          2550.00         250.00       186.00     31.00      3017.00




                                                                          ( 11 )
                                   Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)


6.4.   Belanja Pengurusan

       MCSE menganggarkan perbelanjaan pengurusan dalam sebulan mengikut pelan
       peningkatan kapasiti perniagaannya adalah seperti berikut:-


                               Jadual 2     :      Belanja Pengurusan



          BIL                  JENIS PERBELANJAAN                       JUMLAH (RM)

           1.   Gaji Pengurus                                             1,000.00
           2.   Gaji Pekerja                                              1,550.00
           3.   Elaun Perubatan                                             250.00
           4.   KWSP dan PERKESO                                            217.00
           5.   Sewa Lot Perniagaan                                       2,000.00
           6.   Air dan Elektrik                                          2,000.00
           7.   Telefon dan Internet                                        600.00
           8.   Alat Tulis dan Belanja Pejabat                              700.00
           9.   Perjalanan dan Pengangkutan                                 500.00
          10.   Keraian dan Promosi                                         400.00
          11.   Penyelenggaraan Kedai dan Mesin                             300.00
          12.   Belanja Pelbagai & Kontigensi                               200.00


                                          JUMLAH                          9,717.00




                                                                         ( 12 )
                                 Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)


6.5.   Strategi Pengurusan

       Kaedah pengurusan perniagaan dan kakitangan yang baik dan sistematik dalam
       bentuk kerja berpasukan “Teamwork” amatlah mustahak dalam usaha memajukan
       perniagaan.


       MCSE telah mengatur beberapa kaedah pengurusan seperti berikut:-


       6.5.1. Menerapkan semangat kerja berpasukan “Teamwork” diantara semua
             kakitangan demi kebaikan bersama misalnya Penyelia sakit atau bercuti, kerani
             pentadbiran atau pembantu kedai maupun pengurus boleh menggantikannya
             dan begitulah dengan yang lain-lain.


       6.5.2. Setiap pekerja dikehendakki dapat menjalankan kerja gantian masa bekerja
             dengan diberi ganjaran cuti sekiranya melebihi 8 jam.


       6.5.3 Memberi    bimbingan   dan   panduan    kepada    kakitangan   supaya   dapat
             meningkatkan prestasi kerja yang baik serta bertanggungjawab terhadap tugas
             yang diamanahkan.


       6.5.4. Semua pihak sama ada pekerja bawahan ataupun pengurusan sentiasa
             berbincang dan memberi pendapat serta cadangan tentang cara terbaik untuk
             menghasilkan kerja yang cekap dan sistematik demi memberi pulangan
             berganda kepada pekerja dan juga pelanggan.


       6.5.5. Keutamaan difokuskan kepada kepuasan pelanggan keutamaan kami dengan
             layanan mesra dan berhemah.


                                                                        ( 13 )
                              Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)


7.0.      RANCANGAN TEKNIKAL / PERKHIDMATAN

   7.1.   Kemudahan Asas

          Premis perniagaan MCSE memilikki segala kemudahan asas yang sepatutnya
          seperti bekalan air, elektrik, telefon, jalan raya.   Terletak di tepi jalan raya
          utama laluan Kemaman – Kuantan berhadapan dengan pasar raya, sekolah
          menengah dan rendah, premis perniagaan lain, pejabat swasta, tidak kurang
          daripada 6 buah taman perumahan, tadika, taska, kelas Al-Quraati swasta, ini
          merupakan satu bonus percuma kepada MCSE.




