Carl Orff: Falsafah Dan Sejarah

Document Sample
Carl Orff: Falsafah Dan Sejarah Powered By Docstoc
					                                                             http://mzu3111.blogspot.com


                                  Carl Orff : Sejarah dan Falsafah



            Sejarah



                  M      enyanyi, menyebut, menari, dan bermain sebenarnya merupakan aktiviti

           di dalam elemen pendidikan muzik. Improvisasi dan mencipta sesuatu bentuk yang

           baru dalam setiap apa yang disebut di awal tadi merupakan pembelajaran yang

           menggunakan pendekatan yang aktif di dalam pendidikan muzik seperti mana yang

           telah diutarakan oleh Orff Schulwerk. Dalam ertikata yang lain ia adalah sebahagian

           daripada tingkah laku semulajadi kanak-kanak iaitu ‘bermain’.



                  Beliau dilahirkan pada tahun 1895 di Munich. Memulakan pembelajaran

           muzik dengan piano dan ketika itu berumur 5 tahun di bawah pengawasan ibunya.

           Sangat berminat dengan kemahiran berbahasa dan sastera. Beliau

           menerima latihan pendidikan muzik secara formal di Akademie

           der Tonkunst yang terletak di Munich. Dari tahun1915 ke 1917,

           Orff menjadi Pengarah Muzik di Munich Kammerspiele dan pengalaman yang

           padanya memeberi kesan terhadap kerjanya. Orang yang banyak mempengaruhi

           kerjaya beliau ialah mentor dan rakannya iaitu Curt Sachs. Beliau banyak belajar dan



                             an
           mengkaji muzik zaman Renaissance dan awal Barroque khususnya composer Claudio

           Monteverdi.

                     c     a
                  ba
                  Selepas perang, beliau memegang beberapa jawatan dalam opera Mannheim



          P em
           dan Darmstdt sebelum kembali ke Munich untuk melanjutkan pengajiannya dalam

           Pendidikan Muzik. Mulai 1925 sehingga akhir hayatnya, beliau menjadi pengasas dan
      k
 n tu                                                        Carl Orff: Sejarah Dan Falsafah

U
                                                                http://mzu3111.blogspot.com


           Ketua Jabatan Gunther School. Untuk gimnastik, tarian dan muzikdi Munich. Di

           sinilah beliau membina teori-teori Pendidikan Muziknya. Dalam tahun 1937 karya

           beliau yang bertajuk. Carmina Burana dipersembahkan di Frankfurt, German. Dengan

           kejayaan Carmina Burana, Orff memansuhkan semua karya-karya beliau yang kecuali

           Catulli Carmina dan Entrata yang digubah semula.



            Falsafah

                  Orff sangat menyanjungi komposer Moteverdi. Kebanyakan karya Orff adalah

           berdasarkan sumber-sumber lama seperti cerita-cerita dongeng dan lagenda. Beliau

           tidak memandang sumber-sumber tersebut sebagai lama kerana boleh digunakan

           semula. Sumber-sumber lama yang telah kehilangan elemen masa masih mempunyai

           spiritual power. Minat utama Orff ialah dalam ekspresi reality spiritual.



                  Karya-karya Orff dalam Pendidikan muzik adalah mengkagumkan. Pada awal

           1920an, beliau telah bekerjasama dengan Mary Wigman, bekas pelajar Emile Jaques-

           Dalcroze, satu lagi nama berpengaruh dalam Pendidikan Muzik. Apatah lagi

           pendekatan Orff adalah serupa dengan Dalcroze kecuali Orff menggunakan alat

           perkusi sebagai focus dalam Pendidikan Muzik. Pada tahun 1924 Orff dan Dorothee

           Gunther telah bergabung untuk menubuhkan Gunther School. Fokus sekolah ini ialah

           koordinasi pengajaran gimnastik, tarian dan muzik.


                           a an
                      c
                  Orff percaya bahawa muzik pergerakan dan pertuturan bukanlah entity yang

                   ba
           berasingan tetapi satu bentuk gabungan yang disebut muzik elemental. Muzik



          P em
           elemental menurut Orff ialah muzik pergeran dan pertuturan yang dihasilkan oleh

           kanak-kanak yang tidak memerlukan latihan khas tetapi berlaku secara spontan. Hasil
      k
 n tu                                                           Carl Orff: Sejarah Dan Falsafah

U
                                                                http://mzu3111.blogspot.com


           dalam keadah Orff ilah kepercayaan bahawa muzik wujud dalam setiap individu, dan

           kanak-kanak menggunakan irama dan pergerakan yang natural untuk menghasilkan

           muzik. Kaedah Orff yang unik ini telah digunakan oleh Kementerian Kebudayaan

           Jerman untuk sekolah-sekolah elementari di Berlin.