                                                                         (14)
                               Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)


7.2.   Harta Tetap dan Kelengkapan Yang Diperlukan


       Melalui pembiayaan kewangan yang dipohon, MCSE akan membeli aset tetap
       dan kelengkapan kedai seperti berikut:-


                       Jadual 3        :      Harta Tetap dan Peralatan



        BIL          JENIS/MODEL              HARGA/UNIT    KUANTITI            NILAI
                                                 (RM)                           (RM)

         1.   Komputer & perisian               3,000.00      6 unit      18,000.00

         2.   Pencetak warna/hitam-putih        1,500.00      2 unit       3,000.00

         3.   Mesin fotostat                    4,500.00      1 unit       4,500.00

         4.   Mesin fax                         1,500.00      1 unit       1,500.00

         5.   Peralatan pejabat                 20,000.00       -         20,000.00

         6.   Alat penghawa dingin              1,500.00      3 unit       4,500.00

         7.   Mesin cash register               3,000.00      1 unit       3,000.00

         8.   Papan tanda                        300.00       1 unit        300.00

         9.   Ubahsuai premis perniagaan        10,000.00       -         10,000.00

                                     JUMLAH                               64,800.00


              ** Aset tetap ini akan digunakan untuk operasi perniagaan dan
                dianggarkan jumlah sebanyak RM64,800.00. Sebutharga
                adalah seperti di Lampiran 3




                                                                       ( 15 )
                                 Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)


7.3.   Stok Aksesori Komputer dan Telefon Bimbit

       Disamping membeli harta tetap dan kelengkapan kedai, pembiayaan kewangan ini
       akan digunakan juga untuk membeli stok.


       Anggaran keperluan tersebut adalah sebagaimana di bawah:-



                                                        HARGA/UNIT           JUMLAH
        BIL                   PERKARA
                                                           (RM)                (RM)

         1.   Dakwat komputer hitam                      30.00 x 30 unit       900.00

         2.   Dakwat komputer warna                      75.00 x 10 unti       750.00

         3.   Toner mesin fotostat                       150.00 x 2 unit       300.00

         4.   Kertas pendua A4 putih                     14.00 x 48 unit       672.00

         5.   Kertas A4 pelbagai warna                    40.00 x 5 rim        200.00

         6.   Pelbagai jenis handphone                          -            15,000.00

         7.   Aksesori telefon bimbit                           -            10,000.00

         8.   Pelbagai jenis aksesori komputer                  -             5,000.00

                           JUMLAH                               -            32,822.00




                                                                           ( 16 )
                                   Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)




7.4.   Senarai Pembekal Barang Niaga

       Bekalan stok alat ganti MCSE akan diperolehi daripada beberapa pembekal yang
       telah dikenal pasti antaranya :-




        BIL              NAMA DAN ALAMAT
                                                             JENIS BEKALAN

              Millennium Media Supplies                   Ribbon komputer,
         1.
              B26 Lorong Sekilau 58 Off Jalan Haji Mohd   dakwat, toner, pen-drive
              25300 Kuantan                               dan lain-lain aksesori.
              Pahang Darul Makmur

              Infranet                                    Komputer riba, komputer
         2.
              No.7 Jalan SS25/34                          manual, printer dll.
              Mayang Industrial Park
              47301 Petaling Jaya, Selangor

              Advance Technology                          Network, aksesori dll
         3.
              145 Jalan Kenari 23/1
              Puchong Jaya, Kuala Lumpur

              Forsoft Systems Sdn.Bhd.
         4.
              Level 13 Menara Luxor                       Perisian
              6B Persiaran Tropicana
              47410 Petaling Jaya

              Dell Asia Pasific Sdn Bhd
         5.
              18 Jalan Persiaran Barat                    Komputer Dell
              46050 Petaling Jaya

              M-Link System (M) Sdn.Bhd.
         6.
              6 Jalan PJU 8/5C Damansara Perdana          Aksesori komputer
              47820 Petaling Jaya

              Perniagaan Maju Jaya                        Mesin fotostat, mesin fax
        10.
              Jalan Beserah, Kuantan                      dan lain-lain




                                                                            ( 17)
                              Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)




7.5    Anggaran Belian & Kos Perkhidmatan




 BULAN      BELIAN HAND-PHONE          PERKHIDMATAN              JUMLAH

            DAN AKSESORINYA       INTERNET & PENGURUSAN

JAN              12,800.00                  1,200.00            14,000.00

FEB              12,800.00                  1,200.00            14,000.00

MAC              12,800.00                  1,200.00            14,000.00

APRIL            16,000.00                  1,600.00            17,600.00

MEI              16,000.00                  2,000.00            18,000.00

JUN              16,000.00                  2,000.00            18,000.00

JULAI            19,200.00                  2,000.00            21,200.00

OGOS             19,200.00                  1,800.00            21,000.00

SEPT             19,200.00                  1,800.00            21,000.00

0KT              19,200.00                  1,800.00            21,000.00

NOV              17,600.00                  2,600.00            20,200.00

DIS              19,200.00                  2,600.00            21,800.00

JUMLAH          200,000.00                21,800.00             221,800.00




                                                                   (18)
                                     Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)


7.6     Cadangan Susunatur Ruang Lantai Premis Perniagaan

        Susunatur ruang premis telah direka bentuk dengan menarik bagi membolehkan
        pelanggan mempunyai ruang yang luas serta memberikan keselesaan semasa
        berurusan di premmis MCSE sebagaimana di bawah:-


                                                   Pintu Kecemasan

                          Bilik Operasi

                                                                     Stor
                       Ruang untuk pelanggan
                       menggunakan komputer
                       dan internet
                                                                Bilik Kerani &
                                                                    Pekerja
                                                                       Bilik
                                                                     Pengurus
                                                                            Fax




                                                                            Fotostat
                                                                             Mesin
                                                   Telefon &
                                                   Aksesori




                                                                                  R
                                                                                  a
                                                                                  k

                                                                                  P
Ruang                                               K                             e
                                                    a          Menunggu           l
                                                    u                             b
                                                                                  a
                                                    n
                                                                                  g
                                                    t                             a
                                                    e                             i
                                                    r


                                                        Pem.Kedai


                                     Pintu
                                     Utama




                                                                                       ( 19 )
                                   Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)




7.5.   Strategi Perkhidmatan

       7.5.1. Strategi MCSE adalah menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan
             menangani segala masalah dan rungutan pelanggan dengan baik.
             Komplain pelanggan merupakan penawar kepada perkhidmatan ini
             untuk membaikkinya dari yang baik kepada lebih baik supaya
             pelanggan tidak serik berurusan dengan kami, kepuasan pelanggan
             keutamaan kami.


       7.5.2. Pengurus dan pekerja hendaklah memberi tumpuan kepada perkhidmatan
             yang terbaik kepada pelanggan dengan melayani mereka penuh mesra dan
             sentiasa tersenyum.


       7.5.3. Pengurus dan pekerja sentiasa berbincang dan memberikan khidmat nasihat
             yang terbaik kepada pelanggan agar mereka sentiasa berpuas hati dengan
             mutu kerja yang dihasilkan.


       7.5.4. Memastikan semua peralatan penggunaan pelanggan dalam keadaan tersedia
             untuk digunakan.


       7.5.5. Memastikan jualan hiliran sentiasa dalam keadaan terkini mengikut keperluan
             semasa.




                                                                  ( 20 )
                             Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)


8.0.      PEMASARAN
   8.1.   Perkhidmatan dan Harga yang Bakal Ditawarkan


                             Perkhidmatan                           Harga
                                                                    (RM)

          1. Penggunaan internet mengikut jam                      3.00/jam

          2. Penggunaan komputer manual                            2.00/jam

          3. Mencetak mengggunakan printer
             Hitam/putih – kertas putih                            0.50/kpg
                           Kertas warna                            1.00/kpg
             (melebihi 10 keping akan diberi potongan harga)

          4. Mencetak printer warna
             Kertas putih                                          1.50/kpg
             Kertas warna                                          2.00/kpg
             (melebihi 10 keping akan diberi potongan harga)