                  Apabila kanak-kanak belajar menggunakan suara mereka sebagai alat muzik,

           memasuki satu lagi kaedah terancang Orff. Ia melibatkan satu langkah spesifik

           tentang pembelajaran solfage (solfa). Jeda pertama yang diajar ialah jeda minor ke 3

           menurun so-mi, diikuti dengan ton-ton berikut secara berurutan : la – re – do untuk

           melengkapkan sebuah skel pentatonic dan akhir sekali fa dan ti. Orff menggunakan

           skel pentatonic kerana Orff percaya skel ini adalah tonaliti semulajadi kanak-kanak.

           Ianya bertepatan dengan kepercayaan Orff bahawa muzik wujud di dalam setiap

           individu dan mod pentatonic berkait rapat dengan perkembangan muzikal kanak-

           kanak. Penggunaan skel pentatonik juga memberi keyakinan kepada kanak-kanak.



                  Pendekatan Orff bermula dengan pendapat bahawa muzik patut dipeelajari

           oleh kanak-kanak seperti mana mereka belajar bahasa (Suzuki – “Mother Tongue

           Approach”). Kanak-kanak belajar bahasa dengan mendengar dan mengajuk

           seterusnya menterjemah symbol-simbol sebagai bentuk bertulis bahasa itu. Oleh yang

           demikian, kanak-kanak harus belajar muzik dengan cara yang sama. Pada peringkat

                            an
           awal, umur kanak-kanak didedahkan kepada muzik untuk belajar menyanyi dan
                          a
                     c
           memainkan alat perkusi. Kemudian di dalam perkembangan muzikal kanak-kanak itu

                  ba
           belajar menterjemahkan simbol-simbol notasi sebagai muzik. Muzik yang dipelajari



          P em
           pada peringkat umur ini adalah melodi mudah yang melibatkan banyak pergerakan.



      k
 n tu                                                        Carl Orff: Sejarah Dan Falsafah

U
                                                               http://mzu3111.blogspot.com


                  Orff percaya irama adalah bahagian yang paling penting di dalam muzik

           kerana irama mengikat pergerakan, pertuturan dan muzik untuk membentuk apa yang

           Orff namakan sebagai Muzik Elemental. Pendekatan ini digunakan oleh Orff kerana

           beliau percaya kanak-kanak perlu merasai dan bergerak dengan muzik sebelum

           mereka diminta untuk membina konsep tentangnya.



                  Pertuturan adalah salah satu elemen utama dalam pendekatan Orff bukan

           sahaja kerana pertuturan itu satu aksi berirama malah Orff adalah satu-satunya ahli

           falsafah Pendidikan Muzik yang menggunakan pertuturan dengan cara ini. Pandangan

           Orff ialah transisi kepada pertuturan kepada aktiviti berirama dan kemudiannya

           kepada lagu/nyanyian adalah suatu perkembangan yang sangat semulajadi kepada

           kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak bermula dari pertuturan kepada ‘irama badan’

           seperti tepukan atau ‘tapping’dan kemudiannya kepada permainan sesuatu alat muzik.



                  Menurut falsafah Orff, selepas kanak-kanak membina kemahiran dengan satu

           alat muzik, konsep seperti meter, tekanan, dan anarkursis diperkenalkan dalam corak

           pertuturan, diperkukuhkan dalam aktiviti lain dan dipelajari serta dikaji dalam konteks

           muzikal. Satu contoh spesifik ialah pengajaran bentuk Canon. Pendekatan Orff

           terhadap Pendidikan Muzik mencatatkan bahawa pertuturan, chant dan lagu menjurus

           kea rah yang sama iaitu satu kesinambungan. Pengalaman kanak-kanak dengan

                               an
           nyanyianbermula dengan pertuturan. Ini bermakna melodi adalah satu hasilan
                             a
                     c
           daripada irama.

                  ba
          P em    Bahagian terakhir dalam Muzik Elemental Orff ialah pergerakan elemental.