          5. Fotostat (depan/belakang – kertas putih)              0.20/kpg
                     ( - sda -           kertas warna)             0.30/kpg
             (melebihi 10 keping akan diberi potongan harga)

          6. Mesin fax (dalam daerah)                              1.50/kpg
                       (luar daerah)                               2.00/kpg

          7. Upah menyediakan kertas kerja/minit dan lain-lain
             (kertas putih – dakwat hitam)                         1.00/kpg
             (kertas putih – dakwat warna)                         1.50/kpg
             (kertas warna – dakwat hitam)                         1.50/kpg
             (kertas warna – dakwat warna)                         2.00/kpg

          8. Jualan telefon bimbit dan aksesori                  Pasaran harga
                                                                    semasa




                                                                    ( 21 )
                                  Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)


8.2.   Kumpulan Sasaran

       Untuk permulaan perniagaan, kumpulan sasaran adalah pelajar-pelajar sekolah
       menengah dan rendah, pelajar IPTA/IPTS, individu yang tidak mempunyai internet
       dan laman web di rumah serta kakitangan-kakitangan kerajaan dan swasta.


8.3.   Kawasan Pasaran


       Premis-premis perniagaan, taman perumahan, sekolah, pejabat kerajaan dan swasta
       di kawasan berdekatan premis perniagaan MCSE juga pelanggan daerah Kemaman.
       Anggaran penduduk di persekitaran premis ini lebih kurang 10,000 orang, golongan
       pelajar yang berumur diantara 12 tahun hingga 18 tahun yang dianggarkan seramai
       4,000 orang dan juga pelajar Instiut Pengajian Tinggi.


8.4.   Saiz Pasaran


       Berdasarkan kajian yang dijalankan tumpuan perkhidmatan adalah kepada pelajar
       dan golongan belia, golongan ini dianggarkan lebih kurang 60% daripada pennduduk
       sekitar. Jumlah sasaran dijangkakan dalam lingkungan 6,000 orang (60% x 10,000
       orang).


       Setiap orang akan berbelanja dalam anggaran RM30.00 untuk sebulan bagi aksesori
       komputer, perkhidmatan, telefon dan lain-lain.


       Jumlah saiz pasaran adalah 6,000 (RM30.00 x 6,000 orang)




                                                                       ( 22 )
                                 Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)


8.5.   Pesaing


       Setiap perniagaan tidak boleh lari dari persaingan terutamanya bidang ICT namun
       atas permintaan ramai di mana semua rakyat terutamanya pelajar-pelajar dan individu
       yang ingin memajukan diri dalam bidang ini dengan memperolehi maklumat terkini,
       maka MCSE adalah tempat yang sesuai kerana suasana premis kami yang damai
       tanpa gangguan.


       MCSE merupakan premis perniagaan yang kedua terdapat di Bandar Cukai milik
       Bumiputera. Jaraknya lebih kurang 10 kilometer daripada premis kami, ini memberi
       kelebihan kepada pemilik yakin dan percaya pelanggan akan datang ke premis ini
       setiap masa.   Sudah pasti ianya akan memberi pulangan modal yang baik dan
       keuntungan yang stabil.


8.6.   Syer Pasaran


       Syer pasaran dianggarkan 20%
       (20% x RM180,000.00 = RM36,000.00)




                                                                        ( 23 )
                               Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)


8.7     Anggaran Jualan & Upah Perkhidmatan


                     ANGGARAN JUALAN & PERKHIDMATAN


 BULAN       JUALAN HAND-PHONE           PERKHIDMATAN              JUMLAH
             DAN AKSESORINYA        INTERNET & PENGURUSAN

      JAN         16,000.00                 6,000.00              22,000.00

      FEB         16,000.00                 6,000.00              22,000.00

  MAC             16,000.00                 6,000.00              22,000.00

  APRIL           20,000.00                 8,000.00              28,000.00

      MEI         20,000.00                 10,000.00             30,000.00

      JUN         20,000.00                 10,000.00             30,000.00

  JULAI           24,000.00                 10,000.00             34,000.00

  OGOS            24,000.00                 9,000.00              33,000.00

  SEPT            24,000.00                 9,000.00              33,000.00

      0KT         24,000.00                 9,000.00              33,000.00

  NOV             22,000.00                 13,000.00             35,000.00

      DIS         24,000.00                 13,000.00             37,000.00
JUMLAH           250,000.00                109,000.00             359,000.00




                                                                    ( 24 )
                                 Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)



8.8.   Strategi Pemasaran

       8.8.1. Promosi
             Diantara promosi yang akan dilakukan oleh MCSE bagi memperkenalkan
             perkhidmatan ini ialah:-


             •   Bantu pelanggan ketika mereka menghadapi masalah dalam
                 penggunaan komputer, internet dan lain-lain semasa di dalam premis
                 perniagaan ini maupun di rumah – “house-call”.
             •   Mengekalkan hubungan yang mesra dan berbudi bahasa dengan
                 pelanggan dan premis perniagaan di persekitaran.
             •   Senyum selalu (senyum sokmo – Terengganu Kita).
             •   Harga tawaran mengikut jam penggunaan dan banyak perkhidmatan yang
                 ditempah oleh pelanggan :
                 contohnya – penggunaan internet harga 1 jam RM3.00
                                          harga tawaran 2 jam RM5.00
                              lain-lain perkhidmatan melebihi 10 helai potongan
                              10%
                              jualan hiliran telefon bimbit dan aksesori – mengikut
                              harga pasaran semasa.
       8.8.2. Lokasi
             Cadangan kedai yang akan disewakan oleh MCSE daripada pemilik individu
             kaum cina sebelum mendapat lot perniagaan Majlis Perbandaran Kemaman
             ataupun MARA.       Ianya merupakan laluan utama Kemaman ke Kuantan
             memudahkan pelanggan mengenali premis kami. Ianya merupakan lokasi yang
             strategik untuk menarik pelanggan lebih ramai ke premis ini dengan hanya
             berjalan kaki atau berbasikal pelajar Sekolah Menengah, penduduk taman
             perumahan, pekerja pejabat swasta, pasar raya yang berhampiran boleh
             sampai ke premis ini.
                                                                          ( 25 )
                                Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)


8.8.3. Harga

      Penetapan harga yang diletakkan ke atas perkhidmatan MCSE yang ditawarkan
      adalah berpatutan, kompetitif dan ianya berkonsepkan “price-follower” iaitu mengikut
      kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing-pesaing lain disamping potongan
      harga mengikut keutamaan pelanggan – banyak guna banyak tawaran dengan
      bayaran tunai sahaja.


8.8.4. Produk/ Perkhidmatan


      Oleh kerana perkhidmatan penyediaan kertas kerja, minit mesyuarat, surat-menyurat
      akan dilakukan oleh pemilik sendiri serta lain-lain urusan perkhidmatan akan dipantau
      dari masa ke semasa, maka saya yakin perkhidmatan yang ditawarkan kepada para
      pelanggan adalah berkualiti dan setara dengan harganya.          Perniagaan ini juga
      sentiasa mengikuti perubahan teknologi terkini dan kehendak pelanggan agar
      perkhidmatannya sentiasa kekal kompetitif, diterima pelanggan setiap masa dan
      ketika, InsyaAllah.

      Jualan hiliran telefon bimbit dan aksesorinya juga akan mendapat sambutan yang
      menggalakkan daripada para pengguna kerana mereka tidak payah pergi ke premis
      perniagaan lain sekiranya telefon bimbit telah kehabisan kredit atau ingin menukarkan
      telefon yang sedia ada kepada yang baru atau lebih canggih, premis kami telah
      tersedia semuanya untuk mereka.