           Seperti yang disebutkan terdahulu, perkataan elemental dalam konteks ini merujuk
      k
 n tu                                                          Carl Orff: Sejarah Dan Falsafah

U
                                                             http://mzu3111.blogspot.com


           kepada sejenis perlakuan dan di dalam kes ini ialah pergerakan di mana kanak-kanak

           mengambil bahagian tanpa latihan awal atau arahan. Mengikut Orff, aktiviti jenis ini

           memberi peluang kepada kanak-kanak menjadi lebih ekspresif. Kanak-kanak lebih

           mudah meluahkan pemikiran dan perasaan mereka melalui pergerakan dan lukisan

           daripada perkataan.



                  Membenarkan kanak-kanak meluahkan persaan mereka dengan cara ini dapat

           membenarkan mereka menggunakan imaginasi kerana kita sebagai orang dewasa

           sering terlupa bahawa kanak-kanak mempunyai imaginasi yang cergas. Selepas

           memerhatikan pergerakan-pergerakan ini, guru akan mengaitkan dengan muzik yang

           berkenaan. Aktiviti-aktiviti yang sering dilakukan untuk meluahkan perasaan ialah

           berjalan “tip-hoe”, melompat untuk membayangkan halangan, berpusing-pusing

           untuk membayangkan ‘pening’.



            Matlamat

                  Matlamat akhir kaedah Orff ialah untuk melahirkan kreativiti muzikal kanak-

           kanak. Apabila pendidikan muzik secara tradisi mengatakan kanak-kanak mesti

           belajar membaca notasi untuk menjadi pemuzik yang boleh berdikari. Kaedah Orff

           memfokus ke arah perkembangan kreatif dan ekspresif




                            an
                  Alat-alat muzik yang digunakan dengan kaedah Orff secara langsung
                          a
                     c
           membezakannya dengan kaedah-kaedah lain. Orff menggunakan Zailofon dan

                  ba
           pelbagai metalofon yang mempunyai bar yang mudah alih. Ini membenarkan guru



          P em
           menukar bar untuk mod-mod tertentu untuk mengelakkan kekeliruan dikalangan



      k
 n tu                                                        Carl Orff: Sejarah Dan Falsafah

U
                                                           http://mzu3111.blogspot.com


           kanak-kanak. Alat-alat muzik Orff adalah hasil padanan daripada alat-alat muzik

           gamelan Indonesia.



            Penutup

                  Dalam bidang Pendidikan Muzik, Carl Orff adalah seorang yang memberi

           pengaruh dan kesan yang besar. Beliau memperkenalkan kepada kita bahawa untuk

           mengajar muzik kepada kanak-kanak kita perlu kembali kepada asas atau elemen

           pertuturan, pergerakan dan nyanyian.



                  Beliau juga telah mengingatkan kita betapa kita perlu mengharapkan kanak-

           kanak mempelajari muzik dengan mudah dengan cara yang berlainan melalui kaedah

           tradisi daripada cara semulajadi mereka.




                           a an
                     c
                  ba
          P em
      k
 n tu                                                      Carl Orff: Sejarah Dan Falsafah

U
                                                              http://mzu3111.blogspot.com


                                             BIBLIOGRAFI



           Deal, J. & Taylor, J. (1997). Technology Standard for College Music Degrees, Music

                  Educators Journal. July 97, Vol.84 Issue 1, p17.

           Dunnigan, P. (1993). The Computer in Istrumental Music, Music Educators Journal.

                  80(11):32-37

           Glass, J.S. (1986). The effects of a microcomputer-assisted tuning program on junior

                  high school students pitch discrimination and pitch maching abilities.

                  Unpublished doctoral dissertation, University of Miami, Coral Gables.

           Grijalava, F.J. (1986). Factors influencing computer use by music educators in

                  California independent elementary and secondary schools. Unpublished

                  doctoral dissertation, University of San Francisco, San Francisco.

           Hanheide, S (1994). Opportunities and Limits of Computer-Assisted Music

                  Instruction. Report on a Podium Discussion on the incorporation of learning

                  programs in Music Education. University Osnabruck, German.RILM 367-370

           Pembrook, R.G. (1986). Some implication of students’ attitudes toward a Computer-

                  based melodic dictation program. Journal of Research in Music Education,

                  34(2), 121-133.




                          a an
                     c
                  ba
          P em
      k
 n tu                                                         Carl Orff: Sejarah Dan Falsafah

U

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:6783
posted:2/4/2010
language:Malay
pages:7