                                                                         ( 26 )
                             Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)


9.0.      Aspek Kewangan

   9.1.   Kos Pelaburan Projek

          Berdasarkan perancangan untuk menjayakan perniagaan MCSE memohon
          pembiayaan MARA terlebih dahulu sebelum memulakannya yang dianggarkan
          kos pelaburan diperlukan adalah seperti Jadual 1.


   9.2.   Sumber Pembiayaan Projek


          Berdasarkan kos perancangan asal perniagaan MSCE memerlukan sejumlah
          RM100,000.00 (Ringgit Malaysia Seratus Ribu Sahaja) bagi membiayai kos
          permulaan operasi sepertimana perancangan perniagaan ini, agar ianya dapat
          dijana dengan lancarnya tanpa gangguan, semoga dapat memenuhi hasrat
          kerajaan menggalakkan lebih ramai kaum bumiputera khasnya orang-orang
          Melayu mencebori perniagaan juga impian pemilik menjadi kenyataan – ibarat
          kelapa tua semakin tua bertambah santannya itulah impiannya - segala ilmu
          yang ada akan digunakan sepenuhnya di sini sekiranya pembiayaan diperolehi
          daripada pihak MARA.


          Sumber Kewangan Kos Pembiayaan Projek adalah sebagaimana di Lampiran
          1.




                                                                  ( 27 )
                                   Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)




9.3.   Anggaran Aliran Wang Tunai dan Penyata Kewangan


       9.3.1. MCSE merupakan baru dalam dunia perniagaan “cyber-café”,
             perkhidmatan, penjualan telefon bimbit dan aksesorinya yang mana pemilik
             merangkap pengurus juga orang baru dalam perniagaan ini, maka anggaran
             penyata aliran tunai ini mungkin tidak tepat pada keselurohannya. Pembiayaan
             ini diperolehi terlebih dahulu sebelum memulakan operasinya.


       9.3.2. Anggaran Penyata Aliran Tunai di lampiran 2 dan MCSE belum beroperasi
             maka    prestasi   kewangan    tidak   dapat   disediakan    dengan    sebaiknya
             sebagaimana di lampiran 3.


       9.3.3. Anggaran kutipan jualan yang dilakukan secara tunai sahaja.

       9.3.4. Belian dari pembekal dibuat secara tunai dan bayaran tertunda selama 1
             hingga 3 bulan.


       9.3.5. Penyediaan anggaran penyata pendapatan mengambil kira susut nilai aset
             melalui kaedah garis lurus mengikut peratus susut nilai seperti berikut:-
             Ubah suai premis perniagaan              10%

             Pencetak                                 20%

             Kelengkapan pejabat                      15%

             Mesin fotostat                           20%

             Mesin fax                                20%



                                                                               ( 28 )




             Mesin cash register                      20%
                                    Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)


              Alat hawa dingin                        15%

              Komputer Multimedia                     50%

              Papan Tand                              10%


       Saya    percaya     bahawa    MCSE     akan   memperolehi    pulangan    yang      amat
       membanggakan dalam jangka masa yang singkat serta mendapat kepercayaan
       pelanggan, berdasarkan strategi ini saya yakin MCSE tidak akan menghadapi
       masalah kewangan untuk menjelaskan pinjaman dengan pihak MARA.

9.4.   Anggaran Kunci Kira-kira Tahun Pertama/ Kedua/ Ketiga

       Anggaran kunci kira-kira tahun pertama operasi menunjuk petanda tiada liabiliti
       semasa atau bebanan hutang jangka panjang kerana semua urusan perniagaan
       dibuat secara tunai, begitu juga di tahun-tahun berikutnya iaitu tahun kedua dan
       ketiga, hanya terikat dengan pinjaman MARA sebagaimana di lampiran berikut:-
       Kunci kira-kira tahun pertama di lampiran 4
       Kunci kira-kira tahun kedua di lampiran 5
       Kunci kira-kira tahun ketiga di lampiran 6


9.5.   Anggaran Penyata Untung Rugi Bagi Tempoh 3 Tahun

       Anggaran penyata pendapatan untung rugi bagi tempoh 3 tahun mengambil kira
       jangkaan pertumbuhan pendapatan sekitar 7% hingga 15% sahaja.
       Sila lihat lampiran 7.




                                                                     ( 29 )
                           Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)



10.0.   Justifikasi dan Penutup

        Memandangkan industri komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) Negara
        meningkat setiap tahun dan manusia berlumba-lumba mengejarnya untuk
        kepentingan peribadi maupun awam disemua peringkat usia, sama ada kanak-
        kanak seawal usia 4 tahun telah didedahkan kepada penggunaan komputer
        maupun warga emas yang tidak mau ketinggalan dalam mendapat maklumat
        terkini.


        Berdasarkan kepada pertumbuhan penggunaan harian internet maupun laman-
        web ataupun komputer manual di institusi penggajian tinggi awam jua swasta,
        sekolah-sekolah rendah dan menengah,       jabatan-jabatan kerajaan, semua
        sektor swasta, premis-premis perniagaan, di mana jua, maka pemilik yakin
        perniagaan dan perkhidmatan yang akan dijalankan merangsang dalam
        industri ini dengan mengambil kira insentif dari kerajaan di masa akan datang
        dan mengambil peluang ini bagi memperolehi peluang keuntungan yang
        menggalakkan.


        Dengan pengalaman kerja selama 33 tahun dengan agensi kerajaan dan
        jabatan pelajaran dalam bidang penggunaan komputer dan perkhidmatan
        pentadbiran maka sudah pasti ianya dapat membantu pemilik merealisasikan
        impian menjadi seorang usahawanita yang berjaya, berdaya saing,
        berwawasan disamping menyahut seruan kerajaan ke arah mencapai seorang
        insan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dengan bantuan sumber
        kewangan oleh MARA, InsyaAllah MCSE akan terus maju kini dan selamanya.




                                                            ( 30 )
                    Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)




Semoga Allah SWT memberikan Rahmatnya kepada pemilik serta mereka
yang terlibat secara langsung maupun tidak dalam menjayakan hasrat murni
ini, di dunia juga di akhirat, terutamanya kepada tenaga pengajar yang tidak
jemu membimbing semua peserta kursus bertungkus –lumus siang dan malam
untuk menyiapkan kertas kerja ini. Setinggi-tinggi pujian dan penghargaan
kepada semua serta diucapkan jutaan terima kasih.


Segala Syukur dan Puji-pujian hanyalah kepada yang Maha Esa, selawat dan
salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW.


Sekian, terima kasih.




                                                             ( 31 )
               Mars Cemerlang Cyber-café Enterprise (MCSE)




TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA:-

Tuan Haji Zainal Abidin bin Othman
Encik Razali bin Tamin
Encik Azlan bin Ariffin
Encik Habibullah bin Ab.Rahim
YM Tengku Ahmad Nasruddin bin Tg.Abdul Jalil
Tuan Haji Nordin bin Ibrahim
Encik Muhammad bin Md.Nor
Encik Mohd Aznan bin
Encik Amirin bin Che Husin
Encik Abdullah bin Abdul Hamid
Tuan Haji Rahmat bin Abu Bakar
Puan Shariffah Kathijah bt Syed Harun
Cik Raja Sabarina binti Raja Abdul Samad
Cik Nor Safinas binti Abu Bakar
Encik Wan Roslan

MECD
MARA
KERAJAAN MALAYSIA
dan Mereka yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

				
DOCUMENT INFO
Description: Merupakan Siri Rancangan Perniagaan. Kertas kerja untuk memulalakan perniagaan baru